Acuan Ekonomi Malaysia

32
ACUAN EKONOMI MALAYSIA MOHD ALIF HAIQAL BIN TARMIZI MOHD FADHLI BIN MOHD YAKOF

description

HUBUNGAN ETNIK - WAJ 3106 Slide ini membincangkan tentang sub-tajuk 'Acuan Ekonomi Malaysia' yang terkandung dibawah tajuk 4 iaitu 'Pembangunan Ekonomi Dalam Konteks Hubungan Etnik di Malaysia'

Transcript of Acuan Ekonomi Malaysia

Page 1: Acuan Ekonomi Malaysia

ACUAN EKONOMI

MALAYSIA

MOHD ALIF HAIQAL BIN TARMIZI

MOHD FADHLI BIN MOHD YAKOF

Page 2: Acuan Ekonomi Malaysia

PEN

GEN

ALA

N

Ekonomi Malaysia terbentuk

dengan ciri-ciri uniknya melalui

pengalaman dijajah oleh British.

Malaysia mengalami

pertumbuhan ekonomi yang

pesat sejak merdeka seiring

dengan perubahan struktur

ekonomi daripada sektor

pertanian kepada perindustrian.

Strategi yang diambil ialah

melaksanakan dasar

penggantian import dengan

menggunakan sumber-sumber

tempatan sebagai input dalam

kegiatan perindustrian tapi tidak

menggalakkan.

Page 3: Acuan Ekonomi Malaysia

Akibatnya, dasar tersebut diganti dengan dasar yang berorentasikan eksport mulai tahun 1970-an yang sebahagian besarnya bergantung kepada pelaburan asing untuk menyediakan modal,kepakaran peluang pekerjaan dan kesampaian barangan ke pasaran antarabangsa.

Perubahan ini mempengaruhi pertumbuhan pesat sektor pembuatan sehingga menjadi penyumbang utama kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sejak tahun 1980-an dengan mengambil alih sektor pertanian.

Page 4: Acuan Ekonomi Malaysia

Pertumbuhan sektor perindustrian berlaku seiring proses perbandaran yang membantu membekalkan tenaga buruh. Proses perbandaran yang pesat menggalakkan penghijraan tenaga buruh dari luar bandar ke bandar untuk mengisi peluang pekerjaan yang ditawarkan dalam sektor pembuatan, pembinaan dan perkhidmatan berlaku serentak dengan kemunculan sektor perindustrian sebagai sektor utama

Page 5: Acuan Ekonomi Malaysia

Perkembangan

Ekonomi pada Zaman

Penjajahan

Page 6: Acuan Ekonomi Malaysia

Sistem Residen diperkenalkan oleh British di negeri Melayu menandakan perubahan politik,sosial dan ekonomi. Langkah ini berjaya memulihkan kekacauan yang tercetus akibat daripada perebutan kuasa dalam kalangan pembesar Melayu.

Perubahan ini mewujudkan suasana yang membolehkan ekonomi Tanah Melayu berkembang dengan pesat dan seterusnya memberi peluang kepada British untuk mengubah ekonomi Tanah Melayu daripada pertanian sara diri kepada ekonomi bercorak komersil secara beransur-ansur.

Selain mendapat modal dari saudagar di Negeri-negeri Selat, British membawa masuk modal asing untuk dilaburkan dalam sektor ekonomi seperti perlombongan dan perladangan bagi tujuan eksport.

Page 7: Acuan Ekonomi Malaysia

Sistem Residen diperkenalkan oleh British di negeri Melayu menandakan perubahan politik,sosial dan ekonomi. Langkah ini berjaya memulihkan kekacauan yang tercetus akibat daripada perebutan kuasa dalam kalangan pembesar Melayu.

Perubahan ini mewujudkan suasana yang membolehkan ekonomi Tanah Melayu berkembang dengan pesat dan seterusnya memberi peluang kepada British untuk mengubah ekonomi Tanah Melayu daripada pertanian sara diri kepada ekonomi bercorak komersil secara beransur-ansur.

Selain mendapat modal dari saudagar di Negeri-negeri Selat, British membawa masuk modal asing untuk dilaburkan dalam sektor ekonomi seperti perlombongan dan perladangan bagi tujuan eksport.

Page 8: Acuan Ekonomi Malaysia

Terdapat beberapa aspek yang mempengaruhi perkembangan yang berlaku pada peringkat antarabangsa :

Keperluan memperoleh bahan mentah oleh negara perindustrian di Barat

Penggunaan kapal wap yang mengurangkan masa pelayaran serta pembukaan Terusan Suez (1869) yang memendekkan jarak dan masa pelayaran turut mempengaruhi perubahan ekonomi di Tanah Melayu.

Page 9: Acuan Ekonomi Malaysia

Kedudukan negeri-negeri Melayu yang kaya dengan sumber bahan mentah menarik kuasa Barat.

