Cabaran Abad 21

86
Dunia pada hari ini berhadapan dengan pelbagai cabaran untuk mencapai kemajuan pada

description

Bahasa Melayu

Transcript of Cabaran Abad 21

Dunia pada hari ini berhadapan dengan pelbagai cabaran untuk mencapai kemajuan pada tahap tertinggi. Setiap ahli komuniti dalam sesebuah masyarakat atau negara itu, perlu bersaing untuk menghadapi cabaran tersebut. Pelajar juga merupakan golongan komuniti yang perlu bersedia berhadapan dengan cabaran dan persaingan pada abad ke 21. Terdapat pelbagai pendapat yang telah mencirikan pelajar abad ke 21 ini. Terdapat 19 ciri-ciri pelajar abad ke 21 iaitu berupaya membuat hubung-kait, bijak menyoal, yakinberkomunikasi, mengambil risiko, dahagakan ilmu, ingin tahu, menjana idea, fleksibel, tidak berputus asa, mendengar dan membuat refleksi, berkemahiran kritis, menguasai kemahiran literasi, berani mencuba, mampu berfikir sendiri, membuat inisiatif, mampu bekerja dengan orang lain, membuat perubahan, berintegriti dan berkeperibadian tinggi. Abad ke 21 lebih merujuk kepada waktu berlakunya revolusi teknologi yang amat pantas. Masyarakat dunia kini hidup dalam suasana yang global dan kompleks yang dikelilingi dengan kemudahan teknologi yang mampu memberikan impak dan transformasi kepada masyarakat kepada dunia ICT. Dalam konteks ini, pelajar turut terlibat dalam mengalami arus perubahan ini, di mana pelajar perlu dibantu guru dengan membentuk serta mengekalkan minat pelajar untuk belajar bersedia untuk berhadapan dengan dunia sebenar. Pelajar juga perlu mempunyai rasa ingin tahu untuk mempelajari sesuatu sebagai pembelajaran jangka masa panjang. Tujuan pemupukan rasa minat dan ingin tahu pelajar adalah perlu untuk membolehkan pelajar boleh memberikan kesinambungan untuk pembelajaran meski pun berada di luar institusi persekolahan. Oleh itu, pelajar perlu mempunyai ciri fleksibel untuk mempelajari sesuatu ilmu dan demi menghadapi sebarang cabaran yang mendatang. http://www.21stcenturyschools.com/what_is_21st_century_education.htmGenerasi pelajar pada era milinieum lahir sekitar tahun 1980-an sehingga kini. Menurut John Seely Brown melalui Learning in a Digital Age, pada hari ini pelajar beranggapan bahawa ICT merupakan sesuatu yang seakan oksigen bagi mereka untuk bernafas dan merujuk kepada bagaimana untuk mereka hidup. Pandangan tersebut jelas menunjukkan bahawa perkembangan teknologi yang pesat berlaku kini menunjukkan kepentingan teknologi dalam kehidupan pelajar pada hari ini.Secara umumnya terdapat beberapa karakter atau ciri yang menunjukkan pelajar abad ke 21. Antaranya adalah:(i) Pelajar suka berada dalam kawalanDalam era masa kini pelajar masa kini tidak lagi mahu belajar secara tradisional dan tidak berkeinginan untuk sentiasa belajar di dalam kelas. Ini kerana pelajar lebih senang menggunakan teknologi sedia ada yang membolehkan mereka belajar pada bila-bila masa dan boleh berkomunikasi dengan sesiapa sahaja mengikut cara mereka sendiri. Contohnya menggunakan kemudahan internet dengan pengaplikasian i-pad, facebook atau skype ketika sesi p&p.(ii) Pelajar boleh membuat pilihanPembelajaran masa kini juga menuntut pelajar untuk meneroka sendiri bahan yang boleh dijadikan sumber. Secara tidak langsung membolehkan pelajar untuk membuat pilihan dalam melaksanakan tugasan mereka. Dengan menggunakan kemudahan teknologi pelajar mampu menyempurnakan tugasan dengan pendekatan yang baharu malah lebih kreatif mengikut cara mereka sendiri.(iii) Pelajar belajar berorientasikan kumpulan dan sosial.Pelajar juga mampu memperkenalkan diri dengan menggunakan media elektronik yang sememangnya mempunyai rangkaian sosial. Dengan menggunakan rangkaian atas talian (online) pelajar berpeluang untuk mengenali individu lain sama ada dalam skala yang kecil, mengikuti dengan sesuatu pertubuhan komuniti dan berhubung dengan orang lain di seluruh dunia. Kemudahan teknologi seperti ini menggalakkan pelajar untuk berkolaborasi, berkongsi ilmu, pendapat serta pandangan dengan rakan lain dan seterusnya mampu membentuk identiti pelajar itu sendiri.

