Tutorial 5: Sistem Sapaan Dalam Masyarakat Melayu

25
GSB 1012 Ahli Kumpulan: Hemalatha A/P Rajakumar Phua Wan Joo

Transcript of Tutorial 5: Sistem Sapaan Dalam Masyarakat Melayu

Page 1: Tutorial 5: Sistem Sapaan Dalam Masyarakat Melayu

GSB 1012Ahli Kumpulan:

Hemalatha A/P Rajakumar

Phua Wan Joo

Page 2: Tutorial 5: Sistem Sapaan Dalam Masyarakat Melayu

Tajuk Tutorial: Sistem Sapaan Dalam

Masyarakat Melayu

Page 3: Tutorial 5: Sistem Sapaan Dalam Masyarakat Melayu

• Kesantunan berbahasa atau bahasa banyak bergantung pada pemilihan kata sapaan atau panggilan hormat yang tepat.

• Sistem sapaan bermaksud kaedah yang digunakan oleh sesuatu masyarakat atau bangsa untuk menegur atau menyapa seseorang, baik dalam konteks rasmi mahupun tidak rasmi.

• Ia merupakan penghubung langsung antara pihak yang menyapa dengan pihak yang disapa.

• Bahasa sapaan mesti digunakan dengan betul dan sesuai mengikut konteks semasa berkomunikasi supaya menjaga air muka orang lain serta tidak menyinggung perasaan orang lain.

Page 4: Tutorial 5: Sistem Sapaan Dalam Masyarakat Melayu

• Antara susunan kata yang digunakan semasa membuat sapaan dan panggilan, iaitu

(a) sapaan yang lengkap dengan kata rujukan kehormat, gelaran

atau pangkat yang disandang dan nama peribadi yang lengkap.

Contohnya, Dato' Sri Haji Mohammad Najib bin Tun Haji Abdul

Razak.

(b) sapaan ringkas yang menyebut nama gelaran dan/atau

pangkat dengan atau tanpa nama peribadi.

Contohnya, DYMM (Duli Yang Maha Mulia) Seri Paduka

Baginda• Sebutan senarai orang yang disapa daripada peringkat yang paling kanan hingga peringkat yang di bawahnya.

Page 5: Tutorial 5: Sistem Sapaan Dalam Masyarakat Melayu

• Penggunaan kata ganti nama diri.Kata ganti nama diri dalam bahasa Melayu terbahagi kepada tiga, iaitu “kata ganti nama diri pertama”, “kata ganti nama diri kedua” dan “kata ganti nama diri ketiga”.

Bentuk kata ganti nama diri bergantung pada kata ganti nama diri itu digunakan, sama ada dalam suasana dan urusan rasmi atau dalam suasana dan urusan tidak rasmi.

1. Jumlah kata ganti nama diri yang digunakan untuk suasana dan urusan rasmi agak kecil. Contoh-contoh kata ganti nama diri bagi urusan rasmi adalah seperti saya, kami, kita, tuan, puan, beliau, dia, ia dan mereka.

2. Kata ganti nama diri yang digunakan dalam suasana dan urusan tidak rasmi amat banyak. Hal ini disebabkan oleh banyaknya dialek yang ada dalam bahasa Melayu dan dapat dikatakan bahawa dalam setiap dialek terdapat kata ganti nama diri yang tersendiri.

Page 6: Tutorial 5: Sistem Sapaan Dalam Masyarakat Melayu

Negeri Kata Ganti Nama Diri Orang Pertama

Kata Ganti Nama Diri Orang Kedua

Perak Teman (saya), Keimer (kami, kita)

Miker (awak), Mengkomer (kamu)

Kedah Cheq (saya) Hangpa (kamu)

Sarawak Kamek (saya) Kitak (kamu)

Kelantan ambo (saya) Demo (kamu)

Terengganu Kawe, Ambo (saya) Mung (engkau)

Negeri Sembilan Eden (saya) Ekau (engkau)

Page 7: Tutorial 5: Sistem Sapaan Dalam Masyarakat Melayu

Bahasa Sapaan Berdasarkan Pangkat atau Status Seseorang dalam Masyarakat.

• Status merupakan faktor penting dalam penentuan bahasa sapaan. Dalam pergaulan seharian terdapat sekatan-sekatan sosial tertentu antara ahli masyarakat itu. Contohnya, sekatan pangkat dalam pekerjaan atau kedudukan sosial.

