UBSK1102 Pengenalan Kepada Bimbingan Dan Kaunseling

95
PENGENALAN KEPADA BIMBINGAN DAN KAUNSELING i Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed) ISI KANDUNGAN RANCANGAN KERJA Halaman Hasil Pembelajaran iii Sinopsis Kursus iii Kaedah Pembelajaran iii Penilaian iii Rujukan iv BAB 1: PENGENALAN KEPADA KAUNSELING 1.1 Pengenalan 1 1.2 Sejarah perkhidmatan kaunseling di Malaysia 1 1.3 Kaunseling sebagai profesion bantuan 3 1.4 Elemen dalam proses bantuan 4 1.5 Motif bantuan 4 1.6 Tahap-tahap hubungan bantuan 6 1.7 Perbezaan antara kaunseling, nasihat, dan bimbingan 7 1.8 Elemen-elemen yang diperlukan untuk mempelajari kaunseling dengan berkesan 10 BAB 2: JENIS-JENIS KAUNSELING 2.1 Pengenalan 12 2.2 Kaunseling Individu 13 2.3 Kaunseling Kelompok 15 2.4 Kaunseling Perkahwinan dan Keluarga 18 2.5 Kaunseling kerjaya 20 BAB 3: KUALITI, PERSONALITI, DAN KELAYAKAN KAUNSELOR 3.1 Pengenalan 25 3.2 Kualiti kaunselor yang diperlukan 25 3.3 Ciri-ciri peribadi kaunselor yang berkesan 29 3.4 Kelayakan Kaunselor 31
  • Upload

    -
  • Category

    Documents

  • view

    216
  • download

    18

description

kaunseling

Transcript of UBSK1102 Pengenalan Kepada Bimbingan Dan Kaunseling

  • PENGENALAN KEPADA BIMBINGAN DAN KAUNSELING

    i Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

    ISI KANDUNGAN

    RANCANGAN KERJA Halaman Hasil Pembelajaran iii

    Sinopsis Kursus iii Kaedah Pembelajaran iii

    Penilaian iii Rujukan iv

    BAB 1: PENGENALAN KEPADA KAUNSELING 1.1 Pengenalan 1

    1.2 Sejarah perkhidmatan kaunseling di Malaysia 1 1.3 Kaunseling sebagai profesion bantuan 3 1.4 Elemen dalam proses bantuan 4 1.5 Motif bantuan 4 1.6 Tahap-tahap hubungan bantuan 6 1.7 Perbezaan antara kaunseling, nasihat, dan bimbingan 7 1.8 Elemen-elemen yang diperlukan untuk mempelajari kaunseling dengan berkesan 10

    BAB 2: JENIS-JENIS KAUNSELING 2.1 Pengenalan 12

    2.2 Kaunseling Individu 13 2.3 Kaunseling Kelompok 15 2.4 Kaunseling Perkahwinan dan Keluarga 18 2.5 Kaunseling kerjaya 20

    BAB 3: KUALITI, PERSONALITI, DAN KELAYAKAN KAUNSELOR 3.1 Pengenalan 25 3.2 Kualiti kaunselor yang diperlukan 25 3.3 Ciri-ciri peribadi kaunselor yang berkesan 29 3.4 Kelayakan Kaunselor 31

  • PENGENALAN KEPADA BIMBINGAN DAN KAUNSELING

    ii Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

    BAB 4: KOMUNIKASI DALAM KAUNSELING 4.1 Pengenalan 35 4.2 Kenapa harus belajar tentang komunikasi? 36 4.3 Apakah itu komunikasi? 36 4.4 Kepentingan komunikasi dalam kaunseling 39 4.5 Prinsip komunikasi berkesan 40 4.6 Komunikasi bukan lisan 40 4.7 Komunikasi lisan 42

    BAB 5: PERHUBUNGAN KAUNSELING 5.1 Pengenalan 46 5.2 Persediaan diri kaunselor 46 5.3 Menyediakan persekitaran suasana fizikal yang kondusif 47 5.4 Penstrukturan sesi dan kontrak kaunseling 49 5.5 Membina perhubungan terapeutik 50

    BAB 6: ASPEK ETIKA DAN PERUNDANGAN DALAM KAUNSELING 6.1 Pengenalan 55 6.2 Definisi etika, moral, dan undang-undang 55 6.3 Keperluan kod etika dalam kaunseling 56 6.4 Prinsip etika dalam kaunseling 57 6.5 Isu-isu etika dalam kaunseling 58 6.6 Batasan kepada kod etika 62 6.7 Aspek perundangan 62 6.8 Kod Etika Kaunselor Malaysia 63

    BAB 7: STANDARD LATIHAN DAN KELAYAKAN KAUNSELOR 7.1 Pengenalan 68 7.2 Kerangka Standard 69 7.3 Kurikulum Latihan Kaunselor 76 7.4 Standard Latihan Praktikal dan Praktikum 86 7.5 Standard Latihan Amali 88

  • PENGENALAN KEPADA BIMBINGAN DAN KAUNSELING

    iii Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

    RANCANGAN KERJA

    Program : Diploma Eksekutif Kaunseling

    Kod Kursus : UBSK 1102 Tajuk Kursus : Pengenalan kepada Bimbingan dan Kaunseling Jam Kredit : 4

    HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir kursus ini, pelajar dapat:

    Menghuraikan konsep kaunseling sebagai satu profesion bagi menolong individu, kelompok, dan keluarga

    Mempamerkan pengetahuan dalam persekitaran di mana penolong pegawai kaunselor bekerja Menghubung kait kefahaman etika profesion kaunseling di Malaysia

    SINOPSIS KURSUS Kursus ini bertujuan untuk memberi maklumat mengenai bidang kaunseling sebagai satu profesion untuk menolong individu, kelompok, dan keluarga menangani masalah yang timbul daripada konflik situasi dalam kehidupan seharian. Tajuk perbincangan meliputi sejarah perkembangan profesion, peranan dan fungsi kaunselor, teori dan teknik, proses, penggunaan ujian dan alat penaksiran dalam kaunseling, persekitaran kerja kaunselor, isu dan etika dalam kaunseling, dan latihan dan kelayakan standard kaunselor.

    KAEDAH PEMBELAJARAN Kuliah dan perbincangan kumpulan

    KAEDAH PENILAIAN Penilaian Berterusan : 60% Peperiksaan Akhir : 40%

    Jumlah : 100%

  • PENGENALAN KEPADA BIMBINGAN DAN KAUNSELING

    iv Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

    RUJUKAN 1. Brammer, L.M & Macdonald, G. (1999) The Helping relationship: Process and skill

    (7th Edition). Allyn and Bacon. 2. Gazda, M.G (1984) Group counselling : A developmental approach. Allyn and

    Bacon.

    3. Gibson, R.L. and Mitchell, M.H. (2000). Introduction to counseling and guidance. NJ: Prentice Hall

    4. Gladding, S.T. (2008). Counseling: A comprehensive profession. NJ: Prentice Hall. 5. Hutchins, D.E. & Vaught, C.C (1997) Helping relationship and strategies (3rd

    Edition). Brooks/ Cole Publishing Company. 6. Mizan Adiliah Ahmad Ibrahim & Halimatun Halaliah Mokhtar (1996) Kaunseling

    Individu: Apa dan bagaimana? Penerbit Fajar Bakti. 7. Neukrog, E. (2007). The world of the counselor: An introduction to the counseling

    profession. Belmont, CA: Cengage. 8. Nugent, F.A. (2000). Introduction to the profession of counseling. Merrill: Prentice

    Hall.

    9. Rogers, C.R. (1942) Counselling and psychoteraphy. Houghton Mifflin Company 10. Sutton, J. & Stewart,W. (2002) Learning to counsel (2nd Edition). UK: How to Books 11. Lembaga Kaunselor (1998) Akta Kaunselor 580 12. Lembaga Kaunselor (2011) Kod etika kaunselor. 13. Lembaga Kaunselor (2011) Piawaian dan Kelayakan latihan Kaunselor.

  • PENGENALAN KEPADA BIMBINGAN DAN KAUNSELING

    1 Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

    BAB 1

    PENGENALAN KEPADA KAUNSELING

    Objektif Pembelajaran Pada akhir bab ini, pelajar akan dapat:

    1. Menghuraikan latar belakang perkhidmatan kaunseling di Malaysia 2. Menjelaskan mengapa manusia memerlukan perkhidmatan bantuan seperti kaunseling 3. Mengenal pasti elemen-elemen penting dalam proses bantuan 4. Menerangkan kaunseling sebagai profesion bantuan 5. Menjelaskan motif untuk menjadi kaunselor 6. Memahami perbezaan antara kaunseling, nasihat, dan bimbingan

    1.1 Pengenalan

    Perkhidmatan kaunseling semakin dianggap sebagai perkhidmatan yang diperlukan dalam masyarakat. Hal ini demikian terutama dalam situasi masyarakat kita sekarang yang mengalami kepesatan ekonomi, perubahan yang signifikan dalam cara hidup dan kehadiran masalah-masalah sosial dalam masyarakat adalah berpunca daripada perubahan struktur sosial yang signifikan. Kaunseling mula dilihat sebagai pendekatan yang sesuai bagi membantu mengatasi kebanyakan cabaran yang dihadapi dari segi pembangunan sahsiah diri potensi manusia. Oleh itu, pengetahuan tentang asas-asas kaunseling amat penting agar masyarakat terutamanya golongan

    akademik yang berminat dapat membantu menggunakan kaedah kaunseling dalam mengatasi masalah yang timbul.

    1.2 Sejarah perkhidmatan kaunseling di Malaysia

    Walaupun kaunseling ialah perkhidmatan bantuan yang telah lama diamalkan di negara barat namun di Malaysia ianya masih agak baru. Perkembangan kaunseling di Malaysia telah berlaku seawal tahun 1938 melalui cadangan pegawai pendidikan yang berasal dari British, H.R. Cheeseman di mana beliau menggariskan keperluan untuk mengadakan perkhidmatan kaunseling

  • PENGENALAN KEPADA BIMBINGAN DAN KAUNSELING

    2 Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

    di sekolah. Dari situlah bermulanya evolusi perkhidmatan kaunseling di Malaysia yang asalnya dijalankan sebagai khidmat bimbingan di sekolah. Selari dengan itu perkhidmatan kaunseling mula diperkenalkan dalam sistem masyarakat Malaysia secara berperingkat dan agak perlahan. Namun masih terdapat kemajuan yang baik.

    Pelantikan kaunselor sepenuh masa di sekolah menengah seluruh Malaysia oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dan Jabatan Perkhidmatan Awam telah menaikkan taraf perkhidmatan kaunseling di mata masyarakat Malaysia. Ia juga merupakan suatu pengiktirafan kepada guru-guru kaunseling dari segi profesionalisme kerjaya rentetan daripada pengenalan perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling melalui Surat Pekeliling KP5209/35/(4) diadakan pada tahun 1964.

    Berikutan surat pekeliling berkenaan, sekolah-sekolah menengah dan rendah telah diminta melantik seorang guru kerjaya bagi melaksanakan perkhidmatan yang dikenali sebagai Perkhidmatan Panduan Pelajaran dan Kerjaya. Namun pada peringkat itu perkhidmatan yang diberikan hanyalah dari segi bimbingan kerjaya dan belum lagi melibatkan perkhidmatan kaunseling. Walaupun demikian, ini merupakan titik permulaan kepada perkembangan yang lebih pesat dalam bidang kaunseling di Malaysia. Profesion kaunseling ini telah melalui pelbagai peringkat dan proses perkembangan untuk sampai ke tahap yang membanggakan apabila sebuah buku Panduan Perlaksanaan Khidmat Bimbingan dan Kaunseling di Sekolah (1984) telah diterbitkan.

