Tutorial WAJ 3062

14
 TUTORIAL MINGGU 2 ANALISIS KEPENTINGAN PERPADUAN DAN INTEGRASI DALAM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA.  Kepenti ngan perpadu an ini boleh dikaitkan kepada 3 elemen utama dalam memastika n pembangunan dan perpaduan di Negara kita terus dikekalkan dan dipelihara. 3 elemen dalam perp adua n dan integra si itu ialah dari segi ekon omi, buday a dan kesela matan. Dari segi ekonomi, perpaduan dan integrasi dalam pelbagai etnik di Malaysia sangat penting dalam memb eri pelu ang kepa da seti ap gol onga n etni k unt uk menc ebur i bid ang eko nomi tanpa sebarang halangan. Setiap golongan etnik di Negara ini layak untuk menjalankan sebarang akti viti berteraskan ekon omi tanp a halangan dari pada sesi apa pun kerana mereka semua adalah rakyat Negara ini. Keadaan ekonomi yang stabil juga hanya boleh diperolehi dengan adanya perpadua n antara kaum ini kerana tiada sebarang pergaduhan dan perpecahan antara kaum yang boleh menggugat ekonomi Negara. Seterusnya, menghapuskan penguasaan satu ekonomi untuk satu kaum sahaja. Semua kaum layak untuk menguasai ekonomi dengan usaha masi ng -masin g da n be rj aya de ngan ke rj ay anya . Se perti pada aman se belum era kemerdekaan, kaum ya ng meng uasai ekon omi adalah merupakan kaum !i na ya ng kebanyakannya menetap di ka"asan bandar-bandar besar. Kaum !ina ini telah dilatih untuk memegang ekonomi dan sehingga sekarang buktinya jelas kelihatan baha"a ekonomi Negara kita masi h dipega ng oleh kaum !i na. #l eh itu, pendekatan kerajaan sekarang un tu k memastikan kaum lain juga boleh meme gan g eko nomi den gan men ingk atkan pen gua saan oran g kaum Mela yu dala m bida ng eko nomi sup aya oran g Mela yu tida k teru s membiarkan orang-ora ng !ina mengua sai ekonomi Negara kita. $khir sekali, dengan adanya perpaduan ini, ia dapat menja na ekonomi negara dengan pelaburan dari pel ba gai bidang. %ni kerana, perpaduan dapat memberi man&aat kepada Negara dalam perkembangan ekonomi Negara. 'a npa adanya perpad uan yan g kita kecapi ini kemu ngki nan besar Nega ra kita tidak akan membangun dengan pesat seperti ini.  Selain kepenting an dari aspek ekonomi, aspek budaya juga memainkan peranan yang san gat pen ting . $s pek bud aya ini memp uny ai kep enti nga nny a yan g ters endiri dan harus dipelihara dalam hubungan etnik supaya dapat menjamin kesejahteraan hidup bersama dalam masyarakat majmuk. $ntara kepentingan perpaduan dalam aspek budaya ialah me"ujudkan bud aya yan g pelb agai dal am Neg ara. Sep erti yan g kita ketahui, Nega ra Mala ysia terd iri dari pad a raky at yang berbila ng kaum dan masyara kat di Neg ara ini memp unya i pelb aga i budaya, adat dan agama. Dengan adanya perpaduan dari aspek budaya ini, ia akan dapat mengeratkan lagi hungan sesama etnik di Negara kita. Selain itu, dengan adanya perpaduan yang sangat mantap ini, ia akan dapat merapatkan lagi jurang perbeaan antara kaum dan sete rusn ya mela hirka n masy arak an berb ilan g etni k yang hid up bers ama den gan aman dan harmoni. Di samping itu, perpaduan ini juga akan dapat menghapuskan sikap pentingkan kaum sen diri. Semang at pen ting kan kaum send iri ini iala h sepe rti meng agu ng-a gun gkan bud aya kaum masing-masing dan tidak mahu bekerjasama dalam apa juga aktiviti. Sebagai contoh, etnik kaum Melayu tidak dapat menerima kehadiran etnik kaum lain dengan memulauk an etnik kaum lain ini tanpa memberi bantuan sekiranya mereka dalam kesusahan. (erbuatan ini sama sekali tidak relevan lagi pada masa kini kerana masyarakat Malaysia sudah hidup aman dan harmoni dalam etnik yang berbilang kaum tanpa ada perbeaan budaya kerana semua etnik ini merupakan rakyat Malaysia. $khir sekali, kepentingan perpaduan dari segi budaya ini adalah

