Tugasan Projek BMM3117 Kaedah Pengajaran BM SR

15
Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang Pentaksiran Kerja Kursus-Projek (Jadual Spesifikasi Tugasan, Soalan Tugasan dan Rubrik Pemarkahan) Kursus : Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah (BMM3117E) Tempoh : 5 Minggu Tarikh Mula : 7 MAC 2015 Tarikh Serahan : 14 APRIL 2015 Program : Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (PJJ) Tahun/Semester : 2015/satu Kumpulan : PISMP-PJJ SCE AMBILAN JANUARI 2013 Disediakan oleh : LITAT BILUNG Disahkan oleh : Penyelaras Kursus Ketua Jabatan Nama & Tandatangan LITAT BILUNG ABDUL MALEK BIN MOHD TAHIR Tarikh : 1

description

rujukan

Transcript of Tugasan Projek BMM3117 Kaedah Pengajaran BM SR

Page 1: Tugasan Projek BMM3117 Kaedah Pengajaran BM SR

Institut Pendidikan Guru Kampus Batu LintangPentaksiran Kerja Kursus-Projek

(Jadual Spesifikasi Tugasan, Soalan Tugasan dan Rubrik Pemarkahan)

Kursus : Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah (BMM3117E)

Tempoh : 5 Minggu Tarikh Mula : 7 MAC 2015

Tarikh Serahan : 14 APRIL 2015

Program : Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (PJJ) Tahun/Semester : 2015/satu

Kumpulan : PISMP-PJJ SCE AMBILAN JANUARI 2013

Disediakan oleh : LITAT BILUNG

Disahkan oleh : Penyelaras Kursus Ketua Jabatan

Nama &Tandatangan

LITAT BILUNG ABDUL MALEK BIN MOHD TAHIR

Tarikh :

1

Page 2: Tugasan Projek BMM3117 Kaedah Pengajaran BM SR

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BATU LINTANGJADUAL SPESIFIKASI TUGASAN PROJEK

JABATAN : PENGAJIAN MELAYUMATA PELAJARAN : KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH (PJJ)KUMPULAN : PISMP-PJJ SCE AMBILAN JANUARI 2013SEMESTER : 6

Hasil Pembelajaran Kursus :

1. Mengaplikasikan teori huraian bahasa dan teori pemerolehan bahasa di dalam bilik darjah.

2. Mengaplikasikan komponen pengajaran mikro dan makro dalam matapelajaran Bahasa Melayu di dalam bilik darjah.

3. Mempelbagaikan pengaplikasian pendekatan, strategi, kaedah serta teknik pengajaran dan pembelajaran terkini Bahasa Melayu di dalam bilik darjah bagi memupuk potensi insan murid yang kritis, kreatif, dan inovatif.

4. Mengaplikasikan pengisian kurikulum sebagai elemen kemahiran bernilai tambah dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di dalam bilik darjah.

5. Menyediakan rancangan pengajaran tahunan dan rancangan pengajaran harian dengan menyerapkan pengisian kurikulum.

Kerja kursus ini bagi menilai hasil pembelajaran 3, 4, dan 5.

Objektif Projek:

Pelajar dapat melaksanakan tugas-tugas berikut :1. membandingbezakan strategi, pendekatan, kaedah, dan teknik pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. 2. menganalisis RPH dan menyediakan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) untuk pengajaran 60 minit yang merangkumi:

i. Butiran amii. Pelbagai strategi, pendekatan, kaedah, dan teknik iii. Standard Kandungan dan Standard Pembelajaraniv. Objektifv. Elemen Merentas Kurikulum (EMK)vi. Bahan Bantu Mengajar (BBM) vii. Langkah-langkah pengajaran.

3. menghasilkan laporan.

2

Page 3: Tugasan Projek BMM3117 Kaedah Pengajaran BM SR

Spesifikasi Tugasan TAJUK

TUGASAN WAJARAN CATATAN

1. Mengkaji dan membanding beza strategi, pendekatan, kaedah, dan teknik pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu.

2.Menghasil dan mengaplikasi pelbagai strategi, pendekatan, kaedah, dan teknik serta aktiviti pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu sekolah rendah melalui Rancangan Pengajaran Harian (RPH) KSSR selama 60 minit.