    Perkhidmatan kaunseling semakin rancak diperkenalkan sekitar awal 90-an dengan pengenalan kursus kaunseling di universiti tempatan. Dengan itu, ramai kaunselor telah dihasilkan dan menjalankan kaunseling di agensi, organisasi, dan sekolah. Di samping itu dalam tahun 1996, Menteri Pendidikan telah mengedarkan Pekeliling Ikhtisas Bil: 3/1996 memberi garis panduan pelantikan guru kaunseling sepenuh masa, kelayakan minimum yang diperlukan, bidang tugas, dan pelepasan daripada mengajar mata pelajaran di sekolah. Ini disambut pula dengan pembentukan Akta Kaunselor pada tahun 1998 atau Akta 580 untuk mengiktiraf profesionalisme kaunselor di Malaysia. Berikutan itu, kaunselor di Malaysia telah dikehendaki untuk mendaftarkan diri sebagai kaunselor dengan Lembaga Kaunselor dan mesti memiliki Perakuan Amalan yang sah untuk melaksanakan perkhidmatan Kaunseling.

  • PENGENALAN KEPADA BIMBINGAN DAN KAUNSELING

    3 Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

    1.3 Kaunseling sebagai profesion bantuan

    Perkhidmatan kaunseling telah mula diterima sebagai satu perkhidmatan bantuan yang semakin popular di Malaysia. Namun hakikatnya, perkhidmatan ini telah bertapak lama dalam masyarakat barat dalam usaha untuk membantu mereka yang memerlukan. Seperti kebanyakan perkhidmatan bantuan yang lain, tumpuan utama perkhidmatan kaunseling ialah kepada manusia atau individu.

    Manusia memiliki ciri-ciri tertentu yang pasti akan menyebabkan mereka kerap melakukan

    kesilapan. Tanpa bantuan dan dorongan yang betul, kehidupan mereka akan sengsara dan tidak produktif atau musnah. Oleh itu perkhidmatan bantuan seperti kaunseling amat diperlukan untuk membantu klien mengemukakan permasalahan mereka. Antara ciri-ciri tersebut yang digariskan oleh Gibson dan Mitchell (2003) ialah:

    Manusia merupakan spesis yang paling lemah semasa lahir. Manusia memerlukan sokongan, perhatian, kasih sayang sebagai asas untuk menyesuaikan diri dengan kehidupan.

    Manusia memiliki potensi untuk berkembang yang paling tinggi berbanding spesis lain. Tetapi manusia memerlukan bantuan dan persekitaran yang sesuai untuk berbuat demikian.

    Manusia memiliki tahap komunikasi yang paling tinggi. Kemahiran yang membolehkan mereka menyampaikan pemikiran mereka kepada orang lain dengan terperinci, mengajar bahasa kepada orang lain melalui kaedah merekod, menghantar dan menerima maklumat.

    Spesis manusia mempamerkan jurang perbezaan antara individu yang besar. Konsep perbezaan individu ini menjadi rasional kepada analisis tentang klien dalam profesion penyembuhan.

    Manusia dipengaruhi dan mempengaruhi persekitarannya. Analisis tentang persekitaran perlu bagi memahami seseorang klien.

    Manusia adalah satu-satunya organisma hidup yang memahami perbezaan masa lampau dan akan datang. Ini membolehkan manusia memahami pengalaman lampau dan menggunakannya untuk kehidupan masa depan.

  • PENGENALAN KEPADA BIMBINGAN DAN KAUNSELING

    4 Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

    Manusia memiliki keupayaan untuk memberi sebab dan mendapat gambaran. Individu boleh membuat keputusan daripada pilihan alternatif dan boleh mengubah.

    1.4 Elemen dalam proses bantuan

    Proses bantuan melibatkan beberapa elemen penting yang akan menjamin keberkesanan proses ini. Antara elemen yang terlibat digambarkan oleh Brammer dan Macdonald (1999) dalam rajah dibawah:

    Rajah 1.1: Elemen dalam proses bantuan Personaliti + Kemahiran Suasana yang Hasil yang

    Pembantu Bantuan Kondusif Spesifik

    Sifat Memahami Kepercayaan Untuk klien Sikap Memujuk Hormat Masyarakat Nilai Mengambil tindakan Kebebasan Pembantu

    1.5 Motif bantuan

    Terdapat banyak faktor motivasi di sebalik keinginan seseorang untuk melibatkan diri dalam perhubungan bantuan. Ada antara faktor motivasi yang berbentuk positif dan ada juga yang berbentuk negatif.

    Menurut Guy (1987) antara faktor motivasi penglibatan yang negatif adalah seperti berikut:

    Penderitaan emosi di mana individu mempunyai trauma peribadi yang belum selesai. Bergantung hidup kepada kebahagiaan orang lain berbanding menjalani kehidupan

    sendiri dengan bermakna.

    Kesunyian dan pengasingan diri di mana individu tersebut tidak mempunyai kawan dan mengharapkan kawan melalui pengalaman kaunseling.

  • PENGENALAN KEPADA BIMBINGAN DAN KAUNSELING

    5 Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

    Keinginan untuk mendapat kuasa. Mereka merasa tidak berdaya dalam kehidupan dan ingin mengawal orang lain.

    Keinginan untuk menagih kasih sayang dan merasakan semua masalah boleh diselesaikan sekiranya mereka mendapat kasih sayang insan lain.

    Memberontak secara senyap di mana mereka memiliki perasaan marah yang tidak selesai dan menyalurkannya melalui pemikiran dan perasaannya kepada klien.

    Sementara itu ramai juga individu yang berkeinginan untuk membantu orang lain kerana dimotivasikan oleh faktor-faktor positif seperti yang disenaraikan oleh Brammer dan Macdonald (1999):

    Keinginan untuk melakukan sumbangan sosial kepada individu lain dan masyarakat secara keseluruhan

    Individu begini lazimnya menjadi pembantu kerana ingin membuat kebajikan kepada insan lain dan biasanya tidak terlalu mementingkan balasan material. Mereka lebih mementingkan kepuasan peribadi atau spiritual dan suka membuat amal kebajikan.

    Sebagai satu orientasi perkhidmatan Membantu individu lain yang memerlukan dengan menyediakan perkhidmatan yang menepati keperluan tersebut. Fokus utama ialah klien atau mereka yang datang untuk meminta bantuan dan bukannya demi kepentingan peribadi.

    Keinginan untuk menjadi seorang pakar Ada individu ingin mendalami kemahiran kaunseling untuk meningkatkan kepakaran dalam bidang ini. Di samping itu mereka akan lebih memahami tentang tingkah laku manusia dan cara-cara penyelesaian masalah yang lebih berkesan.

    Motif peribadi yang lain Menurut Guy (1987) kebanyakan individu mempunyai motif positif untuk melibatkan diri sebagai pembantu lazimnya memiliki kemahiran semulajadi seperti yang disenaraikan di bawah:

    o Sikap ingin tahu dan menyelidik. Individu memiliki sikap semula jadi yang berminat kepada penglibatan dengan individu lain.

  • PENGENALAN KEPADA BIMBINGAN DAN KAUNSELING

    6 Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

    o Kebolehan untuk mendengar dengan baik. Mereka mendapati mendengar adalah sesuatu yang merangsangkan.

    o Selesa dengan perbualan. Individu tersebut berminat untuk berinteraksi dengan orang lain.

    o Empati dan mudah memahami. Mereka dapat meletakkan diri di tempat individu lain dengan mudah.

    o Mudah mendalami emosi. Mereka selesa menghadapi pelbagai jenis emosi daripada positif hinggalah negatif.

    o Introspeksi (Instrospection). Mereka dapat melihat atau merasakan secara dalaman.

    o Keupayaan untuk menafikan kepentingan diri. Mereka dapat mengenepikan keperluan peribadi untuk mendengar dan membantu orang lain.

    o Tolak ansur dari segi kemesraan. Mereka dapat mengekalkan keakraban emosi. o Selesa dengan kuasa. Mereka dapat menerima kuasa dengan beberapa

    pengecualian.

    o Keupayaan untuk ketawa. Mereka dapat melihat suka duka kehidupan dan melihat aspek humor di dalam setiap kejadian.

    1.6 Tahap-tahap perhubungan bantuan

    Perhubungan bantuan boleh dibahagikan kepada beberapa tahap yang berlainan iaitu daripada formal dan berstruktur kepada tidak formal dan tidak berstruktur (Brammer & Macdonald, 1999).

    Berstruktur o Pembantu profesional:

    Pekerja sosial, pekerja perkhidmatan kemanusiaan, ahli psikologi, guru, kaunselor sekolah, ahli terapi, jururawat, dan kaunselor berdaftar yang memiliki tahap latihan yang sepatutnya.

  • PENGENALAN KEPADA BIMBINGAN DAN KAUNSELING

    7 Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

    o Pembantu separa profesional: Penemu duga terlatih, penyambut tetamu, individu yang bertugas dalam persekitaran pendidikan, pekerjaan, dan sosial.

    o Sukarelawan: Individu yang tidak dibayar untuk tugasnya dan memiliki latihan jangka pendek dalam kemahiran bantuan.

    Tidak berstruktur: o Persahabatan:

    Perhubungan bantuan yang tidak formal, saling membantu, dan tidak berstruktur bila-bila diperlukan.

    o Keluarga:

    Sistem bantuan tidak formal yang saling bergantung pada tahap-tahap tertentu. o Masyarakat:

    Bantuan jawatankuasa tidak formal dan tidak berstruktur untuk mengurangkan bahaya, penderitaan, atau kehilangan.

    1.7 Perbezaan antara kaunseling, nasihat, dan bimbingan

    Ramai orang yang menyangka bahawa kaunseling adalah sama dengan memberi nasihat atau bimbingan kepada seseorang. Namun demikian, hakikatnya kaunseling ialah satu profesion bantuan yang unik yang mempunyai ciri-ciri yang berlainan daripada nasihat dan bimbingan.

    Sutton dan Stewart (2002) menunjukkan perbezaan antara pemberian nasihat, bimbingan, dan kaunseling dalam rajah di bawah:

  • PENGENALAN KEPADA BIMBINGAN DAN KAUNSELING

    8 Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

    Rajah 1.2: Perbezaan antara nasihat, bimbingan, dan kaunseling

    Nasihat Bimbingan Kaunseling

    Sehala Sehala Pertukaran dua hala

    Memberikan pendapat Menunjukkan jalan Perhubungan sokongan Membuat penilaian Mendidik yang membolehkan klien: Memberi cadangan Mempengaruhi 1. Meneroka masalah Memberi arahan 2. Memahami masalah 3. Menyelesaikan atau

    membantu klien hadapi masalah dengan baik

    Memujuk Menggalakkan Memudahcarakan

    Nasihat Memberi nasihat lazimnya bermakna memberitahu seseorang apa yang sepatutnya dan perlu dilakukan dan ini berbeza dengan kaunseling. Kaunseling membantu klien melihat apa yang mungkin dilakukan tetapi tidak mengarahkan klien untuk berbuat sesuatu mengikut kehendak kaunselor. Kaunselor menolong klien untuk memikul tanggungjawab sendiri dan membuat keputusan yang bersesuaian dengan kemampuan diri.

    Bimbingan Memberi bimbingan bertujuan untuk menambah ilmu pengetahuan klien dengan cara memimpin dia melakukan sesuatu. Lazimnya komunikasi dalam bimbingan adalah satu hala di mana yang memberi bimbingan memiliki autoriti ke atas yang dibimbing. Ini bercanggah dengan prinsip komunikasi dua hala dan juga kawalan klien terhadap kehidupan sendiri. Bimbingan boleh digunakan dalam situasi tertentu tetapi ianya

  • PENGENALAN KEPADA BIMBINGAN DAN KAUNSELING

    9 Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

    bermakna mengajar klien. Kaunseling lebih mementingkan kerjasama erat antara kaunselor dan klien untuk sama-sama memikirkan tentang masalah yang dihadapi.

    Kaunseling Kaunseling ialah proses kolaborasi dua hala di mana kedua-dua kaunselor dan klien berbincang bersama untuk mencapai matlamat yang diingini oleh klien. Ianya menepati konsep menghormati kredibiliti klien dan menganggap klien sebagai individu yang bermaruah dan mampu mengawal kehidupan sendiri. Dan lazimnya ia merupakan hubungan yang sukarela. Britisah Association of Counselling and Psychology (BACP) menyatakan bahawa kaunseling berlaku apabila kaunselor bertemu klien dalam persekitaran yang sulit dan rahsia untuk meneroka permasalahan yang dihadapi oleh klien, tekanan yang mungkin dialaminya atau ketidakpuasan hati dengan kehidupan, ataupun kehilangan arah dan tujuan hidup. Ini semua bergantung kepada kehendak klien kerana tidak seorang pun yang dipaksa dihantar untuk kaunseling.

