Ucapan Perpisahan Murid Tahun 6

1
Sekolah kamu akan mengadakan majlis perpisahan murid-murid tahun enam . Selaku ketua murid kamu diminta berucap dalam majlis tersebut yang turut dihadiri oleh Guru Besar dan guru-guru. Tuliskan ucapan tersebut. Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berusaha Tuan Guru Besar, guru-guru dan rakan-rakan sekalian. Selamat pagi dan selamat sejahtera. Terlebih dahulu saya mengucapkan terima kasih kepada pihak sekolah dan rakan-rakan kerana memberi kepercayaan kepada saya untuk berucap pada pagi ini. Saya sebagai ketua murid ialah wakil bagi pihak murid-murid tahun enam. Guru-guru dan rakan-rakan sekalian, Sebagaimana yang kita maklum tujuan majlis ini diadakan sebagai tanda perpisahan kepada murid-murid tahun enam. Jamuan seperti ini diadakan saban tahun dan pada hari ini menjadi giliran kami pula meninggalkan sekolah ini. Sesungguhnya, guru-guru sekolah ini telah banyak memberi tunjuk ajar dan bimbingan kepada kita untuk memperoleh kejayaan demi kejayaan. Oleh itu, jelaslah jasa guru kepada kita begitu besar sekali. Jasa itu tetap akan dikenang sepanjang hayat. Guru-guru dan rakan-rakan sekalian, Kepada rakan-rakan dan diri saya sendiri, saya ingin berpesan agar kita janganlah seperti kacang melupakan kulit apabila berada di sekolah menengah nanti. Kita hendaklah menghargai dan menghormati guru-guru yang telah membimbing kita selama ini. Kita juga hendaklah terus rajin berusaha belajar hingga ke peringkat yang lebih tinggi. Genggam bara api biar sampai menjadi arang Akhir kata, saya sebagai wakil murid-murid tahun enam, menyusun sepuluh jari memohon maaf kepada para guru. Sekiranya sepanjang tempoh persekolahan kami di sini ada perkara yang tidak menyenangkan hati cikgu semua. Saya sudahi ucapan saya ini dengan serangkap pantun. Kalau ada sumur di ladang, boleh saya menumpang mandi; Kalau ada umur yang panjang, boleh kita berjumpa lagi. Sekian, terima kasih.

description

Ucapan Perpisahan Murid Tahun 6

Transcript of Ucapan Perpisahan Murid Tahun 6

Sekolah kamu akan mengadakan majlis perpisahan murid-muridtahunenam . Selakuketuamuridkamudimintaberucapdalammajlis tersebut yang turut dihadiri oleh Guru Besar dan guru-guru.Tuliskan ucapantersebut. Yangdihormati TuanPengerusi Majlis, YangBerusahaTuanGuruBesar, guru-guru dan rakan-rakan sekalian. Selamat pagi danselamat sejahtera. Terlebih dahulu saya mengucapkan terima kasihkepada pihak sekolah dan rakan-rakan kerana memberi kepercayaankepada saya untuk berucap pada pagi ini. Saya sebagai ketua muridialah akil bagi pihak murid-murid tahun enam.Guru-guru dan rakan-rakan sekalian,Sebagaimana yangkita maklumtujuanmajlis ini diadakansebagai tanda perpisahan kepada murid-murid tahun enam. !amuanseperti inidiadakan saban tahun dan pada hariinimenjadi gilirankami pula meninggalkan sekolah ini.Sesungguhnya, guru-gurusekolahini telahbanyakmemberitunjuk ajar dan bimbingan kepadakita untuk memperoleh kejayaandemi kejayaan. "leh itu, jelaslah jasa guru kepada kita begitu besarsekali. !asa itu tetap akan dikenang sepanjang hayat.Guru-guru dan rakan-rakan sekalian,#epada rakan-rakan dan diri saya sendiri, saya ingin berpesanagar kita janganlah seperti kacang melupakan kulit apabila beradadi sekolah menengah nanti. #ita hendaklah menghargai danmenghormati guru-guruyangtelahmembimbingkitaselamaini.#ita juga hendaklah terus rajin berusaha belajar hingga ke peringkatyang lebih tinggi. $ Genggam bara api biar sampai menjadi arang%&khir kata, saya sebagai akil murid-murid tahun enam,menyusun sepuluh jari memohon maa' kepada para guru. Sekiranyasepanjang tempoh persekolahan kami di sini ada perkara yang tidakmenyenangkan hati cikgu semua. Saya sudahi ucapan saya inidengan serangkap pantun.#alau ada sumur di ladang,boleh saya menumpang mandi(#alau ada umur yang panjang,boleh kita berjumpa lagi.Sekian, terima kasih.