ULASAN JURNAL
-
Upload
ariputhiran-narayanan -
Category
Documents
-
view
210 -
download
6
Transcript of ULASAN JURNAL
ULASAN JURNAL
Oleh Ariputhiran A/L Narayanan
Jurnal yang bertajuk “Local” musics in Canadian and United States music
education:Current curricular limitations and future possibilities, ditulis oleh Profesor
Madya J.Scott Goble. Beliau ialah seorang profesor pendidikan muzik di Universiti British
Columbia, Vancouver, Canada. Jurnal ini membincangkan muzik ‘Tempatan’ dalam
pendidikan muzik dan pembatasan kurikulum muzik semasa serta pilihan masa depan di
Kanada dan Amerika Syarikat.
Menurut J.Scott Goble, masyarakat yang hidup dalam era perkembangan industri kini
berpeluang mendengar dan menghayati muzik sebagai hiburan melalui media massa kini.
Manakala bagi masyarakat ‘tempatan’di Kanada dan Amerika Syarikat, bentuk muzik
tertentu merupakan budaya dan satu kemestian dalam kehidupan mereka. Polisi pendidikan
muzik di Amerika Syarikat (1994) dan British Columbia, Kanada (1997) telah memberi
peluang untuk belajar tentang amalan muzik masyarakat tempatan atau masyarakat asli di
negara-negara tersebut.Pengubahsuaian kurikulum pendidikan muzik di negara tersebut telah
memberi peluang kepada pelajar-pelajarnya mengembangkan skop pengetahun dan
memahami kepelbagaian muzik tempatan serta muzik dunia.
Isu tersebut sangat sesuai dengan negara kita yang mempunyai pelbagai kaum.
Dimana, dari dulu lagi pendidikan muzik di negara kita telah dirancang dan disusun
berdasarkan model program muzik Eropah yang hanya fokuskan kepada teori, harmoni dan
sejarah muzik klasikal barat. Berdasarkan program tersebut pelajar-pelajar di negara kita
bermain alat perkusi, alat tiupan dan alat talian barat serta menyertai kelab pancaragam,
orkestra dan nyanyian koir barat dalam aktiviti-aktiviti ko-kurikulum di sekolah. Keadaan ini
menyebabkan sistem muzik selain daripada muzik barat dipandang rendah dan dinggap tidak
penting oleh golongan pendidik, termasuk warisan muzik mereka sendiri.
Tetapi kedaan ini tidaklah berterusan kerana golongan pendidik telah sedar tentang
kepentingan warisan muzik tempatan di negara kita yang kaya dengan pelbagai budaya
(multicultural). Kesedaran ini telah mengorak langkah untuk mengubahsuai kurikulum
pendidikan muzik negara kita, dengan memberi kepentingan kepada Muzik Tradisional dan
Muzik Pelbagai Budaya Tempatan dalam kurikulum sekolah menengah. Iaitu,
Sukatan pendidikan muzik sekolah menengah (2003) menyatakan, “2.3
PENGALAMAN ENSEMBEL MUZIK TRADISIONAL, ( 7 ) Pilihan sekolah seperti
Ensembel Caklempong, Ensembel Gong Sabah/Sarawak, Orkestra Cina, Ensembel Muzik
India dan ensembel muzik tempatan yang tiada kaitan dengan pemujaan”.
Walaupun diberi keutamaan dalam kurilulum pendidikan , sejauhmanakah matlamat
kurikulum tersebut tercapai? Masih terdapat rakyat di negara kita yang belum mengenal dan
faham pun tentang seni dan budaya etnik lain. Terdapat kekangan-kekangan tertentu untuk
melaksanakan kehendak kurikulum yang tersebut di atas. Terutamanya, guru-guru muzik di
sekolah tidak cukup dengan bahan-bahan rujukan dan kurang berpengetahuan dan kemahiran
dalam mengajar alat-alat muzik tradisional selain daripada gamelan, caklempong dan
kompang.
Pengubahsuaian sukatan tersebut hanya terhad untuk sekolah menengah sahaja. Ia
patut bermula dari sekolah rendah supaya generasi akan datang dapat mengembangkan skop
pengetahun dan memahami kepelbagaian muzik tempatan serta muzik dunia. Ini kerana
muzik merupakan satu media tanpa perbualan yang senang diterima oleh semua masyarakat
dan dapat merentasi sempadan tanpa mengira kaum, bahasa dan budaya.
Jadi, pengetahuan dan pengalaman tentang muzik pelbagai budaya harus
diperkembangkan lagi untuk memahami dan mempelajari budaya etnik lain di Malaysia.
Lebih-lebih lagi kekangan dalam pemahaman setiap budaya ini hanya dapat diatasi melalui
pemahaman dan penghayatan seni dan muzik setiap kaum di negara kita.
Dengan menyedari hakikat ini, kini banyak kajian, literatur, projek dan usaha dibuat
untuk mengisi kekosongan yang telah wujud dalam pendidikan muzik di negara kita. Fakulti
Muzik dan Persembahan Universiti Pendidikan Sultan Idris telah mengorak langkah untuk
merealisasikan objektif kurikulum tersebut. Universiti-universiti tempatan lain harus
mencontohi UPSI.