    Terdapat beberapa pendapat umum yang diketengahkan oleh American Counseling Association dan American Psychological Association tentang definisi kaunseling. Ianya meliputi beberapa perkara seperti berikut:

    Kaunseling ialah satu profesion. Individu yang mengamalkannya perlu memiliki kelayakan akademik dan profesional yang berkaitan untuk melaksanakannya di samping terikat dengan standard dan kod etika kaunseling.

    Kaunselor hanya bekerja dalam bidang kepakaran mereka sahaja. Klien bagi sesi kaunseling adalah individu yang normal, bukannya yang mengalami

    penyakit mental dan lain-lain.

    Kaunseling adalah berdasarkan teori dan dilakukan dalam setting yang berstruktur. Kaunseling merupakan proses di mana klien belajar membuat keputusan dan membuat

    formulasi cara baru untuk bertingkah laku, berfikir dan meredakan perasaan.

    Kaunseling menumpukan beberapa pengkhususan seperti kaunseling keluarga, kaunseling kerjaya, kaunseling kelompok dan lain-lain.

  • PENGENALAN KEPADA BIMBINGAN DAN KAUNSELING

    10 Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

    Secara tepatnya kaunseling didefinisikan sebagai proses hubungan jangka pendek, yang berdasarkan teori dalam membantu klien yang lazimnya sihat secara psikologi untuk menangani masalah perkembangan dan situasi (Gladding, 1996).

    1.8 Elemen-elemen yang diperlukan untuk mempelajari kaunseling dengan berkesan

    Sutton dan Stewart (2002) mengemukakan tiga elemen asas untuk mempelajari kaunseling dengan berkesan:

    Pengetahuan dan kefahaman. Ini melibatkan: o Mendapatkan pengetahuan tentang teori perkembangan personaliti yang menjadi

    dasar pendekatan kaunseling. o Mendapatkan pengetahuan tentang proses psikologi yang terlibat apabila individu

    menghadapi sesuatu situasi tertentu.

    Memperkembangkan kemahiran. Ini melibatkan: o Mengubah dan mempelajari kemahiran baru berkaitan pengendalian sesi

    kaunseling.

    o Mengamalkan kemahiran-kemahiran yang dipelajari sehingga benar-benar dapat menguasainya.

    Perkembangan diri. Ini melibatkan: o Peningkatan kepekaan kendiri untuk lebih peka tentang keperluan klien. o Keupayaan mengasingkan perasaan sendiri daripada perasaan klien dengan

    berkesan.

  • PENGENALAN KEPADA BIMBINGAN DAN KAUNSELING

    11 Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

    LATIHAN MINDA

    a)

    b)

    c)

    d)

    Mengapakah manusia memerlukan perkhidmatan seperti kaunseling?

    Bincangkan elemen-elemen yang terlibat dalam proses bantuan dan kepentingannya. Apakah motif anda untuk menjadi seorang pembantu atau kaunselor?

    Beza dan bandingkan antara kaunseling dengan bimbingan dan nasihat.

  • PENGENALAN KEPADA BIMBINGAN DAN KAUNSELING

    12 Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

    BAB 2

    JENIS-JENIS KAUNSELING

    Objektif Pembelajaran Pada akhir bab ini, pelajar akan dapat menjelaskan:

    1. Beberapa jenis perkhidmatan kaunseling yang utama 2. Kepentingan setiap jenis perkhidmatan kaunseling yang dibincangkan 3. Perbezaan antara perkhidmatan kaunseling yang dibincangkan 4. Elemen-elemen yang terlibat bagi setiap perkhidmatan kaunseling tersebut

    2.1 Pengenalan

    Dalam bahagian pengenalan Kod Etika Kaunselor oleh Lembaga Kaunselor Malaysia, ada dinyatakan bahawa sebagai satu bidang akademik, kaunseling telah maju melampaui positivisme. Sebagai satu pendekatan, kaunseling menumpukan perhatian kepada kesihatan dan perkembangan klien dan bukan sahaja kepada pemulihan dan pemuliharaan. Dari sudut ini, kaunseling meliputi usaha kerja secara individu dan berkumpulan dan objektif perhubungan akan berbeza mengikut klien. Oleh itu, terdapat berbagai-bagai jenis perkhidmatan kaunseling yang ditawarkan kepada umum agar dapat menepati keperluan dan kehendak klien yang unik dan berbeza antara satu sama lain.

    Antara jenis kaunseling yang biasa didapati dalam masyarakat ialah:

    a) Kaunseling individu b) Kaunseling kelompok c) Kaunseling keluarga dan perkahwinan d) Kaunseling kerjaya e) Kaunseling pelbagai budaya

  • PENGENALAN KEPADA BIMBINGAN DAN KAUNSELING

    13 Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

    2.2 Kaunseling Individu

    Kaunseling individu merupakan kaunseling yang paling kerap diperkatakan dan diamalkan oleh kaunselor untuk membantu individu secara personal. Kaunseling individu lazimnya melibatkan seorang kaunselor dan seorang klien yang bertemu dalam sesi khas untuk membincangkan isu yang penting bagi klien. Dalam hal ini kaunselor akan menyediakan persekitaran yang sesuai dan membantu klien melihat masalah dengan lebih jelas serta meneroka cara untuk mengatasinya bersama klien.

    2.2.1 Kriteria bagi proses kaunseling individu

    a) Kelayakan dan kecekapan kaunselor b) Peruntukan masa yang secukupnya c) Menjadikan klien tumpuan utama d) Kebebasan daripada gangguan e) Tertakluk kepada kerahsiaan dan etika f) Menitikberatkan perkembangan peribadi klien g) Mencapai kematangan menghadapi masalah

    2.2.2 Proses kaunseling individu

    Pietrofesa et al. (1970) melihat kaunseling sebagai satu proses di mana seorang profesional yang bersedia untuk memberi kaunseling berusaha untuk membantu klien untuk memahami diri mereka sendiri, membuat keputusan sendiri, dan menyelesaikan

    masalah sendiri.

    Menurut Mizan Adiliah dan Halimatun Halaliah (1997) kaunseling merupakan satu proses yang mempunyai ciri-ciri berikut:

    a) Satu jangka masa untuk membolehkan klien berubah sama ada sesi 40 minit atau beberapa sesi pertemuan.

  • PENGENALAN KEPADA BIMBINGAN DAN KAUNSELING

    14 Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

    b) Kaedah atau langkah yang sistematik seperti yang akan ditunjukkan dalam rajah 2.1 di bawah. Ini meliputi elemen membina hubungan, meneroka masalah, mengenal pasti masalah, membincangkan alternatif, mengambil tindakan, dan menamatkan hubungan.

    c) Mewujudkan hubungan terbuka antara kaunselor dengan klien untuk memudahkan perkongsian maklumat dan emosi.

    d) Menimba ilmu dan pemahaman tentang kejadian manusia dan permasalahan, motivasi, keperluan, dan kaedah pembelajaran. Dalam erti kata lain, kaunselor perlu memahami teori kaunseling dan personaliti.

    Oleh itu kaunseling merupakan satu proses yang melibatkan beberapa peringkat dalam usaha membantu klien. Proses kaunseling individu yang berlaku boleh ditunjukkan melalui rajah di bawah:

    Rajah 2.1: Proses kaunseling Persediaan prasesi dan

    penstrukturan

    Membina hubungan

    Mengenal pasti

    masalah

    Meneroka

    masalah

    Memilih/Membincang alternatif

    Mengambil tindakan

    Menamatkan sesi

  • PENGENALAN KEPADA BIMBINGAN DAN KAUNSELING

    15 Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

    2.2.3 Teori kaunseling individu

    Asas teori amat diperlukan dalam memastikan keberkesanan sesi kaunseling. Ini kerana teori memberi panduan dan cara untuk memahami dan mengatasi masalah klien. Teori lazimnya berasal daripada nilai dan kepercayaan pengasasnya yang kemudiannya dijadikan satu asas falsafah bagi membentuk satu model teoretikal yang mantap. Teori ini kemudiannya digunakan dalam amalan kaunseling.

    Antara teori kaunseling individu yang terkemuka ialah:

    a) Psikoanalisis b) Terapi pemusatan klien c) Terapi rasional emotif d) Terapi tingkah laku e) Terapi realiti f) Terapi Gestalt g) Analisis transaksional h) Eksistensialisme

    Perbincangan tentang teori-teori akan diadakan dengan lebih terperinci dalam modul Teori Kaunseling.

    2.3 Kaunseling Kelompok

    Kaunseling secara berkelompok memberikan alternatif yang baik kepada individu untuk menghadiri sesi kaunseling. Ianya dibentuk berdasarkan kepercayaan bahawa manusia tidak dapat dipisahkan daripada masyarakat dan kelompok yang menyumbangkan sumber yang berguna bagi menghadapi cabaran dalam kehidupan. Kaunseling kelompok berbeza dengan kaunseling individu kerana ianya disertai oleh lebih ramai ahli pada satu masa. Kaunselor kelompok biasanya dipanggil ketua. Sesi kaunseling kelompok di persekitaran organisasi adalah lebih kerap dilakukan berbanding kaunseling individu seperti di pusat pemulihan, penjara dan

  • PENGENALAN KEPADA BIMBINGAN DAN KAUNSELING

    16 Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

    rumah kebajikan. Dipercayai bahawa kaunseling kelompok boleh mencapai keberkesanan terapeutik yang sama dengan kaunseling individu.

    Menurut American Society of Group Work (ASGW) (1991), kaunseling kelompok bertujuan untuk membantu peserta kelompok menyelesaikan masalah yang biasa tetapi sukar berkaitan kehidupan melalui sokongan interpersonal dan penyelesaian masalah. Matlamat tambahan lain ialah untuk membantu peserta bagi membangunkan keupayaan penyelesaian masalah interpersonal mereka yang sedia ada agar mereka dapat menangani masalah pada masa akan

    datang dengan lebih mudah. Antara perkara yang sering dibincangkan ialah masalah kerjaya, pendidikan, peribadi, sosial, dan pembangunan.

    2.3.1 Kelebihan kaunseling kelompok berbanding kaunseling individu

    Antara kelebihan-kelebihan kaunseling kelompok berbanding kaunseling individu menurut Lakin (1985) ialah:

    a) Terdapat peluang untuk sokongan ahli dari pelbagai arah, berbanding dengan sokongan tidak langsung daripada kaunselor individu. Individu boleh belajar untuk memberi sokongan dan membimbing disamping menerimanya.

    b) Peserta memiliki lebih peluang untuk mengambil tindakan langsung dan mencuba pelbagai jenis tingkah laku. Corak tingkah laku individu dapat diperhatikan dan tingkah laku alternatif yang baru dapat distrukturkan. Pembelajaran secara modeling dan pemerhatian adalah signifikan dalam kaunseling kelompok.

    c) Kaunselor atau pemimpin dalam kelompok bukanlah dianggap satu-satunya penyambung kepada realiti. Sumber maklum balas adalah lebih bagus dengan memasukkan persepsi dan cadangan daripada ahli-ahli lain.

    d) Dalam kelompok, hubungan kaunselor/klien yang tidak produktif boleh dielak dan diubah jika perlu. Pemimpin dan ahli kelompok dapat memperbaiki perhubungan kaunselor/klien dengan lebih baik.

  • PENGENALAN KEPADA BIMBINGAN DAN KAUNSELING

    17 Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

    e) Ahli mempunyai peluang untuk memperkembangkan hak dan autonomi dalam situasi kelompok. Dalam suasana kelompok, individu dikehendaki berdikari dan hubungan saling bergantungan dapat dikesan dan diperbaiki.

