ujian sumatif- jawapan

download ujian sumatif- jawapan

of 9

description

skema

Transcript of ujian sumatif- jawapan

1.jelaskan tiga perbezaan antara keperluan dengan kehendak manusia.[6 markah]

PERBEZAAN KEPERLUAN DAN KEHENDAKKeperluanKehendak

1.Sesuatu yang diperlukan oleh manusia untuk terus hidup.1. Sesuatu yang diinginkan oleh manusia untuk hidup lebih selesa.

2. Keperluan manusia mempunyai batasan.2. Kehendak manusia tidak terbatas.

3. Keperluan manusia adalah sama.3.Kehendak manusia adalah berbeza berdasarkan citarasa dan tingkat pendapatan.

Soalan 2:Huraikan keperluan manusia berdasarkan Model Hierarki Keperluan Maslow. [9 markah]

Jawapan:KeperluanfisiologiTerdiri daripada keperluan paling asas dan keperluan keselamatanContoh:makanan, pakaian, tempat perlindungan dan udara yangbersih /manusia perlukan pasukan polis,tentera, undang-undang dan kerajaan

Keperluan sosialTerdiri daripada keperluan kasih sayangdan keperluan penghargaanContoh:kasih sayang daripada ibubapa,adik beradik, saudara mara, sahabat handai /penghargaan dan penghormatan daripada masyarakat atas kejayaan yang diperolehi

Keperluan rohaniMerujuk kepada keperluan sempurna kendiri.Contoh:Keperluan ini mendorong manusia mengasah bakat / memperoleh kepuasan daripadanya / bidangseni, akademik, atau sukan

Soalan 3:Apakah maksud pengeluaran? [2 markah]

Jawapan:Maksud pengeluaranAktiviti /proses menghasilkan barang dan perkhidmatan bertujuan untukmemenuhi keperluan dan kehendak manusia@ proses penciptaan nilai faedah.

Soalan 4:Terangkan empat nilai faedah dalam pengeluaran. [8 markah]

Jawapan:Nilai faedah bentukBermaksud mengubah bentuk sesuatu keluaran supaya menjadi lebih berguna.Contohnyagetah asli diubah menjadi kasut.

Nilai faedah tempatBermaksud memindahkan barang ke tempat yang mempunyai permintaan.Contoh kayu balak dari hutan di pindah ke kilang untuk diproses.

Nilai faedah masaBermaksud menyimpan barang sehingga barang itu diperlukan.Contohberas berlebihan semasa musim menuai disimpan untuk memenuhi permintaan pada luar musim.

Nilai faedah milikanBermaksud pertukaran milik barang daripada peniaga kepada pengguna.Contohpengeluar menjual perabot kepada pengguna.

Soalan 5:Jelaskan empatperbezaan antara pengeluaran langsung dengan pengeluaran tak langsung.[8 markah]

Jawapan :Pengeluaran LangsungPengeluaran Tak Langsung

1.Pengeluaran yang diamalkan pada zaman silam1.Diamalkan pada zaman sekarang.

2.Tidak wujud pengkhususan2.Mengamalkan pengkhususan.

3.Pengeluaran untuk keperluan dan kehendak sendiri.3.Menghasilkan lebihan baranguntuk perniagaan

4.Berbentuk kecil-kecilan/skala kecil.4.Skala operasi besar-besaran.

5.Kaedah pengeluaran secara tradisonal/primitif.5.Kaedah pengeluaran lebih cekap.

6.Tidak memerlukan bantuan orang lain.6. Memerlukan bantuan orang lain.

Nota: Berikan sekurang-kurangnyaempatfakta/perbezaan.(bergantung kepada markah diberikan)

Soalan 6Huraikan tiga cabangpengeluaran. [9 markah]

Jawapan:

Cabang pengeluaran terbahagi kepada perusahaan, perdagangan dan khidmat langsung.1. PerusahaanIalah aktiviti menukar bahan mentah kepada barang siap.

a)EkstraktifAktiviti menghasilkan bahan mentah dari bumi dan laut termasuk pertanian, perlombongan, perikanan, perhutanan.

b) PerkilanganAktiviti memproses bahan mentah menjadi barang separuh siap dan barang siap.

c) PembinaanAktiviti mengguna barang separuh siap dan barang siap untuk dipasang dan dibina seperti memasang kereta, kapal dan membina bangunan dan jambatan.

