U20

download U20

of 36

description

UNIT 20

Transcript of U20

  • MESIN PENGISAR

    20.1 PENGENALANMesin pengisar berbeza daripada mesin-mesin lain dari segi peng-gunaan mata alat dan cara memegang benda kerja. Jenis mata alatyang digunakan (mata pengisar) ialah mata alat tunggal atau mataalat berbilang. Benda kerja pula dipegang oleh pelbagai jenis pe-megang atau dipasak terus kepada meja mesin. Benda kerja disusup-kan dengan menghantar meja kepada mata alat yang sedang ber-putar. Kedalamam pemotongan pula dibuat dengan menggunakanmeja mesin.

    Seperti mesin-mesin lain, mesin pengisar juga dilengkapkan de-ngan berbagai-bagai alat pemegang benda kerja, pemegang mataalat, aksesori dan alat tambah. Ini membolehkan mesin pengisarmelakukan berbagai-bagai kerja mengisar.

    Antara kerja-kerja yang dapat dijalankan dengan menggunakanmesin pengisar ialah:1. Mengisar permukaan rata. Ini termasuklah permukaan ufuk,

    tegak dan permukaan bersudut atau condong..2. Memotong berbagai-bagai jenis bahu dan alur kunci, lurah T,

    dan tanggam bajang.3. Mengisar permukaan berbentuk atau tak berbentuk dengan

    menggunakan mata alat pengisar berbentuk.4. Dengan menggunakan kepala pembahagi, permukaan yang ber-

    jarak sama boleh dimesin, umpamanya bongkah segiempat sama,bongkah segienam dan sebagainya. Lurah-lurah berjarak samabolehjuga dipotong pada muka lilitan bar bulat atau permukaanberbentuk silinder. Lurah-lurah ini termasuklah lurah lurus danlurah heliks seperti gear, tap, pelulas, gerudi, mata alat pengisar,dan aci gelugur.

    5. Membuat kerja-kerja melubang.Untuk melakukan kerja-kerja yang disebutkan itu bergantung

    pada:1. Jenis mesin yang digunakan.2. Mata alat yang terdapat.3. Alat tambah atau aksesori yang dibekalkan.

    391

  • TEKNOLOGI BENGKEL MESIN

    Mesin pengisar mempunyai keistimewaan iaitu boleh menempat-kan kedudukan lubang dengan lebih tepat kerana adanya skrupenghantar meja yang dilengkapkan dengan senggatan mikrometerdan dapat mengukur pergerakan meja sarna ada membujur, melin-tang atau menegak sehingga 1/100 milimeter (0.01 mm).

    20.1.1 Jenis Mesin PengisarMesin pengisar dikelaskan kepada dua, iaitu:1. Mesin pengisar turus berlutut.2. Mesin pengisar pengeluaran.

    i. Mesin Pengisar Turus BerlututMesin ini mempunyai meja yang boleh bergerak membujur di atasselanya. Sela pula boleh digerakkan melintang dan dipasangkan diatas luiut. Lutut dipasang kepada turus dan boleh diturunkan ataudinaikkan. Dengan itu mesin pengisar turus berlututini mempunyaitiga arah pergerakan yang utama-iaitu pergerakan membujur, me-lintang dan menegak. Pergerakan-pergerakan ini dijalankan secaramanual atau secara automatik.

    Mesin pengisar turus berlutut digunakan dengan meluas disekolah-sekolah, di bengkel-bengkel penyelenggaraan, peralatantukang dan acuan, dan juga di bengkel-bengkel pengeluaran. Mesinjenis turus berlutut ini terbahagi pula kepada dua jenis, iaitu:(a) Mesin pengisar ufukMesin ini dinamakan mesin pengisar ufuk kerana spindalnya ter-letak dalam kedudukan ufuk. Mata alat pula dipasangkan ke dalamarbor yang dipasangkan mengufuk pada hujung spindal, yang ter-letak pada permukaan turus. (Lihat Rajah 20.1). Mesin pengisarufuk terdiri daripada dua jenis yang asas:

    (i) Mesin pengisar -ufuk biasa(ii) Mesin pengisar universal.Kedua-dua jenis mesin -inimempunyai bentuk yang serupa, beza-

    nya hanya dari segi meja. Meja mesin pengisar ufuk biasa tid.akboleh dikilas, sementara meja mesin pengisar universal boleh dikilaskepada sebarang sudut sehingga 45. Ini membolehkan kerja-kerjamengisar sudut dan heliks dilakukan, umpamanya lurah-Iurah gearheliks, gerudi dan pelulas.

    Oleh sebab mesin pengisar ufuk jenis biasa lebih besar saiznya disamping kedudukan mejanya yang tetap, ia adalah lebih tegapkerana kurang bahagian-bahagian yang bergerak. Dengan .itu iaboleh membuat potongan yang dalam tanpa terdapat gegaran,Mesin jenis ini lebih murah harganya jika dibandingkan denganjenis universal.

    . 392

  • MESIN PENGISAR

    . Rajah 20.1 Mesin pengisar ufuk.

    (b) Mesin pengisar tegakMesin pengisar tegak mempunyai spindal yang berkedudukantegak (seperti kedudukan spindal mesin gerudi). Ciri-cirinya yanglain serupa dengan mesin pengisar ufuk. (Lihat Rajah 20.2). Begitu~ juga dengan kebanyakan alat tambah dan aksesorinya yang bolehbertukar gantie

    Rajah 20.3 pula menunjukkan mesin pengisar tegak jenis turret,kepalanya boleh dikilas dan dijongketkan .. Ini membolehkan kerja-kerja mengisar bersudut atau melubang condong dapat dilakukandengan mudah, Satu.daripada kelebihan mesin pengisar tegak ialahia dapat melakukan kerja-kerja melubang dengan jitu terutama

    'dalam menempatkan jarak pusat lubang. Mesin pengisar tegakbiasanya menggunakan berbagai-bagai jenis mata alat pengisarhujung, Ini akan diterangkan dalam Bahagian 20.5.

    Mesin Pengisar PengeluaranFungsi utama mesin pengisar pengeluaran ialah untuk menghasil-kan bahagian-bahagian atau komponen yang sepadan dengankuantiti yang banyak ataupun untuk. metribolehkan penduaan

    393

  • TEKNOLOGI BENGKEL MESIN

    Kepala alat

    Mata alat -----t!El

    Turus--------;;-~

    Tuilpenghantartegak

    Tuil penghantarmelintang

    TapakRajah 20.3 Mesin pengisar turret.

