Tugasan kumpulan mengenai sifat fizikal serangga

11
Disediakan Oleh: ROSDI BIN RAMLI (DB100316) SAIFUL SHAH RIZAL BIN SAMSUDIN (DB1003 SAADAH BT MASRANI (DB100031) NORAZURA BT MOHD. JOHAR (DB100309) SALWA BT BACHOK (DB100020) (SAINS / SEKSYEN 1) UNTUK PERHATIAN : EN ZULKEFLI BIN DAUD BIODIVERSITI DAN ADAPTASI (BBR 26403) TAJUK : “Sifat Fizikal Serangga”

Transcript of Tugasan kumpulan mengenai sifat fizikal serangga

Disediakan Oleh:ROSDI BIN RAMLI (DB100316)

SAIFUL SHAH RIZAL BIN SAMSUDIN (DB100321)SAADAH BT MASRANI (DB100031)

NORAZURA BT MOHD. JOHAR (DB100309) SALWA BT BACHOK (DB100020)

(SAINS / SEKSYEN 1)

UNTUK PERHATIAN :EN ZULKEFLI BIN DAUD

BIODIVERSITI DAN ADAPTASI (BBR 26403)

TAJUK : “Sifat Fizikal Serangga”

Serangga ialah benda hidup dari kelompok haiwan Invertebrata, kelas Insecta, yang mempunyai bilangan spesies terbanyak. Di habitan daratan, serangga paling luas tersebar berbanding dengan kelas-kelas yang lain dalam filum Arthropod. Anggaran jumlah keseluruhan spesies kini, termasuk yang belum dikenali oleh sains sekitar dari dua hingga tiga puluh juta, dengan kebanyakan pakar cenderung kepada jumlah pertengahan antara dua jumlah melampau ini. Walaupun telah diketahui hampir satu juta spesies serangga, masih banyak lagi serangga yang belum diketahui dan direkodkan kehadirannya. Tidak dapat dinafikan banyak serangga yang akan pupus, sebelum dapat direkodkan kewujudannya, akibat aktiviti pembangunan hutan yang dilakukan.

Serangga boleh didapati dalam pelbagai habitat di bumi ini, malah anda akan mendapati banyak serangga berkongsi habitat dengan manusia, sama ada di halaman rumah ataupun di dalam rumah. Serangga mempunyai banyak kepentingan sama ada secara langsung maupun tidak langsung terhadap kehidupan manusia di bumi ini.

APA ITU SERANGGA ?

Ciri-ciri utama serangga adalah seperti berikut :-

*Kaki 3 pasang, yang terdapat di bahagian tubuh toraks.

*Tubuh terbahagi kepada 3 bahagian, iaitu kepala, toraks dan abdomen.

*Rangka tubuh terdapat di luar, yang disebut rangka luar, merupakan kulit keras.

Kajian mengenai serangga dikenali sebagai entomologi.

*Terdapat sekitar 5,000 spesies pepatung (dragonfly), 2,000 mentadak (praying mantis), 20,000 belalang (grasshopper), 170,000 rama-rama dan kupu-kupu, 120,000 lalat, 82,000 pianggang, 350,000 kumbang, dan 110,000 spesies lebah dan semut.

Berkaki enam

Sesunggut

Semut

Abdomen

Toraks

Kepala

Semut ialah serangga sosial dalam famili Formicidae, dan bersama dengan penyengat dan lebah yang berkaitan, mereka tergolong dalam kumpulan Hymenoptera. Semut berevolusi daripada keturunan seakan penyengat dalam zaman pertengahan Usia Kapur antara 110 dengan 130 juta tahun lalu dan mempelbagai selepas muncul pokok bunga. Kini, terdapat lebih 12,500 spesies diklasifikasikan dengan jumlah anggaran lebih kurang 22,000 spesies. Mereka mudah dikenalpasti dengan antena yang menyigung dan struktur seperti nod yang tersendiri yang membentuk suatu pinggang langsing. Semut membentuk koloni yang bersaiz daripada beberapa puluh individu pemangsa tinggal di rongga alamiah kecil ke koloni besar berorganisasi yang menghuni satu kawasan besar dan terdiri daripada jutaan individu. Koloni-koloni besar ini sebahagian besar ahlinya merupakan semut betina tanpa sayap mandul yang membentuk kasta "pekerja", "askar", atau kumpulan khusus lain. Koloni ini juga mempunyai semut jantan subur yang dipanggil "dron" dan satu atau lebih semut betina sebur yang dipanggil "ratu". Koloni-koloni ini kadangkala digambarkan sebagai satu superorganisma kerana semut-semutnya kelihat seperti berfungsi sebagai satu entiti bersatu, bekerja bersama-sama menyokong koloni.

