UJIAN PROGRESIF 1 TAHUN 2013 KESUSASTERAAN MELAYU SPM

3
SULIT 2215/1 Soalan Esei [60 markah] Jawab tiga soalan sahaja. 1. Baca sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan- soalan yang berikutnya. Penggilap Rezeki Di celah-celah pasar kesibukan hidup sekujur kecil bersalut kemiskinan melaung perhatian minta didekati peti kecil tersandang di bahu kerdil dia bukan pengemis jalanan tapi menjual perkhidmatan dia bukan pencopet buruan tapi menagih pengertian. Semir sepatu, pak! Semir sepatu, bu! Itulah suara kegigihan Dari gubuk kelaparan pinggir kota Dia merungkai segala rasa malu Dari sepasang kaki ke sepasang kaki Di kulit sepatu, tangan menggilap rezeki Hingga memancar puas si pemilik Menyinar ruang sekolahan hari esok Dan pembungkus rezeki buat sehari. Semir sepatu, pak! Semir sepatu, bu! dia lebih khuatir pada kulit dan harga sepatu di kaki orang lain daripada rabik selipar di kaki sendiri. Herdik peril adalah simbahan baja yang menyuburkan ladang perjuangan si tubuh kecil penggilap sepatu sebelum malam bertandang. Waktu-waktunya, dalam diam anak itu 2215/1 © 2013 Sekolah Menengah Kebangsaan Asajaya 2 SULIT 2

description

UJIAN PROGRESIF 1 TAHUN 2013 KESUSASTERAAN MELAYU SPM

Transcript of UJIAN PROGRESIF 1 TAHUN 2013 KESUSASTERAAN MELAYU SPM

Page 1: UJIAN PROGRESIF 1 TAHUN 2013 KESUSASTERAAN MELAYU SPM

SULIT 2215/1

Soalan Esei[60 markah]

Jawab tiga soalan sahaja.

1. Baca sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.Penggilap RezekiDi celah-celah pasar kesibukan hidupsekujur kecil bersalut kemiskinanmelaung perhatian minta didekatipeti kecil tersandang di bahu kerdildia bukan pengemis jalanantapi menjual perkhidmatandia bukan pencopet buruantapi menagih pengertian.

Semir sepatu, pak! Semir sepatu, bu!Itulah suara kegigihanDari gubuk kelaparan pinggir kotaDia merungkai segala rasa maluDari sepasang kaki ke sepasang kakiDi kulit sepatu, tangan menggilap rezekiHingga memancar puas si pemilikMenyinar ruang sekolahan hari esokDan pembungkus rezeki buat sehari.

Semir sepatu, pak! Semir sepatu, bu!dia lebih khuatir pada kulit dan hargasepatu di kaki orang laindaripada rabik selipar di kaki sendiri.

Herdik peril adalah simbahan bajayang menyuburkan ladang perjuangansi tubuh kecil penggilap sepatusebelum malam bertandang.

Waktu-waktunya, dalam diam anak itumenabung azam mahu jadi imigranmenggali emas di bumi seberangyang anak-anak sebangsa dan sebayanyatak pernah kenal berus penggilapwalau untuk sepatu sendiri.

MOHD HASHIM OSMAN

2215/1 © 2013 Sekolah Menengah Kebangsaan Asajaya 2 SULIT[Lihat halaman sebelah

2

Page 2: UJIAN PROGRESIF 1 TAHUN 2013 KESUSASTERAAN MELAYU SPM

SULIT 2215/1

(a) Huraikan tema sajak tersebut. [4 markah]

(b) Jelaskan dua persoalan yang terdapat dalam sajak ini. [8 markah]

(c ) Huraikan empat gaya bahasa beserta contoh. [8 markah]

2. Berdasarkan drama Menggapai Pelangi karya Taha Abd. Kadir:

(a) Jelaskan lima perwatakan Imran beserta contoh. [10 markah]

(b) Huraikan lima nilai dalam drama ini. [10 markah]

3. Petikan berikut berdasarkan Hikayat Indera Nata:

“Maka kata anak raja-raja itu sambil mengiringkan Indera Nata membawa raksasa itu. Aduh Indera Nata ini terlalu sekali beraninya, jangankan manusia sehingga raksasa yang sekian besar panjangnya tiada tertawan olehnya. Maka sepatutnya ia beroleh tuan puteri ketujuh orang itu dan gajah yang bergandingkan emas itu.”

(a) Nyatakan kehebatan Indera Nata. [10 markah]

(b) Huraikan nilai-nilai murni dalam cerita tersebut. [10 markah]

4. Berdasarkan cerpen Anak Gembala karya Zahari Affandi :

(a) Jelaskan tema cerpen berkenaan. [4 markah]

(b) Huraikan perwatakan Mat Seman. [10 markah]

(c) Huraikan persoalan cerpen ini. [6 markah]

KERTAS SOALAN TAMAT

2215/1 © 2013 Sekolah Menengah Kebangsaan Asajaya 2 SULIT

3