tutorial ekonomi malaysia

download tutorial ekonomi malaysia

of 36

Transcript of tutorial ekonomi malaysia

  • 8/8/2019 tutorial ekonomi malaysia

    1/36

    (3) Implikasi Perubahan Struktur Ekonomi

    Menambahkan Peluang Pekerjaan

    Perubahan struktur ekonomi daripada sekto pertanian kepada sektor perkilangan

    telah banyak mewujudkan peluang pekerjaan yang baru. Sektor perkilangan telahmenjadi penyumbang yang utama dalam jumlah guna tenaga di Malaysia.

    Meningkatkan Keluaran Negara

    Sektor perkilangan mendatangkan pendapatan yang tinggi kepada kerajaan.Eksport hasil keluaran sektor perkilangan telah meningkat dari tahun ke tahun.Peningkatan ini telah memberikan sumbangan yang besar kepada keluaran negara.

    Mengurangkan Kadar Kemiskinan

    Pembangunan ekonomi yang pesat akibat daripada perubahan struktur ekonomitelah mengurangkan kadar kemiskinan di kalangan penduduk. Hal ini demikiankerana pembangunan ekonomi telah banyak menyediakan peluang pekerjaankepada rakyat. Ekoran daripada itu, pendapatan penduduk bertambah dan taraf hidup meningkat.

    Dapat Mengatasi Masalah Kejatuhan Harga Komoditi

    Langkah kerajaan mempelbagaikan ekonomi telah meningkatkan jenis-jenis barangyang dieksport. Hal ini dapat mengatasi masalah kejatuhan harga komoditi keranakejatuhan harga sesuatu komoditi akan dapat diganti dengan komoditi yang lain.

    Peningkatan Penghijrahan Penduduk Desa Ke Bandar

    Perkembangan sektor kedua telah banyak menawarkan peluang-peluang pekerjaankepada penduduk di bandar-bandar. Hal ini telah menarik ramai belia berhijrah ke

    bandar untuk mencari rezeki.

  • 8/8/2019 tutorial ekonomi malaysia

    2/36

    Kesan Perubahan Struktur Ekonomi NegaraUsaha kerajaan mengubah struktur ekonomi Negara telah mewujudkan pelbagai implikasi. Terangkan implikasi2 tersebut.Perubahan struktur ekonomi negara membawa kesan positif kepada gunatenaga dan pendapatan negara.1.pelaburan asing-sektor perindustrian menarik kemasukan pelabur asing untuk menanam modal -pelabur asing turut membawa kemajuan teknologi seperti teknik baru, modal,kemahiran pemasaran dan pengurusan-kerajaan menggalakkan kemasukan pelaburan asing dengan(a)Akta Galakan Pelaburan 1968 (b)memberi taraf perintis(c)mengadakan kawasan zon perindustrian (d)menubuhkan MIDA(Lembaga Kemajuan Perindustrian) dan HICOM(Perbadanan Industri Berat Malaysia)2.perkembangan sektor perkilangan-perubahan struktur ekonomi membawa perkembangan sektor perkilangan seperti industri elektronik dan tekstil yang berorientasikan eksport -sektor perkilangan menjadi daya penggerak utama pertumbuhan ekonomi negara-ini membuka lebih peluang pekerjaan dan mengurangkan kadar pengangguran negara3.perkembangan sektor perkhidmatan-perkembangan sektor perkhidmatan disebabkan perkembangan ekonomi, peningkatan pendapatan dan taraf hidup serta penghijrahan penduduk ke sektor perkhidmatan-ini membawa kepada peningkatan permintaan terhadap perkhidmatan perhubungan,kewangan dan pentadbiran4.peluang pekerjaan-perubahan struktur ekonomi mewujudkan peluang pekerjaan baru-sektor kedua dan ketiga menjadi penyumbang utama gunatenaga

    5.peningkatan pendapatan negara-langkah memperbagaikan ekonomi dan galakan industri penggantian import mengurangkan import barangan dan menambahkan eksport negara-ini mengurangkan pertukaran asing dan meningkatkan pendapatan negara6.peningkatan taraf hidup-perkembangan sektor kedua dan ketiga mewujudkan banyak peluang pekerjaan-ini menambahkan pendapatan penduduk dan meningkatkan kuasa beli penduduk -maka taraf hidup juga meningkat

  • 8/8/2019 tutorial ekonomi malaysia

    3/36

    Rancangan (Ekonomi) Malaysia Kelima:

    a. Huraikan pencapaian Rancangan Malaysia Kelima ke arah kemajuan negara darisegi pertanian dan perindustrian.

    b. Jelaskan kesan Rancangan Ekonomi secara umum ke atas Ekonomi Malaysia.

    a. 1. Rancangan Malaysia Ke-5 ialah:

    - Dasar pertanian Negara - pertanian berkelompok pemulihan tanaman danternakan.- Projek pemulihan dan pembukaan tanah- Taraf hidup petani dipertingkatkan

    2. Sektor Perindustrian.

    - Kajian Dasar Perindustrian Malaysia- Menyemak dan mengubahsuai dasar Perindustrian- Pelan Induk Perindustrian (PIP) - strategi memajukan perindustrian- Mengenalpasti industri khas untuk dimajukan dengan lebih giat.

    - Industri pembuatan -> Proton Saga

    3. Pihak swasta digalakkan memajukan pelancongan.

    4. Tubuhkan Perbadanan Pelancongan Malaysia.

    b. Kesan-kesan.

    1. Pembaruan ekonomi di antara tahun 1956 -1990.

    2. Sebelum 1963 - tumpuan ke atas pembangunan luar bandar. Selepas 1963 -tumpuan atas mempelbagaikan pertanian dan perindustrian.

    3. DEB membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat. Kadarkemiskinan 1970 - 49.3% dan 1990 - 16%.

  • 8/8/2019 tutorial ekonomi malaysia

    4/36

    4. Projek pembukaan tanah 1971-1987 - 775,138 hektar tanah dibuka untuk

    menempatkan 92,000.

    5. Eksport meningkat 1970 - 12% + 1990 - 60%.

    6. Sektor pembuatan 1970 - 29%, 1988 - 41.6%.

    7. Sektor perdagangan 1970 - 36.7%, 1988 - 75.4%.

    8. Hak milik dalam syarikat oleh warga Malaysia 1970 - 36.7%, 1988 - 75.4%.

    Dasar Pertanian Negara (1984)

    i. Dasar pertanian Negara bermaksud usaha untuk meningkatkan pendapatansektor pertanian ke paras maksimum melalui penggunaan sumber -sumber negara

    yang cekap.

    ii. Sektor pertanian digiatkan sebagai sumber ekonomi negara yang penting.

    2. Usaha memodenkan pertanian yang berasaskan perdagangan khususnya dikalangan pekebun kecil.

    1. Objektif:

    - meningkatkan pendapatan petani.- meningkatkan daya pengeluaran petani.

    - peranan yang giat dalam kemajuan negara.- meningkatkan pengeluaran dan mutu bahan eksport.

    2. Strategi:

    - pembukaan tanah baru untuk tanaman eksport oleh FEL DA.

    3. Pekebunan berkelompok atau koperatif.

  • 8/8/2019 tutorial ekonomi malaysia

    5/36

    4. Tingkatkan daya pengeluaran getah (pekebun kecil - RISDA)

    5. Tingkatkan pendapatan kaum nelayan dengan menubuhkan Lembaga

    Kemajuan Ikan Malaysia.

    6. Rancangan Pembangunan Wilayah dan pembukaan bandar baru digiatkanmelalui badan tertentu - KEJORA, DARA, KETENGAH dan KESEDAR.

    7. Pemasaran FAMA.

    8. Perkhidmatan bimbingan oleh RISDA, MARA, Jabatan Pertanian dll.

    9. Memulihkan tanah terbiar - tanam tanaman kontan oleh FELCRA.

    10. Penglibatan sektor swasta dengan menswastakan projek seperti projek ternak

    air di Puchong.

    Rancangan Perindustrian Malaysia sebelum 1980 dan strategi -strategi dalam

    pelan induk perindustrian.

    Rancangan Perindustrian Malaysia sebelum 1980 mempunyai beberapakelemahan:

    1. Kegiatan perusahaan 1960an - 1970an tidak memuaskan. Ini kerana mutubarangan tidak memuaskan, oleh itu tidak dapat bersaing di pasaranantarabangsa.

    2. Sebab kelemahan ialah tahap teknologi yang digunakan masih rendah danpekerja tempatan kurang mahir menggunaka n teknologi baru.

    Kelemahan-kelemahan itu cuba diatasi dengan pengenalan Pelan Induk

    Perindustrian (PIP)

    1. PIP bertujuan mengemukakan cara-cara untuk meningkatkan pertumbuhanperusahaan supaya berkembang lebih pesat lagi dan menjadikan Malaysia negara

  • 8/8/2019 tutorial ekonomi malaysia

    6/36

    perindustrian.

    2. PIP menentukan bahawa perusahaan negara mesti berasaskan sektorperkilangan. Kilang-kilang digalakkan guna sumber asli negara.

    3. PIP menggalakkan penyelidikan dan pembangunan teknologi tempatan untukmengurangkan pergantungan negara ter hadap teknologi luar.

    4. Dasar Perindustrian Berat telah dilaksanakan melalui penubuhan HICOM

    (Perbadanan Industri Berat Malaysia) - pengeluaran barangan, khidmat golonganserta pekerja mahir.

    5. Hasil perusahaan diharap mengambilalih tempat bahan mentah pertanian

    sebagai sumber pendapatan negara.

    Dasar Penswastaan dan Pensyarikatan Malaysia?

    a.1. Sebab-sebab.

    i. mengurangkan dan mengawal pertumbuhan serta saiz sektor awam.ii. mengurangkan beban kewangan dan pentadbiran kerajaan.iii. meningkatkan mutu perkhidmatan.

    iv. mempercepatkan pembangunan ekonomi negara menerusi pelaburan.

