Tugasan.epm233.Model.januari.2013

download Tugasan.epm233.Model.januari.2013

of 7

Transcript of Tugasan.epm233.Model.januari.2013

  • 7/29/2019 Tugasan.epm233.Model.januari.2013

    1/7

    Tugasan EPM 233

    1

    School of Education and Cognitive Science

    EPM 233

    Model dan Strategi Pedagogi

    Tugasan

  • 7/29/2019 Tugasan.epm233.Model.januari.2013

    2/7

    Tugasan EPM 233

    Panduan ini menerangkan dengan terperinci tugasan yang perlu dilakukan olehpelajar untuk kursus ini. Tujuan panduan ini ialah untuk memastikan bahawa

    semua pelajar serta Fasilitator Akademik mempunyai maklumat yang sama tentang

    apa yang dikehendaki. Tugasan ini merupakan salah satu komponen penaksiran yang

    telah ditetapkan untuk kurusus ini.

    Tugasan ini bertujuan untuk menilai peringkat-peringkat kognitif tahap tinggi;

    iaitu kebolehan anda mengaplikasai prinsip & konsep yang telah dipelajari dalam

    penyelesaian sesuatu masalah, menilai dengan kritis dan menghasil sesuatu yang baru

    atau mengubahsuai sesuatu yang sedia ada.

    Panduan ini juga mengandungi kriteria yang ditetapkan untuk memudahkan

    Fasilitator Akademik menilai hasil kerja anda.

    Penulisan akademik adalah penulisan ilmiah atau saintifik yang menjawabsecara sistematik dan teliti sesuatu persoalan. Penulisan akademik berasaskan

    kepada idea bahawa kesimpulan hanya boleh diterima bila disokong dengan

    bukti. Seorang penulis akademik harus mengumpulkan data secara objektif, tidak

    terpengaruh dengan pegangan sendi ri ( kecuali tajuk yan g menggal akkan pe nu li s

    memberi pandangan atau merupakan sesuatu refleksi peribadi) dan gunakan data

    yang diperolehi untuk menyokong sesuatu soalan atau hipotesis.

    Secara ringkas sesuatu penulisan akademik mempunyai ciri-ciri berikut:

    Menyampaikan fakta secara sistematik, konseptual dan mengikut proseduryang jelas.

    Penulisan mestilah cermat, tepat, benar dan tidak membuat andaian.

    Setiap pandangan yang dikemukakan disokong dengan bukti.

    Penulisan tidak boleh memutar-belitkan fakta atau melebih-lebihkan sesuatu. Menulis dengan jujur dan hanya mengemukakan kebenaran. Tidak ada

    kenyataan-kenyataan yang menimbulkan keraguan.

    Apa itu PLAGIARISME?

    Plagiarisme ialah apa jua bahan tulisan (esei, projek) yang diserahkan dengan tujuanmenipu tentang kebolehan, pengetahuan atau sumbangan oleh seseorang pelajar.

    Penulisan Akademik

    Plagiarisme

    Pengenalan

  • 7/29/2019 Tugasan.epm233.Model.januari.2013

    3/7

    Tugasan EPM 233

    Selaras dengan Seksyen 14.0 Academic Offence, dalam Buku Panduan PeraturanUniversiti, Asia e University, seorang pelajar tidak boleh memplagiat apa-apa idea,

    penulisan, data atau ciptaa orang lain yang bermaksud seperti berikut:

    Memetik atau meniru sebulat-bulat hasil kerja orang lain tanpa memberi

    penghargaan atau membuat rujukan, dan mendakwa bahawa ia adalah hasil

    ciptaan sendiri.

    Menulis atau mengolah idea orang lain tanpa membuat rujukan. Memangdiakui bahawa kita kerap kali mengambil idea orang lain dan ini adalah tidak

    salah jika kita membuat rujukan dan mengakui sumber tersebut,

    Suatu cubaan untuk menonjolkan dalam apa-apa cara, bahawa dia ialah

    sumber asal atau pencipta sesuatu idea, penulisan, data atau ciptaan yangadalah sebenarnya diambil daripada beberapa sumber lain. Ini termasuk

    gambarajah , lukisan, klip video & audio, gambar dan sebagainya.

    Penyerahkan satu esei yang sama untuk memenuhi syarat dua atau lebih

    kursus.

    Bagaimana saya boleh mengelak daripada PLAGIARISME?

    Pastikan setiap frasa, ayat atau perenggan yang anda petik

    mempunyai rujukan yang berkaitan dan dinyatakan sumber dalamkurungan. Tulis semula ayat atau perenggan dan pastikan rujukan dinayatakan

    dalam kurungan. Gunakan format APA (American Psychological Association) untuk

    membuat segala rujukan.

    Pastikan anda mengkaji dengan mendalam tentang isu hak ciptadan apa yang anda boleh gunakan tanpa hak cipta.

    Rujukan

    Semua sumber yang anda telah rujuk mesti disenaraikan di akhir tugasan anda di bawahseksyen RUJUKAN.

    Berikut ini ialah kaedah membuat rujukan:

    Daripada JurnalDuFour, R. (2002). The learning-centred principal: Educational

    Leadership, 59(8). 12-15.

    Daripada Jurnal Atas Talian

    Evnine, S. J. (2001). The universality of logic: On the connectionbetween rationality and logical ability [Versi Elektronik].

    Mind, 110, 335-367.