3.Menganalisis dan mengenal pasti penggunaan strategi, pendekatan, kaedah, dan teknik serta Kemahiran Bernilai Tambah (KBT) atau Elemen Merentas Kurikulum (EMK) dalam Rancangan Pengajaran Harian (RPH)

1. Membuat banding beza antara strategi, pendekatan, kaedah, dan teknik pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu KSSR.

2. Menghasilkan satu RPH KSSR untuk pengajaran 60 minit yang merangkumi :i. standard kandungan dan standard pembelajaranii. objektif pengajaran dan pembelajaraniii. elemen merentas kurikulum (EMK)iv. pelbagai strategi, pendekatan, kaedah, dan teknikv. penggabungjalinan kemahiran bahasa (mendengar dan bertutur, membaca dan menulisvi. penggabungjalinan aktivitivii. penyerapan ilmu dan nilaiviii.bahan bantu mengajar yang lengkap dan sesuai.

3. Menganalisis strategi, pendekatan, kaedah, dan teknik serta aktiviti pengaplikasian Kemahiran Bernilai Tambah (KBT) atau Elemen Merentas Kurikulum (EMK) yang digunakan dalam Rancangan Pengajaran Harian ( RPH).

4. Penulisan Laporan - menghasilkan penulisan laporan berkaitan dengan tugasan

25%

30%

30%

15 %

- Isi, huraian dan contoh relevan dan mantap

- Penggunaan bahasa dan laras bahasa sesuai

- mampu membuat perbandingan yang kritis

- mengikut format- aplikasi strategi,

pendekatan, kaedah, dan teknik sesuai

- pemilihan kemahiran dan aktiviti baik dan sesuai

- langkah-langkah baik- kemahiran elemen sesuai - bbm sesuai ikut tahap- aplikasi teori/pengajaran

makro

- aplikasi strategi, pendekatan, kaedah dan teknik sesuai

- Pemilihan aktiviti releven- Menepati elemen- Penggunaan kemahiran

bahasa dan bahasa baik

- Penulisan laporan yang kritis dan jelas

3

Page 4: Tugasan Projek BMM3117 Kaedah Pengajaran BM SR

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BATU LINTANG

TUGASAN PROJEK

TAJUK PROGRAM : PISMP (PJJ) NAMA PELAJAR :

KOD DAN NAMA KURSUS : BMM3173E KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

SEMESTER : ENAM

TARIKH MULA : 7 MAC 2015 TARIKH HANTAR 14 APRIL 2015

Hasil Pembelajaran Kursus :

1. Mengaplikasikan teori huraian bahasa dan teori pemerolehan bahasa di dalam bilik darjah.

2. Mengaplikasikan komponen pengajaran mikro dan makro dalam matapelajaran Bahasa Melayu di dalam bilik darjah.

3. Mempelbagaikan pengaplikasian pendekatan, strategi, kaedah serta teknik pengajaran dan pembelajaran terkini Bahasa Melayu di dalam bilik darjah bagi memupuk potensi insan murid yang kritis, kreatif, dan inovatif.

4. Mengaplikasikan pengisian kurikulum sebagai elemen kemahiran bernilai tambah dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di dalam bilik darjah.

5. Menyediakan rancangan pengajaran tahunan dan rancangan pengajaran harian dengan menyerapkan pengisian kurikulum.

Kerja kursus ini bagi menilai hasil pembelajaran 3, 4 dan 5.

Objektif Projek:Pelajar dapat melaksanakan tugas-tugas berikut :

1. membandingbezakan strategi, pendekatan, kaedah, dan teknik pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu sekolah rendah.2. menganalisis dan menilai secara kritis RPH yang disediakan daripada pelbagai strategi, pendekatan, kaedah, dan teknik serta aktiviti berbahasa mengikut kurikulum standard sekolah rendah3. menghasilkan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) untuk pengajaran 60 minit yang merangkumi:

i. butiran amii. Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran

4

Page 5: Tugasan Projek BMM3117 Kaedah Pengajaran BM SR

iii. Objektifiv. Elemen Merentas Kurikulum (EMK)v. Strategi, pendekatan, Kaedah, dan Teknikvi. Penggabungjalinan aktiviti dan Kemahiran Bahasa (mendengar & bertutur, membaca dan menulis), vii. Bahan Bantu Mengajar (BBM) yang lengkap dan sesuai, dan viii. Langkah-langkah pengajaran dan pembelajaran.