    Rajah 20.2 Mesin pengisar tegak.

    bahagian-bahagian dibuat dengan pantas. Mesin jenis ini dileng-kapkan dengan pergerakan automatik dan separa automatik bagimemudahkan dan mempercepatkan lagi pengendalian kerja. Se-bagai tambahan kepada pemegang mata alat dan benda kerja, alattambah dan pesawat khas, berbagai-bagai jenis kelengkapan di-gunakan. Semua kelengkapan ini memudahkan kerja, menjimatkanmasa dan menghasilkan pengeluaran yang tinggi. Pada masa ini ke-banyakan mesin pengeluaran dikawal oleh komputer berangka yanglebih dikenali sebagai CNC (Computer Numerical Control). (LihatGambar foto 20.1).

    Terdapat berbagai-bagai jenis mesin pengisar pengeluaran,antaranya ialah jenis pengeluaran, jenis dupleks, jenis penyalin,jenis automatik berunit dan jenis NC dan CNC. Bagaimanapun,jenis-jenis mesin pengeluaran ini tidak dihuraikan dalam unit ini.

    394

  • MESIN PENGISAR

    Gambar foto 20.1 Mesin pengisar CNC.

    20.1.2 Sahagian Mesin PengisarTapakFungsi tapak ialah untuk menyokong mesin supaya tegap keduduk-annya. Ia juga menjadi tempat letak takungan bendalir pemotong.TurusTurus menjadi tulang belakang kepada mesin pengisar, ia dipasangtegak pada tapak dan berfungsi untuk menyokong dan memeganglutut dan meja. Turus juga menempatkan motor, gear penukar ke-lajuan dan hantaran mesin.LututLutut dipasangkan pada turus menerusi landasan vee dan digerak-kan menaik dan menurun secara manual atau automatik. Lutut jugamenempatkan bahagian-bahagian lain iaitu sela dan meja.SetaSela dipasangkan pada lutut menerusi landasan vee dan boleh ber-kesot keluar atau masuk dari turus (bergerak melintang), secaramanual atau automatik. Di bahagian atasnya dipasang meja mesin.Bagi mesin pengisar biasa, meja dipasangkan terus pada sela, tetapibagi jenis universal, meja dipasang di atas tapak berkilas, ini mem-bolehkan ia dikilas kepada sudut maksimum 450 dari paksinya.

    395

  • TEKNOLOGI BENGKEL MESIN

    Meja mesinMeja mesin dipasang di atas tapak berkilas atau terus pada sela.Dengan bantuan landasan, ia boleh berkesot ke kiri atau ke kanan(bergerak membujur) secara manual atau automatik. Binaan yangsedemikian membolehkan meja bergerak membujur dan melintang.Kesemua pergerakan meja dan lutut mesin pengisar dapat diukurdengan tepatnya dengan adanya relang petunjuk yang disenggatdengan mikrometer sehingga 1/100 milimeter (0.01 mm).Overarm (le/pl),;?rJ) .Ia merupakan baliagian mesin yang paling atas bagi mesin pengisarufuk dan dipasangkan pada turus menerusi tanggam bajang danboleh berkesot. Overarm berfungsi sebagai penyokong dan me-netapkan penjajaran arbor dan alat tambah yang lain. Kedudukan-nya pula boleh dilaraskan mengikut panjang arbor dan kedudukanmata alat.

    Penvokonqarbor

    Sela ---~"""""WlU.~

    Tuilpenghantartegak

    Tuilpenghantarmeja

    Tapak ----+-..

    ~----Overarm

    ~-+-+~~~r---+--- Huju ng spindal

    Tuil,,*""-----t"'"----t-- peng hantar

    melintang

    Rajah 20.4 Bahagian-bahagian mesin pengisar ufuk.

    396

  • MESIN PENGISAR

    SpindalSpindal berfungsi sebagai pemacu kepada arbor, mata alat dan pel-bagai alat tam bah mesin pengisar. Dial petunjuk kelajuan pula me-nunjukkan tingkat kelajuan yang dibuat oleh spindal.Penyokong ArborIa dipasangkan pada overarm dan boleh pula ditempatkan di mana-mana kedudukan di sepanjang overarm". Fungsinya ialah untukmenyokong dan menjajar berbagai-bagai jenis arbor dan alat tam-bah mesin pengisar.

    20.1.3 Alat Tambah dan Aksesori Mesin PengisarTerdapat berbagai-bagai jenis alat tambah dan aksesori mesinpengisar. Alat-alat ini dapat membantu mempelbagaikan lagi kerja-kerja mengisar, dan juga mempelbagaikan cara memegang mata alatdan benda kerja. Alat-alat tersebut ialah:1. Ragum mesin2. Aksesori pemegang mata alat3. Kepala penggerek4. Kepala pembahagi5. Alat tambah mengisar tegak6. Alat tambah melurah7. Alat tambah meja putar.Ragum MesinRagum mesin terbahagi kepada tiga jenis:1. Ragum biasa2. Ragum berkilas3. Ragum universal.

    1. Ragum BiasaRagum biasa (Rajah 20.5) dipasangkan terus pada meja mengguna-kan bolt dan nat dalam dua kedudukan iaitu dengan menghalakanrahangnya selari dengan pergerakan meja dan bersudut tepat denganpergerakan meja.

    Rajah 20.5 Ragum biasa.

    397

  • Rajah 20.6 Ragum berkilas.

    TEKNOLOGI BENGKEL MESIN

    2. Ragum BerkilasRagum berkilas (Rajah 20.6) pula dipasang di atas tapak berkilas.Ia boleh dikilas kepada sebarang sudut. Tapak berkilas ini mem-punyai senggatan bagi memudahkan kerja mengilas.

    3. Ragum UniversalRagum universal (Gambar foto 20.2) bukan sahaja membolehkan ra-gum dikilas tetapi ia boleh juga dijongketkan kepada sudut maksimuni90 pada satah tegak. Dengan itu benda kerja dapat dikisar padasebarang poin dan sudut.

    Ragum biasa lebih tegap dan boleh memegang benda kerja denganlebih kejap. Ini adalah kerana kurangnya bahagian-bahagian yangbergerak. Pemegang benda kerja yang lain termasuklah bongkahvee, pengapit dan lekapan.

    Gambarfoto 20.2. Ragum~ r./nILlfjP/Aksesori Pemegang MataAksesori pemegang mata alat pengisar terdiri daripada arbor, koletdan adaptor. c.

