tugasgurusek

download tugasgurusek

of 23

Transcript of tugasgurusek

  • 8/8/2019 tugasgurusek

    1/23

    Guru Besar:

    A. Pentadbiran:

    Dalam bidang pentadbiran, Guru Besar adalah bertanggungjawab secara langsungdalam segala pengurusan perjawatan dan perkhidmatan guru dan kakitangan bukan

    guru di sekolah sebagaimana berikut:

    1. Melaksanakan segala prosedur perlantikan dan pengesahan dalam jawatan semua

    kakitangan di bawah kelolaan dan bidang kuasanya.

    2. Melaksanakan segala prosedur perlantikan ke jawatan yang lebih tinggi bagi

    semua kakitangan di bawah jagaannya.

    3. Melaksanakan prosedur bagi menamatkan perkhidmatan perletakan, persaraan,penggantungan, pelepasan guru-guru dan kakitangan.

    4. Memastikan pelaksanaan dan langkah-langkah pengambilan perkhidmatan dan

    kursus dalam jawatan.

    5. Mengambil langkah-langkah tertentu yang berhubung kait dengan soal percutiankakitangan di sekolahnya.

    6. Mewujudkan struktur organisasi sekolah bagi menentukan pembahagian kerja dan

    tugas kakitangan sekolahnya.

    7. Menyediakan senarai tugas dan tanggungjawab guru dan kakitangan sokongan.

    8. Menyimpan dan menyelenggarakan rekod-rekod peribadi guru dan kakitanganbukan guru.

    9. Menyediakan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan, Berkala, Laporan Sulit Khas, dan

    Laporan Nilaian Prestasi Khas bagi semua kakitangan di bawahnya.

    10. Meluluskan permohonan penggunaan bangunan dan kemudahan yang ada disekolah mengikut syarat-syarat yang dibenarkan oleh pihak yang berkuasa.

    11. Menentukan sistem penyelenggaraan fail dilaksanakan dengan cara yang teratur

    dan sempurna.

  • 8/8/2019 tugasgurusek

    2/23

    12. Merancang dan memastikan pelaksanaan takwin sekolah yang telah disusun dan

    ditetapkan itu berjalan dengan lancar.

    13. Memastikan bahawa segala retan-retan yang disediakan itu dilakukan dengan

    sempurna dan dilaksanakan mengikut jadual yang telah ditetapkan.

    14. Menjadi pengerusi Lembaga Tatatertib Sekolah.

    15. Menjadi Penasihat Persatuan Ibu Bapa Guru dan memastikan bahawa segala

    keputusan dilaksanakan dengan teratur dan berkesan.

    16. Mempengerusikan mesyuarat-mesyuarat yang diadakan di peringkat sekolahyang melibatkan guru dan kakitangan.

    17. Menghadiri mesyuarat di Pejabat Pendidikan Daerah, Zon Sekolah, Jabatan

    Pendidikan Negeri, Kementerian Pendidikan Malaysia atau jabatan-jabatan kerajaanyang lain.

    B. Kewangan:

    1. Menyediakan anggaran belanjawan sekolah seperti perbelanjaan mengurus dan

    perbelanjaan pembangunan.

    2. Mengurus dan menyempurnakan segala tuntutan perkapita dan lain-lain geran

    yang dikemukakan oleh pihak yang berkaitan dari semasa ke semasa.

    3. Menentukan segala kutipan atau yuran, sewa, asrama dan lain-lain sumberpendapatan dilaksanakan dengan sempurna.

    4. Merancang dan menguruskan segala bentuk pembelian dan pembayaran yang

    dilakukan oleh pihak sekolah.

    5. Mengurus dan menyempurnakan segala urusan yang berkaitan dengan gaji, elaundan lain-lain bagi guru dan kakitangan.

  • 8/8/2019 tugasgurusek

    3/23

    6. Mengurus dan menyelenggarakan buku tunai untuk Akaun Wang Kerajaan, Wang

    Suwa dan Asrama serta Panjar Wang Runcit.

    7. Melakukan dan menyempurnakan segala persediaan yang diperlukan untuk audit

    akaun sekolah secara teratur dan kemas.

    8. Menyempurnakan segala urusan yang berkaitan dengan biasiswa pelajar-pelajar

    sekolah yang diberi oleh Kementerian Pendidikan dan lain-lain badan penaja.

    9. Menjadi Pengerusi Lembaga Tender dan Sebut Harga Sekolah mengikut syaratyang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan.

    10. Menentukan buku stok yang disimpan dan disediakan di sekolah disediakan

    dengan teratur dan kemas kini.

    11. Memperakukan segala tuntutan perjalanan, peperiksaan, elaun lebih masa, wangruncit dan sebagainya.

    12. Memastikan bahawa tatacara hapus kira dan hapus stok dilakukan dengan

    sempurna mengikut peraturan yang ada.

    13. Menjadi Setiausaha Lembaga Kewangan Sekolah dan pengelola sekolah dan

    menentukan bahwa semuanya itu berjalan lancar.

    C. Pembangunan Fizikal Sekolah:

    1. Melaksanakan pengawasan fizikal sekolah dan menentukan perjalanannyadilakukan dengan cara yang baik dan teratur.

    2. Mengambil langkah-langkah penyelenggaraan bangunan sekolah dan kawasan

    sekolah dari semasa ke semasa.

    3. Merancang dan menguruskan pelaksanaan projek-projek pembangunan kecil yangdiadakan di sekolah.

    4. Merancang pertambahan fizikal sekolah jika ada dan jika perlu seperti pembinaan

    dan pembaikian, memerlukan bangunan tambahan dan sebagainya.

  • 8/8/2019 tugasgurusek

    4/23

    D. Pembangunan Kakitangan:

    1. Merancang dan melaksanakan program dan kursus bagi kemajuan guru dan bukan

    guru untuk pengayaan dirinya.

    2. Mengadakan 'in house training', kolokium, mengambil kursus di luar, kursus dalam

    perkhidmatan ataupun mengadakan kursus-kursus untuk kakitangan di sekolahnya.

    3. Memberi segala galakan kepada guru dan kakitangan agar melanjutkan pengajiandi peringkat yang lebih tinggi.

    E. Mengajar:

    1. Mengajar sekurang-kurangnya sembilan waktu seminggu dan mengikut peraturanyang telah ditetapkan bagi Guru Besar.

    F. Kurikulum:

    1. Menentukan pelaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan berjalan dengan teratur,berkesan dan mengikut perancangan.

    2. Memastikan pelaksanaan sukatan pelajaran atau kurikulum yang ditentukan oleh

    Kementerian Pendidikan berjalan mengikut peraturan.

    3. Merancang dan memastikan pelaksanaan sukatan pelajaran atau kurikulum disekolah berjalan dengan sempurna.

    4. Menentukan mata pelajaran pilihan untuk pengajaran di sekolahnya dengan

    menetapkan guru-guru yang mengajar mata pelajaran yang berkenaan.

    5. Menubuhkan panitia mata pelajaran atau Lembaga Kurikulum Sekolah untuk

    memastikan keberkesanan pelaksanaannya.

    6. Mempengerusikan mesyuarat panitia mata pelajaran jika difikirkan perlu.

  • 8/8/2019 tugasgurusek

    5/23

    7. Menubuhkan beberapa buah jawatankuasa dan majlis lain yang difikirkan perlu

    sebagai usaha untuk memastikan keberkesanan pengurusan sekolah.

    8. Menentukan kewujudan Pusat Sumber sekolah dan Guru Besar bertanggung-

    jawab terhadap perkembangan dan kemajuannya.

    9. Membina 'Blue Print' sekolah untuk meningkatkan pencapaian pelajar dan bidang

    akademik.

    G. Ko-Kurikulum:

    1. Memastikan penubuhan persatuan, dan kelab sukan dan permainan dan pasukan-

    pasukan unit pakaian seragam.

