Tugasan Projek Psv3107 2014 PDF 5 Ogos

download Tugasan Projek Psv3107 2014 PDF 5 Ogos

of 8

description

seni

Transcript of Tugasan Projek Psv3107 2014 PDF 5 Ogos

  • INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK

    TUGASAN PROJEK

    TAJUK PROGRAM: PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU NAMA PELAJAR :

    Hasil Pembelajaran Kursus:

    1. Membanding beza pelbagai pendekatan P&P PSV.

    2. Menyediakan rancangan tahunan, semester dan harian pengajaran dan pembelajaran PSV mengikut format ditetapkan.

    3. Mengaplikasi pelbagai pendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran PSV dengan nilai murni.

    4. Mengaplikasikan teori pengajaran dan pembelajaran PSV melalui pengajaran mikro dan makro.

    5. Mengaplikasikan nilai murni dalam strategi pengajaran dan pembelajaran.

    Tugasan projek ini bagi menilai hasil pembelajaran 1,2,3 dan 4

    KOD DAN NAMA KURSUS : PSV3107/PSV3073 PEDAGOGI PENDIDIKAN SENI VISUAL PSV KBSR/KSSR

    SEMESTER : 6

    TARIKH MULA : 9 Ogos 2014 TARIKH HANTAR : 30 OGOS 2014

  • OBJEKTIF PROJEK:

    Pelajar dapat:

    1. Mengaplikasikan pendekatan P&P PSV yang sesuai dalam membuat rancangan pengajaran harian

    2. Membuat rancangan pengajaran harian mengikut format yang ditetapkan dan merujuk kepada kurikulum PSV KBSR/KSSR.

    3. Mengaplikasikan pengetahuan mengenai pelbagai bidang kegiatan PSV sekolah rendah dalam penghasilan BBM yang

    menarik dan berkesan.

    4. Merancang Rancangan Pengajaran Semester mengikut sukatan yang ditetapkan.

    5. Mengaplikasikan pengetahuan pedagogi PSV KBSR/KSSR dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

    Tugasan Projek (100%)

    Pedagogi Pendidkan Seni Visual KBSR/KSSR memainkan peranan penting dalam menyumbang ke arah perkembangan kualiti

    peribadi pelajar melalui peningkatan daya persepsi, estetika, kreativiti dan inovasi. Pengalaman ini membantu pelajar membina dan

    mempertingkatkan keyakinan diri dalam pembentukan watak, membuat penilaian diri dan mengenali citarasanya yang tersendiri.

    Proses kefahaman ikhtisas ini memberi pengetahuan dan pengalaman yang berupaya meningkatkan kemampuan pelajar dalam

    membuat rancangan pengajaran harian dan sumber bahan pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti serta berkesan.

    Soalan Tugasan

    1. Rancangkan satu Rancangan Semester PSV tahun 3 selama 18 minggu mengikut bidang dan aktviti seperti yang

    terdapat jadual di bawah. (10%)

  • 2. Rancangkan satu Rancangan Pengajaran Harian dengan merujuk kepada Perancangan semester PSV tahun 3 yang

    telah dihasilkan. Anda hendaklah mengaplikasikan strategi, kaedah, teknik dan pendekatan pengajaran dan pembelajaran

    PSV berdasarkan Kurikulum DSV KSSR. (15%)

    3. Hasilkan satu bahan bantu mengajar (BBM) yang sesuai digunakan mengikut aktiviti kegiatan yang dipilih berserta

    ilustrasi langkah-langkah penghasilan BBM dalam bentuk sebuah carta. (30%)

    MENGGAMBAR MEMBUAT CORAK DAN REKAAN

    MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN

    MENGENAL KRAF TRADISIONAL

    AKTIVITI

    a. Lukisan b. Catan c. Kolaj d. Montaj e. Cetakan f. Resis g. Gosokan h. Capan i. Mozek j. Poster

    1. CORAK TIDAK TERANCANG

    1.1 Pualaman 1.2 Tiupan 1.3 Titisan 1.4 Ikat dan Celup 1.5 Renjisan dan

    Percikan

    2. CORAK TERANCANG 2.1 Lukisan 2.2 Catan 2.3 Cetakan 2.4 Capan 2.5 Lipat dan Gunitng 2.6 Resis 2.7 Kolaj 2.8 Kaligrafi

    1. Arca Timbul 2. Arca Asemblaj 3. Arca Mobail 4. Arca Stabail 5. Model 6. Deorama 7. Boneka

    1. Ukiran 2. Tembikar 3. Perhiasan diri 4. Wau

  • 4. Melaksanakan pengajaran dan pembelajaran makro yang telah dirancang di sekolah tempat bertugas dan merakam

    video pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran tersebut. Rakaman tersebut hendaklah dihantar dalam bentuk softcopy

