Tunku Abdul Rahman Putra Al

7
Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Shah Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Shah ( 8 Februari 1903 - 6 Disember 1990 ) merupakan Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu dari 1955 , dan Perdana Menteri pertama sejak kemerdekaan pada tahun 1957 sehingga 1970 . Pembentukan Malaysia pada tahun 1963 merupakan salah satu daripada pencapaiannya yang teragung. Biasanya dikenali sebagai "Tunku", beliau juga dikenang sebagai "Bapa Kemerdekaan" dan "Bapa Malaysia". SEJARAH 1903: Dilahirkan pada 8 Februari di Istana Tiga Tingkat, Alor Setar yang lebih dikenali sebagai Istana Pelamin. 1913 (umur 10): Beliau dihantar ke Bangkok untuk menetap bersama Tunku Yusuf ibni Sultan Abdul Hamid, iaitu abang sulung Tunku Abdul Rahman. Tunku belajar di Sekolah Debsirindir, Bangkok. 1916 (umur 13): Pulang ke Kedah dan memasuki Penang Free School. 1919 (umur 16): Belajar di England. 1925 (umur 22): Memperolehi Ijazah Sarjana Muda Sastera (Sejarah) dengan bantuan dan kerjasama dari sahabatnya Taib Andak. 1927 (umur 24): Dihantar semula ke England untuk belajar undang-undang di Universiti Cambridge kerana keluarganya tidak berpuas hati dengan keputusannya yang lalu. 1930 (umur 27): Lulus semester pertama, jurusan undang-undang di Inner Temple. 1931 (umur 28): Berkhidmat sebagai pegawai latihan di Pejabat Penasihat Undang-Undang Kedah dengan gaji sebanyak RM300.00 sebulan, dan kemudiannya sebagai Penolong Pegawai Jajahan di Kulim.

description

tentang tunku

Transcript of Tunku Abdul Rahman Putra Al

Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid ShahAlmarhumTunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Shah(8 Februari1903-6 Disember1990) merupakan Ketua MenteriPersekutuan Tanah Melayudari1955, danPerdana Menteripertama sejakkemerdekaanpada tahun1957sehingga1970. PembentukanMalaysiapada tahun1963merupakan salah satu daripada pencapaiannya yang teragung. Biasanya dikenali sebagai "Tunku", beliau juga dikenang sebagai "Bapa Kemerdekaan" dan "Bapa Malaysia".