2.PerdaganganAktiviti mengagih barang daripada pengeluar kepada pengguna terakhir.

a)PerniagaanAktiviti jual beli untuk mendapat keuntungan.

b)Bantuan PerniagaanPerkhidmatan yang digunakan untuk membantu perniagaan sepertiperbankan, insurans, pengangkutan, komunikasi, pergudangan, dan promosi.

3. Khidmat LangsungIaitu perkhidmatan peribadi diberi secara langsung kepada pengguna untuk memenuhi keperluan dankehendaknya.

Soalan 7Huraikan empatfaktor-faktorpengeluaran. [12 markah]

Jawapan :

TanahIalah sumber alam semula jadi yang terhad /anugerah Tuhan.Contohialah hasil galian dan hasil pertanian.

ModalIalah faktor pengeluaran yang digunakan oleh seseorang usahawan untuk melancarkan proses pengeluaran.Contohnyawang tunai dan mesin pengeluaran.

UsahawanIalah individu yang menggabungkan faktor modal,buruh dan tanah untuk menghasilkan pengeluaran.Contohnya ialah pengurus syarikat.

BuruhUsaha manusiasecara fizikal/mental bagi menghasilkan pengeluaran.Contohnya buruh mahir sepertiakauntan syarikat dan buruh separuh mahir seperti operator pengeluaran.

Soalan 8:Jelaskan empatperbezaan antara peniaga dengan usahawan.[8 markah]

Jawapan :

PERBEZAAN ANTARAPENIAGA DENGAN USAHAWAN

PeniagaUsahawan

1.Skop aktivitinya sempit,Iaitu menjual dan membeli sahaja.

1.Skop aktivitinya luas,Iaitu mencipta, memulakan dan mewujudkan sesuatu.

2. Mengutamakan keuntungan kerana keuntungan merupakan tujuan utama.2.Mengutamakan sumbangan dan bakti kepada negara dan masyarakat.

3.Skala operasi kecil dankaedah pengeluaran statik.3.Skala operasi pada peringkat awal kecil tetapi berpotensi untuk berkembang.

4.Tidak kreatif dan tidak berupaya untuk membuat pembaharuan.4.Mempunyai daya ciptadan inovasi yang tinggi.

Nota: Berikan sekurang-kurangnyaempatfakta/perbezaan.

Soalan 9:Jelaskan maksud usahawan. [2 markah]

Jawapan :

Maksud usahawanEjen / individu yang menggabungkanfaktor tanah, buruh dan modal untuk menghasilkan keluaran.Bertanggungjawab sepenuhnya terhadap perusahaan dan menanggung segala risiko perniagaan.

Soalan 10:Terangkan empat peranan usahawan. [8 markah]

Jawapan :

Mewujudkan peluang pekerjaan.Usahawanmemberi peluang kepada masyarakat mendapatkan pekerjaan oleh itu pengangguran akan berkurangan.

Memenuhi keperluan dan kehendak pengguna.Usahawan mencipta dan menghasilkan pelbagai jenis keperluan dan kehendak seperti makanan, tempat tinggal, kereta, telefon bimbitbagi memenuhi keperluan dan kehendak manusia.

Penemuan ciptaan baru.Usahawan mempunyai sifat kreatif dan inovatifdengan membuat penemuan dan ciptaan baru produk da perkhidmatan di pasaran.

Meningkatkan pendapatan negaraMelalui cukai yang dibayar melalui pengeksportan barang.

Menyumbang terhadap pembangunan ekonomi.Usahawan menggunakan sumber ekonomi dalam menghasilkan pengeluaran seterusnya akan menyumbang pendapatan dan pembangunan kepada negara.