Tugasan Projek (100%)

Pengetahuan dan pengaplikasian kaedah pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu sekolah rendah yang merangkumi strategi, pendekatan, kaedah, dan teknik merupakan salah satu proses yang perlu dilalui oleh setiap guru pelatih ketika menjalani latihan praperkhidmatan di institusi pendidikan perguruan. Selain itu, pengetahuan teori huraian bahasa dan teori pemerolehan bahasa turut diutamakan dan ianya dapat diaplikasikan secara pengajaran mikro dan makro agar guru pelatih mahir dan berkeyakinan apabila tamat latihan tersebut. Oleh yang demikian, maka tugasan ini wajar dilaksanakan bagi memantapkan pengetahuan guru tentang perkaedahan pengajaran dan pembelajaran bahasa sekolah rendah.

Anda dikehendaki melaksanakan tugasan berikut:1. menyediakan laporan bertulis secara individu tentang membandingbezakan strategi, pendekatan, kaedah, dan teknik pengajaran bahasa Melayu sekolah rendah. (25%)2. menghasilkan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) mengikut Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang menekankan strategi, pendekatan, kaedah, dan teknik pengajaran bahasa (30%)3. meneliti, menganalisis dan menilai RPH yang diberi, secara kritis tentang strategi, pendekatan, kaedah, dan teknik pengajaran dan pembelajaran yang digunakan, serta sokongan contoh daripada RPH tersebut. (30%) . 4. Menyediakan satu penulisan laporan berkaitan dengan tugasan yang telah anda laksanakan. (15%)

Panduan Pelaksanaan Projek :1. Tugasan ini ialah tugasan individu secara bertulis.

2. Anda boleh bergerak secara kolaboratif untuk mengumpul data atau maklumat.

3. Format penulisan tugasan adalah seperti berikut :

3.1 Muka depan hendaklah mengikut templet terkini 3.2 Fon Arial 3.3 Saiz huruf - 11 3.4 Langkau 1.5 baris 3.5 Rujukan mengikut format APA (American Psychological Association)

5

Page 6: Tugasan Projek BMM3117 Kaedah Pengajaran BM SR

4. Bahagian kulit hadapan hendaklah dilengkapkan dengan maklumat berikut:i. NAMA PELAJARii. ANGKA GILIRANiii. KUMPULAN / UNITiv. KOD DAN MATA PELAJARANv. NAMA PENSYARAH PEMBIMBINGvi. TARIKH SERAHAN

5. Amalan plagiat tidak dibenarkan.6. Tugasan ini perlu disiapkan dalam tempoh empat minggu.

7. Tugasan ini membawa markah 100% dan wajaran 100%.

Tugasan yang baik harus menunjukkan kriteria-kriteria berikut :

1. Liputan isi kandungan yang menyeluruh, konsisten dan terperinci.2. Disokong dengan contoh-contoh yang sesuai.3. Perbincangan dan hasil perbandingan yang mantap dan kritis.4. Format laporan dan organisasi perlu sistematik.5. Penulisan laporan dan refleksi harus menunjukkan kefasihan bahasa dan laras bahasa yang sesuai tanpa kesalahan ejaan.6. Rujukan perlu daripada pelbagai sumber yang tepat dan memenuhi kehendak tugasan (sekurang-kurangnya sumber daripada 3 buah buku, 3 internet, 2 jurnal, 2 bahan bercetak dan lain-lain).

6

Page 7: Tugasan Projek BMM3117 Kaedah Pengajaran BM SR

Tugasan disediakan oleh : Disemak oleh :

( LITAT BILUNG ) ( TUAN HJ. ZULKIFLI BIN HJ. BAHARIN )Pensyarah Kursus Kaedah Pengajaran Pakar Bidang Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah RendahBahasa Melayu Sekolah Rendah Jabatan Pengajian MelayuJabatan Pengajian Melayu IPG Kampus Batu LintangIPG Kampus Batu Lintang Tarikh : 29 Januari 2014 Tarikh : 29 Januari 2014

Disahkan oleh :

( ABDUL MALEK BIN MOHD.TAHIR ) Ketua Jabatan Pengajian MelayuJabatan Pengajian MelayuJabatan Pengajian Melayu IPG Kampus Batu Lintang Tarikh : 29 Januari 2014

7

Page 8: Tugasan Projek BMM3117 Kaedah Pengajaran BM SR

RUBRIK PEMARKAHAN HOLISTIK UNTUK LAPORAN BERTULIS TENTANG RPH : STRATEGI, PENDEKATAN, KAEDAH, DAN TEKNIK PENGAJARAN BM

SKALA WAJARAN(25%)

