Tutorial 2 Group

11
Mengumpul maklumat dan tentang alat dan bahan berdasarkan dari edaran petikan buku “Creative and Mental Growth” oleh Viktor Lowenfield. Bincangkan pertimbangan yang perlu diambil untuk menyediakan tajuk daripada tema. Bincangkan bagaimana satu tajuk/tema boleh diperkembangkan untuk berbagai variasi . Tutorial 2:

description

psv

Transcript of Tutorial 2 Group

Mengumpul maklumat dan tentang alat dan bahan berdasarkan dari edaran petikan buku Creative and Mental Growth oleh Viktor Lowenfield. Bincangkan pertimbangan yang perlu diambil untuk menyediakan tajuk daripada tema. Bincangkan bagaimana satu tajuk/tema boleh diperkembangkan untuk berbagai variasi .

Mengumpul maklumat dan tentang alat dan bahan berdasarkan dari edaran petikan buku Creative and Mental Growth oleh Viktor Lowenfield. Bincangkan pertimbangan yang perlu diambil untuk menyediakan tajuk daripada tema. Bincangkan bagaimana satu tajuk/tema boleh diperkembangkan untuk berbagai variasi . Tutorial 2:Pertimbangan yang perlu diambil untuk menyediakan tajuk daripada tema. Tema:

Tema / hal subjek yang penting adalah apa-apa pun yang dihasilkan dalam perkaryaan.

Tema yang dipilih ialah Tema alam semulajadi dan objek persekitaran.

a. Alam semulajadi dan objek persekitaran

Flora dan fauna (Alam semula jadi) menjadi sumber idea dan ilham.

Objek buatan manusia (objek persekitaran) terutamanya objek domestik seperti cawan, piring, pinggan senduk, pisau, meja dan sebagainya.

Seterusnya akan melihat dinamik bentuk ('form'), kualiti objek, ciri-ciri organik, keunikan, integrasi alam dan kehidupan di samping mengambil kira garisan, ruang, warna, jalinan, rupa dan bentuk .

b. Perasaan dalaman, khayalan dan imaginasi si pelukis

Pengalaman hidup - pengaruh terhadap minda yang menzahirkan ilham atau idea mencipta.

Perasaan takut, misteri, sedih.Menurut Sigmund Freud dan Paul Jean Satre, teori-teori imaginasi berupaya mencipta sesuatu objek atau karya melangkaui batas fizikal dan cabaran statusquo pelukis.

Imaginasi ini akan memandu arah si pelajar atau si pelukis ke arah yang lebih kreatif dan melampaui batas-batas kebiasaan dalam berkarya.

Menurut Frued lagi, perasaan dalaman inilah yang menjadi motivasi atau penggerak minda dalam berkarya.

c. Aliran dan tema sejagat

Tema menjelaskan konsep dalam agenda kehidupan manusia.

Ia menunjukkan kekerapan manusia mengambil hal subjek yang sering diperkatakan.

Dari idea yang berbagai, keunikan ciptaan berlaku dan akhirnya mewujudkan kepelbagaian rupa bentuk dan jenis produk.

Dalam konteks yang lebih besar, jelmaan perasaan dalam berkarya mengguna alam sekitar menjadi suatu keunikan ciptaan dan mewujudkan satu kekaguman.

Wujudnya 'Non-objective Art', 'Minimal Art misalnya adalah suatu aspek pengkaryaan yang berani, mencabar dan sanggup menerima rintangan. d. Keperluan dan pengalaman hidup harian

Ciptaan cawan, sudu, senduk, periuk dan alat-alat domestik.

Kipas, basikal, kereta, keretapi dan jambatan.Semakin aktif dan proaktif seseorang manusia itu mencipta objek tiga dimensi, semakin tinggi kualiti ciptaan dan lebih tinggi nilai estetikanya.

Di sekolah rendah kandungan subjek atau hal benda itu boleh disesuaikan dengan pengalaman sedia ada kanak-kanak dan pengalaman belajar kanak-kanak dalam pengajaran dan pembelajaran untuk merangsangkan dan meningkatkan pembelajaran.

e. Peristiwa sebenar / realism dan romanticism

Rakaman-rakaman peristiwa yang berlaku samada yang berkaitan dengan dunia dan seisinya atau yang melibatkan fenomena alam. Umpamanya peperangan yang berlaku, kesan kemiskinan, atau sebagainya.