UCAPAN MENTERI PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA YB. … Majlis... · bidang sains tulen sama ada ......

19
Page | 1 UCAPAN MENTERI PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA YB. DATO SERI MOHAMED KHALED NORDIN PERHIMPUNAN BULANAN KPT 8.30 PAGI, 17 OKTOBER 2011 (ISNIN), BERTEMPAT DI DEWAN UTAMA KPT. “MEMACU KECEMERLANGAN SEKTOR PENGAJIAN TINGGI” Assalamualaikum wrt. wbt., Selamat Pagi dan Salam 1Malaysia, 1. Pertamanya, sukalah saya melafazkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah Taala kerana dengan limpah kurnia dan izin-Nya, maka dapatlah kita bersama-sama berkumpul dalam majlis Perhimpunan Bulanan pada pagi yang berbahagia ini. Setinggi penghargaan dan ucapan terima kasih saya ucapkan kepada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kerana telah menjadi hos acara kita pagi ini sekaligus mengundang saya dan diberikan peluang untuk menyampaikan ucapan. Di kesempatan ini juga, saya ingin mengalu-alukan kehadiran semua pihak ke majlis ini dan berharap ia dapat memperkukuhkan lagi ikatan silaturrahim sesama kita, Insya Allah. 2. Masa bergerak terlalu pantas dan kini kita telah pun berada di suku terakhir tahun 2011. Alhamdulillah, berkat perancangan dan komitmen padu daripada semua pihak sama ada mereka yang berada di

Transcript of UCAPAN MENTERI PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA YB. … Majlis... · bidang sains tulen sama ada ......

Page 1: UCAPAN MENTERI PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA YB. … Majlis... · bidang sains tulen sama ada ... kemahiran yang diperlukan dalam tenaga kerja abad ke-21. ... kementerian adalah Program

Page | 1

UCAPAN MENTERI PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA

YB. DATO SERI MOHAMED KHALED NORDIN PERHIMPUNAN BULANAN KPT

8.30 PAGI, 17 OKTOBER 2011 (ISNIN), BERTEMPAT DI DEWAN UTAMA KPT.

“MEMACU KECEMERLANGAN SEKTOR PENGAJIAN TINGGI”

Assalamualaikum wrt. wbt., Selamat Pagi dan Salam 1Malaysia,

1. Pertamanya, sukalah saya melafazkan setinggi-tinggi kesyukuran ke

hadrat Allah Taala kerana dengan limpah kurnia dan izin-Nya, maka

dapatlah kita bersama-sama berkumpul dalam majlis Perhimpunan

Bulanan pada pagi yang berbahagia ini. Setinggi penghargaan dan ucapan

terima kasih saya ucapkan kepada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi

Nasional (PTPTN) kerana telah menjadi hos acara kita pagi ini sekaligus

mengundang saya dan diberikan peluang untuk menyampaikan ucapan.

Di kesempatan ini juga, saya ingin mengalu-alukan kehadiran semua pihak

ke majlis ini dan berharap ia dapat memperkukuhkan lagi ikatan

silaturrahim sesama kita, Insya Allah.

2. Masa bergerak terlalu pantas dan kini kita telah pun berada di suku

terakhir tahun 2011. Alhamdulillah, berkat perancangan dan komitmen

padu daripada semua pihak sama ada mereka yang berada di

Page 2: UCAPAN MENTERI PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA YB. … Majlis... · bidang sains tulen sama ada ... kemahiran yang diperlukan dalam tenaga kerja abad ke-21. ... kementerian adalah Program

Page | 2

kementerian, universiti, politeknik mahupun kolej komuniti, kita telah

berjaya melaksana dan melancarkan beberapa program dan inisiatif. Ini

termasuklah melancarkan Pelan Tindakan Fasa Dua, Pelan Strategik

Pengajian Tinggi Negara (PSPTN), memperkenalkan Jangkauan

Global Malaysia melalui Pendekatan Tambatan Hati (Soft Power),

melancarkan Pelan Tindakan Modal Insan Inovasi peringkat Tertiari,

Politeknik Metro dan Program Pemimpin Muda AkePT serta

mengagihkan Dana Penyelidikan dalam Rancangan Malaysia

Kesepuluh (RMKe 10).