    1. ArborArbor mempunyai batang tirus dari jenis melepas-diri (self-release)atau memegang-diri (self-holding) iaitu tirusan Morse, dan tirusanBrown dan Sharpe. Dengan itu ia dapat ditempatkan dan dipusat-kan dengan mudah pada hujung spindal. Bar tarik (draw-in bar) di-ikatkan pada arbor dari bahagian belakang turus supaya ke-dudukan arbor tegap dan kejap serta dapat berputar secara positif(Rajah 20.7). Arbor terbahagi kepada tiga jenis:

    398

  • MESIN PENGISAR

    (a) Arbor panjang jenis ABahagian hujungnya dibuat bertingkat dengan garis pusat yanglebih keeil (disebut garis pusat pandu). Ia boleh dipasangkan padalubang keeil penyokong arbor jenis A untuk memegang mata alatpengisar yang keeil garis pusatnya supaya penyokong arbor tidakmelanggar ragum apabila meja dilalukan pada mata alat (lihatRajah 20.8).

    Rajah 20.8 Arbor panjang janis A.

    Rajah 20.7

    (b) Arbor panjang jenis BJenis ini tidak dibuat bertingkat. Bagaimanapun, untuk menyesuai-kan dengan lubang penggalas penyokong arbor, satu sarung galas(bearing sleeve) digunakan. (Lihat Rajah 20.9).

    Rajah 20.9 Arbor panjang janis B.

    Kedua-dua arbor jenis A dan Bini dilengkapkan dengan:(i) Relang. Fungsi relang ialah untuk:

    - menentukan atau menempatkan kedudukan mata alat pe-ngisar.

    - memegang arbor dan mata alat pengisar dengan kejap dankukuh.

    - memacu mata alat pengisar nipis seperti mata alat pengerat.(ii) Sarung galas. Fungsi sarung galas ialah untuk menyesuaikan

    dengan lubang yang terdapat pada penyokong arbor.(iii) Alur kunci. Ia terdapat di sepanjang arbor, gunanya ialah

    untuk menyelitkan kunei supaya mata alat pengisar dapat di-paeu tanpa terhenti-henti.

    399

  • '~~':\.~.iil'!iJJ@IJl"tI.IJ!I ..

    TEKNOLOGI BENGKEL MESIN

    (c) Arbor pengisar bujungArbor jenis ini digunakan khas untuk memegang mata alat jenispengisar hujung dan mata alat pengisar muka. (Lihat Rajah 20.10dan 20.11).

    Rajah 20.10 Arbor pengisar hujung.

    Rajah 20.11

    2. AdaptorAdaptor atau penyesuai digunakan untuk memegang mata alatpengisar berbatang lurus atau berbatang tirus, misalnya mata alatpengisar hujung, mata alat pengisar fly, bajang, lurah T, kunci

    Woodruff dan sebagainya. Adaptor terbahagi kepada tiga jenis:

    (a) Adaptor arborAdaptor ini digunakan untuk memegang terus mata alat pengisarmuka yang besar garis pusatnya pada spindal mesin.

    (b) Adaptor koletIa digunakan untuk memegang mata alat pengisar hujung yang ber-batang tirus. Adaptor kolet mempunyai lubang tirus memegang-dirijenis Morse atau Brown dan Sharpe. Untuk menyesuaikan saizlubang dengan mata alat, sarung pengecil digunakan.

    (c) Kolet pemegangKolet pemegang digunakan untuk memegang mata alat pengisarhujung yang berbatang lurus.

    Memasang Arbor Mesin Pengisar Ufuk1. Pilih arbor jenis B untuk kerja-kerja biasa dan arbor jenis A. Per-

    mukaan benda kerja terpaksa dinaikkan hingga mencecah relangtanpa melanggar penyokong arbor. (Lihat Rajah 20.12 dan 20.13).

    400

  • MESIN PENGISAR

    Benda jL-f-~kerja L------ojr---~

    Rajah 20.12

    2. Setkan mesin kepada gear rendah.3. Bersihkan lubang spindal dan batang tirus arbor.4. Pegang arbor dan masukkan ke dalam hujung spindal dan pasti-

    kan tenon (tanggam) hujung spindal masuk ke dalam lurah arbor(Rajah 20.11).

    Rajah 20.145. Masukkan bar tarik dari belakang turus dan ikatkan pada arbor

    serta ketatkan nat penguncinya. (Lihat Rajah 20.15).

    Rajah 20.13

    (b) (c)(a)

    cRajah 20.15

    401

  • TEKNOLOGI BENGKEL MESIN

    Memasang Mata Alat ke dalam Arbor1. Tentukan kedudukan mata alat dalam arbor dengan menyusun

    relang (Rajah 20.16).2. Masukkan kunci ke dalam alur kunci arbor (Rajah 20.17). Jika

    menggunakan mata alat pengisar, celah kunci tidak perludigunakan bagi mengelakkan mata alat daripada pecah sekiranyaia tersepi t.

    3. Masukkan mata alat ke dalam arbor dan jajarkan alur kuncisupaya kunci yang dipasang pada arbor boleh masuk kedalamnya (Rajah 20.18).

    J--Rajah 20.17

    Rajah 20.16

    Rajah 20.18

    4. Masukkan relang dan relang galas di bahagian paling hujung(Rajah 20.19).

    5. Laraskan overarm supaya sesuai kedudukannya dan pasangkanpenyokong arbor (Rajah 20.20 dan 20.21). Pastikan semua natpengunci diketatkan.

    402

    .~

  • MESIN PENGISAR

    Relang

    Relang galas

    Rajah 20.19(b) (c)

    (a) (b)

    Rajah 20.20

    (c)

    ~ tal (c)Rajah 20.21

    6. Hidupkan mesin untuk memastikan supaya nlata alat berputarsepusat iaitu tidak belong (Rajah 20.22).

    7. Cara memasang arbor jenis A sama dengan arbor jenis B kecualiia tidak menggunakan sesendal galas.

    403

  • I III(a)

    TEKNOLOGI BENGKEL MESIN

    (b)

    Rajah 20.22(c)

    I

    Kepala PenggerekKepala penggerek digunakan untuk meluaskan lubang supayadapat menghasilkan saiz yang tepat dan sudahan permukaan yang'baik. Terdapat tiga jenis kepala penggerek, iaitu jenis padu, jenisbongkah berkilas dan jenis ofset. Kesemua jenis kepala penggerekini menggunakan mata alat padu jenis mata tunggal seperti mataalat pelarik (Rajah 20.23).

    Benda kerja

    Skru pelarasmikrometer

    Kepala penggerek dipegangdi dalam spindal

    Rajah 20.23 Kepala penggerek.

    Kepala PembahagiKepala pembahagi berfungsi untuk membahagi sama besar luangataupun bahagian pada muka lilitan benda kerja bulat. Ia diguna-kan apabila hendak memotong gigi gear, rnernotong aci gelugurataupun apabila hendak mengisar perrnukaan yang berjarak sarnaseperti bongkah segiempat, segienam, segilapan dan seterusnya.(Lihat Gambar foto 20.3).