  • 7/29/2019 Tugasan.epm233.Model.januari.2013

    4/7

    Tugasan EPM 233

    4

    Dariapada Halaman Web atau Halaman SesawangNational Park Service. (2003, February 11).Abraham LincolnBirthplace National Historic Site. Diperolehi February 13, 2003,

    from http://www.nps.gov/abli/

    Daripada BukuNaisbitt, J. and Aburdence, M. (1989).Megatrends 2000. London:Pan Books.

    Daripada Bab dalam BukuNickerson, R. (1987). Why teach thinking? Dalam J. B. Baron & R.J.Sternberg (Eds), Teaching thinking skills: Theory and practice. New

    York: W.H. Freeman and Company. 27-37.

    Daripada AkhbarHolden, S. (1998, May 16). Frank Sinatra dies at 82:Matchless stylist of pop. The New York Times, pp. A1,

    A22-A23.

    Soalan Tugasan:Pemberatan: 35%

    1) Tugasan ini terdiri daripada DUA bahagian. .

    2) Penilaian akan dibuat berdasarkan mutu persembahan penulisan dan bahasa.

    3) Hasil kerja hendaklah asli, yakni tidak dibenarkan menyalin bulat-bulat

    daripada mana-mana teks sumber. Rujukan hendaklah dilakukan sebagai

    panduan untuk calon mengolah kerja peribadi. Pelajar yang mengemukakan

    tugasan berunsurkan plagiat akan dikenakan penalti.

    4) Gunakan rujukan yang sesuai untuk menyokong jawapan anda. Bahan

    rujukan hendaklah disenaraikan pada halaman belakang sekali.

    5) Anda digalakkan merujuk kepada bahan-bahan sumber selain daripada bahan

    pembelajaran yang dibekalkan untuk kursus.

    6) Pastikan anda menulis rujukan seperti dinyatakan pada halaman 3 - 4.

    Tugasan

    http://www.nps.gov/abli/http://www.nps.gov/abli/
  • 7/29/2019 Tugasan.epm233.Model.januari.2013

    5/7

    Tugasan EPM 233

    5

    BAHAGIAN AMenilis ESEI (20 markah)Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) menekankan bahawa pengajaran di

    sekolah-sekolah rendah hendaklah berkonsepkan didik hibur bagi memberi peluangkepada murid melakukan aktiviti pengajaran dan pembelajaran secara aktif dan

    menyeronokkan dengan sokongan pelbagai bahan media yang sesuai.

    Tulis satu esei dengan merujuk kepada pernyataan di atas. Gunakan soalan-soalan

    berikut sebagai panduan untuk esei anda.

    a) Sejauh manakah pengajaran di sekolah anda masih berpusatkan guru? [1halaman] 2 markah

    b) Bagaimana anda telah melibatkan murid secara aktif dan menyeronokkandengan sokongan pelbagai bahan media yang sesuai dalam proses pengajaran

    dan pembelajaran? [4 halaman] - 8 markah

    c) Bagaimana penaksiran adalah berkonsepkan didir hibur? [3 halaman] - 6markahd) Pada pendapat anda, apakah isu-isu yang berkaitan dengan pengajaran dan

    pembelajaran secara aktif dan menyeronokkan? - [2 halaman] - 4 markah

    [20 markah]

    BAHAGIAN B RANCANGAN PELAJARAN (15 markah)Sediakan SATU Rancangan Pelajaran Harian yang memberi tumpuan kepada

    PEMBELAJARAN KOLABORATIF (berpusatkan murid). Masa mengajar yang

    dicadangakan ialah 40 minit. Gunakan Bab 3 dan 4 sebagai panduan. Anda boleh

    gunakan format Rancangan Pelajaran Harian seperti berikut dan mana-mana templatlain.

    [15 markah]

    RANCANGAN PELAJARAN

    Tajuk

    Peringkat Kelas:

    Masa:

    Objektif pelajaran:

    Hasil Pembelajaran:

    Konsep/Prinsip/Teori/Hukum

    Bahan Pembelajaran & Pengajaran: Contoh: slaid powerpoint, klipvideo, laman web dan lain-

    lain

    Prosedur atau Langkah-Langkah:

    a) Pembukaanb) Aktivitic) Penyoaland) Penutup

    Aktiviti Pengajaran &Pembelajaran Kolaboratifhendaklah dibahagikan

    kepada:

    a) Aktiviti Gurub) Aktiviti Murid

    Penilaian Ujian, lembaran kerja danlain-lain

    Markah

    1 markah

    2 makah

    1 markah

    2 markah

    6 markah

    3 markah

  • 7/29/2019 Tugasan.epm233.Model.januari.2013

    6/7

    Tugasan EPM 233

    Kepilkan bersama lembaran kerja dan bahan-bahan lain yang digunakan dalam

    pengajaran dalam format saiz A4.

    Penyerahan Tugasan

    Serahkan Tugasan anda kepada MyPLS secara online sebelum atau padaTutorial ke 317 Mac 2013. Rujuk kepada Panduan Penyerahan Online.

    Sila gunakan muka hadapan seperti dilampikan dan jangan lupa menulisNAMA dan NOMBOR MATRIK.

    Format Tugasan

    Gunakan kertas saiz A4 dan ditaip 1.5 langkau (1.5 spacing)

    GunakanFontNew Times Roman, saiz 12

  • 7/29/2019 Tugasan.epm233.Model.januari.2013

    7/7

    Tugasan EPM 233

    TUGASAN

    JANUARI 2013 SEMESTER

    KOD KURSUS EPM 233

    NAMA KURSUS MODEL & STRATEGI PEDAGOGI

    PROGRAM SARJANA MUDA PENDIDIKAN

    NAMA PELAJAR

    NO. MATRIK

    NAMA FASILITATORAKADEMIK

    PUSAT PEMBELAJARAN