Ujian Pos_Skema Permarkahan.pdf

4
1 MODUL: Perubahan Jirim Ujian Pos Skema Pemarkahan 1 a) Yang manakah antara gambra di bawah paling baik menggambarkan susunan zarah cecair? Jawapan: C (1 markah) b) Jelaskan dua perubahan yang anda akan lihat pada zarah-zarah jika cecair bertukar menjadi gas. Zarah-zarah akan berpisah. (1 markah) Zarah-zarah akan bergerak dalam garis lurus. (1 markah) (Jumlah = 3 markah) Soalan ini adalah mengenai gambar zarah; gambar tersebut mewakili susunan di dalam pepejal. a) Apakah yang diwakili oleh setiap bulatan? Satu zarah (1 markah) b) Beri dua alasan kenapa gambar ini tidak seperti pepejal yang sebenar. i) zarah yang sebenar tidak berbentuk bulatan lengkap (tetapi gambar ini menunjukkan zarah berbentuk bulat) ii) pepejal yang sebenar mempunyai berbilion zarah (tetapi gambar ini menunjukkan hanya beberapa zarah) iii) Gambar ini ialah 2-D, tetapi pepejal sebenar ialah 3-D. (Mana-mana 2 jawapan ini, 1 markah untuk setiap satu) (Jumlah = 3 markah) 2

Transcript of Ujian Pos_Skema Permarkahan.pdf

Page 1: Ujian Pos_Skema Permarkahan.pdf

1

MODUL: Perubahan JirimUjian Pos

Skema Pemarkahan

1 a) Yang manakah antara gambra di bawah paling baik menggambarkan susunan zarah cecair?

Jawapan: C

(1 markah)

b) Jelaskan dua perubahan yang anda akan lihat pada zarah-zarah jika cecair bertukar menjadi gas.

Zarah-zarah akan berpisah. (1 markah)

Zarah-zarah akan bergerak dalam garis lurus. (1 markah)

(Jumlah = 3 markah)

Soalan ini adalah mengenai gambar zarah; gambar tersebut mewakili susunan di dalam pepejal.

a) Apakah yang diwakili oleh setiap bulatan?

Satu zarah (1 markah)

b) Beri dua alasan kenapa gambar ini tidak seperti pepejal yang sebenar.

i) zarah yang sebenar tidak berbentuk bulatan lengkap (tetapi gambar ini menunjukkan zarah berbentuk bulat)

ii) pepejal yang sebenar mempunyai berbilion zarah (tetapi gambar ini menunjukkan hanya beberapa zarah)

iii) Gambar ini ialah 2-D, tetapi pepejal sebenar ialah 3-D.

(Mana-mana 2 jawapan ini, 1 markah untuk setiap satu)

(Jumlah = 3 markah)

2

Page 2: Ujian Pos_Skema Permarkahan.pdf

2

Pepejal yang melebur

Lukis gambar zarah pepejal yang melebur dalam kotak di bawah. Bahagian sebelah kanan mesti sepenuhnya pepejal, dan bahagian sebelah kiri melebur, seperti seolah-olah pemanasan datang dari sebelah kiri.

Zarah-zarah di sebelah kiri patut:

• berada dalam corak yang tidak tetap. (1 markah)

• mempunyai permukaan yang mendatar, lebih rendah daripada bahagian atas pepejal di sebelah kanan (1 markah)

• kebanyakannya bersentuhan sesama sendiri. (1 markah)

Zarah-zarah di bahagian kanan patut:

• berada dalam corak yang kemas dan tersusun. (1 markah)

• bersentuhan dengan zarah-zarah bersebelahannya. (1 markah)

(Total = 5 marks)

a) Gambarkan tiga perkara yang berlaku kepada zarah-zarah di dalam cecair apabila cecair itu mendidih dan bertukar menjadi gas.

Zarah-zarah tersebut:

• terpisah daripada satu sama lain

• bergerak lebih cepat daripada sebelumnya

• bergerak dalam garisan yang lebih lurus dan lebih panjang daripada sebelumnya.