SEJARAH 1903: Dilahirkan pada 8 Februari di Istana Tiga Tingkat, Alor Setar yang lebih dikenali sebagai Istana Pelamin. 1913(umur 10): Beliau dihantar ke Bangkok untuk menetap bersama Tunku Yusuf ibni Sultan Abdul Hamid, iaitu abang sulung Tunku Abdul Rahman. Tunku belajar di Sekolah Debsirindir, Bangkok. 1916(umur 13): Pulang ke Kedah dan memasuki Penang Free School. 1919(umur 16): Belajar di England. 1925(umur 22): Memperolehi Ijazah Sarjana Muda Sastera (Sejarah) dengan bantuan dan kerjasama dari sahabatnya Taib Andak. 1927(umur 24): Dihantar semula ke England untuk belajar undang-undang di Universiti Cambridge kerana keluarganya tidak berpuas hati dengan keputusannya yang lalu. 1930(umur 27): Lulus semester pertama, jurusan undang-undang di Inner Temple. 1931(umur 28): Berkhidmat sebagai pegawai latihan di Pejabat Penasihat Undang-Undang Kedah dengan gaji sebanyak RM300.00 sebulan, dan kemudiannya sebagai Penolong Pegawai Jajahan di Kulim. 1932(umur 29): Berkhidmat sebagai Pegawai Jajahan di Kuala Nerang. 1933(umur 30): Berkahwin dengan Mariam, gadis kacukan Cina-Siam, anak tauke lombong Cina di Alor Setar. Akhir 1933, Mariam melahirkan anak perempuan dan dinamakan Tunku Khatijah ibni Tunku Abdul Rahman. Kemudian anak lelaki bernama Tunku Ahmad Nerang ibni Tunku Abdul Rahman. 1934: Mariam meninggal dunia kerana penyakit malaria di Kuala Nerang, Kedah. Tunku berkahwin dengan kekasih lamanya Violet Coulson di Geylang Serai, Singapura. 1935(umur 32): Dipindahkan ke Pulau Langkawi oleh Penasihat British, Clayton. Selain itu , perkahwinan Tunku dengan Violet kurang direstui. 1937(umur 34): Bertugas sebagai Pegawai Jajahan di Sungai Petani.Beliau juga bertindak sebagai hakim daerah Sungai Petani dan Pengerusi Lembaga Kebersihan Sungai Petani. 1938(umur 37): Pergi ke England buat kali ke-3 untuk menyambung pelajaran dalam bidang undang-undang. Antara temannya ialah Saadon Zubir. Tunku berbaik semula dengan isterinya yang telah diceraikan , Violet Coulson. 1939(umur 36): Kembali ke Kedah kerana ada berita perang akan meletus di Eropah.Berkahwin dengan Syarifah Rodziah binti Syed Barakbah .Syarifah Rodziah Syed Syeikh Barakbah ialah adik rakan sekuliahnya di England iaitu Syed Omar Barakbah. Perkahwinan ini tidak mendapat seorang anak pun. 1940(umur 37): Dilantik sebagai Timbalan Pengarah Perkhidmatan Pasukan Kawalan Am Selatan Kedah. 1941(umur 38): Jepun menyerang Kota Bharu , Kelantan pada 8 Disember. 1947(umur 44): Berangkat semula ke England untuk menyambung pengajian *1948(umur 45): Dipanggil ke bar di Inner Temple. 1949(umur 46): Pulang ke Tanah Melayu. Pada mulanya, beliau dihantar ke pejabat Pegawai Undang-undang di Alor Star. Kemudian beliau memohon untuk bertukar ke Kuala Lumpur. Di Kuala Lumpur, Tunku menjadi Timbalan Pendakwa Raya dan kemudiannya, dilantik sebagai Presiden Mahkamah Sesi. 1946: Menyertai UMNO. 1951(umur 48): Menjadi Presiden UMNO pada Oktober sewaktu Datuk Onn Jaafar meletakkan jawatan. Menganjurkan Pertandingan Membaca Al-Quran peringkat negeri yang pertama di Kedah. 1954(umur 51): Mengetuai satu rombongan ke England untuk berbincang bagi menuntut kemerdekaan bagi Tanah Melayu, tetapi kunjungan itu tidak berhasil. 1955(umur 52): Pilihan raya persekutuan umum yang pertama diadakan, dan Parti Perikatan(Barisan Nasional) memenangi 51 daripada 52 kerusi yang dipertandingkan. Dengan majoriti ini, Tunku Abdul Rahman telah dilantik sebagai Ketua Menteri Tanah Melayu yang pertama. Satu lagi rombongan ke London diadakan. 1956(umur 53): England bersetuju untuk memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu. Sebaik pulang dari England, Tunku mengisytiharkan berita gembira ini buat kali pertamanya pada 20 Februari di Bandar Hilir, Melaka. 1957(umur 54): Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos. Memperkenalkan kejohanan Pestabola Merdeka, yang merupakan pertandingan bolasepak antarabangsa. 1958(umur 55): Dilantik sebagai Presiden pertama Asian Football Confederation (AFC) (1958 1976). 1960(umur 57): Menubuhkan Pertubuhan Kebajikan Islam (PERKIM), sebuah pertubuhan untuk membantu golongan mualaf dalam menyesuaikan hidup baru sebagai Muslim. 1961(umur 58): Memulakan penubuhan Association of Southeast Asia (ASA) yang menggabungkan Tanah Melayu, Thailand dan Filipina. Menjadi tuan rumah Pertandingan Membaca Al-Quran Peringkat Antarabangsa yang pertama. 1963(umur 60): Membentuk Malaysia pada 16 September, apabila Tanah Melayu bergabung dengan Singapura, Sarawak dan Borneo Utara (sekarang Sabah). 1967(umur 64): ASA dibubarkan untuk memberi laluan kepada persatuan yang lebih besar, iaitu Association of Southeast Asian Nations. 1969(umur 66): Membantu menubuhkan Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) dan dilantik sebagai Setiausaha Agungnya yang pertama. 1971(umur 68): Meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri dan Presiden Umno dan digantikan oleh timbalannya, Datuk Abdul Razak Hussein. 1982(umur 79): Menjadi Presiden Majlis Dakwah Serantau Asia Tenggara dan Pasifik (RISEAP) (1982 1988). 1990(umur 87): Mangkat pada 6 Disember, dan disemadikan di Makam Diraja Langgar di Alor Star.

