tugasan.edu3083

download tugasan.edu3083

of 2

description

kepimpinan

Transcript of tugasan.edu3083

TUGASAN EDU 3083 ASAS KEPIMPINAN DAN PROFESIONALISME GURUNur Asilah binti Mohd ZulfekriPISMP Bahasa Arab Tarikh bentang:

Bincangkan implikasi tindakan seorang guru yang cenderung mempromosi produk jualan langsung di sekolah dalam kalangan rakan sejawatnya. Beri cadangan penyelesaian yang terbaik. Tindakan guru yang cenderung untuk mempromosi produk jualan langsung di sekolah dalam kalangan rakan sejawatnya memberi implikasi yang negatif sama ada kepada pihak sekolah, rakan sejawat ataupun murid.

Kajian-kajian lepas menunjukkan bahawa tabiat melakukan kerja sampingan dalam kalangan guru boleh menimbulkan pelbagai kesan secara langsung atau tidak langsung kepada pengurusan sekolah terutamanya dalam urusan P&P guru. (Champion, 2010 dalam Mohd Suhaimi & Norasmah, 2014) 1) Prestasi akademik murid jatuh disebabkan guru tidak membuat persediaan mengajar. Sebagai contoh, bukti menunjukkan bahawa salah satu punca prestasi akademik murid jatuh adalah disebabkan kegagalan dalam urusan P&P dan perkara ini seringkali dikaitkan dengan persediaan guru. Hal ini kerana masa yang ada digunakan untuk mempromosikan produk jualan langsung sehingga tiada masa untuk membuat persediaan mengajar.

2) Guru yang mempromosikan barangan jualan langsung didapati sering tidak masuk ke kelas tepat pada waktunya. Hal ini kerana guru-guru lain (pelanggan) yang mahu membeli barangan tersebut akan berjumpa dengan guru tersebut pada waktu rehat mereka tetapi masa pengajaran seseorang guru tidak sama dengan guru yang lain. Jadi, guru yang menjual barangan semestinya akan terleka menjual produk sehingga terlajak masa dan menyebabkan lambat masuk ke kelas.

3) Menurut Mohd Suhaimi & Norasmah, (2014) guru yang terlibat dengan kerjaya sampingan didapati kurang memperuntukkan masa untuk melakukan perbincangan berkaitan kerjanya dengan rakan sejawat. Hal ini kerana guru tersebut sibuk untuk mempromosikan jualan langsung kepada rakan sejawat. Tidak ada masa untuk bincang mengenai penambahbaikan kaedah pengajaran, dan untuk tingkatkan prestasi murid. Perkara sebegini tidak dapat membantu guru untuk memperbaiki amalan pengajarannya dan sekaligus gagal untu meningkatkan prestasinya dalam bidang perguruan.

4) Implikasi seterusnya ialah, keadaan ini akan mencerminkan sikap guru yang tidak baik dan boleh memberi persepsi negatif kepada profesion perguruan. Dengan ini, guru-guru lain yang tidak melibatkan diri dengan pekerjaan sampingan seperti jualan langsung akan terkena tempiasnya. Cara penyelesesaian.1. Pihak pentadbiran perlu tegas untuk tidak membenarkan guru tersebut bekerja sampingan, jika ada guru yang tidak memberi komitmen dalam kerjayanya.2. Kuatkuasakan peraturan kepada guru yang mahu menjual barangan jualan langsung atau barang apa sekalipun untuk dilakukan di luar waktu sekolah sama ada selepas tamat waktu persekolahan atau pada waktu cuti. 3. Guru besar perlu memantau pergerakan dan prestasi guru terutama guru yang dibenarkan untuk melakukan pekerjaan sampingan.Rujukan: Aktiviti Kerja Sampingan dan Kesan ke Atas Komitmen Guru Bekerja Sampingan Mengikut Persepsi Guru Mohd Suhaimi Mohd Nizam, Norasmah Othman* Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi, Selangor, MalaysiaDiakses dari:http://www.sainshumanika.utm.my/index.php/sainshumanika/article/viewFile / 5 25/453