    2.3.2 Faktor terapeutik dalam kaunseling kelompok

    Kaunseling kelompok dianggarkan dapat berfungsi untuk membantu menyelesaikan masalah klien kerana ianya memiliki beberapa faktor terapeutik seperti yang dinyatakan

    oleh Yalom (1995) dan Kottler (1994) seperti berikut:

    Faktor-faktor tersebut adalah seperti berikut:

    a) Sokongan b) Perasaan dimiliki (Sense of belonging) c) Katarsis atau kelegaan emosi d) Pembelajaran secara pemerhatian dan penglibatan e) Kepekaan terhadap tingkah laku dan impak terhadap orang lain f) Enakmen kekeluargaan g) Komitmen umum h) Pemudahan tugasan dan menggalakkan tindakan i) Mengambil risiko j) Percubaan untuk mengamalkan tingkah laku baru k) Konfrontasi dan maklum balas l) Keajaiban atau pengalaman yang luar biasa

    2.3.3 Matlamat kaunseling kelompok

    Secara amnya matlamat kaunseling kelompok adalah untuk mencapai matlamat memenuhi keperluan, dan memberikan nilai pengalaman kepada ahli individu yang menyertai kelompok. Antara pengalaman atau peluang yang dapat diberikan oleh kaunseling kelompok ialah:

  • PENGENALAN KEPADA BIMBINGAN DAN KAUNSELING

    18 Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

    a) Individu boleh meneroka, dengan peneguhan daripada kumpulan sokongan, keperluan perkembangan dan penyesuaiannya, masalah dan kepentingan.

    b) Kaunseling kelompok dapat memberi peluang kepada klien untuk mendapat pemahaman tentang perasaan dan tingkah lakunya.

    c) Kaunseling kelompok memberikan peluang kepada klien untuk mengembangkan hubungan yang natural dan positif dengan individu lain.

    d) Kaunseling kelompok memberikan peluang kepada klien untuk belajar bertanggungjawab atas diri sendiri dan orang lain.

    2.4 Kaunseling Perkahwinan dan Keluarga

    Kaunseling perkahwinan dan keluarga adalah sangat penting dalam masyarakat yang semakin individualistik. Suami isteri bekerja adalah normal kerana wanita semakin ramai yang memakan gaji dibandingkan dengan yang menjadi suri rumah sepenuh masa. Struktur keluarga telah berubah dengan pesat dari setahun ke setahun. Ramai ibu bapa yang mengejar profesion dan kerjaya mereka lalu menafikan masa bersama keluarga. Tanggung jawab ibu bapa diserahkan kepada sumber luaran iaitu pembantu rumah atau penjaga yang menjadi ibu bapa tumpang. Psikologi anak-anak perlukan tolak ansur. Hubungan ibu bapa dan anak-anak boleh menjadi renggang dan mencetuskan konflik, masalah, dan kesedihan. Isu perkahwinan juga boleh timbul dan menyebabkan kadar perceraian semakin tinggi. Oleh itu, kaunseling perkahwinan dan keluarga menjadi semakin penting dalam masyarakat kita.

    2.4.1 Kepentingan kaunseling perkahwinan dan keluarga

    Kaunseling perkahwinan dan keluarga mengambil kira kehidupan keluarga dan perkembangan yang berlaku dalam keluarga. Peringkat-peringkat dalam kehidupan keluarga merupakan peristiwa yang signifikan bagi individu dan tidak dapat dipisahkan. Menurut Wilcoxon (1985), kaunselor perkahwinan dan keluarga perlu peka terhadap perbezaan peringkat setiap keluarga di samping mengenal pasti perkembangan tugas setiap ahli keluarga. Dengan itu kaunselor akan mudah menyedari bahawa masalah dalam keluarga berpunca daripada struktur keluarga dan cara keluarga berfungsi.

  • PENGENALAN KEPADA BIMBINGAN DAN KAUNSELING

    19 Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

    Kaunseling perkahwinan dan keluarga amat penting bagi memperbaiki struktur dan cara keluarga berfungsi yang kurang sesuai agar keluarga dapat berfungsi dengan optimum. Di samping itu kaunseling keluarga dapat membantu keluarga melihat masalah yang dihadapi sebagai satu unit yang bersatu dengan bantuan daripada kaunselor. Menurut Gladding (1996), kaunselor yang bekerja secara efektif dengan pasangan dan keluarga memiliki garis panduan untuk menentukan bagaimana, di mana, bila, dan sama ada perlu untuk campur tangan dalam proses keluarga atau tidak.

    2.4.2 Perbezaan antara kaunseling perkahwinan/keluarga dengan kaunseling individu (Gladding, 1996)

    Walaupun terdapat persamaan yang ketara pada penggunaan teori seperti pendekatan pemusatan klien, terapi Gestalt, teori Adlerian, terapi realiti, dan analisis transaksional tetapi ada teori yang eksklusif untuk kaunseling perkahwinan dan keluarga sahaja. Oleh itu, kaunselor perlu tahu teori yang sesuai untuk digunakan.

    Kaunseling individu lazimnya mengasingkan klien daripada keluarga semasa membantu tetapi kaunseling perkahwinan dan keluarga melibatkan penyertaan ahli-ahli keluarga yang lain.

    Walaupun proses kaunseling keluarga menyerupai kaunseling kelompok tetapi terdapat perbezaan status dan kuasa, dan penglibatan dan ikatan emosi yang lebih tinggi berbanding kaunseling kelompok biasa atau kaunseling individu. Akhir sekali, proses dalam kaunseling keluarga tidak boleh dianggap linear kerana melibatkan faktor-faktor

    tertentu yang berkisar dalam dinamik keluarga itu sendiri.

    2.4.3 Konsep-konsep dalam kaunseling keluarga

    Kaunselor keluarga boleh membantu keluarga yang bermasalah atau mengalami gangguan fungsi untuk kembali berfungsi secara normal dan menggunakan sumber

  • PENGENALAN KEPADA BIMBINGAN DAN KAUNSELING

    20 Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

    dalaman keluarga bagi membina kekuatan dengan menggunakan konsep-konsep di bawah:

    a) Nonsummativity yang menyatakan bahawa keluarga merupakan satu sistem yang tidak boleh dilihat secara berasingan.

    b) Equifinality di mana peristiwa yang sama mungkin memberi kesan yang berlainan. Oleh itu fokus rawatan adalah pada corak interaksi keluarga dan bukannya pada keadaan khusus.

    c) Corak komunikasi dalam keluarga. d) Peraturan keluarga e) Morfogenesis atau keupayaan keluarga untuk memperbaiki fungsinya

    untuk memenuhi perubahan permintaan faktor dalaman dan luaran. f) Homeostasis atau bagaimana keluarga mengekalkan tahap keseimbangan

    yang stabil apabila berlaku perubahan.

    2.5 Kaunseling Kerjaya

    Kaunseling kerjaya merupakan salah satu cabang kaunseling yang amat penting dalam persekitaran pekerjaan masa kini. Kaunseling kerjaya memainkan peranan penting semenjak dari zaman kanak-kanak sehingga zaman dewasa ketika seseorang individu itu telah bekerja dalam sesuatu pekerjaan. Kaunseling kerjaya mula dianggap penting setelah Frank Parsons (1909) menggariskan proses pemilihan kerjaya dan memulakan gerakan bimbingan vokasional. Menurut Parsons, adalah lebih baik memilih sesuatu kerja berbanding memburu pekerjaan. Semenjak itu banyak teori-teori perkembangan kerjaya telah mula dihasilkan.

    Menurut Imbimbo (1994), terdapat hubung kait antara peranan tugas dengan peranan-peranan lain dalam kehidupan. Maka pemilihan kerjaya haruslah tepat agar kehidupan akan jadi lebih bermakna. Oleh itu, kaunseling kerjaya memainkan peranan untuk memastikan klien dapat menyelesaikan isu pemilihan dan penglibatan dalam kerjaya dengan berkesan.

  • PENGENALAN KEPADA BIMBINGAN DAN KAUNSELING

    21 Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

    2.5.1 Definisi kaunseling kerjaya

    Menurut Brown dan Brooks (1991), kaunseling kerjaya merupakan proses interpersonal yang direka untuk membantu individu dalam menghadapi masalah perkembangan kerjaya. Perkembangan kerjaya ialah proses memilih, memasuki, menyesuaikan diri, dan memajukan pekerjaan. Ia merupakan proses sepanjang hayat yang berinteraksi secara dinamik dengan peranan tugas hidup yang lain. Masalah kerjaya termasuk, tetapi tidak terhad kepada, tidak dapat atau tidak boleh membuat keputusan kerjaya, prestasi kerja, tekanan dan penyesuaian, ketidakselarasan antara individu dengan persekitaran, dan integrasi yang tidak sempurna dan tidak memuaskan antara peranan professional dengan peranan hidup yang lain.

    Definisi kerjaya yang diberikan oleh Super (1976) melihat kerjaya sebagai turutan peristiwa yang meliputi kehidupan, urutan pelbagai pekerjaan dan peranan hidup yang bergabung untuk mengekspresikan komitmen seseorang terhadap kerja dalam corak perkembangan diri keseluruhannya dan satu siri kedudukan bergaji atau tidak bergaji, yang dimiliki seseorang bermula dari remaja hingga bersara, padanya pekerjaan adalah satu-satunya. Kerja meliputi peranan berkaitan pekerjaan seperti pelajar, pekerja, dan pesara bersama-sama melengkapkan peranan sambilan, keluarga dan awam.

    Secara amnya, keseluruhan kaunseling kerjaya melibatkan satu proses kaunseling berteraskan keperluan kerjaya, mengambil kira tentang penyebaran maklumat kerjaya, dan juga bimbingan kerjaya. Maklumat kerjaya ditakrifkan oleh National Career Development Association (NCDA) sebagai maklumat yang berkaitan tentang dunia pekerjaan yang berguna untuk proses perkembangan kerjaya termasuk maklumat pendidikan, pekerjaan dan psikologi yang berkaitan dengan pekerjaan. Sementara bimbingan kerjaya melibatkan semua aktiviti yang bertujuan untuk menyebarkan maklumat berkaitan pekerjaan sekarang dan akan datang dalam cara tertentu agar individu menjadi lebih berpengetahuan dan peka tentang siapa diri mereka dalam hubungan dengan dunia pekerjaan (NOICC, 1994).

  • PENGENALAN KEPADA BIMBINGAN DAN KAUNSELING

    22 Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

    2.5.2 Kepentingan kaunseling kerjaya

    Crites (1981) menyenaraikan beberapa aspek penting tentang kaunseling kerjaya seperti berikut:

    a) Keperluan untuk kaunseling kerjaya adalah lebih tinggi berbanding keperluan untuk psikoterapi. Ini kerana kaunseling kerjaya mengambil kira kedua-dua aspek dalaman dan luaran kehidupan individu sementara

    pendekatan psikoterapi hanya menangani masalah dalaman sahaja. b) Kaunseling kerjaya juga adalah terapeutik. Ramai pengkaji menemui

    perkaitan positif antara kerjaya dengan penyesuaian peribadi. Klien yang berjaya mengatasi masalah kerjaya akan dapat kemahiran dan keyakinan untuk mengatasi masalah lain dalam kehidupan.

    c) Kaunseling kerjaya adalah lebih sukar daripada psikoterapi. Crites (1981) menyatakan untuk menjadi kaunselor kerjaya yang berkesan, individu mesti menangani kedua-dua pemboleh ubah pekerjaan dan personal dan mesti memahami bagaimana keduanya berinteraksi antara satu sama lain. Ini memerlukan pengetahuan tentang teori personaliti dan perkembangan kerjaya serta teknik untuk mendapatkan serta menggabungkan keseluruhan maklumat. Kaunseling kerjaya juga melibatkan penggunaan inventori yang adakala memerlukan latihan khas.

    2.5.3 Teori Perkembangan dan Amalan Kerjaya

    Pelaksanaan kaunseling kerjaya memerlukan seorang kaunselor untuk memahami beberapa teori perkembangan dan amalan kerjaya. Antaranya ialah:

    a) Teori Sifat dan Faktor b) Teori Pemilihan Kerjaya Holland c) Teori Hoppock d) Teori Kerjaya Ann Roe

  • PENGENALAN KEPADA BIMBINGAN DAN KAUNSELING

    23 Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

    e) Teori Pembangunan Kerjaya Super f) Teori Pembelajaran Sosial dan lain-lain

    2.5.4 Masalah yang boleh diatasi melalui kaunseling kerjaya

    Antara masalah-masalah individu pekerja yang boleh dibantu melalui proses kaunseling kerjaya adalah:

    a) Mengenal pasti minat, bakat, dan kebolehan kerjaya b) Membantu pemilihan kerjaya c) Perkembangan kerjaya d) Peningkatan kerjaya e) Penyesuaian kerjaya f) Menangani krisis peribadi g) Menangani masalah dalam persekitaran kerja dan lain-lain.