Nota:Jawapan anda perlu selaras dengan kehendak soalan.Sila sesuaikan jawapan anda dengan situasi yang dikemukakan dalam soalan.

Soalan 11:Berikan maksud pengkhususan. [1 markah]

Jawapan :Maksud pengkhususanMelakukan hanya satu pekerjaan atau satu aktiviti ekonomi tertentu secara khusus @melakukan kerja mengikut kemahiran/kebolehan masing-masing.

Soalan 12:Terangkan empat kebaikanpengkhususan. [8 markah]

Jawapan :Kebaikan pengkhususan

Meningkatkan kemahiran /kecekapanTahap kecekapan tinggi kerana kerjanya dilakukan secara berulang-ulang.

Meningkatkan pengeluaranPerkerja menjadi lebih produktifbermaksud setiap pekerja boleh mengeluarkan lebih banyak keluaran dalam sesuatu tempoh masa tertentu.

Menjimatkan masa dan kosMasa melatih pekerja dapat disingkatkan kerana hanya satu tugas dipelajari./Kos operasi dapat dikurangkan kerana pekerja menjadi lebih produktif.

Membolehkan penggunaan mesinSetiap kendalian merupakan kerja yang berulang dan dapat diganti dengan mesin.

Soalan 13:Terangkan empat kelemahanpengkhususan. [8 markah]

Jawapan :Kelemahanpengkhususan

MembosankanPekerja menjadi jemu kerana melakukan kerja berulang

Kehilangan daya cipta, seni pertukangan dan kreativitiPekerja hanya terlibat dalam sebahagian proses pengeluaran ,oleh itu pekerja kehilangan kreativiti /daya cipta

Hasil yang standardHasil dalah seragam dan mempunyai mutu yang sama

Risiko pengangguranIni kerana kemahiran pekerja terhad dalamsatu bidang sahaja

Terlalu bergantung kepada negara lainPengkhususan terhadap sesuatu pengeluaran akan menyebabkansesebuah negara terlalu bergantung dengan Negara lain untuk memenuhikeluarannya.

Soalan 14:Terangkan empatjenispengkhususan. [8 markah]

Jawapan :Jenis pengkhususan

Pengkhususan mengikut prosesDilakukan di kilang moden dalam bentuk pembahagian kerja.

Pengkhususan mengikut pekerjaan/profesion.Bermaksud setiap individu mengkhusus melakukan satu jenis pekerjaan mengikut kebolehan /kemahiran/kelayakan/kepakaran

Pengkhususan mengikut kawasan.Berlaku antara kawasan di dalam sesebuah negara. /Berlaku atas sebab seperti bentuk muka bumi/kesuburan tanah/perbezaan cuaca.

Pengkhususan antarabangsaBerlaku diperingkat antarabangsa disebabkan oleh perbezaan tahap teknologi, faktor kuniaan alam dan bekalan buruh mahir.

Soalan 15:Berikan maksud sistem barter. [ 1 markah]

Jawapan :Maksud sistem barterPertukaran barang x untuk barang ytanpa melibatkan wang @ pertukaran sesuatu barang tanpa melibatkan wang.

Soalan 16:Terangkan empat kelemahan sistem barter. [8 markah]

Jawapan :Kelemahan sistem barterMasalah pertemuan kehendak serentakKedua-dua pihak yang terlibat dalam pertukaran mesti mempunyai kemahuan yang saling dapat dipenuhi.

Kesukaran untuk menentukan nilai pertukaranApabila barang ditukar,adalah sukar untuk menentukan nilai satu barang dengan barang lain.

Kesukaran membahagikan barangBagi sesetengah barang, pembahagian kepada unit yang kecil tidak dapat dilakukan.

Barang tidak tahan lamaBarang yang mudah busuk tidak mempunyai simpanan nilai yang baik.Oleh itu mesti di tukar dengan segera

Masalah membawa barangBarang terpaksa dibawa bersama ketika mencari pembeliMerumitkan bagi barang berat,banyak dan besar