UCAP UTAMA Y. BHG. DATO’ NOOR REZAN BINTI ...amaljaya.com/guru/PISMP/EDU 3108/Kepimpinan...

20
UCAP UTAMA Y. BHG. DATO’ NOOR REZAN BINTI BAPOO HASHIM TIMBALAN KETUA PENGARAH PELAJARAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA PADA KOLOKIUM KEBANGSAAN KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL 2008 Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, dan Salam Sejahtera Terima kasih saudara Pengacara Majlis, Dato’-Dato’, Datin-Datin, tuan-tuan, dan puan-puan yang saya hormati sekalian, 1) Alhamdulillah, syukur saya ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah dan kurnia-Nya dapat kita sama-sama berkumpul di majlis yang gilang gemilang ini. Justeru, saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh warga Institut Aminuddin Baki di atas kesungguhan menjayakan majlis pada hari ini. Terima kasih juga pada pihak IAB kerana memberikan penghormatan kepada saya untuk menyampaikan ucap utama dan melakukan perasmian pembukaan Kolokium Kebangsaan Instruksional pada pagi ini. 1

Transcript of UCAP UTAMA Y. BHG. DATO’ NOOR REZAN BINTI ...amaljaya.com/guru/PISMP/EDU 3108/Kepimpinan...

Page 1: UCAP UTAMA Y. BHG. DATO’ NOOR REZAN BINTI ...amaljaya.com/guru/PISMP/EDU 3108/Kepimpinan Instruktional...instruksional, adalah lebih baik saya mengutarakan definisi sekolah kluster.

UCAP UTAMA

Y. BHG. DATO’ NOOR REZAN BINTI BAPOO HASHIM TIMBALAN KETUA PENGARAH PELAJARAN

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

PADA

KOLOKIUM KEBANGSAAN

KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL 2008

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, dan Salam Sejahtera

Terima kasih saudara Pengacara Majlis,

Dato’-Dato’, Datin-Datin, tuan-tuan, dan puan-puan yang saya hormati sekalian,

1) Alhamdulillah, syukur saya ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah dan

kurnia-Nya dapat kita sama-sama berkumpul di majlis yang gilang gemilang ini.

Justeru, saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh warga

Institut Aminuddin Baki di atas kesungguhan menjayakan majlis pada hari ini.

Terima kasih juga pada pihak IAB kerana memberikan penghormatan kepada

saya untuk menyampaikan ucap utama dan melakukan perasmian pembukaan

Kolokium Kebangsaan Instruksional pada pagi ini.

1

Page 2: UCAP UTAMA Y. BHG. DATO’ NOOR REZAN BINTI ...amaljaya.com/guru/PISMP/EDU 3108/Kepimpinan Instruktional...instruksional, adalah lebih baik saya mengutarakan definisi sekolah kluster.

Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian.

2) Tema Kolokium Kebangsaan pada kali ini ialah Sekolah Kluster

Pemangkin Kepimpinan Instruksional. Tema yang dipilih pada kali ini sangat

sesuai dalam kita membincangkan tentang meningkatkan kecemerlangan

pendidikan serta membangunkan satu sistem pendidikan bertaraf dunia.

Pewujudan Sekolah Kluster adalah berdasarkan pendekatan kedua PIPP iaitu

untuk mengembangkan sepenuhnya potensi sekolah dalam kluster

kecemerlangan yang mekanismenya dinyatakan dalam Teras Strategik Ke-6,

Melonjakkan Kecemerlangan Institusi Pendidikan. Tinjauan literatur menunjukkan

bahawa amalan mengelompokkan sekolah dilaksanakan di luar negara adalah

bertujuan untuk peningkatan kualiti pendidikan dan ia berasaskan lokaliti ataupun

kecemerlangan.

3) Sebelum membincangkan tentang sekolah kluster dan kepimpinan

instruksional, adalah lebih baik saya mengutarakan definisi sekolah kluster.

Sekolah kluster ialah satu jenama yang diberi kepada sekolah yang dikenal pasti

cemerlang dalam klusternya daripada aspek pengurusan sekolah dan

kemenjadian murid. Pewujudan sekolah kluster bertujuan untuk melonjakkan

kecemerlangan sekolah dalam sistem pendidikan Malaysia dan membangun

sekolah yang boleh dicontohi oleh sekolah dalam kluster yang sama dan sekolah

lain di luar klusternya. Pelaksanaan sekolah kluster adalah berasaskan kepada

proses desentralisasi yang melibatkan pengupayaan sekolah menerusi pemberian

autonomi terpimpin. Selaras dengan prinsip asas sekolah kluster ialah

mengelakkan elitism – dengan semua pihak akan berada dalam ‘padang

permainan yang sama’. ‘Kluster’, ialah sebuah sekolah terbaik daripada setiap

2

Page 3: UCAP UTAMA Y. BHG. DATO’ NOOR REZAN BINTI ...amaljaya.com/guru/PISMP/EDU 3108/Kepimpinan Instruktional...instruksional, adalah lebih baik saya mengutarakan definisi sekolah kluster.

kategori sekolah, yang dipilih dan diberi kuasa autonomi, walaupun sekolah itu

dalam kategori pendidikan khas, pedalaman atau sekolah Orang Asli. Kedudukan

sekolah kluster dalam hierarki sekolah sebagai ‘terbaik dalam kalangan yang

terbaik’. Pewujudan sekolah kluster ini sesuai dengan pendekatan kedua Pelan

Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) untuk mengembangkan sepenuhnya

potensi sekolah dalam kluster kecemerlangan sehingga membolehkan guru dan

pelajar mengangkat nama dan sistem pendidikan negara di mata dunia sejajar

usaha memantapkan pengurusan sekolah kluster, Kementerian Pelajaran

Malaysia (KPM) telah mengorak langkah dengan memperkemaskan elemen

kepimpinan dan pengurusan dalam kalangan pemimpin sekolah kluster bagi

memastikan mereka mampu mentadbir dengan baik dan berkesan.