    (CD). (40%)

    5. Membuat refleksi ilmiah terhadap pengajaran dan pembelajaran makro yang telah dilaksanakan. (5%)

    Panduan Pelaksanaan Projek

    1. Tugasan ini adalah secara individu.

    2. Anda hendaklah merujuk kepada Buku Panduan Pengajaran Dunia Seni Visual KSSR bagi membuat Rancangan

    Pengajaran Harian mengikut format yang ditetapkan.

    3. BBM yang dihasilkan hendaklah berukuran tidak lebih daripada 24.

    4. Buat rujukan yang mencukupi dan lampirkan senarai rujukan.

    5. Format penulisan adalah seperti berikut:

    Fon Arial, saiz fon 11 point, Margin atas dan bawah 1

    Rajah, Jadual dan Gambar perlu dilabelkan serta dinomborkan

    Rujukan mengikut format APA (American Psychological Association)

    6. Muka hadapan hendaklah mengikut format terkini (berwarna kuning)

    Nama dan gambar pelajar

    Angka Giliran

    Nombor kad Pengenalan

    Kod Kursus

    Nama pensyarah

    Tarikh serahan

    7. Anda wajib sertakan sehelai Borang Maklum Balas Tugasan

    8. Rakaman pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran makro hendaklah selama tempoh aktviti tersebut berlangsung dan

    disimpan dalam format AVI (Video Clip)

    9. CD perlu dimasukkan dalam bekas CD yang disimpan dalam poket pada bahagian muka surat akhir tugasan esei dan

    dilabelkan dengan butiran seperti no.6

    10. Amalan plagiat tidak dibenarkan.

    11. Tugasan ini membawa markah 100%

  • Tugasan yang baik haruslah menunjukkan kriteria berikut:

    1. Format Rancangan Semester dan Rancangan Pengajaran Harian hendaklah mengikut format terkini.

    2. Rujuk kepada sumber akademik yang luas.

    3. Format dan organisasi tugasan perlu jelas dan koheren

    4. Rakaman video hendaklah jelas dari segi audio dan visual.

    5. BBM yang dihasilkan adalah hasil kerja sendiri dan kemas.

    Kriteria Pentaksiran

    Tugasan akan disemak berdasarkan rubrik pentaksiran yang disediakan.

    Disediakan oleh: Disemak oleh:

    (KAMSIAH BINTI OMAR) (HJ YAHYA BIN PANOT)

    Penyelaras Kursus Pakar Bidang

    Jabatan Sains Sosial Jabatan Sains Sosial

    IPGK Pendidikan Teknik IPGK Pendidikan Teknik

    Disahkan oleh:

    Ketua Jabatan

    Jabatan Sains Sosial

    IPGK Pendidikan Teknik

  • Kriteria Pemarkahan Kerja Kursus PISMP (Tugasan bertulis dan amali)

    ASPEK DINILAI KRITERIA Cemerlang

    (9-10) Sederhana

    (7-8) Lulus (4-6)

    Gagal (1-3)

    1. Rancangan Semester PSV tahun 3 selama 18 minggu mengikut bidang.

    (10%)

    . Perancangan yang lengkap, mengikut format dan teliti dalam setiap aspek serta jelas.

    Rancangan Semester yang hampir lengkap tetapi terdapat beberapa aspek yang boleh ditambahbaik.

    Perancangan yang yang mengikut format tetapi tidak dirancang dengan tepat serta terdapat aspek yang perlu ditambahbaik.

    Perancangan yang tidak mengikut format dan sangat lemah.

    2. Rancangan Pengajaran Harian dengan mengaplikasikan strategi, kaedah, teknik dan pendekatan pengajaran dan pembelajaran PSV berdasarkan Kurikulum DSV KSSR. (15%)

    Cemerlang (11-15)

    Kepujian (7-10)

    Lulus (4-7)

    Gagal (1-3)

    Perancangan lengkap, tepat dan dari pelbagai sumber.

