Tugasan PSV3113E Semester 5

6
Pengenalan 1. Konsep Pentaksiran Menurut Azizi Ahmad Mohd Isa Awang dalam bukunya Pengukuran dan Penilaian Pendidikan muka surat 23, pentaksiran merupakan satu proses mendapatkan maklumat untuk membuat pertimbangan tentang produk sesuatu pendidikan. Lembaga Peperiksaan Malaysia (2000) dalam artikelnya, Pentaksiran dan Penilaian dalam Pendidikan Khas, mentakrifkan pentaksiran sebagai suatu proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod (pengujian), memberikan skor atau markah (pengukuran) dan menterjemah maklumat (penilaian) tentang pembelajaran seseorang murid bagi tujuan tertentu. Daripada penerangan ini, kita boleh mengatakan bahawa pentaksiran merangkumi pengujian, pengukuran dan penilaian. Rajah 1: Perhubungan antara pentaksiran, penilaian, pengukuran dan pengujian Daripada rajah 1 di atas, dapat disimpulkan bahawa pengujian, pengukuran dan penilaian adalah di dalam pentaksiran. Oleh yang demikian, untuk mendalami konsep pentaksiran, pemahaman konsep pengujian, pengukuran dan penilaian adalah amat penting sekali. Menurut Gay (1985) dipetik daripada Ee Ah Meng (2002), berpendapat bahawa penilaian ialah satu proses yang dianggap bersistem semasa mengumpul dan menganalisis data bagi menentukan sama ada sesuatu objektif yang ditetapkan itu telah tercapai. Hal ini membolehkan guru membuat keputusan tepat berhubung dengan pengajaran dan pembelajarannya. 2. Penilaian

description

Tugasan PSV3113E Semester 5

Transcript of Tugasan PSV3113E Semester 5

Page 1: Tugasan PSV3113E Semester 5

Pengenalan

1. Konsep Pentaksiran

Menurut Azizi Ahmad Mohd Isa Awang dalam bukunya Pengukuran dan Penilaian

Pendidikan muka surat 23, pentaksiran merupakan satu proses mendapatkan maklumat

untuk membuat pertimbangan tentang produk sesuatu pendidikan.

Lembaga Peperiksaan Malaysia (2000) dalam artikelnya, Pentaksiran dan Penilaian dalam

Pendidikan Khas, mentakrifkan pentaksiran sebagai suatu proses pembelajaran yang

merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod (pengujian), memberikan skor atau

markah (pengukuran) dan menterjemah maklumat (penilaian) tentang pembelajaran

seseorang murid bagi tujuan tertentu. Daripada penerangan ini, kita boleh mengatakan

bahawa pentaksiran merangkumi pengujian, pengukuran dan penilaian.

Rajah 1: Perhubungan antara pentaksiran, penilaian, pengukuran dan pengujian

Daripada rajah 1 di atas, dapat disimpulkan bahawa pengujian, pengukuran dan penilaian

adalah di dalam pentaksiran. Oleh yang demikian, untuk mendalami konsep pentaksiran,

pemahaman konsep pengujian, pengukuran dan penilaian adalah amat penting sekali. 

Menurut Gay (1985) dipetik daripada Ee Ah Meng (2002), berpendapat bahawa penilaian

ialah satu proses yang dianggap bersistem semasa mengumpul dan menganalisis data bagi

menentukan sama ada sesuatu objektif yang ditetapkan itu telah tercapai. Hal ini

membolehkan guru membuat keputusan tepat berhubung dengan pengajaran dan

pembelajarannya.

Page 2: Tugasan PSV3113E Semester 5

2. Penilaian

Penilaian mengandungi aspek pengujian, pengukuran, penganalisisan dan penyimpulan.

Prosedur penilaian ini boleh dilaksanakan dalam lima peringkat yang dihuraikan secara

ringkas seperti rajah 2 berikut.

Rajah 2: Prosedur Penilaian

Berdasarkan kepada rajah 2 di atas, pengujian dan pengukuran merupakan aktiviti-aktiviti

utama dalam penilaian. Untuk menjalankan penilaian, seseorang guru perlulah terlebih

dahulu melaksanakan pengujian dan kemudiannya memeriksa dan mengukur tahap

pencapaian muridnya. Setelah data pencapaian murid didapati barulah guru tersebut boleh

menjalankan penilaian terhadap pencapaian muridnya sama ada murid tersebut lemah,

sederhana, baik ataupun cemerlang. Kemudian, guru akan merancang tindakan susulan

untuk membantu murid-muridnya meningkat prestasi mereka.

Page 3: Tugasan PSV3113E Semester 5

3. Pengukuran

Menurut Azizi Ahmad (2009), Pengukuran bermaksud satu proses mendapatkan maklumat

secara numerik atau melalui angka tentang sebanyak mana individu atau murid mempunyai

sesuatu ciri yang diukur dengan menggunakan suatu instrumen.

Hasil pengukuran hanya merupakan penentuan status atau tahap yang tidak mempunyai

nilai. Contohnya, Ali mendapat 70 peratus dalam ujjian Kajian Tempatan, kita tidak

menyatakan sama ada prestasi Ali ini baik atau tidak. Pengukuran ini dilaksanakan tanpa

nilai seperti yang diterangkan dalam rajah 3 di bawah.