    '\I

    404 )".

  • MESIN PENGISAR

    Gambar foto 20.3 Kepala pembahagi.

    Alat Tambah Mengisar TegakAlat tambah ini dipasangkan pada spindal mesin pengisar ufuk iaitupada bahagian permukaan turusnya. Fungsi alat tambah ini ialahuntuk membolehkan berbagai-bagai kerja mengisar tegak dijalan-kan oleh mesin pengisar ufuk. Ini dapat menjimatkan koso Kerja-kerja yang boleh dibuat dengan memasang alat tambah ini ter-masuklah melubang dan mengisar permukaan bersudut. Untukmengisar permukaan bersudut, kepala alat tambah ini boleh dikilas-kan kepada sudut yang dikehendaki. Sudut yang boleh dikilas ialah0- 45. (Lihat Gambar foto 20.4).

    Alat Tambah MelurahApabila alat tambah melurah ini dipasangkan pada spindal danturus mesin pengisar ufuk, ia menukar gerakan putaran spindal ke-pada gerakan salingan kekesot mata alate Seperti pengendaliankerja mesin pembentuk, alat tambah melurah juga menggunakanmata alat jenis tunggal. Kepala alat melurah ini boleh juga dikilas,ini membolehkan lurah condong dibuat.

    Alat Tambah Meja PutarAlat tambah ini digunakan untuk membuat lurah-lurah meleng-kung atau untuk mengisar permukaan kontur (berbentuk) ataupunmenggerudi lubang yang berjarak pada sudut tertentu di antarasatu dengan lain (lihat Rajah 20.24).

  • TEKNOLOGI BENGKEL MESIN

    Gambar toto 20.4 Alat tambah mengisar tegak.

    Rajah 20.24 Alat tambah meja putar.

    2'0.1.4 Mata Alat PengisarMata alat pengisar terdapat dalam berbagai-bagai bentuk dan saizdan boleh disesuaikan dengan berbagai-bagai jenis pemegang. Inimembolehkan berbagai-bagai kerja mengisar dilakukan. Mata alatpengisar biasanya padu dan berbatang. Bagi mata alat padu, ia di-lengkapkan dengan lubang supaya ia boleh masuk ke dalam pe-megangnya (arbor).

    406

  • MESIN PENGISAR

    Bahan yang digunakan untuk membuat mata alat pengisar ialahkeluli berkarbon tinggi, keluli tahan lasak, aloi tuang dan karbida(karbida terikat, tungsten karbida dan tantalum karbida).

    Mata alat yang diperbuat daripada karbida dikenali sebagaimata alat jenis tip kerana tip karbida seperti tungsten karbida di-kimpalloyangkan pada keluli aloi (bad an mata alat) ataupun di-tumpangkan dengan menggunakan skru Allen pada badan mataalate

    Jenis Mata Alat PengisarMata alat pengisar dibahagikan kepada duajenis yang utama, iaitu:1. Jenis PiawaiBagi jenis ini, dimensi mata alat seperti garis pusat, lebar, saiz lubangdan saiz alur kunci dibuat mengikut saiz dimensi yang ditetapkanoleh piawai tertentu seperti piawai Amerika iaitu American Stan-dards Association (ASA).

    2. Jenis KhasJenis khas dibuat mengikut kegunaan tertentu. Dimensinya tidak-lah terikat kepada mana-mana piawai. Apa yang penting ialah saizdan bentuknya dibuat mengikut kesesuaian kerja.

    balam unit ini, kita akan memberi tumpuan kepada mata alatjenis piawai sahaja.1. Mata Alat Pengisar BiasaMata alat ini berbentuk silinder, matanya dibuat pada muka lilitan-nya sahaja. Ia digunakan untuk mengisar permukaan rata. Mataalat ini mempunyai ketebalan dan garis pusat yang berbeza-beza(lihat Rajah 20.25).

    (a) (b)

    Rajah 20.25 Mata alat pengisar biasa.

    407

    (c)

  • TEKNOLOGI BENGKEL MESIN

    Mata alat pengisar biasa dibahagikan pula kepada tiga jenismengikut kesesuaian kerja iaitu:(a) Mst alat pengisar biss kerja ringan-nipis (kurang daripada

    19m, mempunyai gigi selari).(b) Mata elst pengisar biss kerja berat-lebar dan 'berbentuk

    papak, mempunyai gigi heliks (Rajah 20.26(a)).(c) Mst alat pengisarbiss bersudutheliks tinggi-mempunyai gigi

    kasar dan sedikit jumlahnya (Rajah 20.26(b)). Sudut heliksan tara 45-60. Ia sang at sesuai untuk mengisar logam lembutseperti loyang.

    (a) (b)Rajah 20.26 Jenisjenis pengisar biasa.

    Untuk membolehkan .mata pengisar di atas memotong bahandengan sempurna, matanya (pinggir pemotong) mestilah mem-punyai kelegaan sudut yang sesuai. Terdapat dua sudut kelegaanbagi mata alat pengisar iaitu:(a) Sudut kelegssn utama- gunanya untuk menghalang jidar dari-

    pada menggesel permukaan benda kerja.(b) Sudut kelegaan sekunder-terletak di belakang sudut kelegaan

    utama, gunanya untuk memberi kelegaan yang lebih bagi tatalkeluar.

    Tumit

    Pinggirpemotong

    Sudut kelegaan utamar S~dut kelegaan sekunder

    Rajah 20.27 Sudut kelegaan mata pengisar.

    408

  • MESIN PENGISAR

    Jadual 20.1 pula rnenunjukkan pelbagai sudut kelegaan mengikutjenis logam.

    iadual 20.1 Sudut kelegaan bagi beberapa jenis logam

    Keluli lembut 5 8 15Keluli aloi 3 6 15Besi tuang 7 10 8Aluminium 10 13 10Loyang 10 13 10

    2. Mata Alat Pengisar TepiBentuknya seakan-akan mata alat pengisar biasa tetapi agak nipis.Matanya terdapat pada muka lilitan dan juga di sebelah tepi samaada sebelah sahaja ataupun di kedua-dua belah. Gigi pada mukalilitan membuat potongan, sementara gigi pada bahagian tepihanya membuat potongan penyudah mengikut saiz tertentu. Ke-gunaan utama mata alat jenis ini ialah untuk mengisar tepi sepertilurah dan 'mengisar mengangkang' (straddle). Mata alat pengisartepi terdiri daripada:

    (a) Mata alat pengisar tepi jenis biasa(b) Mata alat pengisar tepi mata sebelah(c) Mata alat pengisar tepi mata tak serentak.

