Tugasan Seni Visual

download Tugasan Seni Visual

of 14

Transcript of Tugasan Seni Visual

1.0 PENGENALANPendidikan Seni Visual menjurus kepada seni tampak atau seni penglihatan dan tidak merujuk kepada seni lain seperti seni muzik,seni sastera,seni tari dan seni mempertahankan diri. Pendidikan Seni Visual sekolah rendah lebih menegaskan kegiatan dalam proses penghasilan dengan melibatkan aspek pemahaman,penghayatan dan kritikan. Dalam proses ini, guru boleh menyentuh mengenai perasaan estetik dan daya kreativiti individu melalui penajaman daya intuisi,persepsi, imaginasi dan konsepsi murid.Jesteru, murid diharapkan dapat mengamalkan pertimbangan seni visual,meningkatkan lagi kepekaan, menjadi pengkarya yang rasional dan mampu mengendalikan kehidupan dengan membawa bersama nilai yang disebutkan. Kurikulum Pendidikan Seni Visual sekolah rendah merangkumi empat bidang iaitu menggambar,membuat rekaan dan corak, membentuk dan membuat binaan dan kraf tradisional. Murid-murid di sekolah rendah dilatih untuk melihat sesuatu dengan perspektif yang lebih luas sama ada daripada aspek estetik mahupun aspek gunaan.`Aspek-aspek di atas dapat memberi kefahaman kepada murid dan penghayatan terhadap warisan seni visual serta mengamalkannya dalam kehidupan seharian terutamanya dalam meningkatkan nilai hidup. Murid-murid akan didedahkan dengan ilmu seni visual yang berkaitan dengan bidang tertentu dan menerapkan budaya menghargai serta mengaplikasi ilmu yang diperolehi bersama.Pendidikan seni Visual di sekolah rendah merupakan satu mata pelajaran yang bertujuan untuk membentuk keperibadian generasi Malaysia yang celik budaya, mempunyai nilai-nilai estetik yang tinggi,imaginatif,kritis,kreatif,inovatif dan iventif. Kandungan kurikulum berupaya membantu murid anda meningkatkan rasa kesyukuran kepada Tuhan, menghargai keindahan alam persekitaran,keindahan seni dan warisan bangsa serta dapat menyumbang ke arah pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan negara selaras dengan Falsafah pendidikan Kebangsaan.Menurut Feldman (1976)memberikan definisi pendidikan seni sebagai usaha yang melibatkan pelajaran dan pembelajaran membuat dan memahami seni, disamping mengetahui tentang dunia dan diri kita sendiri melalui seni. Seni yang dimaksudkan ialah seni visual yang meliputi catan,arca,seni bina,kraf, reka bentuk industri,fotografi,filem,televisyen dan seni computer.Pendidikan Seni Visual merangkumi pelbagai faedah yang digunakan dalam menghasilkan seni, mempelajari sejarah dan antropologi seni, membezakan makna seni dan melihat nilai hasil individu.Selain itu, Feldman mendapati bahawa pendidikan seni Visual, kanak-kanak dapat meningkatkan kesedaran tentang berlakunya perubahan-perubahan nilai manusia dari semasa ke semasa.Pendidikan Seni Visual juga berupaya untuk mengembangkan naluri ingin tahu secara eksplorasi menerusi deria. Kanak-kanak menerima pengalaman tampak menerusi interaksi deria melalui simbol-simbol tampak yang terdapat di sekeliling mereka. Pemikiran kreatif dan kreatis akan terus dijana melalui ekspresi diri mereka.Kurikulum persekolahan Kebangsaan mendukung hasrat mulia Negara bagi menyediakan pendidikan bertaraf dunia bagi generasi kini dan akan datang. Pendidikan Seni Visual ialah mata pelajaran wajib di peringkat sekolah rendah dan sekolah menengah rendah serta menjadi mata pelajaran elektif bagi sekolah menengah atas. Pendidikan Seni Visual merupakan program pendidikan yang bersistem,terancang dan prestasinya boleh diukur bagi memenuhi keperluan individu. Mata pelajaran ini bertujuan membentuk keperibadian generasi Malaysia yang celik budaya kesenian.Keperluan individu dapat dicapai melalui aktiviti seni yang melibatkan pengetahuan dan kemahiran proses, teknik dan media serta pembentukan nilai.

