TUGASAN ULASAN EKOSISTEM
-
Upload
roger-nasip -
Category
Documents
-
view
96 -
download
6
Transcript of TUGASAN ULASAN EKOSISTEM
TUGASAN INDIVIDU PENGURUSAN EKOSISTEM PERSEKITARAN TG30203
TAJUK : ULASAN JURNAL TENTANG ISU –ISU BERKAITAN
EKOSISTEM
NAMA : ROSIEY BIN STEVEN KALUNANG CT10210646
1.0 PENDAHULUAN
Alahamdulillah syukur pada Ilahi kerana saya dapat menyiapkan tugasan individu
untuk subjek Pengurusan Ekosistem Persekitaran TG30203. Untuk tugasan ini, saya
telah memilih jurnal yang mengkaji tentang kesan penebangan hutan ke atas
perubahan suhu dan kelembapaan bandingan di kawasan tanah tinggi. Jurnal ini
bertajuk Kesan penyahutanan ke atas pola suhu dan kelembapan bandingan di
Cameron Highlands, Malaysia : Satu analisis awal yang dikeluarkan dalam Geografia
Malaysian Journal of Society and Space issue 3 (56-65) 2011. Jurnal ini ditulis oleh
Ahadi Iskandar Ismail, Shaharuddin Ahmad, Noorazuan Md.Hashim dan Yaakob
Mohd Jani. Kesemua penulis ini bertugas di Pusat Pengajian Sosial, pembangunan
dan Persekitaran, Falkulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan
Malaysia.
2.0 TUJUAN PENULISAN JURNAL
Tujuan jurnal ini dihasilkan untuk melihat sejauhmanakah kesan penebangan hutan
dan perubahan pola tanah ke atas suhu dan kelembapan bandingan di kawasan
tanah tinggi. Kajian ini telah dibuat di Cameron Highlands yang merupakan satu
kawasan tanah tinggi yang terkenal sebagai sebuah pusat pelancongan dan
agrikultur. Penulis membuktikan bahawa penyahutanan dan perubahan
penggunaan pola tanah merupakan faktor utama kepada peningkatan suhu di
Cameron Highlands. Saya berpendapat bahawa para pengkaji dan juga penulis
sebenarnya ingin menegaskan kepentingan hutan dalam kehidupan manusia dan
juga ekosistem. Oleh itu jurnal ini sebenarnya ingin menyedarkan semua pihak
betapa penting mengekalkan hutan dan berkerjasama untuk mengekalkan kawasan
hutan yang masih wujud.
3.0 METODOLOGI PENULISAN
1
Kaedah penulisan yang digunakan oleh penulis amat tersusun mengikut format
penulisan jurnal. Penulisan tersebut didahulukan dengan tajuk, abstrak,
pengenalan, kandungan kajian , kesimpulan dan berakhir dengan rujukan.
Sebagai permulaan, penulis telah menyatakan tentang isu pembangunan di
kawasan tanah tinggi sangat berkait rapat dengan penebangan hutan dan ini
merupakan satu masalah yang dialami di kawasan tanah tinggi di Malaysia. Banyak
kajian telah dilakukan oleh penyelidik luar yang mengatakan bahawa hutan
memang memainkan peranan penting dalam mengekalkan suhu dan kadar
kelembapan di sesuatu kawasan. Seterusnya ialah penulis telah menetapkan
kawasan kajian ialah di Cameron Highlands iaitu daerah yang paling kecil dalam
negeri Pahang dan memberi tumpuan di pecan Tanah Ratah, Berincang, Ringlet dan
Kampung Rajah serta kawasan yang berhampiran. Hasil kajian penulis telah
mendapati bahawa memang secara keseluruhannya berlaku peningkatan suhu di
kawasan berkenaan selaras dengan penyahutanan di kawasan berkenaan. Penulis
berjaya membuktikan bahawa pembangunan di kawasan kajian telah memberikan
implikasi terhadap perubahan suhu dan kadar kelembapan . Oleh itu penulis telah
memberi cadangan supaya pembangunan di kawasan terbabit harus dilaksanakan
dengan terancang .