    Secara amnya kaunseling kerjaya cuba untuk menjelaskan lagi perkaitan antara peranan pekerjaan dengan peranan-peranan lain dalam kehidupan. Ianya amat penting memandangkan kerjaya sudah menjadi sebahagian daripada kehidupan individu seharian.

  • PENGENALAN KEPADA BIMBINGAN DAN KAUNSELING

    24 Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

    LATIHAN MINDA

    a)

    b)

    c)

    d) e)

    f)

    g)

    Bincangkan kriteria-kriteria yang penting bagi perjalanan kaunseling individu. Bandingkan perkhidmatan kaunseling kelompok dengan kaunseling individu. Huraikan beberapa faktor terapeutik dalam kaunseling kelompok yang anda anggap signifikan bagi anda. Mengapakah kaunseling keluarga dianggap penting? Bincangkan konsep-konsep yang digunakan dalam kaunseling keluarga.

    Apakah yang dimaksudkan dengan kaunseling kerjaya dan mengapa ia dianggap penting bagi semua golongan? Adakah sesuai perkhidmatan kaunseling kerjaya digunakan untuk menyelesaikan masalah peribadi pekerja? Bincangkan.

  • PENGENALAN KEPADA BIMBINGAN DAN KAUNSELING

    25 Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

    BAB 3 KUALITI, PERSONALITI, DAN

    KELAYAKAN KAUNSELOR

    Objektif Pembelajaran Pada akhir bab ini, pelajar akan dapat menerangkan:

    1. Tiga kualiti atau teras yang perlu dalam perhubungan kaunseling 2. Ciri-ciri peribadi dan personaliti seorang kaunselor yang berkesan 3. Kelayakan-kelayakan yang diperlukan oleh seorang kaunselor yang mengamalkan

    kaunseling

    3.1 Pengenalan

    Menurut Combs (1982), seorang kaunselor yang berkesan atau kurang berkesan bukan sahaja boleh dibezakan melalui teknik yang digunakannya tetapi boleh juga dibezakan dengan melihat kepada kepercayaan dan sifat peribadinya. Rogers (1980) juga mendapati bahawa persepsi klien tentang sikap kaunselor membezakan tahap keberkesanan dalam kaunseling.

    Oleh itu, bab ini akan membincangkan beberapa kualiti, personaliti, dan kelayakan yang perlu ada pada seorang kaunselor untuk menjadikannya seorang yang lebih berkesan dalam usaha membantu individu lain yang memerlukan khidmat profesional daripada beliau.

    3.2 Kualiti kaunselor yang diperlukan

    Carl Rogers (1951) menggariskan beberapa kualiti atau sikap kaunselor yang dianggap penting untuk membantu perubahan terapeutik kepada klien. Kualiti-kualiti tersebut menggalakkan hubungan terapeutik dalam sesi kaunseling dan sangat penting bagi terapi pemusatan klien. Kualiti-kualiti tersebut ialah keupayaan kaunselor untuk mempamerkan ketulenan, penghormatan positif tanpa syarat, dan empati.

  • PENGENALAN KEPADA BIMBINGAN DAN KAUNSELING

    26 Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

    3.2.1 Ketulenan

    Ianya juga dikenali sebagai kongruen di mana kaunselor jujur, tidak berpura-pura dengan klien, atau berselindung di sebalik sikap profesional. Keberkesanan sesi kaunseling banyak bergantung kepada sikap berterus-terang kaunselor terhadap kliennya dan bagaimana dia mengintegrasikan sikap itu di dalam dirinya. Salah satu cara untuk menonjolkan ketulenan adalah menunjukkan kemesraan yang berpatutan dan tidak berlebihan kepada klien. Ini membuatkan klien rasa selesa dan tidak seperti didesak.

    Kemesraan dan ketulenan boleh dipamerkan melalui bahasa badan, kata-kata yang bersesuaian dan nada suara. Namun kaunselor perlu mengelakkan kemesraan yang berlebihan agar tidak tercipta kebergantungan klien terhadapnya.

    Lima komponen utama ketulenan

    a) Bahasa badan yang menyokong Boleh disampaikan melalui senyuman, pertentangan mata, gerak-geri, dan sebagainya.

    b) Perlakuan peranan (Role behaviour) Tingkah laku kaunselor yang terlalu mendesak akan menyebabkan klien defensif. Kaunselor sendiri hendaklah profesional dan selesa dengan peranannya.

    c) Mempamerkan sikap yang kongruen Mesti terdapat keselarasan dari segi lisan, perlakuan, dan perasaan semasa sesi dan tidak berpura-pura dengan klien.

    d) Kespontanan dan kesegeraan Keupayaan untuk menyuarakan pendapat dengan semula jadi tanpa berlakon semasa sesi. Sekiranya ada perkara kontroversi yang berlaku dalam sesi, kesegeraan adalah penting. Namun, pendapat yang sensitif dan negatif perlu dipertimbangkan untuk tidak disampaikan kepada klien.

    e) Berterus-terang

  • PENGENALAN KEPADA BIMBINGAN DAN KAUNSELING

    27 Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

    Kaunselor perlu ada sikap terbuka dan sedia untuk berkongsi dengan klien hal-hal yang boleh membantu bagi perkembangan diri. Self disclosure atau pendedahan kendiri adakala penting bagi membantu klien melihat alternatif dalam penyelesaian masalah.

    3.2.2 Penghormatan positif tanpa syarat

    Penghormatan positif tanpa syarat adalah menghormati dan meletakkan nilai yang positif

    terhadap klien sebagai seorang yang unik dan memiliki maruah diri. Mempamerkan Penghormatan positif tanpa syarat kepada klien akan memudahkan perubahan untuk berlaku.

    Penghormatan positif tanpa syarat adalah apabila kaunselor tidak menilai klien mengikut satu set ketetapan peraturan atau standard tertentu. Klien diterima seadanya sama ada dia memiliki kelemahan atau kelebihan, kualiti yang baik atau tidak baik termasuklah cara dia berfikir, perasaannya, dan tingkah lakunya.

    Empat komponen penghormatan positif tanpa syarat:

    a) Komitmen Merujuk kepada kesediaan kaunselor untuk bekerja dengan klien dan menunjukkan minat untuk berbuat demikian. Klien mesti memberikan komitmen sepenuhnya kepada hubungan membantu ini.

    b) Sikap memahami Sikap memahami yang ada pada kaunselor akan membuat klien rasa dihormati. Sikap memahami boleh disampaikan dengan menggunakan kemahiran parafrasa dan refleksi.

    c) Sikap tidak menghukum (Non-judgemental attitude) Kaunselor tidak meletakkan nilai atau menolak buah fikiran, tindakan, atau perasaan klien. Walau bagaimanapun dengan tidak meletakkan syarat

  • PENGENALAN KEPADA BIMBINGAN DAN KAUNSELING

    28 Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

    kepada klien, tidak bermakna kaunselor bersetuju sepenuhnya dengan klien.

    d) Sikap mesra dan ambil berat (Warmth and caring) Sikap mesra boleh merapatkan jurang emosi antara klien dengan kaunselor. Ianya juga memudahkan proses perantaraan. Boleh disampaikan secara lisan dan bukan lisan melalui percakapan, nada suara, senyuman, dan cara yang sesuai agar klien akan rasa lebih dihargai dan dihormati.

    3.2.3 Empati

    Didefinisikan sebagai kebolehan untuk memahami klien dari sudut pandangan klien dan bukannya dari sudut pandangan kaunselor sendiri. Ia juga bermaksud, Satu usaha untuk berfikir bersama klien daripada, untuk dan tentang klien itu sendiri (Brammer, Shostrom & Abrego, 1989).

    Empati merupakan cara utama untuk memahami klien dan membuat klien rasa difahami. Kaunselor cuba melihat peristiwa atau pengalaman klien dengan memasuki ruang rujuk klien dan merasakannya daripada perspektif klien. Ini bermaksud kaunselor menjiwai dengan berkesan apa yang dirasakan oleh klien.

    Terdapat dua tahap empati iaitu:

    a) Empati tahap utama (primary empathy) Atau empati pada tahap perasaan. Ini bermaksud kaunselor cuba merasakan pengalaman yang dialami oleh klien.

    b) Empati tahap lanjutan (advanced empathy) Tahap ini melibatkan kepekaan dari segi kognitif tentang bagaimana rasanya berada di tempat klien dan melihat dunia dari perspektif klien.

  • PENGENALAN KEPADA BIMBINGAN DAN KAUNSELING

    29 Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

    Cara-cara menyampaikan empati: 1. Tunjukkan minat untuk berbincang berdasarkan pandangan klien. 2. Bincangkan apa yang difikirkan penting oleh klien. 3. Berikan maklum balas lisan yang merujuk kepada perasaan klien. 4. Berikan maklum balas lisan untuk menghubungkan atau menjelaskan

    mesej klien. 5. Gunakan maklum balas bukan lisan pada tahap yang sesuai. Komunikasi

    bahasa badan boleh membantu proses menyampaikan empati.

    Empati berbeza dengan simpati kerana simpati menunjukkan kaunselor hanya kasihan kepada klien tetapi tidak melakukan apa-apa kerana berada di luar ruang rujuk klien. Empati bermaksud merasakan bersama klien apa yang dialaminya dan menemankannya dalam perjalanan tersebut. Empati memerlukan kaunselor menggunakan imaginasi dan gerak hati yang betul untuk memahami apa yang dilalui oleh klien.

    3.3 Ciri-ciri peribadi kaunselor yang berkesan

    3.3.1 Kepekaan tentang diri dan nilai

    Seorang kaunselor yang berkesan perlu peka tentang diri sendiri daripada pelbagai aspek. Ini termasuklah kelebihan dan kekurangan, kekuatan, dan kelemahannya. Mereka mesti dapat menjawab dengan jelas persoalan seperti Siapa diri saya?, Apa yang penting bagi saya?, Apakah signifikan yang saya dapat daripada usaha saya ini?, dan sebagainya (Brammer & Macdonald, 1999).

    Kepekaan tentang diri sendiri akan mengelakkan kaunselor daripada meletakkan nilai yang salah kepada orang lain. Ini merupakan aspek yang penting pada diri kaunselor iaitu menerima individu lain tanpa syarat dan terbuka walaupun berlainan dari segi nilai masing-masing.

  • PENGENALAN KEPADA BIMBINGAN DAN KAUNSELING

    30 Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

    3.3.2 Kepekaan tentang perbezaan budaya

    Seorang kaunselor juga perlu memiliki kepekaan terhadap perbezaan budaya. Dua aspek utama yang penting bagi kaunselor adalah mengakui bahawa terdapat perbezaan budaya antaranya dengan klien tertentu dan bersedia menerima perbezaan tersebut. Untuk menjadi seorang kaunselor yang efektif, individu perlu sedia untuk mempelajari perbezaan antara pelbagai budaya, di samping peka tentang budaya sendiri. Dalam masyarakat majmuk di Malaysia, agak sukar untuk mengelak memberikan khidmat kaunseling kepada klien yang berbeza budaya daripada kaunselor.

    3.3.3 Keupayaan untuk menganalisis perasaan sendiri

    Elemen ini merupakan salah satu daripada elemen kecerdasan emosi di mana kaunselor sedar tentang reaksi dirinya, iaitu dari segi perasaan terhadap sesuatu peristiwa atau maklumat yang diperolehinya. Kaunselor perlu dapat mentafsirkan sendiri dengan tepat akan perasaannya agar tidak keliru serta dapat mengawal emosi dengan baik apabila perlu. Ini amat penting untuk menghadapi klien yang lazimnya datang dengan pelbagai jenis masalah dan adakalanya mengganggu kestabilan emosi kaunselor sekiranya kaunselor tidak dapat mengawal perasaan. Adalah penting bagi kaunselor untuk tetap dengan objektif semasa sesi kaunseling.

    3.3.4 Sikap suka membantu dan prihatin

    Sikap suka menolong merupakan ciri penting yang perlu ada pada setiap kaunselor. Ini kerana kaunselor akan berhadapan dengan pelbagai jenis klien yang memerlukan khidmatnya. Adakala tuntutan tugas seorang kaunselor adalah berat dan memerlukan pengorbanan dari segi masa dan tenaga. Tanpa sikap membantu dan prihatin yang kukuh, kaunselor mungkin mudah mengalami keletihan dan akhirnya kehabisan tenaga.