3. Kesemua program dan inisiatif ini sebenarnya terangkum dalam harapan

dan hasrat kita yang pernah saya zahirkan sewaktu menyampaikan

Amanat Tahun Baharu, bulan Januari yang lalu. Ia bermatlamat

memperkukuhkan peranan dan keupayaan sektor pengajian tinggi yang

menjadi antara penyumbang kritikal dalam menjayakan transformasi

negara. Selain itu, saya juga ingin mengambil peluang di sini untuk

mengucapkan tahniah kepada kementerian kerana baru-baru ini telah

berjaya dianugerahkan status LIMA BINTANG dalam Penilaian Laman

Web/Portal Sektor Awam bagi tahun 2011. Tahniah saya ucapkan.

Page 3: UCAPAN MENTERI PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA YB. … Majlis... · bidang sains tulen sama ada ... kemahiran yang diperlukan dalam tenaga kerja abad ke-21. ... kementerian adalah Program

Page | 3

Tuan-tuan dan Puan-puan,

(BAJET 2012 DAN PELABURAN PENDIDIKAN UNTUK NEGARA)

4. Seperti yang kita sedia maklum, Bajet 2012 telah pun dibentangkan oleh

YAB. Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak baru-baru

ini. Bajet yang mengambil tema ‘Dasar Transformasi Nasional : Bajet

Membela Rakyat, Mensejahtera Negara’ itu dilihat berupaya menjadi

pemangkin dalam usaha membantu rakyat mendepani kos kehidupan

yang semakin meningkat. Dalam masa yang sama seperti tahun-tahun

yang lalu, kerajaan amat komited dalam soal pendidikan dan

pembangunan modal insan dengan menyediakan jumlah peruntukan

yang besar sebanyak 50.1 bilion ringgit iaitu 21.6% daripada

keseluruhan bajet. Daripada jumlah itu, 37.2 bilion ringgit

diperuntukkan kepada Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)

manakala 12.9 bilion ringgit untuk Kementerian Pengajian Tinggi.

Jumlah peruntukan yang besar ini TIDAK BOLEH DIANGGAP

SEBAGAI SATU PERBELANJAAN SEMATA-MATA, tetapi

PELABURAN yang bakal memberi keuntungan kepada negara dalam

jangka masa yang panjang.

Page 4: UCAPAN MENTERI PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA YB. … Majlis... · bidang sains tulen sama ada ... kemahiran yang diperlukan dalam tenaga kerja abad ke-21. ... kementerian adalah Program

Page | 4

5. Dalam konteks Kementerian Pengajian Tinggi, daripada jumlah 12.9 bilion

ringgit yang diperuntukkan, sebanyak 10.6 bilion ringgit untuk perbelanjaan

mengurus dan 2.3 bilion ringgit untuk perbelanjaan pembangunan. Secara

keseluruhannya, peruntukan untuk Kementerian Pengajian Tinggi untuk

tahun 2012 meningkat sebanyak 290 juta ringgit berbanding tahun 2011.

Justeru itu, saya mewakili warga sektor pengajian tinggi, ingin

merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada

kerajaan khususnya YAB. Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib Tun

Razak kerana amat memahami tuntutan dan keperluan kita

memperkukuhkan keupayaan sektor ini melalui bajet yang telah

diberikan itu.

Tuan-tuan dan Puan-puan,

(BAJET 2012 DAN SEKTOR PENGAJIAN TINGGI NEGARA)

6. Jika diperhalusi dan dianalisa secara lebih mendalam, ternyata bajet kali

ini meneruskan tradisi mengupayakan sektor pengajian tinggi sebagai

faktor kritikal menjayakan transformasi negara. Dan ia boleh dilihat dalam

beberapa sudut dan aspek seperti berikut :

Page 5: UCAPAN MENTERI PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA YB. … Majlis... · bidang sains tulen sama ada ... kemahiran yang diperlukan dalam tenaga kerja abad ke-21. ... kementerian adalah Program

