Ulasan Buku Proses Kognisi n Afeksi

13
FAKULTI PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN MANUSIA (FPPM) PEMBELAJARAN DAN KOGNISI ( KPP 6074 ) Tugasan: ulasan BUKU DI SEDIAKAN OLEH : NAMA NO. MATRIKS KALAI A/P THANGAVELU M20131000804 DISEDIAKAN UNTUK: PROFESOR MADYA DR. SUPPIAH NACHIAPPAN FAKULTI PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN MANUSIA ( FPPM ) UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS, TANJUNG MALIM, PERAK TAHUN 2014

description

kognisi afeksi

Transcript of Ulasan Buku Proses Kognisi n Afeksi

FAKULTI PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN MANUSIA (FPPM)

PEMBELAJARAN DAN KOGNISI( KPP 6074 )Tugasan: ulasan BUKU

DI SEDIAKAN OLEH :NAMANO. MATRIKS

KALAI A/P THANGAVELUM20131000804

DISEDIAKAN UNTUK:PROFESOR MADYA DR. SUPPIAH NACHIAPPANFAKULTI PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN MANUSIA ( FPPM )UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS, TANJUNG MALIM, PERAKTAHUN 2014

Soalan 1

Ulaskan gabungan proses kognisi dan afeksi.

Proses kognisiadalah prosesmentalyang mencakupiperhatian,ingatan, penghasilan dan pemahamanbahasa,pembelajaran,penaakulan,penyelesaian masalah, dan pembuatan keputusan. Kognisi merupakan kemudahan untuk mengolahmaklumat, menggunakan maklumat serta menukar keutamaan. Kognisi atau proses kognitif adalah semula jadi atau buatan manusia, secara sedar atau tak sedar. Kognisi juga digunakan dalam secabang psikologi sosial yang dipanggilkognisi sosialuntuk menerangkansikap,atribusi, dan dinamik kumpulan. Dalam psikologi kognitif dan kejuruteraan kognitif, kognisi biasanya dianggap sebagai pemprosesan maklumat dalam minda atau otak seseorang peserta atau pengendali.

Menurut Bloom, tahap kognisi dibahagikan kepada enam bahagian. Bahagian pertama ialah pengetahuan. Pada tahap ini seseorang dapat mengenali pengertian, definisi, gagasan, atau fakta- fakta dari istilah tertentu. Pada bahagian kedua iaitu bahagian kefahaman, seseorang dapat memahami sesuatu seperti sebuah gambaran, diagram, grafik, laporan, peraturan dan lain- lain. Pada bahagian ketiga iaitu bahagian penggunaan seseorang dapat menerapkan pengertian, metode, rumus, ke aplikasi nyata.

Pada bahagian seterusnya iaitu bahagian analisis, seseorang mampu menganalisis informasi yang masuk dan membagi-bagi atau menstrukturkan informasi ke dalam bahagian yang lebih kecil untuk mengenali pola atau hubungannya, dan mampu mengenali serta membezakan faktor penyebab dan akibat dari sebuah senario yang rumit. Pada bahagian sintesis pula seseorang dapat menyepadukan struktur dan informasi yang belum terlihat sehingga menemukan sebuah solusi dari persoalan. Pada bahagian terakhir pula iaitu penilaian seseorang akan memilikikemampuan untuk memberikan penilaian terhadap solusi, metodologi, dan sebagainya dengan menggunakan kriteria standard yang ada untuk memastikan nilainya.

Manakala proses afeksi berkenaan dengan rasa takut atau cinta,mempengaruhi keadaan, perasaan dan emosi, mempunyai gaya atau makna yangmenunjukkan perasaan. Perbuatan atau perilaku yang disertai perasaan tertentu disebut warna afektifkadang-kadang kuat, lemah atau tidakjelas. Pengaruh dari warna afektif akan berakibat perasaan menjadi lebih mendalam. Perasaan ini di sebut emosi. Afeksi menunjukkan penggunaan emosi. Proses efeksi melibatkan emosi seperti cinta atau marah, status perasaan yang tidak begitu kuat seperti mengecewakan, suasana hati yang melarut seperti kelonggaran atau kebosanan, dan penilaian meyeluruh seperti suka atau tidak suka.

