Tujuan Penyelidikan Tindakan

download Tujuan Penyelidikan Tindakan

of 2

Transcript of Tujuan Penyelidikan Tindakan

  • 7/25/2019 Tujuan Penyelidikan Tindakan

    1/2

    1 Tujuan Penyelidikan Tindaka

    Penyelidikan tindakan mempunyai dua tujuan:

    a. untuk memperbaiki kefahaman tentang amalan dan situasi amalan tersebut dilakukan;

    b. untuk melibatkan penyelidik dalam semua peringkat penyelidikan.

    1 Ciri-ciri Penyelidikan Tindakan Penyelidikan Tindakan

    a. menggalakkan penglibatan/penyertaan bagi mereka yang ingin memperbaiki mutukerja/amalan mereka.

    b. memerlukan usahasama (collaborative effort) di antara pihak-pihak yang terlibat.

    c. merupakan proses pembelajaran yang teratur.

    d. membentuk komumti yang bersifat kritis terhadap persekitaran dan diri sendiri.

    e. menggalakkan fikiran yang terbuka.

    f. membantu perkembangan teori dan amalan secara serentak.

    g. mewujudkan satu kumpulan manusia yang kritis dan bekerjasama dalam prosespenyelidikan.

    h. berkembang melalui lingkaran renungan kendiri (self-reflective spiral) - satulingkaran yang mengandungi tinjauan, perancangan, tindakan dan pemerhatian serta

    renungan.

    i. melibatkan penyelidik menyimpan catatan atau rekod peribadi (personal journal)

    j. dimulakan secara kecil-kecilan - mungkin seorang sahaja sebagai permulaan, kemudianmelibatkan kumpulan kecil dan seterusnya kumpulan yang lebih besar.

    2 Penyelidikan tindakan menitikberatkan EMPAT perkara berikut:

    a. penyelidikan secara sistematik dan melibatkan pengumpulan bukti (collectiveevidence) yang boleh digunakan sebagai asas untuk renungan yang menyeluruh.

  • 7/25/2019 Tujuan Penyelidikan Tindakan

    2/2

    b. a bukan sahaja menyelesaikan masalah tetapi ia juga memperlihatkan masalah.

    c. a bukan penyelidikan tentang orang lain tetapi penyelidikan yang dijalankan olehindividu atau kumpulan terhadap kerja mereka sendiri untuk memperbaiki diri

    mereka, kerja mereka dan juga untuk kebaikan orang lain.

    d. a bukannya satu-satu kaedah saintifik yang digunakan untuk kerja-kerja kurikulum.a juga bukannya tentang pengujian hipotesis atau penggunaan data untuk membuat

    kesimpulan malah ia menerima pandangan sains sosial yang berbe!a daripada

    pandangan sains semulajadi. "enyelidikan tindakan melibatkan penyelidik itu sendiri.