    Rajah 20.28 Mata alat pengisar tepi biasa.

    Rajah 20.29 Mata alat pengisar tepi mata sebelah.

    409

    Rajah 20.30 Mata alat pengisartepi mata tak serentak.

  • TEKNOLOGI BENGKEL MESIN

    3. Mata Alat Pengisar CelahMata alat pengisar celah adalah nipis iaitu 1 mm-5 mm sahaja.Untuk mengelakkannya daripada pecah, gunakan hantaran yangperlahan dan tidak perlu memasang kunci kerana relang sudahcukup untuk memutar. Sekiranya tersangkut, mata alat ini bolehberhenti berputar. Seelok-eloknya gunakan kaedah mengisar kebawah (akan diterangkan dalam Bahagian 20.2).

    Mata alat pengisar celah digunakan khas untuk kerja-kerja me-ngerat dan memotong lurah atau alur sempit, Terdapat tiga jenismata pengisar-celah, iaitu:

    (a) Ma ta ala t pengisar celah jenis biasa(b) Mata alat pengisar celah jenis tak serentak(c) Mata alat pengisar kepala skru.

    Rajah 20.31 Mata alat pengisarcelah biasa

    Rajah 20.32 Mata alat pengisarcelah tak serentak.

    4. Mata Alat Pengisar BersudutMata alat pengisar bersudut digunakan untuk kerja-kerja mengisarsudut seperti memotong alur vee, bajang, gerigian (serration) danpelulas. Terdapat dua jenis mata alat pengisar sudut:

    410

  • MESIN PENGISAR

    (a) Mata tunggalTerdapat satu sahaja permukaan bersudut, tetapi matanya ter-dapat pada kedua-dua belah permukaan iaitu permukaan sen-deng dan tegak. Jenis ini digunakan untuk memotong tanggambajang dan takukan (notches) yang terdapat pada gear sehala.Sudut yang biasa bagi mata tunggal ialah 45 atau 60 (Rajah20.33).

    Rajah 20.33 Mata alat pengisar sudut tunggal.

    (b) Mst kembsrKedua-dua perrnukaannya bersudut dan bukaan sudut untuktiap-tiap permukaan adalah sama (Rajah 20.34). Mata alatkembar digunakan untuk memotong lurah vee. Sudut kandungyang biasa untuk mata alat kembar ialah 45, 60 dan 90.

    Rajah 20.34 Mata alat penqrsar sudut kembar.

    5. Mata Alat Pengisar HujungMata alat pengisar hujung adalah padu, sarna ada berbatang tirusataupun lurus. Terdapat juga jenis mata alat yang boleh dipisahkandaripada batangnya. Jenis ini disebut kelompang. Matanya terdapatpada muka lilitan seperti pelulas dan juga pada bahagian hujung. Iamempunyai mata lurus dan mata heliks.

    411

  • TEKNOLOGI BENGKEL MESIN

    Mata alat pengisar hujung ialah untuk mengisar permukaan yangrata, (mengufuk, tegak dan bersudut), mengisar lurah, alur kunci,bahu, alur dan susuk-susuk yang sempit. Mata alat pengisar hujungboleh didapati dalam berbagai-bagai bentuk dan saiz. (Lihat Rajah20.35).

    ( ([J

    ~~}-.-....~;:s:

    (~~~

    l-(o

    ( (jf

    [__1 ~..........L....(~[~

    c; ]) 0 a( 0

    Rajah 20.35 Mata alat pengisar hujung.

    Rajah 20.36 Mata alat pengisarmuka.

    6. Mata Alat Pengisar MukaMata alat ini mempunyai 'garis pusat yang besar, iaitu 150 mm.Biasanya ia mempunyai mata yang ditumpang iaitu dengan caramenyelitkannya pada muka lilitan dan permukaannya. Matanya di-perbuat daripada keluli tahan lasak atau karbida. Mata alat ini di-gunakan untuk mengisar permukaan yang luas, sarna ada untukmengasar atau mengisar sudahan (Rajah 20.36).7. Mata Alat Pengisar Kelompang TepiMata alat ini jenis padu, terdapat lubang yang membolehkan mataalat tersebut dipegang di dalam puntung (stub) atau arbor. Baha-

    412

  • MESIN PENGISAR

    gian tengahnya lekuk supaya ada ruang untuk diikat dengan skruatau nat. Saiz mata alat ini biasanya antara 32 mm-132 mm. Jenisini lebih ekonomi kerana matanya boleh diganti (Rajah 20.37).8. Mata Alat Pengisar BerbentukMata alat berbentuk digunakan untuk mengisar permukaan yangmelengkung sama ada cembung ataupun cekung. Bentuk dan saiz-nya mengikut piawai kerana ia digunakan untuk memotong gigigear, pelulas, tap, gerudi dan mata alat pengisar. Rajah 20.38, me-nunjukkan berbagai-bagai jenis mata alat pengisar berbentuk. Rajah 20.37 Mata alat pengisar

    kelompang tepi.

    (a) Mata alat pengisar cekung.

    (b) Mata alat pengisar cembung.

    (d) ,Mata alat pengisar untuk memotonggigi gear.(c) Mata alat pengisar untuk membulatkan pepenjuru.

    Rajah 20.38 Beberapa jenis mata alat pengisar berbentuk.

    413

  • TEKNOLOGI BENGKEL MESIN

    9. Mata Alat Pengisar Lurah Bajang'Bentuk matanya seakan-akan mata alat pengisar sudut jenis tung-gal, tetapi ia mempunyai batang. Ia digunakan khas untuk membuattanggam bajang. Sudut-sudut bagi mata alat ini ialah 45, 50, 55dan 60. Rajah 20.39 menunjukkan mata alat pengisar lurah bajang.10. Mata Alat Pengisar Lurah TSeperti namanya, ia khas digunakan untuk membuat lurah T. Mataalat ini kelihatan seperti mata alat melurah tanggam bajang. Ia ada-lah jenis berbatang.11. Mata Alat Pengisar Alur Kunci WoodruffBentuk mata alat ini seakan-akan mata alat pengisar tepi tetapimempunyai batang. Ia digunakan khusus untuk membuat alur kunci(Rajah 20.40).

    Rajah 20.40 Mata alat pengisar alurkunci Woodruff.

    Rajah 20.39 Mata alat pengisar lurah bajang.

    12. Mata Alat Pengisar FlyIa merupakan mata alat bermata tunggal yang dipasangkan padaarbor atau adaptor khas (Gambar foto 20.5).

    GalT.bar foto 20.5 Mata alat pengisar fly.

