ULASAN JURNAL

14
ULASAN JUNAL Sumber: Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu Tajuk: Persepsi Guru Terhadap Penggunaan Kurikulum Berasaskan Bermain Bagi Aspek Perkembangan Bahasa Dan Literasi Murid Prasekolah Penyelidik: Sharifah Nor Puteh & Aliza Ali (Universiti Kebangsaan Malaysia) PENGENALAN Berdasarkan jurnal hasil tulisan Sharifah Puteh dan Aliza Ali ini, penulis telah membuat kajian tentang persepsi guru terhadap penggunaan kurikulum berasaskan bermain bagi aspek perkembangan bahasa dan literasi murid di prasekolah. Dalam pengenalan, penulis banyak menulis tentang kaitan di antara permainan dan kanak-kanak, beliau juga menghubungkaitkan dengan penjelasan daripada Duncan dan Lockwood (2008) untuk menyokong hasil kajiannya, Duncan dan Lockwood mengatakan keinginan semula jadi kanak-kanak dapat dipenuhi melalui bermain dan semasa bermain kanak-kanak memahami isu-isu yang berlaku di sekeliling dalam suasana yang menggembirakan dan kegiatan bermain ialah pengalaman pembelajaran yang terbaik dan menjadi keutamaan dalam pendidikan awal kanak-kanak (Moyles 2005). Beliau juga turut menyatakan kepentingan bermain dikalangan pelajar prasekolah. Penyataan ini disokong dengan merujuk kepada (Miller & Almon 2009) yang menyatakan kanak-kanak yang belajar di sekolah yang menggunakan kurikulum berasaskan main berpotensi menjadi individu yang lebih baik 1

description

Persepsi Guru Terhadap Penggunaan Kurikulum Berasaskan Bermain Bagi Aspek Perkembangan Bahasa Dan Literasi Murid Prasekolah

Transcript of ULASAN JURNAL

Page 1: ULASAN JURNAL

ULASAN JUNAL

Sumber:

Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu

Tajuk:

Persepsi Guru Terhadap Penggunaan Kurikulum Berasaskan Bermain Bagi Aspek

Perkembangan Bahasa Dan Literasi Murid Prasekolah

Penyelidik:

Sharifah Nor Puteh & Aliza Ali (Universiti Kebangsaan Malaysia)

PENGENALAN

Berdasarkan jurnal hasil tulisan Sharifah Puteh dan Aliza Ali ini, penulis telah

membuat kajian tentang persepsi guru terhadap penggunaan kurikulum berasaskan

bermain bagi aspek perkembangan bahasa dan literasi murid di prasekolah. Dalam

pengenalan, penulis banyak menulis tentang kaitan di antara permainan dan kanak-

kanak, beliau juga menghubungkaitkan dengan penjelasan daripada Duncan dan

Lockwood (2008) untuk menyokong hasil kajiannya, Duncan dan Lockwood

mengatakan keinginan semula jadi kanak-kanak dapat dipenuhi melalui bermain

dan semasa bermain kanak-kanak memahami isu-isu yang berlaku di sekeliling

dalam suasana yang menggembirakan dan kegiatan bermain ialah pengalaman

pembelajaran yang terbaik dan menjadi keutamaan dalam pendidikan awal kanak-

kanak (Moyles 2005). Beliau juga turut menyatakan kepentingan bermain

dikalangan pelajar prasekolah. Penyataan ini disokong dengan merujuk kepada

(Miller & Almon 2009) yang menyatakan kanak-kanak yang belajar di sekolah yang

menggunakan kurikulum berasaskan main berpotensi menjadi individu yang lebih

baik dari aspek kemahiran membaca dan intelek, dapat membina kemahiran

kognitif dengan memberikan pengalaman yang konkrit dan relevan.

Bagi menjelaskan berkenaan kepentingan bermain dengan kemahiran berbahasa,

penulis merujuk kepada Christie dan Roskos (2009), mengatakan bermain sesuai

dengan tahap perkembangan kanak-kanak dan dapat menarik minat kanak-kanak

untuk terus belajar konsep literasi awal. Manakala Vygotsky mengatakan bermain

1

Page 2: ULASAN JURNAL

ialah tugas kanak-kanak dan kanak-kanak memerlukan sokongan dan bimbingan

individu lain bagi menguasai sesuatu kemahiran semasa berinteraksi. Kemahiran ini

menjadikan kanak-kanak lebih matang bagi menghadapi cabaran yang lebih

kompleks (Moyles 2005).