    2. Menentukan bahawa unit-unit ko-kurikulum itu berjalan dengan cergas, baik,teratur dan sempurna dengan susunan program yang lengkap, sesuai & praktikal.

    3. Menentukan perkembangan bakat dan potensi para pelajar dalam kegiatan ko-kurikulum seperti persatuan dan kelab, sukan dan permainan dan juga pasukan unit

    berunifom.

    H. Hal Ehwal Pelajar:

    1. Menubuhkan Lembaga Disiplin Pelajar di sekolahnya dan memastikan bahawa

    pelaksanaannya berjalan dengan berkesan.

    2. Menetap dan menggariskan satu peraturan dan undang-undang sekolah yangpraktikal untuk dipatuhi sepenuhnya oleh semua pelajar.

    3. Menubuhkan sebuah Lembaga Pengawas Sekolah yang terdiri daripada pelajar

    yang cergas, baik dari segi tingkah laku, berbudi pekerti dan bagus dalam akademikdan sukan.

    4. Menentukan perjalanan Lembaga Disiplin Pelajar, peraturan dan undang-undangdan Lembaga Pengawas dilaksanakan dengan baik, sempurna dan adil.

  • 8/8/2019 tugasgurusek

    6/23

    5. Untuk menjamin keselamatan, kesejahteraan dan kebajikan para pelajar,

    perkhidmatan yang berikut perlu diwujud dan dilaksanakan di sekolah dengan baik,iaitu:- (Bimbingan dan kaunseling, kesihatan, biasiswa dan dermasiswa,

    keselamatan, riadah dan sistem mentor menti).

    I. Pengawasan Dan Penyeliaan:

    1. Menjadi tugas dan tanggungjawab Guru Besar untuk membuat penyelidikan

    terhadap perjalanan pengajaran dan pembelajaran di sekolahnya.

    2. Menjadi tugas Guru Besar untuk mengawasi dan melaksanakan tugas-tugaspentadbiran, pengurusan, kewangan, pembangunan fizikal, kemajuan kakitangan

    pengajaran pembelajaran, kurikulum, ko-kurikulum dan dalam hal ehwal pelajar.

    3. Bertanggungjawab dalam memberi bimbingan kepada Penolong KananPentadbiran, Penolong Kanan HEM dan Penolong Kanan KO serta Penyelia Petangdalam pelaksanaan tugas-tugas mereka.

    4. Guru Besar memberi bimbingan yang diperlukan kepada kakitangan bukan gurudalam melaksanakan tugas-tugas mereka.

    5. Memberi bimbingan kepada guru-guru dalam semua bidang tugas dan pengajaran

    mereka agar ianya menjadi lebih berkesan dan menyeronokkan.

    6. Pengawasan dan penyeliaan ini adalah untuk penilaian prestasi mereka yang akandibuat pada setiap hujung tahun.

    1.0 PENGURUS "LEARNING EXPERIENCES" KERJA IKHTISAS

    1.1 Penyelia dan pengawal polisi dan objektif sekolah yang telah diasaskan dandiselaraskan kepada polisi Kementerian Pendidikan dan objektif Pendidikan Negeridan negara.

    1.2 Menentukan sasaran sekolah, merancang dan melaksanakan proses pengajarandan pembelajaran sukatan pelajaran, rancangan pelajaran, jadual waktu,penugasan guru dan sebagainya.

    1.3 Menentukan kualiti volume kerja pelajar-pelajar dan pemeriksaan buku-buku

    pelajar.1.4 Menentukan polisi-polisi mengenai ujian dan peperiksaan serta menggunakan data-

    data untuk perancangan dan tindakan susulan.1.5 Menyelia proses pendidikan sama ada dalam bilik darjah, pemeriksaan buku rekod

    guru atau perbincangan dengan guru / JKS / PMP.1.6 Memeriksa buku kemajuan pelajar, buku profil, buku kedatangan dan buku kegiatan

    kurikulum dari masa ke semasa.1.7 Menentukan polisi untuk aktiviti ko-kurikulum.1.8 Membaca dan meneliti laporan kegiatan ko-kurikulum serta memberi nasihat dan

  • 8/8/2019 tugasgurusek

    7/23

    bimbingan kepada guru dan pelajar.1.9 Mengajar sebilangan waktu.

    2.0 PEMBANGUNAN MAJU DIRI MURID

    2.1 Menentukan polisi-polisi mengenai pelaksanaan disiplin secara menyeluruh.

    Mengendalikan kes-kes disiplin yang dirujukkan oleh Badan Disiplin, berjumpadengan ibubapa dan penjaga, PRS. K & K, guru ko-kurikulum dan sebagainya.

    2.2 Melaksanakan projek-projek khas seperti PMP, menyelia dan menilaikeberkesanannya.

    3.0 PENGURUSAN DAN PEMBANGUNAN (MANAGEMENT AND DEVELOPMENT)

    3.1 MURID-MURID

    3.1.1 Menyelia pendaftaran kemasukan dan pertukaran murid.3.1.2 Menyelia buku jadual kedatangan murid.3.1.3 Menyelia pemberian bantuan kepada murid-murid.3.1.4 Menyelia Skim Pinjaman Buku Teks serta menentukan polisi dan senarai

    pelajar yang layak dan tidak layak.3.1.5 Menentukan polisi berkaitan dengan peperiksaan awam seperti

    menentukan mata pelajaran yang akan diambil oleh murid.3.1.6 Menyemak dan menandatangani sijil berhenti sekolah dan surat akuan.3.1.7 Memastikan program-program kesihatan dijalankan dengan sempurna

    supaya wujud tahap kesihatan yang tinggi di kalangan murid.3.1.8 Bertanggungjawab ke atas pembuangan dan penggantungan murid-murid.3.1.9 Bertanggungjawab ke atas keselamatan murid di sekolah.

    3.2 PENGURUSAN PERSONEL

    3.2.1 Menentukan pendaftaran, pengesahan dalam jawatan, penempatan ke

    dalam jawatan berpencen dan jenis cuti kakitangan sekolah.3.2.3 Menolong kakitangan menentukan sasaran kerja dan berbincang dari masa

    ke semasa mengenai sasaran dan mutu kerja.3.2.3 Menentukan tugasan dan bidang kerja (development of staff) dan

    menjalankan penyeliaan sepanjang tahun.3.2.4 Mengambil tindakan / laporan tatatertib ke atas pegawai di bawah bidang

    kuasanya.3.2.5 Menjaga kebajikan kakitangan.

    3.3 KEWANGAN

    3.3.1 Mengawal dan menyemak pemberian perkapita, gaji kakitangan, rekodakaun, laporan kewangan dan punca-punca kewangan suwa dan kerajaan.

    3.3.2 Mengemas kini penyata akaun sekolah yang belum diaudit dan membuattindakan susulan ke atas laporan audit.

    3.3.3 Mengawal stok-stok dan harta benda sekolah.3.3.4 Mengawal perbelanjaan yang dibuat oleh semua bidang dan membuat

    anggaran perbelanjaan tahunan yang kos efektif.

    3.4 KEMUDAHAN FIZIKAL

    3.4.1 Memastikan keadaan fizikal bangunan, padang dan persekitaran sekolah

  • 8/8/2019 tugasgurusek

    8/23

    berada dalam keadaan baik.3.4.2 Mempertingkatkan keceriaan dan kecantikan sekolah.3.4.3 Menyelia dan menjaga kemudahan dan keselamatan bangunan sekolah.3.4.4 Memastikan perabot sentiasa berada dalam keadaan baik dan membuat

    pengagihan yang berkesan.3.4.5 Menyelia dan mengawal sistem pencegahan kebakaran.

    3.4.6 Bertanggungjawab ke atas harta benda sekolah.

    4.0 PEMBANGUNAN ORGANISASI DAN DIRI (SYNERGY)

    4.1 Merancang dan menyelia aktiviti perkembangan staf seperti kursus dalaman,perbincangan, berkongsi maklumat, merangsang budaya, mencari maklumat danpengetahuan serta memberi peluang kepada guru memperkembangkan diri.