Tuan-tuan dan puan-puan

4) Pengwujudan sekolah kluster dapat meningkatkan kemahiran kepimpinan

instruksional. Persoalannya bagaimanakah sekolah kluster dapat menjadi

pemangkin kepada kepimpinan instruksional? Sebelum saya menjelaskan

hubungkait antara sekolah kluster dengan kepimpinan instruksional adalah lebih

baik konsep kepimpinan instruksional diperhalusi dan dijelaskan hubungannya

dengan sekolah berkesan. Kajian mengenai kepimpinan instruksional hanya

bermula pada awal 1980an apabila penyelidikan berkaitan dengan sekolah

berkesan dan penambahbaikan sekolah (school improvement) telah mengenal

pasti kepimpinan pengetua/guru besar merupakan faktor utama dalam

memastikan kejayaan akademik sesebuah sekolah (Edmonds, 1982; Leithwood &

Montgomery, 1982, Purkey & Smith, 1983). Kajian yang bermula di sekolah-

sekolah pinggir bandar yang berpencapaian rendah di Amerika merebak dengan

3

Page 4: UCAP UTAMA Y. BHG. DATO’ NOOR REZAN BINTI ...amaljaya.com/guru/PISMP/EDU 3108/Kepimpinan Instruktional...instruksional, adalah lebih baik saya mengutarakan definisi sekolah kluster.

pantas ke seluruh dunia berkaitan dengan sekolah berkesan. Di Malaysia kajian

sekolah berkesan dan kepimpinan instruksional berlangsung di sekitar lewat

1980an (Abdul Karim, 1989, 1993; Ahmad Tajuddin, 1989)

5) Konstruk kepimpinan instruksional adalah warisan daripada ribuan kajian

yang dibuat berkaitan dengan sekolah berkesan yang bermula sekitar awal

1980an. Lantaran daripada kajian-kajian tersebut maka timbullah konsep

kepimpinan instruksional yang dikatakan mempunyai hubungan langsung dengan

sekolah berkesan. Untuk itu, pemimpin instruksional sudah pastilah berupaya

menjadikan sesebuah sekolah itu berkesan. Kajian-kajian yang dilakukan di Barat

memberi konsep sekolah berkesan sebagai sekolah yang meningkatkan

pencapaian akademiknya secara keseluruhan.

Tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati sekalian.

6). Walau apapun pengertian dan kriteria yang dicanangkan di barat, kita perlu

ingat bahawa kita ada acuan yang tersendiri untuk mengukur konsep sekolah

berkesan. Pada hemat saya Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) telah

menjelaskan secara terperinci fokus pembangunan pendidikan di negara kita. Apa

yang dijelaskan dalam FPK adalah salah satu daripada komponen penting yang

mendasari konsep sekolah berkesan. Dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan

dijelaskan bahawa:

4

Page 5: UCAP UTAMA Y. BHG. DATO’ NOOR REZAN BINTI ...amaljaya.com/guru/PISMP/EDU 3108/Kepimpinan Instruktional...instruksional, adalah lebih baik saya mengutarakan definisi sekolah kluster.

Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah LEBIH MEMPERKEMBANGKAN potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk MELAHIRKAN insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah BERTUJUAN UNTUK melahirkan WARGA NEGARA Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran KELUARGA, masyarakat dan negara.

7) Dalam usaha menterjemahkan FPK ini, sistem pendidikan yang kita

bangunkan akan memberi fokus untuk melahirkan generasi yang seimbang

perkembangannya dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani,

mempunyai disiplin diri yang tinggi, berketerampilan, patriotik, tidak

bersikap individualistik sebaliknya mempunyai semangat kerja berpasukan

serta mampu memainkan peranan dalam memajukan keluarga,

masyarakat dan negara. Dalam lain perkataan, pembangunan pendidikan

di negara kita sebenarnya memberi fokus terhadap pembangunan modal

insan iaitu satu komponen yang sangat penting dalam pembangunan

masyarakat dan negara. Inilah fokus kita, membangunkan murid agar

menjadi insan yang berguna kepada keluarga, masyarakat dan negara.

8) Hala tuju pembangunan pendidikan kita yang memberi fokus

terhadap pembangunan modal insan mendapat sokongan padu daripada

kerajaan. Dalam RMK-9, Kementerian Pelajaran Malaysia telah

diperuntukkan dana sebanyak RM23.198 billion iaitu peruntukan kedua

tertinggi selepas Jabatan Perdana Menteri. Sokongan dan peruntukan

yang dihulurkan oleh kerajaan diharapkan dapat membantu Kementerian

Pelajaran Malaysia amnya dan kita warga pendidik khasnya dalam usaha

5

Page 6: UCAP UTAMA Y. BHG. DATO’ NOOR REZAN BINTI ...amaljaya.com/guru/PISMP/EDU 3108/Kepimpinan Instruktional...instruksional, adalah lebih baik saya mengutarakan definisi sekolah kluster.

mencapai matlamat sekolah berkesan menurut acuan kita sendiri iaitu

menjadikan pembangunan insan sebagai modal pertama dan utama dalam

membangunkan masyarakat dan negara.

9) Walau bagaimanapun, kita sedar bahawa dalam usaha kita

membangunkan sistem pendidikan supaya menjadi lebih mantap, kita

sebenarnya terpaksa berhadapan dengan isu-isu yang mencabar

tanggungjawab kita. Saban hari kita dikejutkan dengan isu-isu yang

memaparkan tentang kelemahan kita. Bermula dengan isu pemimpin

sekolah yang rendah moralnya, guru-guru pula sering dilaporkan tidak

mesra murid, dan murid pula dilaporkan ponteng kelas dan sekolah.

Ditambah lagi dengan isu-isu seperti buli, gansterisme, “drop-out”, murid

tidak menguasai kemahiran 3M dan pelbagai lagi isu yang berkaitan

dengan kita dan sistem pendidikan yang kita bangunkan.

