Tugasan Kerja Kursus Pelajar

17
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA TUGASAN PROJEK TARIKH MULA TUGASAN A: 13 FEBRUARI 2015 TUGASAN B: 02 MAC 2015 TARIKH HANTAR TUGASAN A: 27 FEBRUARI 2015 TUGASAN B: 13 MAC 2015 Hasil Pembelajaran Kursus: 1. Menjelaskan konsep alam belajar dan pengajaran dan pembelajaran. 2. Membincangkan kepentingan alam belajar dalam perkembangan dan pembelajaran murid. 3. Menghuraikan teori-teori pembelajaran utama dan implikasi terhadap pengajaran dan pembelajaran. 4. Mengaplikasi pengetahuan tentang perbezaan individu, gaya pembelajaran dan motivasi dalam pengajaran dan pembelajaran. 5. Memilih pendekatan serta strategi pengajaran dan pembelajaran yang sesuai berdasarkan keperluan murid. Kerja kursus ini bagi menilai hasil pembelajaran 1, 2, 3, 4 dan 5. Objektif Tugasan: Pelajar dapat menguasai kemahiran berikut: 1 PROGRAM: PISMP PENDIDIKAN ISLAM PENDIDIKAN RENDAH (PIM) KOD DAN NAMA KURSUS: EDU3033 MURID DAN ALAM BELAJAR NAMA PELAJAR: Semester/Tahun: JAN – MEI / 2015

description

murid dan alam belajar

Transcript of Tugasan Kerja Kursus Pelajar

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA

TUGASAN PROJEK

TARIKHMULATUGASAN A: 13 FEBRUARI 2015TUGASAN B: 02 MAC 2015TARIKH HANTARTUGASAN A: 27 FEBRUARI 2015TUGASAN B: 13 MAC 2015

Hasil Pembelajaran Kursus:

1. Menjelaskan konsep alam belajar dan pengajaran dan pembelajaran.

2. Membincangkan kepentingan alam belajar dalam perkembangan dan pembelajaran

murid.

3. Menghuraikan teori-teori pembelajaran utama dan implikasi terhadap pengajaran dan

pembelajaran.

4. Mengaplikasi pengetahuan tentang perbezaan individu, gaya pembelajaran dan

motivasi dalam pengajaran dan pembelajaran.

5. Memilih pendekatan serta strategi pengajaran dan pembelajaran yang sesuai berdasarkan keperluan murid. Kerja kursus ini bagi menilai hasil pembelajaran 1, 2, 3, 4 dan 5.

Objektif Tugasan:

Pelajar dapat menguasai kemahiran berikut:

1. Menghasilkan satu permainan tradisional atau moden untuk kursus major pelajar serta menjelaskan peranan permainan tersebut dalam konsep alam belajar.

2. Membincangkan bagaimana permainan tersebut membantu perkembangan dan pembelajaran kanak-kanak di sekolah rendah.

3. Menghuraikan bagaimana permainan tersebut mengintegrasikan satu teori pembelajaran.4. Mengaplikasikan pengetahuan tentang perbezaan individu, gaya pembelajaran dan motivasi murid ke dalam strategi-strategi dan kaedah-kaedah pengajaran dan pembelajaran yang dipilih untuk mencapai matlamat KSSR.Tugasan A (Tugasan Individu) Penulisan Akademik (50%)

Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) diperkenalkan sejak tahun 2011 sebagai usaha menyusun semula dan menambah baik kurikulum sedia ada bagi memastikan murid dibekalkan dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai relevan untuk memenuhi keperluan semasa serta menghadapi cabaran abad ke-21 (Berita Harian Online, 29 Disember 2011).Berdasarkan pernyataan di atas, pilih serta bincangkan strategi-strategi dan kaedah-kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sesuai untuk mencapai matlamat KSSR, dengan mengaplikasikan aspek-aspek perbezaan individu, gaya pembelajaran dan motivasi murid.

