Ukiran Kayu Dan Falsafah Islam

download Ukiran Kayu Dan Falsafah Islam

of 18

description

seni visual

Transcript of Ukiran Kayu Dan Falsafah Islam

FAKULTI BAHASA DAN PENDIDIKAN

JANUARI 2014HBAE3103

KRAF TRADISIONALNAMA : YUSRIZAL BIN AHMAD

NO MATRIK : 830528095005001

NO KAD PENGENALAN : 830528095005

NO . TELEFON : 0172691470E-MAIL

: [email protected]

PUSAT PEMBELAJARAN : PETALING JAYA

PERKARAHALAMAN

PENGENALAN

KRAF TRADISIONAL UKIRAN MELAYU FALSAFAH ISLAM1

16

SENI UKIR MELAYU TRADISIONAL KAITAN DENGAN FALSAFAH ISLAM6-10

PRINSIP KESENIAN MELAYU DAN CONTOH10-17

KESIMPULAN BIBLIOGRAFI1718

ISI KANDUNGAN1.0 Pengenalan.

Ukiran Kayu Melayu TradisionalSeni ukiran melayu tradisional adalah seni ukiran tradisional melayu yang menerapkan unsur-unsur alam sekitar dan cara hidup sebagai identity ukiran mereka. Seni ini tergolong dalam seni mukaddas yang bermaksud mempunyai makna tersirat dan tersurat. Awan larat atau ragam hias yang diambil dari unsur flora, fauna, kaligrafi jawi, kosmos dan bentuk geometri adalah motif yang sering digunakan untuk membuat ukiran

Produk ukiran melayu terserlah pada binaan istana lama, rumah tradisional, masjid kepala sampan, perabot , makam, peralatan seharian dan senjata. Selain itu hasil ukiran juga dapat dilihat dengan jelas pada :

Bahan

1. Kayu yang jenis halus dan liat teksturnya.2. Kayu tua dan kering3. Contoh kayu yang boleh digunakan ialah kayu cengal, merbau, jelutung dan sena.

Penggunaan pewarna1. Kunyit, marathon ,syelek, kiwi, dan bahan kimia yang lainGam digunakan untuk melekatkan bahagian kayu.

Proses membuat ukiran terdiri dari penyediaan kayu, mengukir dan membuat kemasan.

Bentuk silat yang digunakan untuk membuat ukiran

Silat leper, silat serong, silat belah rotan, silat minang kabau dan silat dada tuna.

CORAK UKIRANAwan larat, awan larat jawa.awan larat melayu asli, awan larat corak silang.

2.0 Definisi Falsafah Islam

Falsafah Islam ialah falsafah yang berteraskan wahyu, iaitu Al-Quran dan As-sunnah. Oleh itu apabila seseorang islam yang faham tentang islam dan membincangkan tentang falsafah samada falsafah hidup atau pendidikan, maka perbincangan sering kali tidak lari daripada prinsip dan matlamat islam. 3.0 Seni ukiran melayu tradisional dan kaitannya dengan falsafah islam

Ilmu tauhid banyak mempengaruhi falsafah seniukir melayu, setiap ukiran mesti mempunyai dasar, asas dan puncanya. Setiap motif diambil dari alam iaitu flora fauna, yang menjalar mesti ada umbi atau tunggul/ pangkalnya yang menjadi punca atau asas kehidupan. Ia melambangkan dasar aqidah yang kukuh, kemudian ia menjalar dan berkembang menjadi berlapis dan bertingkat bersesuaiann dengan angka-angka popular dalam islam, seperti tiga tingkat ( Allah, Muhammad, adam), 4 tingkat ( zat, sifat, asma dan afa) 5 tingkat ( rukun islam) manakala 6 tingkat (rukun iman) dan terakhir 13 tingkat iaitu rukun 13 dalam solat yang menjadi teras kehidupan. Dalam menjalar ia tidak boleh menindih atau menikam, bila bertemu halangan ia akan menyusur ke bawah, Walau kemana sekalipun ia berkembang/ membiak akhir sekali pucuk mesti ke atas mengadap langit sebagi tanda akhir perjalanan insan. Seni ukir Melayu adalah satu jalan untuk mendekatkan diri pada Allah.Secara ringkasnya, punca atau umbi/ akar adalah terhasil dari biji benih (40 hari dirahim bapa kemudian, 9 bulan 10 hari di rahim ibu) lahir bersulur bertunas membesar dan menyusur kehidupan berlapis- berlapis dalam pelbagi tahap kehidupan iaitu kanak-kanak, remaja, dewasa dan seterusnya bertemu pencipta iaitu (Allah swt). Ini adalah asas atau dasar dalam semua jenis ukiran melayu.4.0 SENI UKIR DAN SENI LUKIS MENURUT PERSPEKTIF ISLAM BERDASARKAN AL-QURAN DAN HADISSeni merupakan sebahagian daripada kebudayaan Islam. Al- Farabi : seni sebagai ciptaan yang terbentuk keindahan. Menurut Al-Ghazali pula, seni bermaksud kerja yang berkaitan dengan jiwa manusia yang sesuai dengan fitrah.

