Tujuan Kaedah Sumbang Saran Adalah Untuk Menggalakkan Murid Menggunakan Imaginasi Mereka Secara...

12
Tujuan kaedah sumbang saran adalah untuk menggalakkan murid menggunakan imaginasi mereka secara kreatif. Objektif keseluruhannya bertujuan untuk mencari idea -idea baru serta kombinasi idea. Murid digalakkan memberi sumbangan idea terhadap sesuatu kemahiran yang diajar guru dalam bentuk jawapan, kesimpulan, fakta serta penerangan. Pemikiran yang kreatif biasanya diarahkan kepada penyelesaian masalah - masalah tertentu, mencari cara-cara baru untuk bertindak dalam sesuatu situasi atau menghasilkan pelbagai interpretasi bagi sesuatu kejadian. Masalah atau kejadian menjadi fokus sumbang saran. Secara amnya, peraturan sumbang saran meliputi: sebarang idea diterima semua murid mesti aktif memberi pandangan, idea dan maklumat sebanyak mungkin. dilarang mengkritik sebarang idea. idea-idea dinyatakan secara spontan. pelajar boleh menggunakan idea rakan untuk memperkembangkannya. Keberkesanan sesuatu sesi sumbang saran bergantung kepada keadaan atau situasi berikut: guru menunjukkan sikap positif di samping menggalakan pemikiran positif di kalangan murid.

description

Tujuan Kaedah Sumbang Saran Adalah Untuk Menggalakkan Murid Menggunakan Imaginasi Mereka Secara Kreatif

Transcript of Tujuan Kaedah Sumbang Saran Adalah Untuk Menggalakkan Murid Menggunakan Imaginasi Mereka Secara...

Page 1: Tujuan Kaedah Sumbang Saran Adalah Untuk Menggalakkan Murid Menggunakan Imaginasi Mereka Secara Kreatif

Tujuan kaedah sumbang saran adalah untuk menggalakkan murid menggunakan

imaginasi mereka secara kreatif. Objektif keseluruhannya bertujuan untuk

mencari idea -idea baru serta kombinasi idea. Murid digalakkan memberi

sumbangan idea terhadap sesuatu kemahiran yang diajar guru dalam bentuk

jawapan, kesimpulan, fakta serta penerangan. Pemikiran yang kreatif biasanya

diarahkan kepada penyelesaian masalah -masalah tertentu, mencari cara-cara

baru untuk bertindak dalam sesuatu situasi atau menghasilkan pelbagai

interpretasi bagi sesuatu kejadian. Masalah atau kejadian menjadi fokus

sumbang saran. Secara amnya, peraturan sumbang saran meliputi:

sebarang idea diterima

semua murid mesti aktif memberi pandangan, idea dan maklumat

sebanyak mungkin.

dilarang mengkritik sebarang idea.

idea-idea dinyatakan secara spontan.

pelajar boleh menggunakan idea rakan untuk memperkembangkannya.

Keberkesanan sesuatu sesi sumbang saran bergantung kepada keadaan atau

situasi berikut:

guru menunjukkan sikap positif di samping menggalakan pemikiran positif

di kalangan murid.

murid mengambil bahagian secara aktif.

guru sebagai pengadil, tidak menyebelahi mana-mana individu atau

kumpulan.

idea yang dipilih haruslah diperkemaskan untuk dijadikan maklumat serta

digunakan sebaiknya.

Oleh itu, murid berkeperluan khas bermasalah pembelajaran amat digalakkan

supaya memberi idea terhadap sesuatu permasalahan atau penyoalan soalan

Page 2: Tujuan Kaedah Sumbang Saran Adalah Untuk Menggalakkan Murid Menggunakan Imaginasi Mereka Secara Kreatif

oleh guru untuk melatih mereka supaya memahami soalan dan permasalahan

dan dapat berkomunikasi serta melatih mereka berfikir.

Page 3: Tujuan Kaedah Sumbang Saran Adalah Untuk Menggalakkan Murid Menggunakan Imaginasi Mereka Secara Kreatif

Sumbang saran[1] atau pemerahan otak adalah teknik kreativiti

kumpulan direkakan untuk menjanakan banyak idea untuk penyelesaian

kepada masalah. Kaedah ini yang menjadi popular pada akhir 1930an oleh Alex

Faickney Osborn, eksekutif pengiklanan dan satu daripada penubuh BBDO,

dalam buku dipanggil Applied Imagination. Osborn mencadangkan bahawa

kumpulan boleh menggandakan output kreatif dengan menggunakan kaedah

pemerahan otak

Page 4: Tujuan Kaedah Sumbang Saran Adalah Untuk Menggalakkan Murid Menggunakan Imaginasi Mereka Secara Kreatif

Langkah Percambahan Minda

1. Kenalpasti masalah.  Masalah tidak semestinya negatif.  Ada ketikanya

masalah anda ialah bagaimana untuk meningkatkan produktiviti syarikat

anda.  Ada ketikanya pula masalah anda ialah bagaimana untuk mencipta

sesuatu yang baru, atau memperbaiki sesuatu yang sedia ada.  Tuliskan

masalah yang mahu diatasi itu dengan jelas, difahami, dan dipersetujui

oleh semua individu.

