Tugasan projek EDU3083 2014docx.docx

5
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS IPOH TUGASAN PROJEK TAJUK PROGRAM: PPG (AMBILAN JUN 2011) NAMA GURU PELATIH: TAJUK KURSUS: ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL (EDU3083) SEMESTER: 2/2014 TARIKH MULA: 18 Ogos 2014 TARIKH HANTAR: 5 September 2014 Hasil Pembelajaran Kursus : 1. Menjelaskan konsep profesion,etika, akauntabiliti dan profesionalisme keguruan. 2. Membincangkan ciri-ciri guru sebagai seorang profesional 3. Menganalisis peringkat perkembangan kerjaya dari guru permulaan ke peringkat yang lebih tinggi. 4. Merancang pelan pembangunan diri untuk menjadi seorang yang profesional. 5. Melaksanakan peranan sebagai pemimpin profesional dalam pelbagai aspek pengurusan dan pentadbiran pendidikan. Kerja kursus ini bagi menilai hasil pembelajaran 1, 2, dan 5. Objektif Projek: Pelajar dapat melaksanakan tugas-tugas berikut:

Transcript of Tugasan projek EDU3083 2014docx.docx

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS IPOHTUGASAN PROJEKTAJUK PROGRAM:PPG (AMBILAN JUN 2011)NAMA GURU PELATIH:

TAJUK KURSUS:ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL (EDU3083)SEMESTER: 2/2014

TARIKH MULA: 18 Ogos 2014TARIKH HANTAR:5 September 2014

Hasil Pembelajaran Kursus :

1. Menjelaskan konsep profesion,etika, akauntabiliti dan profesionalisme keguruan.

2. Membincangkan ciri-ciri guru sebagai seorang profesional

3. Menganalisis peringkat perkembangan kerjaya dari guru permulaan ke peringkat yang lebih tinggi.

4. Merancang pelan pembangunan diri untuk menjadi seorang yang profesional.

5. Melaksanakan peranan sebagai pemimpin profesional dalam pelbagai aspek pengurusan dan pentadbiran pendidikan.

Kerja kursus ini bagi menilai hasil pembelajaran 1, 2, dan 5.

Objektif Projek:

Pelajar dapat melaksanakan tugas-tugas berikut:

1. Menghasilkan satu esei peranan yang perlu dimainkan oleh kepemimpinan sekolah kearah melahirkan warga sekolah yang cemerlang dan berprestasi tinggi .

2. Menghuraikan isu-isu yang berkaitan dengan etika, akauntabiliti dan profesionalisme keguruan

3. Mengemukakan idea dan pandangan berkaitan dengan kepimpinan dan profesionalisme guru secara atas talian.

4. Menghasilkan satu penulisan refleksi berkaitan dengan tugasan.

Tugasan Projek (100% )Kepemimpinan merupakan dinamika hubungan yang bertimbal balik antara mereka yang memimpin dan kelompok yang dipimpin untuk mencapai matlamat yang dipersetujui. Kepimpinan dalam organisasi sekolah melibatkan kebolehan pentadbir untuk mempengaruhi dan membina keyakinan guru-guru, ahli ahli di dalam dan di luar sekolah untuk mencapai matlamat yang ditetapkan. (Lee Ong Kim, 1991)

1.Berdasarkan penyataan di atas, secara berkumpulan anda dikehendaki menulis satu esei ilmiah tentang peranan yang perlu dimainkan oleh kepemimpinan sekolah kearah melahirkan warga sekolah yang cemerlang dan berprestasi tinggi selaras dengan agenda Transformasi Pendidikan Negara yang dihasratkan oleh Kementerian Pendidikan.

(30%)2Secara individu, anda dikehendaki:

(i) Memberikan ulasan kritis tentang konsep profesion , etika, akauntibiliti dan profesionalisme atau isu berkaitan yang terdapat di dalam filem pendek yang bertajuk The Inviligator dan video klip Cikgu Shaari yang dimuatkan di dalam portal pembelajaran atas talian (PPG On Line ). Kemukakan cadangan dan pandangan untuk memperbaiki amalan tersebut. . (50%)

(ii) Mengambil bahagian yang aktif di dalam portal pembelajaran atas talian dengan mengemukakan pandangan serta bahagian secara aktif dalam forum yang disediakan. (10%)

(ii) Membuat refleksi tentang tugasan yang telah dilaksanakan. (10%)

Panduan Pelaksanaan Kerja Kursus:1. Tugasan ini perlu dilaksanakan secara berkumpulan (soalan 1) dan secara Individu. (soalan 2)

2.Setiap kumpulan terdiri daripada dua hingga tiga orang. Anda perlu bergerak secara kolaboratif untuk merancang dan melaksanakan tugasan tersebut.

3. Format penulisan tugasan adalah seperti berikut: 3.1 Muka depan hendaklah mengikut templet terkini. 3.2 Fon Arial 3.3 Saiz huruf: 11 3.4 Langkau 1.5 baris 3.5 Rujukan mengikut format APA (American Psychological Association) 3.6 Jadual dan gambar dilabelkan 3.6 Lampiran adalah wajib 3.7 Jawab dalam Bahasa Melayu sahaja.4. Panjang tugasan soalan 1 dan 2 (a) adalah antara 2, 500 hingga 3,000 patah perkataan atau antara 10 15 muka surat. ( Tidak termasuk persembahan visual dan lampiran )5. Panjang penulisan refleksi adalah tidak lebih 5 muka surat.6. Amalan plagiat tidak dibenarkan6. Tugasan ini perlu disiapkan dalam tempoh tiga minggu.7. Tugasan bertulis yang dihantar perlu sertakan Borang Maklumbalas, Soalan Tugasan dan Rubrik Pemarkahan di mukasurat hadapan.8. Lampiran / gambar perlu di namakan. 9. Tugasan ini membawa markah 100% dan wajaran 50 %.

Tugasan yang baik harus menunjukkan kriteria-kriteria berikut:(mengikut kehendak soalan tugasan)

1. Liputan isi kandungan yang menyeluruh, konsisten dan terperinci.2. Tugasan anda perlu merangkumi perkara berikut, a. Pemahaman yang mendalam berkaitan dengan aspek yang dibincangkan. b. Bukti dan bahan-bahan yang menyokong hujah anda hendaklah dikemukakan.i. Keseluruhan persembahan dan pengolahan perlu menunjukkan keaslian dan sokongan ilmiah.

ii. Format dan organisasi perlu jelas dan koheran.iii. Penulisan esei harus menunjukkan kefasihan bahasa, kematangan hujah dalam menterjemah maklumat secara analitikal.

3. Rujukan perlulah dari pelbagai sumber yang tepat dan memenuhi kehendak tugasan (buku, internet, jurnal dan bahan bercetak yang lain)

Kriteria PemarkahanTugasan akan disemak berdasarkan kriteria pemarkahan yang disediakan.

Disediakan oleh:

...........................................................(ZAINI BIN. ABDUL GHANI)Penyelaras Subjek Pengajian Profesional, PPGJabatan Ilmu PendidikanIPG Kampus IPOH

........................................................( SARIPAH RABEAAH SYED ALI)Disemak oleh:

...........................................................( ) Pakar Bidang (SME)

........................................................( SARIPAH RABEAAH SYED ALI)

Disahkan Oleh,

.............................................................