10) Isu-isu ini sekiranya tidak diselesaikan akan terus memaparkan

kelemahan kita dan sistem pendidikan yang kita bangunkan. Oleh itu,

selaku pemimpin barisan hadapan tuan-tuan dan puan-puan mempunyai

peranan amat besar bagi memastikan gejala ini tidak terus menghantui

kita. Pemimpin instruksional yang perkasa diyakini dapat mengurangkan

gejala ini kalau pun tidak boleh menghapuskannya sama sekali. Dalam

konteks ini ramai tokoh pendidik menganjurkan agar pemimpin pendidikan

memahami dan mengaplikasi konsep kepimpinan instruksional dalam

melaksanakan tugas dan tanggungjawab di sekolah (Hallinger, 2003, 2005;

Mortimore, et al., 1995; Southworth, 2002). Ciri-ciri dalam kepimpinan

instruksional dilihat sebagai salah satu jalan bagi mengatasi isu-isu yang

disebutkan di atas daripada terus berulang dalam dunia pendidikan kita.

11) Kepimpinan instruksional mampu mempengaruhi pendekatan guru

mengajar yang mana seterusnya berkait langsung dengan hasil

pembelajaran murid, serta peningkatan potensi murid tersebut. Sudah

semestinya cara pemimpin sekolah bertindak bergantung kepada analisis

persekitaran sekolah. Oleh itu, pemimpin instruksional sepatutnya

6

Page 7: UCAP UTAMA Y. BHG. DATO’ NOOR REZAN BINTI ...amaljaya.com/guru/PISMP/EDU 3108/Kepimpinan Instruktional...instruksional, adalah lebih baik saya mengutarakan definisi sekolah kluster.

memahami masalah yang dihadapi oleh guru dan murid sekolahnya.

Pemimpin instruksional yang perksasa sentiasa berusaha untuk

menyediakan inovasi kurikulum dan memperkembangkan proses

pengajaran dan pembelajaran dengan tujuan menjayakan matlamat

sekolah.

12) Kejayaan sesebuah sekolah amat bergantung kepada keupayaan

pemimpin sekolah tersebut bermula daripada pemimpin peringkat tinggi

hingga kepada pemimpin peringkat rendah. Inilah perubahan yang berlaku

di dalam kepimpinan instruksional masa kini iaitu berfokuskan kepada

perkongsian kepimpinan instruksional atau shared instructional leadership.

Oleh itu kejayaan sekolah bergantung kepada sejauh mana usaha dan

komitmen yang diberi oleh setiap peringkat pemimpin sekolah di dalam

menyelaras dan menyokong setiap aktiviti instruksional supaya berlaku

kesinambungan di antara satu peringkat ke peringkat yang lain.

Pemantauan dan kawalan perlu dilaksanakan secara berterusan supaya

penambahbaikan dapat dilakukan.

13) Ramai pengkaji dalam bidang kepimpinan instruksional

menggunakan kerangka yang dikemukakan oleh Hallinger dan Murphy

(1985) dan Hallinger (1990) sebagai panduan. Aspek-aspek yang amat

diberi penekanan ialah pendefinisian misi sekolah, mengurus program instruksional dan pembangunan budaya pembelajaran sekolah yang positif. Institut Aminuddin Baki juga telah cuba membantu pihak sekolah

dengan memberi tumpuan latihan kepada aspek-aspek tersebut dengan

memperincikan lagi setiap aspek itu. Antara perkara yang diperincikan

ialah penetapan matlamat sekolah, memantau keupayaan guru mengajar

dan murid belajar, menyelia dan menilai program instruksional, mengawal

masa, menggalakkan perkembangan profesional, ”sentiasa kelihatan”, dan

memberi ganjaran kepada guru dan murid.

14) Sejak kebelakangan ini, pihak sekolah sentiasa diberi tugas-tugas

yang pelbagai untuk dilaksanakan. Pihak sekolah sering dipanggil untuk

menghadiri mesyuarat, kursus dan sebagainya dari semasa ke semasa.

7

Page 8: UCAP UTAMA Y. BHG. DATO’ NOOR REZAN BINTI ...amaljaya.com/guru/PISMP/EDU 3108/Kepimpinan Instruktional...instruksional, adalah lebih baik saya mengutarakan definisi sekolah kluster.

Perkara yang amat membimbangkan ialah apabila pemimpin sekolah

seringkali terpaksa ’menghilangkan diri’ daripada sekolah. Sekiranya

keadaan ini berterusan untuk jangkamasa yang panjang, perjalanan aktiviti

instruksional amat sukar dikawal dan perhatian serta komitmen

sepenuhnya tidak dapat diberi. Situasi ini bertambah serius sekiranya

warga sekolah terdiri daripada guru-guru baru atau kurang mahir. Proses

pengajaran dan pembelajaran tidak dapat berjalan dengan baik. Oleh itu,

pemimpin sekolah haruslah bijak menangani situasi seumpama ini. Dalam

hal-hal tertentu, konsep-konsep seperti empowerment, shared leadership,

atau distributed leadership harus diaplikasikan. Pemimpin sekolah perlulah

sentiasa kelihatan berada di sekolah, ibarat ibu yang memelihara dan

melindungi anaknya dengan baik.

Tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati sekalian.

15) Pemimpin instruksional yang sentiasa memberi fokus kepada aspek-aspek

merancang, mengelola, mengawal, menyelia dan membangunkan kurikulum serta

pengajaran dan pembelajaran di sekolah secara teliti dan perinci. Justeru itu,

pemimpin instruksional yang akan sentiasa mengorientasikan pemikiran semua

warga sekolah kepada pencapaian matlamat iaitu ke arah peningkatan

pencapaian akademik murid. Mereka mempunyai misi yang lebih terperinci

dengan memberi penekanan kepada pencapaian akademik. Ini dilakukan dengan

meletakkan harapan dan standard yang tinggi untuk guru dan murid. Peranan ini

selaras dengan usaha-usaha melahirkan sekolah yang berkesan seperti yang

ditekankan Mortimore, et al., (1995). Adalah diharapkan dengan adanya

pemberian autonomi, sekolah kluster akan meningkatkan keupayaan pemimpin-

pemimpin instruksional untuk membantu meningkatkan lagi kecemerlangan

sekolah.