    2. Cara-cara.

    i. secara sebahaigan-sebahagian sahaja hak milik kerajaan dipindahkan ke sektorswasta. Contoh: Sy. Airo Sendirian Bhd.

    ii. Penswastaan secara terpilih - sebahagian sahaja perkhidmatan kerajaan yang

    diswastakan. Contoh: Dermaga Kontena Pelaburan Kelang.

    iii. Penswastaan bercorak perniagaan tetapi hak milik masih dipunyai olehkerajaan. Contoh: TEN (Tenaga Nasional).

  • 8/8/2019 tutorial ekonomi malaysia

    7/36

    iv. Penswastaan bercorak kontrak - penswastaan pembakaran sampah DBKL.

    v. Penswastaa secara pajakan - contoh: penswastaan tempat meletak kereta.

    b.1. Tujuan.

    i. Wujudkan kerjasama dan persefahaman antara sektor awam dengan sektorswasta.

    ii. Untuk berkongsi dan bertukar maklumat antara sek tor awam dan sektorswasta.

    2. Persyarikatan Malaysia bererti Malaysia dianggap sebagai sebuah syarikat yangdimiliki bersama oleh kerajaan dan swasta.

    3. Usaha untuk membangunkan negara ditanggung bersama oleh kerajaan danswasta.

    4. Dasar ini akan menghapuskan salah faham antara sektor awam dan sektor

    swasta.

    USAHA PEMBANGUNAN SEPADU

    a. Dasar Halacara Baru.b. Dasar Peningkatan Daya Pengeluaran Negara.

    c. Dasar Kependudukan.

    a.1. Dasar Halacara Baru dalam pembangunan kampung dan luar bandar dilanc aruntuk meningkatkan pendapatan penduduk luar bandar dan melibatkan mereka

    dalam pelaburan.

    2. Terdapat 3 strategi:

  • 8/8/2019 tutorial ekonomi malaysia

    8/36

    i. mengelompokkan kampung -kampung supaya kemudahan dapat disalurkan.

    ii. menambahkan pendapatan penduduk melalui industri kampung.

    iii. agensi kerajaan menjalankan projek di luar bandar dengan peruntukankerajaan.

    b.1. Dilaksanakan untuk:

    i. memastikan perkembangan ekonomi yang berterusan.ii. memastikan sumber negara digunakan sepenuhnya.iii. mengukuhkan asas perindustrian supaya dapa t bersaing di pasaranantarabangsa.

    2. Dilaksanakan dengan cara:

    i. membaiki sistem dan organisasi.ii. menggunakan teknologi terbaru.iii. menerapkan etika kerja yang baik.

    c.1. Dilaksanakan untuk meningkatkan jumlah penduduk menjadi 70 juta dalamtempoh 15 - 20 tahun.

    2. Sebab-sebab:

    i. menyediakan tenaga kerja yang mencukupi untuk pembangunan negara.ii. mewujudkan pasaran yang luas bagi barangan keluaran tempatan.

    INTEGRASI NASIONAL:

    1. Rukun Negara diisytiharkan pada 31 Ogos 1971.

    2. Ia merupakan ideologi - garis panduan hidup kepada rakyat Malaysia.

  • 8/8/2019 tutorial ekonomi malaysia

    9/36

    3. Masyarakat Malaysia - masyarakat majmuk perlu mempunyai satu identiti dankebudayaan.

    4. Sejarah lalu di mana British dan Jepun tidak menggalakkan perpaduan hinggaberlaku peristiwa 13 Mei 1969.

    5. Oleh itu Rukun Negara menjadi asas perpaduan rakyat di negara ini.

    b.1 Rukun Negara menggariskan cita -cita murni untuk mewujudkan satumasyarakat Malaysia yang bersatu, demokratik, adil, liberal dan progresif.

    2. Cita-cita murni yang hendak dicapai ialah:

    A.i. rakyat dapat hidup dengan aman dan sejahtera.ii. rakyat perlu taat setia kepada raja dan negara.

    iii. rakyat perlu berbangga dan sama -sama memajukan negara.

    B. Masyarakat demokratik

    i. rakyat diberi kebebasan memilih kerajaan.

    ii. Kerajaan yang amanah dan menjalankan pemerintahan mengikutperlembagaan negara dapat menjamin hak asasi rakyat.

    iii. Hak asasi orang Melayu terjamin oleh Perlembagaan dan perlu diterima olehsemua kaum.

    C. Masyarakat liberal

    i. rakyat berbilang kaum beb as mengamalkan kebudayaan masing -masing.ii. rakyat mengamalkan kebudayaan kebudayaan yang berteraskan kebudayaan

    Melayu.

    D. Masyarakat yang adil

  • 8/8/2019 tutorial ekonomi malaysia

    10/36

    i. kemakmuran negara dapat dinikmati bersama.

    ii. Setiap rakyat dapat meningkatkan dirinya dari segi ekonomi , politik dan sosial.

    E. Masyarakat Progresif

    i. Memperolehi ilmu pengetahuan tanpa melupakan aspek rohaniah.ii. bertanggungjawab membentuk kemakmuran negara.iii. berasaskan sains dan teknologi dalam membina ekonomi.

    DASAR DAN SISTEM PENDIDIKAN NEGARA.

    .1 Semasa zaman British, British mengamalkan dasar laissez -faire denganmembiarkan tiap-tiap sistem persekolahan itu berkembang mengikut haluanmasing-masing.

    2. Empat jenis persekolahan iaitu Melayu, Cina, Tamil dan Inggeris.

    3. Sukatan pelajaran yang berbeza

    - sukatan sekolah Cina, Tamil dan Inggeris berdasarkan negeri asal.- sekolah Melayu mementingkan pengajaran 3M dan agama.

    4. Matlamat yang berbeza

    - Sekolah Melayu: Para pelajar dilatih menjadi petani dan nelayan yang lebih baik

    - sekolah rendah sahaja.

    - Sekolah Tamil - menarik lebih ramai pekerja ke Tanah Melayu untuk memenuhikekurangan pekerja sekolah rendah sahaja.

    - Sekolah Cina - persediaan untuk sekolah menengah dan tinggi satu asas

  • 8/8/2019 tutorial ekonomi malaysia

    11/36

    kehidupan.

    - Sekolah Inggeris - persediaan untuk pelajaran tinggi di seberang laut. Kelulusanmenyebabkan kakitangan pentadbiran negeri.

    5. Bahasa pengantar yang berbeza

    - bahasa Inggeris bahasa rasmi- sekolah Melayu, Cina dan Tamil bahasa sendiri

    b.1 Penyata Razak 1956 cuba mengatasi kelemahan y ang wujud semasapentadbiran Inggeris dengan cara:

    i. Dua jenis sekolah - sekolah Rendah Kebangsaan (SRK), Sekolah Rendah JneisKebangsaan (SRJK).

    Sekolah Rendah Kebangsaan menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasapengantar. Bahasa Inggeris diwajibkan.Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan - bahasa Inggeris, Cina atau Tamil sebagaibahasa pengantar.

    ii. Sukatan yang sama untuk semua sekolah.

    iii. Satu jenis sekolah menengah - bahasa Melayu dan bahasa Inggeris diwajibkan.

    iv. Sekolah Menengah dibahagi 3 perin gkat:

    - sekolah menengah rendah (3 tahun)

    - sekolah menengah atas (2 tahun)- sekolah pra universiti (2 tahun)

    - lulus dalam peperiksaan masuk sekolah menengah

    v. Dikelolakan oleh Penguasa Pelajaran Tempatan dan jemaah Pengurus Sekolah.

    - Oleh kerana syor-syor Penyata Razak ini dikeluarkan selepas pemerintahanInggeris, ia dijadikan asas sistem pendidikan di negara kita.

  • 8/8/2019 tutorial ekonomi malaysia

    12/36

    c. Syor-syor Penyata Rahman Talib

    1. Pelajaran rendah percuma diberikan mulai tahun 1962.

    2. Umur persekolahan pelajar dilanjutkan daripada 12 tahun ke 15 tahun.

    3. Pelajar yang gagal ke sekolah menengah ditawarkan kursus kemahiran selama 3tahun di sekolah lanjutan.

    4. Bagi memupuk semangat kebangsaan nama sekolah Umum dan sekolahKebangsaan Umum ditukar kepada Sekolah Kebangsaan d an Sekolah JenisKebangsaan.

    5. Kurikulum dan peperiksaan sekolah diselaraskan antara sekolah -sekolahtersebut.

    6. Pengetahuan Agama Islam akan diajar jika terdapat sekurang -kurangnya 15orang pelajar Islam.

    7. Bahasa Cina & Tamil akan diajar jika terda pat 15 percubaan daripada ibu bapa.

    Dasar luar Malaysia selepas kemerdekaan.

    * Selepas merdeka - semasa pimpinan Perdana Menteri Tengku Abdul Rahman1957-1970, dasar luar Malaysia mementingkan isu -isu kewujudan Malaysia, saling

    bergantung dengan negara-negara lain, masalah konfrantasi, tuntutan Filipina keatas Sabah, pembentukan ASA, MAPHILINDO dan penglibatan Malaysia dalam

    PBB* Dalam era ini, Malaysia dilihat sebagai anti -komunis dan pro-Barat.

    * Terdapat banyak faktor yang mempengaruhi dasar luar T .Melayu. Antara faktortersebut ialah:a. Faktor ekonomi.* Malaysia bergantung kepada sumber ekonomi seperti minyak, b.timah, k.sawit,

  • 8/8/2019 tutorial ekonomi malaysia

    13/36

    getah dan lain-lain, Ini menyebabkan Malaysia mempunyai hubungan

    perdagangan untuk pasaran.b. Faktor sejarah.* Majoriti penduduk adalah beragama Islam - kehendak pengundi Islam diberi

    perhatian oleh kerajaan.* Pendirian pengundi Islam diberi perhatian - untuk gubal dasar luar.c. Faktor penduduk.* Masyarakat majmuk - dasar luar yang pentingkan perpaduan anti komunis danhormat hak asasi manusia.

    d. Kedudukan negara dari sejarah dan geografi (strategik).* Laluan perdagangan.e. Kepimpinan.* Dasar yang anti komunis.

