Ulasan jurnal

6
Tajuk Jurnal: Kesedaran, penilaian dan penerimaan e-pembelajaran dalam kalangan ahli akademik. Oleh: Rubiah Omar dan Jamilah Hj Ahmad. Jurnal yang dipilih dan dianalisis berkaitan dengan kajian tentang pembelajaran berasaskan elektronik dan web. Tujuan utama kajian ini adalah untuk mengenal pasti tahap kesedaran, penilaian dan dan penerimaan e-pembelajaran dalam kalangan ahli akademik terutamanya dalam proses pembelajaran dan pengajaran di Universiti Sains Malaysia. Seterusnya, Jurnal ini ditulis oleh Rubiah Omar dan Jamilah Hj Ahmad. Menerusi jurnal ‘Kesedaran, penilaian dan penerimaan e- pembelajaran dalam kalangan ahli akademik’ persoalan yang diketengahkan adalah tentang tahap kesedaran, penilaian dan penerimaan e-pembelajaran dalam kalangan ahli akademik yang dapat membantu proses pengajaran dan pembelajaran di IPT. Ini kerana tahap perlaksanaan e-pembelajaran pada masa kini belum dapat mencapai matlamat yang diharapkan. Di Malaysia, e- pembelajaran merupakan teknologi asas. Impak dan penerimaan oleh masyarakat contohnya di Pusat Pengajian Tinggi (IPT) masih lagi diragui. Oleh itu diharapkan dengan adanya kajian tentang kesedaran, penilaian dan penerimaan e-pembelajaran dapat memberi gambaran awal tentang tahap penerimaan ahli akademik terhadap sistem pembelajaran yang berasaskan teknologi maklumat

Transcript of Ulasan jurnal

Page 1: Ulasan jurnal

Tajuk Jurnal:

Kesedaran, penilaian dan penerimaan e-pembelajaran dalam kalangan ahli

akademik.

Oleh:

Rubiah Omar dan Jamilah Hj Ahmad.

Jurnal yang dipilih dan dianalisis berkaitan dengan kajian tentang pembelajaran

berasaskan elektronik dan web. Tujuan utama kajian ini adalah untuk mengenal pasti

tahap kesedaran, penilaian dan dan penerimaan e-pembelajaran dalam kalangan

ahli akademik terutamanya dalam proses pembelajaran dan pengajaran di Universiti

Sains Malaysia. Seterusnya, Jurnal ini ditulis oleh Rubiah Omar dan Jamilah Hj

Ahmad.

Menerusi jurnal ‘Kesedaran, penilaian dan penerimaan e-pembelajaran dalam

kalangan ahli akademik’ persoalan yang diketengahkan adalah tentang tahap

kesedaran, penilaian dan penerimaan e-pembelajaran dalam kalangan ahli akademik

yang dapat membantu proses pengajaran dan pembelajaran di IPT. Ini kerana tahap

perlaksanaan e-pembelajaran pada masa kini belum dapat mencapai matlamat yang

diharapkan. Di Malaysia, e-pembelajaran merupakan teknologi asas. Impak dan

penerimaan oleh masyarakat contohnya di Pusat Pengajian Tinggi (IPT) masih lagi

diragui. Oleh itu diharapkan dengan adanya kajian tentang kesedaran, penilaian dan

penerimaan e-pembelajaran dapat memberi gambaran awal tentang tahap

penerimaan ahli akademik terhadap sistem pembelajaran yang berasaskan teknologi

maklumat ini. Seterusnya membantu kemajuan teknologi dan menjadi pemangkin

kepada budaya IT yang berterusan bermula di peringkat pendidikan tinggi.

Seterusnya persoalan lain yang dinyatakan menerusi jurnal ini adalah

penilaian terhadap hubungan yang signifikan antara kefahaman terhadap e-

pembelajaran dengan kesediaan pembelajaran arahan kendiri dalam kalangan ahli

akademik. Kajian ini melihat sejauh manakah tahap kefahaman responden terhadap

kepentingan perlaksanaan e-pembelajaran dalam kalangan pelajar dan persepsi

mereka terhadap kesediaan mereka menguruskan pembelajaran arahan kendiri

sebagai tenaga pengajar. Oleh itu, disamping memiliki tenaga akademik yang

Page 2: Ulasan jurnal

cemerlang dan berkelayakan,universiti harus mempunyai prasarana yang terbaik

seperti bilik kuliah, makmal,perpustakaan, asrama, komputer dan pelbagai

kemudahan pembelajaran yang lain (Jamilah, 2006). Jadi kajian ini dijalankan

bertujuan untuk melihat sejauhmanakah kesediaan ahli akademik menerima e-

pembelajaran dalam aktiviti pengajaran mereka, dan apakah faktor yang menjadi

penyebab penerimaan atau penolakan kepada kaedah e-pembelajaran ini.

