Tugasan web 2.0 diigo
-
Upload
muhammad-amirul -
Category
Education
-
view
1.742 -
download
0
Transcript of Tugasan web 2.0 diigo
Disediakan oleh:
Muhammad Amirul Abdullah (P56363)
Rian Vebrianto (P61649)
Pensyarah:
Prof. Madya Dr. Norazah Mohd Nordin
Prof. Madya Dr. Rosseni Din
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
FAKULTI PENDIDIKAN
GGGE6543-TEKNOLOGI MAKLUMAT
DALAM PENDIDIKAN
Tugasan Web 2.0:
DIIGO
(Bookmarking & Annotation Tool)
ISI KANDUNGAN
1.0 PENGENALAN
2.0 DIIGO DALAM P&P
3.0 KEMUDAHAN DALAM DIIGO
4.0 PENGGUNAAN DIIGO
5.0 KESIMPULAN
1.0 PENGENALAN
• Diigo adalah salah satu alat anotasi laman web secara digital.
• Alat anotasi kolaboratif.
• Dalam konteks kursus di peringkat universiti pula, alat anotasi
kolaboratif membolehkan pelajar terlibat dalam penyiasatan dan
penilaian sumber dengan lebih aktif (Educause 2009).
• Ringkasnya dua fungsi utama Diigo adalah sebagai alat penandaan
dan alat perangkaian sosial.
2.0 DIIGO DLM. P&P• Pelajar dapat menghimpunkan sumber-sumber rujukan digital
secara lebih sistematik.
• Pelajar dapat berkongsi idea dengan rakan-rakan lain terhadap
sesuatu sumber rujukan dengan membuat catatan pandangan pada
laman web tersebut.
• Kemudahan yang Diigo tawarkan umpama satu ruang perbincangan
sosial kepada para pengguna berkaitan bahan yang diperolehi.
Percambahan idea dapat dilakukan tanpa perlu bersemuka, malah
tidak terhad kepada masa, lokasi, mahupun ruang perbincangan
khusus.
• Ulasan dan refleksi terhadap sesuatu bahan dapat dilakukan tidak
hanya terhad kepada pemilik laman web tersebut sahaja.
• Bagi pelajar di peringkat universiti yang sedang membuat penulisan
kajian pula, Diigo dilihat sebagai satu alat bantuan kepada golongan
tersebut menyusun dengan teratur sumber rujukan yang berkaitan
kajian atau penulisan yang sedang dibuat.
3.0 KEMUDAHAN DLM DIIGO
Berikut adalah di antara kemudahan utama yang disediakan oleh Diigo:
• Mencatat nota peribadi;
• Menyerlahkan sesuatu maklumat pada teks dalam sesuatu laman
web;
• Menanda dan menyimpan catatan yang telah dibuat bagi kegunaan
masa akan datang;
• Menyusun sumber rujukan secara sistematik melalui penggunaan
tag; dan
• Perkongsian maklumat dan idea dengan rakan-rakan pengguna
yang lain.
4.0 PENGGUNAAN DIIGO4.1 Langkah-langkah pendaftaran akaun diigo
Pertama sekali, kunjungi laman web http://www.diigo.com/
Klik ‘Get Started Now!’ bagi tujuan pendaftaran sebagai pengguna Diigo.
Evolusi Diigo.
Mengapa Diigo?
Borang pendaftaran untuk mewujudkan akaun
Contoh borang pendaftaran yang telah diisi.
Akaun yang telah didaftarkan perlu diaktifkan melalui e-mel.
Pengaktifan akaun perlu dibuat dengan hanya mengklik
pautan (link) yang telah diemelkan oleh Diigo.
Akaun Diigo telah diaktifkan. Install bar alatan Diigo.
Bar alatan Diigo.
Klik butang ‘Install Diigo Toolbar’ untuk
tujuan menginstall bar alatan.
3 langkah untuk menginstall bar alatan Diigo.
Bar alatan Diigo siap diinstall.
Aplikasi Diigo sedia untuk digunakan. Bar alatan
turut kelihatan.
4.2 MENGGUNA APLIKASI DIIGO
4.2.1 Bookmarks
Penggunaan kemudahan Bookmark dalam aplikasi Diigo ini
bermula dengan mengenal pasti laman web yang kita perlukan.
Selepas itu, klik pada butang Bookmark pada bar alatan dan pilih
‘Bookmar this page’.
Kotak di atas akan muncul apabila butang ‘Bookmark
this page’ diklik. Pengguna boleh meletakkan tag
yang sesuai bagi bahan tersebut dan membuat
catatan pada ruang ‘description’ sebelum disimpan
(save).