• melantun dari dinding bekas dan daripada satu sama lain.

(Mana-mana 3 daripada ini, 1 markah untuk setiap satu)

b) Dalam terma zarah, senaraikan tiga perbezaan antara penyejatan dengan pendidihan.

Penyejatan berlaku hanya di permukaan (manakala pendidihan belaku pada keseluruhan cecair).

Semasa penyejatan, sebilangan kecil zarah terbebas, dan proses ini berlaku lebih perlahan daripada yang berlaku semasa pendidihan.

4

3

Page 3: Ujian Pos_Skema Permarkahan.pdf

3

Tiada pemanasan istimewa diperlukan untuk penyejatan berlaku.

Jika ada pelajar bertanya, anda boleh memberitahu mereka bahawa penyejatan bergantung kepada suhu sekitar (iaitu, suhu udara di sekitar cecair). Selagi udara tersebut lebih panas daripada cecair, penyejatan akan berlaku. Semakin besar perbezaan suhu antara kedua-duanya, semakin cepat penyejatan berlaku.

Anda juga boleh memberitahu mereka mengenai penggunaan praktikal penyejatan yang bijak; lihat cth. http://practicalaction.org/zeerpots .

(3 markah)

(Jumlah = 6 markah)

Pemejalwapan adalah apabila suatu pepejal (seperti kristal iodin) dipanaskan, dan terus bertukar menjadi gas. Lukis gambar zarah suatu pepejal yang sedang melalui proses pemejalwapan semasa dipanaskan.

Bahagian pepejal patut mempunyai zarah-zarah dalam susunan teratur dan bersentuhan dengan zarah-zarah disebelahnya.

Beberapa zarah terlepas daripada susunan teratur tersebut menjadi zarah bebas di dalam ruang di sekitar pepejal.

Tiada zarah yang bersentuhan antara satu sama lain berada dalam keadaan rawak (seperti di dalam cecair)

(3 markah)

Sebuah botol logam mempunyai gas termampat di dalamnya. Keseluruhan permukaan dalam botol logam itu ditolak oleh satu daya yang kuat.

a) Apakah daya itu?

Tekanan gas (tekanan udara juga diterima) (1 markah)

b) Jelaskan apa yang menyebabkan daya ini.

Pertembungan (1 markah) antara zarah gas (atau udara) dan dinding. (1 markah)

(2 markah)

(Jumlah = 3 markah)

5

6

Page 4: Ujian Pos_Skema Permarkahan.pdf

4

Ketumpatan (g/cm3) = Jisim (g) dibahagi dengan isi padu (cm3)

a) Penuhkan jadual ini:

Jisim (g) Isi padu (cm3) Ketumpatan (g/cm3)Keluli 780g 100cm3 7.8g/cm3

Batu 270g 100cm3 2.7g/cm3

Kayu 1000g 2000cm3 0.5g/cm3

Aluminium 135g 50cm3 2.7g/cm3

Perspeks 118g 100cm3 1.18g/cm3

Kaca 288g 120cm3 2.4g/cm3

Lilin 72g 80cm3 0.9g/cm3

(7 markah)

b) Hitung ketumpatan udara dalam kilogram per meter padu (kg/m3) menggunakan maklumat ini:

• Satu bilik darjah berukuran 10m x 8m x 2.5m tinggi.

• Udara di dalamnya adalah seberat 240kg (hampir satu perempat tan!)

10m × 8m × 2.5m = 200m3

240kg / 200m3 = 1.2 kg/m3

(1 markah setiap satu: 2 markah)

c) Sebuah dewan sekolah berukuran 30m x 25m x 5m tinggi. Berapa banyakkah udara yang terdapat di dalamnya, dalam tan? (1 tan = 1000kg)

30m × 25m × 5m = 3750m3

3750m3 × 1.2 kg/m3 = 4500kg

4500kg / 1000 = 4.5 tan

(1 markah)

(Jumlah = 10 markah)

Jumlah untuk Ujian = 33 markah

7