2. Sediakan soalan-soalan.  Dapatkan sekurang-kurangnya satu soalan dari

setiap individu tetapi dorong mereka untuk menghasilkan lebih banyak

soalan-soalan.  Jangan menilai kualiti soalan tersebut dan tidak mengkritik

mereka yang mengeluarkan soalan.  Setkan satu peraturan misalnya,

'SEMUA IDE ADALAH BETUL' pada peringkat awal proses percambahan

minda ini.  Lagi banyak soalan yang boleh diwujudkan maka lebih banyak

juga ide yang akan dikeluarkan kelak.  Gunakan tujuh perkataan asas

untuk membina soalan iaitu Apa? Siapa? Bila? Kenapa? Berapa?

Dimana? Bagaimana?

3. Tetapkan had masa.  Proses mendapat soalan ini mungkin akan

berpanjangan, oleh itu tetapkan had masa untuk tujuan tersebut. 

Misalnya 20 - 25 minit.  Ada ketikanya mengambil rehat yang pendek 10-

15 minit selepas semua soalan dilontarkan membolehkan setiap individu

menjadi lebih produktif.  Sekurang-kurangnya ia memberi peluang kepada

otak kanan mencernakan setiap soalan dan mengilhamkan sesuatu

penyelesaian yang bernas.

4. Dapatkan ide-ide.  Tanyakan setiap individu ide yang mereka ada untuk

masalah yang sedang dibincangkan.  Mereka boleh, sama ada mahu atau

tidak, berpandukan kepada soalan-soalan yang telah ada bagi mencari

ide.    Setiap ide mestilah diterima tanpa dinilai.  Tidak wujud sama ada

betul atau salah.  Tanyakan setiap individu hanya satu ide sahaja dalam

setiap pusingan.  Kalau seseorang tidak punya ide, terus tanyakan orang

Page 5: Tujuan Kaedah Sumbang Saran Adalah Untuk Menggalakkan Murid Menggunakan Imaginasi Mereka Secara Kreatif

lain.  Jangan tunggu mereka yang masih buntu, jangan buang masa. 

Tinggalkan mereka yang masih tidak punya ide untuk membolehkan

mereka terus berfikir.  Kembali semula kepada mereka kemudiannya. 

Tidak kira walau bagaimana dungu sekalipun ide yang diberi, ia mesti

dicatatkan.  Ada ketikanya ide yang bernas keluar hanya setelah anda

mengeluarkan ide yang bukan-bukan.  Manusia akan berhenti

mengeluarkan ide sekiranya mereka dikritik, dimalukan atau apabila ide

mereka tidak dihargai.  Pastikan semua individu faham bahawa

melakukan kesilapan itu bukan bererti lemah.  Mengeluarkan ide yang

tidak munasabah itu bukan beerti bodoh. 

5. Tetapkan masa.  Proses mencari ide ini juga perlu dihadkan masanya. 

Misalnya 30 minit.  Penetapan had masa bergantung kepada sejauh mana

pentingnya sesuatu perkara yang sedang dibincangkan.  Anda mungkin

perlukan masa yang lebih lama sekiranya masalah yang timbul adalah

sesuatu yang kritikal dan anda tidak mahu menanggung risiko yang

tinggi.  

6. Pemilihan.  Anda perlu memilih setiap ide yang telah diberikan. 

Bahagikan setiap ide kepada tiga kumpulan iaitu ide yang bernas, ide

yang boleh diterima tetapi bukanlah bernas sangat dan ide yang tidak

memenuhi kriteria.   Kriteria yang digunakan mungkin berdasarkan soalan

seperti, "Adakah ia kos efektif?", "Adakah ia memenuhi undang-undang

dan permit?", Adakah ia boleh disiapkan sebelum tarikh 30 Oktober

1999?".  Rekodkan semua ide ini dalam ketiga-tiga kategori tersebut.  

7. Penilaian.  Berikan setiap ide yang bernas itu markah 0 - 5.  5 adalah

merupakan ide yang mendapat markah yang terbaik bergantung kepada

kesesuaiannya memenuhi setiap kriteria yang diperlukan.  Kumpulkan

markah yang diberikan oleh setiap individu.  Tambahkan kesemua

markah-markah ini.  Mana-mana ide yang mendapat markah yang tinggi

maka itulah penyelesaian terbaik kepada masalah yang sedang dihadapi. 