    414

  • MESIN PENGISAR

    13. Mata Alat Pengisar Jenis TipMata alat pengisar jenis tip (Gambar foto 20.6) digunakan untukkerja-kerja pengeluaran dan memotong bahan yang lebih keras.Tip yang digunakan ialah jenis karbida terikat, tungsten karbidaatau tantalum karbida. Tip ini dipasangkan dengan cara kimpalloyang atau diselitkan dengan menggunakan skru Allen.

    Gambar foto 20.6 Mata alat pengisar tip.

    20.2 KAEDAH MENGISARHubungan antara arah hantaran benda kerja dengan arah putaranmata alat menentukan kaedah mengisar. Terdapat dua kaedahmengisar, iaitu mengisar ke atas dan mengisar ke bawah.

    1. Mengisar ke AtasDalam kaedah ini, hantaran benda kerja melawan arah putaranmata alat (lihat Rajah 20.41). Ciri-ciri yang berikut terdapat padakaedah ini:

    Rajah 20.41 Mengisar ke atas.

    415

  • TEKNOLOGI BENGKEL MESIN

    (a) Bentuk tatal yang dihasilkan tebal di bahagian hujungrnana-kala bahagian pangkalnya nipis.

    (b) Menghasilkan permukaan yang lebih kasar.(c) Mata alat menolak keluar benda kerja dari ragum, ini dapat

    mengurangkan kesan kerenggangan skru penghantar mejamesin pengisar.

    (d) Benda kerja mestilah diikat dengan kuat.(e) Kaedah ini sesuai dilakukan bagi mata alat pengisar yang ber-

    saiz sederhana dan untuk mengisar keluli yang lebih lembut danmulur.

    2. Mengisar ke BawahDalam kaedah ini pula, hantaran benda kerja mengikut arahputaran mata alat (Rajah 20.42). Ciri-ciri yang berikut terdapatpada kaedah ini:(a) Bentuk tatal yang dihasilkan nipis di bahagian hujung mana-

    kala bahagian pangkalnya tebal.(b) Menghasilkan permukaan yang lebih halus kerana adanya

    tindakan mengikis mata alat.(c) Mata alat menarik masuk benda kerja ke bawah mata alat yang

    sedang berputar. Mesin mestilah bebas daripada kerengganganskru penghantar meja. Seelok-eloknya meja mestilah dilengkap-kan dengan alat pencegah kerenggangan.

    (d) Kaedah ini sesuai dilakukan pada mesin yang dalam kedudukantegak dan lebih besar saiznya.

    (e) Benda kerja mestilah diikat dengan kuat.

    Rajah 20.42 Mengisar ke bawah.

    416

  • MESIN PENGISAR

    20.2.2 Kelajuan Pemotongan dan Kadar HantaranUntuk menghitung kelajuan pemotongan dan kelajuan spindalmesin, formula dalam Bahagian 9.3.5 boleh digunakan, iaitu:

    PPM = KP x 1000nxD

    dengan KP = Kelajuan pemotongan bahanD = Garis pusat mata alat pengisar dalam

    unit milimeterHantaran pemotongan ialah kadar pergerakan meja menyuap

    benda kerja kepada mata alat yang sedang berputar. Hantarandinyatakan dalam milimeter per minit (sistem imperial mengguna-kan unit inci). Kadar hantaran dapat dihitung dengan mendarab-kan saiz tatal (yang dibuat oleh setiap satu gigi mata alat) denganjumlah gigi mata alat dan putaran per minit mata alate

    Hantaran pemotongan = Jumlah gigi x Saiz tatal per gigix Putaran per minit

    Contoh 20.1Hitung kelajuan spindal dalam putaran per minit bagi mata alatpengisar celah yang bergaris pusat 50 mm dengan kelajuan pe-motongan 33 meter per minit.

    PPM = KP x 1000nxD

    33 x 10003.142 x 5033000

    ---

    157.1

    = 210.05728

    = 210

    Contoh 20.2Hitung kelajuan spindal dalam putaran per minit bagi mata alatpengisar fepi yang bergaris pusat 75 mm dengan kelajuan pemotong-an 25 meter per minit.

    PPM = KP x 1000n x D

    25 x 10003.142 x 75

    417

  • TEKNOLOGI BENGKEL MESIN

    25000=--'

    235.65

    106.0895

    106

    Contoh 20.3Hitung kelajuan pemotongan bagi mata alat pengisar celah yangbergaris pusat 50 mm dan putaran per minit bagi alat tersebutialah 210.

    D x 1t x PPMKP = 1000

    50 x 3.142 x 2101000

    = 32.991

    = 33 meter per minit.

    = 25 meter per minit.

    Contoh 20.5Hitung hantaran pemotongan dalam milimeter per minit bagi mataalat pengisar heliks yang mempunyai 6 gigi, bergaris pusat 75 mmapabila mengisar bongkah besi tuang dengan kelajuan pemotongan60 meter per minit.

    PPM = KP x 10001txD

    60 x 10003.142 x 75

    = 254.6

    418

  • MESIN PENGISAR

    Maka,Hantaran pemotongan = Jumlah gigi x Saiz tatal per gigi x ~PPM

    = 6 x 0.25 x 254.6= 382 mm per minit.

    Contoh 20.6-Hitung hantaran pemotongan dalam milimeter per minit bagi mataalat pengisar celah yang bergaris pusat 50 mm dan mempunyai12 gigi memotong pada kadar 0.08-mm per gigi dan kelajuan pe-motongan 33 meter per minit.

    PPM = KP x 10003.142 x D

    33 x 10003.142 x 50

    = 210Maka,Hantaran pemotongan = Jumlah gigi x Saiz tatal per gigi x PPM

    = 12 x 0.08 x 210= 201.6 mm per minit.

    Faktor-faktor yang Menentukan Kadar Hantaran Pemotongan1. Dalam dan lebar pemotongan.2. Rupa bentuk mata alat.3. Ketajaman mata alat.4. Bahan benda kerja.5. Jenis sudahan yang diperlukan.6. Ketegapan mesin dan benda kerja diikat.7. Garis pusat mata alat.

    Kerja-kerja Penjajaran Meja dan Ragum Mesin Pengisar UniversalSebelum kerja mengisar dimulakan, meja mesin dan ragum perludijajarkan. Tujuannya ialah supaya alat tersebut dapat mengisarpermukaan benda kerja dengan tepat mengikut penandaan yangdibuat. Penjajaran termasuklah:1. Penjajaran meja selari dengan turus.2. Penjajaran ragum selari dengan penghantaran meja.3. Penjajaran ragum bersudut tepat dengan penghantaran meja.Penjajaran Meja Selari dengan TurusTstscsr(a) Bersihkan permukaan turus dan meja.(b) Pasang penunjuk dail dan letakkan di atas meja (Rajah 20.43).(c) Gerakkan meja kepada turus dan setkan pe.nunjuk dail kepada

    angka O.