Pembukaan lebih banyak lombong bijih timah dan ladang getah serta penemuan beberapa sumber galian

Berlaku kemasukan tenaga buruh secara besar-besaran (China dan India)

Kemajuan dalam sistem pengangkutan dan perhubungan

Pembinaan jalan raya dan kereta api.

Page 10: Acuan Ekonomi Malaysia

Bagaimana Sistem

Residen Mempengaruhi

Ekonomi

Page 11: Acuan Ekonomi Malaysia

Pelaksanaan Sistem Residen membawa perubahan dan kemajuan dalam aspek ekonomi di Negeri-negeri Melayu. Pembangunan ekonomi berkembang pesat kerana Residen bertanggungjawab memajukan sumber ekonomi seperti perusahaan bijih timah dan pertanian.

Antara pertanian dagangan yang diperkenalkan ialah getah oleh Sir Hugh Low 1877. Pada tahun 1888 H.N.Ridley, memperkenalkan kaedah torehan getah iaitu sistem Tulang Ikan Hering. Penanaman kopi juga diperkenalkan di Perak dan Selangor.

Page 12: Acuan Ekonomi Malaysia

Residen mewujudkan satu sistem pungutan cukai dan hasil dalam negeri. Pembesar daerah tidak boleh mengutip cukai. Cukai diurus oleh pemungut cukai atau majistret. 

Memperkenalkan dasar tanah yang lebih liberal membolehkan pembukaan lombong bijih dan kawasan pertanian. Kerajaan mendapat sumber hasil daripada cukai. Contohnya, pada tahun 1890 W.E. Maxwell, Residen British di Selangor telah memperkenalkan peraturan tanah

Page 13: Acuan Ekonomi Malaysia

Undang-undang buruh yang longgar telah menggalakkan kemasukan buruh asing bekerja di sektor perlombongan dan pertanian dagangan. 

Memperkenalkan dasar ekonomi kapitalis dan sistem kewangan moden seperti penubuhan Chartered Bank 1875 di Taiping dan Kuala Lumpur. Pinjaman wang menggalakkan pelaburan di sektor ekonomi komersil. Contohnya, pemodal British semakin banyak membuka lombong di Lembah Kinta. Perkembangan pesat sektor perlombongan bijih timah berkait rapat dengan kemajuan dalam sistem pengangkutan. 

Page 14: Acuan Ekonomi Malaysia

Identifikasi Kaum

Mengikut Petempatan

dan Pekerjaan

Page 15: Acuan Ekonomi Malaysia

Penjajah British membiarkan orang Melayu kekal dalam kegiatan Pertanian.

Penjajah British lebih mementingkan jaminan supaya jentera ekonomi dapat bergerak dengan cekap dan teratur

Dasar PECAH DAN PERINTAH membentuk 3 kawasan petempatan berasingan antara Cina, Melayu dan India

Kaum bukan Melayu dapat melibatkan diri secara langsung dalam kegiatan ekonomi moden

Dasar British ini melahirkan satu masyarakat majmuk dan kepelbagaian budaya

Page 16: Acuan Ekonomi Malaysia

Ketidakseimbangan

Ekonomi antara Kaum

Page 17: Acuan Ekonomi Malaysia

Dasar British tidak membantu Melayu untuk menghadapi perubahan atau menyesuaikan diri dengan kehidupan ekonomi moden dan mereka meneruskan kegiatan ekonomi secara tradisional.

Kegiatan ekonomi moden seperti perdagangan, perlombongan dan perladangan lebih tertumpu di kawasan Pantai Barat Tanah Melayu

Akibatnya, jurang kemiskinan dalam kalangan rakyat semakin meluas

Page 18: Acuan Ekonomi Malaysia

Pola perbezaan ekonomi mengikut kaum ini menimbulkan masalah ekonomi yang tidak seimbang antara kaum Melayu dengan kaum bukan Melayu

Wujudlah kelembapan ekonomi pertanian dan memberi kesan kepada perkembangan peluang-peluang pekerjaan iaitu peluang pekerjaan gagal diwujudkan

Page 19: Acuan Ekonomi Malaysia

Ketidakseimbangan

Ekonomi Bandar dan

Luar Bandar

Page 20: Acuan Ekonomi Malaysia

Walapupun pihak British terlibat dalam membangunkan ekonomi Tanah Melayu, tetapi usaha tersebut hanya dijalankan untuk memelihara kepetingan mereka.

Menyebabkan kegiatan ekonomi tertumpu di negeri-negeri pantai barat yang kaya dengan sumber bahan mentah seperti bijih timah dan getah.

