Tutorial 7.doc
Transcript of Tutorial 7.doc
MTE 3073: PERANCANGAN DAN PENGAJARAN MATEMATIK
Tutorial Minggu 7
Pilih salah satu topik Matematik dan menghuraikan bagaimana anda boleh
mengajar menggunakan pendekatan berpusatkan murid, guru dan media.
Topik yang telah saya pilih ialah topik ruang.
Dalam langkah persediaan, guru memaparkan beberapa objek, murid diminta
membuat pemerhatian pada objek yang ditunjukkan dan seterusnya menyatakan
bentuk yang dilihat. Melalui pemerhatian dapatlah merangsang pemikiran murid.
Seterusnya dalam langkah imaginasi, guru menunjukkan bentuk 3D kepada
murid. Murid diminta untuk menyatakan persamaan antara bentuk 3D dengan objek
yang telah ditunjukkan. Murid juga bersoal jawab secara lisan tentang objek yang
mempunyai persamaan dengan bentuk 3D yang dipelajari. Pendekatan berpusatkan
murid dapat meningkatkan pemikiran dan minat murid terhadap apa yang dipelajari.
Dalam langkah perkembangan, guru membahagikan murid kepada beberapa
kumpulan. Murid dibekalkan dengan bentuk 3D dan diminta membuat pemerhatian
pada ciri-ciri bentuk 3D. Murid perlu melengkapkan gambarajah 3D pada lembaran
kerja yang diberikan oleh guru. Selepas itu, guru membuat perbincangan dengan
murid tentang jawapan yang diberi dalam lembaran kerja. Guru juga boleh membuat
penerangan yang selanjutnya tentang ciri-ciri bentuk 3D. Guru perlulah menekankan
usaha untuk menyampaikan topik ini dengan jelas agar murid mengenali ciri-ciri 3D
dengan mendalam. Melalui ini, murid-murid dapat memahami dan mencapai objektif
PdP.
Dalam langkah penutup, guru boleh menggunakan video yang menunjukkan
cara-cara untuk menghasilkan bentuk 3D. Dengan ini, murid akan mengikut langkah-
langkah untuk mencipta bentuk 3D. Jadi, murid akan lebih mengenali bentuk 3D.