    4.2 Mengawal learning experiences dengan berdasarkan pemerhatian, data dansalinan serta menggunakan maklumat yang diperolehi untuk pembangunan`learning experiences murid.

    4.3 Melaksanakan kursus kesedaran dan pengunggulan kendiri guru.4.4 Penglibatan dalam aktiviti-aktiviti pendidikan komuniti.

    5.0 PEMBANGUNAN DIRI (PERSONEL DEVELOPMENT)

    5.1 Membaca makalah, buku-buku ikhtisas, pengurusan dan filosofi, menghadiri kursus,seminar, bengkel bertukar-tukar fikiran dengan rakan-rakan sekerja.

    5.2 Menjalankan kajian. Mengumpul data dan menghasilkan kaedah yang baru yanglebih berkesan.

    5.3 Menerbit artikel-artikel yang berkaitan dengan bidang ikhtisas.

    GURU PENOLONG KANAN 1

    PENTADBIR

    A. Bidang Tugas:1. Melaksana dan menjalankan segala tugas dan tanggungjawab Guru Besar semasa

    ketiadaannya di sekolah.2. Mengajar sebilangan daripada waktu mengikut arahan Guru Besar yang

    ditetapkan dari semasa ke semasa.3. Bertanggungjawab kepada Guru Besar dalam soal-soal yang berhubungkait

    dengan kurikulum, pentadbiran dan pengurusan sekolah, hubungan denganmasyarakat dan juga keselamatan.

    4. Membantu Guru Besar dalam pengurusan dan pentadbiran sekolah yangmempunyai sidang petang.

    5. Memberi segala bantuan kepada Guru Besar dalam tugas menyelia dan menilaipengajaran dan pembelajaran di sekolah.

    6. Membantu Guru Besar dalam semua aspek perancangan, pengurusan dan

    pelaksanaan program dan projek sekolah.

    B. Senarai Tugas:1. Memastikan pelaksanaan semua kursus pengajian yang telah ditetapkan oleh

    Kementerian Pendidikan.2. Menentukan rancangan pelajaran harian, mingguan, semester dan lain-lainnya

    berjalan dengan lancar dan berkesan.3. Memastikan perjalanan panitia-panitia mata pelajaran itu dilaksanakan secara

    teratur dan baik.

  • 8/8/2019 tugasgurusek

    9/23

    4. Membantu dalam pengurusan penyediaan peralatan teknologi pendidikan, pusatsumber, makmal dan bengkel.

    5. Menentukan penggunaan dan penyelenggaraan bahan-bahan sumber pendidikanitu dilakukan dengan baik.

    6. Membantu dan membimbing dalam latihan mengajar bagi guru-guru praktikumdan guru-guru yang baru mengajar dalam menjalankan tugas-tugas harian mereka.

    7. Membuat kajian terhadap segala jenis laporan yang berkaitan dengan kurikulumdan mencadangkan tindakan susulan.8. Membantu dalam merancang dan menyelaraskan hal-hal yang berkaitan dengan

    ujian, peperiksaan, penilaian dan menyarankan tindakan susulan.

    9. Menyelaraskan pengurusan dan perjalanan kegiatan-kegiatan bimbingan danpemulihan yang ada di sekolah.

    10. Menyelaraskan segala program kurikulum yang dianjurkan oleh sekolah, PejabatPendidikan Daerah, Jabatan Pendidikan Negeri dan Kementerian Pendidikan Malaysia.

    11. Membantu dalam menentukan buku-buku teks, bahan Pusat Sumber dan lain-lain buku bacaan di samping menentukan kesesuaiannya.

    12. Menyusun jadual waktu kelas dan guru dan menyediakan jadual waktu gantianbagi guru yang sakit dan mereka yang ditimpa kemalangan dan mengalami

    kecemasan.

    C. Pentadbiran:

    1. Membantu bagi menentukan beban tugas guru dan kakitangan bukan gurusekolah adalah adil dan saksama.

    2. Membantu dan menyelaraskan hal ehwal peperiksaan, kursus dan latihan untukguru dan kakitangan bukan guru sekolahnya.

    3. Membantu menyelenggara dan menyelaras kutipan data, maklumat dan juga

    perangkaan yang diperlukan dari semasa ke semasa.4. Membantu merancang takwin sekolah dan dalam menentukan program aktiviti

    sepanjang tahun.

    5. Membantu menyelia kerja-kerja semua guru dan kakitangan bukan guru.

    6. Membantu dan menyediakan anggaran belanjawan tahunan sekolah dalammenentukan perbelanjaan mengurus dan perbelanjaan pembangunan.7. Menyelaras penyediaan penyata kewangan untuk audit tahunan yang teratur bagi

    sekolahnya.8. Menyelaras bagi semua pungutan yuran seperti wang runcit, sewa, asrama, sukan

    dan permainan dan sebagainya.9. Menjadi ahli Lembaga Tatatertib Sekolah dengan memberi pandangan terhadap

    salah laku pelajar dengan mengambil bahagian cergas dalam mesyuaat dan jugaperbincangan.

    10. Menandatangani semua cek sekolah bersama-sama dengan Guru Besar dan jugaPengerusi Persatuan Ibu Bapa Guru.

    D. Kebersihan Dan Keindahan Sekolah:1. Membantu dalam merancang dan menyedia program bagi kebersihan dan

    keindahan sekolah.2. Memastikan bahawa program keceriaan sekolah dilaksanakan dengan jayanya

    oleh mereka yang diberi tanggungjawab untuk melaksanakannya.

    E. Keselamatan:

    1. Merancang segala langkah keselamatan sekolah bersama-sama dengan GuruBesar.

  • 8/8/2019 tugasgurusek

    10/23

    2. Merancang dan melaksanakan bersama-sama dengan Guru Besar, latihanmencegah kebakaran dan kegiatan-kegiatan seumpamanya.

    F. Kantin:

    1 Membuat penyeliaan kantin sekolah bersama-sama dengan Penolong Kanan HalEhwal Murid.

    G. Buku Teks:

    1 Menentukan pemilihan dan penggunaan semua buku teks dan juga buku rujukansekolah.

    H. Tugas-Tugas Lain:

    1. Menjadi ahli jawatankuasa mana-mana persatuan/kelab di sekolah sebagaimanayang ditentukan oleh Guru Besar sekolah dari semasa ke semasa.

    2. Mewakili Guru Besar dalam berbagai-bagai upacara dan majlis rasmi yangdiadakan di luar sekolah sama ada oleh PPD, JPN, Kenterian Pendidikan ataupun

    yang dianjurkan oleh masyarakat setempat.

    Melaksanakan segala arahan dan tugas-tugas lain yang diberikan oleh Guru Besardari semasa ke semasa.

    1. KURIKULUM

    1.1 Menyedia dan menyusun jadual waktu kelas, jadual waktu guru serta jadual waktugantian.

    1.2 Pengajaran dan pembelajaran.1.3 Penyeliaan dan penilaian.1.4 Perlaksanaan kursus pengajian.1.5 Menentukan rancangan pelajaran harian, mingguan dan penggalan.1.6 Memastikan perjalanan panitia mata pelajaran.1./ Bimbingan dan latihan kepada guru-guru baru.

    1.8 Kajian laporan kurikulum.1.9 Perancangan dan penyelarasan berkaitan dengan ujian / penilaian.1.10 Menyelaras program kurikulum anjuran sekolah / PPD / JPN UPSR.

    2.