    * Bantuan dari Barat untuk menentang komunis.* Contoh Perjanjian Pertahanan dengan Britain 1957.f. Struktur Politik Negara.

    * Demokrasi berparlimen diamalkan oleh negara.* Pentingkan kebebasan dan kemakmuran rakyat.* Menentang penindasan politik dan ekonomi.g. Keselamatan Negara.

    * Dasar hubungan baik dengan semua negara.* Contoh dalam menentang ancaman komunis.h. Hubungan Diplomatik.* Dengan negara-negara yang mempunyai pelbagai ideologi kecuali komunis.

    * Dapat eratkan kerjasama sosial-ekonomi dan politik.i. Keadaan politik serantau.* Memainkan peranan dalam perbincangan untuk menyelesaikan konflik diKampuchea.

    Kesimpulan:

    * Dasar luar Malaysia telah dipengaruhi oleh faktor -faktor dalaman dan luaran* Dasar luar Malaysia berubah dari masa kesemasa mengikut kepimpinan negara.

    1

  • 8/8/2019 tutorial ekonomi malaysia

    14/36

  • 8/8/2019 tutorial ekonomi malaysia

    15/36

    W iki: Rancangan Malaya Pertama

    R ancangan Malaya Pertama (1956 - 1960) ialah rancangan pembangunan ekonomi pertama yang dirangka kerajaan Persekutuan TanahMelayu (Malaya). Melalui rancangan 5 tahun ini, pembangunan negara menjadi

    sistematik dan teratur selepas merdeka. Rancangan ini diikuti oleh RancanganMalaya Kedua .

    Rancangan Malaya Pertama dilaksanakan dengan matlamat utama:

    1. Memajukan sektor luar bandar 2. Mempelbagaikan sumber negara supaya tidak terlalu bergantung pada sektor

    ekonomi.

    Dua buah agensi kerajaan telah ditubuhkan iaitu;

    1. Rural & Industrial Development Authority ( RIDA ) - 19532. Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA)

    Pengurusan RIDA (kemudiannya MARA) dan FELDA diletakkan di bawahkementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar.

  • 8/8/2019 tutorial ekonomi malaysia

    16/36

    R ancangan Malaya Pertama (1956 - 1960) ialah rancangan pembangunan ekonomi pertama yang dirangka kerajaan Persekutuan TanahMelayu (Malaya). Melalui rancangan 5 tahun ini, pembangunan negar a menjadisistematik dan teratur selepas merdeka. Rancangan ini diikuti oleh RancanganMalaya Kedua .

    Rancangan Malaya Pertama dilaksanakan dengan matlamat utama:

    1. Memajukan sektor luar bandar 2. Mempelbagaikan sumber negara supaya tidak terlalu bergantung pada sektor

    ekonomi.

    Dua buah agensi kerajaan telah ditubuhkan iaitu;

    1. Rural & Industrial Development Authority ( RIDA ) - 19532. Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA)

    Pengurusan RIDA (kemudiannya MARA) dan FELDA diletakkan di bawahkementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar.

    R ancangan Malaya Kedua (R MK ) 1961 - 1965 mempunyai matlamat dan tujuanyang sama seperti Rancangan Malaya Pertama iaitu memajukan penduduk luar

    bandar untuk merapatkan jurang perbezaan antara kawasan bandar dan luar bandar.

    Matlamat RMK adalah:

    1. meningkatkan taraf hidup penduduk luar bandar 2. menggalak kepelbagaian tanaman pertanian dan kegiatan perusahaan di luar

    bandar 3. menyedia lebih banyak kemudahan sosial untuk kawasan luar bandar 4. menambah peluang pekerjaan.

    R ancangan Malaysia Pertama (RMK1) adalah rancangan pembangunan ekonomiyang pertama dilaksanakan sesudah tertubuhnya Malaysia . Rancangan

    pembangunan ekonomi selama lima tahun (1966 -1970) ini membabitkan seluruh

  • 8/8/2019 tutorial ekonomi malaysia

    17/36

    Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak . Objektif RMK1 adalah untuk menjagakebajikan seluruh rakyat, dan meninggikan taraf hidup kawasan luar bandar terutamanya di kalangan mereka yang berpendapatan rendah.

    Rancangan ini mempunyai objektif seperti:

    1. memajukan ekonomi seluruh negara demi kebajikan rakyat dan seterusnyamengeratkan perpaduan rakyat.

    2. meningkatkan pendapatan penduduk yang miskin.3. membangunkan ekonomi luar bandar.4. mempertingkatkan lagi usaha ke arah mempelbagaikan ekonomi negara.5. mengurangkan pengangguran .6. memajukan sektor perindustrian.

    1. Tumpuan kepada sektor pertanian dan pembangunan luar bandar

    Antara tumpuan khusus RMK1 adalah memajukan sektor pertanian untuk memperkaiki sosio ekonomi penduduk luar bandar. Sejumlah RM450 jutadiperuntukkan dengan 25% daripadanya untuk pembangunan luar bandar dan

    pertanian.

    FELDA , agensi yang ditubuhkan untuk membangunkan sosio ekonomi penduduk luar bandar, telah membuka banyak projek tanah sehingga tahun 1966

    antaranya Segitiga Jengka di Pahang, Projek Pahang Tenggara dan Projek Johor Tenggara . Projek-projek ini berjaya meningkatkan taraf hidup para petani sertamenambah peluang pekerjaan dan mengurangkan pengangguran di luar bandar.

    Antara agensi yang ditubuhkan sepanjang RMK1 adalah:

    y FELCRA ditubuhkan pada tahun 1966 untuk memulih dan memajukan projek tanah kerajaan.

    y MARDI ditubuhkan pada tahun 1969 u ntuk membuat penyelidikan tentang pemasaran dan pengeluaran hasil tanaman kecuali getah.

    Di bawah RMK1, tanaman-tanaman seperti kelapa sawit, koko dan tebu telahditanam dengan lebih luas lagi.

    2 . Pembangunan industri dan masyarakat pedagang bumiputera

    RMK1 menyaksikan penubuhan Majlis Amanah Rakyat (MARA) (distruktur semula dari Rural Industrial Development Authority atau RIDA) yang ditugaskan

    bagi memajukan, menggalakkan, memudahkan serta menjalankan pembangunan

  • 8/8/2019 tutorial ekonomi malaysia

    18/36

    pendidikan, ekonomi dan kemasyarakatan dalam persekutuan dan khususnyadalam kawasan-kawasan luar bandar. Dengan tertubuhnya MARA, pedagang dan

    pengusaha bumiputera boleh mendapat bantuan kewangan dengan lebih mudahselain daripada institusi kewangan lain seperti bank.

    Kerajaan juga meningkatkan kemudahan pengangkutan dan perhubungan sertamewujudkan lebih banyak kawasan industri seperti Tampoi , Petaling Jaya , BatuTiga , Prai di Semenanjung Malaysia dan Bintawa di Sarawak;serta Likas dan Kepayang di Sabah.

    3. Peristiwa berdarah

    RMK1 dilihat tidak begitu berjaya dalam mewujudkan keseimbangan ekonomiantara kaum dan wilayah. Kekurangan pelaburan dalam modal insan gagal untuk meningkatkan pendapatan keluarga luar bandar. Di Semenanjung Malaysia, 90%isi rumah hanya mendapat kurang dari RM100 sebulan dan mereka kebanyakannya

    berada di luar bandar dan berbangsa Melayu [1]

    Keadaan ini menyebabkan ketidakpuasan hati antara kaum dan tercetus peristiwa13 Mei 1969 . Peristiwa ini menyaksikan rusuhan kaum kerana perasaan tidak puashati orang Melayu kerana masih lagi ketinggalan dalam bidang ekonomi dan

    pendidikan.

    R ancangan Malaysia Kedua (R MK 2 ) (1971 - 1975) merupakan satu rancangan pembangunan ekonomi yang diperkenalkan oleh kerajaan Malaysia dengan sasaranmelaksanakan Dasar Ekonomi Baru (DEB). Tujuan rancangan ini diwujudkanadalah untuk menyusun semula masyarakat dan mengurangkan penguasaankaum Cina dan orang-orang asing dalam sektor ekonomi di Malaysia sekaligusmemperbaiki kedudukan ekonomi orang-orang Melayu .[1]

  • 8/8/2019 tutorial ekonomi malaysia

    19/36

    Kepelbagaian tanaman diperkenalkan semasa Rancangan Malaysia Kedua,menggantikan getah dengan kelapa sawit .

    RMK2 menggantikan Rancangan Malaysia Pertama (RMP) yang mempunyaitujuan sama iaitu menangani masalah kemiskinan di kalangan orang-orangMelayu. Namun begitu, RMP dilihat kurang berjaya mengatasi isu kemiskinan ini,sehinggakan masalah ini menjadi salah satu penyebab berlakunya Peristiwa 13Mei pada tahun 1969 apabila rusuhan kaum tercetus di Kuala Lumpur .

    Pelaksanaan RMK2 dilihat oleh sesetengah golongan sebagai berlebih -lebihandalam usahanya meningkatkan penglibatan orang-orang Melayu di dalam ekonomi.Kerajaan kemudiannya mengurangkan penekanan terhadap penstrukturan semula

    sosio-ekonomi apabila rancangan ini berakhir.Isi kandungan:

    1. Latar belakang

    Walaupun orang-orang Melayu membentuk kumpulan majoriti di kalanga n penduduk Malaysia , penguasaan ekonomi mereka tidak setara dengan kedudukan

  • 8/8/2019 tutorial ekonomi malaysia

    20/36

    tersebut. Pada tahun 1970, golongan Bumiputera hanya memiliki sekitar 1.9%daripada ekonomi Malaysia, manakala golongan bukan Melayu (kebanyakannyaorang-orang Cina) mengawal sekitar 37.4 % dan selebihnya dipegang oleh orang-orang asing. [2]

    Berikutan ketaksamaan ini, Perkara 153 Perlembagaan Malaysia menuntutkerajaan menyediakan kuota bagi pengagihan biasiswa dan jawatan dalam perkhidmatan awam memperbaiki kedudukan ekonomi orang -orang Melayu.