16) Salah satu dimensi utama dalam kepimpinan instruksional (Hallinger, 1985,

2000) ialah pendefinisian misi sekolah. Dalam dimensi ini dua fungsi utama

pemimpin instruksional ialah membentuk matlamat sekolah dan menyebarkan

matlamat ini kepada semua warga sekolah. Dalam konteks Malaysia yang

mengamalkan sistem pendidikan berpusat, matlamat sekolah yang dibina perlulah

8

Page 9: UCAP UTAMA Y. BHG. DATO’ NOOR REZAN BINTI ...amaljaya.com/guru/PISMP/EDU 3108/Kepimpinan Instruktional...instruksional, adalah lebih baik saya mengutarakan definisi sekolah kluster.

berdasarkan mandat yang diterima melalui Akta Pendidikan 1996. Mandat ini

menekankan fungsi teras (core business) sekolah dalam menjayakan kurikulum

kebangsaan disamping aktiviti-aktiviti kokurikulum yang menyokong kurikulum.

17) Dalam melaksanakan fungsi ini, pemimpin instruksional yang perkasa perlu

memastikan semua staf mempunyai matlamat yang jelas dan boleh diukur.

Semua warga sekolah perlu memberi tumpuan kepada peningkatan akademik

murid. Selalunya matlamat yang dibina oleh pemimpin instruksional yang perkasa

adalah mencabar, boleh dicapai dan boleh diukur. Demi mengukur matlamat,

piawai atau standard tertentu perlu dibentuk supaya dapat mengesan prestasi.

Piawai yang boleh diukur ini adalah petunjuk-petunjuk prestasi utama (key

performance indicators) pencapaian kurikulum sekolah. Antaranya ialah Gred

Purata Murid, Gred Purata Mata Pelajaran, Gred Purata Sekolah atau peratus

kelulusan murid. Berdasarkan piawai ini, pemimpin sekolah perlu membentuk

objektif. Pembinaan objektif pula perlu mengambil kira pencapaian asas atau

Take-Off-Value dan sasaran yang ingin dicapai atau Expected Target Result,

serta tempoh untuk mencapai objektif.

18) Pemimpin instruksional yang perkasa mampu mempengaruhi kualiti

pencapaian akademik sekolah dengan menyelaraskan misi sekolah dengan

struktur sekolah seperti standard akademik, masa pembelajaran dan kurikulum.

Dalam penjanaan misi sekolah yang bermakna, pemimpin instruksional yang

perkasa akan mengambil kira konteks sekolah seperti status sosio-ekonomi

murid, saiz sekolah, dan komuniti setempat.

Tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati sekalian.

19) Keberkesanan sekolah berkait rapat dengan penyeliaan perkembangan

guru (Hallinger, 2005). Perkembangan guru dan penyeliaan adalah saling

berhubungan antara satu sama lain. Pemimpin instruksional yang perkasa

bertanggungjawab menjalankan penyeliaan bagi menambahbaik tugas guru-guru

dan komited kepada pengajaran dan pembelajaran. Apabila kita memperkatakan

tentang penyeliaan pengajaran dan pembelajaran oleh pemimpin sekolah maka

kita tidak dapat lari daripada membuat satu penilaian. Namun begitu terdapat

9

Page 10: UCAP UTAMA Y. BHG. DATO’ NOOR REZAN BINTI ...amaljaya.com/guru/PISMP/EDU 3108/Kepimpinan Instruktional...instruksional, adalah lebih baik saya mengutarakan definisi sekolah kluster.

pihak yang memandang konsep penilaian guru oleh pemimpin semasa penyeliaan

dijalankan sebagai satu proses pencapaian kompetensi guru berbanding dengan

piawai yang telah ditetapkan. Oleh itu konsep penilaian perlu diperluaskan kepada

perkara-perkara yang melibatkan aktiviti-aktiviti yang berlaku dalam bilik darjah

dan mengenal pasti hasil pembelajaran yang tercapai. Dengan kata lain, fokus

terhadap penilaian kurang menumpukan pengukuran tetapi sebaliknya lebih

kepada penjelasan mengenai aktiviti-aktiviti pembelajaran dan juga mengenal

pasti kepentingan aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran ini kepada murid

yang mempunyai tahap yang berbeza.

20) Penyeliaan merupakan satu kaedah untuk membantu guru berkembang

dan membentuk seorang individu menjadi profesional. Tujuan penyeliaan boleh

diklasifikasikan kepada tiga kategori utama iaitu:

i. Kawalan kualiti. Pemimpin instruksional yang perkasa

bertanggungjawab untuk memantau pengajaran dan pembelajaran di

sekolah dengan melawat bilik-bilik darjah, melakukan rondaan di

kawasan sekolah, berbincang dengan staf dan melawat dan berbincang

dengan murid sekerap yang mungkin.

ii. Perkembangan profesional. Pemimpin instruksional yang perkasa

bertanggungjawab untuk membantu guru berkembang dan membina

kefahaman mengenai pengajaran dan budaya bilik darjah,

menambahbaik kemahiran pengajaran serta memperkembangkan ilmu.

iii. Motivasi guru. Pemimpin instruksional yang perkasa bertanggungjawab

untuk membentuk dan menyemai motivasi dan komitmen guru kepada

pengajaran dan matlamat sekolah.

21) Penyeliaan pengajaran dan pembelajaran bukan hanya boleh dijalankan

oleh pemimpin sekolah tetapi juga guru-guru sendiri dalam bentuk kumpulan.