Page | 5

6.1 Meningkat Mutu dan Kualiti Tenaga Akademik di IPT

Kita amat memahami bahawa tuntutan untuk menghasilkan modal insan

unggul iaitu graduan yang berkualiti tinggi bergantung kepada mutu dan

kualiti tenaga akademik di Institusi Pengajian Tinggi. Sehubungan

dengan itu, kementerian telah menyediakan biasiswa untuk tujuh

skim latihan tenaga pengajar berjumlah 525.1 juta ringgit. Daripada

jumlah itu, 182.5 juta ringgit diperuntukkan untuk Program

Biasiswa Skim Latihan Bumiputera (SLAB), 302 juta ringgit untuk

Program Biasiswa Skim Latihan Akademik IPTA (SLAI), 12.5 juta

ringgit untuk Program Hadiah Latihan Persekutuan (HLP), 11 juta

ringgit untuk Program Biasiswa Skim Latihan Tenaga pengajar

Teknikal Politeknik dan Kolej Komuniti, 4.9 juta ringgit untuk

Program Biasiswa Post-Doktoral dan 3.5 juta ringgit untuk Program

Post Graduate Diploma in Entrepreneurship (kerjasama dengan

University of Cambrige).

Buat julung kalinya mulai tahun 2012, kementerian akan

melancarkan satu biasiswa baharu iaitu Program MyBrainSc bagi

menggantikan Program Biasiswa Khas Tenaga Akademik (BKTA).

Program MyBrainsSc yang diperuntukkan sebanyak 9.5 juta ringgit

Page 6: UCAPAN MENTERI PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA YB. … Majlis... · bidang sains tulen sama ada ... kemahiran yang diperlukan dalam tenaga kerja abad ke-21. ... kementerian adalah Program

Page | 6

ini akan menawarkan biasiswa kepada 200 permohonan tahun

hadapan iaitu membabitkan 50 kuota luar negara dan 150 kuota

dalam negara. Biasiswa ini terbuka kepada pelajar-pelajar

cemerlang lepasan Asasi/Matrikulasi /Program-program

Persediaan, STPM dan lepasan diploma. Selain itu, ia juga terbuka

kepada calon pelajar ijazah pertama yang cemerlang dalam bidang

sains tulen iaitu PNGK 3.75 dan ke atas dan mereka yang sedang

mengikuti pengajian Ph.D atau telah mengikuti pengajian dalam

bidang sains tulen sama ada dalam negara atau di universiti

terkemuka dunia.

Penawaran biasiswa baharu ini amat signifikan kerana biasiswa

sedia ada seperti JPA hanya memberi fokus kepada bidang

profesional iaitu perubatan, pergigian, farmasi dan sebagainya.

Sedangkan, melalui Biasiswa MyBrainSc ini, ia akan dapat

meningkatkan bukan sahaja bilangan tenaga pengajar dalam

bidang sains tulen sama ada Fizik, Kimia, Biologi dan Metamatik,

tetapi memenuhi hasrat kita meningkatkan bilangan RSE

(Researcher, Scientist dan Engineers) dalam negara kepada 100

RSE bagi setiap 10,000 tenaga kerja dan melahirkan Nobel Laureate

suatu masa nanti. Ini kerana umum mengetahui bahawa seseorang

Page 7: UCAPAN MENTERI PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA YB. … Majlis... · bidang sains tulen sama ada ... kemahiran yang diperlukan dalam tenaga kerja abad ke-21. ... kementerian adalah Program

Page | 7

Nobel Laureate itu merupakan mereka yang menguasai bidang

sains tulen seperti Fizik, Kimia, Biologi dan Metamatik.

6.2 Meningkat Keupayaan Penyelidikan dan Pembangunan

Kejayaan mendukung Tahun 2012 sebagai Tahun Gerakan Inovasi

Nasional amat bergantung kepada peranan IPT sebagai hab inovasi

melalui aktiviti penyelidikan dan pembangunan. Dan Alhamdulillah,

melalui bajet 2012, kementerian telah diperuntukkan sebanyak 400

juta ringgit untuk dana penyelidikan fundamental berbanding 368

juta ringgit pada tahun lalu. Melalui peruntukan ini, IPT khususnya

akan dapat meneruskan aktviti-aktiviti penyelidikan fundamental

yang menjadi asas kepada penerokaan ilmu-ilmu baharu sekaligus

pendorong kepada penyelidikan gunaan (applied research) kelak.