Manakala persoalan yang ketiga yang disentuh adalah tentang tahap

penerimaan bagi penggunaan e-pembelajaran dalam membantu proses

pembelajaran dan pengajaran di IPT. Menerusi kajian ini, teori Resapan Inovasi oleh

Rogers’ telah dijadikan asas untuk mengenal pasti tahap penerimaan e-

pembelajaran dalam pengajaran. Ini penting kerana penerimaan e-pembelajaran

berupaya mempercepatkan pengajaran dan proses pembelajaran dengan lebih

efektif. Penerimaan e-pembelajaran dapat menukar modul tradisional, kos program

dan bilik darjah dalam versi atas talian, bahkan penggunaan teknologi e-

pembelajaran dapat menyumbang kepada persekitaran pengajaran dan

pembelajaran yang fleksibel. Dengan adanya program e-pembelajaran tersebut,

boleh membantu kepada anjakan paradigma dalam kalangan ahli akademik,

terutamanya dalam aspek pengajaran dan pembelajaran yang lebih luas dan tidak

terbatas di bilik kuliah sahaja.

Seterusnya menerusi jurnal ini, kajian menggunakan reka bentuk tinjauan.

Kaedah kajian ini turut menggunakan kaedah non-probability kerana tujuan kajian

bukan untuk digeneralisasikan kepada keseluruhan populasi. Kajian yang telah

dijalankan berbentuk kajian deskriptif yang bertujuan memberi gambaran awal

tentang kesediaan penerimaan e-pembelajaran dalam kalangan ahli akademik.

Teori resapan Inovasi oleh Rogers’ dijadikan asas untuk mengenal pasti tahap

penerimaan e-pembelajaran dalam pengajaran. Responden kajian terdiri daripada

ahli akademik di semua Pusat pengajian USM, Pulau Pinang yang menggunakan e-

pembelajaran dalam proses pengajaran dan pembelajaran mereka. Sejumlah 165

borang soal selidik telah diedarkan kepada ahli akademik di 15 Pusat Pengajian.

Daripada jumlah tersebut, 119 borang soal selidik telah berjaya dikumpulkan

mengikut Pusat Pengajian. Analisis kuantitatif menggunakan program SPSS

(Statistical package for social sciences) perisian SPSS versi 14.0 telah digunakan

Page 3: Ulasan jurnal

dalam kajian ini. Data yang diperolehi seterusnya ditukar kepada kod-kod tertentu

yang akan mewakili pemboleh ubah yang terdapat dalam soal selidik. Seterusnya,

data dianalisis menggunakan kaedah analisis deskriptif seperti frekuensi, peratusan,

min, sisihan piawaian dan kaedah analisis inferensi seperti Ujian-t dan Anova.

Seterusnya, dapatan kajian menunjukkan penerimaan responden terhadap

penggunaan e-pembelajaran adalah baik kerana majoriti responden memahami

keseluruhan konsep dan tanggungjawab yang harus diambil dalam melaksanakan e-

pembelajaran. Disamping memiliki tenaga akademik yang cemerlang dan

berkelayakan, universiti juga harus mempunyai prasarana yang terbaik seperti bilik

kuliah, makmal, perpustakaan, asrama, kelengkapan komputer dan pelbagai

kemudahan pembelajaran yang lain (Jamilah, 2006) Selain itu, dapatan juga

mendapati kesedaran responden terhadap lima konsep e-pembelajaran dalam

sistem pengajaran dan pembelajaran adalah tinggi. Konsep pertama adalah e-

pembelajaran sebagai satu kaedah pembelajaran khusus untuk para pelajar.

Konsep kedua ialah e-pembelajaran sejajar dengan kemajuan teknologi dan ICT.

