Tutorial 5

5
Tutorial 5 Bendera Mula dan Bendera Tamat Selepas menamatkan tutorial ini, anda boleh : Meletakkan bendera mula dan bendera tamat di lokasi yang diperlukan Memainkan aplikasi menggunakan konsep bendera mula dan bendera tamat. Video: Bekerja dengan bendera mula dan tamat

description

 

Transcript of Tutorial 5

Page 1: Tutorial 5

Tutorial 5Bendera Mula dan Bendera Tamat

Selepas menamatkan tutorial ini, anda boleh :Meletakkan bendera mula dan bendera tamat di lokasi yang diperlukan Memainkan aplikasi menggunakan konsep bendera mula dan bendera tamat.

Video: Bekerja dengan bendera mula dan tamat

Page 2: Tutorial 5

Pengenalan

Semasa proses membangunkan sesebuah aplikasi, adalah menjadi satu keperluan untuk memainkan hanya sebahagian kecil dari aplikasi tersebut bagi memastikan ianya berfungsi seperti mana yang anda kehendaki.

Bendera mula dan bendera tamat membolehkan ianya dilaksanakan. Dalam latihan selanjutnya, anda berpeluang mencuba konsep penggunaan kedua-dua bendera ini di dalam memudahkan proses pembangunan sesebuah aplikasi

Page 3: Tutorial 5

LatihanSekiranya perlu, lancarkan program Authorware dan buka fail tutor1. Pastikan anda berada di dalam mod ikon dan bukannya mod persembahan.

1.    

 

Tarik bendera tamat (Stop Flag) dari palet ikon dan letakkan ianya di garis aliran di antara Paparan 2 dengan Paparan 3.  Bendera ini boleh dipindah-pindahkan mengikut keperluan anda (Perhatikan, bendera tamat tiada di ikon palet lagi sebaik sahaja ianya berada di garis aliran)

Page 4: Tutorial 5

2. Mainkan aplikasi anda. Lihat apa yang berlaku. Hanya isi kandungan dari Paparan 1 dan Paparan 2 sahaja yang akan dipaparkan kerana Authorware memberhentikan perlaksanaan    aplikasi sebaik sahaja ia menemui bendera tamat yang diletakkan di bawah ikon Paparan 2.

3. Cuba heret pula bendera mula (Start Flag) dan letakkan ia pada garis aliran di antara ikon paparan Paparan 1 dan Paparan 2.  Mainkan aplikasi anda sekali lagi. Apa yang berlaku ialah Authorware hanya akan memainkan aplikasi dari satu ikon paparan iaitu ikon yang bernama Paparan 2.

Page 5: Tutorial 5

4 Cuba pindah-pindahkan kedudukan bendera-bendera ini dan lihat apa yang berlaku. Klik semula pada ruang kosong di palet ikon Bendera Mula dan Tamat untuk memanggil semula bendera tersebut kembali kepada ikon palet. (Ini penting kerana kadang-kala anda terlupa di mana kedudukan bendera mula dan tamat anda tinggalkan pada garis aliran.)