Penulis ada menyediakan rujukan untuk memudahkan pembaca membuat
rujukan daripada sumber-sumber rujukan yang telah digunakan. Ini menunjukkan
teknik penulisan yang digunakan tersusun dan bersistematik serta dapat memberi
kefahaman yang jelas terhadap tajuk yang dibincangkan.
4.0 ULASAN KANDUNGAN SECARA KESELURUHAN
Jurnal ini sangat menarik untuk dibaca kerana penulis berjaya membuktikan
bahawa penebangan hutan memang memberi kesan terhadap perubahan suhu
persekitaran dan juga kadar kelembapan di kawasan kajian. Dalam jurnal ini
penulis telah menyatakan bahawa kawasan kajian ialah di Cameron Highlands yang
sememangnya mempunyai suhu yang rendah dan kadar kelembapan yang tinggi.
Untuk melihat bagaiaman penyahutanan memberi kesan terhadap suhu
2
persekitaran dan juga kadar kelembapan, maka penulis telah mengambil data
sekunder dari tahun 1970-an sehingga tahun 2006.
Data tentang suhu dan kadar kelembapan bandingan telah diperolehi
daripada Laporan Tahunan Jabatan Metreologi Malaysia selama empat dekad iaitu
dari tahun 1970-an hingga 2000-an. Manakala data tentang perubahan guna tanah
telah diperolehi daripada Jabatan Pertanian Malaysia bagi tahun 1970, 1974,
1984,1997, dan 2006. Untuk memproses data-data tersebut para pengkaji telah
menggunakan perisian dalam Microsoft Excel.
Hasil kajian para pengkaji tentang kesan penyahutanan ke atas perubahan
suhu dan kadar kelembapan adalah seperti berikut :
Min suhu tahunan
Untuk melihat kesan peningkatan suhu, para pengkaji telah memilih dua stesen
iaitu di stesen Tanah Rata dan Stesen MARDI. Bacaan permulaan kedua-dua stesen
ialah 17.8°C pada tahun 1970. Stesen MARDI telah menunjukkan bacaan yang
meningkat sehingga 19.5°C pada tahun 1998, manakala stesen Tanah Rata pula
ialah hanya 18.5°C. Kedua-dua stesen ini telah mencatatkan peningkatan suhu
yang berbeza. Hasil kajian mendapati bahawa stesen MARDI terletak berhampiiran
dengan kawasan yang mengalami pembangunan yang pesat dan mempunyai
kurang litupan hutan , manakala stesen Tanah Rata pula terletak hampir 3
kilometer daripada pekan Tanah Rata dan merupakan satu kawasan yang masih
lagi mempunyai litupan hutan yang agak banyak. Berdasarkan keputusan tersebut,
para pengkaji telah berjaya membuktikan bahawa memang berlaku peningkatan
suhu yang lebih tinggi di kawasan yang mempunyai litupan hutan yang lebih
sedikit. Para penulis telah mengatakan bahawa keputusan tersebut mempunyai
persamaan dengan kajian yang dilakukan oleh Leong (1992) iaitu perubahan litupan
hutan di kawasan tanah tinggi tersebut untuk pembinaan jalan,bangunan dan
sebagainya telah meningkatkan min suhu di kawasan berkenaan.
3
Kelembapan bandingan
Berdasarkan data yang telah diperolehi oleh penulis, peratus kelembapan
bandingan dari tahun 1970 hingga 2007 menunjukkan peningkatan nilai tersebut di
stesen Tanah Rata, manakala di stesen MARDI pula terdapat penurunan mendadak
selepas tahun 1980, tetapi peratus kelembapan bandingan tersebut mula
meningkat semula selepas tahun 1995. Secara keseluruhan ,cerapan di stesen
MARDI selama 37 tahun menunjukkan penurunan dalam peratus kelembapan
bandingan hanya sebanyak 1% sahaja. Di stesen Tanah Rata pula peningkatan
bacaan adalah sebanyak 2% menjelang tahun terakhir cerapan di ambil. Hasil
kajian penulis telah mendapati bahawa secara keseluruhan kadar kelembapan
bandingan di kedua-dua stesen telah meningkat dan ini amat berlawanan dengan
peningkatan suhu di kawasan terbabit. Penulis mengandaikan bahawa peningkatan
kadar kelembapan tersebut disebabkan oleh aktiviti pertanian khususnya
penanman teh serta pengairan untuk pembangunan agrikultur.
