UJIAN KEKUTUBAN

7
UJIAN KEKUTUBAN Tujuan : i. Memastikan setiap fius atau kawalan kutub tunggal (satu kutub) dan peranti perlindungan disambung pengalir fasa sahaja. ii. Sentuhan tengah pemegang lampu skru Edison disambung pengalir fasa. iii. Memastikan sambungan pada soket alir keluar bagi setiap pengalir fasa, neutral dan bumi disambung ke terminal yang betul. Alat penguji yang digunakan – Litar mati. i. Jangka ohm (Ohmmeter)

Transcript of UJIAN KEKUTUBAN

Page 1: UJIAN KEKUTUBAN

UJIAN KEKUTUBAN

Tujuan :

i. Memastikan setiap fius atau kawalan kutub tunggal (satu kutub) dan peranti perlindungan disambung pengalir fasa sahaja.

ii. Sentuhan tengah pemegang lampu skru Edison disambung pengalir fasa.

iii. Memastikan sambungan pada soket alir keluar bagi setiap pengalir fasa, neutral dan bumi disambung ke terminal yang betul.

Alat penguji yang digunakan – Litar mati. i. Jangka ohm (Ohmmeter)ii. Jangka Pelbagai (Multimeter)

Page 2: UJIAN KEKUTUBAN

Tatacara menjalankan ujian :

i. Putuskan bekalan utama (‘OFF’ Suis Utama)

ii. Putuskan (tanggalkan) beban.

1. Litar Lampu

Page 3: UJIAN KEKUTUBAN

i. Pintaskan pengalir pelindung litar dan pengalir fasa (yang dijangkakan).

ii. Keputusannya – bacaan yang dicatatkan adalah hampir 0Ω.

iii. Ini menunjukkan pengalir tersebut adalah pengalir fasa.

2. Pemegang Lampu Skru Edison

i. Litar pintaskan pengalir pelindung litar dan terminal tengah pada pemegang lampu skru Edison.

ii. Keputusan yang betul seperti rajah dibawah :-

Suis ON - ada bacaan (0 Ω)Suis OFF - infiniti (∞)

Page 4: UJIAN KEKUTUBAN

iii. Litar pintaskan pengalir pelindung litar dan neutral pada pemegang lampu skru Edison.

iii. Keputusan – ada bacaan (0 Ω)

3. Litar Soket Alir Keluar.

i. Litar pintaskan pengalir pelindung litar dan pengalir fasa (yang dijangkakan) pada soket alir keluar.

ii. Keputusan – ada bacaan (0 Ω)

Page 5: UJIAN KEKUTUBAN

iii. Litar pintaskan pengalir pelindung litar dan pengalir neutral pada soket alir keluar.

vi. Keputusan – ada bacaan (0 Ω)

v. Sekiranya litar tersebut mengandungi lebih dari satu soket alir keluar – ulang langkah diatas pada soket alir keluar yang berikutnya.