Akibatnya, negara mewarisi struktur ekonomi DWIEKONOMI

Page 21: Acuan Ekonomi Malaysia

DWIEKONOMI ialah keadaan ekonomi bersifat moden dan pesat membangun di kawasan bandar, lombong, ladang dan kawasan perdagangan di sepanjang pantai barat Tanah Melayu …

..dan pada masa yang sama,ekonomi yang bersifat tradisional dan sara diri serta berpusat di kawasan luar bandar terus wujud. Ini menyebabkan pembangunan ekonomi yang tidak seimbang antara wilayah.

Page 22: Acuan Ekonomi Malaysia

Negeri-negeri di pantai timur yang mempunyai bilangan penduduk yang sedikit dan sistem perhubungan yang terbatas tidak mengalami banyak perubahan.

Sebaliknya pembangunan dan pertumbuhan bandar-bandar lebih tertumpu di sepanjang pantai barat seperti di negeri Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Johor, khasnya di sekitar kawasan pengeluaran bijih timah dan getah

Page 23: Acuan Ekonomi Malaysia

Kesan yang paling serius ialah wujud jurang ekonomi antara kaum Melayu dengan bukan Melayu. Kebanyakan kaum Melayu tertumpu di luar bandar dan terlibat dalam kegiatan pertanian, manakala kaum bukan Melayu terlibat dalam kehgiatan ekonomi moden di kawasan bandar.

Page 24: Acuan Ekonomi Malaysia

Usaha Pemulihan

Ekonomi Selepas

Merdeka

Page 25: Acuan Ekonomi Malaysia

Selepas merdeka, kerajaan menekankan pembangunan negara di kawasan luar bandar. Kemerosotan harga getah akibat daripada persaingan getah tiruan memperlihatkan kelemahan struktur asas ekonomi ngara yang terlalu bergantung pada dua jenis komoditi utama iaitu getah dan bijih timah.

Page 26: Acuan Ekonomi Malaysia

Kerajaan mengambil langkah dengan mempelbagai asas ekonomi – kelapa sawit, koko, lada hitam dan kayu balak

.. Memberi tumpuan kepada eksport barang pembuatan, tkstil, makanan yang diproses dan keluaran hasil getah

Page 27: Acuan Ekonomi Malaysia

Dasar2 yang dilaksanakan ternyata tidak memadai untuk memenuhi matlamat mengurangkan pengangguran, mengagihkan pendapatan secara adil dan mengurangkan kadar kemiskinan.

Pada awal dekat 1970-an,dianggarkan hampir separuh daripada seluruh isi rumah di Semenanjung Malaysia berada di bawah garis kemiskinan dengan sebahagian besarnya tertumpu di luar bandar.

Page 28: Acuan Ekonomi Malaysia

Perubahan yang dilakukan selepas tahun 1970-an bertujuan mengubah struktur sosioekonomi yang diwarisi dari zaman penjajahan dengan melaksanakan dasar-dasar dan langkah-langkah yang lebih bersifat radikal untuk mencapai perpaduan kaum demi mewujudkan sebuah masyarakat yang bersatu padu di Malaysia

Page 29: Acuan Ekonomi Malaysia

Sekian !

Terima Kasih Daun Keladi …

… Lain Kali Bentang Lagi

Page 30: Acuan Ekonomi Malaysia

Sistem Residen diperkenalkan di Perak 1874 selepas Perjanjian Pangkor 20 Januari 1874. Sistem ini kemudian diperluaskan ke Selangor dan Sungai Ujung 1874 pada tahun 1875 dan Pahang 1888. 

Sistem Residen merupakan satu sistem pemerintahan secara tidak langsung Kerajaan British di Tanah Melayu. Mengikut Sistem Residen, Residen ialah seorang Pegawai British yang dilantik sebagai penasihat sultan dalam semua perkara kecuali yang berkaitan dengan agama Islam dan adat istiadat Melayu. 

Page 31: Acuan Ekonomi Malaysia

Kolonialisme adalah sebuah istilah terhadap sistem yang merujuk kepada pengembangan kekuasaan sebuah negara ke atas wilayah dan manusia serta masyarakat di luar batas negaranya, selalunya pihak atau kuasa yang mengamalkan konsep Kolonialisme dalam mengembangkan empayarnya akan mencari dominasi ekonomi dari sumber daya kerja, tenaga kerja, dan nilai perdagangan dan pasaran wilayah tersebut selain dari faktor muka bumi dan kekayaan sumber asli dan bahan mentah

Page 32: Acuan Ekonomi Malaysia

Istilah ini juga merujuk kepada suatu himpunan keyakinan yang digunakan untuk melegitimasikan atau mempromosikan sistem ini, terutama kepercayaan bahawa moral dari pihak pengkoloni lebih hebat daripada pihak yang dikoloni.

Pendukung dari kolonialisme berpendapat bahawa hukum kolonial menguntungkan negara yang dikolonikan dengan mengembangkan infrastruktur ekonomi dan politik yang diperlukan untuk pemodernisasian dan demokrasi.