2.0 PERKEMBANGAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUALMenyusuri sejarah tentang aktiviti seni di Malaysia sebenarnya sudah bermula awal sejak penjajahan British di Pulau Pinang iaitu pada tahun 1876. Pelukis-pelukis Inggeris suka melukis pemandangan laut dan keindahan alam semulajadi. Golongan imigran Cina juga turut menyumbang dalam perkembangan seni ini. Walau bagaimanapun aktiviti ini terhenti semasa pendudukan Jepun .Selepas perang dunia kedua, Pulau Pinang menjadi pusat daya tarikan para pelukis dan kegiatan seni semakin berkembang. Buktinya beberapa pertubuhan dan persatuan ditubuhkan seperti Persatuan Seni Pulau Pinang, Persatuan Seni Selangor,Wednesday Art Group dan Thursday Art Group. Maktab Perguruan Ilmu Khas (MPIK) yang ditubuhkan pada tahun 1960 memberi peluang kepada guru yang berminat dalam bidang seni melanjutkan pelajaran mereka. Akhirnya pada tahun 1967, Institut Teknologi Mara pula ditubuhkan dan melahirkan sekumpulan tenaga pendidik seni.Pada mulanya dikenali sebagai Seni Lukis dan Pertukangan Tangan seterusnya pula sebagai Pendidikan Seni dan akhirnya dikenali sebagai Pendidikan Seni Visual. Pengajaran dan pembelajaran Pendidikan seni pada peringkat awal hanyalah dijalankan di dalam kelas atau bilik darjah memandangkan ketiadaan bilik khas untuk Pendidikan Seni. Guru-guru yang mengajar hanyalah memberi tumpuan kepada kemahiran sahaja.Aktiviti apreasiasi seni sangat kurang atau langsung tidak dijalankan semasa pengajaran Pendidikan Seni. Guru-guru yang mengajar juga bukanlah dikalangan guru opsyen seni tetapi mereka berminat untuk mengajar.Selain itu terdapat juga guru-guru lepasan Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI) dan Maktab Perguruan IlmuKhas (MPIK) serta segelintir tenaga pengajar dari Institut Teknologi Mara (Sekarang UiTM).Pengajian Seni di Universiti Sains Malaysia bermula pada tahun 1974 dan melahirkan graduan pertama dari menara gading tersebut pada tahun 1978. Graduan tersebut ialah Ahmad Ghazie Ibrahim.

Proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan seni di sekolah berjalan secara The Laisseiz Faire Method ( Micheal dalam Ibrahim Hassan,2000). Guru-guru diberi kebebasan mengajar dan mengadakan pameran sekali sekala ketika hari penyampaian hadiah Perkembangan kurikulum Pendidikan seni yang dihuraikan ini berlaku sebelum merdeka dan selepas merdeka sehingga 1980.Pada tahun 1982, Kurikulum Baru sekolah Menengah (KBSM) dan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) diperkenalkan dalam system pendidikan Malaysia. KBSM atau KBSR telah dirancang dengan lebih teratur,kemas dan sistematik.Kandungan KBSM atau KBSR mengandungi matlamat,objektif, panduan nilai dan organisasi kandungan. Matlamat Pendidikan Seni sekolah menengah atau sekolah rendah secara amnya adalah untuk melahirkan individu yang imaginative,kreatif, berpengetahuan dan peka terhadap ciri-ciri yang estetik. Hal ini adalah bertujuan membolehkan pelajar menggunakan seni dalam kehidupan seharian (Ahmad Ghazie Ibrahim,2000)Semakan semula kurikulum bagi semua subjek di Malaysia berlaku pada tahun 2000. Semakan ini juga melibatkan Pendidikan Seni. Kurikulum yang sedia ada iaitu Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah ditukar kepada Kurikulum Baru Sekolah Rendah. Semakan ini memberi perubahan yang jelas untuk Pendidikan Seni. Ini adalah kerana perkataan seni yang digunakan boleh meliputi banyak bidang iaitu bidang muzik,sastera,seni tari dan seni mempertahankan diri. Oleh itu,nama Pendidikan Seni ditukar kepada Pendidikan Seni Visual(PSV). Nama baru ini lebih menjurus