Tutorial Minggu 7.pptx

18
Soalan Tutorial Minggu 7 Bincangkan tentang komponen bahasa lisan berikut: fonologi,semantik, sintaksis, morfologi dan pragmatik . Huraikan bagaimana kemahiran guru dalam melaksanakan pentaksiran bahasa reseptif dan ekspresif dapat membantu guru merancang intervensi murid pemulihan. Sila sertakan contoh bahan pentaksiran yang digunakan.

Transcript of Tutorial Minggu 7.pptx

Bincangkan tentang komponen bahasa lisan berikut: fonologi,semantik, sintaksis, morfologi dan pragmatik . Huraikan bagaimana kemahiran guru dalam melaksanakan pentaksiran bahasa reseptif dan ekspresif dapat membantu guru merancang intervensi murid pemulihan. Sila sertakan contoh bahan pentaksiran yang digunakan.

Soalan Tutorial Minggu 7Bincangkan tentang komponen bahasa lisan berikut: fonologi,semantik, sintaksis, morfologi dan pragmatik .Huraikan bagaimana kemahiran guru dalam melaksanakan pentaksiran bahasa reseptif dan ekspresif dapat membantu guru merancang intervensi murid pemulihan. Sila sertakan contoh bahan pentaksiran yang digunakan. FonologiBidang fonologi adalah merujuk kepada bunyi-bunyi bahasa yang diucapkan dan peraturan-peraturan bagi menentukan bagaimana bunyi-bunyi itu digunakan. Sebutan dan bunyi yang berlainan akan memberikan makna yang lain. Sebagai contoh, perkataan pin dan tin, perbezaan bunyi utama adalah pada awal perkataan-perkataan tersebut. Kebiasaannya individu yang mengalami masalah pembelajaran ini sukar untuk membunyikan bunyi fonetik dengan betul. FonologiKadangkala mereka seringkali melakukan penggantian, penambahan, pengguguran dan sebagainya. Contohnya perkataan bahu menjadi bau. Hal ini telah pun berlaku pengguguran dan perkara ini seringkali terjadi kepada individu yang menghadapi down sindrom. Walaupun perkataan-perkaaan ini berbeza hanya pada satu bunyi sahaja tetapi perbezaan bunyi ini menghasilkan dua perkataan dan masing-masing mempunyai makna yang berbeza.MorfologiMorfologi adalah bidang yang mengkaji struktur kata atau bidang yang mengkaji proses pembentukan perkataan daripada unsur makna yang paling asas (morfem). Morfem adalah adalah kesatuan (unit) tatabahasa yang terkecil yang mempunyai erti dalam struktur sesuatu bahasa. Morfem terdiri darpada morfem bebas dan morfem terikat. Morfem terikat adalah merupakan morfem yang tidak berdiri dengan sendiri, contohnya perkataan basement. Kehilangan perkataan pada suku kata terakhir boleh memberi makna yang lain. Morfem tidak terikat pula morfem yang dapat berdiri dengan sendirinya. Sebagai contoh base.SintaksisSintaksis pula merupakan unsur terbesar dalam tatatingkat tatabahasa. Sintaksis boleh terbina daripada unit-unit tatabahasa yang lebih kecil seperti frasa, perkataan, dan morfem. Sebagai contoh Ibu pergi ke kedai. Namun bagi individu yang mengalami masalah dalam penggunaan sintaksis, individu itu hanya mampu menyebut ibu kedai. Hal ini sememangnya telah pun memberi maksud dan makna yang lain.SemantikBidang semantik pula bidang yang berkaitan dengan makna. Komponen kandungan terdiri daripada semantik (makna) yang merujuk kepada cara perkataan-perkataan digunakan secara bermakna dalam komunikasi. Pada asasnya semantik melibatkan perbendaharaan kata sesuatu bahasa atau leksikon. Fonem-fonem yang bergabung akan membentuk perkataan, dan perkataan digunakan untuk mewakili benda, konsep, pengalaman dan sebagainya. SemantikKanak-kanak yang mengalami masalah pembelajaran ini sangat lemah dalam bidang semantik terutama dalam membezakan perkataan yang mempunyai ejaan yang sama tetapi berlainan bunyi. Contohnya perkataan perang (e pepet) dan jupa perang (e taling). Perang di sini bermaksud berlawan dan menentang musuh manakala perang yang satu lagi adalah sifat warna. Selain itu mereka juga mengalami masalah dalam memahami peribahasa seperti simpulan bahasa dan sebagainya.PragmatikBidang pragmatik pula ialah merupakan bidang yang berkaitan dengan penggunaan bahasa yang betul dalam kehidupan seharian kita. Kanak-kanak autisme misalnya mengalami kesukaran dalam menggunakan kata ganti diri. Hal ini kerana kata ganti diri pertama seperti I seringkali ditukarkan dengan perkataan you. Penggunaan bahasa yang salah akan memberi maksud yang berlainan. Disebabkan itulah unsur pragmatik juga memainkan peranan penting dalam aspek komponen bahasa.Bahasa EkspresifBahasa ekspresif merujuk kepada keupayaan pelajar untuk berkomunikasi dan meluahkan idea, perasaan, pemikiran atau pendapat kepada orang lain. Pentaksiran terhadap bahasa pentaksiran ini biasanya melibatkan aspek pengeluaran bunyi yang betul, ucapan , dan bahasa. Perucapan atau pertuturan adalah merupakan pengeluaran untuk menghasilkan bahasa ekpresif.Bahasa ReseptifBahasa reseptif pula merujuk kepada keupayaan individu untuk menerima dan memahami input bahasa yang diterima daripada persekitaran. Pentaksiran terhadap bahasa reseptif ini misalnya akan melibatkan keupayaan pelajar untuk mendengar perkataan atau frasa dan dapat mempamerkan kefahaman mereka terhadapa isu yang diperkatakan tadi. Sebagai contoh, selepas memperdengarkan beberapa perkataan, murid tersebut akan disoal semula mengenai kefahaman beliau terhadap apa yang dibacakan tadi.Ciri-ciri Yang Mengalami Masalah Ekspresif Dan ReseptifIndividu yang mengalami masalah lebih suka untuk berdiam diri daripada sebarang perbincangan dan perbualan. Memberi respons yang salah dengan arahan yang diberikan. Mengalami kesukaran untuk bertukar giliran berkomunikasi dan bercakap apabila mereka diminta untuk melakukan perbincangan. Kesemua masalah ini dapat dirawat jika diberi rawatan dan intervensi dengan segera. Psikoterapi dapat dijalankan untuk merawat masalah ini terutamanya bagi mereka yang menghidapi masalah dalam emosi dan juga tingkah laku,CARA PENTAKSIRAN BAHASA LISANPenilaian orang lainPemerhatianSampel bahasaPengujian tidak formal