Krathwohl mengidentifikasikan lima tahap domain afeksi. Antaranya ialah penerimaan, respons (gerak balas), menilai, organisasi dan mencirikan. Penerimaan adalah berhubung dengan kemahuan pelajar untuk memberi perhatian.Tindakan pelajar mencerminkan satu kesedaran atau perhatian terhadap ransangan dan peristiwa atau persekitaran yang berhubung dengan domain afektif.Konteks pengajaran menekankan kepada kebolehan mendengar, menanyakan soalan, mengenal bahagian-bahagian ayat dan menjawab dengan lengkap. Respons merupakan tahap kedua dalam domain afeksi dimana pelajar melibatkan diri secara aktif terhadap sesuatu dan mendapat kepuasan daripadanya. Pada aras ini, pelajar bersedia dan rela untuk membuat reaksi yang mudah terhadap sesuatu objek atau situasi. Pada tahap ketiga iaitu tahap menilai perlakuan adalah didasarkan atas konsep dan prinsip yang telah dinuranikan sehingga menjadi kepercayaan. Perlakuan cenderung menjadi konsisten walaupun dalam keadaan yang berbeza jika kepercayaan itu boleh dipratikkan. Manakala tahap seterusnya iaitu mengorganisasi membawa maksud membentuk sesuatu sistem nilai. Apabila lebih daripada satu nilai dinuranikan maka membolehkan beberapa nilai digunakan. Pelajar terpaksa membina beberapa hubungan dan keutamaan di antara nilai-nilainya. Pada tahap terakhir iaitu tahap mencirikan pelajar mematuhi sesuatu sistem nilai dan sanggup mengamalkannya sebagai satu cara hidup. Pelajar berusaha secara konsisten dengan nilai baru untuk memberikan pengitirafan.

Perkataan afeksi mempunyai beberapa aspek yang tidak bersekedudukan di bawah aspek kognisi. Perkataan ini telah digunakan oleh ahli psikologi dalam pelbagai dimensi, tetapi para pendidik pula menggunakannya untuk menerangkan sikap, kepercayaan rasa, apresiasi dan keutamaan. Istilah ini digunakan dengan meluas dalam konteks seperti emosi, sikap, kepercayaan dan mood. Secara kesimpulannya, emosi adalah keadaan afeksi. Keadaan afeksi boleh wujud dalam keadaan rasional, iaitu respon kepada suatu situasi yang sesuai dan berpatutan. Perlu dilihat bahawa fenomena afeksi juga mempunyai kaitan dengan komponen kognisi.

Perbezaan individu mempunyai kaitan dengan pemprosesan informasi menurut proseskognitif.Keupayaaninduvidudilihatdalamkonteksafektifkeranasegala keputusan ujian dan peperiksaan adalah hasil interaksi sasaran afektif dengan proses kognitif. Pengaruh sosio budaya dilihat berperanan menentukan sasaran afektif yangberkesan. Secaratuntasnya sasaran afektifmemotivasikan, mengorganisasikan danmemandu pelajardalam mempersepsi memikirdan bertindak. Pelajar memerlukan imej kendiri yang positifdalam pembelajaran untuk berinteraksi antara satusama lain dalamkonteks emosional untuk melahirkan suasana pembelajaran yang selesa dan baik.

Proses kognisi dan afeksi merupakan entity-entiti yang mempunyai hubungan yang saling mempengaruhi tingkah laku dan tindak balas manusia kepada alam sekeliling. Kedua-dua entity ini mampu memastikan kelangsungan hidup manusia kerana manusia mampu memberi respons dengan tindakan yang sesuai dengan proses kognisi dan tahap emosi mereka. Walaupun kaitan antara kognisi dengan emosi masih di peringkat permulaan, tetapi kajian lalu menunjukkan pengaruh yang kuat dalam hubungan antara proses kognisi dan afeksi.

Soalan 2

Ulaskan bagaimana anda menilai kehadiran proses kognisi dan afeksi dalam teks.

Tiga faktor utama yang mempengaruhi penulisan, iaitu ciri-ciri pelajar, tugasan pembelajaran dan kualiti pengajaran guru. Ciri-ciri pelajar termasuklah dari segi kesediaan kognitif dan kesediaan afektif. Kesediaan kognitif ialah persediaan tingkah laku yang akan menentukan sejauh mana suatu tugasan pembelajaran boleh dipelajari. Manakala kesediaan afektif merujuk kepada sejauhmana sikap dan minat pelajar dapat mempengaruhi tugasan pembelajaran dan mempengaruhi aras motivasi pelajar. Apabila pelajar mempunyai persediaan afektif yang baik dan seimbang, proses pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih mudah dan kecenderungan untuk memperoleh kejayaan dalam sesuatu tugasan pembelajaran adalah lebih besar.