description

HUBUNGAN ETNIKISL MINGGU 1 HINGGA 9

Transcript of Tutorial WAJ 3062

TUTORIAL MINGGU 2ANALISIS KEPENTINGAN PERPADUAN DAN INTEGRASI DALAM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA.Kepentingan perpaduan ini boleh dikaitkan kepada 3 elemen utama dalam memastikan pembangunan dan perpaduan di Negara kita terus dikekalkan dan dipelihara. 3 elemen dalam perpaduan dan integrasi itu ialah dari segi ekonomi, budaya dan keselamatan. Dari segi ekonomi, perpaduan dan integrasi dalam pelbagai etnik di Malaysia sangat penting dalam memberi peluang kepada setiap golongan etnik untuk menceburi bidang ekonomi tanpa sebarang halangan. Setiap golongan etnik di Negara ini layak untuk menjalankan sebarang aktiviti berteraskan ekonomi tanpa halangan daripada sesiapa pun kerana mereka semua adalah rakyat Negara ini. Keadaan ekonomi yang stabil juga hanya boleh diperolehi dengan adanya perpaduan antara kaum ini kerana tiada sebarang pergaduhan dan perpecahan antara kaum yang boleh menggugat ekonomi Negara. Seterusnya, menghapuskan penguasaan satu ekonomi untuk satu kaum sahaja. Semua kaum layak untuk menguasai ekonomi dengan usaha masing-masing dan berjaya dengan kerjayanya. Seperti pada zaman sebelum era kemerdekaan, kaum yang menguasai ekonomi adalah merupakan kaum Cina yang kebanyakannya menetap di kawasan bandar-bandar besar. Kaum Cina ini telah dilatih untuk memegang ekonomi dan sehingga sekarang buktinya jelas kelihatan bahawa ekonomi Negara kita masih dipegang oleh kaum Cina. Oleh itu, pendekatan kerajaan sekarang untuk memastikan kaum lain juga boleh memegang ekonomi dengan meningkatkan penguasaan orang kaum Melayu dalam bidang ekonomi supaya orang Melayu tidak terus membiarkan orang-orang Cina menguasai ekonomi Negara kita. Akhir sekali, dengan adanya perpaduan ini, ia dapatmenjana ekonomi negara dengan pelaburan dari pelbagai bidang. Ini kerana, perpaduan dapat memberi manfaat kepada Negara dalam perkembangan ekonomi Negara. Tanpa adanya perpaduan yang kita kecapi ini kemungkinan besar Negara kita tidak akan membangun dengan pesat seperti ini.Selain kepentingan dari aspek ekonomi, aspek budaya juga memainkan peranan yang sangat penting. Aspek budaya ini mempunyai kepentingannya yang tersendiri dan harus dipelihara dalam hubungan etnik supaya dapat menjamin kesejahteraan hidup bersama dalam masyarakat majmuk. Antara kepentingan perpaduan dalam aspek budaya ialah mewujudkan budaya yang pelbagai dalam Negara. Seperti yang kita ketahui, Negara Malaysia terdiri daripada rakyat yang berbilang kaum dan masyarakat di Negara ini mempunyai pelbagai budaya, adat dan agama. Dengan adanya perpaduan dari aspek budaya ini, ia akan dapat mengeratkan lagi hungan sesama etnik di Negara kita. Selain itu, dengan adanya perpaduan yang sangat mantap ini, ia akan dapat merapatkan lagi jurang perbezaan antara kaum dan seterusnya melahirkan masyarakan berbilang etnik yang hidup bersama dengan aman dan harmoni. Di samping itu, perpaduan ini juga akan dapat menghapuskan sikap pentingkan kaum sendiri. Semangat pentingkan kaum sendiri ini ialah seperti mengagung-agungkan budaya kaum masing-masing dan tidak mahu bekerjasama dalam apa juga aktiviti. Sebagai contoh, etnik kaum Melayu tidak dapat menerima kehadiran etnik kaum lain dengan memulaukan etnik kaum lain ini tanpa memberi bantuan sekiranya mereka dalam kesusahan. Perbuatan ini sama sekali tidak relevan lagi pada masa kini kerana masyarakat Malaysia sudah hidup aman dan harmoni dalam etnik yang berbilang kaum tanpa ada perbezaan budaya kerana semua etnik ini merupakan rakyat Malaysia. Akhir sekali, kepentingan perpaduan dari segi budaya ini adalah untuk mewujudkan kefahaman tentang budaya yang berbeza dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang etnik. Setiap masyarakat di Malaysia haruslah mempelajari budaya dan adat etnik yang terdapat di Malaysia supaya benar-benar memahami budaya masyarakat Negara ini. Dengan itu, kita semua akan dapat menjaga keharmonian perpaduan antara kaum di Negara kita dan dapat mengelakkan daripada berlakunya peristiwa yang tidak diingini.Di samping itu, perpaduan dalam kalangan pelbagai etnik di Negara kita haruslah dikekalkan untuk menjamin keselamatan Negara kita pada masa sekarang dan akan datang. Ini adalah untuk mengelakkan berulangnya perkara yang tidak diingini seperti rusuhan kaum pada 13 mei 1969 yang telah berlaku di Negara kita. Kesan daripada rusuhan ini kita dapat lihat betapa ramai masyarakat Negara kita yang mati dalam peristiwa berdarah ini. Oleh itu, pentingnya perpaduan dalam kalangan etnik di Negara kita adalah untuk memastikan perkara yang sama ataupun pergaduhan yang melibatkan kaum berlaku lagi di Negara kita untuk mengelakkan daripada berlakunya perkara yang tidak diingini. Selain itu, keharmonian ini juga mestilah dikekalkan untuk melahirkan perasaan cintakan tanah air dan sanggup berkorban untuk Negara kita Malaysia. Semangat cintakan tanah air ini mestilah wujud dalam diri setiap kumpulan etnik di Negara kita bagi memastikan kesemua golongan etnik ini mempertahankan keselamatan Negara. Akhir sekali, perpaduan dalam kalangan etnik di Negara ini akan dapat mengukuhkan lagi keselamatan Negara daripada luar dan dalam Negara. Negara kita haruslah dipertahankan kedaulatannya daripada segala bencana yang melibatkan pergaduhan dan pertumpahan darah bagi memastikan Negara kita akan terus membangun dan berjaya mencapai wawasan 2020 dan mengekalkan perpaduan Negara kita Malaysia.