kepada seni tampak, seni halus dan lebih menepati kepada Pendidikan Seni di sekolah (Kementerian Pendidikan Malaysia ,2000)Dalam kurikulum PSV yang disemak semula dinyatakan dengan lebih kemas dan jelas tentang matlamat,objektif, penerapan nilai,pendekatan pedagogi dan penyediaan buku panduan guru (buku sumber guru ). Matlama tsemakan kurikulum Pendidikan Seni ini adalah untuk membentuk keperibadian generasi Malaysia sebagai insane yang celik budaya dan menjadi seimbang dan harmonis sesuai dengan tuntutan Falsafah Pendidikan kebangsaan yang telah digariskan pada tahun 1988. Dengan adanya sukatan baru ini diharapkan dapat melahirkan insan yang mempunyai nilai estetik yang tinggi atau mewujudkan masyarakat celik seni serta dapat membuat pertimbangan harian dengan mengambil sama aspek kesenian. Jesteru, generasi yang dilahirkan hari ini mempunyai daya imaginatif yang tinggi,kritis dan penuk kreativiti dan inovatif. Selain itu, mereka juga diharapkan dapat menjadi insan yang produktif dan iventif.Perubahan dalam kurikulum Pendidikan Seni Visual semakan semula adalah untuk melahirkan insan bernilai murni dan mempunyai semangat patriotik, membentuk keperibadian generasi Malaysia yang celik budaya dan kesenian. Selain itu, penekanan juga diberikan dalam aspek pemahaman, penghayatan dan kritikan. Dalam kurikulum semakan ini guru hanyalah sebagai fasilitator dan pengajaran yang berlaku berpusatkan kepada murid. Guru-guru yang mengajar memberi tumpuan kepada pendekatan pembelajaran dan bukanlah hanya memberi maklumat dan fakta. Penerapan nilai-nilai murni dan semangat patriotic serta memperkenalkan konsep aras juga merupakan sesuatu yang baru dalam kurikulum semakan ini. Pelajar perlu menguasai aras tertentu sebelum melangkah kepada aras yang lebih tinggi. (Kementerian Pendidikan Malaysia,2000) Pusat Perkembangan Kurikulum sangat berharap pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual yang sudah disemak ini dapat direalisasikan sebagai subjek yang menyeronokkan,berguna,bermakna, mencabar dan indah. Terdapat lapan pendekatan atau strategi yang diterapkan iaitu Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif (KBKK), Belajar Cara Belajar (BCB),Pendekatan Konstruktivisme, Pembelajaran Masteri, Pembelajaran Akses Kendiri (PAK), Kajian Masa Depan (KMD), Kecerdasan Pelbagai dan Pendekatan Konstektual. Seterusnya dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) pada tahun 2007, Pendidikan Seni diperkukuhkan lagi dengan cadangan penubuhan dua buah sekolah seni di Johor dan di Sarawak. (Kementerian Pelajaran Malaysia,2006).Dunia pendidikan semakin hari semakin berkembang maju. Bagi menghadapi arus dan dunia alaf 21ini, sekali lagi semakan kurikulum berlaku. Pada tahun 2010, KBSR telah diganti dengan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). KSSR menjurus kepada standard yang perlu dicapai oleh pelajar. Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS) diperkasakan dengan beberapa mata pelajaran dinilai sepenuhnya di peringkat sekolah bagi peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah

KEPENTINGAN MATA PELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL DALAM KONTEK PENDIDIKAN DI MALAYSIAPenglibatan murid-murid dalam aktiviti seni visual berupaya memberikan ransangan dan pembangunan dari pelbagai aspek. Pembangunan tahap kreativiti kanak-kanak dapat dipertingkatkan selain mewujudkan rasa sensitiviti kanak-kanak terhadap sekelilingnya.Selari dengan tujuan sukatan pelajaran seni yang ingin memupuk perasaan menghargai,menikmati nilai indah,memperoleh kemahiran mencipta di samping memiliki asas yang kukuh bagi perkembangan kebudayaan. Pembelajaran PSV disekolah akan dapat dihayati oleh generasi baru dengan meningkatkan rasa kesyukuran terhadap apa yang dinikmati dan menghargai kehidupan serta mempunyai semangat lestari alam. Diharapkan murid-murid ini dapat menghargai dan mencintai alam semula jadi negara dan seterusnya mencintai,menjiwai dan menghargai seni warisan negara yang penuh warna warni ini. Situasi ini akan mewujudkan keseimbangan dalam kehidupan dan diharapkan dapat menyumbangkan kepada kesejahteraan diri,keluarga, masyarakat dan negara.Matlamat Pendidikan Seni Visual diperingkat sekolah menengah atau rendah adalah untuk melahirkan warganegara yang berbudaya khususnya menjadikan individu yang berimaginatif,kreatif,berpengetahuan seni dan peka terhadap ciri-ciri estetik.(Kementerian Pendidikan Malaysia,2000).Dalam menghadapi era kecanggihan teknologi kini, seni memainkan peranan penting yang perlu disedari oleh pendidik dan pembuat dasar.Tickle (dalam Mohd Azhar Samin 1996) menyatakan bahawa seni dapat memberi sumbangan dalam kerohanian seperti melahirkan perasaan persepsi visual dan audio dunia.Murid-murid akan dilatih melihat sesuatu dengan perspektif yang lebih luas sama ada dari aspek estetik dan aspek gunaan. Ini adalah kerana kurikulum PSV di sekolah rendah merangkumi empat bidang iaitu menggambar,membuat rekaan dan corak,membentuk dan membuat binaan dan kraf tradisional yang boleh membentuk dan mencabar mereka dari segi kognitif, afektif dan saikomotor.Melalui kefahaman aspek di atas, murid dapat diterapkan dengan penghayatan warisan seni visual dan mengamalkannnya dalam kehidupan,teruyamanya dalam meningkatkan nilai hidup. Melalui Psv murid akan didedahkan dengan ilmu seni visual yang berkaitan yang berkaitan dengan bidang tertentu dan menerapkan budaya menghargai serta mengaplikasi ilmu yang diperolehi bersama.Pendidikan Seni Visual memainkan peranan penting dalam sistem pendidikan sebagai pengimbang kepada mata pelajaran lain yang ditawarkan di sekolah-sekolah kerajaan. Ini adalah berdasarkan kepada kandungan kurikulum digubal dengan memastikan keseimbangan penekanan kepada kandungan sukatan pelajaran Pendidikan Seni Visual dengan beberapa kemahiran generik,perkembangan potensi diri dan keupayaan diri sebagai seorang murid yang inovatif dan produktif.Penganjuran aktiviti seni visual yang tersusun dan terancang dapat melahirkan generasi Malaysia yang mempunyai keupayaan menyelesaikan masalah serta mampu membuat penilaian dan bijak membuat keputusan.Aktiviti-aktiviti seni dalam pengajaran dan pembelajaran dilakukan dalam konteks peranan seni sebagai media komunikasi,seni dalam kehidupan dan persekitaran,dan seni sebagai warisan budaya dan identity bangsa. (Mazlan Mohamad,1996).Dewasa ini beratus-ratus jenis kerjaya yang berkaitan Seni Visual boleh diceburi oleh pelajar yang berminat dengan bidang tersebut.Antara kerjaya yang berkaitan dengan Seni Visual ialah seperti pengiklanan,pelukis illustrasi, artis multimedia, perekabentuk grafik,perekabentuk industry,perekabentuk dalaman,pelukis animasi,perekabentuk tekstil,pencetakan,desktop publisher,perekabentuk laman web dan sebagainya.Akhirnya, PSV diharap dapat membentuk generasi Malaysia atau insan yang celik budaya atau harmonis,bernilai estetik tinggi,imaginative,kritis dan kreatif serta inovatif.PSV juga dapat meningkatkan rasa kesyukuran,menghargai keindahan dan menghargai warisan budaya di kalangan generasi pelajar. Seterusnya, PSV dapat melahirkan insan yang boleh menyumbang ke arah pembangunan diri,keluarga, masyarakat dan Negara.