Tugasan B (Tugasan Kumpulan) - Projek (30%)

Pembelajaran secara tradisional di mana guru banyak menggunakan kaedah kapur tulis dan cakap sahaja sering mengakibatkan murid berasa bosan, mengantuk dan kurang fokus terhadap pengajaran guru. Oleh itu, pembelajaran secara kreatif amat penting untuk menarik minat murid menjalani sesi pembelajaran semasa di sekolah. Berdasarkan pernyataan di atas, anda dikehendaki:

a. Menghasilkan satu permainan tradisional atau moden dan seterusnya menghuraikan bagaimana permainan tersebut dijalankan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran kursus major anda b. Menjelaskan peranan permainan tersebut dalam konsep alam belajarc. Menghuraikan bagaimana permainan tersebut mengintegrasikan satu teori pembelajarand. Membincangkan bagaimana permainan tersebut membantu perkembangan dan pembelajaran kanak-kanak di sekolah rendah.

Tugasan C (Individu) - Kuiz (20%)Tarikh: 2 April 2015Kuiz mengandungi 20 soalan isi tempat kosong. (HP 1-5)

Prosedur:

i. Panjang penulisan akademik (tugasan individu) adalah di antara 1,200 1,500 patah perkataan. Tugasan B (kumpulan) terdiri daripada 2 orang dalam satu kumpulan. Panjang tugasan kumpulan adalah tidak ditetapkan tetapi bergantung kepada ketepatan pelajar menjawab soalan tugasan. Kedua-dua tugasan perlu bertaip dengan saiz fon Arial 11 dan langkau 1.5 baris.

ii.Rujukan harus merangkumi jurnal, buku rujukan dan sumber internet.

iii. Rujukan prosedur mengikut format dan gaya APA (American Psychological Association).

iv.Penulisan harus menunjukkan keaslian, kematangan dan bermutu ilmiah.

v.Amalan plagiat tidak dibenarkan sama sekali.

vi.Kedua-dua tugasan ini ditaksir berdasarkan kepada kriteria pemarkahan (sila rujuk kepada rubrik pemarkahan).

Disediakan oleh :

Disemak oleh :

_______________________

_______________________

(REGINA WOON AI LENG)

(NURSALINA ABDULLAH)

Penyelaras Kursus EDU3033

Pakar Bidang

Jabatan Ilmu Pendidikan

Jabatan Ilmu Pendidikan

IPGK Gaya

IPGK Gaya

Disahkan oleh :

________________________

(GEORGE THOMAS)

Ketua Jabatan Ilmu Pendidikan

Jabatan Ilmu Pendidikan

IPGK Gaya

Panduan Untuk Tugasan Individu (Penulisan Akademik)Format

(a) Panjang penulisan akademik adalah di antara 1,200 1,500 patah perkataan, bertaip dan langkau 1.5 baris. Gunakan fon Arial 11 saiz 11.

(b) Perlu ada muka depan tugasan yang lengkap dengan maklumat-maklumat berikut:

x Nama pelajarx Angka giliran

x No. Kad Pengenalan

x Kod & Nama kursus

x Tajuk Penulisan Akademik : Secara individu menghuraikan strategi-strategi dan kaedah-kaedah pengajaran dan

pembelajaran yang sesuai berdasarkan perbezaan individu, gaya pembelajaran serta motivasi murid untuk mencapai matlamat KSSR x Nama pensyarah akademik

x Tarikh hantar

(c)Lampirkan senarai rujukan. Cara merujuk perlu mengikut Publication Manual of the American Psychological Association (APA).

Pengenalan

(a)Memperkenalkan topik. Anda boleh memberi satu penerangan ringkas tentang perbezaan individu dan model pengajaran.

(b)Pengenalan ini seharusnya tidak melebihi 150 patah perkataan.

Bahagian Utama Tugasan(a)Reviu pelbagai sumber rujukan seperti buku, tesis dan artikel berkaitan dengan topik anda.

(b)Integrasikan bahan untuk menentu dan menyokong hujah-hujah spesifik.

(c)Organisasikan persembahan topik dan subtopik supaya hujah-hujah anda diolah dengan koheren.

(d)Bahagian utama penulisan anda perlu ada subtopik supaya penulisan anda diorganisasi dengan lebih baik.