Peranan pemimpin instruksional yang perkasa adalah untuk memastikan

penyeliaan berjalan, sumber-sumber diagihkan bagi membolehkan program

dijalankan, dan segala aktiviti yang membolehkan guru bekerja sesama mereka

dengan efektif. Secara keseluruhannya bagi membantu, membimbing dan

10

Page 11: UCAP UTAMA Y. BHG. DATO’ NOOR REZAN BINTI ...amaljaya.com/guru/PISMP/EDU 3108/Kepimpinan Instruktional...instruksional, adalah lebih baik saya mengutarakan definisi sekolah kluster.

menyokong pengajaran dan pembelajaran guru, pemimpin instruksional yang

perkasa harus membuat penyeliaan dari semasa ke semasa.

22) Keberkesanan sekolah juga dikaitkan dengan pemimpin instruksional yang

sentiasa membuat penilaian terhadap peningkatan murid. Ini dapat dibuktikan

melalui Teori Lima Faktor Edmonds (1979) yang menyatakan asas kepada

kejayaan sekolah ialah kepimpinan pendidikan yang teguh, penekanan kepada

kemahiran yang asas, persekitaran yang teratur dan selamat, jangkaan terhadap

murid dan penilaian yang kerap terhadap peningkatan murid. Pemimpin

instruksional yang perkasa dapat mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh

murid dengan lebih tepat dengan membuat pemantauan pencapaian murid secara

konsisten. Melalui pengumpulan data-data pencapaian murid, pemimpin dapat

menganalisis tahap pencapaian murid seterusnya dapat menyediakan strategi

peningkatan mengikut kumpulan sasaran tahap murid.

23) Kejayaan dan keberkesanan sesebuah sekolah itu juga sangat bergantung

kepada sejauh mana pihak sekolah berupaya mengurus kurikulum yang telah

ditetapkan Kementerian dengan cekap. Pemimpin instruksional yang perkasa

dapat mengatur strategi yang sesuai; merancang, mengkoordinasi dan melaksana

program-program kurikulum yang dapat meningkatkan prestasi sesebuah sekolah

dari aspek intelek, rohani, emosi, dan jasmani secara menyeluruh dan bersepadu.

Dalam meta-analisis lebih daripada 88 kajian peringkat kedoktoran di tujuh buah

negara, Hallinger (2003) mendapati kepemimpinan instruksional mempunyai

perkaitan yang signifikan dengan kejayaan sekolah dalam bidang akademik.

Sebaliknya, Ahmad (1989) mendapati ramai pengetua tidak dapat memberi

penekanan dalam bidang ini lantaran daripada tugas-tugas lain yang perlu

tindakan segera. Justeru itu, kecekapan pemimpin sekolah hendaklah melebarkan

lagi keupayaan mereka bagi memastikan kejayaan-kejayaan lain juga boleh

berlaku seiring dengan kejayaan akademik seperti dalam bidang kokurikulum

yang diyakini dapat membentuk jati diri murid-murid.

24) Adalah penting untuk kepemimpinan di setiap peringkat memahami

sedalam-dalamnya kehendak dasar kurikulum, berupaya melaksanakan

11

Page 12: UCAP UTAMA Y. BHG. DATO’ NOOR REZAN BINTI ...amaljaya.com/guru/PISMP/EDU 3108/Kepimpinan Instruktional...instruksional, adalah lebih baik saya mengutarakan definisi sekolah kluster.

kehendak dasar kurikulum tersebut, serta berkebolehan pula untuk bertindak

sesuai dengan keperluan masa kini dan cabaran masa hadapan kementerian.

Sesungguhnya cabaran yang dihadapi masa kini amat mencabar bagi

kepemimpinan sekolah dengan perubahan dan pengubahsuaian kurikulum

senantiasa dilakukan oleh Kementerian bagi memastikan ia tetap relevan dengan

kehendak semasa. Oleh itu, pemimpin instruksional yang perkasa hendaklah

sentiasa peka dan bertindak secara proaktif dan kreatif bagi menterjemahkan

dasar-dasar yang telah ditetapkan itu kepada tindakan dan amalan. Pemimpin

instruksional yang perkasa mampu mengurus kurikulum dengan berkesan dan

berupaya mengembangkan potensi dan minat murid ke tahap maksimum. Isu-isu

berkaitan dengan PPSMI, 3M, dan kadar celik huruf yang masih lagi belum

memuaskan memerlukan kepimpinan yang berwibawa bagi memastikan isu-isu

tersebut dapat diselesaikan di peringkat sekolah. Sesungguhnya, kita hanya ada

lebih kurang 12 tahun lagi bagi merealisasikan Wawasan 2020. Masa untuk

berlengah sudah tiada, dan seharusnya para pemimpin pendidikan di setiap

peringkat bergerak secara sederap dan bersinergi, dan pantas bagi memintas

segala jua bentuk halangan dan rintangan.

25) Antara halangan dan rintangan yang perlu diharungi adalah berpunca

daripada diri pemimpin itu sendiri seperti kekurangan ilmu dan kemahiran,

kelemahan jati diri, dan kepincangan sikap. Oleh itu, semua pemimpin di pelbagai

peringkat hendaklah menyemak dan merefleksi diri sendiri bagi mengenalpasti

kekurangan yang dimiliki. Disamping itu, para pemimpin pendidikan juga

seharusnya mencari jalan bagaimana memperbaiki segala kelemahan yang ada.

Indeks Prestasi Utama (KPI) adalah salah satu kaedah bagi mengesan dan

memperbaiki diri sendiri dan juga organisasi yang dianggotai. Tugas dan

tanggungjawab pemimpin pendidikan amat berat kerana pemimpin pendidikan

bukan sahaja memikul amanah untuk melahirkan insan berilmu dan berakhlak

tinggi, malah turut berperanan untuk merealisasikan matlamat kenegaraan yang

akan menentukan jatuh bangun bangsa dan negara di masa hadapan.