Manakala konsep seterusnya pembelajaran berasaskan komputer dan internet

membolehkan proses pembelajaran dilaksanakan dengan lebih sistematik, menarik

dan berkesan dengan kuantiti pelajar yang lebih ramai tanpa batasan jarak yang

ditetapkan. Secara keseluruhannya, dapatan kajian menunjukkan tahap kefahaman

responden terhadap kesedaran, penilaian dan penerimaan terhadap perlaksanaan e-

pembelajaran adalah baik serta penerimaan aplikasi e-pembelajaran di IPT sebagai

alat pembelajaran berada pada tahap yang memuaskan (Zailan & Azmi, 2006).

Responden menerima secara positif penggunaan e-pembelajaran dalam

membantu proses pembelajaran dan pengajaran di IPT seperti menggunakan

kaedah e-pembelajaran di dalam kuliah, memuat naik nota-nota kuliah ke laman web

pembelajaran dari semasa ke semasa, mengikuti latihan berkaitan ICT/ e-

pembelajaran dan seterusnya menggalakkan serta memotivasikan pelajar

menggunakan e-pembelajaran sebagai mekanisme pembelajaran yang bermanfaat

dan berkesan. Melalui kaedah e-pembelajaran, pembelajaran, pemikiran kritis dan

kreatif boleh berlaku dengan mudah dan berkesan. Ini selari dengan hasrat kerajaan

Malaysia dalam Rancangan Malaysia ke Sembilan yang ingin memajukan ekonomi

melalui e-ekonomi iaitu ekonomi berlandaskan elektronik. Tahap kesedaran ahli

akademik yang tinggi terhadap konsep sistem e-pembelajaran dalam pengajaran dan

Page 4: Ulasan jurnal

pembelajaran dapat membantu merealisasikan empat objektif e-pembelajaran iaitu

untuk memperkenalkan konsep baru pembelajaran peringkat yang lebih tinggi;

memperkenalkan kaedah pembelajaran yang interaktif dan produktif; untuk

memastikan pelajar belajar dengan lebih bebas dan objektif yang terakhir ialah untuk

membenarkan pembelajaran yang seimbang di Malaysia.

Dapatan kajian ini juga menunjukkan bahawa ahli akademik sedar tentang

konsep e-pembelajaran. ICT dimajukan sebagai alat utama bagi membolehkan ahli

akademik menggunakan ICT dan melibatkan pelajar dalam pelbagai aktiviti

pembelajaran di dalam kuliah berteraskan kemajuan teknologi maklumat.

Kebanyakan IPT di Malaysia mengambil berat tentang kepentingan ICT bagi

memastikan ahli akademik dan pelajar dapat bersatu secara produktif dalam

persekitaran pendidikan yang baru. Hal ini secara tidak langsung menyokong hasil

kajian yang telah dijalankan oleh Ambigapathy (2004), iaitu majoriti daripada ahli

akademik menerima program ICT dalam sistem pembelajaran secara terbuka dan

positif.

Selain itu, menerusi kajian ini terdapat faktor-faktor lain yang turut

menyumbang kepada kejayaan perlaksanaan e-pembelajaran. Terutamanya faktor

mempunyai kemudahan komputer sempurna dan lengkap dan ia tidak hanya

bergantung kepada kesediaan pembelajaran arahan kendiri ahli akademik sahaja.

Mereka turut berperanan memotivasikan pelajar, memberi info dan input,

mempengaruhi serta menggalakkan pelajar menggunakan kemudahan talian e-

pembelajaran ketika belajar. Ini penting kerana sebagai pelajar mereka seharusnya

mempunyai kesediaan pembelajaran arahan kendiri yang tinggi untuk mencapai

matlamat pembelajaran yang ditetapkan.

Kesimpulannya, ahli akademik memainkan peranan penting dalam memupuk

budaya ICT yang cemerlang di peringkat pendidikan tinggi. Di Malaysia, era

pendidikan melalui aplikasi e-pembelajaran bermula menerusi sistem Pendidikan

jarak jauh yang diperkenalkan. Oleh itu, Kesedaran, penilaian dan penerimaan e-

pembelajaran dalam kalangan ahli akademik secara positif semakin memantapkan

lagi kemajuan teknologi dan dunia ICT sesuai dengan kehendak masyarakat serta

perkembangan kemajuan teknologi masa kini. Dengan harapan, pada masa akan

datang situasi ini mampu melahirkan masyarakat intelek yang berpengetahuan tinggi

dan mahir teknologi selaras dengan kehendak pendidikan dunia sejagat.