Pengelasan saintifik

Alam: AnimaliaFilum: Artropoda

Kelas: InsectaOrder: HymenopteraSuborder: ApocritaSuperkeluarga:

Vespoidea

Keluarga:FormicidaeLatreille, 1809

Subfamili

Aenictogitoninae Agroecomyrmecinae Amblyoponinae (termasuk "

Apomyrminae") Aneuretinae Brachymyrmex Cerapachyinae Dolichoderinae Ecitoninae (termasuk "

Dorylinae" dan "Aenictinae") Ectatomminae Formicinae Heteroponerinae Leptanillinae Leptanilloidinae Martialinae Myrmeciinae (termasuk "

Nothomyrmeciinae") Myrmicinae Paraponerinae Ponerinae Proceratiinae Pseudomyrmecinae

Sesunggut

Kepak

Mentadak

Berkaki enam

Abdomen

Toraks

Kepala

Mentadak, mentadu, cengkadak atau cengkadu ialah sejenis serangga dalam susunan Mantodea. Kebanyakannya berada dalam famili Mantidae. Sebagaimana serangga lain, mentadak mempunyai tiga segmen badan, dengan kepala, toraks, dan badan (abdomen). Mentadak betina mempunyai serkus yang besar dan kuat. Segmen pertama dari tiga, protoraks, adalah memanjang dan darinya terdapat kaki hadapan yang diubah suai.

Pengelasan saintifik

Alam: AnimaliaFilum: Artropoda

Kelas: Insecta

Order:MantodeaBurmeister, 1838

Famili

ChaeteessidaeMetallyticidaeMantoididaeAmorphoscelididaeEremiaphilidaeHymenopodidaeLiturgusidaeMantidaeEmpusidae

Sinonim Manteodea Burmeister,

1829 Mantearia Mantoptera

Berkaki enam

Kepak

Pepatung Jarum

Abdomen Toraks

Kepala

Pengelasan saintifik

Alam: Animalia

Filum: Artropoda

Kelas: Insecta

Order: Odonata

Suborder:Zygoptera

Selys, 1854

Pepatung jarum atau belalang jarum (bahasa Inggeris:damselfly) (suborder Zygoptera) ialah serangga dalam order Odonata. Pepatung jarum menyerupai pepatung, tapi dewasanya dapat dibezakan dengan sayap bagi kebanyakan pepatung jarum dilipat dan selari dengan badan apabila berehat. Selain itu, sayap belakang pepatung jarum adalah sama dengan sayap depannya, manakala sayap belakang pepatung melebar ke bawah. Pepatung jarum juga biasanya lebih kecil dan penerbang yang lemah berbanding dengan pepatung, serta mata pepatung jarum adalah terpisah.

Lalat

Berkaki enam

Kepak

Abdomen Toraks

Kepala

Pengelasan saintifik

Alam: Animalia

Filum: Artropoda

Kelas: Insecta

Order: Diptera

Section: Schizophora

Keluarga: Muscidae

Genus: Musca

Spesies: M. domestica

Nama binomial

Musca domestica

Linnaeus, 1758

Subspesies M. d. calleva Walker,

1849 M. d. domestica Linnaeus, 1758

Lalat rumah, Musca domestica, ialah sejenis lalat dalam suborder Brachycera. Lalat rumah merupakan lalat yang paling biasa ditemui di dalam rumah, meliputi kira-kira 90% daripada semua lalat di tempat tinggal manusia, dan merupakan salah satu daripada serangga yang paling luas tersebar di seluruh dunia. Lalat rumah dianggap serangga perosak yang membawa penyakit berbahaya.