26) Oleh itu, para pemimpin instruksional hendaklah sentiasa berusaha

meningkatkan keintelektualan peribadi dan kemantapan emosi, disamping

menjadi juara (champion) bagi membangun dan mengembangkan potensi semua

12

Page 13: UCAP UTAMA Y. BHG. DATO’ NOOR REZAN BINTI ...amaljaya.com/guru/PISMP/EDU 3108/Kepimpinan Instruktional...instruksional, adalah lebih baik saya mengutarakan definisi sekolah kluster.

staf yang dipimpin. Sesungguhnya ‘kuasa pakar’ dan ‘kuasa rujukan’ yang dimiliki

pemimpin instruksional menjadi sumber inspirasi kepada staf untuk terus komited

dalam menjalankan tugas masing-masing (Lyons & Murphy, 1994). Pemimpin

pendidikan yang berwibawa dan bijak dapat melahirkan ramai “juara” dikalangan

staf. Pengiktirafan yang diberikan kepada staf dengan pengagihan kepimpinan ini

mampu meningkatkan keterampilan dan kompetensi staf, sekali gus

meningkatkan harga diri dan self-esteem mereka.

27) Bagi membangun sistem pendidikan bertaraf dunia yang bakal melahirkan

generasi yang mampu bersaing di arena global, Kementerian telah menjadikan

pembangunan kepimpinan dan pengurusan pendidikan yang berkesan di semua

peringkat sebagai salah satu daripada fokus utama Perancangan Pembangunan

Pendidikan 2010. Justeru itu, para pemimpin seharusnya berusaha bersungguh-

sungguh, mencari peluang belajar, berguru dan sebagainya untuk meningkatkan

keterampilan masing-masing. Di zaman ‘langit terbuka’ ini, peluang untuk

memperkasakan diri sendiri sungguh banyak. Pembelajaran secara maya sudah

pun menjadi trenda (aliran) masa kini. Disamping itu, Kementerian sentiasa

memberi latihan berterusan kepada para pemimpin pendidikan melalui Institut

Aminuddin Baki (IAB).

Tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati sekalian.

28) Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Institute of Educational Leadership

(2000) bertajuk ‘Leadership for Student Learning - Reinventing Principalship’,

seorang pemimpin sekolah memainkan peranan terpenting dalam tanggungjawab

untuk memastikan berlakunya proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

Laporan tersebut merumuskan bahawa:

… principals today must serve as leaders for student learning. They must know academic content and pedagogical techniques. They must work with teachers to strengthen skills. They must collect, analyze and use data in ways that fuel excellence.They must rally students, teachers, parents, local health and social service agencies, youth development groups, local businesses, and other community residents and partners around the common goal of raising student

13

Page 14: UCAP UTAMA Y. BHG. DATO’ NOOR REZAN BINTI ...amaljaya.com/guru/PISMP/EDU 3108/Kepimpinan Instruktional...instruksional, adalah lebih baik saya mengutarakan definisi sekolah kluster.

performance. And they must have the leadership skills and knowledge to exercise the autonomy and authority to pursue these strategies…They must do all these things, but too often, they do not.

29) Seperti yang disebutkan oleh Mortimore, et al., (1995), penumpuan

terhadap proses pengajaran dan pembelajaran merupakan salah satu faktor yang

penting untuk keberkesanan sekolah. Sehubungan itu, salah satu aspek yang

perlu diberi penekanan adalah memaksimumkan waktu pengajaran dan

pembelajaran. Kajian-kajian dalam bidang ini mengutarakan supaya semua

kegiatan sekolah dijadualkan dengan rapi supaya tidak mengganggu masa

pengajaran dan pembelajaran. Davis dan Thomas (1989) menyarankan:

“… Administrators should organize the school calendar to provide maximum learning time. Student pullouts from regular classes (eg. early dismissal for games) should be minimized or eliminated… Unassigned time and time spent on non instructional activities should be minimized.”

30) Justeru, amalan time-on-task (Stallings & Kaskowitz, 1974) dalam proses

pengajaran dan pembelajaran wajar dijadikan budaya oleh setiap guru. Salah satu

kajian awal tentang keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran telah

dijalankan oleh Carroll (1963) yang mengutarakan bahawa pembolehubah yang

paling utama dalam pembelajaran adalah masa. Secara ringkas, Carroll (1963)

merumuskan bahawa masa untuk pembelajaran merangkumi aspek allocated

time iaitu masa yang diperuntukkan untuk sesuatu pembelajaran dan aspek

engaged time iaitu masa yang sebenarnya digunakan untuk pembelajaran. Kajian

menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang positif di antara engaged time

dengan pencapaian murid. Menyedari hakikat ini, pihak sekolah wajar mengambil

langkah-langkah untuk meminimumkan pembaziran masa pengajaran dan

pembelajaran (‘time-wasters’) yang mungkin terhasil akibat perancangan yang

lemah atau ketidakpekaan terhadap perkara ini. Secara am, antara perkara-

perkara yang menyumbang kepada pembaziran waktu pembelajaran di sekolah

adalah kelewatan guru masuk kelas, ketidakhadiran guru yang tiada pengganti,

guru-guru dan murid-murid yang tidak hadir dalam kelas kerana penglibatan

14

Page 15: UCAP UTAMA Y. BHG. DATO’ NOOR REZAN BINTI ...amaljaya.com/guru/PISMP/EDU 3108/Kepimpinan Instruktional...instruksional, adalah lebih baik saya mengutarakan definisi sekolah kluster.

dalam aktiviti-aktiviti seperti raptai majlis tertentu atau latihan sukan, mesyuarat

yang dikendalikan pada waktu pembelajaran, dan lain-lain lagi. Dalam hal ini,

pemimpin instruksional yang perkasa perlu bijak dan proaktif dalam menyusun

strategi untuk mengatasi masalah ini. Bagi memastikan waktu pengajaran dan

pembelajaran yang maksimum, pihak sekolah mesti membudayakan amalan guru

masuk kelas awal, pengurusan jadual waktu ganti yang rapi dan sistematik

termasuk pemantauan yang rapi. Ada juga sekolah-sekolah yang mengamalkan

penggunaan modul-modul pembelajaran semasa ketiadaan guru agar

pembelajaran masih berlangsung. Ada juga pihak sekolah yang meletakkan dasar

bahawa tiada sebarang mesyuarat atau aktiviti yang dijalankan pada waktu

persekolahan termasuk menjadualkan pelaksanaan latihan kokurikulum di luar

waktu persekolahan contohnya di sebelah petang atau pada hari Sabtu.

