Ulasan artikel

2
ULASAN JURNAL Tajuk : Students’ Acceptance of the i-Teacher e-Learning System Based on Technology Acceptance Model Penulis : Kathy Belaja, Foo Kok Keong, Hanafi Atan, Omar Majid, Zuraidah Abdul Rahman School of Distance Education, Universiti Sains Malaysia Kertas kerja ini membincangkan mengenai penggunaan teknologi yang banyak memberi manfaat dalam membantu proses pengajaran dan pembelajaran. Sistem pendidikan di negara kita semakin berkembang dan sistematik di mana penggunaan Learning Management System (LMS) semakin banyak diaplikasikan dalam sistem pengajaran dan pembelajaran di peringkat pengajian tinggi. Berdasarkan artikel, menurut Atan et al, (2008) LMS merupakan satu aplikasi perisian atau teknologi berasaskan web yang digunakan untuk merancang, membina dan mereka bentuk sistem pendidikan yang lebih maju. Proses pengajaran dan pembelajaran menjadi menarik di mana melalui penggunaan LMS, proses pengajaran dan pembelajaran dibantu oleh lakaran grafik dan paparan multimedia yang menarik. Banyak perisian yang berkaitan dengan pendidikan telah dibangunkan untuk membantu proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan dan menarik. Namun begitu, penggunaan LMS di peringkat pendidikan menengah masih belum diperkenalkan dengan meluas. Hasil kajian dari Alias dan Zainuddin (2005) mendapati bahawa penggunaan teknologi instruktional di kalangan tenaga pengajar masih tidak digunakan dengan meluas. Faktor yang menjadikan fenomena ini berlaku adalah di mana pelajar tidak bersedia untuk menerima penggunaan teknologi baru dalam sistem pembelajaran mereka. LMS merupakan salah satu perisian yang digunakan untuk membantu tenaga pengajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan LMS banyak memudahkan tenaga pengajar menguruskan nota-nota pembelajaran dan berinteraksi dengan para pelajar mereka. LMS juga mesra pengguna dan lebih fleksibel di samping banyak memudahkan tenaga pengajar membuat penilaian terhadap prestasi pelajar mereka semasa mereka berada di kampus ataupun ketika menjalani tugasan luar. Melalui sistem ini, para pelajar juga boleh mendapatkan nota pembelajaran dengan mudah dan segala maklumat yang terkini dapat disampaikan dengan mudah dan cepat.

Transcript of Ulasan artikel

Page 1: Ulasan artikel

ULASAN JURNAL

Tajuk : Students’ Acceptance of the i-Teacher e-Learning System Based on Technology Acceptance Model

Penulis : Kathy Belaja, Foo Kok Keong, Hanafi Atan, Omar Majid, Zuraidah Abdul Rahman School of Distance Education, Universiti Sains Malaysia

Kertas kerja ini membincangkan mengenai penggunaan teknologi yang banyak memberi

manfaat dalam membantu proses pengajaran dan pembelajaran. Sistem pendidikan di negara

kita semakin berkembang dan sistematik di mana penggunaan Learning Management System

(LMS) semakin banyak diaplikasikan dalam sistem pengajaran dan pembelajaran di peringkat

pengajian tinggi. Berdasarkan artikel, menurut Atan et al, (2008) LMS merupakan satu aplikasi

perisian atau teknologi berasaskan web yang digunakan untuk merancang, membina dan

mereka bentuk sistem pendidikan yang lebih maju. Proses pengajaran dan pembelajaran

menjadi menarik di mana melalui penggunaan LMS, proses pengajaran dan pembelajaran

dibantu oleh lakaran grafik dan paparan multimedia yang menarik. Banyak perisian yang

berkaitan dengan pendidikan telah dibangunkan untuk membantu proses pengajaran dan

pembelajaran yang lebih berkesan dan menarik.