Seni Ukir dan seni Halus merupakan satu cabang daripada kesenian islam, walaupun tiada bantahan secara umum terhadap seni lukis mahupun seni ukir dalam Islam, namun ada beberapa LARANGAN menurut perspektif Islam perlu diberi perhatian, iaitu:

Larangan Membuat Mengukir objek atau motif dalam Bentuk makhluk bernyawa. Mengukir manusia, binatang dan segala yang ada roh adalah haram dan termasuk dosa besar. Menggambar setiap yang memiliki roh adalah haram.Seperti yang diceritakan oleh Said Bin Abu Hasan:Seorang lelaki datang menemui Ibnu Abbas r.a., katanya; Sesungguhnya aku adalah seorang lelaki yang membuat gambar gambar ini, maka berilah fatwa tentangnya. Katanya; Dekatlah padaku. Lalu dia mendekatinya. Kemudian dia berkata kepada lelaki itu; Dekatlah lagi padaku. Lalu dia mendekatinya sehingga dia meletakkan tangannya di atas kepala lelaki itu. Katanya; Aku akan memberitahu kamu apa yang aku dengar daripada Rasulullah s.a.w. Aku telah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda,Setiap orang yang mengambil gambar berada di dalam neraka, setiap gambar yang dibuatnya itu dijadikan bernyawa dan ia akan menyiksanya di dalam neraka jahanam Kata Ibnu Abbas; Kalau kamu terpaksa membuat juga maka buatlah gambar pokok dan benda yang tiada nyawa.Para penafsir hadis ini berpendapat bahawa membuat gambar secara inklusif (seni lukis) pada dasarnya memang dibolehkan dalam agama Islam. Namun yang membezakan pendapat ulama terhadap seni lukis ini adalah dalam bentuk objektif dan motif yang diukir.Larangan Mengukir Sesuatu Yang Disembah Selain Allah S.W.T

Sabda Nabi s.a.w.;

Sesungguhnya manusia yang paling berat siksaannya di akhirat ialah para pelukis. (Riwayat Imam Muslim).

Berkata Imam at-Tabari;

Pelukis yang dimaksudkan di sini ialah orang yang melukis Tuhan yang disembah selain Allah.

Larangan Mengukir Dengan Tujuan Menandingi Ciptaan Allah

Rasulullah s.a.w. dengan sabdanya;

Sesungguhnya manusia yang paling berat siksaannya di hari kiamat ialah orang-orang yang melakukan sesuatu untuk menandingi ciptaan Allah. (Riwayat Imam al-Bukhari dan Muslim dariAisyahr.a.)

Selain dalil dalil yan diperolehi daripada Al-Quran dan Hadis, menurut Yusof Al-Qardhawi dalam bukunya, Al-Halal Wa al-Haram Fil-Islam, terdapat larangan larangan lain yang perlu diambil perhatian ke atas penghasilan lukisan/ukiran seperti berikut:-

Larangan Membuat Lukisan/Ukiran Merujuk Kepada Malaikat, Para Nabi dan Para Sahabat.

Malaikat, para Nabi dan para sahabat merupakan orang-orang yang dimuliakan di sisi agama kerana dikhuatiri lukisan gambar mereka akan menjatuhkan kemuliaan mereka di samping berlakunya pemalsuan kerana tidak ada seorang pun yang hidup hari ini yang pernah melihat mereka.

Larangan Membuat Ukiran Gambar Tokoh Tokoh Yang Kufur, Zalim atau Fasik.

Gambar tokoh tokoh yang kufur, zalim atau fasik yang dinyatakan adalah merujuk kepada pemimpin-pemimpin yang menentang Islam, memusuhi Syariat Allah, penyanyi-penyanyi atau pelakon yang mendorong manusia kepada maksiat, memuja kebatilan dan sebagainya. Melukis gambar mereka merupakan pemujaan terhadap mereka sedangkan mereka adalah orang-orang yang dibenci oleh agama.

Larangan Membuat Ukiran Yang Dilarang Oleh Syarak.