TUTORIAL MINGGU 3HASILKAN CARTA GARIS MASA TENTANG PROSES PEMBENTUKAN MASYARAKAT PLURALISTIK DI ALAM MELAYUPengenalan Pluralisme: ideologi yang menyama-ratakan kepercayaan dan pegangan yang berbeza dalam masyarakat Pluraliti: wujudnya kepelbagaian bangsa, agama di suatu tempat pada satu masa secara semulajadi masyarakat Melaka Pluralistik: wujudnya kepelbagaian bangsa, agama di suatu tempat pada satu masa secara dirancang dipaksakan oleh pihak-pihak tertentu yang berkepentingan era penjajah British

Garis MasaZaman Sebelum Singapura (Sebelum 1399 / 1400M)Sang Nila Utama ke Temasik lalu membuka Singapura

Zaman Singapura dan Pasai / Samudera (Sebelum 1399 / 1400M) Sang Nila Utama (bergelar Sri Tri Buana), Raja Singapura yang pertama Manusia berpindah untuk memenuhi keperluanhidup dan pelbagai tujuan lain Masyarakat yang menetap di Kepulauan Melayuberpindah dari satu pulau ke satu pulau lain atau ke tanah besar untuk mencari rezeki, berniaga, berperang, berkahwin dsb seterusnya menjalin hubungan etnik yang baik dengan komuniti pedagang dan bukan pedagang

Zaman Melaka (1399 / 1400M 1511M) Melaka muncul sebagai empayar yang kuat dan telah mewarisi tradisi sosio politik yang dimainkan oleh Srivijaya dan Majapahit Mempunyai sebuah pelabuhan entrepot yang maju dan memainkan peranan penting sebagai pusatpenyebaran agama Islam yang penting

