Ucapan Pelajar Hari Guru

2
Bismillahirahmanirahim Assalamualaikum dan selamat pagi. Terima kasih saudara pengacara majlis, yang berusaha Tuan Haji Musa Bin Salan, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Seri Bekok, Cikgu Manshor Bin Yusof, Guru Penolong Kanan 1, Cikgu Sahmizawati Binti Kamis, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Cikgu Ravantiran A/L Munusamy, Guru Penolong Kanan Ko-kurikulum, yang diraikan, barisan guru dan warga Sekolah Kebangsaan Seri Bekok, hadirin hadirat dan rakan-rakan sekalian. Bersyukur kita ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurnia- Nya dapat kita berkumpul pada hari ini dengan hasrat yang satu iaitu meraikan sambutan hari guru. Terima kasih juga saya ucapkan kepada pihak sekolah yang memberi peluang kepada saya untuk menyampaikan sepatah kata secoret tinta dalam majlis pada pagi ini. Terlebih dahulu saya selaku wakil murid Sekolah Kebangsaan Seri Bekok ingin mengucapkan "Selamat Hari Guru buat semua guru yang kami sayangi… Kami sayang cikgu kami" Rakan-rakan sekalian, Guru-guru sentiasa berada di barisan hadapan dalam melahirkan generasi berilmu bertepatan dengan tema hari guru pada tahun ini iaitu “ Guru : Membina ilmu menyempurnakan akhlak”. Segala kejayaan yang kita kecapi, semalam, hari ini dan esok terletak pada tugas yang digalas oleh insan yang bergelar guru. Tugas guru merupakan satu tugas yang mulia dan murni. Guru telah mendidik kita dengan penuh kasih sayang tanpa rasa jemu. Maka tidak hairanlah jika kita semua menganggap guru-guru ini sebagai ibu bapa di sekolah. Hadirin yang dihormati sekalian, Jika semua ibu bapa mengharapkan kejayaan anak-anak mereka, begitu juga guru. Tidak akan ada seorang guru pun yang menginginkan anak murid mereka gagal. Semuanya berkehendakkan kejayaan. Guru telah berkorban masa, tenaga tanpa mengira waktu dan berkira wang ringgit, maka sewajarnya kita sebagai murid

description

contoh ucapan pelajar sempena hari guru

Transcript of Ucapan Pelajar Hari Guru

Page 1: Ucapan Pelajar Hari Guru

BismillahirahmanirahimAssalamualaikum dan selamat pagi.

Terima kasih saudara pengacara majlis, yang berusaha Tuan Haji Musa Bin Salan, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Seri Bekok, Cikgu Manshor Bin Yusof, Guru Penolong Kanan 1, Cikgu Sahmizawati Binti Kamis, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Cikgu Ravantiran A/L Munusamy, Guru Penolong Kanan Ko-kurikulum, yang diraikan, barisan guru dan warga Sekolah Kebangsaan Seri Bekok, hadirin hadirat dan rakan-rakan sekalian.

Bersyukur kita ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurnia-Nya dapat kita berkumpul pada hari ini dengan hasrat yang satu iaitu meraikan sambutan hari guru. Terima kasih juga saya ucapkan kepada pihak sekolah yang memberi peluang kepada saya untuk menyampaikan sepatah kata secoret tinta dalam majlis pada pagi ini. Terlebih dahulu saya selaku wakil murid Sekolah Kebangsaan Seri Bekok ingin mengucapkan "Selamat Hari Guru buat semua guru yang kami sayangi… Kami sayang cikgu kami"

Rakan-rakan sekalian,Guru-guru sentiasa berada di barisan hadapan dalam melahirkan generasi berilmu

bertepatan dengan tema hari guru pada tahun ini iaitu “ Guru : Membina ilmu menyempurnakan akhlak”.

Segala kejayaan yang kita kecapi, semalam, hari ini dan esok terletak pada tugas yang digalas oleh insan yang bergelar guru. Tugas guru merupakan satu tugas yang mulia dan murni. Guru telah mendidik kita dengan penuh kasih sayang tanpa rasa jemu. Maka tidak hairanlah jika kita semua menganggap guru-guru ini sebagai ibu bapa di sekolah.

Hadirin yang dihormati sekalian,Jika semua ibu bapa mengharapkan kejayaan anak-anak mereka, begitu juga guru. Tidak

akan ada seorang guru pun yang menginginkan anak murid mereka gagal. Semuanya berkehendakkan kejayaan. Guru telah berkorban masa, tenaga tanpa mengira waktu dan berkira wang ringgit, maka sewajarnya kita sebagai murid membalasnya dengan kejayaan. Kepada para guru, segala pengajaran yang diberikan oleh semua guru amat kami hargai. Akan kami gunakan segala ilmu yang telah disampaikan untuk membina jati diri. Seterusnya, berbakti kepada agama, bangsa dan negara tercinta.

Tugas guru bukan setakat mengajar, mendidik sahaja, bahkan lebih daripada itu. Jika ada murid yang sakit, cikgulah yang akan jadi doktor sementara, jika murid yang sakit itu perlu ke klinik, maka cikgu itu akan menjadi pemandu ambulans sementara. Malah, jika ada murid yang kehilangan barang berharga, watak guru bertukar menjadi seorang penyiasat sementara dan juga menjadi seorang anggota polis sementara. Itu baru sedikit yang saya kisahkan tentang guru. Sesungguhnya, didikan dan ajaran guru daripada sekecil-kecil ilmu hingga ke sebesar-besar ilmu cukup beerti kepada kita.

Page 2: Ucapan Pelajar Hari Guru

Cikgu,Kalau tinggi Gunung Everest, tinggi lagi budimu, cikgu. Kalau dalam lautan Atlantik,

dalam lagi jasamu, cikgu. Kalau harum bau kasturi, harum lagi pengorbananmu, cikgu. Terima kasih cikgu.

Akhir kata, sekali lagi saya dan rakan-rakan mengucapkan Selamat Hari Guru. Kami doakan semoga cikgu-cikgu dimurahkan rezeki, sihat tubuh badan dan dapat terus berbakti dengan tulus dan ikhlas demi melahirkan modal insan minda kelas pertama.

Sekian, terima kasih. Selamat Hari Guru.