Tutorial 7

17
Bincangkan punca masalah perpaduan dan cadangkan beberapa langkah untuk mengatasi masalah tersebut.

description

...

Transcript of Tutorial 7

Slide 1

Bincangkan punca masalah perpaduan dan cadangkan beberapa langkah untuk mengatasi masalah tersebut.Masalah Perpaduan Sebelum Merdeka.Masalah Perpaduan Selepas MerdekaPerbezaan & pertentangan kepentingan di antara etnik.i. Cabaran dalam aspek sosial:a. Pemisahan penempatan: bukan shj boleh merenggangkan hbgn & interaksi pelbagai etnik tetapi memperkuatkan lagi perasaan kekitaan & etnosentrisme dlm kalangan anggota yg seterusnya menimbulkan prasangka, streotaip & mengekalkan kejahilan di klgn etnik trhadp etnik yg lain.b. Pengasingan sistem pendidikan : interaksi hanya berkisar dlm kalangan etnik yg sama.

ii. Cabaran dlm aspek ekonomia. Perbezaan pekerjaan.b. Dominasi sektor ekonomi : wujudnya jurang pendapatan antara etnik merupakan cabaran yg sering membawa kpd ketidakstabilan masyarakat majmuk.

iii. Cabaran dari aspek politik. - Politik perkauman : menjadi lebih parah apabila isu-isu perkauman diperalatkan utk kepentingan sesuatu pihak dan mendapat sokongan rakyat.

Perbezaan & pertentangan nilai di antara etnik.

- Perbezaan dari segi agama, bahasa dan kebudayaan. Perbezaan ini bertambah sukar apabila setiap kaum terus mengutamakan kaum sendiri dlm memilih sahabat, mendapatkan pekerjaan dan dlm urusan seharian sehingga mewujudkan polarisasi antara etnik.

Cabaran globalisasi.

- Proses globalisasi atau pembaratan corak hidup berasaskan gagasan ekonomi & politik Barat sejagat.Pengaruh Barat dari segi ideologi, budaya hedonisme & nilai negatif, ekonomi bebas, sains & teknologi yg memusnahkan, serta sistem politik yg dianggap terbaik bagi semua manusia dieksport / dibawa masuk ke seluruh dunia.Penyelesaian Masalah Perpaduan.Dasar PerpaduanDalam membentuk perpaduan kaum, kerajaan perlu menjalankan dasar perpaduan supaya rakyat Malaysia menjadikan dasar ini sebagai pegangan mereka dalam mencapai perpaduan kaum yang harmoni. Dasar perpaduan boleh dicapai melalui dua cara iaitu:

1) Integrasi Integrasi merupakan satu proses bagi mewujudkan satu identiti nasional di kalangan kumpulan-kumpulan yang terpisah dari segi kebudayaan, sosial dan lokasi dalam sesebuah unit politik. 2) Asimilasi. Manakala asimilasi pula ialah satu proses bagaimana kumpulan-kumpulan minoriti diasimilasikan melalui perkahwinan campur dan sebagainya ke dalam kumpulan etnik yang lebih besar.

Dasar Pendidikan Sistem persekolahan yang sama bagi semuaBahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama. Kurikulum yang samaSukatan pelajaran yang seragamPeperiksaan yang seragamAkta Bahasa KebangsaanAkta ini diluluskan pada tahun 1967. Akta ini memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan seperti yang termaktub dalam perlembagaan & menjadi jaminan kepada perpaduan rakyat Malaysia. Pada tahun 1982, bahasa Melayu menjadi bahasa pengantar di sekolah dan menjadi bahasa yang digunakan di mahkamah pada 1990.Akta ini mewujudkan penggunaan satu bahasa perhubungan dan persefahaman di antara satu kaum dengan yang lain tanpa menimbulkan rasa curiga.Dasar Kebudayaan KebangsaanDasar ini menjadi panduan pembentukan & pengekalan identiti rakyat Malaysia.

Objektif dasar ini dijalankan adalah untuk mengukuhkan perpaduan melalui kebudayaan. Sebagai contoh, kerajaan telah menjalankan perarakan Citrwarna Malaysia pada tahun 2001 yang menyaksikan persembahan pelbagai budaya kaum masing-masing. Selain itu, tujuannya juga ialah memelihara keperibadian kebangsaan & meningkatkan kualiti kehidupan rakyat Malaysia.Sukan Alat Perpaduan.Dasar ini bertujuan untuk menyemarakkan semangat patriotik rakyat. Majlis Sukan-Sukan Malaysia (MSSM) yang ditubuhkan pada peringkat sekolah & Temasya Sukan Malaysia (SUKMA) adalah contoh dasar ini. Ia mengeratkan perpaduan kaum & hubungan antara negeri.

Jika kita lihat sekarang ini, Sukan Olimpik Beijing yang berlangsung telah menyemarakkan semangat patriotik rakyat negara kita. Pelbagai kaum bersatu padu memberi sokongan & dorongan untuk membolehkan Malaysia mendapat pingat.Terbaru ini, Lee Chong Wei telah mara ke suku akhir & menjadi harapan rakyat untuk mendapatkan pingat emas pertama Malaysia.

Cadangan mengatasi masalah perpaduan .Kempen kesedaran pentingnya perpaduan mestilah dilaksanakan sepanjang tahun oleh pihak kerajaan, swasta dan anggota masyarakat.Pemimpin politik yang mewakili kaum sewajarnya tidak memainkan isu-isu perkauman yang sempit semata-mata untuk popular.Semua pihak mesti berusaha mengelakkan pergeseran walaupun sekecil mana.Generasi muda patut dibentuk sahsiah dan jati dirinya ke arah pewujudan konsep 1Malaysia.

Menganjurkan program-program yang memberikan peluang kepada semua kaum terlibat sama seperti gotong-royong, sukan dan rekreasi, sambutan perayaan dan sebagainya.Mengemaskinikan kurikulum sekolah yang lebih menjurus ke arah perpaduan kaum.Kerajaan mestilah berusaha gigih untuk mengurangkan jurang perbezaan antara kaum seperti taraf ekonomi, pendidikan dalam kalangan masyarakat.Pihak berkenaan mestilah bertindak cepat dan tegas dalam membanteras kes-kes yang berunsurkan perkauman dan persengketaan antara kaum.