Rajah 3: Konsep pengukuran

Pengukuran tidak bersifat mutlak. Pengukuran ketinggian mental seseorang adalah sukar

dan tidak dapat dilakukan dengan menggunakan alat ukur yang tepat seperti pembaris. Oleh

yang demikian, kita tidak boleh menganggap murid yang mendapat skor 90 itu adalah dua

kali ganda lebih pandai daripada murid yang hanya mendapat skor 45. Sementara

seseorang yang mendapat skor sifar juga tidak boleh dianggap sebagai tidak mempelajari

sebarang perkara atau tidak memahami sebarang perkara tentang sesuatu pelajaran yang

dilalui.

Page 4: Tugasan PSV3113E Semester 5

4. Pengujian

Antara keempat-empat istilah, pengujian boleh dikatakan mendukung maksud yang labih

sempit atau khusus. Menurut Cronbach, ujian ialah satu prosedur yang bersistem untuk

memerhati perlakuan atau tingkah laku seseorang individu dan membuat huraian dengan

bantuan skala bernombor atau satu sistem yang berkategori.

Ini dikukuhkan lagi oleh Azizi Ahmad Mohd Isha Awang (2008) yang menegaskan bahawa:

“Ujian adalah suatu cara untuk mendapatkan contohan perlakuan yang diperlihatkan oleh murid dalam keadaan yang dikawal atau ditentukan. Maklumat yang diperoleh daripadanya

akan dijadikan dasar untuk membuat penilaian atau pengadilan”. (Azizi, 2008; 4).

Proses pengujian lazimnya bermula dengan perancangan ujian, diikuti oleh pentadbiran ujian

dan berakhir dengan pemeriksaan skrip jawapan murid seperti yang ditunjukkan dalam rajah

4 di bawah. Melalui proses pengujian ini, guru boleh mengetahui kedudukan dan prestasi

serta penguasaan murid terhadap tajuk-tajuk yang diuji. Ini membolehkan guru

menempatkan murid-murid mengikut kumpulan dalam bilik darjah untuk memudahkan

pengajaran.

Rajah 3: Proses pengujian

Kesimpulannya, pentaksiran merupakan suatu proses yang merangkumi penyediaan dan

perlaksanaan ujian (Pengujian), penyemakan dan memberi skor (Pengukuran) dan

menterjemah maklumat atau jawapan (Penilaian). Pentaksiran, penilaian, pengukuran dan

penilaian mempunyai definisi dan makna yang tersendiri namun keempat-empat konsep ini

adalah saling berhubungkait antara satu sama lain dan tidak boleh dipisahkan. Guru tidak

akan tahu kejayaannya dalam menyampaikan isi pelajaran, melainkan dia membuat

pentaksiran.

Page 5: Tugasan PSV3113E Semester 5

5. Instrumen

Menurut Suharsimi Arikunto (2000:134), instrumen pengumpulan data adalah alat bantu

yang dipilih dan digunakan oleh peneliti dalam kegiatannya mengumpulkan agar kegiatan

tersebut menjadi sistematis dan dipermudah olehnya. Ibnu Hadjar (1996:160) berpendapat

bahwa instrumen merupakan alat ukur yang digunakan untuk mendapatkan informasi

kuantitatif tentang variasi karakteristik variabel secara objektif. Instrumen pengumpul data

menurut Sumadi Suryabrata (2008:52) adalah alat yang digunakan untuk merekam-pada

umumnya secara kuantitatif-keadaan dan aktivitas atribut-atribut psikologis. Atibut-atribut

psikologis itu secara teknis biasanya digolongkan menjadi atribut kognitif dan atribut non

kognitif. Sumadi mengemukakan bahwa untuk atribut kognitif, perangsangnya adalah

pertanyaan. Sedangkan untuk atribut non-kognitif, perangsangnya adalah pernyataan.

Dari beberapa pendapat ahli di atas, dapat disimpulkan bahwa instrumen penelitian adalah

alat bantu yang digunakan oleh peneliti untuk mengumpulkan informasi tentang variabel atau

objek yang sedang diteliti.

Di dalam matapelajaran pendididikan seni visual, instrumen yang lazim digunakan di dalam

membuat pengukuran, penilaian dan pentaksiran, antara yang dicadangkan adalah ;

i. Ujian (sejarah dan apresiasi seni)

ii. Pemerhatian

iii. Temubual

iv. Perbincangan

v. Anekdot

vi. Senarai semak

vii. Soal selidik

viii. Pengukuran sikap

ix. Portfolio

Page 6: Tugasan PSV3113E Semester 5

Bagi tujuan tugasan ini, saya memilih untuk menggunakan instrrumen pemerhatian dan soal

selidik. Rasionalnya adalah kerana pihak sekolah telah menetapkan penggunaan instrumen

ini bagi pelajar tahun 1,2,3 dan 4 selaras dengan pelaksanaan PBS dan KSSR di samping

penilaian portfolio pelajar bagi pelajar tahun 5 dan 6.

T