tugasan motivasi

7
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA HBEF 2803 PERKEMBANGAN PROFESIONALISME KEGURUAN ( RUMUSAN CERAMAH TAJUK 2) T2A3 SEMESTER JANUARI 2014 NAMA : VADIVUKKARASI A/P RAMIAH NO.MATRIKULASI : 840115086054001 NO.KAD PENGENALAN: 840115-08-6054 NO.TELEFON : 016- 4222894 E-MAIL : [email protected]

description

tugasan

Transcript of tugasan motivasi

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

HBEF 2803PERKEMBANGAN PROFESIONALISME KEGURUAN( RUMUSAN CERAMAH TAJUK 2)T2A3

SEMESTER JANUARI 2014

NAMA: VADIVUKKARASI A/P RAMIAH NO.MATRIKULASI: 840115086054001 NO.KAD PENGENALAN: 840115-08-6054 NO.TELEFON : 016- 4222894 E-MAIL : [email protected] PUSAT PEMBELAJARAN : SEAMEO RECSAM LEARNING CENTRE

RUMUSAN CERAMAH TAJUK 2

TAJUK CERAMAH : MOTIVASI PELAJAR

PENCERAMAH:TUAN HAJI IBRAHIM BIN SAKIMINKetua Penolong Pengarah,Sektor Standard & Verifikasi Bahagian Pendidikan Guru,KPM.

Guru yang mempunyai ciri-ciri professional, beretika dan berakauntabiliti amat penting kerana ia memberi implikasi dan kesan positif kepada banyak pihak yang berkaitan secara langsung dan tidak langsung dengan dunia pendidikan. Maka, pelbagai usaha telah digembleng dan dilaksana bagi memartabatkan profesion keguruan dan sistem pendidikan negara. Modal insan yang cemerlang adalah hasil didikan daripada pendidik yang cemerlang dengan ciri-ciri profesionalisme guru yang cemerlang. Justeru, tugasan ini akan mengupas secara kritis berdasarkan persoalan-persoalan:

(a) Faeadah yang diperoleh oleh guru-guru dalam Program Pensiswazahan Guru.

Guru merupakan orang yang dihormati. Guru satu pekerjaan yang mulia berbanding dengan pekerjaan yang lain. Guru jugalah yang melahirkan seorang doktor, jurutera, hakim, polis, pegawai keselamatan, pegawai bank sehinggalah seorang Perdana Menteri berdiri gagah melayari tunggak pemerintahan sebuah kerajaan yang cemerlang gemilang dan terbilang. Semuanya itu dek seorang yang bergelar Guru. Sedari dulu, profesion perguruan amat di pandang mulia oleh masyarakat kerana sumbangannya kepada negara dalam membentuk, mengajar dan mendidik anak-anak bangsa sehingga menjadi Manusia dan berjaya dalam hidup mereka. Namun, peredaran masa dan zaman teknologi telah menuntut seorang guru perlu berhadapan dengan cabaran yang besar bagi melahirkan individu yang cemerlang dalam kehidupan mereka. Guru perlu menjadi guru yang kreatif dan berinovatif dalam pengajaran dan pembelajaran agar lebih efektif, menarik perhatian murid dan menyeronokkan mereka ketika belajar.Menurut Kamus Dewan edisi Keempat (2010). Profesion merupakan suatu bidang pekerjaan khasnya yang memerlukan pendidikan dan kecekapan serta kemahiran yang tinggi dan latihan yang khas. Oleh itu, Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengatur dan melaksanakan program yang menggalakkan guru bukan siswazah menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi seperti sebuah artikel yang pernah dikeluarkan oleh pihak media massa Berita Harian pada tarikh 16 Julai 2007 yang bertajuk Kementerian Galak Pendidik Tingkat Kualiti Akademik. Justeru pada 26.10.2013 dalam Seminar Perkembangan Profesional Keguruan yang disampaikan oleh Tuan Haji Ibrahim Bin Sakimin yang memegang jawatan sebagai Ketua Penolong Pengarah, Sektor Standard & Verifikasi, Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pendidikan Malaysia sekali lagi menekankan kepentingan mengikuti Program Pensiswazahan Guru.