• Dalam bentuk sapaan yang berdasarkan pangkat atau status seseorang itu, pembahagian dibuat seperti yang berikut;

Gelaran pergaulan formalGelaran warisanGelaran kurniaan kerajaanGelaran kurniaan ikhtisasGelaran keagamaan

( Asmah Hj. Omar, 1982)

Page 8: Tutorial 5: Sistem Sapaan Dalam Masyarakat Melayu

• Gelaran Pergaulan formal• Pergaulan formal dimaksudkan sebagai pergaulan yang menunjukkan adanya sekatan sosial tertentu sama ada sekatan pangkat dalam pekerjaan atau kedudukan sosial, atau sekatan sosial disebabkan si penyapa tidak begitu kenal antara satu sama lain.

Page 9: Tutorial 5: Sistem Sapaan Dalam Masyarakat Melayu

 Kata ganti diri sapaan

 

Orang yang ditujukan 

Tuan

 Orang yang mempunyai kedudukan yang lebih tinggi daripada penutur (dari segi status pekerjaan) Orang yang menjadi Pengerusi Majlis. Contoh : Tuan Pengerusi Majlis Digunakan bersama nama / jenis jawatanContoh : Tuan Pengetua Orang yang menjawat jawatan kadi, imam, hakim, doktor.Contoh : Tuan Hakim 

Page 10: Tutorial 5: Sistem Sapaan Dalam Masyarakat Melayu

Digunakan sebagai rujukan hormat kepada hadirin lelaki dalam sesuatu upacara rasmi.Contoh : Tuan-tuan sekalian Pemilik harta.Contoh : Tuan rumah, Tuan tanah, Tuan kedai Orang yang bergelar seperti Haji, ProfesorContoh : Tuan Haji Shukor, Tuan Profesor

Page 11: Tutorial 5: Sistem Sapaan Dalam Masyarakat Melayu

 

Encik

 Orang lelaki yang mempunyai status yang lebih tinggi daripada penutur. Orang lelaki yang baru dikenali dan difikirkan mempunyai kedudukan yang lebih tinggi daripada penutur.

 Puan

 Orang perempuan yang sudah berkahwin. Orang perempuan yang memegang jawatan. Contoh : Puan PengetuaPengerusi sesuatu upacara atau majlis.Contoh : Puan Pengerusi Rujukan hormat kepada hadirin wanita dalam sesuatu upacara rasmi.Contoh : Puan-puan sekalian 

Page 12: Tutorial 5: Sistem Sapaan Dalam Masyarakat Melayu

Cik

 Orang perempuan yang belum berkahwin. Orang perempuan yang berjawatan lebih tinggi daripada penutur.

 Saudara ( lelaki)

Saudari(perempuan) 

 Orang yang baru dikenali. Kakitangan bawahan atau setaraf dengan penutur. Sebagai rujukan kepada hadirin dalam sesuatu majlis.

Digunakan dalam mesyuarat dan majlis perdebatan. 

Page 13: Tutorial 5: Sistem Sapaan Dalam Masyarakat Melayu

• Gelaran Warisan / Keturunan • Gelaran warisan merupakan gelaran yang diwarisi oleh seseorang sejak kelahirannya seperti:

• Raja : Tengku, Tunku, Engku, Tuanku,• Bangsawan : En. Megat, Tn. Syed, En. Wan, En. Nik,

Abang, Dayang.• Gelaran Kurniaan Kerajaan • Gelaran kurniaan kerajaan ialah gelaran yang dianugerahkan oleh kerajaan dari semasa ke semasa kepada individu yang dianggap berjasa.

• Contohnya, Datuk Lee Chong Wei

Page 14: Tutorial 5: Sistem Sapaan Dalam Masyarakat Melayu

GELARAN BAHASA SAPAAN 

Tun,Toh Puan,Tan Sri,Puan Sri,Datin Paduka 

 

Gelaran ini tidak perlu diberi rujukan Tuan, Puan, Encik atau Cik kecuali mereka mempunyai gelaran lain seperti Doktor , Profesor , Tengku , atau Haji. 

Contoh : Tun Dr. Ismail Tan Sri Tengku Ahmad 

Page 15: Tutorial 5: Sistem Sapaan Dalam Masyarakat Melayu

•Gelaran Kurniaan Ikhtisas

•Gelaran kurniaan ini diperoleh kerana kejayaan seseorang dalam bidang akademik atau ikhtisas, juga dikenali sebagai gelaran profesional.

Page 16: Tutorial 5: Sistem Sapaan Dalam Masyarakat Melayu

 GELARAN

 BAHASA SAPAAN

 

Profesor, Doktor,Jeneral, Cikgu,Ustaz

 Bentuk panggilan serupa dengan gelaran ikhtisas yang ada pada mereka.Contoh : Seseorang guru agama dipanggil Ustaz. Kata sapaan Tuan / Puan boleh diletakkan sebelum gelaran Profesor dan Doktor.Contoh : Tuan Doktor, Puan Profesor, Tn. Irsenio. 