Antara lukisan/ukiran yang dilarang oleh syarak ialah gambar-gambar yang mendedahkan aurat, berunsur lucah dan menggairahkan nafsu dan lain lain. Apabila sesuatu itu dilarang oleh Islam, maka hukum melakukannya adalah haram, dan melakukannya adalah termasuk dosa besar kerana wujudnya pelaknatan terhadap pelakunya. Menurut Kitab Fikah Mazhab Syafie, karangan Dr. Mustofa Al-Khin et al (1999), pengharaman adalah sama sahaja bagi tukang gambar dan orang yang datang kepada tukang gambar untuk digambar kerana dia membantu melakukan maksiat walaupun azab tukang gambar adalah lebih dahsyat dan dosanya lebih besar.

Manakala hal hal seperti memiliki, membawa dan menyimpan gambar yang di dalamnya ada gambar haiwan ataupun manusia, sekiranya ia dimuliakan di dinding dan di baju, maka ianya wajib ditanggalkan dan dihapuskan. Jika ianya berada di kedudukan yang tidak dimuliakan seperti di atas tikar yang dipijak, bantal atau kusyen yang diduduk di atasnya, dan seumpanya yang berbentuk diperlekehkan maka ia tidak haram.

Tambahnya lagi, pengecualian daripada pengharaman menyimpan dan memiliki gambar adalah seperti berikut:-

Anak kecil bagi gambar (patung) permainan mereka.

Aisyah r.a.;

Dia pernah bermain dengan anak-anak patung di sisi Rasulullah s.a.w. ; Katanya, Teman-temanku juga pernah datang bermain bersamaku. Mereka bersembunyi kerana malu kepada Rasulullah s.a.w. Kata Aisyah; Rasulullah s.a.w. telah menyuruh mereka bermain bersamaku.

Keadaan darurat. Apabila terpaksa atau ada keperluan keselamatan untuk mengambil atau menyimpan gambar mengikut kadar darurat dan keperluan itu. Menurut Muhammad afandi Yahya(1995:147), ukiran-ukiran Melayu merupakan lambing kekreativitan masyarakat yang menghasilkannya. Ukiran-ukiran yang terdapat biasanya diukir dalam bentuk berkeluk-keluk atau atau berlengkuk-lengkuk. Bentuk lengkuk ini biasanya diukir dalam keadaan tunduk kebawah. Sifat yang keluk-keluk dan menunduk ke bawah beerti kelembutan jiwa masyarakat yang mendasarinya. Sifat tunduk ini membawa maksud tidak suka meninggi diri, sama seperti resmi padi, semakin tunduk semakin berisi. Bentuk ini kadang kala diukir dalam bentuk disilatkan untuk menimbulkan lagi keindahan pada bahagian ukiran tersebut. Bentuk bentuk ukiran ini cuba membayangkan jiwa dan keperibadian masyarakat itu sendiri. Bahagian hujung lengkuk ini juga tidak dibentuk dalam keadaan menujah atau menikam bahagian lain, secara tidak langsung, memanifestasikan sifat ahli silat melayu yang tidak mengganggu atau mengkhianati seseorang kecuali sekiranya mereka diganggu.Begitu juga dengan sifat manusia Melayu yang tidak mengkhianati orang tanpa sebab. Gambaran bentuk-bentuk ukiran seperti daun atau sulur yang menunduk ke bawah juga membawa lambing hubungan manusia dengan tuhan. Manusia merupakan makhluk yang paling rendah berbanding dengan tuhan pencipta alam dan dengan ini manusia akan tetap tunduk kepada yang satu, walaupun betapa tinggi pencapaiannya. Konsep inilah yang dipegang oleh masyarakat melayu pada keseluruhannya. Secara langsung, ragam hias dalam hasil seni rupa melayu memanifestasikan daya kreativiti dan pemikiran manusia melayu. Premis ini menunjukkan bahawa dalam bidang seni bina, setiap aspek yang mendasarinya mempunyai pengertian atau perlambangan yang tertentu. Pengertian atau perlambangan itu berkait pula dengan nilai-nilai pemikiran adat kepercayaan dan agama masyarakatnya. Faktor faktor adat istiadat dan agama ini amat kuat mempengaruhi aspek-aspek ragam hias dalam seni rupa dan hasil seni rupa manusia melayu itu sendiri. 5.0 Prinsip-prinsip ukiran melayu tradisional Dan Contoh Yang Sesuai. Daya kreativiti dan pemikiran manusia Melayu dapatlah dipastikan dari jenis daun, ranting prinsip berlambang dan bunga terhad yang diolahnya. Fenomena ini jelas diperlihatkan misalan, pada bahagian rumah yang dihiasi dengan ragam hias seperti ukiran pada tangga, daun pintu, tingkap, tiang dinding. Keadaan selektif dan terhad ini ialah hasil dari pemilihan manusia melayu. Prinsip Halus, prinsip berguna, prinsip bersatu, , prinsip berlawan dan prinsip bermakna dalam ragam hias menjadi tunjang pada daya kreativiti dan pemikiran manusia dalam menghasilkan objek seni rupa melayu.

