Tutorial Pim3113

download Tutorial Pim3113

of 5

Transcript of Tutorial Pim3113

RANCANGAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MINGGUANPROGRAM: Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian (Pendidikan Islam Pendidikan Rendah) SEMESTER: 7 TAHUN: 4

KURSUS: Penyelidikan Tindakan I Pendidikan Islam Pendidikan Rendah (Kaedah) KOD: PIM3113 KREDIT:3 ( 3+0)MingguTutorialISLCatatan

M1Pendaftaran Pelajar

M2Tutorial 1:

Bandingkan pendekatan kuantitatif dan kualitatif.

Bagi setiap pendekatan, beri 2 contoh topik yang boleh dikaji menggunakan pendekatan itu. (1 jam)

Tutorial 2:

Bandingkan tujuan,kekuatan dan kelemahan setiap jenis reka bentuk penyelidikan dengan menggunakan jadual.

(1 jam)

Tutorial 3 :

Seorang pelajar ingin mengkaji tentang Faktor-faktor yang menyebabkan murid kelas Awana Tahun 5 mengantuk semasa pengajaran dan pembelajaran.

Apakah jenis reka bentuk kajian yang boleh digunakan?

Bincangkan prosedur menjalankan penyelidikan ini dengan mengguna- kan carta aliran.

(1 jam)

Cari dan senaraikan buku-buku rujukan yang sesuai di perpustakaan/ laman web. Simpan senarai ini dalam portfolio untuk membuat rujukan tambahan.

Persediaan untuk tutorial :

Carian maklumat dari internet atau perpustakaan tentang pendekatan

kuantitatif dan

kualitataif.Pelajar membuat rumusan kandungan kuliah dan bahan-bahan rujukan dalam peta konsep dan simpan dalam portfolio.

Persediaan tutorial:

Melayari internet untuk mendapatkan maklumat tambahan berkaitan dengan jenisjenis penyelidikan pendidikan.

Persediaan tutorial:

Pelajar mencari sumber rujukan tentang prosedur penyelidikan

Rumuskan semua isi kandungan kuliah dan bahan rujukan kepada bentuk peta konsep / pengurusan grafik dan simpan dalam portfolio.

M3Tutorial 1:

Sediakan pengurusan grafik perbezaan antara penyelidikan tradisional(formal) dengan penyelidikan tindakan.

(1 jam)

Tutorial 2:

Dalam kumpulan,pilih salah satu model penyelidikan tindakan dan gunakan alat PMI

( Plus, Minus and Interesting) untuk model berkenaan.

Bentangkan hasil perbincangan kumpulan terhadap model yang dipilih.

(1 jam)

Tutorial 3:

Secara individu, pilih satu aspek amalan pengajaran yang anda ingin menambahbaikkan.

Sediakan satu pernyataan tentang aspek yang akan diubah.

Seterusnya, sediakan satu cadangan tindakan bagaimana anda akan menjalankan penyelididkan itu.

(1 jam)Persediaan tutorial:

Layari internet dan muat turun maklumat berkaitan tentang penyelidikan tradisional dan penyelidikan tindakan Rumuskan semua isi kandungan kuliah dan bahan rujukan kepada bentuk peta konsep / pengurusan grafik dan simpan dalam portfolio.

Persediaan Tutorial:

Layari internet dan muat turun maklumat berkaitan tentang Model Penyelidikan Tindakan

Persediaan Tutorial:

Layari internet dan muat turun maklumat berkaitan tentang bagaimana menyediakan cadangan/proposal penyelidikan.

M4Praktikum

M5Praktikum

M6Praktikum

M7Praktikum

M8Praktikum

M9Praktikum

M10Praktikum

M11Praktikum

M12Praktikum

M13Praktikum

M14Praktikum

M15Praktikum

M16Tutorial 1

Dalam kumpulan, bincangkan dan rancangkan bagaimana anda akan:

(a) Memerhati satu sesi pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran

(b) Mengumpul maklumat dokumen yang ada di sekolah yang dapat membantu anda memahami sesi pemerhatian itu

(c) Menemubual murid untuk mendapatkan maklumbalas tentang kelakuan pengajaran dan pembelajaran itu.