    419

    l1

  • TEKNOLOGI BENGKEL MESIN

    Meja mesin

    Rajah 20.43 Penjajaran meja selari dengan turus.(d) Gerakkan meja ke kiri atau ke kanan untuk memerhatikan

    bacaan yang ditunjukkan oleh penunjuk dail.(e) Jika terdapat perbezaan bacaan dari satu hujung ke satu hujung

    turus, bermakna meja dan turus tidak sejajar. Laraskan mejadengan melonggarkan nat perumah meja berkilas.

    (f) Ulang Iangkah (d) dan pastikan tidak terdapat perbezaanbacaan penunjuk dail di sepanjang muka turus.

    Penjajaran' Ragum Selari dengan Penghantaran MejaTatacara(a) Bersihkan meja dan tapak ragum berkilas.(b) Pasangkan ragum pada meja, kilas dengan pengapit tetapnya

    selari dengan Iurah T pada meja mesin.(c) Pasangkan penunjuk dail arbor seperti yang ditunjukkan dalam

    Rajah 20.44.(d) Pasangkan bilah selari ke dalam ragum dan ikatkannya.(e) Naikkan meja sehingga penunjuk dail menyentuh jalur selari dan

    setkan kepada angka O.(f) Gerakkan meja ke kiri dan ke kanan untuk memerhatikan baca-

    an yang ditunjukkan oleh penunjuk dail.(g) Jika terdapat perbezaan bacaan, Iaraskan dengan cara me-

    ngilaskan ragum setengah daripada perbezaan bacaan yang di-tunjukkan,

    (h) Ulang Iangkah (f), buat pelarasan jika perlu sehingga tidakterdapat Iagi perbezaan bacaan di sepanjang permukaan jalurselari.

    420

  • MESIN PENGISAR

    Pengapit tetap--+--~---.~ I

    1~---- Penunjuk dail

    Meja mesin

    Lurah T

    Rajah 20.44 Penjajaran meja selari dengan penghantaran meja.Penjajaran Ragum Bersudut Tepat dengan Penghantaran Meja1. Menggunakan sesiku L.2. Menggunakan penunjuk dail.1. Menggunakan Sesiku LTatacara(a) Bersihkan meja dan tapak ragum. Pasangkan ragum supaya

    pengapit tetapnya berkedudukan 900 dengan meja (lihat Rajah20.45).

    (b) Letak dan rapatkan sesiku L pada permukaan turus dan per-mukaan pengapit.

    (c) Perhatikan telusan atau cahaya pada permukaan pengapit tetapragum.

    (d) Buat pelarasan (jika perlu) dengan cara mengilaskan ragumsehingga permukaan pengapit betul-betul rapat dengan sesiku.

    Turus

    Sesiku

    Pengapit tetap

    Ragum

    Rajah 20.45 Penjajaran ragum bersudut tepat dengan pergerakan meja.421

  • TEKNOLOGI BENGKEL MESIN

    2. Menggunakan Penunjuk DailTatacara(a) Bersihkan meja dan tapak ragum. Pasangkan ragum supaya

    pengapit tetapnya bersudut tepat dengan meja mesin.(b) Pasangkan penunjuk dail pada arbor mesin dan juga bilah selari

    pada ragum.(c) Naikkan meja dan setkan penunjuk dail kepada angka O.(d) Gerakkan meja keluar menghala ke arah turus untuk merner-

    hatikan bacaan yang ditunjukkan oleh penunjuk dail.(e) Jika terdapat perbezaan, laraskan dengan cara mengilaskan

    ragum setengah daripada perbezaan bacaan 'yang ditunjukkan.(f) Ulang langkah (d), buat pelarasanjika perlu sehingga penunjuk

    dail mernberi bacaan yang sarna di sepanjang jalur selari.20.2.3 Operasi MengisarTerdapat berbagai-bagai jenis operasi mengisar. Operasi-operasitersebut adalah seperti yang berikut:1. Mengisar permukaan rata2. Mengisar permukaan tepi3. Mengisar hujung4. Mengisar straddle5. Mengisar berumpun6. Mengisar permukaan bersudut7. Memotong dudukan kunci8. Memotong pelbagai jenis gear, seperti:

    (a) Gear taji(b) Gear heliks(c) Gear rak(d) Gear belitan

    9. Memotong pelbagai jenis lurah, seperti;(a) Lurah lurus(b) Lurah heliks(c) Lurah T(d) Gegancu(e) Gelugur(f) Ekor merpati

    10. Memotong pelbagai jenis mata alat, seperti:(a) Mata pengisar(b) Gerudi(c) Pelulas

    11. Mengisar sesendal

    Mengisar Permukaan RataPermukaan rata yang luas boleh dikilas dengan dua kaedah, iaitudengan mengisar biasa dan mengisar muka. Kaedah mengisar biasa

    422

  • MESIN PENGISAR

    dilakukan pada mesin pengisar ufuk. Dalam kaedah ini mata alatpengisar dipegang di dalam arbor kerana permukaan yang akan di-hasilkan itu mestilah selari dengan paksi mata alate Bagi per-mukaan yang luas, mata alat pengisar heliks jenis papak (slab)digunakan (lihat Rajah 20.46). Dalam mengisar muka pula, bendakerja hendaklah selari dengan permukaan mata alat pengisar muka(Rajah 20.47).

    Rajah 20.46 Mengisar biasa. Rajah 20.47 Mengisar muka.Tstscsr1. Pastikan ragum telah dibuat penjajaran iaitu sarna ada selari atau

    bersudut tepat dengan penghantaran meja mesin.2. Setkan benda kerja ke dalam ragum. Pastikan ragum bersih dan

    benda kerja bebas daripada tepi yang tajam, Benda kerja hendak-lah dialas dengan jalur selari supaya ketinggiannya dapat di-sesuaikan dan tentukan benda kerja rapat kedudukannya di atasjalur selari.

    3. Pasangkan mata alat pengisar heliks jenis papak.4. Set kelajuan spindal dan kadar penghantaran.5. Naikkan meja supaya benda kerja mencecah mata alate Cara

    yang paling mudah ialah dengan meletakkan kertas di antarapermukaan benda kerja dengan mata alate Sebaik sahaja mataalat memotong (menolak kertas keluar), ini menandakan mataalat mencecah permukaan benda kerja.

