Tutorial (Peranan Sejarah)

17
Membincangkan sejauhmana mata pelajaran Sejarah dapat memainkan peranan dalam membina semangat patriotik diri seorang warganegara. Chong Jia Qian Low Siu Cheng Lee Chai Yet Wendy Inggu

Transcript of Tutorial (Peranan Sejarah)

Page 1: Tutorial (Peranan Sejarah)

Membincangkan sejauhmana mata pelajaran Sejarah dapat memainkan peranan dalam membina

semangat patriotik diri seorang warganegara.

Chong Jia Qian

Low Siu Cheng

Lee Chai Yet

Wendy Inggu

Page 2: Tutorial (Peranan Sejarah)

Konsep Semangat Patriotik

• semangat cinta akan tanah air dan sanggup berkorban nyawa demi mempertahankan negara tercinta.

• Bill Totten (1998) menjelaskan patriotisme bermaksud semangat cintakan negara. Menurut beliau tidak ada bangsa, keluarga, pasukan dan kumpulan dalam apa bentuk yang boleh berfungsi dengan baik melainkan semua ahli cintakan negara.

Page 3: Tutorial (Peranan Sejarah)

Konsep Semangat Patriotik

• Secara ringkasnya semangat patriotisme

berkait rapat dengan emosi mempertahankan

kedaulatan negara, institusi politik dan

undang-undang negara daripada dicerobohi

oleh kuasa asing.

• Semangat patriotik dapat membentuk rakyat

Malaysia yang bersatu padu dan harmoni

yang dibina , berdasarkan pengetahuan dan

pemahaman aspek-aspek sejarah negara.

Page 4: Tutorial (Peranan Sejarah)

Konsep Semangat Patriotik

• Setiap warganegara perlu dibimbing untuk

menganalisis dan menilai fakta-fakta

sejarah secara rasional. 

• Natijah daripada pemahaman dan

penghayatan sejarah negara, seluruh

rakyat dapat membina kekuatan semangat

cinta akan negara.

Page 5: Tutorial (Peranan Sejarah)

Peranan Sejarah dalam Pendidikan

• melahirkan warganegara Malaysia yang peka akan sejarah negara dan bangsanya dan yang paling penting melahirkan semangat patriotik di peringkat awal lagi kerana diperingkat ini mereka mudah menerima ilmu, membentuk nilai diri dan perspektif.

Page 6: Tutorial (Peranan Sejarah)

Peranan Sejarah dalam Pendidikan

• menghayati dan memahami kerelevenan sejarah dalam kehidupan harian dan kehidupan masa depan. Cara memupuk semangat patriotisme kepada pelajar mestilah melalui kesedaran dan ilmu sejarah.

Page 7: Tutorial (Peranan Sejarah)

Peranan Sejarah dalam Pendidikan

• Menurut Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi, elemen sejarah yang diajar melalui subjek Kajian Tempatan di sekolah rendah pada ketika ini kurang menerapkan ketiga-tiga unsur terbabit. Jadi, kita mahu menekankan perkara ini supaya mata pelajaran Sejarah dapat dihayati dan difahami oleh semua golongan masyarakat, terutama generasi muda.

Page 8: Tutorial (Peranan Sejarah)

Peranan Sejarah dalam Pendidikan

• Sejarah dapat menyemaikan bibit-bibit semangat perpaduan dan patriotik di kalangan pelajar. Ini sekaligus bagi mendedahkan pelajar kepada sejarah pembangunan negara bermula dari peringkat umur rendah.

Page 9: Tutorial (Peranan Sejarah)

Peranan Sejarah dalam Pendidikan

• sebagai pemangkin kepada perpaduan.• generasi yang akan meneruskan legasi

agenda perpaduan untuk generasi akan datang maka wajarlah generasi muda hari ini menghargai dan teruskan mengekalkan bibit perpaduan yang telah terbina sekian lama.