(1 jam)

Tutorial 2:

Berdasarkan rancangan dalam tutorial 1, sumbangsaran apakah kaedah pengumpulan data yang lain yang boleh digunakan.

Beri penjelasan bagi jawapan anda dari aspek tujuan, kekuatan dan kelebihan setiap kaedah pengumpulan data yang dicadangkan.

Setiap kumpulan membentangkan hasil dapatan tutorial 2 dan 3.

(1 jam)

Tutorial 3

Sekiranya anda dikehendaki melaksanakan pelan tindakan anda (hasil dapatan tutorial 1 dan 2), bincangkan pertimbangan yang harus diambilkira semasa mengumpul data.

Beri penjelasan bagi setiap pertimbangan yang diberi.

Bentangkan hasil perbincangan anda.

(1 jam)Persediaan Tutorial:

Mencari maklumat tentang pelbagai kaedah pengumpulan data seperti pemerhatian, dokumen, temu bual, soal selidik dan seterusnya

Rumuskan semua isi kandungan kuliah dan bahan rujukan kepada bentuk peta konsep / pengurusan grafik dan simpan dalam portfolio.

M17Tutorial 1

Dalam kumpulan, kodkan transkrip temubual anda dan senaraikan kategori aspek utama.

(1 jam)

Tutorial 2

Dalam kumpulan, analisiskan data soal selidik menggunakan jadual kekerapan, min dan peratus.

(1 jam)

Tutorial 3

Dalam kumpulan:

(a)Interpretasikan data temubual dan data soal selidik.

(b)Sediakan satu tinjauan literatur tentang Faktor-faktor yang menyebabkan murid kelas Awana Tahun 5 mengantuk semasa pengajaran dan pembelajaran.Seterusnya, menghubungkaitkan data temubual dan soal selidik dengan literatur

(c) Rumuskan hasil dapatan dan membuat kesimpulan

(1 jam)Persediaan Tutorial 1:

Dalam kumpulan, temubual seorang pelajar selama 5 minit tentang Faktor-faktor yang menyebabkan murid kelas Awana Tahun 5 mengantuk semasa pengajaran dan pembelajaran. Transkripsikan hasil temubual itu.

Persediaan Tutorial 2:

Dalam kumpulan, sediakan satu soal selidik yang mengandungi 20 soalan tentang Faktor-faktor yang menyebabkan murid kelas Awana Tahun 5 mengantuk semasa pengajaran dan pembelajaran. Edarkan soal selidik kepada 10 rakan anda.

Rumuskan semua isi kandungan kuliah dan bahan rujukan kepada bentuk peta konsep / pengurusan grafik dan semua latihan tutorial di simpan dalam portfolio.

M18Tutorial 1

Dalam kumpulan:

(a) Bincangkan format penulisan laporan penyelidikan tindakan.

(b) Terangkan tujuan setiap komponen dalam laporan itu.

(c) Pilih 4 sumber rujukan dari pelbagai sumber. Tulis sumber rujukan menggunakan format APA

(1 jam)

Tutorial 2

Pilih satu artikel penyelidikan tindakan.

Bincangkan artikel itu dari segi aspek format, cara penulisan, penggunaan bahasa, implikasi dan lain-lain.

Buat refkeksi kendiri tentang bagaimana anda boleh menggunakan apa yang dipelajari dalam penulisan artikel penyelididan di masa hadapan.

(1 jam)

Tutorial 3

Dalam kumpulan:

(a) Bincangkan mengapa diperlukan menyebar luas data dapatan penyelidikan tindakan. Rumuskan hasil perbincangan menggunakan gambar rajah radial.

(b) Terangkan cara-cara penyebaran data dapatan penyelidikan tindakan

(1 jam)Persediaan Tutorial:

Melayari internet dan pusat sumber mengenai penulisan laporan dan artikel penyelidikan tindakan, penulisan sumber rujukan menggunakan format APA dan cara-cara menyebarkan maklumat penyelidikan tindakan.