Kaedah Hermeneutik adalah satu daripada kaedahmenganalisis teks (hasil penulisan) yang tertuadigunakan oleh para penyelidik untukmenginterpretasi kitab Injil dalam kajian Greeklama. Heidegger, ahli falsafah German menggunakan kaedah ini untuk cuba memahami dan menafsir ayat-ayat daripada kitab Injil. Menurut Loganathan (1992/1996), Hermeneutikmengutamakan teks sebagai bahan kajian tertentudan cuba menginterpretasi dan memahami ciri-cirirasionaliti pemikiran manusia dan maksud yang terkandung di dalamnya.

Analisis lebih berbentukinterpretif dan fokus utama adalah untukmelakukan tafsiran dan interpretasi ke atas apa jugayang dihasilkan oleh manusia yang mempunyai implikasi makna (meaning). Pandangan Weinsheimer (1991) dianggap lebih menyeluruh kerana beliau menyatakan,Hermeneutik bermaksud suatu teori dan praktisbagi aspek interpretasi. Skopnya menjangkau sehingga mana seseorang ingin mendalami untukmemahami aspek maknanya.

Ada beberapa ciri yang berkaitan dengananalisis Hermeneutik, iaitu teks sebagai bahan yangdikajinya. Teks merupakan segala produksimanusia yang berkemampuan untukmemperlihatkan serta menganalisis tingkah lakudan pemikiran manusia. Dilthey (1976) menyatakanbahawa, sains Hermeneutik melibatkan senimembaca suatu teks untuk mengetahui danmemahami dengan penuh keinginan makna yangtersembunyi.

Ciri berikut ialah kewujudan StrukturLuaran dan Struktur Dalaman teks secara serentak. Kesemua teks mempunyai dua struktur, iaituStruktur Luaran dan Struktur Dalaman. StrukturLuaran merujuk kepada perkara yang tersurat, yangdapat dikesan dengan mudah dan secara langsungdaripada teks. Apabila teks yang dikaji sukardifahami, maka pengkaji terpaksa bersungguh-sungguh menyelami unsur yang tersembunyi didalam Struktur Dalaman.

Penghasilan teks adalah melalui proses kognisi dan afeksi. Peranan proses afeksi dalam penulisan teks adalah memberikan semangat, melakukan spontan, memberi warna emosi, memberikan imaginasi, membuat ghairah, memberikan suasana unsur baru, dan memberikan corak kegembiraan dalam tulisan. Manakala peranan proses kognisi dalam menulis adalah membuat perencanaan (outline), menggunakan tatabahasa, melakukanpenyuntingan, mengerjakan penulisan kembali, dan melakukan penelitian tanda baca.

Proses afeksi yang melibatkan perasaan, emosi, sikap, kepercayaan, motivasi dan penilaian di mana pengalaman yang diterima melalui deria akan diproses untuk mewujudkan motivasi serta melakukan penulisan esei. Perasaan yang dialami akan menolong pelajar untuk menarik minat untuk menulis esei. Penulisan yang berkaitan dengan emosi yang positif bukan sahaja mampu meningkatkan kualiti perhubungan cinta, malah penulisan esei mengenai emosi juga memberi kesan kepada kecerdasan emosi dan kepuasan hidup.

Afeksi menjadi asas untuk proses pemikiran dan memori kerana ia adalah satu langkah untuk mendapatkan pemahaman sedar. Proses afeksi menghubungkaitkan ilmu pengetahuan apabila pelajar membinanya. Gabungan kognisi dan afeksi penting dalalm menjana ilmu pengetahuan baru. Gabungan kognisi dan afeksi adalah berkait rapat dengan pembentukan struktur ilmu pengetahuan. Kognisi terlibat dalam proses penaakulan yang memfokuskan pada transformasi maklumat yang melibatkan analitikal.

Penulisan mampu menyelaraskan struktur otak yang mengawal rangsangan dan motivasi, stuktur limbic pula menilai kepentingan sesuatu rangsangan, korteks akan mensintesis informasi, teutamanya neokorteks akan membuat perancangan dan memahami aliran masa. Dalam bidang neurologi, penulisan memerlukan aktiviti minda yang banyak. Memori jangka pendek atau lebih dikenali sebagai working memory memainkan peranan yang penting dalam aktivti kognisi yang kompleks.

Pengaruh pemikiran dan emosi dalam penulisan adalah suatu model afeksi yang mempunyai lingkaran sebab-musabah. Kognisi tidak seharusnya dilihat membelakangi afeksi. Justeru, untuk meneliti kandungan kognisi dan afeksi dlam kehidupan adalah penting untuk mengkaji sejauh mana berlakunya penularan sebenar dan penggabungjalinan di antara kedua-duanya. Kedua-duanya saling melengkapi untuk membantu pelajar menulis karangan yang baik, khususnya.