KRITERIA

Cemerlang 21-25% Isi Isi cukup, huraian disertakan contoh-contoh yang relevan dan mantap Bahasa Penggunaan bahasa amat baik dan laras bahasa amat sesuai

Baik 13-20% Isi Isi cukup, huraian disertakan contoh-contoh yang relevan dan mantap Bahasa Penggunaan bahasa baik dan laras bahasa sesuai

Lemah 0-12% Isi Isi dan huraian serta contoh kurang lengkapBahasa Penggunaan bahasa lemah dan laras bahasa kurang sesuai

RUBRIK PEMARKAHAN HOLISTIK UNTUK MENGHASILKAN RPH & PENGAPLIKASIAN

8

Page 9: Tugasan Projek BMM3117 Kaedah Pengajaran BM SR

SKALA WAJARAN(30%)

KRITERIA

Cemerlang 25-30% • penggunaan format yang amat sesuai• pemilihan elemen dan penggabungjalinan kemahiran mengikut langkah amat tepat• bahan bantu mengajar yang amat baik dan sesuai

Baik 15-24% • penggunaan format yang sesuai• pemilihan elemen dan penggabungjalinan kemahiran mengikut langkah tepat• bahan bantu mengajar yang baik dan sesuai

Lemah 0-14% • penggunaan format yang kurang sesuai• pemilihan elemen dan penggabungjalinan kemahiran mengikut langkah kurang tepat• bahan bantu mengajar yang kurang baik dan kurang sesuai

RUBRIK PEMARKAHAN HOLISTIK UNTUK ANALISIS RPH

9

Page 10: Tugasan Projek BMM3117 Kaedah Pengajaran BM SR

SKALA WAJARAN(30%)

KRITERIA

Cemerlang 25-30% • huraian yang mantap dan kritis merangkumi semua elemen yang terkandung dalam RPH• menyatakan rasional penggunaan stategi, pendekatan, kaedah dan teknik serta aktiviti pengaplikasian KBT atau EMK.• Huraian yang bernas beserta dengan bukti yang kukuh tentang bahan bantu mengajar yang digunakan.

Baik 15-24% • huraian yang mantap merangkumi semua elemen yang terkandung dalam RPH• menyatakan rasional penggunaan stategi, pendekatan, kaedah dan teknik serta aktiviti pengaplikasian KBT atau EMK.• Huraian yang bernas tentang bahan bantu mengajar yang digunakan.

Lemah 0-14% • huraian yang kurang mantap merangkumi semua elemen yang terkandung dalam RPH• menyatakan rasional penggunaan stategi, pendekatan, kaedah dan teknik serta aktiviti pengaplikasian KBT atau EMK.• Huraian yang ringkas tentang bahan bantu mengajar yang digunakan.

RUBRIK PEMARKAHAN HOLISTIK UNTUK PENULISAN LAPORAN

SKALA WAJARAN(15%)

KRITERIA

Cemerlang 12-15% -penulisan laporan amat bernas dan amat sesuai-penggunaan bahasa amat baik dan laras bahasa amat sesuai

Baik 9-11% -penulisan laporan bernas dan sesuai-penggunaan bahasa baik dan laras bahasa sesuai

Lemah 0-7% -penulisan laporan lemah dan kurang sesuai-penggunaan bahasa dan laras bahasa tidak sesuai

RUBRIK PEMARKAHAN HOLISTIK UNTUK PENGAJARAN MIKRO / AMALI10

Page 11: Tugasan Projek BMM3117 Kaedah Pengajaran BM SR

SKALA WAJARAN(20%)

KRITERIA

Cemerlang 15-20% Persembahan Persembahan yang amat menarik dan sangat tersusun Penyampaian yang sangat lancarOrganisasi Menepati elemen yang ditentukan Terdapat kesinambungan dalam langkah-langkahBahasa Penggunaan bahasa yang sangat baik

Baik 10-14% Persembahan Persembahan yang menarik dan tersusun Penyampaian lancarOrganisasi Menepati elemen yang ditentukan Terdapat kesinambungan dalam langkah-langkahBahasa Penggunaan bahasa yang baik

Lemah 0-9% Persembahan Persembahan yang kurang memuaskan Penyampaian yang lemahOrganisasi Tidak menepati elemen yang ditentukan Tiada kesinambungan dalam langkah-langkah Bahasa Penggunaan bahasa yang kurang baik

11