(e) Anda digalakkan untuk membuat rumusan pada akhir setiap bahagian untuk mengait balik kepada tugasan. Ini adalah memastikan anda mengolah pada landasan yang betul.(f)Jika boleh, gunakan perkataan sendiri untuk maklumat yang dirujuk daripada sumber rujukan. Pastikan anda mencatatkan sumber rujukan jika mengambil sesuatu daripada bahan rujukan.

(g)Gunakan kata hubung (sentence connectors) yang ketara untuk beralih daripada hujah yang bertentangan kepada hujah-hujah yang menyokong atau sebaliknya.

(h)Pastikan anda mencatatkan sumber rujukan terhadap maklumat yang diguna dengan menggunakan format APA.

Rumusan

(a)Secara ringkas, rumuskan maklumat yang dipersembahkan dalam bahagian utama penulisan.

(b)Nyatakan rumusan utama anda.

(c)Anda seharusnya tidak mengemukakan hujah-hujah baharu dalam rumusan.

(d)Rumusan anda seharusnya tidak lebih daripada 150 patah perkataan.

Rujukan

(a) Lampirkan senarai rujukan. Cara merujuk perlu mengikut Publication Manual of the American Psychological Association (APA).

Panduan Untuk Tugasan Kumpulan (Projek)

Format

(a) Setiap kumpulan terdiri daripada 2 orang ahli. Penulisan hendaklah bertaip dan langkau 1.5 baris. Gunakan fon Arial 11 saiz 11.

(b) Perlu ada muka depan tugasan yang lengkap dengan maklumat-maklumat berikut:

x Nama ahli kumpulanx Angka giliran pelajar

x No. Kad Pengenalan pelajar

x Kod & Nama kursus

x Tajuk Projek : Secara berkumpulan mencadangkan satu permainan tradisional atau moden yang menggalakkan perkembangan dan pembelajaran kanak-kanak untuk kursus major

x Nama pensyarah akademik

x Tarikh hantar

(c)Lampirkan senarai rujukan. Cara merujuk perlu mengikut Publication Manual of the American Psychological Association (APA).

Pengenalan

(a)Memperkenalkan topik. Anda boleh memberi satu penerangan ringkas tentang konsep main serta kepentingannya dalam proses perkembangan kanak-kanak.

Bahagian Utama Penulisan

(a)Reviu pelbagai sumber rujukan seperti buku, tesis dan artikel berkaitan dengan topik anda.

(b)Integrasikan bahan untuk menentu dan menyokong hujah-hujah spesifik.

(c)Organisasikan persembahan topik dan subtopik supaya hujah-hujah anda diolah dengan koheren.

(d)Bahagian utama penulisan anda perlu ada subtopik supaya penulisan anda diorganisasi dengan lebih baik.

(e) Sertakan grafik / gambar permainan yang dicadangkan.

(f)Anda digalakkan untuk membuat rumusan pada akhir setiap bahagian untuk mengait balik kepada tugasan. Ini adalah memastikan anda mengolah pada landasan yang betul.

(g)Jika boleh, gunakan perkataan sendiri untuk maklumat yang dirujuk daripada sumber rujukan. Pastikan anda mencatatkan sumber rujukan jika mengambil sesuatu daripada bahan rujukan.

(h)Gunakan kata hubung (sentence connectors) yang ketara untuk beralih daripada hujah yang bertentangan kepada hujah-hujah yang menyokong atau sebaliknya.

(i)Pastikan anda mencatatkan sumber rujukan terhadap maklumat yang diguna dengan menggunakan format APA.

Rumusan

(a)Secara ringkas, rumuskan maklumat yang dipersembahkan dalam bahagian utama penulisan.

(b)Nyatakan rumusan utama anda.

(c)Anda seharusnya tidak mengemukakan hujah-hujah baharu dalam rumusan.

Rujukan

(a) Lampirkan senarai rujukan. Cara merujuk perlu mengikut Publication Manual of the American Psychological Association (APA).

EDU3033 MURID DAN ALAM BELAJARRUBRIK PEMARKAHAN UNTUK TUGASAN INDIVIDU (PENULISAN AKADEMIK)SKALAJUMLAH MARKAH (50%)KRITERIA

Amat Cemerlang

90-100

(A+)45 - 50Liputan dan Kandungan

Liputan kandungan tepat, relevan dan terperinci.