31) Pembelajaran merupakan tugas murid. Perkara asas yang mendorong

pembelajaran murid adalah motivasi. Motivasi mungkin lahir daripada minat

dalaman mereka terhadap aktiviti pembelajaran ataupun datangnya daripada

insentif luaran seperti kata-kata pujian, penggredan dan lain-lain lagi.

Penggunaan insentif yang berkesan dapat mendorong murid untuk lebih

bertanggungjawab terhadap segala yang mereka lakukan. Umpamanya, kajian

menunjukkan pencapaian murid lebih tinggi jika guru memeriksa kerja rumah

yang diberikan berbanding dengan murid-murid yang kerja rumahnya tidak

disemak oleh guru (Cooper, et al., 1989). Guru yang mengajar dengan

mengambilkira potensi berlainan murid juga merupakan satu bentuk insentif.

Slavin (1990) mendapati pelaksanaan kaedah belajar sama dalam kumpulan-

kumpulan kecil dapat menjadi insentif kepada murid untuk belajar kerana murid-

murid digalakkan untuk bekerjasama bagi menguasai kemahiran tertentu dan ini

menimbulkan keseronokan bagi mereka. Memberi ganjaran kepada murid

berdasarkan peningkatan prestasi juga merupakan insentif yang berkesan

(Natriello, 1987; Slavin,1980). Insentif juga dipengaruhi oleh kualiti pengajaran

dan aras pengajaran yang sesuai. Murid akan lebih cenderung untuk mengikuti

sesuatu pelajaran jika guru dapat mempersembahkannya dengan cara yang

menarik dan mempunyai makna serta dalam kemampuan mereka untuk

mempelajarinya (Balshaw & Farrell, 2002). Good & Brophy (1997) mendapati

guru-guru yang meletakkan pengharapan yang tinggi terhadap pencapaian murid

15

Page 16: UCAP UTAMA Y. BHG. DATO’ NOOR REZAN BINTI ...amaljaya.com/guru/PISMP/EDU 3108/Kepimpinan Instruktional...instruksional, adalah lebih baik saya mengutarakan definisi sekolah kluster.

juga merupakan insentif untuk murid, Ini meningkatkan keyakinan diri mereka

melalui kepercayaan self-fulfilling prophecy.

32) Dalam konteks yang sama, prestasi kerja guru yang berkait rapat dengan

kualiti pengajaran juga bertitik tolak daripada motivasi yang dialaminya. Motivasi

guru berkait rapat dengan kualiti pekerjaan (‘quality worklife’) yakni kepuasan dan

keseronokan bekerja yang terhasil daripada kerja yang bermakna. Biasanya,

persekitaran dan suasana tempat kerja amat mempengaruhi kepuasan kerja

seseorang yang secara sendirinya memberi insentif untuk melakukan pekerjaan.

Sehubungan ini, kepentingan kualiti kerja dalam mengurangkan tekanan dan

burnout perlu dititikberatkan (Cunningham, et al., 1983). Pelbagai kaedah boleh

digunakan oleh pemimpin sekolah dalam usaha memberi insentif kepada guru.

Kajian oleh Leithwood dan Jantzi (2000) menyarankan memberi perhatian secara

individu kepada guru-guru serta mengiktiraf potensi guru-guru dapat

meningkatkan semangat guru untuk bekerja. Secara terperinci, kajian tersebut

mencadangkan pemimpin sekolah merangsang guru-guru secara intelektual

(stimulate intellectually), memberi sokongan secara individual (individualized

support) serta menjadi model ikutan dalam usaha membina keyakinan guru-guru.

Selain itu, pemimpin juga boleh menggunakan perbincangan dua hala sebagai

kaedah menjana pemikiran guru dalam menyelesaikan masalah yang kompleks.

Kaedah ini juga berkesan dalam memberi teguran kepada guru seperti mana

yang diutarakan oleh (Ryan, 1996; Tushman & O’Reilly, 1997), … Successful

organizations reward success and acknowledge or celebrate failures by creating

opportunities to openly discuss and learn from mistakes. Selain itu, pemimpin juga

dapat memberi insentif untuk bekerja kepada guru dengan berusaha

mengurangkan kekangan atau halangan yang wujud di dalam organisasi.

Pemimpin seharusnya berusaha untuk untuk memperbaiki sistem yang didapati

membantut kemajuan organisasi (Avolio & Howell, 1993). Antara usaha-usaha

lain yang boleh dilakukan oleh pemimpin sekolah adalah mewujudkan sistem

pengupayaan dikalangan guru dengan memberi mereka peluang untuk

mempraktikkan teacher leadership.

Tuan-tuan dan puan-puan

16

Page 17: UCAP UTAMA Y. BHG. DATO’ NOOR REZAN BINTI ...amaljaya.com/guru/PISMP/EDU 3108/Kepimpinan Instruktional...instruksional, adalah lebih baik saya mengutarakan definisi sekolah kluster.

33) Saya telah menjelaskan dengan panjang lebar hubungan antara

kepimpinan instruksional dengan sekolah berkesan. Ingin saya jelaskan sekali lagi

bagaimana sekolah kluster menjadi pemangkin kepada kepimpinan instruksional.