    Namun, RMP dlihat telah gagal menangani masalah ketidakseimbangan ekonomiini. [2] Dasar-dasarnya juga menghasilkan ketidakpuasan hati masyarakat bukanMelayu yang rata-ratanya menyokong parti-parti pembangkang, yang lebihmenyenangi pengurangan atau pemansuhan tindakan afirmatif bagi golonganBumiputera, sewaktu pilihan raya umum 1969.

    Sebuah perarakan kemenangan dianjurkan pada 12 Mei oleh penyokong-

    penyokong pembangkang yang membawa kepada perhimpunan balas padakeesokan harinya oleh Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), sebuah

    parti utama di dalam gabungan Parti Perikatan yang memerintah ketika itu. Namun begitu, perhimpunan itu berubah menjadi rusuhan yang berlangsung selama duahari. Sumber-sumber rasmi meletakkan jumlah kematian sekitar 200 orang. Ada

    pihak-pihak lain yang memberikan anggaran yang lebih besar manakala beribu -ribu yang lainnya (kebanyakan daripadanya ialah orang -orang Cina) kehilangantempat tinggal.

    Perintah darurat diisytiharkan dan Parlimen digantung. Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) dibentuk bagi memerintah Malaysia sehingga tahun 1971,apabila Parlimen bersidang semula. [3]

    Semasa berkuasa, MAGERAN melaksanakan DEB dengan tujuan utamamembasmi kemiskinan di samping menyingkirkan "pengenalan kaum mengikut

    peranan ekonomi" melalui sebuah "ekonomi yang pesat berkembang". Selain itu,DEB mensasarkan pegangan ekonomi bumiputera sehingga 30% di dalam

    jangkamasa 20 tahun. [3] Malah sebuah Rangka Rancangan Jangka Panjangdibentuk dengan tujuan yang sama seperti DEB. Kedua-duanya disusun supayatamat pada tahun 1990, manakala RMK2 diluluskan oleh Parlimen dengan tujuankedua-dua polisi ini. [2]

    2 . Penstrukturan semula ekonomi

    RMK2 meningkatkan penglibatan kerajaan di dalam ekonomi dengan sasaranutama menambah pegangan ekonomi orang-orang Melayu terutamanya di dalam

    bidang pengeluaran dan pelombongan. [2] Bagi mengelak daripada menyekat pegangan ekonomi kaum Cina, rancangan ini memfokuskan perkembanganekonomi yang lebih besar, supaya pada masa yang sama pegangan ekonomi kedua -

  • 8/8/2019 tutorial ekonomi malaysia

    21/36

    dua kumpulan Melayu dan bukan Melayu dapat dikembangkan berdasarkannilai mutlak selain meninggikan pegangan Melayu dalam nilai relatif. [2]

    Sejumlah M$7.36 bilion telah diperuntukkan untuk RMK2. Walaupun peruntukanini lebih rendah berbanding RMP (M$10.5 bilion), rancangan ini berhasrat

    mencapai pengurangan kemiskinan yang lebih besar dan mempertingkat penglibatan orang-orang Melayu di dalam sektor swasta dengan mengenakan beberapa kekangan terhadap syarikat-syarikat persendirian yang akan menerimamanfaat daripada guna tenaga dan pegangan ekonomi orang-orang Melayu. [1]

    Ketika rancangan ini diumumkan, golongan bukan Melayu memiliki, menurut kataseorang pengulas, "monopoli secara langsung terhadap guna tenaga perusahaandan perdagangan persendirian", dan bertumpu di kawasan-kawasan bandar. Tetapi,kepentingan-kepentingan asing mengawal hampir kesemua perusahaan -perusahaanmoden termasuk sektor perkilangan, perbankan, kewangan, getah dan timah.Orang-orang Melayu sebahagian besarnya terlibat di dalam pekerjaan luar bandar seperti menanam padi , menangkap ikan, mengerjakan ladang-ladang getah ataukelapa sawit secara kecil-kecilan dan sebagainya. Mereka langsung tidak terlibat didalam pekerjaan golongan kolar putih seperti perkeranian dan hanya di

    perkhidmatan awam sahaja dimana 80% daripada pekerjaan di sektor inidijamin untuk bumiputera mereka menduduki jawatan-jawatan atasan.

    Kebanyakan ahli bagi sesetengah kerjaya seperti perubatan dan guaman terdiridaripada bukan Melayu. Malangnya, dasar kerajaan, seperti yang digariskan didalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan, tampak mengekang penglibatanorang-orang Melayu di dalam sekor swasta kerana memberi mereka keutamaan disektor awam. Pengangguran di kalangan semua kaum juga amat berleluasa,kebanyakannya diakibatkan kekurangan pendidikan, dengan 70% daripada 275,000

    penganggur berdaftar pada tahun 1970 berumur sekitar 15 hingga 25 tahun. Semuainilah yang dijadikan sasaran kerajaan untuk diubah melalui perlaksanaan DEBdan RMK2. [2]

    Agensi-agensi kerajaan berikut telah ditubuhkan bagi memenuhi sasaran kerajaandi dalam RMK2:

    y Lembaga Padi dan Beras Negara (LPN) - berfungsi untuk menentukan harga padi yang berpatutan supaya petani dapat menambah hasil pengeluaran

    mereka.y Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) - berperanan memaju industri

    perikanan dan menggalakkan nelayan menggunakan teknologi moden.y Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) -

    ditugaskan memberi bantuan kewangan dan galakan kepada pekebun- pekebun kecil getah.

  • 8/8/2019 tutorial ekonomi malaysia

    22/36

    Agensi kerajaan lain seperti FELDA meneruskan usaha dalam pembukaan tanahdan penempatan baru di negeri Kedah , Terengganu , Johor dan Sabah . Projek-

    projek pengairan juga telah dilaksanakan seperti di Sungai Muda , Kedah , SungaiKemubu , Kelantan dan di Sungai Kinabatangan , Sabah .

    3.

    Pengindustrian

    Beberapa agensi kerajaan yang ditubuhkan sebelum pelancaran RMK2 telahmeningkatkan penglibatan mereka di dalam ekonomi negara sepanjang

    perlaksanaan rancangan ini. Agensi-agensi terbabit termasuklah LembagaKemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA) dan Majlis Amanah Rakyat (MARA).Beberapa lagi agensi pula ditubuhkan semasa RMK2 seperti Perbadanan

    Nasional (PERNAS), Perbadanan-perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri (PKEN)dan juga Perbadanan Pembangunan Bandar (UDA). [2]

    PERNAS ditubuhkan bagi membeli perniagaan-perniagaan dan menyertai syarikatkerjasama dengan sektor swasta selain membangunkan industri-industri perintisyang akan dipegang sehingga golongan Melayu memiliki modal yang mencukupi

    bagi mengambil alihnya kelak. Sehingga akhir perlaksanaan RMK2, PERNASmemiliki lapan syarikat dengan pegangan 100% yang terlibat di dalam bidanginsurans, perdagangan, pembinaan, hartanah, kejur uteraan, sekuriti dan

    perlombongan. Syarikat kerjasama juga ditubuhkan dengan pihak swasta bagimembangunkan perusahaan perlombongan, pengkontenaan, pelancongan dan

    perundingan. [2]

    Parlimen turut meluluskan Akta Penyelarasan Perindustrian 1975 (Akta 156)sewaktu RMK2 yang memerlukan kesemua syarikat pengeluaran baru denganM$100,000 atau 25 atau lebih pekerja diberi lesen oleh Menteri Perdagangan danIndustri . Bagi mendapatkan lesen tersebut setiap syarikat perlu memenuhi

    beberapa syarat yang ditetapkan oleh kementerian itu, yang boleh berubah -ubah.Pengeluar-pengeluar berketurunan Cina amat tidak senang dengan pengenalan akta

    baru ini kerana mereka telah beroperasi sebelum ini dengan kawalan yangminimum dari kerajaan.

    Walau bagaimanapun, kerajaan menyatakan bahawa akta tersebut tidak dirancanguntuk mendatangkan masalah bagi sesetengah kumpulan dan meneruskan

    perlaksanaannya. Menurut akta ini, syarikat-syarikat swasta dibahagikan kepada

    tiga kumpulan, iaitu syarikat-syarikat yang diluluskan selepas 1 Januari 1972 ,syarikat-syarikat yang diluluskan sebelum itu dan syarikat -syarikat yang beroperasitanpa lesen. Kesemua syarikat yang tertakluk di bawah akta tersebut dimestikanmenghantar satu rancangan atau cadangan kepada kementerian bagi mencapaisasaran jangka panjang pemilikan syarikat sebanyak 30% bagi orang -orang Melayudan selebihya bagi bukan Melayu. Cadangan yang diterima kemudiannya dipilihmenjadi garis panduan bagi menjalankan kegiatan syarikat. [2]

  • 8/8/2019 tutorial ekonomi malaysia

    23/36

    Sehingga RMK2, sektor perusahaan hanya bertumpu di pantai barat SemenanjungMalaysia . Rancangan baru ini seterusnya membentuk kawasan perindustrian di

    pantai timur bagi mengekang masalah perpindahan penduduk dari desa ke bandar.Pantai timur sebenarnya kurang membangun berbanding kawasan pantai barat.