  • PENGENALAN KEPADA BIMBINGAN DAN KAUNSELING

    31 Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

    3.3.5 Beretika

    Setiap kaunselor perlu memiliki tahap etika yang tinggi dalam menjalankan tugas. Antara etika yang penting dalam perkhidmatan kaunseling ialah kerahsiaan di mana kaunselor perlu merahsiakan maklumat yang dikongsi oleh klien dengannya kecuali bagi situasi-situasi tertentu. Secara profesionalnya. kaunselor perlu menepati keperluan etika

    bagi menjaga kebajikan, kesejahteraan dan maruah klien. Tahap etika yang tinggi pada kaunselor menjadikan beliau seorang yang sangat dipercayai dan dihormati oleh klien.

    3.3.6 Bertanggungjawab

    Kaunselor yang berkesan juga ialah seseorang yang bertanggungjawab terhadap tugasnya sebagai kaunselor dan terhadap kebajikan dan kesejahteraan klien. Ini bermakna dia meletakkan nilai yang tinggi terhadap profesionalismenya sebagai kaunselor. Kaunselor perlu bertanggungjawab terhadap klien dengan membantunya sepanjang proses kaunseling mengikut kemampuan dan kepakarannya.

    3.4 Kelayakan Kaunselor

    3.4.1 Kelayakan akademik

    Setiap profesional perlu memiliki kelayakan pendidikan dan praktikal yang bersesuaian. Begitu juga dengan profesion kaunseling. Di Malaysia, individu yang ingin bergelar kaunselor perlu memiliki tahap kelayakan akademik dan pengalaman praktikal seperti yang diperlukan oleh Piawaian dan Kelayakan Kaunselor yang ditetapkan oleh Lembaga Kaunselor dan termaktub dalam Akta Kaunselor 1998 (Akta 580).

    Ini juga berkait dengan prosedur perlesenan kaunselor sebagai orang yang mengamalkan kaunseling dalam perkhidmatannya. Fretz dan Mills (1980) mendefinisikan pelesenan sebagai kebenaran yang diberikan kepada seseorang yang memenuhi kelayakan yang

  • PENGENALAN KEPADA BIMBINGAN DAN KAUNSELING

    32 Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

    ditetapkan untuk melibatkan diri dalam pekerjaan dan/atau menggunakan gelaran tertentu untuk menjalankan fungsi tertentu.

    Menurut Jadual Kedua dalam Akta 589 (subseksyen 24(1)) senarai kelayakan akademik yang boleh didaftarkan dan layak mendapat lesen sebagai kaunselor di Malaysia ialah seperti berikut:

    Nama Institusi Kelayakan yang diiktiraf Universiti Malaya Sarjana Pendidikan (Bimbingan dan Kaunseling) Universiti Kebangsaan Malaysia Diploma Psikologi (Kaunseling)

    Sarjana Sastera (Psikologi Kaunseling) Sarjana Pendidikan (Bimbingan dan Rundingcara)

    Universiti Putra Malaysia Bacelor Pendidikan (Bimbingan dan Kaunseling) Master Sains

    Universiti Teknologi Malaysia Sarjana Pendidikan (Bimbingan dan Kaunseling) Universiti Islam Antarabangsa Sarjana Pendidikan (Bimbingan dan Kaunseling) Universiti Sains Malaysia Sarjana Muda Pendidikan dengan Kepujian

    Sarjana Pendidikan Doktor Falsafah

    Namun demikian, kelayakan lain yang dirasakan sesuai akan dipertimbangkan memandangkan banyak program-program kaunseling lain yang telah ditawarkan sejak senarai asal ini dikeluarkan.

    3.4.2 Pengkhususan bidang dan kemahiran teras

    Kaunselor yang ingin meningkatkan profesionalismenya lazimnya perlu membuat pengkhususan bidang agar dia dapat menumpukan segala sumber dan keupayaan untuk melaksanakan tugas dengan baik. Terdapat banyak bidang pengkhususan dalam kaunseling yang boleh dipilih oleh kaunselor.

  • PENGENALAN KEPADA BIMBINGAN DAN KAUNSELING

    33 Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

    Antara contoh-contoh pengkhususan yang boleh dipilih oleh kaunselor ialah:

    a) Kaunseling Individu b) Kaunseling Kelompok c) Kaunseling Kerjaya d) Kaunseling Keluarga dan Perkahwinan e) Kaunseling Kepelbagaian Budaya f) Kaunseling Remaja g) Kaunseling Pemulihan Penagihan Dadah h) Kaunseling Golongan Berkeperluan Khas dan lain-lain i) Kaunseling Kesihatan Mental

    Di samping itu, kaunselor mesti memiliki kemahiran teras yang kukuh untuk

    menjalankan sesi kaunseling dengan berkesan dan melindungi kebajikan serta kesejahteraan klien.

    3.4.3 Penyeliaan

    William (1987) menyatakan bahawa penyeliaan adalah salah satu cara untuk memperbaiki kemahiran profesional secara merangsang dan menggalakkan perkembangan individu. Penyeliaan dalam kaunseling ialah proses interaktif dan berdasarkan penilaian di mana seorang yang lebih berkelayakan/berkeupayaan memantau kerja seseorang yang kurang berpengalaman dan berpengetahuan dengan tujuan meningkatkan fungsi profesional ahli yang junior tersebut (Bernard dan Goodyear, 1992). Proses ini membenarkan kaunselor pelatih mendapat kemahiran secara teori dan praktikal dengan lebih berkesan dan diberikan maklum balas yang berguna oleh penyelia untuk panduan masa depan.

  • PENGENALAN KEPADA BIMBINGAN DAN KAUNSELING

    34 Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

    LATIHAN MINDA

    a)

    b)

    c)

    d)

    e)

    Apakah teras perhubungan atau kualiti yang perlu ada pada seorang kaunselor yang digariskan oleh Rogers (1951)? Apakah empati dan bagaimanakah seorang kaunselor dapat menggunakannya untuk membantu perjalanan sesi? Apakah penerimaan tanpa syarat dan mengapakah ianya penting semasa menghadapi klien? Mengapakah kaunselor perlu memiliki ciri-ciri peribadi yang positif seperti yang telah dibincangkan dalam bab ini? Apakah kelayakan-kelayakan yang diperlukan oleh seorang kaunselor di Malaysia?

  • PENGENALAN KEPADA BIMBINGAN DAN KAUNSELING

    35 Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

    BAB 4

    KOMUNIKASI DALAM KAUNSELING

    Objektif Pembelajaran Pada akhir bab ini, pelajar akan dapat:

    Menyatakan kepentingan komunikasi dalam kehidupan dan dalam profesion kaunseling

    Mengenal pasti beberapa model komunikasi yang asas Mengenal pasti prinsip-prinsip komunikasi yang asas Menjelaskan kepentingan komunikasi bukan lisan dalam proses kaunseling Menjelaskan kemahiran komunikasi lisan dan lain-lain.

    4.1 Pengenalan

    Komunikasi merupakan suatu proses yang tidak boleh dielakkan dalam kehidupan semua makhluk terutama manusia. Manusia memerlukan komunikasi untuk berinteraksi dan bersosial dengan individu lain. Tiada seorang pun individu di dunia dapat hidup tanpa berkomunikasi dengan orang lain. Oleh itu, ianya menjadi sebahagian keperluan yang paling penting dalam kehidupan kita. Komunikasi ialah cara untuk menghantar mesej, menyampaikan maksud, memberi maklumat, berkongsi pengalaman, dan mendapatkan maklum balas yang terbaik.

    Semenjak dahulu, manusia telah mengamalkan pelbagai cara untuk berinteraksi sesama manusia iaitu secara langsung atau tidak langsung. Komunikasi boleh berlaku dalam pelbagai cara, antaranya ialah:

    a) Tulisan Manusia zaman purba menggunakan tulisan dinding-dinding gua untuk menceritakan sesuatu atau mencatat pengalaman.

    b) Isyarat Orang Red Indian menggunakan unggun api untuk menyampaikan berita.

  • PENGENALAN KEPADA BIMBINGAN DAN KAUNSELING

    36 Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

    c) Bahasa lisan Apa sahaja yang kita nyatakan secara lisan lazimnya membawa maksud dan implikasi sosial.

    d) Bahasa badan Gerak-geri dan raut wajah boleh mencerminkan perasaan dan pemikiran seseorang. Contohnya kita tersenyum bila gembira.

    4.2 Kenapa harus belajar tentang komunikasi?

    a) Komunikasi adalah sebahagian daripada pengalaman sosial. Ia berlaku dalam setiap perhubungan. Komunikasi mengubah hubungan manusia dalam berbagai-bagai-bagai cara. Dengan mempelajari komunikasi kita boleh menggunakan pelbagai strategi untuk membantu memperbaiki hubungan dengan orang lain. Semua perlakuan sosial berhubung kait secara langsung atau tidak langsung dengan komunikasi.

    b) Untuk memahami diri sendiri dan individu lain Kita mempelajari komunikasi atas sebab-sebab peribadi. Dengan komunikasi kita

    akan memberi perhatian kepada perkara-perkara berkaitan pengalaman diri sendiri atau individu lain. Komunikasi membantu kita memahami bagaimana tulisan, isyarat, pertuturan lisan, dan reaksi bukan lisan menyampaikan kepada orang lain sikap positif atau negatif anda. Ia juga membuat anda lebih berhati-hati tentang kesan komunikasi terhadap orang lain. Dalam proses itu, ia membantu kita memahami individu lebih jelas.

    4.3 Apakah itu komunikasi?

    Pendapat tentang komunikasi adalah berbeza-beza namun sebenarnya ianya saling bersangkut paut antara satu sama lain. Komunikasi sebenarnya ialah gabungan beberapa model seperti di bawah.

  • PENGENALAN KEPADA BIMBINGAN DAN KAUNSELING

    37 Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

    4.3.1 Komunikasi sebagai proses sehala

    Ada yang berpendapat komunikasi ialah penyampaian mesej secara sehala iaitu daripada seorang kepada seorang yang lain. Memang benar bahawa dalam sesetengah hal komunikasi hanya akan berlaku secara sehala. Ini bermaksud orang yang menerima mesej mempunyai tiada peluang untuk memberi respons.

    Dalam hal ini, orang yang bercakap mempunyai maklumat yang ingin disampaikan

    contohnya dalam sesuatu organisasi. Orientasi ini mengandaikan sekiranya terjadi kesilapan dalam maklumat yang diterima ia merupakan kesilapan penyampai. Oleh itu, penyampai maklumat harus meningkatkan kemahiran dalam komunikasi.

    4.3.2 Komunikasi sebagai interaksi antara individu

    Komunikasi dilihat sebagai jaringan sebab dan kesan (cause and effect) ataupun tindakan dan reaksi (action and reaction). Seseorang akan memberi mesej dan dia akan menerima sesuatu daripada penerima.

    Tetapi model ini menganggap hanya seorang sahaja yang boleh menerima atau menyampaikan mesej pada satu-satu masa. Ia bukanlah proses dinamik di mana kedua-dua tugas dijalankan pada satu masa.

    4.3.3 Komunikasi sebagai satu proses dinamik

    Model ini menganggap kedua-dua orang yang berkomunikasi menyampaikan dan menerima maklumat secara aktif iaitu memainkan kedua-dua peranan pada satu masa. Komunikasi ini ialah dua hala di mana sesiapa sahaja boleh menyampaikan mesej dan menerima. Dalam hal ini penyampai akan dapat menyampaikan maksudnya dengan lebih berkesan kerana dia boleh mendapat maklum balas segera daripada penerima.

  • PENGENALAN KEPADA BIMBINGAN DAN KAUNSELING

    38 Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

    Di samping itu, penerima juga berhak memberikan reaksi dan memperbetulkan persepsi sekiranya berlaku kesilapan komunikasi. Komunikasi secara interaksi dua hala ini lebih dipentingkan dalam proses kaunseling.

    Contohnya, semasa A bercakap, B menerima dan memproses maklumat dan di waktu yang sama menyampaikan mesej melalui mimik muka, gerak badan, dan mungkin juga secara lisan.