Prinsip Halus

Prinsip halus yang diterapkan dalam ragam hias seni rupa melayu jelas menggambarkan manifestasi daya kreativiti dan pemikiran manusia melayu seperti yang disebutkan .Prinsip halus ini didasari oleh 2 faktor iaitu sara pembuatan dan kejujuran pada bahan. Petukang-petukang

Petukang-petukang Melayu yang menghasilkan seni rupa haruslah bersungguh-sungguh, berfikiran waras, berminat, berbakat, mahir dan mengetahui teknik pembuatan yang betul. Kejujuran semasa menghasilkan seni rupa Melayu dilihat daripada bermulanya proses Pembuatan hingga akhir proses. Bahan-bahan yang digunakan mestilah asli dan tidak bercampur dengan bahan-bahan lain. Kedua-dua faktor ini adalah penting bagi mengekalkan kehalusan sesuatu hasil seni rupa melayu. Ciri-ciri kehalusan ini dapat dilihat pada tangkai keris, parang, senduk, bangau, nisan, tembikar dan sebaginya. Sebagai contoh tangkai keris dengan lok-loknya membayangkan kreativiti manusia melayu dalam menghasilkan seni rupa keris. Syed Ahmad jamal di dalam bukunya; rupa dan jiwa menegaskan bahawa mata keris membayangkan bentuk gelombang di laut dan arus di sungai. Prinsip Halus

Prinsip halus ini memperlihatkan pemikiran manusia Melayu dalam mengadaptasikan bentuk-bentuk dari alamsemulajadi di dalam hidup, sikap dan karya bangsa melayu. Setiap peristiwa yang berlaku dalam alam sekitar dirakam sebagi hasil seni rupa melayu yang akhirnya terhasil ragam hias melayu yang halus karyanya. Prinsip Berguna

Setiap seni rupa yang dihasilkan bukan sekadar untuk dipamerkan tetapi juga mempunyai kegunaan yang tertentu. Faedah yang diperoleh adalah untuk kegunaan kehidupan seharian . Sebagai contoh, kukur untuk mengukur kelapa, saji menutup sarapan, tembikar mengisi air atau sarapan, keris sebagi senjata dan lambing dan ukiran tangga, ditingkap serta dinding sebagi hiasan permukaan dan sebagai hiasan permukaan dan sebaginya. Setiap hasil seni rupa melayu digunakan secara keseluruhan bukannya bersifat keindividualan. Hal ini dilihat dalam pemikiran manusia melayu yang mengangkat falsafah melayu iaitu ringan sama dijinjing dan berat sama dipikul. Sebagai contoh seni rupa tembikar: Tembikar yang indah bentuknya bukan dimiliki oleh seseorang individu namun ia juga milik seluruh keluarga malah digunakan juga pada waktu-waktu tertentu seperti kenduri. Ukiran-ukiran yang terdapat di dinding rumah ini bukan sahaja tampak menarik bahkan berfungsi sebagi pengalir udara dan cahaya. Udara yang memasuki ruang rumah akan menurangkan haba di dalam rumah kerika cuaca panas . prinsip berguna ini telah memperkayakan daya kreativiti dan pemikiran manusia melayu dengan kegunaan ragam hias dalam hasil rupa melayu.Bagi menonjolkan kenyataan bahawa ragam hias dalam hasil seni rupa melayu merupakan manifestasi daya kreativiti dan pemikiran manusia melayuharuslah juga dilihat pada :

Prinsip Bersatu

Prinsip Bersatu dalam ragam hias sesebuah karya seni rupa. Konsep bersatu yang dimaksudkan ialah wujudnya pemula dan penamatnya. Di antara permulaan dan penamtnya, wujud pula perkaitan intergrasi. Gambar di sebelah kiri menunjukkan keadaan sebuah ukiran yang masih ada di tempat asalnya iaitu di dinding rumah Encik Osman bin Katas, Kampung Lada, Cengkau, Rembau, Negeri Sembilan. Lapisan Jenang yang memagari ukiran dangkal ini, bertujuan meletakkanya sebagi penghias bahagian bawah dinding luar yang mengadap jalan.Meskipun ada panel lain di dinding tersebut namun setiap satunya adalah bebas dari bergantung kepada panel lain yang disebelah. Oleh itu jelaslah prinsip bersatu dalam ragam hias sesebuah hasil seni rupa melayu yang memaparkan daya kreativiti dan pemikiran manusia melayu yang mementingkan nilai permuafakatan yang kukuh dalam kehidupan seharian.Prinsip berlawan