    3. PENGURUSAN

    2.1 Membantu dalam penentuan tugas guru / kakitangan sokongan.2.2 Membantu menyelaras hal ehwal peperiksaan / kursus / latihan untuk guru /

    kakitangan.2.3 Membantu menyelenggara dan penyelaras kutipan data / maklumat dan

    perangkaan.2.4 Membantu merancang takwim sekolah.2.5 Membantu menyelia kerja-kerja kakitangan sokongan.2.6 Membantu menyediakan anggaran belanjawan tahunan sekolah.2.7 Menyelaras semua jenis kutipan yuran.2.8 Menjadi ahli jawatankuasa pelaporan tatatertib sekolah.

    4.

  • 8/8/2019 tugasgurusek

    11/23

    5. PEMBANGUNAN MAJU DIRI MURID (PMD)

    3.1 Membantu merancang dan menyelia program budaya sekolah keceriaan /keindahan / kebersihan sekolah.

    3.2 Merancang langkah-langkah keselamatan mencegah kebakaran.3.3 Mengadakan kursus motivasi murid.

    6.

    7. PEMBANGUNAN KENDIRI (PERSONEL DEVELOPMENT)

    4.1 Menganggotai jawatankuasa yang diluluskan oleh Guru Besar dari masa ke semasa.4.2 Menghadiri kursus, seminar, bengkel dan lain-lain.

    8.

    9. PEMBANGUNAN ORGANISASI (SYNERGY)

    5.1 Hubungan ibu bapa / masyarakat.5.2 Mengadakan kursus / latihan untuk personel.

    GURU PENOLONG KANAN 2 (PK HEM)

    TUGAS PENOLONG KANANHAL EHWAL MURID

    A. Bidang Tugas:1. Menjalankan segala tugas dan tanggungjawab pentadbiran sekolah jika ketiadaan

    Guru Besar dan GPK Pentadbiran.

    2. Mengajar sebilangan waktu bagi mata pelajaran yang tertentu atau bidang

    pengkhususan mengikut arahan Guru Besar dari semasa ke semasa.3. Bertanggungjawab kepada Guru Besar dalam soal-soal kurikulum, ko-kurikulum,

    disiplin, bimbingan dan kaunseling.4. Memastikan bahawa segala keselamatan para pelajar adalah terjamin dan diatur

    mengikut prosedur dan peraturan.5. Menentukan bahawa kebajikan, Skim Pinjaman Buku Teks, biasiswa dan bantuan

    kewangan berjalan dengan lancar.6. Menentukan kelancaran kerja-kerja penerbitan dan percetakan majalah, perayaan

    dan kantin sekolah berjalan dengan baik.7. Membantu Guru Besar dalam menyelia dan menilai prestasi perkhidmatan guru

    dan kakitangan bukan guru.8. Membantu Guru Besar dalam semua aspek perancangan dan pengurusan sekolah

    agar perjalanannya menjadi lebih berkesan.

    B. Senarai Tugas:

    Pentadbiran1. Mengurus dan mengemas kini semua buku rekod pendaftaran murid di

    sekolahnya.2. Menyemak semua buku kedatangan harian pelajar sidang pagi dan memastikan

    bahawa butirannya adalah kemas kini.3. Menguruskan kemasukan dan penempatan pelajar-pelajar baru ke kelas tertentu

    dengan kerjasama guru-guru kelas berkaitan.

  • 8/8/2019 tugasgurusek

    12/23

    4. Menguruskan pertukaran pelajar ke sekolah-sekolah lain dengan mengisi dokumendan borang-borang yang tertentu.

    5. Menentukan bahawa butiran peribadi pelajar yang berhenti sekolah dan bertukarke sekolah lain adalah lengkap dan kemas kini.

    6. Menguruskan surat akuan, sijil-sijil pelajar, pengesahan dan pengedaran sijilberhenti sekolah.

    7. Membantu menyediakan anggaran belanjawan tahunan sekolah dengan kerjasamaGuru Besar, PK Pentadbiran, Penyelia Petang dan Pembantu Tadbir sekolah.8. Membantu dalam merancang dan penyediaan takwin sekolah dan dalam

    menentukan pelaksanaan segala program aktiviti di sepanjang tahun.

    C. Disiplin:1. Menentukan bahawa penerapan amalan-amalan dan nilai murni di peringkat

    sekolah dilaksanakan dengan sempurna.2. Memastikan segala peraturan dan undang-undang sekolah dikuat kuasakan oleh

    guru, kakitangan dan para pelajar.3. Bertindak sebagai guru penasihat Lembaga Pengawas Sekolah dan

    bertanggungjawab terhadap perlantikan pengawas.4. Mengambil tindakan yang sesuai terhadap kes-kes para pelajar yang melanggar

    peraturan tatatertib dan salah laku.5. Menyelaras dan menyediakan rekod disiplin dan membuat laporan lengkap

    mengenai pelajar terlibat.

    D. Bimbingan dan Disiplin:

    1. Merancang dan menyelaraskan pelaksanaan program bimbingan dan kaunseling.2. Bekerjasama erat dengan guru pembimbing dan kaunseling dalam pelaksanaan

    perkhidmatan bimbingan dan kaunseling.

    3. Menyelaras dan menyediakan rekod bimbingan dan kaunseling para pelajar yangmenghadapi masalah dari segi pelajaran akademik, sosial, kesihatan, kerjaya dan

    sebagainya.

    4. Menyediakan laporan lengkap mengenai pelajar yang mendapat perkhidmatan

    bimbingan dan kaunseling jikalau diperlukan oleh pihak yang berkaitan.5. Merancang dan melaksanakan program kebajikan dan orentasi atau suaikenal bagipelajar-pelajar baru.

    E. Program Perlindungan:1. Menguruskan kemudahan perubatan dan rawatan di kalangan para pelajar di

    sekolahnya agar berjalan dengan baik.2. Memastikan segala program kesihatan pelajar dijalankan dengan sempurna

    seperti menguruskan kad 001 dan kad 002.3. Menyelaras dan mengadakan menyeliaan yang berkaitan dengan kantin sekolah

    untuk menentukan kebersihan dan makanan yang berkhasiat.4. Menyelaraskan segala perancangan berkaitan dengan kesihatan dan kebersihan di

    kalangan pelajar.

    F. Skim Pinjaman Buku Teks:

    1. Menguruskan segala kutipan, pengumpulan data dan butiran peribadi para pelajar

    yang bakal menerima buku teks.2. Menyelaraskan hal-hal yang bersabit dengan pengeluaran, pengambilan,

    pengagihan dan hapuskira buku-buku teks di sekolahnya.

    3. Mengawal semua buku stok dan mengawal bilik skim pinjaman buku teks.4. Menyediakan anggaran belanjawan menguruskan SPBT di sekolahnya.

  • 8/8/2019 tugasgurusek

    13/23

    G. Biasiswa Dan Bantuan:1. Menyelenggara dan membuat perakuan-perakuan biasiswa dan bantuan kewangan

    pelajar yang mencapai akademik yang tinggi dari golongan yang kurang berada.2. Mengemaskinikan segala rekod biasiswa dan bantuan kewangan kepada para

    pelajar di sekolah.3. Menguruskan segala tuntutan dan bayaran biasiswa dan bantuan kewangan

    pelajar yang layak menerimanya.

    H. Ko-kurikulum:

    Sukan Dan Permainan:1. Membantu, merancang, melaksana dan menyelia kegiatan sukan dan permainan

    di semua peringkat.

    Persatuan Dan Kelab:

    1. Menyelaras dan menyelia segala program aktiviti persatuan dan kelab yangbercorak akademik.

    Pasukan Pakaian Seragam:1. Merancang strategi penglibatan para pelajar dalam program kegiatan pasukanpakaian seragam.

    2. Menyelaras pelaksanaan, program kegiatan pasukan pakaian seragam yang

    disediakan di sekolahnya.Koperasi Dan Simpanan Pelajar:

    1. Menyelaraskan segala kegiatan yang berkaitan dengan program koperasi diperingkat sekolah.

    2. Menganjurkan bersama dengan Amanah Saham Nasional dan Bank Simpanan

    Nasional atau lain-lain bank yang sesuai dengan tujuan menggalakkan penabungandi kalangan pelajar.