PENYATAAN MASALAH

Penyataan masalah yang terdapat dalam kertas kerja ini adalah presepsi guru

tentang kurikulum berasaskan main dalam konteks perkembangan bahasa kanak-

kanak prasekolah. Presepsi guru ini penting kerana guru perlu mempunyai

kemahiran serta pemahaman yang luas bagi mempraktikkan main dalam modul

pembelajaran mereka. Pemasalahan yang utama di dalam artikel ini adalah

Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) yang mana ia memfokuskan

kepada proses P&P yang berpusatkan kanak-kanak, antaranya belajar melalui

bermain (KPM 2009). Walaupun berpandukan KSPK, namun sejauh manakah

pemahaman dan persepsi guru keempat-empat agensi pendidikan awal kanak-

kanak tentang pendekatan ini masih menjadi persoalan.

TUJUAN KAJIAN

Tujuan kajian ini secara umumnya adalah untuk mengenal pasti tahap pemahaman

dan persepsi guru prasekolah tentang penggunaan kurikulum berasaskan bermain

di dalam kelas daripada aspek perkembangan bahasa. Guru merupakan orang yang

mempraktikkan apa yang telah di olah dan di bincangkan di peringkat atasan. Maka

sudah pastinya guru adalah sumber rujukan terbaik bagi mengetahui tentang

keberkesanan pendekatan bermain yang telah diambil.

Objektif kajian

Objektif kajian ini adalah untuk:

1. Mengetahui tahap pemahaman guru prasekolah tentang penggunaan P&P

berasaskan bermain bagi perkembangan bahasa dan literasi murid prasekolah.

2. Mengetahui tahap persepsi guru prasekolah tentang penggunaan pendekatan

P&P berasaskan bermain bagi perkembangan bahasa dan literasi murid

prasekolah.

2

Page 3: ULASAN JURNAL

3. Mengenal pasti kekangan dan isu-isu yang timbul dalam melaksana pendekatan

P&P berasaskan bermain bagi perkembangan bahasa dan literasi murid

prasekolah.

PERSOALAN KAJIAN

Persoalan kajian yang dikeutarakan adalah

1. Apakah tahap pemahaman guru tentang penggunaan pendekatan P&P

berasaskan bermain bagi perkembangan bahasa dan literasi murid prasekolah?

2. Apakah tahap persepsi guru prasekolah tentang penggunaan pendekatan P P&P

berasaskan bermain bagi perkembangan bahasa dan literasi murid prasekolah?

3. Apakah kekangan dan isu-isu yang timbul dalam melaksanakan pendekatan P&P

berasaskan bermain bagi perkembangan bahasa dan literasi murid prasekolah?

METODOLOGI

Di dalam kajian mengenai “Persepsi Guru Terhadap Penggunaan Kurikulum

Berasaskan Bermain Bagi Aspek Perkembangan Bahasa Dan Literasi Murid

Prasekolah”, penyelidik menggunakan alat kajian yang terdiri daripada satu set soal

selidik. Kaedah ini digunakan untuk mengetahui pemahaman guru tentang

penggunaan P&P berasaskan bermain daripada aspek perkembangan bahasa dan

untuk mengetahui tentang tahap persepsi guru tentang penggunaan P&P

berasaskan bermain daripada aspek perkembangan bahasa.

Data kuantitatif dianalisis menggunakan statistik deskriptif dan inferensi. Manakala

data kualitatif dianalisis dengan mengenal pasti maklumat penting dan maklumat

ini dikategorikan dalam bentuk tema. Analisis ANOVA digunakan untuk tahap

persepsi guru antara empat jenis prasekolah tentang pendekatan P&P berasaskan

main dari aspek perkembangan bahasa dan literasi. Tahap persepsi dilihat

berdasarkan jenis sekolah, kelayakan akademik dan pengalaman mengajar.