    Menjelang 1975, kegiatan pengeluaran membentuk sebanyak 16%daripada keluaran dalam negara kasar (KDNK) Malaysia, iaitu kurang satu peratusdaripada sasaran RMK2. Sektor ini berkembang dengan perlahan pada tahun 1975akibat kelembapan ekonomi sejagat pada tahun itu. Hal ini berbeza dengan

    pertumbuhan 15% yang dicapai pada tahun 1974 yang melebihi sasaran sebanyak 12.5% setahun seperti yang dicadangkan oleh RMK2. Makanan, kelua ran-keluarankayu dan kimia membentuk majoriti sektor perusahaan ini. Pertumbuhan ketarasektor pengeluaran sepanjang tempoh ini telah dikaitkan dengan usaha -usahakerajaan menubuhkan kawasan perdagangan bebas. Pada tahun 1974, kawasan -kawasan tersebut telah diumumkan di negeri-negeri PulauPinang ,Selangor dan Melaka . Perusahaan yang terdapat di kawasan-kawasan inikebanyakannya berasasakan elektronik, keluaran getah dan tekstil. [2]

    Pada awal RMK2, sektor swasta menggaji kebanyakannya pekerja dari golongan berketurunan Cina.Tetapi, mereka tidak memiliki pegangan hak milik sebenar di dalam perusahaan moden.

  • 8/8/2019 tutorial ekonomi malaysia

    24/36

    4 . Perlombongan

    Sehingga lewat 1970-an, Malaysia merupakan pengeluar utama bijih timah denganmembekalkan sekitar 40% kepada negara-negara bukan komunis di seluruh dunia.Walau bagaimanapun, simpanan bijih timah semakin berkurangan. Sumbangan

    sektor perlombongan kepada KDNK negara ini pula diramalkan jatuh sehingga13% sepanjang RMK2 kerana berkurangnya simpanan bijih timah dan besi .Tetapi, bauksit dan tembaga terus menyumbang kepada sektor ini di awal 1970 -an.Penglibatan kaum Melayu di dalam perlombongan adalah sangat berkurangan dansekitar 70% daripada sektor ini masih dikawal oleh orang-orang asing. [4] Inimerupakan warisan zaman penjajahan British.

    Banyak syarikat British, yang tiba pada kurun ke -19 untuk mengeksploit sumber dan hasil galian asli Malaysia masih belum beredar. Penglibatan masyarakatMelayu di sektor ini diburukkan lagi dengan kecenderungan pihak British padakurun ke-19 membawa masuk buruh-buruh Cina yang murah dan hampir kesemua

    pekerja di lombong hingga lewat 1970 -an ialah orang-orang Cina. [5]

    Petroleum dan minyak mentah mula menyumbang dengan ketara ke dalam ekonomiMalaysia pada dekad 1970-an ketika pelantar dan loji penapis minyak yang barudibina. Menjelang 1975, jumlah pengeluaran minyak mentah dicatat sekitar 90,000tong sehari (14,000 m/h) dan kesemuanya oleh syarikat minyak Shell . Pada tahun1974, hak eksklusif untuk memiliki, mengkaji dan mengeksploitasi petroleum diMalaysia diberikan kepada syarikat milik kerajaan iaitu PETRONAS . Tahun

    berikutnya, Petronas dianugerahkan hak tunggal ke atas pemasaran dan pengagihankesemua keluaran petroleum dan peruntukan untuk mengawal syarikat -syarikat

    lain tanpa memiliki kepentingan hak milik di dalamnya tetapi melalui terbitan pegangan-pegangan pengurusan kepada Petronas. [6]

    Jumlah orang-orang Melayu yang terlibat di dalam sektor perlombonganmeningkat bermula pada tahun 1970 ketika kerajaan melaksanakan dasar-dasar merombak sistem ekonomi negara. Semasa RMK2 dimulakan, kurang daripada200,000 orang-orang Melayu diambil bekerja di dalam industri perlombongan.Menjelang tahun 1990, jumlah itu mencecah sehingga sejuta orang melebihi

    jumlah yang disasarkan pada asalnya. [7]

    Lesen-lesen melombong diperuntukkan khas kepada orang -orang Melayu sebagai

    usaha menambah pegangan mereka di dalam industri ini.[8]

    Kerajaan tampak berusaha keras meninggikan pegangan Bumiputera itu dengan memiliknegarakan beberapa syarikat perlombongan yang pernah dimiliki orang -orang asing.Menjelang 1989, perbadanan milik kerajaan mengawal sekitar 60% keseluruhanindustri perlombongan. [9] Kerajaan juga dibantu oleh faktor pengeluaran petroleumyang kemudiannya melebihi galian lain. Oleh kerana Petronas merupakan syarikatmilik kerajaan, ia juga dianggap sebagai perusahaan Bumiputera. Namun, amalan

  • 8/8/2019 tutorial ekonomi malaysia

    25/36

    kerajaan ini telah dikritik dengan hujah bahawa syarikat-syarikat milik kerajaanadalah kepunyaan semua orang dan bukan hanya Bumiputera.

    5 . Pertanian

    RMK2 meneruskan usaha-usaha di bawah rancangan lima tahun sebelum ituseperti Rancangan Lima Tahun Pertama Malaya. Walaupun perbelanjaan bagi pembangunan lain telah meningkat mencecah M$1 juta, dana untuk pembangunanluar bandar juga ditambah. RMK2 menumpukan kepada usaha mempelbagaikantanaman di Malaysia. Rancangan Buku Hijau dilancarkan pada tahun 1974 dengantujuan mengurangkan kebergantungan Malaysia terhadap import makanan denganmenggalakkan petani-petani menanam sayur-sayuran sepeti kacang

    panjang , cili dsb. dan menternak haiwan . Keperluan aktiviti pertanian lainseperti baja , benih dan racun perosak pula diberi subsidi.

    Penanaman dwimusim padi digalakkan supaya pesawah boleh menuai padi duakali setahun sekaligus meningkatkan pengeluaran mereka. [10][11][12] LembagaPertubuhan Peladang ditubuhkan pada tahun 1973 bagi menyelaras kerjasamadalam sektor perladangan di antara persatuan-persatuan peladang dan agensi-agensi kerajaan. [13]

    Pertumbuhan sektor peladang-peladang kecil dipandang penting dalam membuka peluang pekerjaan dan mengurangkan kadar kemiskinan di luar bandar. Oleh itu, beberapa agensi kerajaan seperti Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA)telah meluaskan saiz program pembangunan mereka. Pihak Berkuasa KemajuanPekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) telah ditugaskan mempelbagaikanladang-ladang pekebun kecil. Malah RISDA sendiri telah menetapkan satu sasaranuntuk membangunkan kawasan sejumlah 150,000 ekar (610 km ) sewaktu RMK2.

    Dasar utama seterusnya ialah rancangan mempelbagaikan sektor perladangandengan penanaman kelapa sawit . Ekonomi Malaysia sebelumnya terlalu

    bergantung kepada getah. Pada waktu puncaknya, Tanah Melayu (SemenanjungMalaysia ) mengeluarkan hampir separuh daripada keperluan getah sedunia. Walau

    bagaimanapun, Zaman Meleset sekitar 1930-an telah menyebabkan harga getah jatuh merudum dan secara langsung memberi kesan mendalam terhadap ekonominegara ini. Maka, kerajaan berhasrat untuk mengelak daripada insiden sama

    berulang kembali dengan mempelbagaikan sektor perladangan. Sungguhpun

    begitu, RISDA dilihat telah melampaui batas kemampuannya dalam percubaanmengambil semula tanah secara tergesa-gesa dan kemudiannya dibangunkansebagai ladang kelapa sawit. Menjelang penghujung RMK2, hanya 40,000 ekar (160 km ) sahaja telah dibangunkan dengan separuh daripadanya ialah ladangkelapa sawit. [14][15]

    Dasar kemajuan tanah dan penempatan semula yang dijalankan oleh kerajaan,walau bagaimanapun, telah gagal untuk memberi kesan positif terhadap masalah

  • 8/8/2019 tutorial ekonomi malaysia

    26/36

    kemiskinan di luar bandar. Kerajaan hanya berjaya menempatkan semula sejumlah40,000 orang meskipun dianggarkan sejumlah 535,000 keluarga yang terlibat didalam usaha tani hidup di bawah paras kemiskinan. Akibat kelemahan program itu,orang yang mendapat faedah daripada rancangan ini tidak selalunya datangdaripada golongan yang benar-benar memerlukannya.

    Sesetengah pihak juga mengatakan bahawa proses rumit penempatan semula dan pembangunan kawasan baru diberi penekanan lebih berbanding meningkatkandaya pengeluaran ladang-ladang dan kebun-kebun sedia ada. Hal ini seterusnyadirumitkan oleh Perlembagaan Malaysia yang meletakkan kawalan ke atas halehwal tanah kepada kerajaan negeri sekaligus memerlukan kerajaan persekutuan

    berunding dengan setiap kerajaan negeri satu -persatu. Keluarga bukan Melayu dikawasan luar bandar juga tidak menerima faedah ini kerana PerlembagaanPersekutuan memberi peruntukan khas sebahagian kawasan sebagai tanahsimpanan bagi orang-orang Melayu dan ini menghalang kerajaan menerima masuk golongan bukan Melayu ke dalam program ini. [16]

    Pengusaha-pengusaha sawah padi digalakkan menuai padi dua kali setahun. Untuk tujuan itu, kerajaanmembantu dengan menggalakkan penggunaan teknologi jentera.