Sesungguhnya dasar Kementerian Pendidikan Malaysia adalah untuk memartabatkan profesion keguruan dengan meningkatkan kualiti guru, kerjaya guru dan kebajikan guru. Program ini adalah kesinambungan daripada dasar pensiswazahan guru dalam Rancangan Pembangunan Pendidikan 2001-2010 yang belum dapat dicapai sepenuhnya oleh KPM. Jadi sekiranya seseorang guru itu mengikuti program pensiswazahan guru maka pelbagai faedah yang dikecapi oleh seseorang guru itu antaranya ialah;i. Seseorang guru dapat memantapkan lagi kerjaya mereka melalui ilmu yang ditimba.Seseorang guru itu lebih berkeyakinan dalam menyampaikan ilmu kepada murid-muridnya. Guru itu tidak lagi berasa was-was dalam memberikan jawapan yang tepat kerana telah banyak mendapatkan ilmu melalui kuliah-kuliah yang dilaksanakan selain pembelajaran guru melalui online, forum, kerja-kerja kursus dan dapatan maklumat daripada internet. Terdapat segelintir murid yang suka membaca atau ulat bulu sengaja menduga seseorang guru ketika dalam pembelajaran. Maka, guru tersebut tidak lagi gentar memberikan jawapan yang bernas dan diterima akal.

ii. Meningkatkan kemahiran guru dalam pengajaran dan pembelajaran.Seseorang guru yang mahir dalam apa jua bidang akan menjadi idola kepada murid-muridnya. Sepanjang mengikuti kursus pensiswazahan seseorang guru perlu belajar dan menguasai kemahiran matapelajaran minor selain matapelajaran teras. Jadi, dalam kursus ini akan memastikan seseorang guru akan mahir lebih daripada satu matapelajaran.

iii. Menambah baik persekitaran kerja dan kebajikan guru.Memang terbukti bahawa pelbagai faedah dapat dikecapi oleh seseorang guru yang telah menerima sijil Pensiswazahan antaranya kenaikan tangga gaji dan pangkat. Sebagai contoh mereka yang masih di tangga gaji gred DG32 akan menikmati kenaika tangga ke DG41. Selain itu, laluan menerima pangkat sebagai Guru Cemerlang, Guru Pakar, Guru Besar Cemerlang, Pengetua Cemerlang dan seumpamanya adalah mudah dan cepat.

Di samping itu, seandainya seseorang guru itu telah disahkan sebagai guru siswazah akan mempunyai pendapatan yang agak lumyan sekaligus akan membantu mengubah cara kehidupan rutin seseorang guru itu sendiri kelak. Seterusnya laluan untuk mendapatkan Master pun akan menjadi mudah dengan adanya kredit poin yang terkumpul melalui kursus pensiswazahan ini.

iv. Segala kos perbelanjaan semuanya ditanggung oleh pihak Bahagian Pendidikan Guru.Guru-guru tidak perlu membayar perbelanjaan selama berkursus kerana semuanya ditanggung oleh pihak bahagian Pendidikan Guru. Ini bererti pembelajaran sepanjang hampir tiga tahun itu adalah percuma dengan syarat guru yang mengikuti program pensiswazahan ini tidak boleh lari atau melanggar perjanjian selama tempoh belajar. Sekiranya ini berlaku juga guru itu perlu membayar sebanyak RM50,000 dan dikehendaki membayar dalam tempoh 60 hari dari tarikh yang ditetapkan.

(b) Sumbangan guru kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) setelah mengikuti Program Pensiswazahan Guru.