    Tugas Dan Tanggungjawab Lain:1. Membantu dan mengenal pasti guru-guru yang berbakat dalam kegiatan ko-

    kurikulum.2. Merancang dan mengadakan program latihan untuk guru-guru yang berpotensi

    dalam bidang itu.3. Merancang dan menentukan pelaksanaan program kegiatan ko-kurikulum untuk

    para pelajar.Melaksanakan arahan dan tugas-tugas lain yang diberikan oleh Guru Besar dari

    semasa ke semasa.

    1. PEMBANGUNAN MAJU DIRI (PMD)

    1. DISIPLIN

    1.1.1 Tahap kuatkuasa undang-undang dan peraturan sekolah.1.1.2 Menyelia rekod dan laporan disiplin.1.1.3 Perjumpaan dengan ibu bapa / penjaga murid.

    3. BIMBINGAN DAN KAUNSELING

    4.

    1.2.1 Melaksana dan menguruskan projek-projek khas.

  • 8/8/2019 tugasgurusek

    14/23

    1.2.2 Merancang dan menyelaras program khas seperti kempen anti-dadah.1.2.3 Memastikan langkah keselamatan murid semasa berada di sekolah

    dilaksanakan.

    5. KESIHATAN

    1.3.1 Menguruskan kemudahan rawatan murid.1.3.2 Merancang dan menyelaras program-program kesihatan murid dan kad

    tenaga asas.

    7. SKIM PINJAMAN BUKU TEKS (SPBT)

    1.4.1 Menguruskan kutipan data, mengawal buku-buku stok.1.4.2 Mengawal pengagihan dan hapus kira.

    9. BIASISWA DAN BANTUAN

    1.5.1 Menyelenggarakan peraturan-peraturan biasiswa atau bantuan.

    1.5.2 Mengemas kini rekod-rekod biasiswa dan bantuan.

    11. PENGURUSAN BANTUAN PEMAKANAN

    1.6.1 Projek Susu Sekolah.1.6.2 Rancangan Makanan Tambahan (RMT)

    2. PENTADBIRAN.

    2.1 Mengurus dan mengemaskini buku rekod pendaftaran murid2.2 Mengurus kemasukan dan penempatan murid.2.3 Menyemak buku jadual kedatangan murid.

    2.4 Mengurus surat akuan, sijil berhenti sekolah dan lain-lain.2.5 Menyemak buku laporan / rekod prestasi.2.6 Membantu menyediakan anggaran belanjawan sekolah.2.7 Membantu merancang takwim sekolah.

    4. KURIKULUM.

    3.1 Pengajaran dan pembelajaran.3.2 Merancang dan menyelia kursus motivasi dan kemahiran belajar.

    6. KO-KURIKULUM

    4.1 Membantu merancang, melaksana dan menyelia kegiatan sukan dan permainan /kelab serta pasukan unit beruniform.

    4.2 Membantu merancang takwim ko-kurikulum.4.3 Menyelaras kegiatan BSN, Tabung Haji dll.4.4 Merancang dan melaksanakan program perkhemahan tahunan.

    8. PERKEMBANGAN ORGANISASI DAN KENDIRI (SYNERGY)

    5.1 Menghadiri kursus.

  • 8/8/2019 tugasgurusek

    15/23

    5.2 Mengadakan kursus dalaman (HEM)5.3 Memperkayakan pengetahuan ikhtisas.5.4 Mengadakan hubungan dengan ibubapa / penjaga, masyarakat dan agensi luar.5.5 Penglibatan dalam PIBG.

    GURU PENOLONG KANAN KO-KURIKULUM

    TUGAS PENOLONG KANAN

    KO-KURIKULUM

    1. PENGURUSAN KURIKULUM:

    1.1 Merancang pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran yang diajarnya.1.2 Melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan sebagai

    contoh dengan kemahiran yang ada padanya.1.3 Menggunakan ABM dengan cara yang betul dan bersistematik.

    1.4 Menentukan pelaksanaan pengajaran pendidikan jasmani dan kesihatan denganlancar.

    1.5 Merancang program unjuran keluar bilik darjah.

    2. KURIKULUM (SUKAN, PERMAINAN, PASUKAN BERUNIFOM, PERSATUAN DAN

    KELAB):2.1 Merancang takwim kegiatan setiap bidang.

    2.2 Mengurus pemilihan peserta kumpulan elit sekolah.2.3 Menyelaras dan menyelia pelaksanaan program dan aktiviti.

    2.4 Mengawal dan menilai setiap kegiatan mencapai matlamatnya.2.5 Menyesuaikan program yang dirancang mengikut kesesuaian pelajar.

    3. PENGURUSAN:3.1 Mengurus dan menyelaras kegiatan setiap bidang ko-kurikulum.

    3.2 Menyediakan anggaran belanjawan pengurusan ko-kurikulum.3.3 Menentukan langkah keselamatan dalam setiap aktiviti ko-kurikulum telah

    diambil penjelasan.3.4 Membantu dan mengurus segala penerbitan sekolah.

    3.5 Menyelaras hari perayaan dan upacara sekolah.3.6 Menyelaras pembahagian murid dalam kumpulan/rumah dan meningkatkan

    pencapaian prestasi aktiviti setiap rumah.3.7 Mengurus dan menyelia peralatan dan kemudahan ko-kurikulum.

    3.8 Memastikan rekod-rekod dan data koko disenggarakan dengan baik.3.9 Mengenalpasti guru/murid yang berpotensi untuk maju dengan mengadakan

    program khas untuk mereka.

    4. PEMBANGUNAN DIRI STAF:4.1 Bertindak sebagai pegawai perkembangan sekolah.4.2 Menganggotai JK Kurikulum/ko-kurikulum yang dibentuk oleh pihak sekolah bagi

    kemudahan pelajar.4.3 Bertindak sebagai setiausaha perayaan di peringkat sekolah.

    4.4 Menyelaras kurikulum/ko-kurikulum bersepadu.

    5. PEMBANGUNAN DIRI PELAJAR:

    5.1 Menyertai kursus ko-kurikulum.

  • 8/8/2019 tugasgurusek

    16/23

    5.2 Menyertai kempen/perkhemahan tahunan yang diadakan oleh badan luar.5.3 Menjadi jurulatih dalam bidang-bidang bertentu.

    6. SUKAN DAN PERMAINAN:

    6.1 Membantu merancang, melaksana dan menyelia kegiatan sukan/permainan disemua peringkat.

    6.2 Merancang takwim sukan dan permainan sekolah.

    7. KELAB/PERSATUAN:

    7.1 Menyelaras dan menyelia aktiviti-aktiviti persatuan dan kelab yang bercorakakademik.

    8. PASUKAN PAKAIAN SERAGAM:8.1 Merancang strategi penglibatan murid dalam kegiatan pasukan pakaian seragam.

    8.2 Menyelaras pelaksanaan kegiatan pasukan pakaian seragam sekolah.

    9. SETIAUSAHA SUKAN SEKOLAH:

    9.1 Merancang kegiatan sukan untuk dua tahun ke hadapan.9.2 Menjaga dan membina kemudahan / kelengkapan peralatan sukan, mengadakanstor, buku stok, menyimpan rekod kejohanan dan piala pusingan.

    9.3 Mengadakan tabung sukan, kutipan yuran sukan sekolah, MSS serta menentukan

    anggaran perbelanjaan bagi tiap-tiap sesi persekolahan.9.4 Kegiatan tabung anugerah MSSM dari Tahun 1 serta kutipan yang diarahkan oleh

    jabatan atau kementerian.9.5 Menyertai pertandingan MSS daerah atau negeri.

    9.6 Mengadakan jadual latihan sukan / olahraga/ permainan untuk murid sekolah.9.7 Menjalankan tugas lain yang berkaitan dengan sukan sekolah/ MSSD/ MSST/

    MSSM.Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Besar dari semasa ke

    semasa.