Prinsip Berlawan yang diterapkan dalam ragam hias seni rupa Melayu jelas menggambarkan manifestasi daya kreativiti dan pemikiran manusia Melayu juga. Prinsip dalam ragam hias ini merupakan pertentangan yang terkawal antara dua atau lebih jenis permukaan. Saingan jenis permukaan ini digalakkan demi mendapatkan bukan sahaja kesan tampakan yang janggal tetapi suasana yang tegang. Walaupun prinsip ini bertentangan dengan sifat orang Melayu yang enggan bertegang atau berlawan berdepan-depanan tetapi sebenarnya pemikiran manusia Melayu yang cuba disampaikan dalam hasil seni rupa Melayu ini menegaskan bahawa cara orang Melayu mengawal perlawanan yang disebabkan oleh ketegangan itu. Sifat manusia Melayu ini jelas tergambar dalam sebuah puisi yang bertajuk Melayu:Berkelahi cara melayu.

Dalam dunia ukiran Melayu sebagai contoh pula, sudut merupakan bahagian yang agak istimewa. Di sudut-sudut inilah ukiran tiga segi ditambahmasukkan umpamanya demi meredakan ketajaman 90 darjah antara tiang dengan rasuk. Gambar di bawah ini ialah ukiran di ambang pintu rumah Encik Osman bin Katas juga. Alang di atas langsung tidak berukir sedangkan tiang-tiang pintu di sebelah kiri dan kanan pula mempunyai jenis ukiran yang jauh berbeza dari ukiran yang tergantung dari alang tersebut. Jika dilihat dari sudut estetika, terdampaklah satu persaingan yang agak hebat kerana bentuk ukiran yang tergantung dari alang tersebut tadi ialah bunga dan daun yang bergulung-gulung yang seakan-akan bergerak dari sisi ke tengah. Seolah-olah, seperti dua tenaga yang bertembung di bahagian tengah. Dengan ragam hias ini, maka terciptalah sepasang mata burung hantu.

Gambaran demikian bukanlah tujuan sebenar pengukir. Tujuannya ialah mencari penyudahan yang sesuai dengan pintu. Maka tidaklah hairan, ukiran ini melengkung ke atas supaya senang seseorang itu memasuki pintu dengan menunduk sedikit sahaja. Justeru jelaslah setiap ragam hias pada hasil seni rupa Melayu, seperti hasil ukiran tersebut, melambangkan daya kreativiti yang tinggi serta pemikiran manusia Melayu dalam menghasilkan seni rupa Melayu. Dapatlah dikatakan bahawa ragam hias dalam setiap hasil seni rupa Melayu mempunyai Prinsip Berlambang. Lambang adalah faktor yang menentukan penyatuan antara isi dengan bentuk. Justeru, menghasilkan ragam hias dalam hasil seni rupa Melayu memerlukan daya kreativiti dan pemikiran yang mendalam dan luas. Sebagai contoh, ragam hias seperti ukiran bunga yang kembang dan daun yang terbuka adalah lebih memuaskan dari mengukir kuntum bunga yang kuncup dan daun yang layu.

Setiap ragam hias dalam hasil seni rupa Melayu mempunyai makna yang wajar dan munasabah dengan kupasan amanat, mesej atau nasihat yang tersurat dalam sesuatu ragam hias, seperti dalam motif Itik Malu dan Itik Bersabung Dua di bawah ini:Motif Itik Malu Motif Itik Bersabung dua

