Ucapan - Majlis Persaraan Guru Besar

2
Ucapan - Majlis Persaraan Guru Besar Terima kasih kepada Pengerusi Majlis. Yang Berusaha Tuan Guru Besar, guru-guru penolong kanan, guru-guru dan rakan-rakan sekalian. Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hadirin yang dimuliakan, Majlis ini diadakan bersempena dengan persaraan Tuan Guru Besar yang kita kasihi Cikgu Hisyam Rosli. Setelah 6 tahun berkhidmat di sekolah ini, akhirnya masa untuk beliau bersara telah tiba. Dengan itu kita akan kehilangan orang yang banyak menabur bakti di sekolah ini. Bermula esok, kita tidak akan melihat lagi kelibatnya disini dan tidak lagi mendengar tegurannya kerana hari ini adalah perjalanannya yang terakhir untuk menamatkan kerjayanya sebagai seorang pendidik di sekolah ini. Hadirin yang dikasihi, Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama. Jadi hari ini, walaupun jasanya tidak minta dibalas, tetapi kita akan terus mengenang jasa beliau. Sebagai anak didiknya, hanya rakaman terima kasih terhadap budi yang diberikan. Saya dimaklumkan sejak beliau berkhidmat disekolah ini pelbagai kejayaan telah diraih. Saban

description

UPSR

Transcript of Ucapan - Majlis Persaraan Guru Besar

Page 1: Ucapan - Majlis Persaraan Guru Besar

Ucapan - Majlis Persaraan Guru Besar

Terima kasih kepada Pengerusi Majlis. Yang Berusaha Tuan Guru Besar, guru-guru penolong kanan, guru-guru dan rakan-rakan sekalian. Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hadirin yang dimuliakan,

Majlis ini diadakan bersempena dengan persaraan Tuan Guru Besar yang kita kasihi Cikgu Hisyam Rosli. Setelah 6 tahun berkhidmat di sekolah ini, akhirnya masa untuk beliau bersara telah tiba. Dengan itu kita akan kehilangan orang yang banyak menabur bakti di sekolah ini.

         Bermula esok, kita tidak akan melihat lagi kelibatnya disini dan tidak lagi mendengar tegurannya kerana hari ini adalah perjalanannya yang terakhir untuk menamatkan kerjayanya sebagai seorang pendidik di sekolah ini.

Hadirin yang dikasihi,

          Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama. Jadi hari ini, walaupun jasanya tidak minta dibalas, tetapi kita akan terus mengenang jasa beliau.Sebagai anak didiknya, hanya rakaman terima kasih terhadap budi yang diberikan.

Saya dimaklumkan sejak beliau berkhidmat disekolah ini pelbagai kejayaan telah diraih. Saban tahun prestasi peperiksaan UPSR melebihi 90 peratus. Pada waktu yang sama ramai dalam kalangan murid sekplah ini telah terpilih mewakili negeri dalam kejohanan bola sepak.

Kejayaan paling membanggakan adalah ketika sekolah ini diumumkan sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT). Kejayaaan tersebut telah menaikkan imej sekolah inidan memberikan persaingan yang sihat kepada murid sekolah lain untuk terus berusaha dan berjiwa besar memburu kejayaan.

Page 2: Ucapan - Majlis Persaraan Guru Besar

Hadirin yang dihormati,

Kami berharap agar sekolah ini akan tetap melekat di hati Cikgu Hisyam. Kami juga berdoa agar Cikgu Hisyam sentiasa di lindungi Allah. Bagi mengakhiri ucapan ini, saya sertakan serangkap pantun berbunyi:

Burung helang burung jentayu,

Hinggap di balik pohon ketapang,

Bunga kembang akan layu,

Budi baik tidak akan hilang.

Ayip, Khairudin. (2015). Penulisan Bahasa Malaysia. Cerdik Publication Sdn Bhd.