Selain itu, untuk meligatkan lagi aktiviti penyelidikan dan pembangunan

di IPT yang berimpak tinggi, peruntukan telah diberikan kepada

Universiti Sains Malaysia (USM) sebanyak 51 juta ringgit dan Universiti

Malaya (UM) sebanyak 22 juta ringgit untuk Program Inkubator Modal

Insan Inovasi yang bertujuan menjana industri, paten dan perniagaan

baharu hasil-hasil penyelidikan di IPT. Sebanyak 64 juta ringgit pula

Page 8: UCAPAN MENTERI PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA YB. … Majlis... · bidang sains tulen sama ada ... kemahiran yang diperlukan dalam tenaga kerja abad ke-21. ... kementerian adalah Program

Page | 8

diperuntukkan bagi perolehan peralatan bagi penyelidikan berimpak

tinggi Universiti Malaya (UM). Kementerian berharap dengan peruntukan

tersebut, ia akan dapat menjayakan lagi aktiviti penyelidikan dan

penerbitan berimpak tinggi UM sama ada di peringkat kebangsaan

mahupun antarabangsa.

Dalam masa yang sama juga bagi merancakkan lagi inovasi,

kementerian juga akan memulakan langkah membina upaya Pusat-

pusat kecemerlangan atau CoE di IPT agar mereka dapat

mempertingkatkan kecemerlangannya dan boleh diangkat menjadi

Pusat Kecemerlangan Pengajian Tinggi atau HICoE satu masa nanti.

6.3 Pembangunan Sahsiah Pelajar

Harus diakui bahawa kualiti seseorang graduan kini tidak lagi hanya

bergantung kepada penguasaan ilmu semata-mata, sebaliknya nilai dan

kemahiran yang diperlukan dalam tenaga kerja abad ke-21. Melihat

kepada kepentingan itu, kementerian akan sentiasa memastikan tahap

kebolehpasaran graduan dapat dipertingkatkan dari masa ke semasa.

Melalui peruntukan sebanyak 160 juta ringgit dalam Bajet 2012,

kementerian akan menampung program-program seperti Program

Page 9: UCAPAN MENTERI PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA YB. … Majlis... · bidang sains tulen sama ada ... kemahiran yang diperlukan dalam tenaga kerja abad ke-21. ... kementerian adalah Program

Page | 9

Pentauliahan Profesional (3P) yang diperuntukkan sebanyak 30 juta

ringgit, Program Khas Pelajar (Sahsiah) 10 juta ringgit,

Pembangunan Sukan 20 juta ringgit, Program Kebolehpasaran

Graduan 70 juta ringgit, Program Pembangunan Keusahawanan

Graduan 30 juta ringgit dan Program Pusat Kecemerlangan Sukan

IPT 10 juta ringgit.

Di kesempatan ini, Kementerian Pengajian Tinggi ingin mengucapkan

terima kasih kepada kerajaan khususnya YAB. Perdana Menteri kerana

telah menyediakan pemberian baucar buku berjumlah 200 ringgit

kepada semua pelajar warganegara Malaysia di Institusi Pengajian

Tinggi Awam (IPTA) dan swasta (IPTS) selain di matrikulasi serta

pelajar tingkatan enam di seluruh negara. Saya berharap pemberian

baucar ini dapat disempurnakan pengagihannya oleh IPT dengan sebaik

mungkin.

6.4 Meneroka Pengantarabangsaan

Tahun 2012 juga akan menyaksikan aktiviti-aktiviti

pengantarabangsaan diberi fokus utama dan antara tumpuan

kementerian adalah Program Pemasaran CLMV yang membabitkan

Page 10: UCAPAN MENTERI PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA YB. … Majlis... · bidang sains tulen sama ada ... kemahiran yang diperlukan dalam tenaga kerja abad ke-21. ... kementerian adalah Program

Page | 10

negara-negara seperti Cambodia, Laos, Myanmar dan Vietnam.

Melalui peruntukan sebanyak 3 juta ringgit yang diberikan dalam bajet

baru-baru ini, kita akan dapat melaksanakan program

pengantarabangsaan tersebut sekaligus menjayakan konsep

Tambatan Hati atau Soft Power iaitu elemen baharu dalam Fasa Dua

PSPTN yang berobjektifkan meraih keyakinan serantau dan global

kepada jenama Malaysia dan Malaysia itu sendiri. Ini sekaligus

membantu mencapai hasrat kementerian menjadi peneraju dan hab

pengajian tinggi di peringkat antarabangsa menjelang tahun 2020.