Page 17: Tutorial 5: Sistem Sapaan Dalam Masyarakat Melayu

•Gelaran Keagamaan

 •Dalam masyarakat Melayu yang beragama Islam, terdapat beberapa gelaran bersesuaian dengan kedudukan mereka dalam hal keagamaan.

Page 18: Tutorial 5: Sistem Sapaan Dalam Masyarakat Melayu

 

GELARAN

 BAHASA SAPAAN

 Sahibol Samahah (Mufti/ sarjana yang membuat keputusan penting tentang agama Islam)

Haji/ Hajjah (Umat Islam yang sudah selesai menunaikan haji)

Lebai (Satu pengiktirafan dan penghormatan masyarakat terhadap seseorang apabila mereka melihat kewarakan dan akhlak yang baik yang terdapat pada diri seseorang)

 

Tuan Haji / Pak Haji Osman 

Puan Hajah / Mak Hajah Esah  Pak Lebai Kadut 

Page 19: Tutorial 5: Sistem Sapaan Dalam Masyarakat Melayu

Bahasa Sapaan Berdasarkan Kedudukan Dalam Keluarga

• Penggunaan bahasa sapaan antara ahli keluarga mencerminkan kedudukan seseorang itu dalam susunan kekeluargaan.

• Kata ganti nama diri dalam sesebuah keluarga ditentukan melalui pertalian darah keluarga asas, keluarga suku/ perut dan keluarga turun-temurun.

Page 20: Tutorial 5: Sistem Sapaan Dalam Masyarakat Melayu

Bahasa Sapaan Dalam Keluarga Asas 

PANGGILAN 

 KEDUDUKAN DLM

KELUARGA

  CARA MENYEBUT

 Bapa, ayah, abah, bapak, ba, walid

 Ketua keluarga lelaki

  Yah, bah, …

Emak, mak, ibu, bu, umi, wan

 

Ketua keluarga perempuan

 

Mak, ibu, ...

Page 21: Tutorial 5: Sistem Sapaan Dalam Masyarakat Melayu

Datuk, Tok, Tok Wan

Ayah kepada ibu bapa kita

Datuk, Tok, Tok Wan

Mak Tok, Nenek, Opah, Wan

Emak kepada ibu bapa kita

Mak Tok, Nenek, Opah, Wan

Page 22: Tutorial 5: Sistem Sapaan Dalam Masyarakat Melayu

Abang Ahli lelaki yang tua dalam keluarga

Abang serta namaContoh : Abang Ali atau Bang Li

Kakak 

Ahli perempuan yang tua dalam keluarga

Kakak serta namaContoh : Kakak Fatimah atauKak Timah

Adik Ahli lelaki / perempuan yang muda dalamkeluarga

Adik serta namaContoh : Adik Rozita atau Adik ItaAdik Azlan atau Adik Lan 

Page 23: Tutorial 5: Sistem Sapaan Dalam Masyarakat Melayu

Long Anak sulung / anak pertama Bang Long, Kak long

Ngah Anak kedua Bang Ngah, Kak Ngah

Lang Anak ketiga Bang Lang, Kak Lang

Uda Anak keempat Bang Uda, Kak Uda

Andak Anak kelima Bang Andak, Kak Andak

Teh Anak keenam Bang Teh, Kak Teh

Busu Anak Bongsu / anak terakhir Busu, Kak Su

Page 24: Tutorial 5: Sistem Sapaan Dalam Masyarakat Melayu

Kesimpulan:Masyarakat Melayu mempunyai sistem sapaan dan rujukan mengikut situasi dan konteks yang sesuai. Kesalahan penggunaan kata sapaan ini boleh menimbulkan hubungan yang tidak harmoni di antara penutur dan pendengar. Ini disebabkan kata-kata ini membawa implikasi yang berbeza apabila digunakan dalam situasi yang berlainan. Kata sapaan ini juga berfungsi untuk memperlihatkan kesopanan seseorang dalam menggunakan bahasa tersebut. Situasi formal dan tidak formal mempunyai sistem sapaannya tersendiri dan setiap penutur tidak sewajarnya mencampuradukkan penggunaan kata-kata tersebut sesuka hati. Hal ini jelas menunjukkan bahawa masyarakat Melayu adalah bersopan-santun atau berbudi bahasa.

Page 25: Tutorial 5: Sistem Sapaan Dalam Masyarakat Melayu

Sekian, Terima Kasih.