Zaman Melaka (1399 / 1400M 1511M) Negeri Melaka menjadi pusat kemasyarakatan dan perkembangan ajaran agama Islam yang termasyhur di rantau Alam Melayu Institusi istana telah dijadikan pusat pengajian dan penyebaran Islam Penyebaran agama Islam telah dijalankan secara giat melalui perdagangan dan peluasan wilayah Para pendakwah dihantar ke negeri-negeri jajahan Melaka untuk menyebarkan Islam Hubungan etnik telah diwujudkan dengan masyarakat China, India, Arab dan Eropah melalui aktiviti perdagangan

Zaman Melaka (1399 / 1400M 1511M) Perhubungan rapat antara masyarakat asing dan penduduk tempatan sehingga mewujudkan proses asimilasi antara kehidupan kedua-dua masyarakat Proses asimilasi (perdagangan dan perkahwinan) serta penyerapan budaya masyarakat tempatan sangat penting untuk membentuk satu kelompok baharu yang mempunyai kebudayaan dan identiti yang sama.

ZamanJohor (1511M 1612M) Peranan kerajaan Johor dimulakan selepas kejatuhan Melaka Peranan yang dimainkan oleh kerajaan Johor adalah kesinambungan daripada pemerintahan kerajaan Melaka

Kesan Pembentukan Masyarakat Pluralistik Alam Melayu Bahasa, kesusasteraan dan kesenian Pendidikan Budaya

TUTORIAL MINGGU 4ANALISIS FAKTOR FAKTOR SEJARAH YANG TELAH MENYULITKAN PROSES PENCAPAIAN PERPADUAN DI MALAYSIA SEBELUM 1970.Perpaduan dapat diertikan sebagai hubungan erat bersifat toleransi yang diwujudkan secarasengaja dalam kalangan kaum dan etnik yang berbeza untuk mencapai matlamat bersamasecara jujur dan ikhlas. Dalam kata lain perpaduan adalah proses menyatupadukan seluruhmasyarakat untuk membentuk satu identiti dan nilai bersama serta perasaan cinta danbanggakan negara.Integrasi dirujuk kepada proses penyatuan masyarakat berbilang kaum, daerah dan wilayahtempat tinggal, budaya, adat resam, cara hidup, latar belakang, kepercayaan dan peganganagama yang berlainan untuk menjadi satu entiti yang terikat oleh norma dan nilai murnimasyarakat sejagat demi mencapai tujuan dan kepentingan bersama secara adil dan saksama.

MASALAH PERPADUAN DAN INTEGRASI NASIONALPerpaduan rakyat menjadi satu cabaran utama yang dihadapi oleh Kerajaan Malaysia. Isuperpaduan adalah utama dari sembilan cabaran untuk mencapai matlamat Wawasan 2020yang berbunyi Mewujudkan bangsa Malaysia yang bersatu padu yang mempunyai matlamatyang serupa dan boleh dikongsi bersama, berintegrasi di peringkat Wilayah dan antara kaum,berasaskan persamaan hak dan keadilanCabaran ini berkait dengan cabaran ke lima yang berbunyi Mewujudkan masyarakat liberal danbertolak ansur dengan rakyat pelbagai kaum bebas mengamalkan adat, kebudayaan dankepercayaan agama masing-masing dan pada masa yang sama meletakkan kesetiaan merekakepada negara. Cabaran ini berkait pula dengan cabaran ke tujuh iaitu untuk Mewujudkanmasyarakat berbudi dan berbudaya penyayang iaitu sistem sosial yang lebih mementingkanmasyarakat daripada diri sendiri dan kebajikan insan tidak berkisar kepada individu tertentu sahaja.

HALANGAN DAN KESUKARAN UNTUK PERPADUAN DAN INTEGRASITerdapat beberapa faktor sejarah yang menyulitkan proses pencapaian perpaduan di Malaysia.Di antaranya ialah; Agama dan kebudayaan: Setiap kumpulan etnik mempunyai agama dan kebudayaan yang berlainan. Setiap kaum pula mempunyai adat resam, bahasa, kesenian, budaya dan sistem nilai yang berbeza. Masing-masing kurang mengenali dan memahami dan seringkali menganggap mereka sahaja yang terbaik. Sikap ini menguatkan perasaan buruk sangka yang menghalang pergaulan baik antara pelbagai kaum.