Tuan-tuan dan Puan-puan,

(MENGARUSPERDANAKAN PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN LATIHAN

PROFESIONAL-TEVT SERTA MENENTUKAN BENCHMARK

PROGRAM PENGAJIAN PASCA SISWAZAH)

7. Kita akan terus memberi perhatian serius terhadap usaha-usaha

mengarusperdanakan Pendidikan Teknikal dan Latihan Profesional

(TEVT) melalui Kolej Komuniti dan Politeknik. Peruntukan yang

disediakan sebanyak 241 juta ringgit kepada Kolej Komuniti dan 580

juta ringgit kepada Politeknik bagi tahun 2012 akan digunakan

seoptima mungkin untuk mengupayakan rakyat menjadi modal insan

Page 11: UCAPAN MENTERI PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA YB. … Majlis... · bidang sains tulen sama ada ... kemahiran yang diperlukan dalam tenaga kerja abad ke-21. ... kementerian adalah Program

Page | 11

dan tenaga kerja berkemahiran tinggi yang dapat menyumbang

kepada pembangunan dan kemajuan negara.

8. Satu daripada pendekatan yang boleh diambil untuk mengarusperdanakan

politeknik dengan menjamin kualiti institusi tersebut. Sukacita saya

maklumkan sebanyak 17 daripada 27 buah politeknik yang telah

menghasilkan graduan peringkat diploma telah dinilai melalui sistem

penarafan politeknik atau PolyRate di mana penilaiannya adalah

berasaskan kepada tahap kualiti pengajaran dan pembelajaran di

politeknik seluruh Malaysia.

9. Proses penilaian yang bermula sejak Disember 2010 yang lalu mendapati

dua buah politeknik mencapai tahap cemerlang (tier 5), dua belas

politeknik mendapat tahap amat baik (tier 4) dan hanya tiga tahap

memuaskan (tier 3). Dengan keputusan ini, kementerian akan

mengatur langkah seterusnya menambahbaik prestasi politeknik-

politeknik agar ia setanding dengan universiti daripada segi

kecemerlangan. Ia juga selaras dengan matlamat Transformasi

Politeknik menjadikan Politeknik sebagai institusi alternatif kepada

universiti yang menawarkan pengajian yang berkualiti tinggi.

Page 12: UCAPAN MENTERI PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA YB. … Majlis... · bidang sains tulen sama ada ... kemahiran yang diperlukan dalam tenaga kerja abad ke-21. ... kementerian adalah Program

Page | 12

10. Kementerian juga sedang berusaha memantau mutu dan kualiti

program-program pengajian di semua peringkat. Dalam hal ini,

kementerian telah selesai membuat penarafan kualiti kolej-kolej swasta

melalui MyQuest dan keputusannya akan diumumkan sedikit masa sahaja

lagi. Selain itu, usaha menarik pelajar-pelajar antarabangsa bukan di

peringkat ijazah pertama semata-mata, tetapi sama pentingnya untuk

pasca siswazah. Kita perlu menyediakan program-program berkualiti yang

ditawarkan oleh IPT negara.

11. Sehubungan dengan itu, bermula pada tahun 2012, Kementerian

Pengajian Tinggi melalui Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) akan

memulakan perbincangan dan konsultasi dengan pihak-pihak terbabit

untuk menanda aras (benchmarking) program-program di peringkat pasca-

siswazah yang ditawarkan oleh semua IPT di Malaysia. Tujuan utama

eksesais benchmarking ini dilaksanakan adalah bagi kita mengenal pasti

dan menentu ukur tahap daya saing program pasca siswazah yang

ditawarkan tersebut. Saya amat berharap, melalui eksesais bechmarking

ini kita akan mendapat petunjuk-petunjuk yang berguna berkaitan:

Page 13: UCAPAN MENTERI PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA YB. … Majlis... · bidang sains tulen sama ada ... kemahiran yang diperlukan dalam tenaga kerja abad ke-21. ... kementerian adalah Program

Page | 13

11.1 sejauh mana penawaran program-program di peringkat

berkenaan adalah benar-benar berkualiti serta memenuhi

stakeholders’ expectation berkaitan;

11.2 sekukuh mana program-program tersebut menyokong

usaha Kerajaan dalam meningkatkan tenaga pakar

terutamanya bagi pengkhususan bidang-bidang kritikal di

Malaysia dan

11.3 tahap prestasi akademik program-program tersebut jika

kita bandingkan dengan dengan program-program yang

ditawarkan di luar negara;