Populasi kajian adalah terdiri daripada 60 guru prasekolah KPM, Tabika KEMAS,

Tabika Perpaduan dan prasekolah swasta yang terletak di daerah Hulu Langat,

Selangor. Walau bagaimanapun hanya 51 soal selidik dikembalikan. Teknik

pemilihan sampel dilakukan secara rawak mudah manakala sekolah dipilih

berdasarkan faktor logistik.

3

Page 4: ULASAN JURNAL

DAPATAN KAJIAN

Analisis hasil dapatan adalah daripada faktor -faktor yang berkaitan dengan tajuk

seperti tahap pemahaman dan presepsi guru dari aspek jenis sekolah, kelayakan

akademik guru dan pengalaman mengajar. Ia dilakukan dengan meletakkan tahap

lemah dan baik pada setiap aspek yang dibincangkan.

Hasil daripada dapatan kajian bagi perbandingan tahap pemahaman guru

berdasarkan jenis sekolah mendapati tidak ada perbezaan signifikan antara tahap

pemahaman guru prasekolah KPM, Tabika KEMAS, Tabika Perpaduan dan

prasekolah swasta. Oleh itu, jenis prasekolah bukanlah faktor yang memberi kesan

terhadap pemahaman guru tentang penggunaan P&P berasaskan bermain.

Bagi tahap pemahaman guru berdasarkan kelayakan akademik mendapati analisis

memberi gambaran tidak ada perbezaan tahap pemahaman tentang penggunaan

P&P berasaskan bermain antara guru yang mempunyai kelayakan akademik SPM,

STPM/HSC, Diploma dan Sarjana Muda. Hal ini bermakna tahap kelayakan akademik

bukannya penentu sejauh mana tahap pemahaman guru tentang P&P berasaskan

bermain daripada aspek perkembangan bahasa dan literasi.

Seterusnya dari aspek pemahaman guru berdasarkan pengalaman mengajar

mendapati tidak ada perbezaan yang signifikan antara tahap pemahaman guru

dengan pengalaman mengajar. Keputusan analisis menggambarkan bahawa

tempoh pengalaman mengajar guru bukanlah faktor yang menentukan sejauh

mana pemahaman guru tentang P&P berasaskan bermain daripada aspek

perkembangan bahasa dan literasi.

Sementara itu melalui penilaian perbezaan tahap persepsi guru berdasarkan jenis

sekolah mendapati tidak ada perbezaan yang signifikan antara tahap persepsi guru

dengan jenis prasekolah. Keputusan analisis menggambarkan jenis prasekolah

bukanlah faktor yang memberi kesan terhadap persepsi guru tentang P&P

berasaskan bermain daripada aspek perkembangan bahasa dan literasi.

Bagi tahap persepsi guru berdasarkan kelayakan akademik mendapati tidak ada

perbezaan yang signifikan antara tahap persepsi guru dengan kelayakan akademik

4

Page 5: ULASAN JURNAL

mereka. Keputusan analisis menggambarkan bahawa kelayakan akademik bukanlah

faktor yang memberi kesan terhadap tahap persepsi guru tentang P&P berasaskan

bermain daripada aspek perkembangan bahasa dan literasi.

Akhir sekali bagi dari aspek persepsi guru berdasarkan pengalaman mengajar

mendapati tidak ada perbezaan yang signifikan antara tahap persepsi guru dengan

pengalaman mengajar. Keputusan analisis menggambarkan bahawa jenis

pengalaman mengajar bukanlah faktor yang memberi kesan terhadap tahap

persepsi guru tentang P&P berasaskan bermain daripada aspek perkembangan

bahasa dan literasi.

Seterusnya penyelidik juga menganalisa kekangan dan isu-isu dalam melaksanakan

kurikulum berasaskan bermain. Antara faktor-faktor kekangan yang telah dikenal

pasti melalui hasil kajian ini adalah faktor masa, pengurusan bahan, kawalan murid,

ruang dan penglibatan ibu bapa.

PERBINCANGAN

Menyentuh tentang bahagian perbincangan dalam kertas kajian ini, pengkaji telah

membahagikan isu perbincangan kepada tiga bahagian iaitu pemahaman guru

terhadap P&P berasaskan bermain bagi perkembangan dan literasi murid

prasekolah, persepsi guru terhadap P&P berasaskan bermain bagi perkembangan

dan literasi murid prasekolah dan kekangan dan isu-isu yang timbul dalam

melaksanakan P&P berasaskan bermain bagi perkembangan dan literasi murid

prasekolah.

