ucapan hari guru.rtf

download ucapan hari guru.rtf

If you can't read please download the document

Transcript of ucapan hari guru.rtf

Hari iniadalah hari kitamenjunjung amanahsandaran harapan insan berjutayang bernama ibu dan bapamemikul misi murnimengasuh mendidiktunas bangsa harapan nusa.

Semasa sambutan Hari Guru, para guru bertekad menunaikan amanah dan harapan para ibu bapa untuk melaksanakan tugas mendidik anak-anak yang bakal menerajui negara pada masa hadapan.

ii

Hari iniadalah hari yang menuntut kitabertafakurapakah tiang azammasih tegak kukuhapakah perdu semangattak tergoncang ributataukah langkah kitasudah pincang tertusukduri-duri duga?

Sambutan Hari Guru merupakan hari para guru bermuhasabah diri tentang tanggungjawab dan keazaman mereka sama ada masih lagi kukuhatau telah hilang kerana pelbagai dugaan.

iii

Hari iniada bunga dikalungkanada puji dilafazkanada jasa dikenangada salam dihulurtanda hormat;pada insan yang bergelar GURU.

Hari guru merupakan hari para guru menerima penghormatan dan penghargaan kerana jasa-jasa mereka.

Terima kasih Tuan Pengerusi Majlis. Yang Berusaha Tuan Guru Besar, guru-guru penolong kanan, guru-guru, dan rakan seperjuangan sekalian. Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia. Pada pagi yang mulia ini, saya merakamkan penghargaan kerana diberi kesempatan menyampaikan sepatah dua kata pada majlis yang bermakna ini.Jasa guru tidak dapat dihitung dengan jari. Guru lah menyebabkan kita mengenal huruf dan angka. Huruf yang diajar, dikembangkan menjadi suku kata, perkataan dan seterusnya ayat. Menerusi huruf, kita mampu mengira ribuan angka. Semuanya kita peroleh menerusi dedikasi guru yang berterusan mendidik tanpa mengenal penat dan lelah.

Cikgu-cikgu yang dikasihi,

Pengorbanan guru bukan sekadar memberi ilmu pengetahuan untuk kita lulus dalam menghadapi peperiksaan sahaja, tetapi juga untuk membentuk akhlak kita untuk menjadi insan yang berhemah, tahu menghargai orang tua, dan mencintai tanah air kita. Sebab itulah setiap kali perhimpunan, para guru akan menegur kita sekiranya kita melakukan sesuatu kesalahan.

Guru ibarat ibu bapa kita. Guru telah diberi amanah oleh ibu bapa kita untuk memastikan kita menjadi seorang insane yang berguna di masa hadapan. Sepanjang kami berada di sekolah, mungkin ada tingkah laku kami yang melukakan hati cikgu. Saya mewakili teman-teman yang lain menyusun jari memohon ampun atas segala kesalahan yang kami telah lakukan.

Para guru dan rakan-rakan yang disayangi,

Pada majlis ini, kami mengharapkan para guru akan terus dirahmati Tuhan dengan tubuh badan yang sihat. Malah kami berharap agar para guru tidak jemu untuk mendidik kami agar menjadi insan yang berguna. Kami berjanji akan belajar bersungguh-sungguh, seterusnya memperolehi keputusan yang cemerlang dalam UPSR kelak.Demikianlah serba sedikit ucapan dari anak muridmu di pagi yang mulia ini. Sebelum mengundur diri, ingin saya pohon beribu ampun dan maaf sekiranya ada terkasar bahasa lalu menyinggung perasaan cikgu-cikgu yang dikasihi.

Di Mana Ada Kemahuan,Di Situ Ada Jalan;Jasamu Guru Tak Akan Dilupakan,Budimu Guru Sentiasa Dalam Ingatan.