Ucapan Perasmian Sukan 2016

5
TEKS UCAPAN YANG BERUSAHA EN.SAHRUDDIN BIN HALIL, GURU BESAR SK (2) SIMPANG LIMA, KLANG SEMPENA KEJOHANAN MERENTAS DESA TAHUNAN KALI KE-8 Bismillahir rahmanir rahim. Assalamualaikum warah matullah hiwabarakatuh dan salam dan salam sejahtera. Yang Berusaha, Penolong-penolong Kanan, Ahli Jawatankuasa kejohanan, guru-guru, tuan-tuan, puan-puan dan semua murid yang dikasihi sekalian. Salam sejahtera, Salam perpaduan dan Salam Satu Malaysia Saya mengambil kesempatan ini mengucapkan selamat datang dan terima kasih atas kesudian Pasukan Polis Trafik & Jabatan Pertahanan Awam Malaysia untuk hadir dan seterusnya membantu bagi menjayakan Kejohanan Merentas Desa Kali ke-8 bagi sesi 2016. Sidang hadirin yang berbahagia.

description

Kejohanan Merentas Desa (Road Run) Peringkat Sekolah

Transcript of Ucapan Perasmian Sukan 2016

Page 1: Ucapan Perasmian Sukan 2016

TEKS UCAPAN YANG BERUSAHA

EN.SAHRUDDIN BIN HALIL,

GURU BESAR SK (2) SIMPANG LIMA, KLANG

SEMPENA KEJOHANAN MERENTAS DESA TAHUNAN KALI KE-8

Bismillahir rahmanir rahim.

Assalamualaikum warah matullah hiwabarakatuh dan salam dan salam sejahtera.

Yang Berusaha, Penolong-penolong Kanan, Ahli Jawatankuasa kejohanan, guru-guru,

tuan-tuan, puan-puan dan semua murid yang dikasihi sekalian.

Salam sejahtera, Salam perpaduan   dan Salam Satu Malaysia

Saya mengambil  kesempatan ini  mengucapkan selamat datang  dan terima kasih atas

kesudian Pasukan Polis Trafik & Jabatan Pertahanan Awam Malaysia untuk hadir

dan seterusnya membantu bagi menjayakan Kejohanan Merentas Desa Kali ke-8 bagi

sesi 2016.

Sidang hadirin yang berbahagia.

Aktiviti sukan telah pun dijadikan sebagai fokus dalam sistem pendidikan pada

hari ini yang akan menjadi aktiviti yang wajib dijalankan sepanjang tahun. Jadi,

kejohanan Merentas Desa sekolah merupakan suatu wahana untuk mencapai wawasan

negara dalam pembudayaan sukan dalam kalangan murid sekolah. Budaya sukan

dalam kalangan semua murid adalah untuk memperlengkap kecemerlangan sistem

pendidikan bagi melahirkan modal insan yang seimbang dan holistik dari segi

jasmani, emosi, rohani dan intelek ke arah pembinaan negara bangsa Malaysia.

Saudara dan saudari sekalian,

Page 2: Ucapan Perasmian Sukan 2016

Pihak sekolah sentiasa mendukung hasrat KPM dengan sentiasa responsif

terhadap keperluan pelajar ke arah pemupukkan dan membina bakat bagi murid yang

berkecenderungan memilih  kerjaya mereka dalam apa jua bidang sukan. Dasar 1

Murid 1Sukan yang diperkenalkan mewajibkan setiap murid menyertai sekurang-

kurangnya satu aktiviti sukan di sekolah. Dasar ini menyokong pelaksanaan Falsafah

Pendidikan Kebangsaan yang berhasrat untuk melahirkan insan yang seimbang.

Justeru dengan dasar ini, setiap murid akan melibatkan diri secara aktif dengan

menyertai aktiviti sukan sekolah sepanjang tahun.

Dasar ini sebenarnya selaras dengan Dasar Sukan Negara yang bermatlamat

untuk membudayakan sukan dalam kalangan masyarakat. Dasar sukan

Negara  dimulakan di peringkat sekolah melalui dua strategi iaitu Sukan Untuk

Semua dan Sukan Untuk Kecemerlangan. Aktiviti sukan di bawah Sukan Untuk

Semua adalah sangat penting dalam membina kesihatan, sahsiah dan kesejahteraan

kepada semua murid. Bagi strategi Sukan untuk Kecemerlangan pula, prestasi murid

yang berbakat dan berpotensi akan terus dibangunkan di bawah Program

Kecemerlangan Bakat Muda, Sukan Prestasi Tinggi Sekolah serta sukan lain yang

mampu ditawarkan oleh pihak sekolah. Oleh yang demikian, penyertaan setiap murid

dalam sukan adalah amat penting sebagai satu landasan mendukung aspirasi 1

Malaysia yang sihat, cergas, dinamik dan bersatu padu.

Hadirin yang dihormati,

Selain memupuk perpaduan dalam kalangan murid berlainan bangsa, aktiviti

sukan juga dapat memberikan keseimbangan antara keperluan akademik dengan

keperluan fizikal. Aktiviti  seperti ini memberikan akses kepada semua murid

mendapatkan faedah daripada penglibatan dalam sukan khususnya kepada murid yang

kurang atau tidak aktif. Murid-murid zaman ini cenderung mementingkan

kecemerlangan dalam bidang akademik sahaja dan beranggapan aktiviti sukan

Page 3: Ucapan Perasmian Sukan 2016

hanyalah membuang masa mereka. Jadi, mereka perlu disedarkan tentang

kepentingan aktiviti sukan yang turut dinilai bagi melayakkan mereka memasuki

pusat pengajian tinggi kelak.

Hadirin sekalian,

Aspek-aspek yang saya sebutkan ini amat penting sekali dalam usaha kerajaan

kita untuk membina negara bangsa, membangunkan modal insan dan melonjakkan

kecemerlangan institusi pendidikan selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan

dan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan.

Sebagai mengakhiri ucapan alu-aluan ini, sekali lagi saya mengambil

kesempatan pada pagi yang meriah ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi

penghargaan dan terima kasih kepada jawatankuasa kejohanan serta para petugas

yang telah terlibat secara langsung atau tidak langsung bagi memeriahkan lagi

Kejohanan Ini Dengan ini saya merasmikan Kejohanan Merentas Desa kali ke-8

SK (2) simpang Lima, Klang bagi tahun 2016.

Sekian, terima kasih.