Prinsipbermakna Prinsip Bermakna dalam ragam hias hasil seni rupa Melayu itu wujud secara intrinsik dan ekstrinsik. Ragam hias yang bermakna intrinsik ialah ukiran berbunga yang diketahui nama bunga-bunga dan juga kaligrafinya. Abjad-abjad yang dicat, diukir dan dipahat, diatur dan digubah berupa utusan biasa, puisi, doa, mantera, perintah dan sebagainya. Alas di mana bentuk ragam hias tersebut wujud itu sendiri, kalau diterima sebagai indah berseni, adalah penerang makna yang baik. Sedangkan ragam hias yang bermakna ekstrinsik memerlukan pembantu untuk menerangkan makna yang terkandung di dalamnya. Di sinilah terletaknya peranan pensejarah seni. Dia berhadapan dengan salah satu cabang sejarah seni yang susah: ikonografi atau semiotik. Ini bererti dia mengkaji bukan sahaja ragam hias yang berkenaan tetapi juga segala sesuatu yang berkaitan dengan ragam hias tersebut: ragam hias yang tergolong sama kelas dengan ragam hias asal, ragam hias sekitar, ragam hias sedaerah dan serantau dengan ragam hias yang terjumpa tadi. Umpamanya, batu-batu megalith yang masyhur di Pengkalan Kempas. Perkataan ALLAH yang tertimbul di muka batu yang digelar Pedang ialah pemberi makna secara intrinsik. Berbagai rumusan dan agakan dapat kita buat bertolak dari perkataan tersebut. la berhubung dengan soal pengukir, penganjur dan masyarakat serta pengalaman yang telah dilalui oleh mereka yang membuat dan menghargai megalith tersebut. Batu-batu lain yang berhampiran dengannya tidak bertulis malah ada sebuah yang berukiran garis-garis menyerupai 'the star of David' (lambang Yahudi) digelar sebagai "perisai". Jadi dengan sedikit maklumat tampakan(visual) sahaja, manusia yang mewarisinya boleh membuat interpretasi. Maka batu-batu megalith lain yang tidak bergaris atau bertulis terpaksa bergantung kepada peranan batu-batu yang berukir dan bertulis di sekitarnya. Makna ekstrinsiknya nanti adalah gabungan beberapa andaian umpamanya, tentang peranan batu-batu megalith di dalam masyarakat Melayu kuno. Juga tentang hubungan sekelompok batu-batu megalith dengan kelompok-kelompok lain di Negeri Sembilan, malah di seluruh dunia Melayu. Dengan demikian masalah makna boleh dibereskan melalui kaedah perbandingan, yakni, sehingga tercipta makna secara ekstrinsik.oleh masyarakat yang mendukungi sesuatu hasil seni daripada satu generasi kepada satu generasi yang lain.PrinsipPenerangan

Prinsip Halus

Prinsip halus yang diterapkan dalam ragam hias seni rupa melayu jelas menggambarkan manifestasi daya kreativiti dan pemikiran manusia melayu seperti yang disebutkan .Prinsip halus ini didasari oleh 2 faktor iaitu sara pembuatan dan kejujuran pada bahan. Petukang-petukang

Petukang-petukang Melayu yang menghasilkan seni rupa haruslah bersungguh-sungguh, berfikiran waras, berminat, berbakat, mahir dan mengetahui teknik pembuatan yang betul. Kejujuran semasa menghasilkan seni rupa Melayu dilihat daripada bermulanya proses

Pembuatan hingga akhir proses. Bahan-bahan yang digunakan mestilah asli dan tidak bercampur dengan bahan-bahan lain. Kedua-dua faktor ini adalah penting bagi mengekalkan kehalusan sesuatu hasil seni rupa melayu. Ciri-ciri kehalusan ini dapat dilihat pada tangkai keris, parang, senduk, bangau, nisan, tembikar dan sebaginya. Sebagai contoh tangkai keris dengan lok-loknya membayangkan kreativiti manusia melayu dalam menghasilkan seni rupa keris. Syed Ahmad jamal di dalam bukunya; rupa dan jiwa menegaskan bahawa mata keris membayangkan bentuk gelombang di laut dan arus di sungai.

Prinsip Bersatu

Prinsip Bersatu dalam ragam hias sesebuah karya seni rupa. Konsep bersatu yang dimaksudkan ialah wujudnya pemula dan penamatnya. Di antara permulaan dan penamtnya, wujud pula perkaitan intergrasi. Gambar di sebelah kiri menunjukkan keadaan sebuah ukiran yang masih ada di tempat asalnya iaitu di dinding rumah Encik Osman bin Katas, Kampung Lada, Cengkau, Rembau, Negeri Sembilan. Lapisan Jenang yang memagari ukiran dangkal ini, bertujuan meletakkanya sebagi penghias bahagian bawah dinding luar yang mengadap jalan.Meskipun ada panel lain di dinding tersebut namun setiap satunya adalah bebas dari bergantung kepada panel lain yang disebelah. Oleh itu jelaslah

prinsip bersatu dalam ragam hias sesebuah hasil seni rupa melayu yang memaparkan daya kreativiti dan pemikiran manusia melayu yang mementingkan nilai permuafakatan yang kukuh dalam kehidupan seharian.