Bagi menyemak bahan maklumat digital yang telah
disimpan, pengguna boleh terus klik pada ‘My Library’.
Rajah di atas menunjukkan bahan maklumat yang telah disimpan dalam ‘My
Library’ Diigo. Pengguna boleh menyimpan seberapa banyak sumber
maklumat melalui penggunaan Diigo. Maklumat digital yang disimpan lebih
tersusun, mudah diurus, dan memudahkan pengguna membuat rujukan pada
bila-bila masa apabila diperlukan.
4.2.2 Highlight
Pengguna hanya perlu memilih (highlights) petikan yang
hendak diserlahkan, dan diikuti dengan mengklik butang
Highlight pada bar alatan. Selepas itu, kita akan dapati
teks tersebut ditanda dengan ‘highlighter’ digital
mengikut pilihan warna kesukaan.
Rajah di atas menunjukkan satu contoh petikan yang telah diserlahkan
melalui aplikasi Highlights pada Diigo.
Jika kursor didekatkan pada teks yang telah diserlahkan,
satu kotak kecil akan terkeluar. Jika kotak tersebut diklik,
paparan seperti di atas akan kita lihat. Apabila diklik
pada ‘View in my library’, kita boleh melihat bahan yang
kita serlahkan tadi disimpan dalam ‘My Library’.
Rajah di atas menunjukkan petikan yang diserlahkan tadi telah disimpan
dalam ‘My Library’.
4.2.3 Sticky Note
Untuk menggunakan aplikasi nota lekat (sticky note), kita hanya perlu
mengklik butang ‘comment’ pada bar alatan. Setelah diklik, paparan
seperti rajah di atas akan dilihat. Klik pada ‘Add a floating sticky note
to this page’.
Setelah diklik, paparan seperti rajah di atas akan kelihatan.
Pengguna boleh menamakan nota lekat tersebut agar mudah
dirujuk pada masa akan datang.
Kaedah lain yang boleh kita lakukan untuk
menggunakan nota lekat digital tersebut ialah dengan
mengklik butang kecil yang terdapat pada bahan yang
kita ‘highlights’. Pilih ‘Add sticky note’.
4.2.4 Images
Bagi menggunakan kemudahan ‘Images’, kita hanya perlu memilih
mana-mana imej terlebih dahulu. Selepas itu, klik pada butang
‘Capture’ pada bar alatan dan terdapat dua pilihan sama ada
‘Capture Selected Area’ atau ‘Capture Entire Page’.
Rajah di atas menunjukkan imej yang telah dipilih
dengan menggunakan kemudahan ‘Capture’. Kita
boleh mengedit imej tersebut sebelum disimpan.
4.2.5 Membina Kumpulan
Bagi memudahkan komunikasi dalam bentuk berkumpulan secara
digital, pengguna boleh mewujudkan kumpulan perbincangan
maya dengan mengkhususkan kepada topik-topik perbincangan
tertentu. Klik pada ‘My Groups’.
Klik pada butang ‘Create a group…’.
Contoh borang yang perlu diisi bagi tujuan
mewujudkan kumpulan dalam Diigo.
Klik butang ‘Create my group’ untuk melengkapkan
pendaftaran kumpulan Diigo.
Contoh kumpulan ‘SPSS Community’ yang telah diwujudkan.
5.0 KESIMPULAN
Aplikasi Diigo dilihat sebagai satu aplikasi yang boleh membantu
pengguna mengurus, menanda, membaca, serta membincangkan
sesuatu kandungan laman-laman di dalam internet. Alatan
kolaboratif sebegini wajar dimanfaatkan oleh pengguna terutama
golongan pelajar untuk membantu mereka dalam pengajian atau
kajian yang dijalankan. Sememangnya tidak dinafikan keupayaan
Diigo sebagai alat penandaan dan juga alat perangkaian sosial.
Tidak hairanlah jika ahli akademik pelbagai disiplin dan institusi turut
menghargai kewujudan alat ini (Educause 2009).
Rujukan
Educause. 2009. 7 Things you should know about Collaborative
annotation.
http://www.educause.edu/Resources/7ThingsYouShouldKnowAbou
tColla/182641 [22 Disember 2011].
SlideShare. Diigo in Education. http://www.slideshare.net/cliotech/diigo-
in-education-presentation [1 Disember 2011].
SlideShare. Using Diigo in Classroom.
http://www.slideshare.net/scyuen/using-diigo-in-the-classroom [1
Disember 2011].
Terima kasih!