12. Adalah diharapkan melalui usaha yang akan dikelolakan oleh MQA

ini akan mendapat kerjasama dan sokongan berterusan daripada semua

pihak demi kepentingan sektor pengajian tinggi negara. Di kesempatan

ini juga, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada

Ketua Pegawai Eksekutif Agensi Kelayakan Malaysia (Malaysian

Qualifications Agency, MQA), Y.Bhg Dato’ Dr. Syed Ahmad Hussein

yang telah dipilih sekali lagi baru-baru ini sebagai Pengerusi Jaringan

Jaminan Kualiti ASEAN (ASEAN Quality Assurance Network, AQAN)

dan mengetuai Jawatankuasa Eksekutif AQAN. Saya percaya

Page 14: UCAPAN MENTERI PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA YB. … Majlis... · bidang sains tulen sama ada ... kemahiran yang diperlukan dalam tenaga kerja abad ke-21. ... kementerian adalah Program

Page | 14

pelantikan beliau menggambarkan pengiktirafan antarabangsa

terhadap mutu dan kualiti pengajian tinggi negara.

Tuan-tuan dan Puan-puan,

(PENGANUGERAHAN BIASISWA DAN REBET OLEH PERBADANAN

TABUNG PENDIDIKAN TINGGI NASIONAL)

13. Tahun 2011 merupakan tahun keempat belas PTPTN beroperasi

sejak penubuhannya pada tahun 1997. Sehingga 30 September 2011,

sebanyak 1.87 juta pembiayaan pendidikan telah diluluskan

melibatkan peruntukan sebanyak RM 41.6 bilion. Ternyata kewujudan

PTPTN adalah selaras dengan objektif utama penubuhannya iaitu

memastikan pembiayaan pinjaman yang efisien disediakan kepada

pelajar-pelajar yang layak mengikuti pengajian di Institusi Pendidikan

Tinggi (IPT) selaras dengan hasrat kerajaan bahawa tidak ada pelajar-

pelajar yang gagal memasuki IPT atas sebab-sebab kewangan.

14. Bukan itu sahaja, pemberian insentif pertukaran pinjaman kepada

biasiswa untuk semua peminjam/ penerima biaya PTPTN yang tamat

dengan cemerlang dengan memperolehi ijazah kelas pertama atau setaraf

pada atau selepas Januari 2010 turut dilaksanakan. Seramai 2,188 orang

Page 15: UCAPAN MENTERI PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA YB. … Majlis... · bidang sains tulen sama ada ... kemahiran yang diperlukan dalam tenaga kerja abad ke-21. ... kementerian adalah Program

Page | 15

peminjam/penerima biaya PTPTN yang mendapat Ijazah Kelas

Pertama telah diluluskan pengecualian bayaran balik mulai 2010

dengan jumlah pembiayaan sebanyak 60.8 juta ringgit. Pada tahun

2010 sahaja, seramai 2,091 orang peminjam telah dikecualikan

pembayaran yang berjumlah 58 juta ringgit. Dan bagi tahun ini, 97

orang peminjam terlibat dengan amaun 2.7 juta ringgit. Jumlah ini

dijangka akan bertambah sehingga penghujung tahun 2011.

15. Sebagai tanda rasa bangga dan meraikan mereka yang

berkenaan, pada hari ini seramai 10 orang pelajar cemerlang dari

pelbagai program dan IPT seluruh negara mewakili keseluruhan

jumlah penerima Ijazah Pertama akan menerima Surat Pelepasan

Bayaran Balik. Penyampaian ini adalah satu penghargaan dari PTPTN

dan Kementerian Pengajian Tinggi khususnya sebagai menghargai

mereka yang telah belajar dengan bersungguh-sungguh dan dedikasi

sepanjang tempoh pengajian mereka. Tahniah diucapkan kepada semua

penerima.

Page 16: UCAPAN MENTERI PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA YB. … Majlis... · bidang sains tulen sama ada ... kemahiran yang diperlukan dalam tenaga kerja abad ke-21. ... kementerian adalah Program

Page | 16

Tuan-tuan dan Puan-puan,

(PELAKSANAAN PEMBIAYAAN BERASASKAN UJRAH)

16. Selaras dengan keputusan Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan

Bagi Hal Ehwal Ugama Islam, PTPTN telah melaksana dan

memperkenalkan pembiayaan pendidikan berkonsepkan Ujrah (upah) 1%

setahun pada kadar rata berkuatkuasa 1 Jun 2008. Tawaran pembiayaan

berasaskan Ujrah telah dibuat kepada semua pelajar yang diluluskan

pembiayaan mulai 22 Disember 2008.