PENCAPAIANTunku bermula pendidikannya pada 1909 di sebuah sekolah rendah Melayu di Jalan Baharu, Alor Setar. Biasa berbahasa Siamdi rumah, beliau belajarbahasa Melayudi sekolah itu. Seorang guru pula datang ke rumahnya untuk mengajarbahasa Inggeris. Tunku kemudian berpindah ke sebuah sekolah kerajaan bahasa Inggeris yang kini dinamakanKolej Sultan Abdul Hamid. Di sini, beliau belajar di sekolah pada waktu siang dan membacaAl-Quranpada waktu petang.Pada tahun 1913 sewaktu berumur 10 tahun, Tunku dihantar keBangkokuntuk menetap bersamaTunku Yusuf ibni Sultan Abdul Hamid, abang sulungnya, dan belajar di Sekolah Thebsirintrawat (Debsirindir School). Pada tahun 1915, Tunku pulang dan meneruskan pendidikannya diPenang Free School. Antara gurunya ialah HR Cheeseman danSM Zainal Abidin. Seorang yang aktif, beliau menyertaiPengakapdanKor Kadet.Pada tahun 1919 ketika berumur 16 tahun, Tunku menerima Biasiswa Negeri Kedah untuk melanjutkan pendidikannya di Kolej St Catharine diUniversiti Cambridge. Beliau merupakan penuntut pertama untuk menerima pendidikan diUnited Kingdomdibawah tajaan Kerajaan Negeri Kedah. Ketika Tunku tidak dibenarkan tinggal di asrama St Catharine kerana dasaraparteid('kulit berwarna') masih diamalkan, beliau membantah kepada William Peel,Penasihat Britishkepada Kedah. Akhirnya, pengetua sekolah itu terpaksa meminta maaf.Dari segi berpakaian, Tunku agak kebaratan. Semasa beliau dihantar ke England, tiada sepasang punbaju Melayuyang dibawa. Tunku dan keluarganya hanya menempah pakaian Barat di kedai Pritchards di Pulau Pinang. Ketika di England, Tunku amat berlainan denganSultan Perakyang berbaju Melayu, siap dengantengkolok.Mula-mulanya, Tunku mengambil jurusan undang-undang bersama rakannya,Ivor Jenning(Sir),H.V. DaviesdanGeorge Brown, tetapi kemudian bertukar kepada jurusansastera(Sejarah). Beliau suka bersiar-siar denganmotosikalRiley Sportdan kereta mewah, dan melakukan 28kesalahan trafik jalan rayasemasa berada di Cambridge. Tunku tidak dapat menduduki peperiksaan akhir IjazahSarjana Muda Sasterakerana terlupa jadual waktu peperiksaan. Dengan bantuan dan kerjasama daripada sahabatnya,Taib Andak, beliau memperolehi ijazahnya pada tahun 1925.Pada tahun 1927, Tunku dihantar semula keEnglanduntuk belajar undang-undang diUniversiti Cambridgekerana keluarganya tidak berpuas hati dengan keputusannya yang lalu. Beliau lulus semester pertama dalam jurusan undang-undang diInner Templepada tahun 1930. Selepas pemulangannya, Tunku bertugas sebagai Pegawai Latihan di Pejabat Penasihat Undang-Undang Kedah pada tahun 1931, dan dilantik sebagai Pegawai Jajahan untukKuala Nerangpada tahun berikutnya. Beliau dipindahkan kePulau Langkawipada tahun 1935 oleh Clayton, Penasihat British sewaktu itu. Pada tahun 1937, Tunku bertugas sebagai Pegawai Jajahan diSungai Petanibersamping bertindak sebagai hakim daerah dan Pengerusi Lembaga Kebersihan Sungai Petani. Sebuah masjid di Sungai Petani telah dinamakanMasjid Rahmaniahsempena nama Tunku.

HALANGAN YANG DIHADAPIPada tahun 1954, Tunku mengetuai sekumpulan perwakilan keLondonuntuk memperolehi kemerdekaan Malaya. Bagaimanapun, percubaan sulung itu tidak berjaya. Pada tahun yang berikut, pilihan raya persekutan yang pertama diadakan.Parti Perikatanyang pada saat itu merupakan parti campuran UMNO denganMCAmemenangi 51 daripada 52 kerusi yang ditandingi. Tunku dilantik sebagai Ketua Menteri Malaya yang pertama.MICyang mewakili kaumIndiakemudian menyertai Parti Perikatan pada tahun 1955.Pada tahun 1955, Tunku membuat lagi satu perjalanan ke London untuk berunding tentang kemerdekaan Malaya. Pada kali ini, beliau berjaya, dan31 Ogos1957diputuskan sebagai tarikh kemerdekaan. Sewaktu bendera British diturun di Kuala Lumpur pada hari kemerdekaan, Tunku mengetuai orang ramai untuk menyorak "Merdeka!". Gambar-gambar Tunku dengan tangan yang diangkat naik, dan perakaman-perakaman suaranya yang penuh emosi tetapi berazam mengetuai sorakan, kini merupakan lambang kemerdekaanMalaysiayang biasa.

TUGASAN 2

KEMAHIRAN INSANIAH

NAMA : MOHD HAZIM BIN OTHMANNO. MATRIK : K06SPE14F025NAMA : MOHD NABIL IMRAN BIN RAMLINO. MATRIK : K06SPE14F035NAMA : MUHAMMAD HILMI BIN MAHZOLNO. MATRIK : K06SPE14F017NAMA : MOHD AZWAN BIN YAHYANO. MATRIK : K06SPE14F003KELAS : SPE 3A