Soalan 3

Sejauh manakah peranan kognisi dan afeksi membantu dalam penghasilan karangan.

Penghasilan karangan merupakan kemahiran yang penting dalam kehidupan dan menyokong perkembangan kemahiran membaca dan berfikir. Beyer (1988) menyatakan prosesberfikir mempunyai hubungan yang rapat dengan kecenderungan dan kesanggupan seseorang untukterlibat dalam aktiviti berfikir. Aktiviti penulisan juga merupakan satu aktiviti berfikir aras tinggi yang kompleks yang memaparkan imaginasi perasaan, tahap minda, cita rasa dan tahap kognitif penulisnya dan dianggap sebagai satu kemahiran berbahasa yang paling sukar dilakukan. Justeru kelemahan dalam penulisan mungkin disebabkan pelajar-pelajar tidak mempunyai kemahiran berfikir dan pengurusan pembelajaran yang baik

Penulisan esei yang baik bergantung kepada penggunaan proses afektif dan kognitif. Pelajar menulis esei berdasarkan pola-pola berfikir yang sistematik, iaitu mencungkil maklumat daripada tahap bawah sedar mereka. Pelajar menyimpan ilmu pengetahuan yang pernah dipelajarinya sejak di sekolah rendah lagi. Apabila mula berfikir untuk menulis esei, maka pelajar mula mengalami proses afektif secara dalaman untuk mencungkil maklumat berkaitan esei yang akan ditulis.

Kemahiran menulis esei dapat digunakan sebagai kaedah penglahiran idea daripada fikiran. Beberapa langkah pemikiran diambil oleh pelajar dalam proses menghasilkan sesebuah esei. Pemikiran ilmu pengetahuan sebelum, semasa dan selepas menulis esei diberi perhatian oleh pelajar dalam proses menyiapkan esei. Berjaya atau tidak pelajar menghasilkan esei yang baik adalah bergantung kepada keaktifan proses afektif dan kognitif yang dialami semasa proses menulis esei.

Pada dasarnya, proses kognisi dan afeksi bertindak secara konsisten untuk pelajar menulis karangan secara serius. Ini kerana kesemua isi dan huraian yang dibincangkan oleh pelajar dalam karangan adalah hasil input maklumat pembelajaran melalui aktiviti seperti penerimaan, penyimpanan, pencungkilan dan penggunaan (aplikasi). Perasaan, mood, kegembiraan, kesedihan dan sebagainya yang merangkum ke dalam aspek afeksi menyentuh dan mefokuskan minda pelajar kearah penyempurnaan tugasan mengarang. Jadi, proses kognisi dan afeksi adalah dua proses yang wujud secara dalaman dalam diri pelajar untuk menganalisi mensintesis dan menilai sebelum menulis karangan.

Peranan kognisi dan afeksi secara khususnya amat signifikan dalam mengasah kemahiran pelajar dalam bidang penulisan. Aspek kognisi yang mendasari ilmu pengetahuan dan aspek afeksi yang berasaskan emosi adalah dua komponen yang wujud dalam memandu proses penulisan. Apabila menulis dan berbincang isu berkaitan penulisan, guru dan pelajar secara tidak langsung dipengaruhi oleh apa yang mereka rasa. Pengaruh afeksi mempunyai kesan positif dan negative semasa menulis. Secara tidak langsung, pengaruh afeksi menghubungkan kepercayaan dan sikap yang menjurus kepada idea pemikiran yang berkualiti dan penulisan karangan yang sempurna.

Proses kognisi dan afeksi secara khusus dan psikologi secara umumnya amat signifikan dalam mengasah kemahiran pelajar dalam bidang penulisan. Justeru, penggabungan unsur kognisi dan afeksi adalah suatu metafora yang sentiasa dinilai semula dan meluaskan pengamatan kearah menjana dan mewujudkan makna yang lebih luas melalui proses pemikiran bagi menghasilkan karangan yang baik. Tiada jalan pintas untuk mendapatkan kemahiran menulis yang baik kerana ia memerlukan komitmen dari semua pihak termasuklah tenaga pengajar, kerajaan, pihak sekolah dan pelajar sendiri. Tenaga pegajar haruslah komited dalam medidik anak bangsa. Kerajaan pula perlu menjadi tulang belakang kepada warga pendidik, iaitu kedua-duanya bertukar-tukar pendapat untuk menghasilkan suatu modal pengajaran dan pembelajaran yang berkesan kepada pelajar. Pelajar haruslah mempunyai kesediaan untuk belajar. Kerjasama yng padu akan mampu merealisasikan objektif pendidikan yang diuar-uarkan oleh KPM.