Sebagai sebuah negara yang hampir menyamai negara-negara maju, kita memerlukan pegawai dan kakitangan yang berpendapatan tinggi. Melalui pendidikan yang mempunyai pegawai seramai hampir 420, 000 orang kakitangan terdiri daripada pegawai pendidikan. Jika pegawai pendidkan ini beroleh pendapatan yang lumayan dan bergaji tinggi maka kita setanding dengan negara-negara maju. Menurut Tuan Haji Ibrahim Bin Sakimin, kedudukan gaji perguruan jatuh di tempat yang kedua selepas gaji kedoktoran.

Oleh itu, salah satu sumbangan yang perlu dilakukan oleh seseorang guru yang telah mengikuti kursus pensiswazahan guru ini ialah guru perlu mengaplikasikan segala ilmu dan kemahiran di bilik darjah hasil daripada segala apa yang telah dipelajari selama hampir tiga tahun tanpa berputus asa. Kaedah penyampaian seseorang guru hendaklah canggih, moden dan kreatif agar pengajaran dan pembelajaran diterima oleh murid-murid dan mewujudkan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.

Seterusnya, seseorang guru perlu memandang jauh kehadapan, mengikuti peredaran zaman dan membawa perubahan yang positif dalam pendidikan serta sentiasa mencipta pelbagai inovasi agar mempamerkan imej dan kualiti yang cemerlang dari segi standard, kuantiti dan kualiti sehingga akan wujudnya pusat kecemerlangan pendidikan di rantau Asia dan di peringkat antarabangsa.

Guru juga adalah agen pembentuk kejayaan. Justeru, guru perlu bersedia kerana tanpa persediaan awal dan rapi akan menggagalkan reformasi pendidikan yang diharapkan. Oleh itu, guru perlu sedar akan tanggungjawab dan peranan besar mereka demi kemenjadian murid-murid sekaligus membuktikan pada dunia pendidikan bahawa mereka tidak mensia-siakan ilmu yang dipelajari ketika berkursus

Selain itu, guru perlu mengetahui semakin banyak ilmu di dada, semakin guru itu berkualiti dan mempunyai nilai yang tinggi di mata masyarakat. Contohnya, seseorang guru itu perlu menanti di luar kelas lima minit lebih awal untuk giliran mengajar dan sentiasa memastikan murid-muridnya akan memperoleh ilmu pengetahuan di setiap sesi pengajaran dan pembelajaran. Sabda Rasulullah S.A.W :

Sesiapa yang menempuh suatu jalan untuk mencari ilmu, maka Allah akan menunjukkan jalan yang perlu ditempuhnya untuk menuju ke Syurga.

Sabda Rasulullah S.A.W itu menggambarkan bahawa betapa Islam memberikan ganjaran syurga kepada golongan yang mahu menuntut ilmu kerana ilmu itu sangat penting dalam membina kesejagatan manusia, iaitu mendekatkan manusia dengan perkara-perkara yang baik.

Sesungguhnya, guru merupakan pendidik yang akan menjadikan warisan kebudayaan dan ilmu pengetahuan untuk kemajuan negara pada masa akan datang. Hanya guru yang mempunyai kualiti, keterampilan, kewibawaan, kelayakan, minat, iltizam dan berjiwa pendidik layak menadi guru. Oleh itu, kejayaan dan kelestarian seseorang guru dalam kerjayanya bergantung kepada kesediaan guru berkenaan untuk terus memajukan diri.

Peningkatan kualiti dalam diri guru dengan cara melanjutkan pelajaran akan memberi nafas baru kepada dunia pendidikan. Perubahan dunia pendidikan memerlukan guru sentiasa berusaha untuk menambah ilmu agar menjadi guru rujukan, guru pakar, guru cemerlang, guru gemilang dan guru terbilang. Sesungguhnya beruntunglah mereka yang dianugerahkan oleh Allah kenikmatan menjadi seorang guru.

5PERKEMBANGAN PROFESIONALISME KEGURUAN HBEF2803