(iv)Pelajar adalah inklusifPelajar pada era 21 ini juga mampu bertoleransi dengan semua lapisan masyarakat sama ada dari segi kepelbagaian kaum, kepercayaan dan jantina. Informasi yang dikongsikan meliputi pelbagai sudut dengan menggunakan pelbagai carian ensiklopedia dan topik. Pencarian maklumat juga turut diperluaskan pelajar, sama ada menggunakan sumber laman web atau rangkaian tertentu yang boleh diaplikasikan daripada pencarian asal dan belajar mempelajari sesuatu yang baru.(v) Pelajar sentiasa cuba menggunakan teknologi digital.Pendedahan terhadap media digital kepada pelajar zaman sekarang dilihat semakin meluas. Ini menyebabkan sebahagian daripada kehidupan pelajar terdedah kepada ICT yang perlu diakses oleh pelajar untuk menyokong pembelajaran serta memudahkan mereka untuk mendapatkan apa yang diinginkan pelajar. Di samping itu juga pelajar boleh menggunakan kemudahan ICT seperti komputer riba, telefon tangan, radio dan sebagainya untuk dijadikan sebagai fungsi untuk mendapatkan maklumat. ICT yang ada juga mampu berperanan sebagai penambahbaikan bahasa pelajar, membuat jadual sendiri serta menjadi alat komunikasi pelajar dalam kehidupan seharian pelajar.

(vi)Pelajar berfikir dengan cara yang berbeza.Sebagai pelajar yang hidup pada era globalisasi, seharusnya pelajar perlu memahami bagaimana teknologi baru boleh diterima dan diguna pakai. Contohnya dalam mencari sesuatu maklumat, tidak sekadar menggunakan satu tapak medium sahaja seperti menggunakan google sahaja, tetapi sepatutnya mempelbagaikan dan memperluaskan pencarian maklumat tersebut dengan menerokanya dengan lebih mendalam.(vii) Pelajar berani mengambil risikoPelajar alaf 21 ini berani mengambil risiko terhadap apa yang dilakukan, malah sanggup mencuba sekiranya apa yang dilakukan tidak memberikan hasil yang memuaskan. Ini bermaksud pelajar telah beralih daripada mentaliti biasa kepada mentalilti yang sanggup menanggung risiko dan akibat.(viii)Pelajar lebih menghargai masa dalam kehidupanApabila wujudnya kemudahan teknologi, maka lebih mudah pelajar untuk mengetahui apa yang berlaku di sekeliling mereka. Ini secara tidak langsung telah mendidik pelajar untuk menghargai masa dalam kehidupan yang ada. Pelajar juga mampu menguruskan masa dengan melaksanakan perkara-perkara yang berfaedah dan memberi kesan yang positif kepada mereka.Kelahiran pelajar yang berfikiran serta bermotivasikan alaf 21 mampu membawa pendidikan negara maju seiring dengan matlamat negara untuk menjadi sebuah negara maju mengikut acuan sendiri. Ciri-ciri pelajar abad 21 sememangnya perlu diterapkan dalam pelajar Malaysia pada hari ini tanpa mengabaikan nilai-nilai insaniah bagi memastikan pelajar Malaysia mampu maju dari pelbagai aspek.