    Walaupun RMK2 telah memodenkan negeri-negeri jelapang padi seperti Kedah dan Perlis (sepertimenggantikan kerbau dengan jentera membajak), bukan semua pengusaha kecilmenerima manfaat teknologi ini. Di dalam sektor pertanian korporat, orang -orang

    Melayu hanya memiliki pegang an sekitar 0.3% berbanding 70.8% yang dimilikioleh kepentingan asing. Berbeza pula keadaanya di dalam sektor bukan korporatyang menyaksikan orang-orang Melayu mengawal sekitar 47.1%. Disebabkankekurangan modal, kebanyakan pengusaha-pengusaha Melayu masih terlibat didalam kegiatan berdaya rendah apabila RMK2 tamat. [17]

  • 8/8/2019 tutorial ekonomi malaysia

    27/36

    6 . Kesihatan

    RMK2 meneruskan inisiatif sebelum ini dalam meningkatkan nilai pemakananmelalui beberapa program. Program terbabit termasuklah galakan menanammakanan berkhasiat, panduan pemakanan dan perancangan hidangan, selain

    peruntukan makanan bagi kumpulan-kumpulan yang kekurangan zat makanan.Sungguhpun begitu, rancangan ini dirumitkan dengan kekurangan kakitangan perubatan. [18]

    Walaupun perancangan keluarga ditetapkan sebagai sasaran negara pada tahun1964, usaha-usaha menggalakkannya dihambat oleh pengabaian kerajaan.Kebanyakan berita kejayaan yang dicapai oleh Lembaga Perancang Keluarga

    Negara berlaku sewaktu Rancangan Malaysia Pertama (RMP) dari tahun 1966 -1970. RMK2 berhasrat menambah 600,000 pengguna baru kaedah perancangankeluarga tetapi kemudahan dan kakitangan tidak diendahkan. [19] Yang ironiknya,

    pada tahun 1984, Perdana Menteri Malaysia Mahathir bin Mohamad secara efektif meninggalkan polisi perancangan keluarga dengan melancarkan Dasar Kependudukan Negara yang mensasarkan jumlah penduduk Malaysia pada tahun2100 mencapai 70 juta orang.

    7. Pendidikan

    Walaupun pendidikan di Malaysia hampir dipinggirkan sewaktu RMK2 yangmemihak kepada rancangan penstrukturan sosio-ekonomi, beberapa usaha pentingdijalankan sepanjang tempoh ini. [20] Pada tahun 1970, bahasa Melayu sebagai

    bahasa kebangsaan, dijadikan bahasa perantaraan dalam proses pengajaran dan

    pembelajaran dari peringkat rendah hingga ke pengajian tinggi,menggantikan bahasa Inggeris . Peperiksaan kebangsaan yang sebelum ini berpandukan peperiksaan di Britain digantikan dengan peperiksaan tempatan dan banyak buku teks dalam bahasa Melayu diterbitkan. Menjelang tamatnya tempohrancangan ini, hampir kesemua sekolah aliran bahasa Inggeris telah diubahsuaiuntuk mengajar kurikulum berasaskan bahasa Melayu. [21]

    Pada tahun 1973, Pusat Perkembangan Kurikulum ditubuhkan. Misi utamanyaialah menyelaras projek merombak kurikulum yang sebelum ini dikendalikan oleh

    beberapa jabatan kerajaan. Pusat ini juga bertindak merombak kurikulam sains danmatematik selain memulakan usaha baru meneliti kurikulum sains -sains

    kemasyarakatan. [22]

    RMK2 juga berharap untuk meningkatkan peluang pengajian dan latihan dalam bidang vokasional dan teknikal. Walaupun ada beberapa percubaan, kemajuandalam usaha memperbaiki kurikulum hanyalah sedikit sahaja. Hal ini berlakukerana penumpuan lebih diberikan terhada usaha memberikan peluang pendidikanumum yang langsung tidak membuka ruang untuk lati han vokasioal dan teknikal.

    Namun begitu, beberapa sekolah teknik dan vokasional telah didirikan sepanjang

  • 8/8/2019 tutorial ekonomi malaysia

    28/36

    tempoh RMK2, tujuh daripadanya disiapkan pada tahun 1975. Adalah diharapkanusaha ini dapat mengurangkan masalah pengangguran terutamanya di kalangan

    belia. [23]

    8 . Pengangkutan

    RMK2 bercita-cita memodenkan jaringan kereta api di Malaysia yang dianggapoleh kerajaan sebagai penting bagi usaha-usaha pembangunan dan juga sektor

    perusahaan. Semua kereta api diubahsuai bagi menggunakan bahan bakar yanglebih efisyen, iaitu diesel dan kerajaan meninggikan peruntukan bagi

    penyenggaraan dan pemodenan prasarana kereta api ini. Penekanan diberikankhususnya terhadap usaha-usaha menaiktaraf gerabak sedia ada, laluan danlandasan kereta api serta kemudahan baik pulih. [24]

    Perkhidmatan udara juga dikembangkan di bawah rancangan ini yang memberi peruntukan membeli peralatan kawalan pelbagai cuaca dan trafik malam selainlatihan bagi kakitangan teknikal. RMK2 turut menyaksikan Penerbangan Malaysia -Singapura dipisahkan menjadi Sistem Penerbangan Malaysia (MAS)dan Penerbangan Singapura (SIA). [25]

    Sewaktu RMK2 juga pengkontenaan diperkenalkan di Malaysia bagimempertingkat perkhidmatan pengangkutan. Rancangan ini menuntut penubuhansebuah syarikat logistik kebangsaan bagi mengendalikan pengangkutan darat.Maka, pada bulan Ogos 1971, syarikat Kontena Nasional Berhad telah ditubuhkan.Pada bulan Disember tahun yang sama pula, M. V. Benavon menjadi kapalkontena pertama yang berlabuh di Malaysia, iaitu di Terminal Utara PelabuhanKlang di Selangor. [26]

    Ketika RMK2 terdapat dua buah pelabuhan di Malaysia. iaitu satu di PulauPinang dan satu lagi di Klang . Rancangan ini menggariskan usaha menubuhkandua buah pelabuhan baru di Semenanjung Malaysia. Tempat yang dipilihialah Johor Bahru di Johor dan Kuantan di Pahang . Dua objektif utama projek

    pembinaan ini ialah untuk memenuhi peningkatan permintaan te rhadap pengangkutan laut dan membawa pembangunan kepada negeri-negeri yang kurangmembangun. Pelabuhan Johor siap dibina pada tahun 1977, manakala PelabuhanKuantan mula beroperasi pada tahun 1984. [27]

    9. Warisan

    Pada penghujung RMK2 kadar kemiskinan mencatatkan pengurangan daripada49% kepada 43%. Kadar pengangguran pula berkurangan sebanyak 0.1% kepada7.4%. Peningkatan ketara bagi penglibatan Bumiputera di dalam sektor swasta jugadicatatkan. Peratusan Bumiputera yang diambil bekerja di dalam sektor

    pengeluaran bertambah daripada 29% kepada 33%, sektor perdagangan pulamencatatkan peningkatan 24% kepada 34%. Pegangan hak milik Bumiputera pula

  • 8/8/2019 tutorial ekonomi malaysia

    29/36

    berlipat ganda daripada 3% kepada 7.8%. Sungguhpun begitu, rekod ini masih belum dianggap sebagai membanggakan oleh banyak pihak, lebih -lebih lagikemajuan itu berlaku disebabkan pegangan syarikat perusahaan kerajaan. [28]

    Walaupun rancangan ini pada awalnya mensasarkan pertumbuhan KDNK

    sebanyak 12.5% setahun, hanya purata 11% berjaya dicatatkan. Pertumbuhan itusangat tidak sekata. Pada tahun 1973 KDNK tumbuh sebanyak 27% manakala pada tahun 1975 pula ia hanya berkembang sebanya 3% berikutan kemelesetanekonomi dunia pada masa itu. [29] Meskipun kerajaan berusaha menangani

    pengangguran dengan mencipta 600,000 pekerjaan baru sewaktu RMK2, jumlah penganggur sebenarnya semakin meningkat di antara tahun 1970 dan 1975. Padatahun 1970, terdapat 275,000 penganggur m anakala pada tahun 1975 pulasebanyak 324,000 orang direkodkan. [30]

    RMK2 juga terpaksa menghadapi masalah yang tidak dijangkakan, iaitu inflasi . Diantara tahun 1972 dan 1975, indeks harga pengguna (IHP) meningkat di luar

    jangkaan sebanyak 40%. Kadar purata inflasi pula sekitar 18% pada tahun 1974tetapi menurun kepada 7% pada tahun 1975. [31] Permasalahan baru seperti inidipertimbang oleh kerajaan semasa merancang Rancangan Malaysia Ketiga(RMK3).

    Sektor perladangan dipelbagaikan melalui galakan kerajaan kepada pekebun-pekebun kecil menggantikangetah dengan kelapa sawit.

    Satu lagi kesan mendalam RMK2 ialah usaha-usaha mempelbagaikan tanaman. Disebalik kegagalan RISDA memenuhi sasarannya, industri kelapa sawit di Malaysiaterus berkembang. Menjelang tahun 1998, kelapa sawit merupakan penyumbangkedua terbesar kepada KDNK Malaysia, di belakang keluaran elektronik .

    Keseluruhannya, RMK2 lebih berjaya berbanding dengan rancangan -rancangansebelumya dalam menangani ketaksamarataan dari segi ekonomi. Namun begitu,

    penekanan lebih bagi meningkatkan kedudukan orang-orang Melayu telahmembimbangkan golongan bukan Melayu. Apabila RMK3 pula dilancarkan,kerajaan telah mengurangkan penekanan ini sebaliknya memberi tumpuan terhadap

    pertumbuhan ekonomi lebih rancak yang akan memberi manfaat kepada semua pihak. [2]

    Dasar Ekonomi Baru (DEB) merupakan satu program sosioekonomi diMalaysia yang diperkenalkan pada tahun 1971 olehPerdana Menteri Tun Abdul Razak Dato' Hussein . Matlamat tersurat DEB adalahuntuk mencapai perpaduan negara dan integrasi nasional dan ia telah digubaldalam konteks strategi serampang dua mata untuk:

  • 8/8/2019 tutorial ekonomi malaysia

    30/36

    y mengurangkan dan akhirnya membasmi kemiskinan dengan meningkatkan pendapatan dan menambah peluang-peluang pekerjaan untuk semua rakyatMalaysia tanpa mengira kaum; dan

    y mempercepatkan proses penyusunan semula masyarakat Malaysia untuk memperbetulkan ketidak seimbangan ekonomi supaya dapat mengurang dan

    seterusnya menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi.