    Mengaplikasikan strategi, kaedah, teknik dan pendekatan secara jelas dan menyeluruh

    Kekemasan dan persembahan RPH disediakan dengan teliti dan menarik.

    Perancangan lengkap.

    Mengaplikasikan strategi, kaedah, teknik dan pendekatan secara jelas tetapi masih terdapat beberapa aspek yang boleh ditambahbaik.

    . Kekemasan dan

    persembahan RPH adalah baik.

    Perancangan hampir lengkap dan sederhana.

    Mengaplikasikan strategi, kaedah, teknik dan pendekatan secara kurang jelas dan terdapat beberapa aspek yang perlu ditambahbaik.

    . Kekemasan dan

    persembahan RPH adalah memuaskan.

    Perancangan adalah lemah

    Gagal mengaplikasikan strategi, kaedah, teknik dan pendekatan secara jelas dan terdapat beberapa aspek yang perlu ditambahbaik.

    Semua aspek dalam RPH disediakan dengan kurang tepat dan tidak jelas.

    Kekemasan dan persembahan RPH adalah lemah.

  • 3. Menghasilkan BBM yang sesuai digunakan mengikut aktiviti kegiatan yang dipilih berserta ilustrasi langkah-langkah penghasilan BBM dalam bentuk sebuah carta. (30%)

    Cemerlang (26-30)

    Sederhana (21-25)

    Lulus (11-20)

    Gagal (1-10)

    Mengaplikasikan kepelbagaian teknik penghasilan bahan bantu mengajar yang sesuai dan cemerlang

    Menggunakan pelbagai alat dan media yang sesuai untuk menghasilkan bahan bantu mengajar dengan cekap serta berkesan.

    Ilustrasi langkah penghasilan yang jelas dan menarik.

    Mengaplikasikan kepelbagaian teknik penghasilan bahan bantu mengajar dengan sederhana.

    Menggunakan pelbagai alat dan media yang sesuai untuk menghasilkan bahan bantu mengajar dengan cekap serta berkesan.

    Ilustrasi langkah penghasilan yang baik tetapi terdapat perkara yang perlu ditambahbaik.

    Kurang mengaplikasikan kepelbagaian teknik penghasilan bahan bantu mengajar.

    Menggunakan alat dan media yang sesuai untuk menghasilkan bahan bantu mengajar dengan baik tetapi terdapat beberapa apek yang perlu ditambahbaik.

    Ilustrasi langkah penghasilan yang kurang menarik.

    Mengaplikasikan teknik penghasilan bahan bantu mengajar yang sangat minimum.

    Menggunakan alat dan media yang sangat terhad dan terdapat banyak aspek yang perlu ditambahbaik.

    Ilustrasi langkah penghasilan tidak menarik dan sangat lemah.

    4. Melaksanakan pengajaran dan pembelajaran makro yang telah dirancang di sekolah tempat bertugas.

    (40%)

    Cemerlang (31-40)

    Sederhana (21-30)

    Lulus (11-20)

    Gagal (1-10)

    Pelaksanaan pdp makro mengikut perancangan yang teliti dan sangat baik.

    Dapat melaksanakan pdp makro dengan lancar, dan mencapai objektif.

    Pelaksanaan pdp makro mengikut perancangan dengan baik tetapi masih terdapat aspek yang boleh ditambahbaik

    Pelaksanaan pdp makro kurang mengikut perancangan yang telah dihasilkan dan terdapat beberapa aspek yang perlu ditambahbaik,

    Pelaksanaan pdp makro adalah tidak memuaskan dan terdapat beberapa aspek perlu ditambahbaik.

  • 5. Refleksi. (5%)

    Cemerlang (5)

    Sederhana (3-4)

    Lulus (2)

    Gagal (1)

    Dapat menunjukkan pemikiran kreatif dan analitikal dengan baik.

    Berupaya menterjemah dan menyelesaikan masalah dengan jelas dan mendalam.

    Dapat menunjukkan pemikiran kreatif dan analitikal dengan memuaskan.

    Berupaya menterjemah dan menyelesaikan masalah dengan jelas.

    Pemikiran kreatif dan analitikal kurang memuaskan.

    Kurang berupaya menterjemah dan menyelesaikan masalah dengan jelas serta tidak kritis.

    Lemah dalam pemikiran kreatif dan analitikal.

    Tidak berupaya menterjemah dan menyelesaikan masalah dengan jelas