    4.3.4 Komunikasi sebagai sesuatu yang sistematik

    Cara berkomunikasi banyak bergantung kepada sistem kehidupan seseorang. Sistem kehidupan pula dipengaruhi oleh aspek-aspek dalaman diri (Internal System) seperti persepsi, personaliti, dan sifat serta aspek luaran (External System) seperti keluarga dan masyarakat.

    Oleh itu, dalam memahami corak komunikasi kita harus sedar bahawa setiap individu adalah unik, iaitu mempunyai sistem dalaman yang berlainan dan individu mempunyai latar belakang budaya atau sistem luaran yang berlainan. Sistem dalaman dan sistem luaran ini lazimnya tidak boleh dipisahkan.

    4.3.5 Komunikasi adalah berdasarkan persepsi

    Dalam memahami komunikasi kita harus memahami persepsi. Persepsi ialah proses di mana individu memilih stimulus (maklumat) dari dunia luar dan pada masa yang sama menggabungkannya dengan stimulus atau maklumat dalaman diri. Manusia akan menggunakan stimulus luaran dan dalaman ini untuk memberi makna tentang kehidupan serta mentafsirkan maklumat yang diterimanya.

    Contohnya: berjalan di waktu malam gelap pada hari Jumaat mungkin dikaitkan dengan ketakutan atau hantu.

  • PENGENALAN KEPADA BIMBINGAN DAN KAUNSELING

    39 Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

    Persepsi adalah subjektif kerana stimulus yang diterima mungkin berlainan antara seorang dengan seorang yang lain. Ia juga adalah aktif dan kreatif.

    4.3.6 Komunikasi menyampaikan maksud/makna

    Penghasilan makna adalah salah satu komponen dalam komunikasi. Makna yang diberi oleh individu kepada sesuatu stimulus (objek/perkara) juga sering berbeza. Bagaimanapun manusia boleh berkongsi makna dengan menggunakan komunikasi lisan

    atau bukan lisan. Ia juga menyampaikan elemen perasaan, pemikiran, dan tingkah laku seseorang terhadap sesuatu maklumat atau pengalaman.

    4.3.7 Komunikasi ialah satu proses

    Proses bermaksud komunikasi ialah sesuatu yang berterusan dan sentiasa berubah. Komunikasi tidak mempunyai awal dan akhir, sentiasa diiringi persepsi serta sentiasa ke hadapan. Ianya bukan sesuatu yang statik yang boleh diasingkan daripada pengalaman terdahulu dan jangkaan masa depan seseorang individu. Lazimnya cara komunikasi individu merupakan satu hasil daripada proses pembelajaran dan pengalamannya dari kecil hingga dewasa.

    4.4 Kepentingan komunikasi dalam kaunseling

    Proses komunikasi ialah asas yang paling penting dalam hubungan membantu. Komunikasi yang baik dan berkesan diperlukan dalam kaunseling bagi menjayakan sesi. Ia dinamakan komunikasi berkesan. Tanpa komunikasi berkesan, hubungan membantu tidak akan berkembang dan akan menemui kegagalan.

    Komunikasi yang berkesan menentukan kualiti interaksi, keterbukaan hubungan, tahap kepercayaan klien terhadap kaunselor, dan kemampuan kaunselor untuk membantu. Oleh itu, kaunselor harus menitikberatkan komunikasi dengan klien disertai dengan kemahiran-kemahiran melayan (attending skills). Antara kemahiran komunikasi yang paling diperlukan ialah

  • PENGENALAN KEPADA BIMBINGAN DAN KAUNSELING

    40 Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

    kemahiran mendengar. Kemahiran mendengar memerlukan seorang kaunselor mendengar sambil menghantar maklumat tertentu kepada klien dengan bertindak balas secara lisan atau bukan lisan.

    4.5 Prinsip komunikasi berkesan

    Antara prinsip-prinsip komunikasi berkesan yang mesti ada dalam kaunseling:

    1) Komunikasi mestilah dua hala ada penyampai dan penerima. 2) Komunikasi ialah proses yang aktif ada yang bercakap, mendengar dan memberi

    respons. Tiada pihak yang pasif. 3) Komunikasi mestilah interaktif kedua-dua belah pihak berpeluang memberi maklum

    balas. Peluang untuk memahami dan difahami. 4) Komunikasi mesti seimbang tiada pihak yang lebih berkuasa semasa berkomunikasi.

    Win-win situation.

    Komunikasi berkesan mesti disertai dengan elemen-elemen yang membantu dalam meningkatkan kualiti komunikasi dalam sesi kaunseling tersebut. Elemen-elemen tersebut ialah:

    1) Rasa hormat-menghormati terhadap klien dan kaunselor. 2) Ambil berat dan kemesraan dalam memberi khidmat kaunseling. 3) Penerimaan tanpa syarat terhadap klien. 4) Empati iaitu kaunselor mesti cuba memahami klien dengan sebaiknya berdasarkan apa

    yang dikomunikasikan. 5) Fleksibel dalam menyesuaikan corak komunikasi yang berlaku dengan keadaan.

    4.6 Komunikasi bukan lisan

    4.6.1 Kepentingan memahami bahasa badan dalam profesion kaunseling

    Kaunseling ialah satu profesion bantuan dan kemahiran untuk memahami klien adalah sangat penting. Sering kali dalam komunikasi, manusia lebih menumpukan kepada

  • PENGENALAN KEPADA BIMBINGAN DAN KAUNSELING

    41 Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

    bahasa lisan dan kurang meneliti bahasa badan seseorang walaupun impak bahasa badan lebih besar. Seorang kaunselor yang mahir harus mengambil kira dua-dua cara komunikasi ini agar sesi yang dijalankan akan menjadi lebih berkesan.

    Antara sebab-sebab mengapa kaunselor memerlukan kemahiran memahami bahasa badan:

    1. Klien mungkin menghadapi kesukaran untuk meluahkan perasaan secara lisan dan

    lebih mempamerkan bahasa badan yang mencerminkan perasaannya. 2. Klien tidak mahu membincangkan dengan terbuka masalah yang dihadapinya dan

    kaunselor memerlukan kaedah-kaedah bukan lisan tertentu untuk membina hubungan dengan klien.

    3. Klien agak defensif dan berbohong semasa sesi. Ini akan menghalang kaunselor daripada membantu klien dengan berkesan dan dengan mempelajari bahasa badan, kaunselor akan dapat mengenal pasti keadaan ini.

    4. Kaunselor juga memerlukan pengetahuan mengenai bahasa badan agar dapat sedikit sebanyak mengawal reaksi sendiri terhadap klien.

    5. Kaunselor sebagai seorang manusia juga tidak terlepas dari menjadi pemerhatian klien dan sekiranya klien pandai menilai, beliau akan dapat mengesan sama ada kaunselor benar-benar mempunyai empati terhadap dirinya atau tidak.

    6. Sebenarnya agak mudah untuk meneliti bahasa badan seseorang dalam sesi kaunseling kerana kaunselor dan klien duduk berhadapan antara satu sama lain.

    Oleh itu, kaunselor haruslah menimba kemahiran dalam memahami bahasa badan orang

    lain di samping mengamati diri sendiri. Ini akan dapat membantu kaunselor mengetahui apa yang tersurat dan tersirat dalam diri klien melalui percakapan (lisan) dan bahasa badan (bukan lisan). Di samping itu, pengetahuan tentang bahasa badan akan membantu individu dalam kehidupan sehariannya dalam masyarakat.

    Bahasa badan atau tingkah laku bukan lisan merujuk kepada perlakuan selain daripada kata-kata yang dinyatakan oleh seseorang. Mehrabian (1971) melaporkan kebanyakan

  • PENGENALAN KEPADA BIMBINGAN DAN KAUNSELING

    42 Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

    individu menerima hanya 7% sahaja daripada apa yang dinyatakan secara lisan, 38% adalah daripada aspek vokal seperti pic, nada dan suara, sementara sebahagian besar atau 55% komunikasi berlaku secara bukan lisan. Antara aspek bukan lisan atau bahasa badan yang biasa ialah:

    j) Pertentangan mata k) Raut wajah l) Kelajuan dan cara percakapan m) Jarak antara kaunselor dan klien n) Postur atau kedudukan tubuh badan o) Pergerakan anggota badan seperti kaki, tangan, kepala, dan lain-lain

    Mengikut Hutchins dan Vaught (1997), pembantu atau kaunselor yang berkesan menyedari keselarasan atau ketidakselarasan antara kandungan bahasa lisan dan bukan lisan seperti raut wajah, gerak tubuh, keseluruhan bahasa badan, tahap tenaga, dan lain-lain. Kelainan dalam persepsi menunjukkan perbezaan dalam kefahaman dan latar belakang klien dan kaunselor. Kaunselor yang baik dapat membaca bahasa badan dengan tepat dan membuat penilaian yang tepat tentang keadaan klien.

    4.7 Komunikasi lisan

    Apabila bercakap tentang komunikasi lisan dalam kaunseling, kemahiran mendengar ialah perkara pertama yang dititikberatkan. Mungkin ada yang menganggap mendengar sebagai tindakan sehala di mana pendengar adalah pasif dan menerima sahaja apa yang dinyatakan oleh penyampai yang memainkan peranan aktif. Bagi kaunselor, mendengar ialah sesuatu yang aktif kerana dia harus memahami isi, maksud, dan juga perasaan yang disampaikan oleh klien secara lisan atau bukan lisan.

    Selain itu, kaunselor juga tahu selalunya apa yang tidak dinyatakan adalah sama penting atau malah lebih penting daripada apa yang disampaikan secara lisan.

  • PENGENALAN KEPADA BIMBINGAN DAN KAUNSELING

    43 Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

    Kemahiran mendengar juga memerlukan kaunselor bertindak balas dengan melayan klien agar klien tahu bahawa dia difahami dan tidak dihakimi atau dihukum. Mendengar secara terapeutik juga membantu klien mendengar dirinya sendiri, berhenti sejenak, serta melayan dirinya dan menghormati kemampuannya sendiri.

    Menurut Rogers (1951): By listening to every aspect of the clients experience the therapist is modeling the

    notion of listening to oneself. And by accepting and non-judgemental of the feelings within the client, the therapist is modeling a non-judgemental self acceptance in the client. By being real and congruent and genuine, the therapist is modeling that kind of behavior for the client. In these ways, the therapist does serve as a useful model. (dalam Baldwin, 1987).

    Mendengar dengan aktif melibatkan tiga kemahiran asas iaitu:

    1. Kemahiran melayan

    2. Kemahiran pendorong minimum 3. Kemahiran memberikan respons lisan

    4.7.1 Kemahiran melayan

    Melayan bermaksud menunjukkan bahawa kaunselor sentiasa bersedia dari segi fizikal dan emosi kepada klien. Ini termasuklah memberi klien perhatian yang tidak berbelah bahagi, mendengar semua fakta dan perasaan, serta member perhatian kepada bahasa badan klien.

    Gerald Egan menggunakan singkatan SOLER untuk menerangkan kemahiran melayan sebagaimana yang ditunjukkan di bawah:

  • PENGENALAN KEPADA BIMBINGAN DAN KAUNSELING

    44 Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

    Rajah 3.1: Hubungan SOLER (Egan, 1998)

    S O L E R

    4.7.2 Kemahiran pendorong minimum

    Pendorong minimum turut memainkan peranan penting dalam menggalakkan komunikasi antara kaunselor dengan klien di samping menunjukkan bahawa kaunselor benar-benar berminat dan menumpukan perhatian kepada klien. Antara pendorong minimum yang boleh dilakukan ialah:

    i) Kata-kata ringkas seperti Oh, teruskan, kemudian? jadi? ii) Bunyi-bunyian yang sesuai seperti uh-huh, ummumm iii) Menyatakan semula perkataan terakhir yang disebut oleh klien iv) Membenarkan diam

    Walaupun pendorong minimum sangat ringkas dan mungkin dianggap remeh-temeh tetapi hakikatnya ia sangat membantu kaunselor untuk menyampaikan mesej kepada klien bahawa kaunselor mengambil berat apa yang diperkatakan oleh klien.