    Dasar ini telah digantikan dengan Dasar Pembangunan Nasional (DPN) pada 1991 .Walaupun begitu elemen-elemen dasar ini masih lagi wujud dan akan digantisecara beransur-ansur apabila bumiputera sudah mempunyai keyakinan diri. [1]

    R ancangan Malaysia Ketiga (R MK3 ) dijalankan dalam tahun 1976-1980 semasa

    tempoh Dasar Ekonomi Baru (DEB) berlangsung. RMK3 mempunyai matlamatyang sama dengan RMK2 iaitu membasmi kemiskinan dan menyusun semulamasyarakat.

    Isi kandungan: 1. Tumpuan utama 2. Kesan 3. Lihat juga

    1. Tumpuan utama

    RMK3 masih memberi tumpuan kepada bidang pertanian yang dilihat sebagaisalah satu cara untuk merapatkan jurang ekonomi penduduk luar bandar dan

    penduduk bandar. Rancangan ini menyaksikan pembukaan bandar baru dan pembangunan tanah dipergiatkanantaranya KEJORA , DARA , KETENGAH dan KESEDAR . Bandar-bandar baru inidibina menjelang akhir tempoh RMK3 iaitu 1980 dan pad a masa itu terdapatsebanyak 28 buah bandar baru di kawasan rancangan pembangunan tanah.

    Tanaman getah dan kelapa sawit juga telah dipertingkatkan dengan tujuan ekspot.

    2 .Kesan

    RMK3 berjaya meningkatkan kadar perkembangan ekonomi kepada 8.6% setahun.Keluaran dalam negara kasar (KDNK) juga telah meningkat daripada RM12.308

    bilion pada tahun 1970 kepada RM26.88 bilion pada 1980. Kadar pengangguran juga telah jatuh kepada 5.3%.

  • 8/8/2019 tutorial ekonomi malaysia

    31/36

    Penyertaan bumiputera dalam bidang pengurusan teknikal dan kemahiran telah bertambah. Kadar kemiskinan jatuh kepada 29.2% dengan kadar kemiskinan luar bandar jatuh kepada 38% berbanding 59% pada tahun 1970.

    R ancangan Malaysia Ketiga (R MK3 ) dijalankan dalam tahun 1976-1980 semasa

    tempoh Dasar Ekonomi Baru (DEB) berlangsung. RMK3 mempunyai matlamatyang sama dengan RMK2 iaitu membasmi kemiskinan dan menyusun semulamasyarakat.

    Isi kandungan: 1. Tumpuan utama 2. Kesan 3. Lihat juga

    1. Tumpuan utama

    RMK3 masih memberi tumpuan kepada bidang pertanian yang dilihat sebagaisalah satu cara untuk merapatkan jurang ekonomi penduduk luar bandar dan

    penduduk bandar. Rancangan ini menyaksikan pembukaan bandar baru dan pembangunan tanah dipergiatkanantaranya KEJORA , DARA , KETENGAH dan KESEDAR . Bandar-bandar baru inidibina menjelang akhir tempoh RMK3 iaitu 1980 dan pada masa itu terdapatsebanyak 28 buah bandar baru di kawasan rancangan pembangunan tanah.

    Tanaman getah dan kelapa sawit juga telah dipertingkatkan dengan tujuan ekspot.

    2 . Kesan

    RMK3 berjaya meningkatkan kadar perkembangan ekonomi kepada 8.6% setahun.Keluaran dalam negara kasar (KDNK) juga telah meningkat daripada RM12.308

    bilion pada tahun 1970 kepada RM26.88 bilion pada 1980. Kadar pengangguran juga telah jatuh kepada 5.3%.

    Penyertaan bumiputera dalam bidang pengurusan tekn ikal dan kemahiran telah bertambah. Kadar kemiskinan jatuh kepada 29.2% dengan kadar kemiskinan luar bandar jatuh kepada 38% berbanding 59% pada tahun 1970.

    R ancangan Malaysia Kelima (

    R MK

    5) (1986-1990) merupakan rancangan limatahun ekonomi yang terakhir untuk merealisasikan aspirasi Dasar Ekonomi

    Baru yang genap 20 tahun pada tahun 1990. Penekanan utama RancanganMalaysia Kelima adalah untuk meningkatkan sektor perindustrian denganmelonggarkan peraturan mengawal hak milik syarikat dan perlesenan dalam sektor swasta. Selain itu, syarat pelaburan modal asing dilonggarkan untuk meningkatka n

    pelaburan sektor perindustrian berorientasikan eksport. Pada masa yang sama,

  • 8/8/2019 tutorial ekonomi malaysia

    32/36

    kerajaan berusaha meningkatkan kecekapan pengurusan agensinya agar dapat bekerjasama dengan sektor swasta dengan lebih berkesan.

    Isi kandungan: 1. Kawasan luar bandar

    2. Pelancongan 3. Pembuatan 4. Pautan luar

    1. Kawasan luar bandar

    Pembangunan kawasan luar bandar terus diberikan perhatian. Pengunaan tanahdengan lebih cekap dititikberatkan supaya dapat menyumbangkan kepada

    pertumbuhan ekonomi Negara. Industri desa yang berpontensi seperti kraf tangandigalakkan. Untuk kemudahan tersebut, kredit dan insentif telah diperluaskan,misalnya, melalui Bank Pertanian Malaysia , Skim Pinjaman Khas Pertanian danAmanah Ikhtiar Malaysia.

    2 . Pelancongan

    Sektor pelancongan menjadi perusahaan penting dalam tempoh RancanganMalaysia Kelima. Penubuhan Perbadanan Pelancongan Malaysia merancakkan lagiindustri pelancongan terutama dengan pelancaran Tahun Melawat Malaysia padatahun 1990. Satu lagi penekanan Rancangan Malaysia Kelima adalah dalam bidang

    penyelidikan dan pembangunan. Bidang ini dimajukan untuk meningkatkankeupayaan dan kecekapan guna tenaga tempatan untuk meningkatkan produktivitinegara.

    3. Pembuatan

    Sektor pembuatan terus diberi perhatian terutama untuk tujuan pemasaran dalamnegara dan antarabangsa misalnya penghasilan kereta PROTON .

    4 . Pautan luar

    y Laporan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kelima

    R ancangan Malaysia Kesembilan (R MK9 ) merupakan rancangan pembangunan Malaysia bagi tempoh 2006-2010. RMK9 dibentangkan olehPerdana Menteri Malaysia kelima, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi , diParlimen pada 31 Mac 2006 .

    Rancangan pembangunan lima tahun ini diumumkan setelah Malaysia melalui fasa15 tahun pertama semenjak Wawasan 2020 diumumkan oleh Perdana Menteriketika itu, Dr Mahathir Mohamad semasa membentangkan Rancangan Malaysia

  • 8/8/2019 tutorial ekonomi malaysia

    33/36

    Keenam pada tahun 1991. Seperti rancangan-rancangan pembangunan dahulu,RMK9 bermatlamat untuk terus memacu negara ke arah kemakmuran walaupunMalaysia menghadapi persekitaran dalam dan luar negara yang sukar seperti kesandari krisis kewangan Asia dan kenaikan harga minyak [1].

    RMK9 mempunyai 5 teras utama iaitu:1. Meningkatkan ekonomi dalam rantaian nilai lebih tinggi2. Meningkatkan keupayaan pengetahuan dan inovasi negara serta memupuk

    minda kelas pertama3. Menangani masalah ketidakseimbangan sosioekonomi yg berterusan secara

    membina dan produktif 4. Meningkatkan tahap dan kemampanan kualiti hidup5. Mengukuhkan keupayaan institusi dan pelaksanaan

    Isi kandungan:

    1. Isu-isu penting dalam RMK9 2. Kajian separuh penggal 3. Nota kaki 4. Pautan luar

    1. Isu-isu penting dalam R MK9

    1. 1. Pembangunan infrastruktur

    Kerajaan Malaysia memperuntukkan sejumlah besar wang untuk pembangunaninfrastruktur dalam tempoh RMK9 seperti Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI)di Johor yang diperuntukkan RM10 bilion. Selain dari itu:

    y RM3.5 bilion untuk membina dan menaik taraf jalany RM2 bilion untuk pembangunan industri bioteknologi (termasuk

    infrastruktur)y RM1 bilion untuk menaik taraf dan pembesaran Lapangan Terbang

    Antarabangsa Kota Kinabalu sebagai pusat penerbangan kos rendah keduadi Malaysia

    y Peruntukan untuk jambatan kedua dan monorail di Pulau Pinang.y Peruntukan untuk guru pelatih seban yak rm1 bilion

    2 . Kajian separuh penggal

    Berikut adalah laporan Kajian Separuh Penggal RMK9 seperti yang dibentangkanPerdana Menteri Malaysia di Parlimen pada 26 Jun 2008:

    Item 2007 2005 Kedatangan pelancong 21 juta 16.4 juta Perolehan dari pelancong RM46.1 bilion RM31.9 bilion Jumlah perolehan dari rawatan kpd pesakit dari luar negara RM457.5 juta - Jumlah jualan RM293.9 bilion RM198.1 bilion Nilai komoditi pertanian RM52.4 bilion

  • 8/8/2019 tutorial ekonomi malaysia

    34/36

    RM37.5 bilion Penetrasi Internet/100 isi rumah 19.3% 7% Pembinaan/menaik taraf jalan32,694 km - Bekalan air bersih luar bandar 300 sekolah - Bekalan elektrik sekolah luar

    bandar 100% di Sarawak, 72% di Sabah - Insiden kemiskinan tegar 0.7% 1.2% Pendapatan per kapita RM23,066 RM18,840 Defisit negara (% dari KDNK) 3.2% 3.6%

    Lain-lain:

    1. Pembinaan 32,000 rumah kos rendah2. 47 provisi di bawah Kod Tanah Kebangsaan untuk menambah baik

    pengurusan tanah3. Pemprosesan pasport dalam masa 24 jam

    3. Nota kaki

    1. Sejak pertengahan 1980an, harga minyak di NYMEX berada di bawahUS$25 setong sehingga September 2003. Beberapa peristiwa seperti

    pencerobahan Amerika Syarikat ke atas Iraq pada tahun 2003 menyebabkanharga minyak meningkat ke US$60 pada 11 August 2005, beberapa bulansebelum RMK9 dibentang.