Skop kandungan luas dan menyeluruh.

Kualiti Penulisan

Penulisan yang komprehensif dan menyeluruh.

Huraian idea dan implikasi yang tepat dan padat.

Idea dikembang secara menyeluruh dan jelas dengan bukti-bukti sesuai dan jelas.

Hubungkait idea sangat jelas.

Organisasi

Susunatur amat baik, logikal dan koheren.

Kualiti Sumber

Kemahiran membuat rujukan sangat baik.

Mempunyai pelbagai sumber utama dan sekunder (10 atau lebih sumber rujukan; sekurang-kurangnya 5 buah buku rujukan).

Cemerlang

75-89

(A-, A)37.5 - 44.9Liputan dan Kandungan

Liputan kandungan tepat, relevan dan mencukupi.

Skop kandungan luas dan sesuai.

Kualiti PenulisanPenulisan yang komprehensif dan baik.

Huraian idea dan implikasi yang tepat dan lengkap.

Idea dikembang dengan baik dan mengandungi fakta serta contoh.

Perhubungan idea jelas.

Organisasi

Susunatur baik dengan kesilapan yang minima.

Kualiti Sumber

Kemahiran membuat rujukan sangat baik dengan sedikit kesilapan.

Mempunyai lebih daripada mencukupi bahan sumber utama dan sekunder (8-9 sumber rujukan; sekurang-kurangnya 4 buah buku rujukan).

Kepujian

60-74

(B-, B, B+)

30 - 37.4

Liputan dan Kandungan

Liputan dan skop kandungan yang relevan dan baik.

Kualiti Penulisan

Penulisan yang agak komprehensif dan baik.

SKALA

JUMLAH MARKAH

(50%)KRITERIA

Huraian idea dan implikasi agak tepat dan mendalam.

Idea dikembang dengan agak baik dan disokong dengan contoh/fakta.

Perhubungan idea agak jelas.

Organisasi

Susunatur agak baik dengan beberapa kesilapan.

Kualiti Sumber

Kemahiran membuat rujukan baik.

Mempunyai jumlah bahan rujukan yang mencukupi (6-7 sumber rujukan; sekurang-kurangnya 3 buah buku rujukan).

Lulus

50-59

(C, C+)25 29.9Liputan dan Kandungan

Liputan kandungan relevan dan mencukupi.

Skop kandungan terbatas.

Kualiti PenulisanPenulisan yang agak baik.

Huraian idea dan implikasi yang mencukupi.

Beberapa idea dikembang dengan sokongan fakta/contoh-contoh yang sesuai.

Sebahagian perhubungan idea jelas.

Organisasi

Susunatur agak baik dengan sedikit kesilapan yang ketara.

Kualiti Sumber

Kemahiran membuat rujukan agak baik dengan beberapa kesilapan.

Mempunyai bilangan sumber yang agak mencukupi (4-5 sumber rujukan; sekurang-kurangnya 2 buah buku rujukan).

Gagal

0-49

(F, D, D+ & C-)0 - 24.9Liputan dan Kandungan

Liputan kandungan tidak mencukupi dan tidak relevan.Kualiti PenulisanPenulisan yang ringkas, tidak mencukupi dan kurang relevan.

Huraian idea dan implikasi tidak logikal dan kurang meyakinkan.

Idea dikembang secara lemah dengan sedikit huraian tambahan.

Perhubungan idea tidak jelas.

Organisasi

Susunatur lemah dengan kesilapan yang nyata.

Kualiti Sumber

Kemahiran membuat rujukan lemah.

Kekurangan bahan sumber (0-3 sumber rujukan).

EDU3033 MURID DAN ALAM BELAJARRUBRIK PEMARKAHAN UNTUK TUGASAN KUMPULAN (PROJEK)

SKALAJUMLAH MARKAH (30%)KRITERIA

Cemerlang

75-100

(A-, A, A+)22.5 - 30Persembahan fizikal

Reka letak fizikal teratur dengan amat baik.