Berkaki enam

Kepak

BelalangSesunggut

Abdomen Toraks

Kepala

Pengelasan saintifik

Alam: Animalia

Filum: Artropoda

Subfilum: Hexapoda

Kelas: Insecta

Order: Orthoptera

Suborder:Caelifera

Ander, 1939

Belalang adalah serangga dalam suborder Caelifera dalam susunan Orthoptera. Bagi membezakannya dengan katidid, ia kadang kala dirujuk sebagai belalang sesungut pendek. Spesies yang bertukar warna dan tabiat pada populasi tingga digelar belalang juta.Ciri-ciriSejenis serangga berwarna hijau, berkepak dan berkaki panjang yang senang didapati di celahan pokok ataupun rumput. Terdapat beberapa jenis belalang, antaranya belalang kacung, mentadak-mentadu, cengkadak, belalang kunyit, belalang hijau dan lain-lain. Ada juga jenisan belalang yang dimakan oleh suku kaum tertentu.

Berkaki enam

Kepak

Rama - rama

Sesunggut

Abdomen

Toraks

Kepala

Rama-rama (bahasa Inggeris: moth) merupakan sejenis serangga dalam pengkelasan dikelompokkan kepada order Lepidoptera, sama seperti kupu-kupu. Pembahagian susunan Lepidoptera kepada rama-rama dan kupu-kupu merupakan pembahagian popular, namun bukan merupakan pembahagian taksonomi saintifik.Beza antara kupu-kupu dan rama-ramaRamai orang keliru antara kupu-kupu dan rama-rama. Perbezaan fizikal utama ialah pada sesungutnya. Kebanyakan kupu-kupu mempunyai sesungut berfilamen yang langsing dan berbentuk belantan di hujungnya. Sesungut rama-rama pula lebih berbulu. Perbezaan lain ialah rama-rama akan merentangkan sayapnya apabila berehat, sementara kupu-kupu sayapnya terlipat tegak di atas tubuh pada waktu berehat.Kebanyakan kupu-kupu aktif pada siang hari dan oleh itu berwarna-warni, manakala rama-rama aktif pada malam hari dan tertarik kepada cahaya lampu.

Pengelasan saintifik

Alam: Animalia

Filum: Artropoda

Kelas: Insecta

Order: Lepidoptera

RUJUKAN Betsy The Lay Hong (2012). Longman Esensi Biologi SPM. Selangor Darul Ehsan: Pearson (M)

SDN. BHD. WIKIPEDIA ( November 16, 2011). Pepatung jarum. Dicapai pada Oktober 03, 2012,

dari http://ms.wikipedia.org/wiki/Pepatung_jarum  WIKIPEDIA ( September 08, 2012). Lalat rumah. Dicapai pada Oktober 03, 2012,

dari http://ms.wikipedia.org/wiki/Lalat_rumah  WIKIPEDIA (September 12, 2012). Belalang. Dicapai pada Oktober 03, 2012,

dari http://ms.wikipedia.org/wiki/Belalang

Firefly Encyclopedia of Insects and Spiders, edited by Christopher O'Toole, ISBN 1-55297-612-2, 2002

WIKIPEDIA (September 12, 2012). Rama - rama. Dicapai pada Oktober 03, 2012, dari http://ms.wikipedia.org/wiki/Rama-rama

 WIKIPEDIA (September 18, 2012). Semut. Dicapai pada Oktober 03, 2012,

dari http://ms.wikipedia.org/wiki/Semut WIKIPEDIA (September 26, 2012). Mentadak. Dicapai pada Oktober 03, 2012,

dari http://ms.wikipedia.org/wiki/Mentadak  WIKIPEDIA (Oktober 03, 2012). Serangga. Dicapai pada Oktober 03, 2012,

dari http://ms.wikipedia.org/wiki/Serangga