TEKS UCAPAN PERASMIAN - angkasa.coopangkasa.coop/bm/images/teksucapanpresiden/2018/...TEKS UCAPAN...
Transcript of TEKS UCAPAN PERASMIAN - angkasa.coopangkasa.coop/bm/images/teksucapanpresiden/2018/...TEKS UCAPAN...
1
TEKS UCAPAN PERASMIAN
YBHG. DATO’ ABDUL FATTAH
ABDULLAH
PRESIDEN ANGKASA
BENGKEL PEMANTAPAN
KONSORTIUM KOPERASI DI BAWAH
BIMBINGAN ANGKASA
2
12 NOVEMBER 2018 (ISNIN)
8.00 MALAM
KELANA BEACH RESORT, PORT
DICKSON, NEGERI SEMBILAN
Bismillahhirrahmanirrahim
3
Assalamulaikum WBT dan Salam
Sejahtera
Terima Kasih Pengacara Majlis
[SALUTASI DISEDIAKAN URUSETIA]
4
Tuan-Tuan dan Puan-Puan Yang
Dihormati Sekalian.
1. Pertamanya, marilah kita
bersama-sama mengucapkan
syukur ke hadrat Allah SWT yang
telah memberi peluang untuk kita
buat julung kalinya berhimpun
5
dalam “Bengkel Pemantapan
Konsortium Koperasi di bawah
Bimbingan ANGKASA.”
2. Dalam kesempatan ini saya
mengalu-alukan semua wakil-wakil
daripada konsortium yang hadir ke
majlis ini. Pertemuan dan bengkel ini
6
amat penting untuk kita
“rethinking”/memikirkan semula
apa tujuan, setakat mana dan ke
mana konsortium-konsortium yang
telah kita tubuhkan bersama-sama
ini.
7
3. Saya memahami setiap
koperasi yang terlibat dalam
konsortium mempunyai peranan
yang besar bukan sahaja dalam
pekerjaan tetapi juga dalam
koperasi masing-masing. Tetapi
saya yakin kesibukan ini tidak akan
menghalang koperasi dan wakil-
8
wakil koperasi yang dilantik sebagai
kepimpinan ALK untuk terus
memberi tumpuan kepada
kemajuan dan kejayaan konsortium
yang telah kita sepakatkan
penubuhannya.
Hadirin Yang Dihormati Sekalian
9
4. Untuk makluman, sekarang ini
di bawah bimbingan ANGKASA
terdapat 8 konsortium dan di
seluruh Malaysia dianggarkan
terdapat lebih kurang 20 konsortium
koperasi dalam pelbagai bidang.
10
5. Gerakan koperasi di Malaysia
merupakan sektor yang besar yang
harus dibanggakan dan
ditingkatkan pencapaiannya.
Berdasarkan statistik SKM sehingga
30 Jun 2018, terdapat lebih 14,000
koperasi dengan keanggotaan
melebihi 6 juta orang; syer/yuran
11
melebihi RM 14 bilion; aset lebih
RM140 bilion dan perolehan
menyumbang lebih RM22 bilion.
Menjelang 2020, kerajaan
mensasarkan sektor koperasi
menyumbang RM50 bilion kepada
KDNK negara dan 50 peratus rakyat
dewasa negara ini menjadi
12
anggota koperasi tanpa mengira
kedudukan mereka.
6. Menerusi Teras Strategik 1,
DKN – merangsang penglibatan
koperasi dalam sektor ekonomi
bernilai tinggi, disasarkan 50
koperasi gabungan baru
13
diwujudkan. Selaras dengan itu,
ANGKASA sebagai badan apeks
koperasi di Malaysia tekad
menjalankan peranan penyatuan
koperasi di bawah konsortium.
7. Tujuanya adalah untuk
menyatukan koperasi-koperasi
14
yang menjalankan aktiviti-aktiviti
yang sama dapat menjalankan
aktiviti tersebut dalam skala yang
lebih besar dan kuat. Alhamdulilah,
kita berupaya melaksanakan
peranan ini.
15
8. Tetapi kita perhatikan ada
kelompangan dari segi
pelaksanaan aktiviti konsortium
yang agak perlahan dan kita yakin
dapat mencergaskan semula.
9. Kita mahukan konsortium
yang ditubuhkan di bawah
16
bimbingan ANGKASA dapat
menjalankan
peranan/matlamat/objektif seperti
yang disasarkan. Dan seterusnya,
kita mengharapkan konsortium di
bawah bimbingan ANGKASA
menjadi contoh kepada koperasi-
koperasi lain dan menarik mereka
17
untuk bergabung dalam
menjalankan aktiviti yang lebih
besar, kuat dan mantap.
Hadirin Yang Dihormati Sekalian
10. Bagi menyusun dan menilai
semula pencapaian konsortium-
konsortium koperasi di bawah
18
penyeliaan ANGKASA, kami
merasakan perlu dikumpulkan di
bawah satu program bagi
memantapkan lagi keupayaan
konsortium-konsortium ini.
11. Di bawah program ini,
insahallah tuan-tuan/puan-puan
19
akan dibimbing dari pelbagai
aspek keilmuan dan info ke arah
pemantapan hala tuju konsortium
yang lebih jelas dan berstrategik
serta penyelarasan semula aktiviti
dan amalan tadbir urus baik yang
berkesan.
20
12. Melalui program ini, saya
berharap konsortium yang hadir
pada hari ini dapat menyusun
semula tadbir urus dan
memantapkan lagi aktiviti-aktiviti ke
arah pencapaian yang
diharapkan.
21
13. Ingin saya jelaskan di sini,
ANGKASA hanyalah pembimbing
dan penyokong, penggerak
utamanya adalah konsortium yang
memerlukan kesungguhan dan
komitmen semua kepimpinan
konsortium. ANGKASA berhasrat
“menghidupkan” semula
22
konsortium yang dapat memberi
sumbangan yang signifikan kepada
gerakan koperasi, negara dan
masyarakat.
14. Saya dengan lafaz suci
bismillahirrahmanirrahim
MERASMIKAN BENGKEL
23
PEMANTAPAN KONSORTIUM
KOPERASI DI BAWAH BIMBINGAN
ANGKASA pada hari ini.
Sekian, terima kasih.
Wabillahitaufik wal hidayah,
Assalamualaikum w.b.t.