Ilustrasi yang kreatif dan sangat signifikan dalam membantu meningkatkan kualiti persembahan idea.

Isi kandungan

Kefahaman yang menyeluruh serta mendalam tentang idea-idea utama pada tahap cemerlang.

Persembahan idea

Sangat jelas dan berfokus.

Kualiti Sumber

Kemahiran membuat rujukan sangat baik.

Mempunyai pelbagai sumber utama dan sekunder (8 atau lebih sumber rujukan; sekurang-kurangnya 4 buah buku rujukan).

Sederhana

60-74

(B-, B, B+)18 22.4Persembahan fizikal

Reka letak fizikal teratur dengan baik.

Ilustrasi yang baik dalam membantu meningkatkan kualiti persembahan ideaIsi kandungan

Kefahaman tentang idea-idea utama pada tahap sederhana.

Persembahan idea

Jelas dan berfokus.

Kualiti Sumber

Kemahiran membuat rujukan baik.

Mempunyai jumlah bahan rujukan yang mencukupi (6-7 sumber rujukan, sekurang-kurangnya 3 buah buku rujukan).

Lulus

50-59

(C, C+)

SKALA15 17.9JUMLAH MARKAH (30%)Persembahan fizikal

Reka letak fizikal agak teratur.

Ilustrasi yang kurang baik dan kurang berstruktur dalam persembahan idea.

Isi kandungan

Kefahaman tentang idea-idea utama pada tahap memuaskan.

KRITERIA

Persembahan idea

Idea terputus-putus.

Kualiti Sumber

Kemahiran membuat rujukan yang sederhana dengan beberapa kesilapan.

Mempunyai bilangan sumber yang agak mencukupi (4-5 sumber rujukan; sekurang-kurangnya 2 buah buku rujukan).

Gagal

0-49

(F, D, D+ & C-)0 - 14.9Persembahan fizikal

Reka letak fizikal kurang teratur.

Ilustrasi yang tidak tepat dan tidak berstruktur dalam persembahan idea.

Isi kandungan

Kefahaman tentang idea-idea utama pada tahap minimum.

Persembahan idea

Idea yang mengelirukan.

Kualiti Sumber

Kemahiran membuat rujukan lemah.

Kekurangan bahan sumber (0-3 sumber rujukan).

(Logo IPG)INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA

KOTA KINABALU SABAH

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN

(PISMP)

PENDIDIKAN ISLAM PENDIDIKAN RENDAH (PIM)

(AMBILAN JUN 2014)

SEMESTER/TAHUN : 1/1SESI : JUN NOVEMBER 2014

Nama Pelajar

:Angka Giliran

:No. Kad Pengenalan

:Kod dan Nama Kursus: EDU3023 PERKEMBANGAN KANAK-KANAKTajuk Tugasan: TEORI-TEORI PERKEMBANGAN KANAK-

(Penulisan Akademik) KANAK DAN IMPLIKASI TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI SEKOLAH RENDAHNama Pensyarah Akademik: REGINA WOON AI LENGJabatan

: ILMU PENDIDIKAN (JIP)

Tarikh Hantar

: 05 September 2014(Logo IPG)

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA

KOTA KINABALU SABAH

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN

(PISMP)

PENDIDIKAN ISLAM PENDIDIKAN RENDAH (PIM)

(AMBILAN JUN 2014)

SEMESTER/TAHUN : 1/1SESI : JUN NOVEMBER 2014

Nama Pelajar

: 1.

2.

3.

Angka Giliran

: 1.

2.

3.

No. Kad Pengenalan

: 1.

2.

3.

Kod dan Nama Kursus: EDU3023 PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

Tajuk Tugasan

: KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS

(Peta Minda) DI MALAYSIANama Pensyarah Akademik: REGINA WOON AI LENG

Jabatan

: ILMU PENDIDIKAN (JIP)

Tarikh Hantar

: 12 September 2014NAMA PELAJAR:

PROGRAM: PISMP PENDIDIKAN ISLAM PENDIDIKAN RENDAH (PIM)

Semester/Tahun: JAN MEI / 2015

KOD DAN NAMA KURSUS: EDU3033 MURID DAN ALAM BELAJAR

1