3.0 KONSEP 5 P DALAM KBSR DAN PERANAN GURU PENDIDIKAN SENIKonsep 5 P merupakan asas dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam KBSR. Konsep ini merupakan aspek penting dalam pengajaran dan pembelajaran. Konsep ini dapat menyesuaikan maklumat dan menghasilkan satu pelajaran yang bersepadu dan menyeluruh. Konsep 5P terdiri daripada penggabubgjalinan kemahiran,penyerapan pengetahuan,penerapan nilai murni,pengayaan dan pemulihan.3.1 PENGGABUNGJALINAN KEMAHIRANPenggabungjalinan kemahiran ialah satu proses yang menggabungkan pelbagai kemahiran bagi mewujudkan satu pelajaran yang intergratif dan menyeluruh.Ia merupakan integrasi beberapa kemahiran asas seperti mendengar, melihat, bercakap, membaca, mengira menulis dan melukis. Penggabung jalinan ini bertujuan membantu murid dalam penguasaan pelbagai kemahiran dalam suatu masa pembelajaran dan meningkatkan keberkesanan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran.Selain itu, strategi ini juga adalah untuk menarik minat murid terhadap proses pengajaran dan pembelajaran.disamping menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih bermakna.penggabungjalinan kemahiran juga dapat memberi peluang dan ruang bagi pertumbuhan dan perkembangan secara seimbang dan menyeluruh melalui aktiviti yang dijalankan.Terdapat tiga jenis penggabungjalinan kemahiran iaitu penggabungjalinan pelbagai kemahiran dalam satu mata pelajaran,penggabungjalinan kemahiran daripada mata pelajaran lain dan penggabungjalinan merentas kurikulum .Penggabungjalinan pelbagai kemahiran dalam satu mata pelajaran ialah proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan melibatkan pelbagai kemahiran seperti kemahiran lisan atau pertuturan,membaca,mengira,melukis, mewarna dan lain-lain.Penggabungjalinan kemahiran daripada mata pelajaran lain pula memerlukan penggabungan kemahiran mata pelajaran lain ke dalam mata pelajaran yang di ajar. Sebagai contoh penggabungjalinan kemahiran Bahasa Melayu dengan pendidikan Seni Visual iaitu melalui aktiviti membuat kad hari raya dengan menulis ucapan di dalam kad tersebut.Seterusnya, penggabungjalinan kemahiran merentas kurikulum pula melibatkan kemahiran-kemahiran yang terdapat dalam kurikulum seperti kemahiran belajar,kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis dan kemahiran menyelesaikan masalah. Setiap kemahiran meempunyai hubungan dan berkait rapat dengan kehidupan murid.Kemahiran-kemahiran ini perlu dititikberatkan oleh guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran.Implikasi daripada proses penggabungjalinan kemahiranini objektif bagi setiap mata pelajaran dapat dicapai disamping menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih menarik dan bermakna. Di peringkat ini guru boleh memainkan peranan sebagai inisiator dengan mengemukakan soalan yang boleh menjana pemikiran yang kreatif dan kritis,menyokong aktiviti menyelesaikan masalah pembelajaran .