    (Open posture Arms and legs uncrossed) Membuka postur tangan dan tidak menyilang kaki

    (Leaning forward from time to time Looking genuinely interested) Condong ke hadapan dari masa ke masa agar kelihatan benar-benar tertarik

    (Remaining relatively relax) Sentiasa santai

    (Sitting at a comfortable angle and distance) Duduk pada sudut dan jarak yang selesa

    (Effective eye contact without staring) Pertentangan mata yang berkesan tanpa merenung

  • PENGENALAN KEPADA BIMBINGAN DAN KAUNSELING

    45 Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

    4.7.3 Kemahiran memberikan respons lisan

    Respons lisan adalah amat penting dalam kaunseling kerana ianya mengukuhkan jalinan komunikasi antara kaunselor dengan klien. Di samping mendengar, kaunselor perlu memberikan respons lisan kepada klien atas beberapa sebab:

    1. Memeriksa kefahaman diri kaunselor terhadap apa yang dikatakan oleh klien. 2. Menunjukkan kepada klien bahawa kaunselor menumpukan perhatian

    kepadanya. 3. Mengingati semula apa yang telah dinyatakan oleh klien. 4. Meneroka masalah klien dengan lebih berkesan.

    Antara respons lisan yang boleh diberikan kepada klien ialah parafrasa, refleksi, meminta penjelasan, membuat rumusan, dan lain-lain. Penerangan tentang kemahiran memberikan respons lisan ini akan dilakukan dalam modul Teknik Kaunseling.

    LATIHAN MINDA

    a)

    b)

    c)

    d)

    e)

    Mengapakah aspek komunikasi amat penting dalam kaunseling?

    Apakah model yang paling sesuai dalam komunikasi kaunseling?

    Apakah elemen-elemen yang meningkatkan kualiti komunikasi

    dan mengapa? Apakah yang dimaksudkan dengan kemahiran mendengar

    yang baik? Huraikan tentang SOLER yang diasaskan oleh Egan (1998).

  • PENGENALAN KEPADA BIMBINGAN DAN KAUNSELING

    46 Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

    BAB 5

    PERHUBUNGAN KAUNSELING

    Objektif Pembelajaran Pada akhir bab ini, pelajar akan dapat:

    1. Menyatakan jenis-jenis persediaan bagi melaksanakan sesi kaunseling 2. Mengenal pasti cara menentukan suasana fizikal yang kondusif bagi pelaksanaan

    sesi

    3. Menerangkan ciri penstrukturan dan kontrak dalam kaunseling 4. Membincangkan aspek-aspek yang perlu diketahui untuk membina hubungan

    terapeutik antara kaunselor dengan klien

    5.1 Pengenalan

    Menjalankan sesi kaunseling dengan berkesan merupakan matlamat utama seorang kaunselor. Sesi yang dijalankan dengan teratur dan berkesan akan menjamin kebajikan klien di samping menambah keprofesionalan kaunselor. Teras kepada perjalanan sesi yang berkesan ialah persediaan diri kaunselor, penyediaan suasana yang terapeutik, dan perhubungan yang baik antara kaunselor dengan klien. Kesan daripada semua aspek ini akan mendorong dan merangsang perkembangan klien. Selain itu, kemahiran kaunselor juga amat penting bagi memastikan keberkesanan sesi dan pencapaian matlamat.

    5.2 Persediaan diri kaunselor

    Sebelum memulakan sesi kaunseling, kaunselor perlu menyediakan diri dari beberapa aspek agar sesi dapat dijalankan dengan lancar dan teratur. Di samping itu persediaan diri yang sempurna akan dapat menambahkan keyakinan diri serta meningkatkan tahap profesionalisme kaunselor di mata klien. Persediaan kaunselor boleh dikategorikan kepada tiga bahagian iaitu persediaan fizikal, persediaan emosi, dan persediaan mental atau kognitif.

  • PENGENALAN KEPADA BIMBINGAN DAN KAUNSELING

    47 Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

    5.2.1 Persediaan fizikal

    a) Memastikan diri telah bersedia dari segi fizikal seperti berpakaian kemas dan selesa, perawakan yang terurus.

    b) Sihat fizikal dan boleh menjalankan sesi. c) Menyediakan persekitaran/tempat yang sesuai untuk bertemu klien. d) Memiliki maklumat atau mengetahui latar belakang klien yang akan

    ditemui sekiranya boleh.

    5.2.2. Persediaan emosi

    a) Menyelesaikan urusan peribadi kaunselor sebelum sesi agar tidak mengganggu tumpuan semasa sesi.

    b) Mengelakkan masalah peribadi daripada mempengaruhi sesi. c) Pastikan kestabilan emosi sebelum dan semasa mengendalikan sesi.

    5.2.3 Persediaan kognitif

    a) Membetulkan set minda. b) Bersikap rasional dan bukannya emosional semasa menghadapi klien. c) Elakkan daripada menilai klien sebelum sesi. d) Bersikap terbuka terhadap klien.

    5.3 Menyediakan persekitaran fizikal yang kondusif

    Persekitaran yang kondusif dan terapeutik amat penting untuk menjadikan proses bantuan efektif. Salah satu cara adalah dengan menyediakan persekitaran fizikal yang sesuai agar klien merasa selesa dan tidak terganggu. Kaunseling boleh berlaku di mana sahaja tetapi ada persekitaran fizikal yang lebih menggalakkan proses kaunseling berbanding yang lain (Gladding 1996). Menurut Benjamin (1987), tiada kualiti tertentu bagi penyediaan bilik kaunseling kecuali

  • PENGENALAN KEPADA BIMBINGAN DAN KAUNSELING

    48 Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

    ianya mestilah tidak panas, bising, atau mengganggu penumpuan. Sementara Shertzer dan Stone (1980) pula bersetuju bahawa bilik kaunseling perlulah selesa dan menarik.

    Jarak antara kaunselor dengan klien juga merupakan faktor penting dalam memastikan keselesaan persekitaran fizikal bagi klien. Sutton dan Stewart (2002) menyatakan bahawa halangan seperti meja antara kaunselor dengan klien harus dielakkan dan kerusi perlulah seragam dan terletak hanya tiga atau empat kaki antara satu sama lain untuk mengelakkan jurang antara kaunselor dengan klien. Namun demikian, tahap keselesaan klien terhadap jarak peribadi adalah berbeza mengikut budaya dan ini perlu juga diambil kira. Kedudukan kerusi dicadangkan pada sudut 90 darjah antara satu sama lain agar klien dapat memilih sama ada untuk melihat terus kepada klien atau memandang ke depan sekiranya perlu. Kedudukan ini juga memberikan kaunselor peluang mengalihkan pandangan buat sementara sekiranya berasa letih menumpukan perhatian sepanjang masa kepada klien.

    Benjamin (1987) dan Shertzer dan Stone (1980) bersetuju bahawa walau apa pun aturan perabot dalam bilik kaunseling, kaunselor dan klien sepatutnya tidak terganggu semasa menjalankan sesi kaunseling. Gangguan yang dimaksudkan termasuklah panggilan telefon, kehadiran individu lain, serta bunyi-bunyian lain daripada persekitaran.

    Secara amnya, ciri-ciri persekitaran fizikal yang boleh memberi suasana yang kondusif dan terapeutik ialah:

    a) Bilik kaunseling khas bagi menjalankan sesi. b) Bilik kaunseling perlulah terletak di tempat yang tidak menjadi laluan utama. c) Bilik untuk menjalankan sesi perlulah selesa tanpa gangguan-gangguan individu dan

    persekitaran seperti bunyi-bunyian yang kuat. d) Bilik kaunseling perlulah selesa dari segi kemudahan asas, kedudukan perabot, suhu,

    cahaya, dan lain-lain.

  • PENGENALAN KEPADA BIMBINGAN DAN KAUNSELING

    49 Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

    5.4 Penstrukturan sesi dan kontrak kaunseling

    Penstrukturan sesi kaunseling merupakan sesuatu yang penting dalam perjalanan sesi kaunseling kerana ia akan menentukan batasan, parameter, dan garis panduan bagi perjalanan kaunseling. Di samping itu, ia juga akan memberi klien tentang maklumat-maklumat yang penting berkaitan sesi kaunseling tersebut. Penstrukturan meliputi perkara seperti jangka masa sesi, bilangan sesi, batasan kerahsiaan, jenis rawatan, rakaman sesi, peranan kaunselor, dan klien dan lain-lain yang berkaitan. Penstrukturan sepatutnya memberi gambaran yang jelas kepada klien tentang apa yang berlaku sepanjang sesi dan apa yang boleh dijangkakan dari klien serta tanggungjawab diri sendiri.

    Selain penstrukturan secara lisan, satu kontrak boleh dibentuk, dipersetujui dan ditandatangani antara kaunselor dan klien. Sebarang perubahan kepada kontrak tersebut perlu dibincangkan dan dipersetujui oleh kedua-dua pihak. Kontrak yang jelas meningkatkan rasa hormat pada hak klien. Kontrak menentukan tahap profesionalisme hubungan antara kaunselor dengan klien. Seperti juga penstrukturan, kontrak boleh meliputi perkara seperti:

    Tempat kaunseling Yuran sekiranya dikenakan Kekerapan sesi Cara penilaian sesi kaunseling Proses membuat rujukan, sekiranya perlu Penjelasan mengenai perhubungan kaunseling Peranan dan tanggungjawab kedua-dua belah pihak Maklumat tentang penyeliaan kaunselor Matlamat kaunseling Kaedah mencapai matlamat Peruntukan dan pelaksanaan kerja rumah Penentuan batasan dan jangkaan Peruntukan bagi membincangkan semula kontrak

  • PENGENALAN KEPADA BIMBINGAN DAN KAUNSELING

    50 Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

    Menurut Egan (1990), kontrak akan membekalkan klien dengan maklumat berkenaan proses kaunseling, membuat mereka lebih bekerjasama dan proaktif dalam menangani masalah.

    5.5 Membina hubungan terapeutik

    Hubungan yang baik antara kaunselor dengan klien memainkan peranan utama dalam perkhidmatan kaunseling. Ini kerana ianya akan memandu klien untuk berusaha dengan lebih kuat untuk berubah kerana diberikan kepercayaan dan penghormatan oleh kaunselor.

    Perhubungan yang terapeutik boleh disediakan melalui teras-teras perhubungan atau kualiti kaunselor seperti yang telah dibincangkan dalam Bab 3 iaitu sikap penerimaan tanpa syarat, kongruen, dan empati. Di samping itu, kaunselor perlu tahu tentang perkara-perkara yang boleh mengganggu perjalanan hubungan terapeutik ini seperti keengganan dan penolakan klien, serta kejadian transferens dan pemindahan balas yang boleh menggugat kualiti perhubungan terapeutik dalam sesi kaunseling. Selain daripada itu, penguasaan kemahiran juga penting dalam perhubungan ini.

    5.5.1 Menangani klien yang tidak bekerjasama

    Ritchie (1986) menyatakan bahawa kebanyakan kaunselor dan teori kaunseling menganggap bahawa klien akan bekerjasama dengan baik. Sememangnya ramai klien yang datang secara sukarela atau merujuk diri sendiri untuk menjalani sesi kaunseling. Namun demikian, terdapat klien yang tidak bersedia untuk melibatkan diri dalam sesi kaunseling. Vriend dan Dyer (1973) menganggarkan bahawa majoriti daripada klien yang menemui kaunselor akan merasa enggan dan menolak pada tahap tertentu. Adakalanya

    kaunselor tidak tahu bagaimana untuk menangani masalah klien yang menolak atau resistant ini. Kaunselor mungkin merasa tidak sabar, terganggu, dan tidak sensitif terhadap keadaan klien atau mungkin berputus asa untuk mencuba membina perhubungan dengan klien atau meneruskan proses kaunseling.

    Antara sebab klien tidak bekerjasama adalah kerana beliau dirujuk oleh pihak lain untuk menghadiri sesi kaunseling tersebut. Oleh sebab itu, beliau merasa keberatan untuk

  • PENGENALAN KEPADA BIMBINGAN DAN KAUNSELING

    51 Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

    bekerjasama. Lazimnya mereka tidak bermotivasi untuk menerima bantuan tetapi ditentukan oleh pihak lain yang merasakan bahawa kaunseling boleh membantunya. Akibatnya, ram