    1. PENGURUSAN KURIKULUM

    1.1 Merancang pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran yang diajarnya.1.2 Melaksanakan pengajaran- pembelajaran yang berkesan sebagai contoh dengan

    kemahiran yang ada padanya.1.3 Menggunakan ABM dengan betul dan sistematik.1.4 Menentukan pelaksanaan mata pelajaran Pendidikan Jasmani berjalan lancar.1.5 Merancang program aunjuran keluar bilik darjah.

    2. KO-KURIKULUM : SUKAN, PERMAINAN, UNIT BERUNIFORM, PERSATUAN & KELAB.

    2.1 Merancang takwim permainan setiap bidang.2.2 Memilih kumpulan peserta elit sekolah.2.3 Menyelaras dan menyelia pelaksanaan program dan aktiviti.2.4 Mengawal dan menilai setiap kegiatan mencapai matlamatnya.2.5 Menyesuaikan program yang dirancang mengikut kesesuaian murid.

    4. PENGURUSAN

  • 8/8/2019 tugasgurusek

    17/23

    3.1 Mengurus dan menyelaras kegiatan setiap bidang ko-kurikulum.3.2 Menyediakan anggaran belanjawan pengurusan ko-kurikulum sekolah.3.3 Menentukan langkah keselamatan setiap aktiviti ko-kurikulum yang dirancang telah

    diambil.3.4 Membantu dan menguruskan segala penerbitan sekolah.3.5 Menyelaras Hari Ucapan dan Perayaan sekolah.

    3.6 Menyelaras pembahagian murid dalam rumah dan meningkatkan pencapaianprestasi rumah.3.7 Mengurus dan menyelia setiap peralatan ko-kurikulum.3.8 Memastikan rekod-rekod dan data ko-kurikulum diselenggara dengan baik.3.9 Mengenalpasti guru/murid berpotensi untuk maju - mengadakan program khas

    untuk mereka.

    6. PEMBANGUNAN DIRI MURID

    4.1 Bertindak sebagai pegawai perkembangan sekolah.4.2 Menganggotai Jawatankuasa Ko-kurikulum / Kurikulum yang dibentuk oleh sekolah

    bagi kemudahan murid.4.3 Bertindak sebagai setiausaha perayaan di peringkat sekolah.

    4.4 Menyelaras Kurikulum / Ko-kurikulum bersepadu.

    8. PERKEMBANGAN KENDIRI (PERSONEL SYNERGY)

    5.1 Menyertai kursus ko-kurikulum.5.2 Menyertai kempen / perkhemahan tahunan yang diadakan oleh badan luar.5.3 Menjadi jurulatih dalam bidang-bidang tertentu.

    PERATURAN TETAP GURU

    Kehadiran Bertugas:

    1. Berdasarkan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 2/81 yang bertarikh 12 September 1981menyebut bahawa semua Pegawai Perkhidmatan Pendidikan, kakitangan sekolah danpara pelajar dikehendaki berada di sekolah sekurang-kurangnya lima minit sebelum

    sekolah bermula. Bagaimanapun, guru bertugas harian perlu hadir di sekolah kira-kira pukul 7.00 pagi.

    2. Adalah menjadi tanggungjawab para guru untuk mengamalkan ketepatan masaitu sepanjang waktu bertugas di sekolah, semasa datang dan balik dari sekolah,

    ketika memasuki bilik darjah untuk mengajar dan masa menjalankan sesuatukegiatan di luar bilik darjah.

    3. Ketepatan masa juga bermakna seseorang guru hendaklah mengikut jadualpengajaran dan tidak dibenarkan meninggalkan kelasnya atau pun kawasan sekolah.

    4. Peraturan ketepatan masa dikenakan kepada semua guru, kakitangan dan para

    pelajar.

    Kepatuhan Tugas:

    1. Semua guru dan kakitangan hendaklah menandatangani buku kedatangan sebaik

    sahaja tiba di sekolah dengan mencatatkan nama, masa sampai dan menurunkantanda tangan.

    2. Guru dan kakitangan tidak dibenar meninggalkan kawasan sekolah dengan tidakmendapat keizinan Guru Besar terlebih dahulu.

    3. Mereka yang datang lewat hendaklah berjumpa dengan Guru Besar dengan

  • 8/8/2019 tugasgurusek

    18/23

    memberi sebab musabab kelewatan itu.4. Sekiranya tidak dapat menghadirkan diri di sekolah kerana kecemasan atau jatuh

    sakit dan kemalangan, mereka perlu menghubungi pihak sekolah. Mereka jugadikehendaki mengemukakan sijil sakit kepada Guru Besar apabila kembali bertugas

    semula.5. Guru-guru tidak dibenarkan meninggalkan bilik darjah semasa mengajar kecuali

    dengan mendapat kebenaran daripada Guru Besar terlebih dahulu.6. Kehadiran semua guru adalah wajib semasa kegiatan dan upacara rasmi sekolahseperti Hari Sukan Tahunan, Hari Penyampaian Hadiah, Mesyuarat Agung Persatuan

    Ibu Bapa Guru untuk mengawasi para pelajar, melaksanakan tugas yang dipertang-

    gungjawabkan di samping memberi sumbangan bakti dan bantuan yang diperlukanbagi menjayakan upacara tersebut.

    7. Para guru yang telah ditetapkan untuk mengawasi kegiatan ko-kurikulum, mestimenghadirkan diri. Sebarang kesulitan yang berbangkit disebabkan oleh ketiadaan

    guru pengawas adalah tanggungjawab guru itu sendiri.

    Tugas Akademik Guru:

    1. Guru hendaklah menunjukkan sikap profesional dan budaya kerja yang bermututinggi.

    2. Kerja rumah hendaklah diberikan kepada pelajar berdasarkan garis panduan yangdiberikan oleh Guru Besar atau guru kanan masing-masing. Semua kerja rumah

    hendaklah diperiksa dengan teliti.3. Ketua jabatan atau guru kanan mata pelajaran diberi kuasa untuk menyemak dan

    menentukan bahawa buku rampaian, buku kerja dan lain-lain latihan diperiksadengan penuh teliti.

    4. Pemeriksaan buku tidak boleh dilakukan semasa mengajar di dalam kelas kecualiguru itu mengawasi kerja pelajar di meja pelajar itu sendiri.

    5. Guru yang ditugaskan sebagai guru ganti hendaklah mengisi waktu itu denganpelajaran yang difikirkan perlu dan ini merupakan juga tugas rasmi guru itu.

    Pengajaran itu mesti diisikan dengan kerja-kerja yang memberi faedah kepada

    pelajar.

    6. Biasanya guru mempunyai waktu untuk mengajar sebagaimana yang ditetapkandalam jadual waktu masing-masing. Waktu tidak mengajar, terluang/rehat di sekolah

    adalah dikira masa bekerja. Guru Besar boleh mengarahkan guru-gurumenggunakan masa itu untuk menggantikan guru yang tidak hadir.

    7. Mereka perlu membuat persediaan mengajar seperti membaca buku tambahan,menulis buku ringkasan mengajar, menyediakan alat bantuan mengajar dan

    memeriksa buku latihan pelajar.8. Mereka juga boleh mengadakan pertemuan dengan pelajar-pelajar yang

    bermasalah. Mereka juga boleh melaksanakan aktiviti-aktiviti ko-kurikulum dan lain-lain tugas yang difikirkan perlu atau diarahkan oleh pihak sekolah.

    Buku Ringkasan Mengajar:1. Kementerian Pendidikan telah menetapkan peraturan mengenai pengisian Buku

    Rekod Mengajar. Peraturan ini hendaklah dipatuhi dan dilaksanakan dengansepenuhnya.

    2. Dalam Buku Rekod Mengajar itu mesti mengandungi salinan jadual waktupersendirian termasuk analisisnya, salinan sukatan pelajaran, salinan kertas soalan

    peperiksaan dan keputusan peperiksaan bagi tiap-tiap kelas yang diajar oleh guruitu.