Perubahan pola guna tanah
Untuk melihat perubahan guna tanah di Cameron Highlands, penulis telah
mengambil data daripada Jabatan Pertanian Malaysia. Berdasarkan data dari tahun
1990 hingga 2006, berlaku jumlah pengurangan hutan sebanyak 7.2% iaitu
daripada keluasan sekitar 62,991 hektar pada tahun 1990 telah merosot kepada
58,535 hektar pada tahun 2006. Jumlah tersebut adalah selaras dengan
peningkatan guna tanah hampir 79% daripada 5,435 hektar pada tahun 1990
kepada 9,749 hektar pada tahun 2006. Penulis telah merumuskan bahawa
peningkatan guna tanah ini paling pesat antara tahun 1990 hingga tahun 2006 iaitu
sebanyak 72%. Perubahan ini bermaksud kawasan yang mempunyai permukaan
tepubina akan meningkat dan akan mempengaruhi suhu permukaan dan juga fluks
haba pendam. Penulis telah mengandaikan bahawa perubahan suhu di Cameron
Highlands ini kerana perubahan pola guna tanah untuk pembinaan permukaan
tepubina. Namun bagi kawasan yang digunakan untuk agrikultur pula telah
menyebabkan peningkatan kadar kelembapan khususnya di stesen Tanah Rata.
4
Pandangan penulis tentang perancangan di Cameron Higlands
Hasil kajian telah menunjukkan bahawa peningkatan suhu dii Cameron Highlands
adalah serentak dengan perubahan guna tanah akibat penebangan hutan
semulajadi. Ini telah membuktikan bahawa adanya kaitan antara hubungan
pencerahan hutan untuk pembangunan dan perubahan iklim setempat di Cameron
Highlands.
Penulis melihat perkara tersebut haruslah diambil langkah-langkah
membendung kesan penyahutanan yang telah memberi kesan terhadap iklim
setempat. Sekiranya perkara tersebut tidak dibendung maka akan memberi kesan
kepada dua sektor utama yang menjana ekonomi di Cameron Higlands iaitu
agrikultur dan pelancongan. Menurut penulis perubahan iklim yang berlaku akan
mengurangkan hasil tanaman yang diperolehi. Contoh yang diberikan ialah
strawberi yang mana akan mengalami kitaran kitaran hidup yang lebih singkat
apabila berlakunya peningkatan suhu. Sektor pelancongan juga akan mengalami
masalah sekiranya peningkatan suhu terus berlaku di Cameron Higlands. Sektor
pelancongan di Cameron Highlands bergantung kepada suhu rendah kerana ia
menjadi tarikan utama pelancong datang ke tempat tersebut selain menikmati
keindahan ekosistem tanah tinggi. Begitu juga dengan dengan taburan spesis
dalam ekosistem yang merupakan satu faktor penting kehadiran pelancong ke
Cameron Highlands.
Penulis telah mencadangkan beberapa langkah untuk menyelamatkan sektor
agrikultur dan pelancongan di Cameron Highlands. Cadangan pertama ialah hanya
pembangunan yang berkualiti iaitu yang bersifat mapan sahaja yang harus diberi
keutamaan. Pembangunan yang dijalankan haruslah mengambil kira kelestarian
ekosistem semulajadi tempatan. Perlu ada keseimbangan yang dinamik antara
pembangunan kawasan tersebut untuk mendapatkan pulangan ekonomi dan juga
pemiliharaan dan pemuliharaan hutan semulajadi. Dalam hal ini penulis
mencadangkan satu pengezonan kawasan mengikut kerentanan kepada perubahan
alam. Pengezonan ini untuk memastikan agar pembangunan mengikut keperluan
ekonomi setempat. Untuk mengekalkan suhu pula, sempadan hutan haruslah
ditetapkan dengan lebih nyata agar penyahutanan yang berlaku tidak melampaui
5
batas yang telah ditetapkan. Penulis juga mencadangkan agar garis panduan khas
bagi pembangunan pelancongan Cameron Highlands patut disediakan.