Dalam sub tajuk pemahaman guru terhadap P&P berasaskan bermain bagi

perkembangan dan literasi murid prasekolah, penkaji menyatakan pemahaman

guru Tabika KEMAS dan guru prasekolah KPM adalah tinggi berbanding dengan guru

Tabika Perpaduan dan prasekolah swasta. Ini adalah kerana guru-guru Tabika

KEMAS dan prasekolah KPM sentiasa diberi pendedahan kepada P&P melalui latihan

dan krusus yang sentiasa diadakan. Penkaji juga ada memetik penyataan Khalid,

Zurida, Shuki dan Ahmad Tajuddin (2009) mengatakan pendidikan dan latihan

ikhtisas guru merupakan faktor yang paling utama dalam menentukan kualiti guru

dan kualiti pengajaran. Ia bermaksud tidak kira tahap pendidikan guru-guru ini, tapi

5

Page 6: ULASAN JURNAL

latihan ikhtisas guru merupakan faktor penting ke arah peningkatan mutu

pengajaran. Ia juga menyatakan guru yang mempunyai kurang pengalaman dalam

pendidikan prasekolah mempunyai kurang pengetahuan tentang P&P.

Merujuk kepada sub topik persepsi guru terhadap P&P berasaskan bermain bagi

perkembangan dan literasi murid prasekolah pula, pengkaji menyatakan presepsi

guru di Tabika KEMAS dan guru prasekolah KPM adalah sama manakala presepsi

guru Tabika Perpaduan dan prasekolah swasta adalah sama. Menurut pengkaji ini

disebabkan oleh faktor budaya sekolah yang hampir sama dan faktor penggunaan

bahasa. Pengkaji memberi cadangan agar kapasiti pelajar di sesebuah tadika

merangkumi pelbagai kaum untuk keseragaman bahasa dan menanam nilai

perpaduan sejak dari mereka kecil. Seterusnya beliau menyatakan bahawa guru-

guru yang mempunyai kelayakan akademik yang tinggi tidak member persepsi

yang tinggi kerana bagi mereka pekerjaan sebagai guru pendidikan prasekolah

tidak setaraf dengan kelayakan mereka dan mereka mendapat gaji yang rendah.

Guru-guru berpendidikan tinggi tidak mempunyai minat mendalam berbanding guru

berpendidikan rendah kerana mereka hanya memenuhi jawatan kerana tiada

pilihan lain. Selian dari itu pengalaman guru juga menunjukkan lagi lama guru

bertugas lagi kurang presepsi yang mereka beri. Ini adalah kerana guru-guru yang

telah lama berkhidmat sukar menerima perubahan.