Namun begitu, penggunaan LMS di peringkat pendidikan menengah masih belum

diperkenalkan dengan meluas. Hasil kajian dari Alias dan Zainuddin (2005) mendapati bahawa

penggunaan teknologi instruktional di kalangan tenaga pengajar masih tidak digunakan dengan

meluas. Faktor yang menjadikan fenomena ini berlaku adalah di mana pelajar tidak bersedia

untuk menerima penggunaan teknologi baru dalam sistem pembelajaran mereka.

LMS merupakan salah satu perisian yang digunakan untuk membantu tenaga pengajar dalam

proses pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan LMS banyak memudahkan tenaga pengajar

menguruskan nota-nota pembelajaran dan berinteraksi dengan para pelajar mereka. LMS juga

mesra pengguna dan lebih fleksibel di samping banyak memudahkan tenaga pengajar

membuat penilaian terhadap prestasi pelajar mereka semasa mereka berada di kampus

ataupun ketika menjalani tugasan luar. Melalui sistem ini, para pelajar juga boleh mendapatkan

nota pembelajaran dengan mudah dan segala maklumat yang terkini dapat disampaikan

dengan mudah dan cepat.

Page 2: Ulasan artikel

Salah satu sistem pembelajaran maya iaitu i-Teacher yang berasaskan Pedagogical Agent-

Based Learning Management System (PALMS) telah dibangunkan oleh sekumpulan penyelidik

dari Universiti Sains Malaysia sebagai kaedah alternatif dalam proses pengajaran dan

pembelajaran matapelajaran matematik dan sains sekolah menengah. Sistem ini mengandungi

sukatan pelajaran di sekolah dan mengandungi maklumat yang kebiasaannya di soal oleh

pelajar di dalam kelas. i-Teacher adalah satu laman yang mengandungi guru dalam bentuk

animasi (3-D human appearance) dan akan membantu dan memberi maklumat berdasarkan

kandungan sukatan matapelajaran di sekolah. i-Teacher telah dibina dengan rekabentuk yang

menarik agar dapat menarik minat pelajar untuk menerima sistem pengajaran dan

pembelajaran secara maya.

Satu kertas kerja mengenai penggunaan LMS di peringkat pendidikan menengah telah dibuat

bagi mengkaji penerimaan dan maklumbalas pelajar mengenai penggunaan LMS. LMS akan

diaplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran di peringkat pendidikan menengah

bagi menggantikan pembelajaran secara konvensional atau pembelajaran di dalam bilik darjah.

Objektif kajian ini adalah untuk memahami dan menyelidik maklumbalas dan penerimaan

pelajar dalam penggunaan PALMS dalam proses pengajaran dan pembelajaran di peringkat

pendidikan menengah.

Seramai 500 orang pelajar sekolah menengah dari seluruh Malaysia telah dpilih secara rawak

untuk dijadikan sampel dalam kajian ini. Para pelajar ini akan melalui proses pengajaran dan

pembelajaran secara maya melalui sistem i-Teacher selama 6 bulan. Mereka boleh mengakses

i-Teacher di mana saja mereka berada sama ada di sekolah ataupun di rumah. Seterusnya

mereka akan diberikan borang soal selidik yang akan memberi maklumat kepada penyelidik

mengenai maklum balas mereka setelah menggunakan sistem i-Teacher. Data yang diperoleh

dari soal selidik ini akan diproses menggunakan SPSS untuk mengkaji penerimaan pelajar

terhadap penggunaan sistem i-Teacher.

Berdasarkan penyelidikan yang akan dijalankan, penyelidik dapat mengetahui sejauh mana

penerimaan sistem pembelajaran secara maya, disamping dapat mengkaji faktor-faktor yang

mempengaruhi penerimaan dan penggunaan teknologi dalam pendidikan. Hasil dari kajian ini

diharap dapat memberi bukti yang akan dapat menyokong implementasi LMS di peringkat

pendidikan menengah.