Mengikut Ouchi (2003), yang telah menjalankan kajian di 223 buah sekolah di

enam bandar utama iaitu Edmonton, (Canada), Seattle, Houston, New York, Los

Angeles dan Chicago. Kajian mendapati sekolah-sekolah yang cemerlang

mempunyai sistem pentadbiran yang autonomi. Pengetua bertanggungjawab

sepenuhnya terhadap prestasi sekolah. Ouchi (2003) menyimpulkan terdapat

tujuh kunci utama kejayaan sekolah-sekolah ini iaitu pengetua bersifat

entrepreneur, setiap sekolah mengawal bajet sendiri, setiap warga sekolah

bertanggungjawab ke atas prestasi murid dan bajet, setiap guru diberi penurunan

kuasa, fokus terhadap kejayaan murid, setiap sekolah adalah komuniti pembelajar

dan setiap keluarga mempunyai pilihan ke atas sekolah. Berasaskan kepada

kajian ini maka konsep sekolah kluster akan menjadi pemangkin kepada

kepimpinan sekolah apabila mereka diberi kuasa autonomi untuk menentukan

halatuju dan niche sekolah masing-masing. Namun begitu kita tidak akan

mengikut acuan sekolah-sekolah di barat seratus peratus. Sekolah kluster di

Malaysia akan mengikut konsep dan acuannya sendiri. Adalah diharapkan

sekolah kluster dapat melonjakkan kecemerlangan sistem pendidikan dan

menghasilkan pemimpin instruksional yang berkualiti. Usaha ini perlu sebagai

persediaan kepada pemimpin sekolah kluster ini untuk melonjakkan

kecemerlangan sekolah masing-masing setelah mereka diberi kuasa autonomi

dalam pelbagai bidang termasuk pengurusan sumber manusia, kewangan, dan

pentadbiran.

17

Page 18: UCAP UTAMA Y. BHG. DATO’ NOOR REZAN BINTI ...amaljaya.com/guru/PISMP/EDU 3108/Kepimpinan Instruktional...instruksional, adalah lebih baik saya mengutarakan definisi sekolah kluster.

Kertas kerja ini telah dimulai dengan diskusi mengenai konsep serta definisi

sekolah kluster serta hubungkait dengan kepimpinan instruksional dan sekolah

berkesan. Lantaran itu, saya telah melontarkan beberapa pandangan dan idea

kepada tuan-tuan dan puan-puan, para pemimpin peringkat akar umbi, bagi

menyahut cabaran tersebut demi melahirkan murid-murid yang berkualiti tinggi

yang mampu bersaing di arena antarabangsa. Bertepatan dengan tema seminar,

Sekolah Kluster pemangkin Kepimpinan Instruksional, tuan-tuan dan puan-

puan selaku pemimpin barisan hadapan mempunyai misi yang sangat besar bagi

memastikan segala yang direncana Kementerian tercapai mengikut perancangan.

Akhir kata, dengan lafaz Bismillah hirrohman nirrohim

SAYA DENGAN RASMINYA MEMBUKA KOLOKIUM KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL KALI KE 2

Sekian, terima kasih

18

Page 19: UCAP UTAMA Y. BHG. DATO’ NOOR REZAN BINTI ...amaljaya.com/guru/PISMP/EDU 3108/Kepimpinan Instruktional...instruksional, adalah lebih baik saya mengutarakan definisi sekolah kluster.

RUJUKAN

Ahmad Tajuddin Abdul Hamid. (1989). The role of the principal as an instructional

leader. Tesis M.Ed. yang tidak diterbitkan - Universiti Malaya, Kuala Lumpur, Malaysia.

Avolio, B. J. & Howell, J. M. (1993). Transformational leadership, transactional

leadership, locus of control and support for innovation: Key predictors of consolidated business unit performance. Journal of Applied Psychology, 78, 891-902.

Carroll, J.B. (1963) A model of school learning, Teachers College Record, 64, 8, pp. 723-33.

Cooper, H., Robinson, J. C., & Patall, E. A. (1989). Does homework improve academic achievement? A synthesis of research, 1987-2003. Review of Educational Research, Spring2006, Vol. 76 Issue 1, p1-62.

Cunningham, C. E., Woodward, C. A., Shannon, H. S., MacIntosh, J., Lendrum, B., Rosenbloom, D., Brown, J. (2002). Readiness for organizational change: A longitudinal study of workplace, psychological and behavioural correlates. Journal of Occupational & Organizational Psychology, Dec2002, Vol. 75 Issue 4, p377-392.

Edmonds, R. (1979). Some school works and more can. Journal of Social

Policy. Vol. 9, 28-32. Hallinger, P. (2003). Leading educational change: Reflections on the practice of

instructional and transformational leadership. Cambridge Journal of Education, Vol. 33, No. 3.

Hallinger, P. (2005). Instructional Leadership and the School Principal: A Passing

Fancy that Refuses to Fade Away. Leadership & Policy in Schools, Vol. 4 Issue 3, p221-239.

Hallinger, P. & Murphy, J. (1985). Assessing the instructional leadership behavior

of principals. Elementary School Journal, 86(2), 206-218. Leithwood, K. & Jantzi, D. (2000). Principal and Teacher Leadership Effects: a

replication. School Leadership & Management, Vol. 20 Issue 4, p415-434. Lyons, C. A. & Murphy, M. J. (1994). Principal self-efficacy and the use of power.

Paper presented at the Annual Meeting of the American Educational Research Association (New Orleans, LA, April 4-8, 1994). Dokumen ERIC, ED 373421.

Mortimore, P., Sammons, P. & Hillman, J. (1995). Key Characteristics of Effective

Schools. Kertas Kerja Effective Schools Seminar, Kementerian Pendidikan Malaysia.

19

Page 20: UCAP UTAMA Y. BHG. DATO’ NOOR REZAN BINTI ...amaljaya.com/guru/PISMP/EDU 3108/Kepimpinan Instruktional...instruksional, adalah lebih baik saya mengutarakan definisi sekolah kluster.

20

Ouchi, W.G.(2003). Making schools work: A revolutionary plan to get your children the education they need. Simon & Schuster. New York.

Slavin, M. J. (1990). Emergence and maintenance of leadership among gifted

students in group problem solving. Roeper Review, Vol. 12 Issue 4. Southworth, G. (2002). Instructional leadership in Schools: reflections and

empirical evidence. School Leadership & Management, Vol. 22, No. 1.