    R ancangan Malaysia Kesepuluh (RMK10) merupakan rancangan lima tahun pembangunan Malaysia bagi tempoh 2011-2015. RMK10 dibentangkanoleh Perdana Menteri Malaysia ke-6, Datuk Seri Najib Razak , di Parlimen pada 10Jun 2010.

    Menurut Najib, RMK10 mengandungi aspirasi Program TransformasiKerajaan dan Model Ekonomi Baru yang berteraskan pendapatan tinggi,

    keterangkuman dan kemampanan.

    1. Lima teras

    RMK10 menggariskan lima teras strategik ke arah mencapai status negara berpendapatan tinggi dan maju menjelang 2020. Lima teras ini adalah:

    1. Meningkatkan nilai tambah dalam ekonomi negara2. Meningkatkan keupayaan pengetahuan dan inovasi serta memupuk minda

    kelas pertama3. Menangani ketidaksamaan sosioekonomi yang berterusan4. Meningkatkan tahap dan kemampanan kualiti hidup5. Mengukuhkan keupayaan institusi dan pelaksanaan Negara

  • 8/8/2019 tutorial ekonomi malaysia

    35/36

    Tabungan dalam negeri dapat ditingkatkan dan disalurkan secar cekap kepada sektor ekonomi yangproduktif terutamnay sektor pembuatan .

    Rancangan Malaysia Keenam (RMK-6: 1991-1995)

    Rancangan Malaysia Keenam (RMK-6) yang meliputi tempoh 1991-1995, merupakan fasa pertama pelaksanaan RangkaRancangan Jangka Panjang Kedua (RRJP2), 1991-2000. Dasar Pembangunan Nasional (DPN) yang terkandung dalamRRJP2 menetapkan keseluruhan objektif, strategi dan matlamat yang akan dijadikan panduan kepada pembangunannegara dalam tahun- tahun sembilan puluhan. RMK-6 menjelaskan strategi, program dan projek yang akan dibentukbagi mencapai objektif DPN.

    Teras utama RMK-6 ialah untuk mengekalkan pertumbuhan ekonomi di tahap yang tinggi dan menguruskannya denganberkesan bagi mencapai pembangunan ekonomi yang lebih seimbang. Penekanan kepada pembangunan seimbangadalah berdasarkan kepada kesedaran bahawa sungguhpun terdapatkemajuan dalam pertumbuhan ekonomi dan pengagihan, pertumbuhan yang mantap memerlukan asas ekonomi yanglebih luas.

    Strategi pembangunan seimbang merangkumi dasar-dasar untuk mempelbagaikan asas perindustrian, meningkatkanpembangunan sumber manusia, menggalakkan peningkatan teknologi dan mengurangkan ketidakseimbangan strukturdi antara sektor dan antara wilayah di negara ini. Jumlah peruntukan keseluruhan bagi rancangan ini adalah $1 04 bilioniaitu 56.8% untuk sektor ekonomi, 24.5% untuk sektor sosial, 15.35% untuk sektor pertahanan dan 3.4% untuk sektorpentadbiran.

    Strategi dan Pelaksanaan Program RMk-6

    Beberapa strategi telah dirangka untuk mencapai matlamat-matlamat Rancangan Malaysia Keenam (RMk-6). Antaranya,kecekapan daya saing ekonomi ditingkatkan di samping menggalakkan sektor swasta terus memainkan peranan utamadalam perkembangan ekonomi negara.

    Kerajaan akan meningkatkan hasil serta mengurangkan perbelanjaan yang tidak produktif dan menyegerakan programpenswastaan. Langkahlangkah yang lebih giat diambil bagi memperkukuhkan perkembangan pasaran kewangan danmodal supaya tabungan dalam negeri dapat ditingkatkan dan disalurkan secara cekap kepada sektor ekonomi yangproduktif terutamanya sektor pembuatan.

    Pencapaian RMK-6

    Prestasi ekonomi Malaysia dalam tempoh Rancangan Malaysia Keenam (RMK-6) adalah memberangsangkan. Asasekonomi yang kukuh ekoran daripada pelaksanaan dasar ekonomi makro yang teguh dan peningkatan daya saingnegara telah menyumbang kepada pencapaian pertumbuhan ekonomi yang tinggi dengan harga yang secara relatifnyalebih stabil.

    Ekonomi negara telah digerakkan oleh peningkatan pesat pelaburan swasta yang didorong oleh kemasukan pelaburanasing yang besar, tabungan dalam negeri yang tinggi dan kepesatan pelaksanaan program penswastaan. Sektor eksporttelah menunjukkan prestasi yang menggalakkan walaupun negara perindustrian utama mengalami pertumbuhan yanglembab dalam separuh pertama tempoh Rancangan.

    Bagi penilaian prestasi ekonomi makro, dalam tempoh RMEn, ekonomi negara telah mencatatkan pertumbuhan puratasebanyak 8.7 peratus setahun, mengatasi sasaran 8.1 peratus mengikut kajian separuh penggal serta sasaran asal RMEiaitu sebanyak 7.5 peratus. Pertumbuhan pesat ini telah dicapai beserta dengan kestabilan ekonomi makro.Pertumbuhan yang teguh ini sebahagian besarnya adalah hasil daripada permintaan dalam negeri yang berkembang

  • 8/8/2019 tutorial ekonomi malaysia

    36/36

    pada kadar 11.3 peratus setahun dan diperkukuhkan lagi dengan pemulihan ekonomi dunia pada akhir tempohRancangan. Pertumbuhan pesat ini, antara lain, telah meningkatkan pendapatan per kapita daripada RM6,099 padatahun 1990 kepada RM9,786 pada tahun 1995 dan telah menarik kemasukan pelaburan asing yang tinggi. Sektor swastamemainkan peranan utama dalam pembangunan ekonomi manakala sektor awam terus memainkan peranan sokongan yang aktif.

    Dalam tempoh RMEn, pengurusan pragmatik ekonomi makro telah meningkatkan kapasiti pengeluaran dan daya saingMalaysia. Kejayaan Malaysia mencapai pertumbuhan ekonomi yang tinggi secara berterusan beserta kestabilan hargaadalah hasil pelaksanaan dasar dan strategi ekonomi makro yang berkesan. Liberalisasi yang berterusan ke atasperaturan dan tatacara dengan disokong oleh suasana politik yang stabil telah mewujudkan persekitaran yang sesuaibagi meningkatkan pelaburan swasta. Malaysia telah berjaya membiayai pelaburan ini melalui tabungan dalam negeridan kemasukan Pelaburan Langsung Asing (FDI) yang tinggi.

    Usaha ke arah pembangunan perindustrian telah menghasilkan keluaran yang lebih berkualiti, meningkatkan kecekapandan daya saing eksport Malaysia. Sumber telah diperuntukkan bagi pembangunan sains dan teknologi (S&T),penyelidikan dan pembangunan (P&P) serta sumber manusia untuk meningkatkan produktiviti. Pasaran kewangan telahdiperkukuhkan dan ini telah memudahkan penggemblengan tabungan dalam negeri manakala pasaran modal pulatelah dimajukan untuk memenuhi pelbagai keperluan yang semakin meningkat bagi sebuah ekonomi yang menuju ketaraf perindustrian.

    Sektor pertanian juga turut mencatatkan kadar pertumbuhan purata sebanyak 2.0 peratus setahun manakalabahagiannya daripada KDNK terus berkurang sehingga ke tahap 13.6 peratus pada akhir tempoh Rancangan.Peningkatan pengeluaran sektor kecil kelapa sawit, ternakan dan perikanan telah menyumbang kepada pertumbuhansektor ini. Begitu juga dengan sektor perlombongan yang telah mencapai pertumbuhan purata sebanyak 2.9 peratussetahun iaitu lebih tinggi daripada sasaran 1.1 peratus, hasil daripada peningk atan pengeluaran gas dan kondensat iaituhasil sampingan gas.

    Keluaran sebenar ekonomi telah berkembang dalam tempoh RMK-6 dengan sebahagian besarnya diperolehi daripelaburan dalam infrastruktur fizikal, P&P, pendidikan dan latihan kemahiran disertai dengan kemasukan FDI yangbesar. Faktor ini juga telah meningkatkan sumbangan TFP sebanyak dua kali ganda iaitu daripada 1.2 peratus atau 17.9peratus daripada KDNK dalam tempoh 1971-1990 kepada 2.5 peratus atau 28.7 peratus daripada pertumbuhan KDNK

    dalam tempoh RMEn.

    Tahun terakhir RMEn itu sendiri merupakan tahun kelapan berturut-turut ekonomi negara mencapai pertumbuhanpesat, menjadikannya tempoh pertumbuhan paling rancak dan terpanjang yang pernah dinikmati sehingga kini. Lebihpenting lagi kadar pertumbuhan yang tinggi tersebut dicapai dalam suasana harga yang secara relatifnya stabil. Denganasas yang kukuh menjadi landasan perkembangan pesat ekonomi sedia ada disertai suasana sosial dan politik yangteguh, negara telah melangkah ke fasa kedua pembangunan di bawah RRJP2 dengan kemampuan yang lebih tinggiuntuk menghadapi cabaran semasa. Ianya juga menyediakan landasan bagi Kerajaan mempercepatkan pencapaianobjektif pertumbuhan seimbang sebagaimana yang termaktub di bawah Dasar Pembangunan Nasional (DPN) denganmatlamat utama mewujudkan sebuah masyarakat yang lebih adil dan bersatu padu.