Prinsip berlawan

Prinsip Berlawan yang diterapkan dalam ragam hias seni rupa Melayu jelas menggambarkan manifestasi daya kreativiti dan pemikiran manusia Melayu juga. Prinsip dalam ragam hias ini merupakan pertentangan yang terkawal antara dua atau lebih jenis permukaan. Saingan jenis permukaan ini digalakkan demi mendapatkan bukan sahaja kesan tampakan yang janggal tetapi suasana yang tegang. Walaupun prinsip ini bertentangan dengan sifat orang Melayu yang enggan bertegang atau berlawan berdepan-depanan tetapi sebenarnya pemikiran manusia Melayu yang cuba disampaikan dalam hasil seni rupa Melayu ini menegaskan bahawa cara orang Melayu mengawal perlawanan yang disebabkan oleh ketegangan itu. Sifat manusia Melayu ini jelas tergambar dalam sebuah puisi yang bertajuk Melayu:....Berkelahi cara MelayuDalam dunia ukiran Melayu sebagai contoh pula, sudut merupakan bahagian yang agak istimewa. Di sudut-sudut inilah ukiran tiga segi ditambahmasukkan umpamanya demi meredakan ketajaman 90 darjah antara tiang dengan rasuk. Gambar di bawah ini ialah ukiran di ambang pintu rumah Encik Osman bin Katas juga. Alang di atas langsung tidak berukir sedangkan tiang-tiang pintu di sebelah kiri dan kanan pula mempunyai jenis ukiran yang jauh berbeza dari ukiran yang tergantung dari alang tersebut.Jika dilihat dari sudut estetika, terdampaklah satu persaingan yang agak hebat kerana bentuk ukiran yang tergantung dari alang tersebut tadi ialah bunga dan daun yang bergulung-gulung yang seakan-akan bergerak dari sisi ke tengah. Seolah-olah, seperti dua tenaga yang bertembung di bahagian tengah. Dengan ragam hias ini, maka terciptalah sepasang mata burung hantu.

Gambaran demikian bukanlah tujuan sebenar pengukir. Tujuannya ialah mencari penyudahan yang sesuai dengan pintu. Maka tidaklah hairan, ukiran ini melengkung ke atas supaya senang seseorang itu memasuki pintu dengan menunduk sedikit sahaja. Justeru jelaslah setiap ragam hias pada hasil seni rupa Melayu, seperti hasil ukiran tersebut, melambangkan daya kreativiti yang tinggi serta pemikiran manusia Melayu dalam menghasilkan seni rupa Melayu. Dapatlah dikatakan bahawa ragam hias dalam setiap hasil seni rupa Melayu mempunyai Prinsip Berlambang. Lambang adalah faktor yang menentukan penyatuan antara isi dengan bentuk. Justeru, menghasilkan ragam hias dalam hasil seni rupa Melayu memerlukan daya kreativiti dan pemikiran yang mendalam dan luas. Sebagai contoh, ragam hias seperti ukiran bunga yang kembang dan daun yang terbuka adalah lebih memuaskan dari mengukir kuntum bunga yang kuncup dan daun yang layu.

Setiap ragam hias dalam hasil seni rupa Melayu mempunyai makna yang wajar dan munasabah dengan kupasan amanat, mesej atau nasihat yang tersurat dalam sesuatu ragam hias, seperti dalam motif Itik Malu dan Itik Bersabung Dua di bawah ini:Motif Itik Malu Motif Itik Bersabung dua

Prinsipbermakna

Prinsip Bermakna dalam ragam hias hasil seni rupa Melayu itu wujud secara intrinsik dan ekstrinsik. Ragam hias yang bermakna intrinsik ialah ukiran berbunga yang diketahui nama bunga-bunga dan juga kaligrafinya. Abjad-abjad yang dicat, diukir dan dipahat, diatur dan digubah berupa utusan biasa, puisi, doa, mantera, perintah dan sebagainya. Alas di mana bentuk ragam hias tersebut wujud itu sendiri, kalau diterima sebagai indah berseni, adalah penerang makna yang baik. Sedangkan ragam hias yang bermakna ekstrinsik memerlukan pembantu untuk menerangkan makna yang terkandung di dalamnya. Di sinilah terletaknya peranan pensejarah seni. Dia berhadapan dengan salah satu cabang sejarah seni yang susah: ikonografi atau semiotik. Ini bererti dia mengkaji bukan sahaja ragam hias yang berkenaan tetapi juga segala sesuatu yang berkaitan dengan ragam hias tersebut: ragam hias yang tergolong sama kelas dengan ragam hias asal, ragam hias sekitar, ragam hias sedaerah dan serantau dengan ragam hias yang terjumpa tadi. Umpamanya, batu-batu megalith yang masyhur di Pengkalan Kempas. Perkataan ALLAH yang tertimbul di muka batu yang digelar Pedang ialah pemberi makna secara intrinsik. Berbagai rumusan dan agakan dapat kita buat bertolak dari perkataan tersebut. la berhubung dengan soal pengukir, penganjur dan masyarakat serta pengalaman yang telah dilalui oleh mereka yang membuat dan menghargai megalith tersebut. Batu-batu lain yang berhampiran dengannya tidak bertulis malah ada sebuah yang berukiran garis-garis menyerupai 'the star of David' (lambang Yahudi) digelar sebagai "perisai". Jadi dengan sedikit maklumat tampakan(visual) sahaja, manusia yang mewarisinya boleh membuat interpretasi. Maka batu-batu megalith lain yang tidak bergaris atau bertulis terpaksa bergantung kepada peranan batu-batu yang berukir dan bertulis di sekitarnya. Makna ekstrinsiknya nanti adalah gabungan beberapa andaian umpamanya, tentang peranan batu-batu megalith di dalam masyarakat Melayu kuno. Juga tentang hubungan sekelompok batu-batu megalith dengan kelompok-kelompok lain di Negeri Sembilan, malah di seluruh dunia Melayu. Dengan demikian masalah makna boleh dibereskan melalui kaedah perbandingan, yakni, sehingga tercipta makna secara ekstrinsik.