    3. Pada tiap-tiap hari hujung minggu, Buku Rekod Mengajar yang telah siap diisiuntuk minggu berikutnya hendaklah diserahkan kepada Guru Besar. Buku Rekod

    Mengajar adalah menjadi hak milik sekolah dan perlu diserahkan ke pejabat apabila

  • 8/8/2019 tugasgurusek

    19/23

    guru itu bertukar, bercuti panjang dan juga pada akhir tahun sekiranya Guru Besarmemerlukan agar dia berbuat demikian.

    Perhubungan Guru Dengan Pelajar:

    1. Guru perlu mempunyai hubungan mesra dengan semua pelajar dan sentiasabermuka manis. Mereka perlu memahami masalah pelajar.

    2. Disiplin pelajar adalah menjadi tanggungjawab semua guru. Tindakan segeraperlulah diambil terhadap sebarang pelanggaran disiplin yang dilakukan oleh pelajar.Kes-kes pelanggaran disiplin yang serius hendaklah dilaporkan kepada Guru Besar

    atau guru disiplin.3. Tiap-tiap guru adalah bertanggungjawab untuk memelihara dan mengekalkan

    disiplin. Kesalahan yang berat sahaja hendaklah dilaporkan kepada Guru Besar untukmendapat keputusan bagi pelaksanaan yang berkesan.

    4. Perkara-perkara tatatertib yang dianggap berat adalah seperti menganggotaipertubuhan haram, membawa senjata merbahaya dengan tujuan jahat, memukul

    guru, mengancam keselamatan orang lain serta melanggar peraturan sekolah.Pelajar juga dilarang menulis kepada akhbar tanpa memberitahu pihak sekolah,

    merosakkan harta sendiri, guru, pelajar, dan sekolah, mencuri, menghisap rokok danmengambil dadah, berjudi, meminum minuman keras dalam kawasan sekolah,

    membantah hukuman guru, bersifat bongkak dan menghina guru atau Guru Besar.5. Guru yang mengajar dalam kelas hendaklah mengawal disiplin pelajar-pelajarnya.

    6. Para guru hendaklah menunjukkan teladan, sikap dan perwatakan yang sesuaiuntuk dihormati dan dipandang tinggi oleh pelajar.

    7. Jika terdapat pelajarnya yang sakit atau ditimpa kemalangan, guru tersebuthendaklah melaporkannya kepada guru bertugas harian atau penolong kanan dengan

    segera.

    Pakaian:1. Guru hendaklah kelihatan kemas dengan memakai pakaian yang sesuai semasa

    bertugas di sekolah.

    2. Mereka tidak dibenarkan memakai selipar dan baju T walaupun pada waktu

    petang semasa berada di sekolah.3. Pakaian formal mesti dipakai semasa upacara rasmi sekolah.

    Potongan Rambut:

    1. Potongan rambut tidak boleh melebihi kolar baju bagi guru lelaki. Rambut perludiurus dan kelihatan kemas.

    Pelawat:1. Jangan benarkan pelawat termasuk jurujual berjumpa dengan pelajar di dalam

    bilik darjah atau makmal.2. Pelawat atau jurujual hanya boleh berjumpa dengan guru sekiranya mereka

    mendapat kebenaran daripada Guru Besar terlebih dulu.

    3. Perbincangan antara pelajar dan guru dengan pelawat atau jurujual hanya bolehdibuat di dalam bilik guru sahaja.

    Kenyataan Akhbar:

    1. Guru adalah dilarang daripada membuat kenyataan akhbar walaupun bertindakatas nama Guru Besar atau pihak sekolah.

    Surat Rasmi:

  • 8/8/2019 tugasgurusek

    20/23

    1. Semua surat rasmi yang hendak dihantar keluar dari sekolah sama ada dari guruatau dari persatuan dan kelas hendaklah dikirim melalui Guru Besar.

    Lawatan:

    1. Sebarang lawatan yang dilakukan oleh persatuan dan kelab hendaklah terlebihdahulu mendapat kebenaran daripada Guru Besar dan Jabatan Pendidikan Negeri.

    2. Untuk lawatan ke luar negeri, borang permohonan hendaklah dikirim ke JabatanPendidikan Negeri melalui Guru Besar. Surat itu mesti dikirim sekurang-kurangnyalima minggu sebelum lawatan dilakukan.

    Kutipan Wang:1. Guru penasihat yang dilantik untuk mengawas perjalanan persatuan dan kelab

    perlu mengawasi hal ini.2. Mereka perlu menentukan bahawa wang yang dipungut itu tidak disalahgunakan

    oleh persatuan dan kelab.Pembukaan akaun bank adalah perlu jika wang yang berkenaan itu dianggap besar

    jumlahnya.

    TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB

    GURU KELAS

    Bidang Tugas:

    1. Merekod dan mengemaskini butiran peribadi pelajar ke dalam buku jadualkedatangan, buku rekod mengajar, kad 001, kad 002 dan buku kemasukan sekolah.

    2. Buku jadual kedatangan para pelajar hendaklah ditanda pada waktu yang pertama

    pada setiap hari belajar.3. Memastikan pelajar membawa surat daripada ibu bapa penjaga atau surat doktor

    sekiranya mereka tidak dapat menghadirkan diri di sekolah.

    4. Bagi pelajar yang tidak hadir selama tiga hari berturut-turut dengan tiada

    memberi penjelasan dan sebab yang munasabah, guru darjah hendaklahmengirimkan surat amaran ponteng sekolah kepada penjaganya dengan satu salinanke pejabat sekolah.

    5. Sekiranya pelajar tidak hadir selama sebulan, namanya dikeluarkan dari bukujadual kedatangan. Kes-kes ini hendaklah dirujukkan kepada PK HEM terlebih dahulu.

    6. Menjalankan pengurusan bilik darjah seperti pemilihan ketua darjah mengikutsuara ramai dalam kelas, membuat giliran bertugas, giliran kebersihan, alat tulis,

    perhiasan kelas, kerusi meja berada dalam keadaan teratur dan menguruskanpertukaran pelajar.

    7. Memungut yuran-yuran khas, yuran peperiksaan, sukan dan permainan danmengeluarkan resit kepada pelajar dan merekodkannya ke dalam buku jadual

    kedatangan dan buku yuran.8. Menyerahkan kira-kira pungutan yuran pada masa yang ditetapkan pihak sekolah.

    9. Menguruskan pengagihan dan pemulangan Skim Pinjaman Buku Teks kepadapelajar dan memungut buku daripada pelajar yang hendak bertukar ke sekolah lain.

    10. Membantu Guru Besar dalam pengurusan biasiswa, mengirim surat-suratjemputan kepada ibu bapa, sijil berhenti sekolah dan surat akuan.

    11. Mengisi butiran semua ujian dengan lengkap untuk dikaji dan dianalisis.12. Mengambil, menyalin dan menyemak jadual waktu kelas masing-masing dan

    memberitahu pelajar.13. Bertanggungjawab terhadap disiplin pelajar dalam kelasnya dan menanam

    semangat rajin, tekun, dedikasi, berusaha dan kesedaran sivik.

  • 8/8/2019 tugasgurusek

    21/23

    14. Melaporkan kes-kes yang tidak dapat diselesaikan oleh guru kepada guru PKHEM seperti ketidakhadiran, ponteng yang berulang, kesulitan memungut yuran dan

    masalah disiplin lain.15. Merekodkan butiran peribadi yang lengkap mengenai kemasukan pelajar baru

    dan mereka yang berhenti dalam Jadual Kedatangan, Buku Rekod Mengajar danBuku Daftar Kemasukan Pelajar.

    16. Bagi kelas-kelas peperiksaan adalah penting baginya untuk mengisi borangmasuk peperiksaan. Mereka juga perlu memungut yuran peperiksaan dan membantumenyusun kerusi meja.