Namun begitu, ada ketikanya ide yang bernas ini tidak mampu

Page 6: Tujuan Kaedah Sumbang Saran Adalah Untuk Menggalakkan Murid Menggunakan Imaginasi Mereka Secara Kreatif

memberikan hasil yang diharapkan.  Oleh itu anda perlu fleksibel dalam

perancangan dan tindakan.  Anda boleh cuba ide-ide yang lain yang

terdapat dala sdenarai ide bernas, atau ide yang boleh diterima.  Ingat! 

tiada kegagalan dalam tindakan.  Yang ada hanyalah HASIL.  Sekiranya

hasil yang diperolehi tidak menepati matlamat maka lakukanlah

perubahan dalam perancangan dan tindakan anda.

Teknik Sumbangsaran

Page 7: Tujuan Kaedah Sumbang Saran Adalah Untuk Menggalakkan Murid Menggunakan Imaginasi Mereka Secara Kreatif

Teknik Sumbangsaran juga dikenali sebagai pencambahan fikiran

(Brainstorming). Teknik ini berbentuk perbincangan dan ia membolehkan

sesuatu kumpulan berfikir secara kreatif dan aktif. Otak digunakan untuk berfikir

tanpa batasan dan dalam proses ini, idea-idea, pendapat dan pandangan yang

dikemukakan tidak boleh ditolak. Walaupun  idea-idea itu didapati kurang

memuaskan dan tidak bermutu atau tidak kreatif.. Idea-idea yang disampaikan

itu harus diterima dan kemudiannya akan diperhalusi. Dalam teknik ini murid-

murid digalakkan membuat huraian hasil pendapat-pendapat yang telah

dikemukakan. Perkara yang telah dicadangkan oleh seorang murid akan

diperkembangkan oleh murid-murid lain sehingga idea atau pendapat tadi dapat

dikembangkan hingga ke peringkat yang lebih luas.

Kelebihan  dan kelemahan Teknik Sumbangsaran

Kelebihan Teknik Sumbangsaran :

1. Setiap ahli dalam kumpulan kecil diberikan peluang untuk menyampaikan idea

dan pendapat

2. Idea-idea penyelesaian dapat dihasilkan oleh murid-murid itu sendiri.

3. Strategi pembelajaran adalah berpusatkan murid.

4. Sesi Sumbangsaran ini dapat melatih murid-murid untuk berfikir dan

mengeluarkan pendapat secara analitis, kritis dan rasional.

5. Penguasaan kemahiran lisan dapat dikukuhkan dan dipertingkatkan.

6. Murid-murid dilatih untuk menghormati pendapat-pendapat orang lain.

7. Interaksi dan komunikasi di antara murid-murid dapat dipertingkatkan.

8. Memupuk  semangat kerjasama dan toleransi dalam kalangan murid dalam

menyelesaikan sesuatu masalah.

Page 8: Tujuan Kaedah Sumbang Saran Adalah Untuk Menggalakkan Murid Menggunakan Imaginasi Mereka Secara Kreatif

Kelemahan Teknik Sumbangsaran :

1. Cara menyelesaikan masalah melalui sesi sumbangsaran memakan masa

yang banyak.

2. Murid-murid sekolah rendah tidak mampu mengendalikan sesi perbincangan

dengan berkesan kerana kekurangan pengalaman serta aras kognitifnya rendah.

3. Banyak masa akan terbuang jika murid-murid lebih banyak menggunakan

masa untuk berbual-bual daripada memberi sumbangan.

4. Terlalu banyak pendapat dan idea yang dicadangkan boleh menimbulkan

kekeliruan semasa memilih dan menilai idea-idea pada peringkat akhir.

5. Pendapat dan idea murid yang tidak dipilih menjadi rumusan akan

menimbulkan perasaan kecil hati murid yang berkenaan.

http://bkree66.blogspot.com/2013/05/teknik-pengajaran-bahasa-melayu.html

Page 9: Tujuan Kaedah Sumbang Saran Adalah Untuk Menggalakkan Murid Menggunakan Imaginasi Mereka Secara Kreatif

http://shamsina-gurupendidikanislam.blogspot.com/2011/09/pasal-kaedah-

sumbangsaran.html

http://cikguroha.blogspot.com/2013/05/sumbangsaran.html

1.MASUK BARIS

Arahan masuk baris :

"Dengar sini semua sekali, apabila mendapat hukuman tiga barisan di hadapan

saya gerak, skuad hendaklah sedia, berlari, berbaris dalam tiga barisan,

dihadapan, di tengah-tengah, di mana saya mengadap. Faham itu skuad".