Akhir sekali apabila memperkatakan tentang kekangan dan isu-isu yang timbul

dalam melaksanakan P&P berasaskan bermain bagi perkembangan bahasa dan

literasi murid prasekolah ia menyentuh tentang kekangan masa, bantuan mengajar,

kawalan murid, pengetahuan, penglibatan ibu bapa serta penggunaan standard

kurikulum. Bagi kekangan masa, guru-guru prasekolah KPM mempunyai kekangan

masa yang utama. Ini disebabkan lokasi prasekolah yang terletak di bangunan

sekolah perdana. Ini secara tidak langsung member bebanan tugas yang lain

kepada guru-guru prasekolah ini. Akibat daripada bebanan tugas-tugas lain

menyebabkan guru-guru ini tidak mempunyai masa yang secukupnya untuk

membuat aktiviti berasaskan bermain. Bagi kekangan bahan bantuan mengajar

pula, guru perlu sentiasa belajar menggunakan bahan baharu dalam pengajaran

supaya pembelajaran tidak membosankan. Oleh yang demikian guru perlu kreatif

untuk menghasilkan bahan-bahang baru. Bekalan bahan yang biasa menyebabkan

6

Page 7: ULASAN JURNAL

guru kekurangan idea untuk menghasilkan bahan bantuan mengajar yang lebih

kreatif. Seterusnya guru di Tabika Perpaduan menyatakan kekangan utama mereka

adalah kawalan murid-murid. Ini adalah kerana nisbah bilangan murid yang ramai

berbanding guru. Bagi guru tadika swasta pula mereka menyatakan faktor

kemahiran menjadi kekangan kepada mereka. Hal ini mungkin disebabkan

kebanyakan guru prasekolah swasta tidak bertahan lama dalam kerjaya mereka

ataupun kurang pendedahan latihan. Selain itu tekanan dari ibu bapa juga menjadi

kekangan kepada guru-guru prasekolah ini. Guru mendapat bantahan dari ibu bapa

yang hanya ingin guru mengajar anak mereka membaca. Kekangan yang terakhir

adalah kekangan penggunaan standard bagi kurikulum yang menekankan

pendekatan berpusatkan murid seperti KSPK. Standard ini perlu dikaji semula.

Melaksanakan kurikulum berasaskan standard yang efektif memerlukan guru yang

benar-benar terlatih kerana tanpa latihan yang profesional, guru akan mengabaikan

pengajaran berpusatkan murid kerana terpaksa memenuhi standard (Scott-Little,

Lesco, Martella & Millburn 2007).

KRITIKAN

Penyataan masalah dan tujuan kajian bagi artikel ini adalah bagus. Ia merangkumi

tajuk yang telah dipilih. Namun objektif kajian boleh diperbaiki dengan menambah

dan mempelbagaikan lagi objektif kajian.Ia dapat mencakupi ruang kajian yang

lebih luas tetapi masih tertumpu kepada persoalan tajuk. Sebagai contoh objektif

kajian yang boleh dibuat adalah menentukan faktor persekitaran yang

mempegaruhi perlaksanaan kurikulum ini dan mengetahui keberkesanan kurikulum

ini berdasarkan murid perempuan dan lelaki. Seterusnya dengan penambahan dan

pembaikan objektif kajian, persoalan kajian dapat dikembangkan. Ini bermakna

lebih banyak data dan informasi yang boleh didapati. Metadologi kajian juga perlu

diperluaskan dengan mengambil lebih ramai sampel. Pemilihan emapat kategori

parsekolah adalah bagus tetapi kuantiti sampel yang lebih banyak akan memberi

keputusan yang lebih tepat. Pengkaji hanya menyatakan instrumen utama kajian

ialah soal selidik mengandungi 40 item, iaitu 20 item untuk tahap pemahaman guru

tentang penggunaan P&P berasaskan bermain daripada aspek perkembangan

bahasa dan 20 item untuk tahap persepsi guru tentang penggunaan P&P

berasaskan bermain daripada aspek perkembangan bahasa. Pengkaji perlu

menambah atau membaiki kajian ini dengan menambah soalan khusus untuk

7

Page 8: ULASAN JURNAL

mengetahui berkenaan kekangan yang guru hadapi. Tahap kebolehpercayaan dan

ketekalan dalaman item adalah bagus dan keputusan data mempunyai

kebolehpercayaan yang tinggi. Seperi yang telah diperkatakan berkenaan objektif

kajian, bagi dapatan kajian apabila kita menambah objektif kajian dan persoalan

kajian maka dapat kajian akan lebih menyeluruh. Dapatan kajian dalam artikel ini

bagus bagi menjawab persoalan kajian pengkaji. Dari segi perbincangan oleh

pengkaji, selain membincangkan tentang hasil dapatan kajian, beliau sepatutnya

lebih kreatif di dalam memberi jalan penyelesaikan kepada masalah yang

berbangkit. Dengan dapatan kajian dan hasil kajian, pihak yang tertentu dapat

mengambil beberapa idea yang telah dicadangkan oleh penyelidik.