    17. Mengisi butiran kemajuan akademik pelajar ke dalam Buku Kemajuan di samping

    menyediakan tabung markah atau mark sheet.18. Bertanggungjawab terhadap keselamatan perabot dan kebersihan kelasnya.

    19. Menyediakan senarai tugas bagi pelajar dalam kelasnya untuk tugaspembersihan kelas pada tiap-tiap hari persekolahan.

    20. Berada di samping pelajarnya semasa pelajar beratur di kaki lima kelas dan padamasa perhimpunan hari biasa.

    21. Memastikan papan kenyataan kelas ditampalkan dengan makalah-makalah,maklumat dan berita-berita yang positif, membina dan terkini.

    Dalam tiap-tiap peperiksaan sekolah, guru mata pelajaran harus memberi markah

    kepada guru-guru kelas untuk meringankan beban tugas guru.

    TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB

    GURU DISIPLIN

    Bidang Tugas:

    1. Pilih pengawas pada setiap hujung tahun untuk bertugas pada tahun berikutnya.2. Menentukan pemilihan pengawas adalah berdasarkan pencapaian dalam bidang

    akademik, kebolehan dan kemampuan pelajar dalam bidang sukan dan permainan.3. Memastikan perlantikan para pengawas adalah berdasarkan pengalaman, sahsiah,

    daya kepimpinan dengan mengambil kira pandangan dan sokongan para guru.Pemilihan akhir dilakukan oleh para pelajar dengan cara undi, jikalau didapati sesuai

    dan boleh dilaksanakan setelah dipersetujui oleh pihak guru.4. Pemilihan calon dilakukan oleh guru-guru sendiri dan tidak dicalonkan oleh pelajar.

    5. Menentukan Ketua dan Penolong Ketua Pengawas dilantik oleh guru penasihatlembaga pengawas dengan nasihat guru-guru lain.

    6. Mengaturkan mesyuarat lembaga pengawas yang diadakan dari semasa kesemasa di sekolah.

    7. Mengawasi disiplin dan akhlak para pelajar di sekolah sepanjang haripersekolahan.

    8. Menerima laporan daripada para pengawas dan mengambil segala langkah dantindakan yang sesuai.

    9. Menentukan segala peraturan dan undang-undang sekolah sentiasa dipatuhi olehpara pelajar sekolah.

    10. Mempamerkan peraturan dan undang-undang sekolah di papan-papan kenyataandan di dalam bilik darjah.

    11. Membantu Guru Besar dalam mengesan dan mengesahkan kesalahan-kesalahanbesar yang dilakukan oleh pelajar yang boleh membawa kepada penggantungan

    sementara atau pembuangan sekolah.

    12. Merekodkan segala kesalahan, hukuman dan denda yang dijatuhkan kepadapelajar di sekolahnya.

  • 8/8/2019 tugasgurusek

    22/23

    13. Berhubung rapat dengan guru bimbingan / kaunseling untuk menyelesaikanmasalah pelajar.

    14. Bekerjasama dengan guru-guru bertugas harian atau mingguan untukmenguruskan kawalan terhadap pelajar pada hari perhimpunan, upacara dan majlis-

    majlis yang diadakan oleh pihak sekolah.Menguruskan pertandingan kebersihan bilik darjah pada tiap-tiap minggu dan

    mengumumkan kelas yang paling kotor.

    TUGAS PEMBANTU TADBIR SEKOLAH

    1.0Menyediakan lembaran gaji setiap bulan.2.0Menyediakan dan menyimpan :

    2.1. Resit-resit bayaran 2.2. Baucar tuntutan

    2.3. cek-cek sekolah 2.4. menutup akaun sekolah setiap bulan.3.0Menyediakan tuntutan elaun lebih masa dan pelajaran4.0Mengemas kini dan menyimpan fail sekolah.5.0Menyediakan penyata audit pada tiap-tiap tahun.6.0Menyediakan borang-borang cukai pendapatan.7.0Tugas-tugas lain :

    7.1. Membuat penyata bulanan. 7.2. Menyelesaikan surat-menyurat. 7.3. Urusan pendaftaran dan keluar / masuk murid-murid. 7.4. Menyimpan stok sekolah selain daripada stok perpustakaan dan

    SPBT. 7.5. Menyediakan borang pesanan alatan sekolah. 7.6. Mengarahkan tugas Pekerja Am Rendah. 7.7. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Besar.

    8.0Menjadi setiausaha kepada Guru Besar, mengingatkan Guru Besartentang suatu tindakan yang penting dan segera dilaksanakan.

    9.0Menentukan pejabat sekolah sentiasa kemas kini, kemas dan teratur.10.0Menyimpan rahsia sekolah (mematuhi arahan di bawah ARR kerajaan)11.0Membantu Guru Besar mengatur jadual cuti rehat bagi kakitangan

    sekolah termasuk jadual ganti bagi Jaga.

    TUGAS PEMBANTU AM RENDAH

    1.0Mengatur, menyusun dan mengemas kini pejabat, bilik Penolong Kanandan Guru Besar.

    2.0Menjaga kebersihan pejabat.3.0Menyimpan dan menentukan kedudukan fail-fail sekolah.4.0Menghantar surat-surat ke pejabat pos, Pejabat Pendidikan Daerah dan

    Jabatan Pendidikan Negeri.

  • 8/8/2019 tugasgurusek

    23/23

    5.0Membantu kerani merekod surat-surat yang diterima dan yang akandihantar.

    6.0Mengumpul dan menyerah balik Buku Rekod Mengajar guru-guru.7.0Membantu kerani dalam urusan pejabat.8.0Bertanggungjawab di atas keselamatan perabot dan peralatan pejabat.

    9.0Menjaga buku rekod pejabat.10.0Mengumpul dan memulangkan kembali Jadual Kedatangan Murid.11.0Mencetak surat-surat (cyclostile) yang berhubung dengan sekolah

    menggunakan mesin pendua.12.0Mengedar surat-surat siaran daripada Guru Besar / Pegawai Pendidikan

    Daerah / Pengarah Pendidikan Terengganu.13.0Membuka dan menutup (kunci) pejabat sekolah dan bilik Guru Besar.14.0Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Besar.

    TUGAS PEKERJA RENDAH AM

    1.0Menjaga dan menyimpan alat-alat perkebunan.2.0Memotong rumput, membersih semak-samun atau pokok-pokok kecilyang tidak berguna di kawasan sekolah.

    3.0Menanam, menggembur tanah, menyiram, membaja serta menjagasemua pokok hiasan sekolah yang di bawah bidang tugasnya.

    4.0Menolong guru sukan / permainan untuk menyediakan padangpermainan dan lain-lain kelengkapan padang / gelanggang.

    5.0Membaiki perabot dan harta benda sekolah yang rosak.6.0Menyusun, mengatur dan mengangkat perabot-perabot yang diperlukan

    pada masa sesuatu majlis keramaian yang diadakan di sekolah.7.0Menggantikan tugas Jaga semasa Jaga bercuti.

    8.0Membersih cermin-cermin, tingkap-tingkap dan juga dinding bangunansekolah.

    9.0Menjaga dan menyelenggarakan generator, mesin rumput, pam air danperkara-perkara yang berkaitan dengan enjin.

    10.0Membuka dan menutup pintu pagar dan bilik darjah.11.0Menyapu dan membersihkan bilik darjah, kaki lima / koridor, tangga dan

    juga longkang sekolah.12.0Memastikan semua suis lampu, kipas dan paip air ditutup selepas

    digunakan supaya tidak berlaku pembaziran.13.0Memastikan bilik air dan tandas sentiasa berada dalam keadaan bersih

    dan selesa.

    14.0Menaik dan menurunkan bendera pada tiang yang dikhaskan setiap harikecuali hari perhimpunan dan cuti am.

    15.0Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Besar.