Selain daripada itu, penulis juga menyatakan bahawa pengezonan kawasan
dan pemeliharaan hutan semulajadi juga perlu digabungkan dengan konsep guna
semula kawasan yang sudah dibangunkan. Misalnya bangunan lama dan projek
yang terbengkalai harus dirancang dan diurus agar turut membantu mengekalkan
keseimbangan ekosistem setempat. Perkara ini akan dapat mengawal proses
pembangunan tanah dan mencantikan kawasan sedia ada. Ketinggian bangunan
juga harus diambil kira jika ingin membina bangunan agar tidak menjejaskan
pemandangan kawasan sekeliling.
Namun perkara yang paling penting pada pendapat penulis ialah kerjasama
dari semua pihak yang terlibat dalam memastikan pembangunan yang lestari di
Cameron Highlands. Dalam hal ini ada tiga pihak yang memainkan peranan penting
iaitu kerajaan tempatan, perancang pembangunan kawasan pertanian dan pemilik
tanah. Ketiga-tiga pihak ini haruslah berkerjasama dalam memastikan usaha
melestarikan Cameron Highlands dapat dilaksanakan. Namun begitu penulis
menyatakan bahawa satu halangan utama dalam merealisasikan usaha ini ialah
kekurangan kerjasama daripada pihak yang berkepentingan dalam pembangunan
di Cameron Highlands dalam menguatkuasakan undang-undang khususnya ke atas
penebangan dan pembersihan hutan. Oleh itu Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO),
Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS) dan Tabung Alam Sedunia (WWF) ,
komuniti orang asli dan juga penduduk setempat perlu bertindak sebagai pemantau
dan memberi maklumbalas dan aduan kepada pihak pentadbir.
Penulis telah menyatakan bahawa penebangan hutan dan penggunaan pola
tanah memang tidak dapat dielakkan demi pembangunan sesebuah kawasan.
Perkara ini telah berlaku di Cameron Highlands dan hasil kajian telah membuktikan
bahawa pembangunan di kawasan tersebut telah member kesan kepada
peningkatan suhu dan kelembapan bandingan. Namun jika pembangunan sesebuah
kawasan itu dirancang dengan teliti dan secara bijaksana serta disusuli dengan
pemantauan dan penguatkuasa undang-undang ,proses penyahutanan tidak akan
berlaku dengan sewenang-wenangnya. Apa yang penting ialah penebangan hutan
6
haruslah dikawal dan dikurangkan agar keistimewaan iklimnya dapat dikekalkan
demi menjamin habitat pelbagai spesis endemik di samping kepentingan
ekonominya kepada negara melalui industry pelancongan dan industry pertanian
tanah tinggi.
5.0 SUMBER RUJUKAN
Dalam menghasilkan jurnal ini, penulis telah menggunakan sumber rujukan yang
pelbagai untuk menguatkan lagi kenyataan yang dikemukakan oleh penulis.
Sebanyak 36 sumber rujukan telah digunakan oleh penulis yang terdiri daripada
pelbagai kategori. Penulis telah membuat rujukan daripada buku,internet dan juga
jurnal yang ditulis oleh penulis lain.
5.0 KEKUATAN JURNAL
Jurnal ini mempunyai kekuatan dari segi sumber rujukan yang telah digunakan oleh
penulis dalam menghasilkan jurnal tentang kesan penyahutanan terhadap suhu dan
kelembapan bandingan. Setiap pandangan yang dikemukakan oleh penulis disusuli
dengan sokongan daripada pandangan dan pendapat penulis lain. Ini menunjukkan
bahawa penulis bukanlah jenis yang suka memberikan pandangan sewenang-
wenangnya.