Page 10: Tutorial (Peranan Sejarah)

Peranan Sejarah dalam Pendidikan

• dapat meningkatkan pengetahuan pelajar mengenai asal-usul negara.

• memberi kesedaran kepada pelajar bahawa perjuangan ke arah kemerdekaan suatu ketika dahulu bukanlah sesuatu yang mudah.

• satu platform yang cukup utuh untuk mengetengahkan kembali warisan sejarah kita suatu ketika dahulu.

Page 11: Tutorial (Peranan Sejarah)

Peranan Sejarah dalam Pendidikan

• Penghayatan mata pelajaran Sejarah membolehkan kita

membaca tentang masalah perkauman dan perebutan

kuasa yang berlaku  antara pembesar-pembesar  pada

zaman Kesultanan Melayu Melaka  telah membuka pintu

kepada penjejahan imperialis-imperialis Barat selama 446

tahun.

• Nasib rakyat peribumi tidak terbela dan mereka hidup

merana. Oleh itu,sudah tentu masyarakat pada zaman ini

tidak menginginkan peristiwa pahit tersebut berulang .

Mereka akan berdiri, berfikir dan bertindak sebagai  bangsa

Malaysia dan bukannya mengikut etnik masing-masing.

Page 12: Tutorial (Peranan Sejarah)

Peranan Sejarah dalam Pendidikan

• mempelajari nilai-nilai patriotisme kerana mereka masih dalam proses menuju dewasa. Patriotisme  mengajar remaja mendisiplinkan diri.

• Generasi  berdisiplin dan prodiktif adalah kemudi pembangunan kepimpinan negra pada masa akan datang (Mahathir dan Belia; dalam Saifuddin:2002).  

• Jadi apabila nilai-nilai patriotisme disemai dalam jiwa setiap rakyat Malaysia maka kita tidak mudah  dipengaruhi  oleh unsur-unsur asing yang mempamerkan budaya dan acuan  lain luar dari ciri-ciri Malaysia.

Page 13: Tutorial (Peranan Sejarah)

Peranan Sejarah dalam Pendidikan

• mengelakkan diri daripada mementingkan diri dan bersikap etnosentrisme.

• menghayati dan mengamalkan Gagasan 1 Malaysia yang menekankan aspek perpaduan secara tuntas ke arah pembentukan sebuah negara yang progresif. 

• menerima segala perbezaan yang wujud antara kaum di negara ini dengan hati yang terbuka. 

Page 14: Tutorial (Peranan Sejarah)

Peranan Sejarah dalam Pendidikan

• memberi ikhtibar dan pengajaran kepada kita agar menjadikan sejarah lampau yang melanda negara tidak berulang kembali.

• Jika kita mempunyai ilmu dan pengetahuan tentang ‘sejarah’ yang telah berlaku, setentunya kita berupaya mengubah ‘sejarah’ yang bakal berlaku.

Page 15: Tutorial (Peranan Sejarah)

Peranan Sejarah dalam Pendidikan

• mengetahui kebudayaan dan falsafah hidup rakyat majmuk.

• sedar bahawa pembangunan Malaysia hasil daripada pengorbanan tiga kaum utama.

• Dengan itu persefahaman yang lebih erat dapat dipupuk. Sikap toleransi antara kaum dapat diwujudkan. Semangat kekitaan dapat dilahirkan. Prasangka antara kaum dapat dielakkan.

Page 16: Tutorial (Peranan Sejarah)

Peranan Sejarah dalam Pendidikan

• membolehkan kita  membuat penilaian, mengetahui sebab, akibat dan kepentingan sesuatu peristiwa, memahami sejarah tamadun awal bangsa kita, melahirkan perasaan jati diri yang tinggi, membentuk keperibadian bangsa, menghargai jasa pemimpin negara yang telah berkhidmat dan berbakti demi mempertahankan kedaulatan bangsa dan negara serta memajukan negara dari segi ekonomi dan sosial.

Page 17: Tutorial (Peranan Sejarah)

Sekian, terima kasih.