Dasar Penjajah British: Penjajah British mengamalkan dasar pecah dan perintah yang menjarakkan kumpulan-kumpulan etnik demi kepentingan dan keselamatan mereka sendiri.. Penjajah sengaja menentukan status dan peranan yang berlainan bagi kaum yang tertentu. Interaksi antara kaum menjadi terbatas dan lahirlah sikap prasangka negatif yang kukuh antara rakyat tempatan yang berbilang etnik.

Sistem pendidikan, persekolahan dan bahasa yang berlainan: Laporan Razak menyebut bahawa tiada satu sistem pendidikan nasional di Tanah Melayu di mana setiap etnik lebihgemar menghantar anak mereka ke sekolah yang menggunakan bahasa ibunda masing-masing. Kurikulum yang digunakan juga tidak sama. Ada pula yang berpusat ke negara nenekmoyang mereka, tidak terdapat bahasa pengantar yang sama. Keadaan ini melebarluaskan lagijurang pergaulan, menghasilkan pandangan yang berlainan dan menjejaskan persefahamandan perhubungan sesama rakyat di samping mewujudkan keperibadian dan perwatakan yangberbeza tanpa mempedulikan pembentukan warga negara yang beridentitikan satu negara.

Amalan ekonomi yang berlainan: Setiap etnik menjalankan aktiviti ekonomi yang tertentu dan mendiami kawasan yang berlainan. Keadaan ini mewujudkan jurang pendapatan yang tidak seimbang dan menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan etnik yang berlainan jenis dan ras serta mengakibatkan perpaduan negara terancam.

Perbezaan politik mengikut bangsa, kaum dan etnik: Kewujudan persatuan politik, sosial dan ekonomi berdasarkan bangsa, kaum dan etnik tertentu telah memmperkuatkan identiti sesuatu kumpulan dan menimbulkan perasaan syak wasangka kerana setiap kumpulan hanyamemperjuangkan hak dan kepentingan kumpulan tertentu sahaja. Parti-parti politik yangberasaskan kepada suku kaum juga memainkan pelbagai isu sensitif seperti bahasa, budaya,ekonomi dan hak keistimewaan sehingga memburukkan lagi masalah perpaduan.

Pendudukan Jepun: Kemasukan tentera Jepun ke Tanah Melayu menambah jurangpermusuhan antara orang Melayu dan orang Cina. Sebilangan besar tentera anti Jepun terdiridari orang-orang Cina, sementara ramai pula orang Melayu yang diambil oleh tentera Jepununtuk menjadi askar dan polis. Keadaan ini menjadikan menjejaskan persefahaman danmenimbulkan perasaan kurang senang antara masyarakat Melayu dan Cina.

TUTORIAL MINGGU 51.ANALISIS PERKEMBANGAN MODENISASI DI MALAYSIA DAN LUAR NEGARA2.HURAIKAN HUBUNG KAIT PEMBANGUNAN EKONOMI DAN HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA.

KONSEP MODENISASI Proses transformasi atau perubahan dalam segala aspek kehidupan masyarakat. Perubahan dapat berlangsung scara berencana atau secara tidak berencana. Perubahan berencana ialah suatu proses yang mempunyai matlamat, kaedah dan penetapan ukuran pencapaian sebelum sesuatu perubahan dilaksanakan.

MODENISASI EROPAH Konsep dan proses modenisasi yang kita kenal memang bermula di Eropah Barat akibat daripada dua revolusi besar, iaitu:a)Revolusi Perancis (mengubah sistem politik feudal Eropah Barat)b)Revolusi Perindustrian (mengubah sistem ekonomi Eropah Barat) Persoalan modenisasi dapat ditinjau daripada dua sudut:a)Sudut falsafah pemahaman tentang kemajuan atau evolusi.b)Sudut praktikal kemajuan sains dan teknologi

SUDUT FALSAFAHTEORI EVOLUSI Terdapat semacam ketentuan atau arah yang bersifat sehala dalam perkembangan kebudayaan manusia, yang berjalan melalui tahap-tahap tertentu. Masyarakat dikenali diberi tempat dalam suatu skala tahap perkembangan, tidak bertamadun sehingga kepada yang moden.

SUDUT PRAKTIKAL Kemajuan sains dan teknologi yang mencorakkan semula hubungan antara manusia dengan alam sekitar. Masyarakat di Eropah Barat mencari cara untuk menguasai alam sekitar dan berusaha mengumpul kekayaan. Penggantian teknik produksi daripada cara-cara tradisional yang menggunakan tenaga haiwan kepada cara-cara moden yang menggunakan jentera.

