Tumbuhan yang boleh membunuh

5

Click here to load reader

Transcript of Tumbuhan yang boleh membunuh

Page 1: Tumbuhan yang boleh membunuh

TUMBUHAN YANG BOLEH MEMBUNUH

1. Pokok Nerium Oleander

Ditanam secara meluas sebagai pokok renek hiasan. Tumbuhan

bergetah putih ini begitu toksik sehingga hanya sehelai daunnya

boleh membunuh seorang lelaki dewasa, ranting, bunga atau

kudupnya juga beracun. Tumbuhan Oleander menyimpan

beberapa toksin maut, seperti neroside, saponin dan oleandroside,

serta glikosida jantung. Bahan toksin ini bekerja dengan cepat,

apabila ditelan,

menutup sistem kardio-

vaskular dan saraf,

selepas menyebabkan

loya dan muntah-

muntah

teruk. Sesungguhnya ia

adalah hiasan indah,

tetapi berhati-hati dengan tanaman maut ini jika ditanam di taman

anda. Oleh itu jangan lupa untuk mencuci tangan anda selesai

mengurus pokok ini.

2. Pokok Akar Saga (Abrus precatorius) atau Rosary Pea

Sering ditanam sebagai tanaman hiasan. Salah satu tumbuhan di

dunia yang paling berbahaya. Pembuatan barang kemas dengan

biji ini adalah berbahaya, dan sudah terdapat kes kematian akibat

Page 2: Tumbuhan yang boleh membunuh

luka pada jari semasa menebuk

biji tersebut untuk dijadikan

manik. Biji kacangnya yang

berwarna merah terang

mengandungi racun lectin

dipanggil abrin, jika ditelan atau

dikunyah akan mengakibatkan kematian yang hampir serta-merta.

Salah satu racun dikenali yang paling maut, Abrin menyebabkan

muntah yang teruk, demam yang tinggi, lelehan air liur yang tidak

dapat dikawal hingga ke tahap ketegangan saraf, kegagalan hati,

kegagalan pundi kencing, pendarahan dari mata dan sawan.

Tumbuhan hiasan ini benar-benar boleh membawa maut.

3. Pokok Kecubung (Datura stramonium) atau Apple Thorn atau

Locoweed

Menghasilkan bunga yang cantik di taman-taman. Tumbuhan ini

digunakan untuk perubatan dan

sebagai minuman yang

memabukkan untuk beratus-ratus

tahun. Warna bunga kecubung

yang biasa ditemui adalah ungu

dan putih dengan bijinya yang

berduri. Kecubung putih ialah kecubung yang paling beracun sekali

kerana ia mengandungi sebatian alkaloid. Dengan bahan aktif toksin

Atropine, hyoscyamine dan scopalomine, yang berkemungkinan

Page 3: Tumbuhan yang boleh membunuh

sejurus sebelum jantung anda berhenti, anda akan mengalami

panas badan, degupan jantung yang dipercepatkan, ucapan tidak

keruan jika tertelan. Tiap-tiap bahagian tumbuhan ini mengandungi

tahap racun berbahaya. Penggunaan segala ubat dari kecubung

terhad untuk kegunaan luar sahaja.

***Amaran : Keracunan hanya akan berlaku sekiranya sebarang

bahagian tumbuhan ini dimakan dalam kuantiti yang banyak. Jika

ada yang keracunan kecubung , terutamanya kanak-kanak, jangan

biarkan pesakit tertidur sebaliknya usahakan supaya mereka terus

berada dalam keadaan sedar dengan cara minum kopi dan

menyedut udara segar hingga kesan keracunan hilang.

4. Pokok Bunga Trumpet (Solanaceae) atau Angel's Trumpet

Berasal dari kawasan

tropika Amerika Selatan,

tetapi terdapat di

seluruh dunia.

Bunganya berbentuk

berjumbai, tergantung

dari pokok. Bunga

datang dalam pelbagai saiz (14-50cm) dan dalam pelbagai warna,

termasuk putih, kuning, jingga dan merah jambu. Semua bahagian

tumbuhan tersebut mengandungi toksin, seperti alkaloid tropane

scopolamine dan Atropine. Pokok ini kadang-kadang dijadikan teh

dan ditelan sebagai dadah halusinogen. Mempunyai tahap-tahap

ketoksikan berbeza dan adalah mustahil untuk mengetahui berapa

Page 4: Tumbuhan yang boleh membunuh

banyak toksin yang anda telah ditelan. Untuk mencuba hasil

toksiknya, ramai pengguna telah terlebih dos dan meninggal dunia

kerananya.

5. Water Hemlock, atau racun parsnip

Merupakan sekumpulan tumbuhan yang sangat beracun yang

berasal dari kawasan beriklim sederhana hemisfera utara. Tumbuh-

tumbuhan kecil yang sangat tersendiri berbunga putih atau hijau,

tersusun dalam bentuk payung. WaterHemlock dianggap sebagai

tumbuhan di Amerika Utara yang paling berbisa kerana ia adalah

sangat beracun kepada manusia. Tumbuh-tumbuhan mengandungi

toksin yang

dinamakan cicutoxin

yang menyebabkan

sawan. Racun ini

dijumpai dalam

semua bahagian

tumbuhan terutama

di akarnya, yang

paling mujarab pada musim bunga. Selain sawan serta-merta,

gejala-gejala lain termasuk rasa loya, muntah-muntah, sakit perut,

gegaran dan kekeliruan. Kematian biasanya disebabkan oleh

kegagalan pernafasan atau fibrilasi ventrikular dan boleh berlaku

hanya beberapa jam selepas pengambilan.

Page 5: Tumbuhan yang boleh membunuh

6. Pokok Ipoh (Antiaris toxicaria Lesch )

Sejenis tumbuhan yang terdapat di hutan Malaysia serta di negara-

negara ASEAN yang lain. Pokok Ipoh mempunyai getah beracun

yang digunakan sebagai racun untuk hujung sumpitan orang asli.

Racun ini bertindak dengan serta-merta dan akan membunuh

mangsa yang terkena sumpitan. Untuk mengelakkan keracunan

kepada pemburu, bahagian daging pada mangsa perburuan akan

dipotong dan dibuang. Ciri-ciri daun pokok Ipoh ini ialah hujung

daunnya berbentuk tirus,oblong elliptik,pangkal daun berbentuk

bulat. Secara umumnya daun pokok ini adalah nipis.Bandar Ipoh,

Perak juga berkemungkinan mendapat nama sempena pokok Ipoh.

(Sumber : http://autadanfakta.blogspot.com/2012/04/9-tumbuhan-

yang-boleh-membunuh.html)