PENYERAPAN PENGETAHUANPenyerapan pengetahuan melibatkan proses penyebatian dan penyepaduan pengetahuan atau unsure isi pengetahuan daripada suatu mata pelajaran lain ke dalam isi mata pelajaran yang diajar.Sebagai contoh isi pengetahuan daripada mata pelajaran Sains dan Matematik diserap seiring dengan penguasaan kemahiran-kemahiran dalam mata pelajaran Pendidikan Seni Visual. Proses penyerapan pengetahuan melibatkan unsur pengetahuan dan murid dapat melihat perkaitan antara suatu mata pelajaran dengan mata pelajaran lain.Hasilnya proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih menarik.Guru boleh menjalankan peranannya untuk meransang pemikiran murid yang bercapah Secara tidak langsung aktiviti pengajaran dan pembelajaran lebih produktif dan efektif. Guru juga boleh berperanan sebagai pemudahcara dengan melaksanakan pengajaran berteraskan ansur maju dan memudahkan pemahaman konsep dengan mengaitkan dengan situasi sebenar kehidupan murid.Penguasaan ilmu secara meluas boleh disampaikan dan murid akan lebih memahami kerana isi pelajaran dapat dihubuingkaitkan dengan pengetahuan mata pelajaran lain.Guru juga haruslah bijak dan berperanan sebagai pengurus pelajar. Guru boleh merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran,menjalankan aktiviti luar,menguruskan bahan bantu mengajar yang sesuai dengan isi pengetahuan yang diambil daripada mata pelajaran lain. Peranan ini dapat meransang minat murid terhadap pengajaran dan menjadi lebih ceria, aktif serta progresif.PENYERAPAN NILAI MURNIPenyerapan nilai merupakan proses menerapkan nilai-nilai dalam pelaksanaan kurikulum dan gerak kerja kurikulum. Nilai-nilai murni ini melibatkan semangat kewarganegaraan masyarakat Malaysia yangberlandaskan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.Penyerapan nilai ini dijalankan secara sedar atau terancang tetapi murid menyerapnya secara semulajadiTerdapat dua pendekatan penyerapan nilai ini berlangsung iaitu pendekatan implicit dan eksplisit.Pendekatan implicit diterapkan secara tidak langsung.Contohnya apabila cikgu bercakap benar, berpakaian kemas dan adil. Pendekatan ini berlaku secara merentas kurikulum oleh semua guru kerana nasihat, bimbingan,teguran,contoh dan teladan berlangsung pada bila-bila masa dan dimana-mana yang difikirkan sesuai. Pendekatan eksplisit pula boleh diaplikasikan dengan mengadakan peraturan,arahan,pekeliling dan sebagainya yang bertulis tentang sesuatu perkara yang diharapkan seperti arahan tidak membuang sampah dan menjaga kebersihan sekolah.Program atau aktiviti khusus juga diadakan untuk menerapkan sesuatu nilai seperti program motivasi,khemah ibadat,sambutan kemerdekaan,hari guru,dan lain-lain lagi. Penerapan ini adalah lebih terancang,bermatlamat dan cara pelaksanaan serta penilaian yang jelas dan tersusun.Di sini para guru seni bolehlah menjalankan peranan mereka sebagai motivator murid-murid dengan menyelesaikan masalah sosio dan emosi,menjalankan aktiviti bina semangat dan membentuk keyakinan diri murid serta meransang dan menggalakkan murid supaya menjadi seorang yang menghargai dan mengenali warisan budaya dan kesenian bangsa dan Negara.Melalui penerapan nilai murni ini guru juga boleh berperanan sebagai inisiator dengan menyarankan kolaboratif dan koperatif melalui kerja kumpulan. Ini adalah kerana setiap murid telah diterapkan dengan17 nilai murni di mana setiap murid mempunyai sifat bermaufakat dan tanggunjawab bersama dalam menjalankan tugasan yang diberikan oleh guru.

PEMULIHANPendidikan pemulihan adalah lebih terbatas dan lebih khusus sifatnya kerana ia bertujuan membaiki kelemahan pembelajaran. Ia melibatkan murid-murid yang lambat,iaitu mereka yang lembab mencapai pembelajaran berbanding kanak-kanak lain.Pencapaian pembelajaran murid-murid in biasanya di bawah tahap pencapaian yang sepatutnya (Koh Boh Boon,1982).Aktiviti pemulihan dilaksana bagi membantu murid yang mengalami masalah dalam pembelajaran. Murid tidak dapat menguasai kemahiran asas contohnya 3M. Bagi mata pelajaran PSV murid ini lemah ,kemahiran asas seperti melukis,catan,arca,grafik dan sebagainya. Mereka ini memerlukan ruang dan masa yang lebih untuk menguasai kemahiran asas ini. Guru bukanlah sahaja sebagai pengajar tetapi juga sebagai pembimbing dalam membantu murid-murid yang bermasalah iaitu yang belum menguasai kemahiran. Melalui aktiviti pemulihan ini murid membolehkan murid mendapat layanan dan kemudahan pembelajaran yang sesuai dengan tahap mereka.Aktiviti pemulihan boleh dijalankan melalui lima cara iaitu pengajaran individu,pengajaran kumpulan kecil,pengajarannkumpulan besar,pengajaran rakan sebaya dan pengajaran kolaboratif. Dalam aktiviti pemulihan ini guru adalah sebagai pengurus yang berperanan mengurus bahan bantu mengajar yang sesuai dengan keperluan individu yang hendak dipulihkan. Selain itu, guru juga boleh menjadi pembimbing kerana murid-murid kumpulan ini memerlukan bimbingan yang penuh perhatian. Guru juga boleh membantu murid-murid yang belum menguasai kemahiran asas seni . Beberapa langkah harus diambil kira ketika menjalankan langkah-langkah pemulihan bagi memastikan objektif pemulihan tercapai.Penilaian juga harus dilakukan bagi menguji tahap penguasaan murid.Penilaian ini bertujuan untuk memastikan objektif pengajaran pemulihan tercapai atau tidak dan tindakan susulan diambil.