17. Selain itu, PTPTN sentiasa berusaha untuk meringankan bebanan

yang ditanggung oleh para peminjam. Justeru, PTPTN masih membuka

peluang kepada semua peminjam yang berhasrat mendapatkan

penurunan kos pentadbiran daripada 3% dan 5% kepada 1% untuk

membuat penyelesaian penuh hutang mereka tanpa perlu menukar

kepada kaedah Ujrah. Mereka yang membuat penyelesaian penuh

sebelum 31 Disember 2011 akan dilaraskan akaun mereka secara

backdated mulai 1 Jun 2008 dan PTPTN akan mengembalikan apa-

apa lebihan (refund) kepada peminjam. Setakat September 2011,

seramai 1,518 peminjam telah membuat penyelesaian penuh dan layak

diberikan refund. Jumlah keseluruhan refund adalah sebanyak RM1.2 juta

Page 17: UCAPAN MENTERI PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA YB. … Majlis... · bidang sains tulen sama ada ... kemahiran yang diperlukan dalam tenaga kerja abad ke-21. ... kementerian adalah Program

Page | 17

dengan 1,077 peminjam menerima refund tidak melebihi RM1,000

manakala 441 peminjam pula melebihi RM1,000 dan seramai tiga

peminjam mendapat refund melebihi RM5,000.

18. Sukacita dimaklumkan seramai 10 orang peminjam PTPTN akan

menerima cek pelarasan kos pentadbiran pinjaman PTPTN 3%

kepada 1% pada hari ini. Adalah menjadi harapan dan hasrat kerajaan

semoga usaha ini mampu meningkatkan kesedaran di dalam hati sanubari

serta rasa tanggungjawab kepada para peminjam lain agar bersama

melaksanakan pembayaran balik pinjaman PTPTN. Pada masa yang

sama melalui kesedaran ini mampu memastikan PTPTN terus kekal

melaksanakan misi sosial negara melahirkan masyarakat berilmu,

berpengetahuan dan berwawasan.

19. Saya juga dimaklumkan bahawa PTPTN akan membuka semula

peluang untuk penukaran kepada Ujrah bagi peminjam yang belum

sempat berbuat demikian selepas tarikh tutup pada 30 September

2011 baru-baru ini. Kemudahan untuk pengemaskinian maklumat

untuk penukaran daripada konvensional kepada Ujrah akan dibuka

semula mulai 1 Januari 2012. Walau bagaimanapun, ia berasaskan

hutang semasa dan tidak backdated kepada 1 Jun 2008. Diharapkan

Page 18: UCAPAN MENTERI PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA YB. … Majlis... · bidang sains tulen sama ada ... kemahiran yang diperlukan dalam tenaga kerja abad ke-21. ... kementerian adalah Program

Page | 18

mereka yang belum berbuat demikian tidak akan melepaskan peluang

keemasan ini.

Tuan-tuan dan Puan-puan,

(PENUTUP)

20. Kedinamikan sektor pengajian tinggi negara akan terus berkembang

dan diperkukuhkan selaras dengan peruntukan bajet yang diberikan. Apa

yang penting, pelaksanaan bajet mestilah dilaksanakan secara tepat dan

setiap peruntukan yang diagihkan, hendaklah digunakan dengan sebaik

mungkin dengan meletakkan keberhasilan dan nilai untuk wang atau value

for money sebagai ukuran utama. Saya juga berharap kepada semua

warga kementerian sama ada di kementerian, universiti, politeknik

mahupun kolej komuniti agar dapat meningkatkan produktiviti masing-

masing dan memacu kecemerlangan bersesuaian dengan kenaikan gaji

perkhidmatan awam seperti yang diumumkan oleh YAB. Perdana Menteri

baru- baru ini.

21. Akhir kata, saya sekali ingin mengucapkan jutaan terima kasih

kepada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan

semua pihak yang terlibat atas dedikasi dan komitmen mereka

Page 19: UCAPAN MENTERI PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA YB. … Majlis... · bidang sains tulen sama ada ... kemahiran yang diperlukan dalam tenaga kerja abad ke-21. ... kementerian adalah Program

Page | 19

menjayakan majlis kita pada kali ini. Dengan kata-kata itu, saya sudahi

ucapan saya dan merasmikan pelancaran hari ini dengan

Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Sekian dan terima kasih.