Saya ingin memberikan beberapa cadangan yang boleh dilakukan untuk mengatasi

kekangan-kekangan yang telah dibincangkan. Bagi mengatasi masalah kekangan

masa, pihak pentadbiran perlu lebih memberi tumpuan kepada jadual penugasan

guru-guru dibawah seliaan mereka. Ini bagi memastikan bebanan tugas digalas

sama rata dikalangan guru yang ada. Disamping itu, guru-guru prasekolah di KPM

seharusnya diberikan kelonggaran di dalam penglibatan mereka di dalam kegiatan

perdana sekolah. Bagi sekolah yang terletak bersama sekolah arus perdana, guru

prasekolah boleh mengambil peluang dengan bergabung dengan guru-guru arus

perdana bagi melakukan aktivti bersama pelajar. Sebagai contoh bantuan dari guru

agama, guru sukan, guru seni malah pelajar prasekolah boleh bergabung dengan

pelajar pendidikan khas melakukan aktiviti. Ini boleh mengajar kanak-kanak

prasekolah dengan nilai-nilai murni diperingkat awal. Apabila guru-guru bergabung

dengan guru arus perdana, ia dapat mengurangkan sedikit bebanan masa yang

mereka hadapi.

Bagi kekangan kekangan alat bantuan mengajar, guru-guru boleh bebincang sama

ada dengan guru-guru prasekolah yang lain, pembantu murid atau bertanya kepada

pelajar itu sendiri untuk menghasilkan bahan mengajar yang beruna. Bagi

menghasilkan bahan bantuan mengajar yang kreatif, guru-guru boleh melakukan

rujukan di televisyen, internet, majalah dan lain-lain. Kadang-kadang sesuatu bahan

biasa boleh menjadi sesuatu yang menarik jika mendapat sentuhan yang betul.

Guru juga perlu memastikan bahan bantuan mengajar yang dibuat mestilah sama

dengan perkembangan murid dan tidak mendiskriminasikan murid yang lemah dan

murid yang pandai. Jika bahan mengajar lebih tinggi daripada perkembangan murid

maka ia tidak akan memberi sebarang hasil kepada murid walaupun ia kelihatan

8

Page 9: ULASAN JURNAL

menarik. Seterusnya jika bahan mengajar tidak seimbang, maka pelajar yang lemah

akan tetap lemah manakala yang pandai akan tetap di hadapan.

Bagi kekangan kawalan murid pula, kita boleh mengawal jumlah populasi murid

dengan guru. Jumlah murid serta jantina mereka turut memainkan peranan.

Seorang guru mestilah mempunyai murid yang seimbang dari segi jumlah dan

jantina mereka. Jika pihak pentadbiran perlu menambah bilangan murid maka

pembantu murid jugak perlu ditambah. Maka guru tidak akan merasa beban dengan

kuantiti murid yang ramai.

Seterusnya bagi mengatasi kekangan kemahiran guru, gaji guru prasekolah harus

dikaji semula bagi menarik minat guru yang berkemahiran. Selain itu pemilihan

guru-guru haruslah dibuat berdasarkan minat yang mendalam bukan sekadar ingin

mendapatkan kerja. Jika dua dasar ini dapat dijalankan, kekangan kemahiran ini

dapat dikurangkan. Bagi menambahkan lagi kemahiran guru-guru ini, latihan dan

krusus yang berkaitan dan beterusan haruslah dilakukan dari masa ke semasa.

Selain itu, bagi kekangan berkenaan kekangan tekanan dari ibu-bapa, pihak sekolah

haruslah berbincang dengan ibu bapa ini berkenaan perkembangan kanak-kanak

ini. Pihak sekolah boleh menerangkan untuk kanak-kanak belajar membaca ia tidak

hanya tertumpu kepada ajaran guru didalam kelas. Pelajaran kanak-kanak ini boleh

dilakukan dengan pelbagai cara yang boleh menarik perhatian mereka. Pihak

sekolah boleh berbincang dengan ibu bapa supaya mereka memberi peluang

kepada guru untuk membuktikan kaedah pengajaran mereka adalah berkesan.

Apabila kanak-kanak ini mendapat keputusan yang memberangsangkan saya yakin

ibu bapa tidak akan mempersoalkan tindakan guru terhadap proses pembelajaran

anak mereka.