Pemodenan Proses perubahan dalam semua aspek kehidupan melalui proses perencanaan, pelaksanaan dan penilaian.

Pembaratan Proses peniruan gaya hidup Eropah Barat yang tidak disertai oleh suatu usaha perubahan secara berencana. Negara Eropah Barat menjadi model pilihan utama sebagai contoh bagi pembentukan negara. Aspek ekonomi dan aspek politik ditirui oleh negara-negara yang menjalankan proses kemerdekaan. Dalam aspek politik, model negara bangsa dan demokrasi politik dipilih. Dalam aspek ekonomi, sistem ekonomi yang berasakan kapitalisme, industri dan teknologi dipilih.

MODENISASI DI MALAYSIA Malaysia mencontohi jejak langkah pengalaman modenisasi di Eropah Barat. Bagi mencapai matlamat pembangunan ekonomi dengan mewujudkan sebuah masyarakat perindustrian, Malaysia telah menumpukan kepada peningkatan prasarana ekonomi, pembangunan pertanian dan industri gantian-import. Pembangunan ekonomi diasaskan kepada pembangunan teknologi dan peralihan daripada industri gantian-import kepada industri berorientasikan eksport. Selain itu, pembangunan ekonomi berteraskan k-ekonomi diberi perhatian oleh Malaysia. Malaysia berusaha membinan satu negara dan satu bangsa yang aman dan makmur supaya politik dijaga.

Perkembangan modenisasi dari segi pembangunan ekonomi di luar negara dan Malaysia.PERKEMBANGAN MODENISASI DI MALAYSIAMatlamat Mewujudkan masyarakat perindustrian. Proses modenisasi diasaskan sejak pemerintahan kolonial Bristish. Peringkat awal pembangunan ekonomi ditumpukan kepada:1. Peningkatan infrastruktur ekonomi.2. Pembangunan pertanian & industri gantian- import. Akhir 1960-1970

Pembangunan teknologi (1980-1990) Menitikberatkan industri berasaskan teknologi yang lebih maju dan dasar penswastaan.

Pembangunan ekonomi-Urbanisasi-Teknologi-Pertanian-Industrialisasi

EKONOMI MALAYSIA Dari ekonomi sara diri kepada ekonomi komersial. Modal tempatan dari saudagar Negeri Selat dan modal asing dibawa masuk oleh Bristish. Perkembangan ekonomi dunia memerlukan bahan mentah. Kedudukan Tanah Melayu yang kaya dengan bahan mentah dan menyebabkan pembukaan lombong bijih timah dan ladang getah. Buruh dibawa masuk. Kemajuan pengangkutan dan perhubungan serta kemudahan bekalan air dan eletrik

Hubungan Etnik dalam Konteks Modenisasi Malaysia. Pembangunan ekonomi sangat penting dalam konteks modenisasi Malaysia. Pembangunan menjadi landasan pembinaan negara bangsa.

TUTORIAL MINGGU 6SINTESIS PROSES PEMBENTUKAN PEMBANGUNAN EKONOMI MENGIKUT ACUAN MALAYSIA Ekonomi Malaysia terbentuk dengan ciri ciri uniknya dengan pengalamannya dijajah kolonial Inggeris. Contohnya pembangunan ekonomi dalam sektor getah dan kelapa sawit. Pembinaan rangkaian infrastruktur sebagai sokongan kepada industri asas. Tenga buruh di Malaysia juga unik kerana terdapatdivision of labourmengikut hubungan etnik. Terdapat dua cirri utama iaitu:-a)Aspek ekonomib)Ciri etnik Mempelbagaikan asas ekonomi dengan memperkenalkan komoditi seperti kelapa sawit, koko, lada hitam, kayu balak serta penumpuan kepada eksport barang seperti barang pembuatan, tekstil, dan getah. Pada peringkat awal pembangunan ekonomi ditumpukan kepada peningkatan infrastruktur ekonomi, pembangunan pertanian dan industri gantian-import. Pada akhir tahun 1960an, pembangunan ekonomi diasaskan kepada pembangunan teknologi dan peralihan dari industri gantian import kepada industri berorientasikan eksport. Menjelang 2000an, Malaysia mula memberi perhatiankepada pembangunan ekonomi berteraskan K- ekonomi. Secara keseluruhan, pembangunan ekonomi di Malaysiatelah mencapai kejayaan yang dapat diukur dengan kadarKeluaran Dalam NegaraKasar (KDNK) yang baik iaitu sekitar 8% - 9% terutama pada tahun 1980an dan 1990an. Ukuran pencapaian bagi pembangunan ekonomi di Malaysia tidak hanya diukur melalui KDNK tetapi juga dengan peningkatan indeks kualiti hidup. Kualiti rakyat secara amnya adalah baik berdasarkan penurunan kadar kemiskinan dan kadar inflasi yang rendah.