    6. Setkan senggatan pada relang kepada angka 0 (sifar).7. Buat pemotongan kasar dengan menaikkan meja lebih kurang

    3mm dan 0.2 mm hingga 0.6 mm untuk pemotongan penyudahan.Mengisar Permukaan TepiMengisar permukaan tepi berbeza daripada mengisar permukaanrata kerana permukaan yang dikisar serenjang atau tegak denganarbor mesin.

    423

  • TEKNOLOGI BENGKEL MESIN

    Operasi ini menggunakan mata pengisar tepi. Oleh sebab pe-motongan dibuat oleh mata yang terdapat pada sisinya, maka akanberlaku sedikit pesongan antara mata alat dan benda kerja. Bendakerja ini akan membidas kembali jika mata alat berpatah balik.Akibatnya mata yang terdapat pada tepi mata pengisar itu membuatsedikit pemotongan yang ringan. (Lihat Rajah 20.48).Mengisar StraddleMengisar straddle merupakan operasi mengisar permukaan tepi.Permukaan ini lazimnya dua atau lebih, dikisar serentak. Operasi inidilakukan dengan memasang dua atau lebih mata pengisar tepi kedalam arbor. Relang pula digunakan untuk menjarakkan matapengisar di antara satu dengan lain.

    Mengisar BerumpunMengisar berumpun dilakukan dalam kerja-kerja pengeluaran.Operasi ini menggabungkan pelbagaijenis mata pengisar yang bolehdipasangkan pada arbor mesin. Tujuannya ialah supaya lebihbanyak bentuk permukaan dikisar serentak, dengan itu masa dankos dapat dijimatkan.

    Operasi ini menimbulkan rnasalah dalam memilih kelajuanspindal mesin (PPM) disebabkan garis pusat mata pengisar yangberbeza-beza. Untuk mengatasinya, tip karbida perlu digunakanbagi mata pengisar yang besar saiznya, Jadi, PPM yang lebih tinggiboleh digunakan untuk menyesuaikan mata pengisar yang keeilsaiznya, dan pada masa yang sarna tidak menjejaskan mata yangbesar saiznya kerana ia terdiri daripada jenis tip karbida.Mengisar HujungOperasi ini lazimnya dilakukan pada mesin pengisar tegak, mataalat yang digunakan ialah jenis mata pengisar hujung. Antara kerja-kerja yang dapat dibuat ialah:

    (a) Mengisar muka(b) Mengisar poket(e) Mengisar lurah atau lengkang lurah.

    Mengisar Dudukan KunciDudukan kunei lazimnya terdapat pada aei, dan digunakan untukpenghantaran kuasa menerusi takal, gear atau geganeu yang di-pasang pada alat tersebut. Operasi ini menggunakan mata alatjenis:

    (a) Mata pengisar tepi-untuk mesin pengisar ufuk(b) Mata pengisarhujung-untuk mesin pengisar tegak.Dudukan kunei memerlukan penjajaran yang tepat supaya ia

    dapat berfungsi dengan berkesan. Jadi, semasa memotong lurah,mata alat mestilah disetkan betul-betul di atas paksi aei. (Lihat

    424

  • MESIN PENGISAR

    Rajah 20.48). Sesiku bergabung digunakan bagi memudahkankerja-kerja penjajaran, iaitu dengan cara:

    (a) Rapatkan sesiku bergabung pada tepi benda kerja dan matapengisar.

    (b) Setkan relang mikrometer meja mesin pengisar kepada sifar.(c) Gerakkan meja supaya pengisar berada betul-betul di atas

    paksi benda kerja, iaitu dengan menolakkan setengah dari-pada garis pusat benda kerja dengan separuh ketebalan matapengisar. Sebagai contoh, katakan garis pusat aci 50 mm dan

    ketebalan mata pengisar 6 mm. Maka pergerakan meja yangdiperlukan ialah 55 mm - 3 mm.

    Rajah 20.48

    Mengisar Permukaan BersudutPada amnya permukaan bersudut dapat dikisar dengan berbagai-bagai cara. Apa yang penting dalam operasi ini ialah cara bagai-mana benda kerja dipegang dan disetkan kepada sudut yang di-kehendaki. Antara kaedah-kaedah yang lazim dibuat adalah sepertiyang berikut:

    425

  • TEKNOLOGI BENGKEL MESIN

    (a) Memegang benda kerja dalam ragum berkilas.(b) Memegang benda kerja dalam ragum universal.(c) Memegang benda kerja pada plat sudut boleh laras.(d) Menggunakan lekapan.Selain mengeset benda kerja kepada sudut-sudut tertentu,

    permukaan bersudut juga boleh dikisar dengan cara mengeset,mengilas atau mengangkat (mengjongketkan) mata alat pengisar itusendiri seperti yang lazim dilakukan pada mesin pengisar tegak ataumenggunakan alat tambah pengisar tegak.

    20.3 LANGKAH KESELAMATAN SEMASAMENGGUNAKAN MESIN PENGISARLangk(i~l berikut perlu diberi perhatian dan seterusnyadiamalkan untuk mengelakkan kemalangan, kecederaan ataupunkerosakan pada mesin.I. Pastikan mata alat dan benda kerja diikat dengan kukuh.2. Pakai pelindung mata.3. Mata alat pengisar adalah tajam, oleh itu semasa menanggalkan

    dan memasangkannya hendaklah dilapik dengan kain untukmengelakkan tangan daripada luka.

    4. Pastikan mata alat atau bahagian-bahagian mesin tidak me-langgar benda .kerja sebelum menghidupkan mesin ataupun me-neruskan operasi mengisar.

    5. Jangan membuat sebarang pelarasan atau pengukuran semasamesin sedang berputar atau beroperasi.

    6. Jangan mengeluarkan tatal dengan tangan kerana ini bolehmengakibatkan tangan atau jari terluka.

    7. Pastikan persekitaran tempat bekerja kemas dan bebas daripadaminyak atau grise

    20.4 SOALAN1. Terangkan perbezaan antara mesin pengisar mengufuk biasa

    dengan mesin pengisar universal.2. Nyatakan EMPAT cara memegang benda kerja pada mesin

    pengisar.3. (a) Nyatakan kegunaan arbor mesin pengisar.

    (b) Namakan TIGA jenis ragum yang biasa digunakan padamesin pengisar.

    4. Namakan ENAM jenis mata alat pengisar dan terangkan ke-gunaan setiap satu.

    5. Dengan bantuan lakaran, terangkan apakah yang dimaksudkandengan mengisar atas dan mengisar bawah. Nyatakan jugakelebihan dan kekurangan bagi setiap kaedah mengisar tersebut.

    426