Akhir sekali berkenaan kekangan penggunaan standard bagi kurikulum yang

menekankan pendekatan berpusatkan murid seperti KSPK. Bagi kurikulum

berasaskan bermain, kita harus tahu maksud bermain dalam konteks memberi

perkembangan bahasa dan literasi kanak-kanak ini, ia tidak hanya terikat kepada

aktiviti bermain yang umum. Dalam konteks prasekolah di Malaysia, khususnya dari

perspektif kurikulum, main atau bermain itu bukanlah main yang bebas tanpa

perancangan tetapi mainyang mempunyai unsur seperti main yang terancang, main

yang berstruktur, main yang fleksibel dan memenuhi keperluan kognitif, psikomotor

dan afektif. Terdapat banyak contoh untuk aktiviti bermain. Antara beberapa contoh

aktiviti yang boleh dianggap sebagai main atau bermain adalah main drama,

9

Page 10: ULASAN JURNAL

menyanyi, berlakon dan bercerita dan lain-lain contoh yang boleh dikategorikan di

bawah definisi main. Sebagai contoh kanak-kanak ini boleh bermain pemainan

kerusi berirama dimanakan mereka bukannya berebut untuk mendapatkan kerusi

tetapi untuk mendapatkan suku kata yang disediakan. Selain daripada itu,

permainan boneka juga boleh membantu. Kanak-kanak ini boleh mengembangkan

kemahiran bahasa mereka dengan bermain dengan boneka. Guru-guru boleh

menyuruh kanak-kanak ini menghasilkan satu persembahan spontan yang

membabitkan boneka mereka. Selain mengembangkan bahasa ia dapat menambah

kreativiti kanak-kanak.

KESIMPULAN

Banyak lagi kepentingan main dalam proses pengajaran dan pembelajaran kanak-

kanak yang berlaku secara langsung dan tidak langsung. Aktiviti bermain dapat

membantu perkembangan fizikal. Bermain juga untuk perkembangan sosial dan

emosi. Seterusnya melalaui aktiviti bermain adalah untuk perkembangan kognitif.

Terdapat banyak lagi kepentingan main contohnya dalam perkembangan bahasa.

Apapun jika main setakat untuk digunakan sebagai alat bermain dan bukan alat

pembelajaran tidak akan meninggalkan kesan positif dalam proses pengajaran dan

pembelajaran kanak-kanak. Guru harus memainkan peranan yang penting dalam

memberi panduan yang sepatutnya agar melalui bermain boleh menghasilkan

pembelajaran optima kepada kanak-kanak.

Morison ( 1995 ) menegaskan bahawa dalam menjayakan sesuatu permainan di

pusat-pusat persekolahan, guru memainkan peranan yang penting untuk mencipta

persekitaran dan juga merangsang serta memperkembangkan daya berfikir kanak-

kanak. Menurut Joan Packer Isenberg dan Mary Renck Jalongo (2003), sebagai

langkah awal, untuk memastikan aktiviti bermain dapat digunakan dengan lebih

berkesan, guru-guru perlu menyediakan diri terhadap realiti dalam pengajaran

seperti :

1. Menyedari bahawa guru prasekolah akan dikelilingi oleh budaya yang pelbagai

dan kemahuan-kemahuan dari pelbagai kumpulan kanak-kanak.

2. Menyedari bahawa mengurus bilik darjah akan memerlukan keupayaan untuk

melakukan pelbagai perkara serentak, membuat beribu keputusan serta merta

setiap hari dan berupaya menyesuaikan diri secepatnya dan menjadi fleksible

kepada perubahan.

10

Page 11: ULASAN JURNAL

3. Memahami bahawa mereka terpaksa meringkaskan pengalaman yang tidak

langsung dan menjadikan ianya berguna dan bermakna serta menyeronokkan

kepada kanak-kanak terutama kanak-kanak yang mempunyai latar belakang

pendidikan yang agak kurang baik dan juga tidak dapat memenuhi keperluan

asas mereka.

4. Mengetahui bahawa guru akan memasuki satu profesion yang kadang-kala

mempengaruhi emosi dalam bidang yang mencabar ini terutama dalam

hubungan interpersonal. Mereka mungkin merasa cepat letih terutama dari segi

minda terhadap pelbagai program yang direncana dan dilaksanakan serentak.

5. Harus diingat bahawa guru yang terbaik adalah yang paling cepat belajar.

Kecuali guru itu seorang yang ‘belajar sepanjang hayat’, di mana sentiasa

mengambil berat terhadap kemajuan dan perkembangan profesionalisma dan

menjadi seorang model pelajar yang mana kanak-kanak akan contohi dan

keberkesanan ini lambat laun akan berkurangan.

11