Dalam konteks ini, hubungan ekonomi dan entisiti di Malaysiasememangnya berkait rapat. Ini menyebabkan ketidakseimbangan pendapatan yang menimbulkan rasa cemburu antara kaum. Oleh itu, integrasi ekonomi amat penting dan dilaksanakan melalui dasar dasar pembangunan seperti Rancangan Pembangunan Lima Tahun, Dasar Ekonomi Baru dan lain lain. Ini bagi memastikan pengasingan ekonomi yang wujud sejak zaman penjajahan dapat dimansuhkan dan pengagihan ekonomi yang tidak seimbang dapat dikurangkan dan dihapuskan.

Dasar dasar awam : Pertanian , Perindustrian dan K- ekonomi 1990an adalah perhatian kepada sektor perindustriana)Dasar perindustrian beratb)Dasar penswastaan Meskipun pembangunan ekonomi sudah berubah kepada perindustrian 1960an dan 1970an tetapi tumpuan kepada sektor pertanian masih diutamakan. Sesuai dengan dasar pembangunan pertanian beberapa badan yang bertanggungjawab untuk memajukan sector pertanian dan menghapuskan kemiskinan luar Bandar telah diwujudkan sepertia FELDA, FELCRA dan MARA. 1980an dan 1990an, sector perindustrian lebih diberi perhatian dan beberapa dasar telah digubal seperti Dasar Pandang Ke Timur dan Dasar Penswastaan. Sesuai dengan perkembangan ekonomi dunia masa kini, beberapa strategi telah disusun untuk meningkatkan pembangunan ekonomi yang berteraskan pembangunan ekonomi yang berteraskan teknologi ICT dan K-ekonomi.

TUTORIAL MINGGU 11PROSES PEMBENTUKAN PERLEMBAGAANLAPORAN :1 April 1946 ( pembentukan Malayan Union) British Military Administration (BMA) telah dibubarkan pada bulan Mac 1945. Diikuti dengan pembentukan Kesatuan Tanah Melayu (Malayan Union) pada 1 April 1946. Terbentuk hasil dari Perjanjian Mac Michael pada tahun 1945. Perjanjian ini memberi peruntukan kepada British bagi mentadbir Tanah Melayu dalam perintah-dalam-Majlis berpandukan kepada Arahan Diraja (Royal decree) bertarikh 23 Mac 1946. Semua peristiwa yang berlaku ini dipanggil sebagai Perlembagaan Kesatuan Tanah Melayu 1946. Bagaimanapun, perlembagaan dan perjanjian ini mendapat tentangan yang kuat dari raja-raja Melayu dan Rakyat Tanah Melayu.

1 Febuari 1948 ( Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu ) Perjanjian ini dikenali sebagai Perjanjian Persekutuan TanahMelayu 1948. Hasil dari perjanjian ini satu perlembagaan baru telah digubaldan berkuat kuasa pada 1 Februari 1948 = PerlembagaanPersekutuan Tanah Melayu, 1948. Mengikut perjanjian ini, Kerajaan Pusat akan mengandungiseorang Pesuruhjaya Tinggi British, sebuah Majlis Mesyuarat dansebuah Majlis Perundangan. Majlis Perundangan (Legislative Council) mempunyai anggotarasmi dan sebilangan besar anggota tidak rasmi akan dipilih.

Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum (CLC) - 1949 Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum (1949) terdiri daripada pelbagai hubungan etnik telah berusaha menyelesaikan masalah perlembagaan, politik dan ekonomi. Ia wujud kerana permintaan yang berlainan daripada pelbagai etnik. CLC ditubuhkan secara tidak rasmi untuk membincangkan isu seperti kewarganegaraan dan kedudukan istimewa orang Melayu serta dasar pendidikan. Melalui CLC ini pemimpin dari pelbagai golongan etnikberbincang secara terbuka mengenai permasalahan yang wujud Tokoh yang menganggotai jawatankuasa ini ialah DatoOnn Jaafar, Dato Abdul Wahab Abdul Aziz, Tan ChengLok, C.C. Tan, Dr. J. S. Goonting dan E.E.C.Thuraisingham. Kebanyakan cadangan CLC telah dimasukan ke dalamusul-usul perundangan yang diluluskan oleh MajlisPerundangan Persekutuan.

Perlembagaan Kemerdekaan 1957 Pada 9 Julai 1963, kerajaan-kerajaan Persekutuan Tanah Melayu, United kingdom, Borneo Utara, Sarawak dan Singapura telah menandatangani Perjanjian Malaysia Borneo Utara, Sarawak dan Singapura akan bersekutu dengan negeri-negeri Persekutuan Tanah Melayu yang sedia ada, dan persekutuan ini dinamakan Malaysia. Parlimen Persekutuan Tanah Melayu telah meluluskan Akta Malaysia untuk meminda Perkara 1(1) dan Perkara (2) Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957. Akta ini berkuatkuasa pada 16 September 1963. Pada masa yang sama juga Queen Great Britain melepaskan bidang kuasa baginda di Borneo Utara, Sarawak dan Singapura. Maka dengan ini wujudlah Persekutuan Malaysia yang merdeka dan berdaulat dengan mempunyai perlembagaannya sendiri. Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957, telah dijadikan asas kepada penggubalan Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Perlembagaan Persekutuan Malaysia telah diisytiharkan pada 16 September 1963. Bagi sabah dan Sarawak draf Perlembagaan Persekutuan Malaysia telah dilampirkan dalam Jadula Perjanjian Malaysia dan perlembagaan itu kemudiannya telah diisytiharkan sebagai perlembagaan Negeri Sabah dan Sarawak.

TUTORIAL MINGGU 9MENILAI KEPENTINGAN UNSUR-UNSUR TRADISI DALAM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK HARI INI.

Laporan :Pada masa kini, unsur-unsur tradisi yang dikekalkan itu amatlah memainkan peranan yang sangat penting bagi memastikan kesejahteraan bangsa terutamanya bagi kaum Melayu. Pada masa kini, pelbagai masalah perpaduan yang telah berlaku dan banyak menggoncangkan perpaduan antara pelbagai kaum di Negara kita. Seperti yang kita ketahui, peristiwa hitam 13 Mei 1969 adalah merupakan salah satu peristiwa yang telah menggoncangkan perpaduan yang telah dibina semenjak zaman penjajahan lagi. Namun, apa yang telah berlaku membuktikan kepada kita bahawa tempoh masa itu bukanlah sesuatu jaminan kepada rakyat Negara kita bahawa tidak akan berlaku lagi rusuhan kaum seperti yang berlaku pada 13 Mei 1969.Daripada ketiga-tiga unsur yang telah dinyatakan sebelum ini iaitu agama, bahasa dan juga hak istimewa, saya berpendapat bahawa bahasa adalah merupakan satu eleman yang sangat penting untuk memastikan hubungan antara kaum di negara kita ini semakin erat dan kukuh. Ini kerana daripada bahasa Melayu itu semua kaum di Negara ini boleh bergabung dan menggunakan satu bahasa yang sama. Ini dapat meningkatkan lagi perpaduan dalam kalangan etnik di Negara kita. Seterusnya, apabila kanak-kanak yang berbangsa Cina dan India diberi didikan yang sama sewaktu di sekolah rendah iaitu menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar sewaktu di sekolah, ini akan dapat meningkatkan kefahaman dalam kalangan murid itu sendiri.Apabila murid-murid ini sudah dewasa, mereka akan menjadikan bahasa melayu sebagai bahasa pengantar utama dan juga seperti yang kita ketahui bahasa Melayu merupakan bahasa rasmi di Negara ini dan kaum-kaum lain akan menguasai bahasa Melayu demi memperlihatkan kesetiaan kepada Negara kita Malaysia. Dengan ini, setiap kaum akan menggunakan satu bahasa yang sama iaitu bahasa Melayu dan semestinya dalam tidak kita sedari, perpaduan akan semakin meningkat.