Tutorial 17.doc

download Tutorial 17.doc

of 6

Transcript of Tutorial 17.doc

Tutorial 17 ( 25/1/2010 )

Tutorial 17 ( 25/1/2010 )RAJAH ( 2 )1. Merupakan bahan grafik yang berperanan menyampaikan data dan maklumat geografi dalam bentuk lukisan yang menarik.2. Melalui penggunaan rajah, sesuatu data atau maklumat menjadi lebih jelas dan mudah difahami.

3. Sering digunakan untuk menerangkan sesuatu aliran, interaksi, proses, saling kaitan dan pola ciri-ciri geografi.

4. Rajah yang lengkap mempunyai tajuk, label dan maklumat ringkas tentang perkara yang ditunjukkan.

5. Rajah terbahagi 2 :

a) Rajah Kitaran

b) Peta Minda

PETA MINDAa) Dilukis untuk meringkas dan merumuskan maklumat.b) Sebelum melukis peta minda, maklumat perlu dikumpul berkaitan tajuk yang hendak dilukis.

c) Maklumat boleh diperoleh dari buku, majalah, soal selidik dan pemerhatian.

d) Seterusnya fakta/isi penting perlu dipilih daripada maklumat yang diperoleh.

e) Akhir sekali, peta minda yang sesuai bolehlah dilukis.

Contoh 1

Contoh 2

1. Antara berikut yang manakah kegunaan peta minda ?

I menerangkan sesuatu aliran

IImenerangkan proses

IIImenerangkan interaksi

IVmenerangkan perbezaan

A. I, II dan III B. I, II dan IV C. I, III dan IV D. II, III dan IV

Jawapan : A

( Rujuk nota )

Soalan 2 hingga berdasarkan peta minda di bawah.

2. Apakah tajuk yang sesuai untuk peta minda di atas ?

A. Kepentingan Air

B. Kepentingan Sungai C. Faktor Mempengaruhi Saliran

D. Kebaikan Sungai

Jawapan : B

( Rujuk nota )

3. Sungai yang digunakan untuk menjana kuasa hidro elektrik ialah ...

A. Sg. KenyirB. Sg. Muda

C. Sg. Kelang

D. Sg. Perak

Jawapan : D

( Rujuk nota )

4. Sungai Muda di Kedah mempunyai kepentingan untuk ...

A. sistem perhubungan

B. menjana kuasa elektrik hidro

C. pengairan

D. sumber air minuman

Jawapan : C

( Rujuk nota )

5. Di negeri manakah sungai penting sebagai jalan pengangkutan dan perhubungan utama ?

I Pahang

II Kelantan

III Sabah

IV Sarawak

A. I dan II

B. II dan III

C. III dan IV

D. I dan IV

Jawapan : C

( Rujuk nota )

Soalan 6 dan 7 berdasarkan rajah di bawah.

6. Q dalam rajah di atas mewakili ...

A. Kepentingan Hutan di Malaysia

B. Faktor Mempengaruhi Pertumbuhan Hutan

C. Kesan Penerokaan Hutan

D. Langkah Pengurusan Hutanm di Malaysia

Jawapan : A

( Rujuk nota )

7. Apakah kesan penebangan hutan tanpa kawalan ?

Ihakisan tanah berlaku

IIkawasan tadahan terjejas

IIIsumber air bertambah

IVsuhu meningkat

A. I, II dan III B. I, II dan IV

C. I, III dan IV

D. II, III dan IV

Jawapan : B

( Rujuk nota )

Soalan 8 hingga 10 berdasarkan rajah di bawah.

8. Apakah yang ditunjukkan oleh rajah di atas?

A. fotosintesis tumbuh-tumbuhan

B. pembentukan humus

C. kitaran hidupan liar

D. rantaian makanan dalam ekosistem

Jawapan : D( Rujuk nota )

9. Berdasarkan rajah yang manakah berperanan sebagai pengeluar?

A. tanih

B. harimau

C. tumbuhan

D. pengurai

Jawapan : C

( Rujuk nota )

10. Dalam peta minda di atas, peranan harimau adalah sebagai ...

A. herbivor B. karnivor

C. reptilia

D. mamalia

Jawapan : B( Rujuk nota )

Faktor Mempengaruhi Cuaca dan Iklim Malaysia

Kedudukan

Angin Monsun

Pengaruh Laut

Bentuk Muka Bumi

Kepentingan Saliran di Malaysia

Sumber Air Minuman

Sumber Protein

Pengangkutan dan Perhubungan

Sumber Pengairan

Penjanaan Kuasa Hidroelektrik

Kawasan Pertanian

Sempadan Semula Jadi

Q

Sumber Hutan

Eko-pelancongan

Habitat Flora dan Fauna

Menyederhanakan Suhu

Kawasan Tadahan Hujan

Mencegah Hakisan Tanah

Tempat Perlindungan Hidupan Liar

Tanih

Tumbuhan

Pengurai

Harimau

Arnab