Satu lagi kekuatan dalam jurnal ini ialah data yang digunakan merupakan
data yang boleh dipercayai kerana diperolehi daripada agensi yang ditauliahkan
oleh kerajaan. Dalam jurnal ini, penulis telah menggunakan data sekunder daripada
Laporan Tahunan Jabatan Meteorlogi Malaysia dan data perubahan tanah daripada
Jabatan Pertanian.
6.0 KEISTIMEWAAN HASIL KAJIAN
Setelah membaca jurnal ini, terdapat keistimewaan yang telah dikemukakan oleh
penulis berkenaan dengan perubahan suhu dan kelembapan bandingan. Hasil
kajian penulis telah mendapati bahawa kawasan hutan yang diteroka tidak
semestinya mempunyai kelembapan bandingan rendah. Kenyataan ini sangat
menarik kerana kebiasaannya apabila suhu semakin meningkat maka kadar
kelembapan akan menurun. Namun apa yang berlaku ialah walaupun kawasan di
7
Cameron Higlands telah dibangunkan sehingga menyebabkan suhu semakin
meningkat tetapi kadar kelembapan pula turut meningkat. Menurut penulis perkara
ini kerana kesan daripada aktiviti agrikultur iaitu penanaman teh. Dalam hal ini
saya berpendapat bahawa sesuatu kawasan hutan yang dibangunkan untuk
kawasan pertanian seperti penanaman kelapa sawit dan mungkin juga getah tidak
semestinya menyebabkan suhu sesuatu kawasan itu meningkat. Oleh itu mungkin
adalah lebih baik kajian juga harus dijalankan dikawasan tanah rendah khususnya
di ladang-ladang kelapa sawit dan juga getah untuk melihat sejauh mana
kebenaran kenyataan yang dikemukan oleh penulis.
7.0 KEPENTINGAN HUTAN
Jurnal ini telah membuktikan bahawa hutan merupakan satu aspek yang sangat
penting dalam kegiatan agrikultur. Hutan mampu mengekalkan suhu yang rendah
dan ini merupakan elemen penting dalam penanaman tanaman agrikultur seperti
strawberi dan juga teh. Selain mampu mengekalkan suhu yang rendah, hutan juga
penting sebagai daya tarikan pelancong datang ke Cameron Hihglands kerana
terdapatnya spesis tanah tinggi yang menarik.
8.0 PENUTUP
Dengan membaca jurnal ini saya dapat memahami dengan lebih mendalam lagi
kaitan antara kepentingan hutan untuk mengekalkan suhu sesuatu kawasan serta
kelembapan bandingan. Penulis berjaya membuktikan bagaimana penyahutanan
dan perubahan penggunaan pola tanah mampu meningkatkan suhu disesuatu
kawasan . Namun dalam kajian ini penulis mengatakan bahawa penerokaan hutan
tidak dapat dielakkan kerana pembangunan juga harus dijalankan di Cameron
Higlands. Penulis mencadangkan supaya pihak yang berwajib harus merancang
dengan bijak dan mengikut kepentingan sebelum meluluskan pembangunan di
kawasan hutan.
8
Saya kurang bersetuju dengan pandangan penulis tentang penerokaan hutan
di Cameron Highlands boleh dilakukan tetapi mengikut prosedur yang ketat.
Seharusnya kawasan hutan di Cameron Highlands diwartakan sebagai hutan
simpan agar tiada pihak yang boleh memohon untuk membuka kawasan hutan.
Walaupun penulis mencadangkan proses penerokaan hutan harus mengikuti
prosedur yang ketat tetapi lambat laun kawasan hutan di Cameron Highlands akan
habis diteroka kerana pihak yang tertentu boleh mempengaruhi pihak yang
dipertanggungjawabkan untuk mendapatkan kelulusan meneroka kawasan hutan.
Oleh itu usaha untuk mewartakan kawasan hutan yang masih wujud di Cameron
Highlands sebagai hutan simpan mestilah dipercepatkan.
9