PENGAYAANKonsep 5 P yang terakhir dalam kurikulum ialah pengayaan. Aktiviti pengayaan ini dijalankan kepada murid-murid yang melepasi aras sederhana atau murid-murid pintas cerdas. Konsep ini mengambil kira murid-murid yang pintar cerdas ini adalah cepat dalam menyiapkan latihan,kerja atau aktiviti yang diberikan kepada mereka. Kumpulan murid ini memerlukan latihan tambahan agar dapat mengekalkan minat mereka terhadap sesuatu mata pelajaran. Bagi merealisasikannya guru hanya perlu menjadi pembimbing dalam melaksanakan aktiviti pengayaan ini .Biasanya pengayaan ini dijalankan kepada kumpulan murid yang telah menguasai kemahiran asas contohnya bagi mata pelajaran PSV murid ini sudah melepasi kemahiran melukis dan mereka diberi pengayaan untuk kemahiran seni yang lebih mencabar. AKTIVITI PEMBELAJARAN PSVPendidikan Seni Visual Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah yang meliputi empat bidang iaitu bidang menggambar, Membuat Corak dan Rekaan, Membentuk dan Membuat Binaan dan Mengenal Kraf Tradisional.

PERANAN APRESIASI DAN HASIL KERJA MURIDApresiasi di definisikan sebagai kajian mengenai hasil-hasil seni pelukis atau pandai tukang,factor yang mempengaruhi hasil karya mereka, cara mereka bekerja, bagaimana mereka memilih tema, hal benda atau subject matter serta gaya dan stail tertentu mereka. Semuanya berkait rapat dengan aspek pemahaman mereka dari aspek kognitif.Para pendidik seni di sekolah perlu sedar bahawa mempelajari seni bukan sekadar meningkatkan kemahiran dan teknik menghasilkan karya seni sahaja tetapi membuat apresiasi atau kritikan juga sama penting.Jelas di sini bahawa apresiasi adalah perkara penting untuk dipelajari dan diterapkan kepada murid agar mereka menjadi lebik celik dalam seni.Apreasiasi seni melibatkan sepenuhnya deria iaitu deria rasa atau sentuh dan deria penglihatan. Karya seni seperti catan,lukisan,cetakan hanya boleh dipandang manakala arca dan binaan pula boleh dipandang dan disentuh. Apresiasi seni berkomunikasi secara aktif menggunakan bahasa untuk menghuraikan penghasilan karya seseorang untuk melihat apa yang mereka fikirkan dan rasakan.Jesteru, pengetahuan dan laras bahasa seni yang cukup mengenai seni sangat diperlukan.Apresiasi seni membolehkan pelajar-pelajar memahami aspek-aspek nilai estetika,pengertian unsur seni dan nilai-nilai sosio budaya yang terkandung dalam hasil seni dan kraf.Selain itu, ia juga dapat menghubungkaitkan diri pelukis dengan hasil karya sendiri dengan hasil-hasil seni lain berdasarkan persepsi visual.Apresiasi seni berperanan untuk melihat perhubungan antara kerja sendiri dengan kerja-kerja orang lain. Seterusnya, ia juga dapat membentuk keyakinan dan kefahaman penghargaan terhadap bidang seni.