Prinsip BergunaSetiap seni rupa yang dihasilkan bukan sekadar untuk dipamerkan tetapi juga mempunyai kegunaan yang tertentu. Faedah yang diperoleh adalah untuk kegunaan kehidupan seharian . Sebagai contoh, kukur untuk mengukur kelapa, saji menutup sarapan, tembikar mengisi air atau sarapan, keris sebagi senjata dan lambing dan ukiran tangga, ditingkap serta dinding sebagi hiasan permukaan dan sebagai hiasan permukaan dan sebaginya. Setiap hasil seni rupa melayu digunakan secara keseluruhan bukannya bersifat keindividualan. Hal ini dilihat dalam pemikiran manusia melayu yang mengangkat falsafah melayu iaitu ringan sama dijinjing dan berat sama dipikul. Sebagai contoh seni rupa tembikar: Tembikar yang indah bentuknya bukan dimiliki oleh seseorang individu namun ia juga milik seluruh keluarga malah digunakan juga pada waktu-waktu tertentu seperti kenduri. Ukiran-ukiran yang terdapat di dinding rumah ini bukan sahaja tampak menarik bahkan berfungsi sebagi pengalir udara dan cahaya. Udara yang memasuki ruang rumah akan menurangkan haba di dalam rumah kerika cuaca panas . prinsip berguna ini telah memperkayakan daya kreativiti dan pemikiran manusia melayu dengan kegunaan ragam hias dalam hasil rupa melayu.

6.0Kesimpulan

Secara kesimpulan, penyudahan kepada sebarang masalah ragam hias memerlukan pemikiran baru. Ragam hias dalam seni rupa manusia Melayu sudah sememangnya menjadi khazanah Melayu, yang diwarisi turun-temurun sehingga warisan seni itu mampu mengangkat jati diri manusia Melayu di samping mewajahkan budayanya. Fenomena ini jelas menggambarkan bahawa ragam hias dalam hasil seni rupa adalah manifestasi daya kreativiti dan daya pemikiran manusia Melayu. Yang menarik ialah bagaimana warisan seni Melayu terus berkembang mengikut cita rasa manusia sesuatu zaman, iaitu hasil seni Melayu berkembang terus bersama-sama dengan manusia Melayu dalam satu proses pertumbuhan dan perkembangan yang berjalan seiring. Dinamisme sebegini menjadikan ragam hias dalam hasil seni Melayu sebagai satu unsur budaya yang mengandungi makna dan erti, mengandungi lambang kehidupan semasa, dan terus-menerus diapresiasi dan dikembangkanRUJUKAN

Norhaiza Nordin, 2009. Ukiran Kayu Warisan Melayu. Kuala Lumpur: Perbadanan KemajuanKraftangan Malaysia. Hlmn.101.

http://malaysiana.pnm.my/04/0412ukir_kayu.htm

http://www.geocities.ws/isaid04652/Fulltext010.html

http://naeltrg.blogspot.com/2010/09/desa-ukiran-kayu-besut.html

http://zehanzehan.blogspot.com/2010/06/pengajian-melayu-

Masjid kampung Laut, Kota Bharu

Rumah melayu di Perlis

Masjid Kampung keeling Melaka

Istana Sri Menanti, Negeri Sembilan

Istana Balai Besar, Kedah

cetar

Ketam kayu

pahat

Pisau wali

Mesin gerudi

sesiku

Daun mempelas

Gergaji kecil

Kikir pari

Tukul kayu

Peralatan untuk ukiran

2