Penilaian Orang LainBagi cara mentaksir dengan penilaian orang lain, guru boleh melakukan perbincangan atau temu bual dengan ibu bapa, guru kelas, guru Bahasa Melayu, rakan sebaya atau individu yang mengenalinya dengan baik bagi menilai dan mengumpul maklumat berkaitan dengan masalah yang dihadapi oleh murid tersebut.

PemerhatianSelain itu, guru juga boleh melakukan pemerhatian sama ada secara langsung ataupun tidak langsung. Menurut Haidi (2009), terdapat tiga teknik pemerhatian yang sesuai dilaksanakan iaitu pemerhatian dengan senarai semak, pemerhatian di luar bilik darjah dan pemerhatian tingkah laku. Selain itu, pemerhatian juga boleh dilaksanakan dalam situasi yang spesifik, pelbagai tempat dan masa yang berbeza sepanjang hari. Pemerhatian situasi yang spesifik dilaksanakan sepanjang satu masa yang tertentu misalnya seperti semasa waktu rehat. PemerhatianManakala bagi pemerhatian dalam pelbagai tempat pula boleh dilakukan pada persekitaran atau tempat yang berbeza. Begitu juga dengan pemerhatian pada masa yang berbeza sepanjang hari yang boleh dilaksanakan sama ada pada waktu pagi, petang dan malam. Misalnya, guru boleh membuat pemerhatian terhadap tingkah laku murid tersebut ketika sesi pengajaran dan pembelajaran iaitu bagaimana murid itu menjawab ketika guru menanyakan soalan ataupun guru memerhati perbualan murid tersebut dengan rakan-rakannya. Dengan maklumat yang diperoleh, guru dapat mengumpul lebih banyak maklumat untuk melakukan pentaksiran.Sampel BahasaSampel bahasa biasanya dilakukan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Kaedah ini memerlukan guru untuk membuat analisis sampel bahasa. Ini kerana untuk mengetahui kelebihan dan kekurangan murid dalam kemahiran lisan iaitu mendengar dan bertutur. Guru boleh menyediakan beberapa set soalan bagi memahami perkembangan bahasa mereka. Sampel BahasaContoh ujian yang sesuai dijalankan adalah seperti ujian kriteria. Aspek yang dinilai adalah ucapan dan juga bahasa. Komponen yang dinilai adalah seperti bahasa ekspresif dan reseptif, mimik muka atau gesture, pemvokalan yang betul, kepanjangan ayat dan juga ingatan audiotari. Ujian seperti ini biasanya dilakukan pada usia selepas lahir hingga berumur 7 tahun.

Pengujian Tidak FormalPengujian tidak formal dijalankan pada bila-bila masa mengikut keperluan, dijalankan sama ada secara individu atau kumpulan, dijalankan secara lisan, tidak melibatkan kemahiran atau unit-unit tertentu dan ia dibina oleh guru serta tidak mempunyai arahan atau prosedur. Contohnya, temubual dengan murid ataupun sesi soal jawab. Melalui soal jawab dan temubual, guru dapat menganalisis kelemahan dan kekuatan murid dalam kemahiran lisan. Selain itu, melalui pengujian tidak formal, guru dapat merekod maklumat yang diperoleh dan dapat membantu guru dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.